You are on page 1of 8

NUR SHAHIFA BT NORLAN 920506035772

TEKS DEBAT (PEMBANGKANG) Terlebih dahulu, sambutlah salam saya dengan lafaz assalamualaikum dan salam hijau bumi Tuhan. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan yang disegani, perwakilan pembangkang, Ahli-ahli berhormat dan sidang parlimen yang saya muliakan sekalian. Selamat bersua dan selamat bersidang di arena perdebatan kita pada pagi ini .Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang. Tuan Yg Dipertua, Saya amat bersyukur kerana dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan kerajaan negara kita dari dahulu sehingga kini kita dapat menggapai kejayaan pada detik ini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang untuk membangkang satu usul penting yang pastinya akan mencuri perhatian sidang dewan sekalian.

Sayangkan anak, tangan-tangankan Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan Sayangkan pembangkang, ku beri sokongan Sayangkan kerajaan, ku hadiahkan bidasan.

Tuan Yang DiPertua, memegang mandat selaku pihak pembangkang pada hari ini, saya tetap berdiri teguh di belakang Y.B Ketua Pembangkang dalam membangkang gagasan usul dan saya tidak bersetuju dengan gagasan usul yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri, iaitu teknologi hijau pemacu

pembagunan negara dan teknologi hiaju merupakan pendekatan terbaik dalam menangani masalah alam sekitar Tidak dapat dinafikan bahawa hujah-hujah pihak kalian benar tetapi pihak kami kurang bersetuju dengan hujah-hujah pihak kalian disebabkan atas beberapa faktor. Benarkan saya meminjam telinga, minda dan membuka mata pihak kalian.

NUR SHAHIFA BT NORLAN 920506035772

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian, Berdasarkan kepada Dasar Teknologi Hijau, takrifan teknologi hijau sendiri ialah merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia manakala ICT Hijau pula merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer serta alat-alat aksesori seperti monitor, tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan memberi kesan yang minima atau tiada kesan terhadap alam sekitar. Ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT. Izinkan saya untuk menebarkan jala bidasan pihak saya agar kalian

memanifestasikan fikiran kalian. Berdasarkan takrifan diatas, dapatlah kita saksikan beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pihak kerajaan dan pelbagai

produk,peralatan dan sistem untuk dilaksanakan tetapi sebenarnya pelbagai cabaran yang harus kita lihat untuk melaksanakan perkara ini. Memang mudah pihak anda menukilkan kata-kata akan tetapi kalian seharusnya melihat, menjenguk dan menelesuri dunia luar juga. Sebelum hujah bertatah bicara, sebelum fakta melancar kata, sebelum bidasan menebat kelancaran pencadang, sekali lagi saya memohonkan keizinan untuk menunjukan beberapa bukti yang konklusif bagi bidasan kami. Sebelum anjakan paradigma bermula, seharusnya pihak kerajaan menyelesaikan masalah utama dahulu memandangkan sumber air juga termasuk dalam dasar teknologi hijau. Seperti yang dibicarakan kini di media massa dan stesen radio, iaitu masalah air yang berlaku sekian lama di beberapa negeri seperti Selangor dan Pahang dan tanpa mengorak langkah untuk menyelesaikannya. Hal ini disebabkan masalah politik yang melanda di negeri-negeri tersebut. Pelbagai rungutan telah dibuat tetapi tiada tindakan positif yang diberi. Jangan biarkan pentas siasah pada detik ini menghancurkan bangsa dan negara. Janganlah berdiri didepan pembesar

NUR SHAHIFA BT NORLAN 920506035772

suara, menabur janji kononya ditepati, disebaliknya bersikap bersilengah. Alihkan pandangan kalian, dan membitarakan minda dengan memikirkan cara kalian menyelesaikan masalah ini. Adakah kami harus menunggu sampai itik tumbuh tanduk, baru hendak cari jalan? Selesaikan penggulungan bidasan pertama, berbicara bidasan kedua. Menurut

Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi dan Inovasi Binaan, CIDB, Encik Elias Ismail, tidak dinafikan bahawa walaupun teknologi hijau telah lama diperkenalkan di negara ini, namun kesedaran mengenainya masih belum cukup membanggakan. Adakah mereka yang terbabit dalam sektor pembinaan dan sektorsektor lain bersedia menerima teknologi hijau ini sebagai sebahagian daripada agenda perniagaan masing-masing? Sanggupkah mereka melabur dan

menanggung kos tinggi atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR)? Bagaimana pula dengan implementasi teknologi yang masih dianggap baru di negara ini? Jika penerimaan teknologi hijau itu sendiri masih samar-samar bagaimanakah pihak pencadang masih begitu yakin ia mampu menjanjikan alam sekitar yang lebih harmoni? Jikalau Tuan Yang Berhormat sendiri lihat, di Negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri menghadapi masalah yang sama. Menurut Andrew Georgiadis, seorang pakar pembangungan Hijau di South Florida. Beliau sendiri menyatakan bahawa kurang daripada 50 syarikat yang tampil untuk mendapatkan pensijilan Kepimpinan Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar, sistem yang mengesahkan prestasi berkaitan dengan pelaksanaan langkah penjimatan tenaga. Tuan Yang Dipertua, Sesungguhnya, teknologi hijau ini tidak mampu menjanjikan alam sekitar yang lebih harmoni lantaran terdapatnya kekangan-kekangan dalam sistem pelaksanaan. Penerimaan terhadap teknologi hijau itu sendiri amat penting bagi memastikan ianya mudah untuk di implementasikan. Tuan Yg Dipertua, Sungguh sedap mendengar segala hujah dan matlamat kalian. Kalian mempunyai bajet yang besar, matlamat yang tinggi dan bercerita perkara ini seantero dunia akan tetapi sudilah kalian meluaskan horizon pemikiran anda untuk melihat

NUR SHAHIFA BT NORLAN 920506035772

masyarakat konvensional kita sendiri. Berdasarkan satu kajian lestari oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan serta FOMCA, hanya 5.3% daripada 1,000 orang responden telah dapat mengenal pasti label kecekapan tenaga. Selain itu, 88.2% daripada keseluruhan responden dapat

mengenali label kitar semula tetapi mereka tidak tahu bahawa terdapat 7 jenis plastik yang boleh dikitar semula. Isu pemanasan global dan perubahan cuaca dunia semakin hangat diperkatakan. Maka, usaha untuk mengalakkan penggunaan tenaga yang cekap dijalankan dalam kalangan masyarakat amat penting dan harus juga diserapkan kepada orang awam. Pelabelan dan penilaian ketepatan memainkan peranan yang penting untuk memastikan para pengguna yang menyokong pasaran untuk produk mesra alam dilindungi. Untuk memastikan program pelabelan eko ini berjaya, pengetahuan, pendekatan dan permintaan daripada pengguna memainkan peranan yang sangat penting. Pengguna harus mempunyai kepercayaan terhadap tuntutan yang dibuat oleh pengeluar produk tersebut seperti yang dituntut dalam pelabelan eko tetapi perkara ini memang tidak boleh dicapai dengan masa yang cepat. Kepercayaan pengguna terhadap tuntutan seperti pelabelan eko memang akan mengambil masa. Tiada gunanya, jika masyarakat bersikap bacul. Adakah prakarsa kalian dapat

direalisasikan? Memang benar dapat diterapkan tetapi prakarsa kalian amat memerlukan masa, benar? Jika begitu, sampai bila kalian mengorak langkah dan merealisasikan matlamat tersebut? Setahun? Seabad mahupun sedekad? Beralih pula ke hujah kami yang seteerusnya iaitu Kurang Keupayaan dalam Tarikan Pelaburan Kewangan. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datu k Seri Peter Chin berkata usaha untuk meneroka teknologi hijau masih bukan satu prospek pelaburan yang agak menarik dan akan menyumbang kepada cabaran-cabaran bagi Malaysia pada masa hadapan. Meskipun projek-projek ke arah teknologi hijau telah diterapkan di negara-negara lain selama bertahun-tahun, namun institusi-institusi perbankan tempatan masih menganggapnya sebagai satu teknologi yang baru, dan masih gusar dalam menyalurkan bantuan pembiayaan kewangan. Keadaan ini secara langsung menyukarkan usaha para pelabur dalam mendapatkan pembiayaan bagi sektor ini.

NUR SHAHIFA BT NORLAN 920506035772

Sikap tunggu dan lihat daripada pihak institusi kewangan bagi mengelak daripada mengambil risiko merupakan satu kekangan ke arah menjayakan penerapan teknologi hijau di negara ini. Sebagai contoh, Tuan Yang Berhormat, seorang pengurus syarikat membuat perabot yang menyokong teknologi hijau ini sudah pasti terpaksa meningkatkan kos pengeluaran perabot mereka. Ini adalah disebabkan mereka terpaksa mengimport barangan mesra alam sekitar dari negara luar kerana kekurangan sumber dalam negara. Ini akan menyebabkan peningkatan harga barang. Jika kita melihat dari prospek dalam Negara, pengguna pasti akan memilih barangan ataupun produk yang lebih murah dan kekurangan sokongan dari pengguna akan mengakibatkan kerugian hasil penglibatan dalam sektor Teknologi Hijau ini. Menurut MGBC, teknologi hijau sukar dibiayai. Hal ini kerana, kerajaan harus memikul hutang yang banyak kerana dalam Kok Leong, Presiden MGBC menegaskan produk hijau dan teknologi hijau amat tinggi. Setelah

