You are on page 1of 15

DIPLOMA EKSEKUTIF

KAUNSELING
TUGASAN:
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA BERTAJUK
PEMBUANGAN BAYI
KOD KURSUS
TAJUK KURSUS
NO MATRIK
KELAS
PENSYARAH

: DEWU 1101
: Kemahiran Berfikir Dan Berkomunikasi
: USBK 13207
: USK 913
: Asst. Prof. Mohd Amirul Akhbar B. Mohd Zulkifli

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKASURAT

PENGENALAN:
1.1 LATARBELAKANG
1.2. DEFINASI
1.3 STATISTIK

3-5

2.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


3.1. FAKTOR PEMBUANGAN BAYI
3.2. KESAN PEMBUANGAN BAYI
3.3. CARA MENGATASI

6 - 10

PERUNDANGAN
4.1 KESALAHAN/HUKUMAN& PERLINDUNGAN
4.2. BANTUAN PERLINDUNGAN

11 - 13

RUMUSAN

14

RUJUKAN

15
ABSTRAK

Kertas kerja ini memberi peluang kepada saya berkomunikasi dengan rakan-rakan
sekelas secara awam. Saya juga berpeluang memperbaiki dan memahirkan diri sendiri
serata mempertingkatkan keyakinan diri apabila berucap dikhalayak ramai Selain itu saya
juga dapat berkongsi maklumat tentang isu yang akan dibincangkan iaitu berkaitan isu
gejala pembuangan bayi dikalangan remaja. Setiap hari isu pembuangan bayi sentiasa
dapat di dengar melalui televisyen, radio dan juga di akhbar-akhbar, seolah-olah perkara
ini sudah menjadi kebiasaan. Pembuangan bayi merupakan satu perbuatan jenayah di
mana ia terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini. Ramai remaja wanita yang
mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan
takut akibat yang bakal ditanggung olehnya keluarga. Remaja-remaja ini perlu dibantu
dan tidak hanya dibiarkan sendirian menghadapi kesukaran di dalam pelbagai aspek yang
boleh membawa kepada perkara yang lebih mudarat.

TAJUK

1.1]

PENGENALAN

PEMBUANGAN BAYI

LATARBELAKANG
Didalam era globulisasi sekarang isu pembuangan bayi kian meruncing

dikalangan gadis-gadis remaja. Pembuanyan bayi semangkin banyak di laporkan didadadada akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila bayi-bayi yang tidak berdosa
ini dibuang seperti sampah tanpa ada sedikit pun perasaan belas kasihan keatasnya dan
ada diantaranya yang masih bernyawa di biarkan kesejukkan, kelaparan dan terdedah
kepada bahaya.
Pelbagai usaha telah diambil bagi membendung gejala ini. Kementerian
Pembangunan Wanita Dan Masyarakat serta beberapa NGO turut membantu,
mengenalpasti dan mengadakan kempen yang berterusan bagi menyedarkan masyarakat
agar sama-sama untuk menangani masalah pembuangan bayi daripada berterusan.

1.2] DEFINASI
1.2.1

Mengikut Akta kanak-Kanak 2001 di bawah:*

Seksyen 2 menjelaskan kanak-kanak ertinya seseorang yang di


bawah umur 18 tahun.

Bah. 1(Perkara 1) Konvensyen Mengenai Hak kanak-kanak oleh


Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa berstu pada 20
November 1989 Seseorang kanak-kanak diiktirafkan sebagai
seorang yang dibawah umur 18 tahun, melainkan jika undangundang negaranya mengikhtirafkan umur dewasanya sebelum itu..

1.2.2

Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, perkataan bayi bermaksud anak kecil


yang baru dilahirkan oleh ibu manakala perkataan buang membawa
makna mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan.
Justeru itu perkataan pembuangan bayi membawa maksud perbuatan
sesorang

mencampakkan,

melemparkan,

menghapuskan

atau

menghilangkan anak kecil yang tidak berdosa di merata tempat tanpa


perasaan

1.2.3

Mengikut wikipedia Melayu pula Kanak-kanak (juga digelar budak atau


anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum
mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah seperti
berikut:Bayi ----- kanak kanak -------- remaja --------- dewasa -------- Tua.

