You are on page 1of 9

3b)

Program Pendidikan khas dapat membantu mengembangkan potensi kanak-kanak secara

optimum dan dapat membantu mereka menjadi rakyat yang dapat memberi sumbangan kepada Negara.Kementerian Pelajaran telah menggunakan beberapa strategi atau pendekatan untuk menjayakan program pendidikan khas seperti Integrasi Bermasalah Pendengaran untuk membantu murid-murid bermasalah pendengaran menerima pendidikan dengan selesa dan sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka boleh mengikuti program ini di sekolah-sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi. Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil. Kertas kerja dibuat dan dibentang untuk semakan dengan tujuan menyebarkan maklumat garis panduan peranan guru pendidikan khas iaitu guru pembimbing .Ianya juga merupakan panduan umum mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif untuk dipatuhi semua pengetua, guru besar dan guru. Memberi kefahaman yang jelas, tepat dan bersistematik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepada semua warga pendidik.Disamping itu pihak sekolah boleh menyesuaikan panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru dan sekolah masing-masing.Ianya juga sebagai satu garis panduan yang standard digunapakai di seluruh Negara bagi mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbir, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas. Rasionalnya dengan adanya garis panduan ini, pengendalian Program Pendidikan Inklusif dapat diselaras dan diseragamkan diseluruh negara.Manakala Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas. Program Pendidikan Inklusif diharap dapat memberi peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas iaitu guru pembimbing.Manakala program Inklusif Penuh Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas iaitu guru pembimbing.Seterusnya program Inklusif Separa pula ialah focus kepada murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas Guru pendidikan khas (guru pembimbing).Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah Guru Pendidikan Khas yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif.

Bilik Resos .Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Dari segi waktu atau jumlah masa pula Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang membantu P&P di program pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah. Seterusnya dari aspek asas pertimbangan Keperluan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi berasaskan kepada beberapa factor seperti Kesamarataan Pendidikan Ianya melibatkan Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut;a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; danb) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang

sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat. Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara Bangsa Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematik untuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan. Falsafah Pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti pelajar bekeperluan khas supaya menjadi tanda aras kepada di negara maju. Usaha ini bertujuan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan kerja. Untuk tujuan itu, penyediaan prasarana yang lengkap, berfungsi dan terkini perlu disediakan oleh KPM ditambah pula

nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yand ada pada program pendidkan khas integrasi tersebut. Memartabatkan Profesion Keguruan.Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Cabaran KPM untuk memastikan guru di SBK terdiri daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan mampu membawa kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut.Dari segi Penempatan,pada peringkat pertama,semua murid pendidikan khas pendengaran akan memulakan sesi persekolah mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula pada bulan Januari. Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas pendengaran ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI) Senarai pendek murid pendidikan khas pendengaran yang lulus dalam UP1 akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan ke PPKI . Seterusnya di Peringkat 2 ,semua murid pendidikan khas pendengaran yang lulus ini dalam UP1 mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Pada peringkat 3 murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan di PPKI. Murid pendidikan khas pendengaran akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI.Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. iv. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun akan disenaraipendekkan ke Mesyauarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI. v. Bagi

murid pendidikan khas pendengaran yang belum layak ke PPI, akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI. Kerajaan juga telah meletakkan syarat-syarat ke Program Pendidikan Inklusif iaitu tiidak melebihi 2 tahun umur kronologi .Mesti boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dalam aliran perdana . Tidak mempunyai pelbagai kecacatan , oleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya Selain itu Kementerian juga telah menggariskan peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas dan Guru mata pelajaran dalamusaha menjayakan Program Pendidikan Inklusif iaitu mereka

perlulah bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif ,merancang dan melaksanakan penilaian ,munakan BBM yang sesuai , dedikasi dan komitmen yang tingg serta melayani dan membimbing dengan adil.Guru pendidikan khas bagi masalah pendengaran juga menggariskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara individu.Mereka perlu mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif.Mereka juga perlu membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan. Setelah itu mereka perlu bertindak mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif. Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran. Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu. Memberi penekanan, keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras. Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan. Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas . adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan. Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian. Dari segi Pengurusan Kementerian Pelajaran telah menggariskan keperluan menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik.Memastikan semua murid memakai Alat Bantu dengar . Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai. Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan. Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran. Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan. Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.

Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. Melibatkan diri dalam aktiviti urikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran. Seterusnya Kementerian menggariskan pula peranan yang harus dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar. Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna. Beliau perlu bertindak mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah , mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing) yang dilantik adalah terdiri daripada personalia terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Seterusnya beliau perlu memastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing) melaksanakan senarai tugas serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum. Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing )menumpukan segala tenaga, kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru pendidikan khas (guru pembimbing) hendaklah membimbing murid khas mengikut matapelajaran tertentu. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaran-matapelajaran teras. Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan dan akhirnya beliau perlu membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif. Seterunya Kementerian telah mengesyorkan Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi.Sebagai kesimpulan yang dapat dibuat cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini perlu diperkenalkan dalam latihan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk membolehkan guru-guru memahami dan mengenalpasti bidang tugas masingmasing. Ia juga dapat mengembangkan potensi murid pendidikan khas bermasalah pendengaran ke arah kecemerlangan pendidikan khas.Manakala kepada semua yang terlibat secar langsung dan tidak perlu dimaklumkan dengan konsep Program Pendidikan Inklusif di sekolah sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi.

1a) Kesahan kandungan dan konstruk. Dalam , mendefinasikan kesahan kandungan dan kesahan konstruk kita perlu mengetahui tentang ciri yang terpenting dalam sesuatu ujian ialah ujian itu mesti SAH. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang diukur itu.Dalam sesebuah peperiksaan seperti UPSR,PMR ,SPM atau STPM, ianyan sering memfokuskan kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang representatif bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ianya digunakan sebagai indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut.Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu.Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori: 1. kesahan konstruk, 2. kesahan isi kandungan, 3 .Kesahan kaitan kriteria. Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan tujuann. Kita perlujelas dan memahami apakah maksud yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu konstruk. Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik contohnya penyelesaian operasi tambah. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Kimia SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Kimia SPM.

Kesahan Kandungan Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut.Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai

kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya

1a) Kesahan kandungan dan konstruk. Dalam , mendefinasikan kesahan kandungan dan kesahan konstruk kita perlu mengetahui tentang ciri yang terpenting dalam sesuatu ujian ialah ujian itu mesti SAH. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang diukur itu.Dalam sesebuah peperiksaan seperti UPSR,PMR ,SPM atau STPM, ianyan sering memfokuskan kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang representatif bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ianya digunakan sebagai indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut.Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu.Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori: 1. kesahan konstruk, 2. kesahan isi kandungan, 3 .Kesahan kaitan kriteria. Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan tujuann. Kita perlujelas dan memahami apakah maksud yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu konstruk. Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik contohnya penyelesaian operasi tambah. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Kimia SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Kimia SPM.

Kesahan Kandungan Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut.Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai

kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji.

You might also like