You are on page 1of 20

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM KEBANGSAAN

suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Akta 550 (Akta Pendidikan 1996)

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM

Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan

(PPK, 2001)
Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN

KURIKULUM

PEDAGOGI

PENTAKSIRAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN

Isi mata pelajaran Matlamat dan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata pelajaran tersebut.

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEDAGOGI

Pengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui menerusi teknik dan kaedah yang berkualiti ke arah mencapai objektif pembelajaran. Susun atur pengalaman pembelajaran yang terancang bagi mencapai objektif pembelajaran.

(PPK, 2001)
Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN

Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai.

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid Menilai keberkesanan PdP

Membantu memperbaiki PdP


Membantu perancangan tindakan susulan

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Memahami tujuan mereka belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran mereka


Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri Memaklumkan murid tentang tindak susul

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH

PENTAKSIRAN FORMATIF
Memantau perkembangan murid secara berterusan.

PENTAKSIRAN SUMATIF

Maklumat yang diperoleh digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan PdP.


Kelemahan murid perlu dikenal pasti supaya dapat dipulihkan sebelum kelemahan ini terkumpul sehingga sukar diatasi. memberi lebih impak kepada pembelajaran dan pencapaian murid
Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dijalankan pada akhir suatu tempoh pembelajaran dan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid.

PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF


FORMATIF Assessment for learning Semasa PdP Tidak digredkan Penekanan pada proses Pelaporan dalam bentuk deskriptif Berterusan Maklumat membantu meningkatkan kualiti PdP SUMATIF Assessment of learning Berlaku pada akhir suatu tempoh pembelajaran Digredkan Penekanan pada produk Pelaporan dalam bentuk skor/gred Berkala Maklumat menunjukkan tahap pencapaian murid

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pemerhatian
Tugasan Projek Kuiz Hasil kerja Lisan Drama dll..

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

12

Apa itu DSKP

Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Mengapa DSKP ?

Kurikulum merangkumi Kandungan, Pedagogi dan Pentaksiran. Memberi pengupayaan (empowerment) kepada guruguru untuk membuat pentaksiran formatif dan sumatif di dalam bilik darjah. DSKP akan digunakan mulai Januari 2014 untuk Tahun 4

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

STANDARD PRESTASI

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahaptahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai (indicator of success)

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

15

TAHAP PENGUASAAN
KRITERIA PENCAPAIAN YANG BERASASKAN SETIAP KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

16

TAHAP PENGUASAAN
1 2 3 4 5

TAFSIRAN
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PELAPORAN TAHAP PENGUASAAN MURID


TEMPLAT MS EXCEL DISEDIAKAN GURU PERLU MEMBUAT PENTAKSIRAN SEHINGGA LENGKAP SATU KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN TIDAK SECARA DALAM TALIAN (STANDALONE OFFLINE) REKOD DISIMPAN DI SEKOLAH UNTUK TUJUAN PELAPORAN KEPADA IBU BAPA

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NOTA:
TIADA UJIAN SETARA DI PERINGKAT DAERAH ATAU NEGERI

UJIAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH


UJIAN-UJIAN BULANAN PERINGKAT SEKOLAH TIDAK PERLU DIJALANKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

19

Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

20

You might also like