1.3]

STATISTIK KES PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA.


Fenomena pembuangan bayi dalam Malaysia bagi tempoh dua tahun

menunjukkan sedikit penurunan dalam kes pembuangan bayi. Mengikut statistik yang
dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia(PDRM) pada tahun 2011, sebanyak 98 kes
pembuangan bayi dilapurkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 2012 sebanyak 89 kes
yang dilapurkan, menunjukkan kadar penurunan hanya 9 kes. Walaubagaimanapun , kita
perlu tahu, terdapat juga banyak kes pembuangan bayi yang tidak dilapurkan . Melihat
akan statistik yang dikongsi , ternyata kes pembuangan dalam kalangan remaja adalah
implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita terutamanya
genarasi muda.

STATISTIK KES BUANG BAYI BAGI TAHUN 2011 HINGGA 2012

PECAHAN MENGIKUT KONTINJEN .[ sumber Bhg.CIC PDRM ]

2.1]

KONTINJEN

2011

2012

PERLIS

KEDAH

P/PINANG

PERAK

SELANGOR

25

21

K/LUMPUR

10

N/SEMBILAN

MELAKA

JOHOR

13

11

PAHANG

TERENGGANU

KELANTAN

SABAH

15

14

SARAWAK

JUMLAH

98

89

FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN GEJALA PEMBUANGAN BAYI

Faktor-faktor pembuangan bayi.

Berikut adalah sebahagian daripada faktor-faktor yang menjadi punca


kepada gejala pembuangan bayi adalah seperti berikut: Kurang Didikan dan Kefahaman Agama
Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pegangan hidup
remaja telah menyebabkan remaja hilang haluan dalam kehidupan dan
mudah terlibat didalam gejala-gejala negetif seperti pergaulan bebas,
pergaulan bebas dengan menjalinkan hubungan di luar tabi diantara lelaki
dan perempuan sehingga amenyebabkan remaja perempuan mengandung
sebelum berkahwin. Oleh kerana perasaan takut menguasi diri, remaja
akan

menjadi

tidak

berperikemanusiaan

lalu

meninggalkan

atau

membuang bayi mereka di merata tempat. Ada juga remaja yang sangup
bertindak membunuh dan mambakar bayi mereka bagi menghilangkan
bukit perlakuan salah mereka.

Pengaruh Rakan Sebaya


Pada usia yang muda, remaja amat mudah untuk dipengaruhi oleh rakanrakan sebaya. Hal ini menjadi lebih buruk apabila mereka bergaul dengan
rakan sebaya yang negetif dan tidak bermoral. Rakan-rakan negetif ini
akan mengajak remaja melakukan perkara-perkara diluar batasan agama
sepeti mengunjungi pusat-pusat hiburan, menghisap dadah dan melakukan
perkara-perkara yang boleh merosakan akidah. Remaja yang tejerumus
didalam perkara-perkara negetif tersebut, tanpa segan silu melakukan
hubungan seks rambang dan apabila mengetahui dirinya mengandung,
remaja tidak dapat menerima dan akhirnya menemui jalan buntu bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Dalam keadaan yang terdesak, akhirnya
mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi mereka kerana
takut dan demi manjaga nama baik diri serta keluarga mereka.

Sikap Ingin Tahu Remaja

Tidak dinafikan setiap remaja memiliki perasaan rasa ingin tahu kepada
sesautu yang baru amat tinggi. Biasanya mereka gemar mencuba sesautu
yang biasanya dilarang. Pada mereka setiap perkara yang dilarang itu tentu
ada yang menarik untuk diteroki tanpa memikirkan baik dan buruknya.
Remaja berfikir mereka akan menjadi lebih matang sekiranya mencuba
benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, terutamanya dalam seks
rambang. Mereka juga beranggapan pada usia muda mereka patut
berseronok dan bergembira sehingga sanggup melakukan seks bebas.
Sepatutnya remaja harus berfifkiran positif dan bijak dalam menilai baik
dan buruk apabila melakukan sesautu agar tidak merosakan diri mereka
sendiri.

Pengabaian KasihSayang
Kita sering lupa bertapa besarnya nilai kasihsayang dalam kehidupan
seorang terutama remaja. Pengabaian dalam memberiksa kasih sayang
meninggalkan risiko yang amat besar dan sering kali berlaku dalam
masyarakat sekarang. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan watu untuk
bersama anak-anak walau sesibuk manapun agar anak-anak merasakan diri
mereka sentiasa disayangi dan dihargai. Selain itu ibu bapa harus berusaha
menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak apabila mereka ingin
meluahkan perasaan mereka.

Sikap Masyarakat yang Suka Mengkritik Dan Menghukum Golongan


Remaja.
Selain daripada itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan
menghukum remaja yang terlibat juga menyebabkan masalah sosial ini
terus berlaku. Apabila seorang remaja didapati melahirkan anak diluar
nikah.

2.2]

Kesan Masalah Pembuangan Bayi


Kesan pembuangan bayi bukan hanya kepada si bayi sahaja , malah si ibu
kepada bayi juga akan mengalami tekanan psikologi diantaranya mengalami
kemurungan, hilang keyakinan diri serta masalah emosi. Si ibu juga akan berada
dalam keadaan yang tidak selesa dan sering berasa bersalah akibat daripada
perbuatan yang telah mereka lakukan.
Dari segi kesihatan pula, si ibu juga amat dikuatiri akan mengalami pendarahan,
jangkitan kuman serta mungkin berlaku kecederaan sewaktu melahirkan anak
yang mana mereka melahirkan dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa
pertolongan daripada pihak hospital.

2.3]

Langkah-langkah mengatasi masalah pembuangan bayi dikalangan remaja.


Antara langkah yang harus diambil bagi mengatasi masalah pembuangan
bayi di kalangan remaja yang mana tanggungjawab ini tidak hanya di pikul oleh
satu pihak sahaja. Kerjasama diantara satu sama lain amat diperlukan bagi
menjayakan rancangan ini. Diantara pihak-pihak yang berperanan adalah:

Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa harus memberikan perhatian, kasih sayang dan bimbingan
kepada anak-anak terutama diperingkat remaja. Ibu bapa mestilah
memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak
supaya tidak terjerumus ke lembah nmaksiat, pergaulan bebas dan jenayah.
8

Peranan Sekolah
Pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi
remaja daripada terjebak dalam gejala yang negetif dengan merancang
,mengenalpasti dan melaksanakaan segala program dan aktiviti tindakan
berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial.

Media Massa
Selain daripada itu pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan
peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah
menyekat program-program hiburan yang mengandungi unsur-unsur lucah
yang boleh merosakkan remaja.

Peranan Masyarakat
Persepsi masyarakat juga mestilah diubah dengan tidak terus menghukum,
mencaci dan membuang remaja yang melahirkan anak luar nikah tetapi
sebaliknya haruslah membantu remaja ini untuk mendapatkan perlindungan
dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat perlu lebih sensitif, lebih
peka dengan apa yang berlaku disekeliling supaya dapat bersama-sama
mencegah aktiviti tidak bermoral ini.

APAKAH DOSA KU

10

3]

PERUNDANGAN

KESALAHAN / HUKUMAN DAN PERLINDUNGAN


Perbuatan membuang bayi adalah merupakan satu kesalahan jenayah.

Siasatan akan dijalankan dan tangkapan akan dibuat ke atas individu yang terlibat.
Siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang

dalam

Kanun

Keseksaan dan Akta Kanak-kanak 2001 seperti berikut:

Seksyen 317 Kanun Keseksaan menjelaskan;


Ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak yang
berumur kurang daripada dua belas tahun mendedah dan membuang kanakkanak itu maka jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara selama
tempoh boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan
kedua-duanya sekali.

Seksyen 318 Kanun Keseksaan menjelaksan;


Barang siapa menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat
dengan sulit samada kanak-kanak itu mati sebelum atau selepas atau dalam
masa ia dilahirkan, boleh dikenakan penjara boleh sampai dua tahun,
dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-Kanak 2001 pula menjelaskan;

11

Barangsiapa

dengan

sengaja

membuat

penganiayaan,

pengabaian,

pembuanan atau pendedahan kanak-kanak maka ia boleh dikenakan denda


tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Didalam Akta kanak-Kanak 2001, perlindungan

mengikut

seksyen juga

telah

diperuntukkan bagi menjamin keselamatan kanak-kanak mengikut perundangan. Berikut


adalah seksyen-seksyem tersebut:-

Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001 Memperuntukan mana-mana anak


yang dibuang akan dilindungi dan dijaga.

Seksyen 41(2)(d) Akta Kanak-kanak 2001- Membenarkan kanak-kanak


perempuan berumur bawah 18 tahun yang mengandung luar nikah di
tempatkan di tempat selamat atas permohonannya sendiri atau di tempatkan
sedemikian.

Seksyen 46 Akta Kanak-Kanak 2001 Ibu bapa boleh mendapatkan


bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal
dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah
kuasa Mahkamah.

4]

BANTUAN PERLINDUNGAN
Anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani

pemulihan yang bukan sahaja bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling
utama ialah membena kekuatan dalaman serta rohaniah. Penjagaan yang rapi jika
dilakukan dapat menggurangkan

gejala pembuangan bayi ini walaupun tidak

sepenuhnya.
Salah satu usaha untuk menangani kes pembuangan bayi, pada 16 / 9 / 2010 Kerajaan
Negeri Melaka telah membena sebuah Sekolah Harapan dan Rumah Harapan kepada
12

remaja hamil agar mendapat perlindungan dan meneruskan persekolahan semasa hamil
dan selepas bersalin sehingga diserahkan kepada keluarga masing-masing. Selain
daripada itu ada juga remaja yang diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
Di tempat ini remaja-remaja ini bukan saja selamat serta mendapat rawatan yang
sepatunya, mereka juga didedahkan dengan ajaran agama seperti solat dan membaca alQuran.

Remaja juga

diberikan kaunseling, latihan-latihan kemahiran dan malah

sebahagian besarnya meneruksan sesi persekolahan sehingga tamat. Setiap hari rutin
kehidupan mereka disi dengan perkara-perkara yang positif yang dapat membuka minda,
jiwa dan naluri mereka untuk terus memperbaiki diri mereka sendiri.
Kasih sayang mereka terima di rumah ini juga dapat membuatkan mereka merasakan diri
mereka masih disayangi. Denga itu secara tidak langsung dapat mengajar remaja ini
meyayangi zuriat mereka.

13

5]

RUMUSAN/KESIMPULAN
Setiap warga Malaysia tanpa mengira bangsa kaum dan agama haruslah

bersatu padu menggembleng tenaga untuk mencegah dan membenteras supaya gejala
pembuanyan bayi ini tidak terus menular dengan lebih serius.
Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan mesti lebih peka dengan
menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ceramah atau motivasi kepada remaja agar dapat
memberikan pendedahan tentang gejalan ini dan sedar akan kesan buruk yang akan
mereka hadapi sekiranya mereka terjerumus dalam perbuatan yang tidak bermoral ini.
Ibu bapa juga adalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka
daripada kecil. Anak ibarat kain putih dimana ibu bapa yang akan mencorakkan
kehidupan anak-anak mereka dengan jalan yang betul atau sebaliknya. Anak-anak
merupakan amanah yang harus dijaga dan dicorak dengan baik agar membuahkan hasil
yang membanggakan .
Namun tidak semua remaja yang mengandung anak luar nikah ini berpunca daripada
kecuaian dan kesilapan mereka. Ada juga diantara mereka yang menjadi mangsa pemuas
nafsu mereka yang tidak berperikemanusiaan seperti mangsa rogol dan mangsa sumbang
mahram ahli keluarga.
Masalah pembuanyan bayi ini pasti dapat di tangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa
tanggungjawab dalam diri setiap orang. Masyarakat pula perlu mengambil tahu serta

14

cuba membenterasnya, seterusnya dapat mewujudkan masyarakat yang bersifat


penyayang.

RUJUKAN:Buku
Akta Kanak-Kanak 2001 ( Undang-Undang Malaysia ) International Law Book Services
Kanun Keseksaan ( Akta 574 ) ( hingga 5hb. Januari 2010 ) ILBS
Internet:

15

You might also like