menelusuri,sebagai contoh untuk membina nanoteknologi sahaja menelan berjutajuta dan bagaimanakah golongan masayarakat konvensional? Menurut data yang dilaksanakan oleh LHDN, pada masa ini, kurang daripada 10% daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai tahunan. Oleh itu cabaran utama bagi pihak kerajaan adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita. Jika dilihat mengikut data ini, mampukah golongan masayarakat konvensiona tersebut? Tambahan pula, ia juga berisiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah, jirim nano dan penghasilan molekul tersebut. Tuan Yg Dipertua, Lantaran itu, kami dibarisan pihak pembangkang yakin bahawa teknologi hijau ini tidak mampu menjanjikan alam sekitar yang lebih harmoni kerana kurangnya keyakinan dalam pelaburan kewangan bagi membantu usaha murni ini. Tuan Yg Dipertua, Bidasan seterusnya berkaitan penggunaan kenderaan elektrik yang dikemukan oleh pihak kerajaan. Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter

NUR SHAHIFA BT NORLAN 920506035772

Chin Fah Kui. MALAYSIA berhasrat mencapai antara 10 hingga 15 peratus kadar penggunaan kenderaan elektrik (EV) menjelang 2020. Tetapi cubalah kalian berfikir sejenak, hanya berapa peratus penggunaan kenderaan elektrik dilaksanakan pada hari ini? Mungkin tidak sampai 5% penggunaan kenderaan elektrik tersebut. Jumlah 10 hingga 15 peratus itu, jumlah yang amat sedikit untuk dicapai pada tahun 2020. Adakah matlamat ini akan tercapai? Hal ini kerana untuk mencipta sebuah kenderaan elektrik sahaja memerlukan wang yang banyak kerana kenderaan ini memerlukan bahan teknologi yang tinggi. Memasuki hujah kami yang seterusnya, Teknologi Hijau boleh membaha yakan Penduduk Sekitarnya. Sudah pasti bahawa salah satu kelebihan utama teknologi hijau iaitu pemandu

kereta hibrid dan elektrik membolehkan kita menambah wang simpanan. Namun, sebahagian besar daripada usaha ini telah mendorong kepada kebimbangan pelbagai pihak terhadap alam sekitar kita. Sebagai contoh, pembangunan bahan api alternatif adalah satu inovasi dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan sumber semula jadi yang tidak boleh diperbaharui. Walaupun pada awalnya bahan api ini adalah bertujuan untuk mengurangkan pelepasan toksik yang disebabkan oleh pembakaran petrol tradisional, mereka telah mengakibatkan kesan yang sebaliknya. Salah satu bahan api alternatif ini yang dikenali sebagai E85, sebenarnya mengeluarkan lebih banyak ozon ke atmosfera berbanding bahan api tradisional. Walaupun ozon adalah satu bahagian semulajadi atmosfera atas Bumi, jika ia menjadi tertumpu pada atmosfera yang lebih rendah, ia berpotensi meningkatkan pencemaran udara di kawasan-kawasan di mana kabut menjadi kebimbangan yang boleh menjejaskan kesihatan mereka yang menetap di kawasan yang terlibat. Tuan Yg Dipertua, Memasuki hujah kami yang seterusnya, saya bersetuju dengan bidasan pihak saya yang menyatakan Malaysia kurang tenaga pekerja dan kecekapan pekerja yang bijak mengendalikan teknologi hijau. Tambahan pula, hanya beberapa universiti dan kolej sahaja yang menawarkan pengkhususan ini dan hanya kurang penggredan serta persijilan bagi pekerja mahir. Hai ini kerana bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah terlalu terhad dan

NUR SHAHIFA BT NORLAN 920506035772

menelan kos yang banyak untuk program melatih semula dan skim pelapisan untuk sumber manusia. Seharusnya, pihak kalian lebih teliti mengenai kekurangan tenaga kerja pada hari ini dan akan datang. Adakah pihak kalian masih ingin mengimport tenaga kerja dari luar negara seperti Indonesia, Myamar dan Vietnam? Jika begitu, kerajaan juga masih lagi mempunyai masalah dengan kos bagi menampung gaji mereka dan generasi pada hari ini akan menjadi mundur serta melahirkan generasi yang tidak berinovatif dan kurang berkemahiran pada masa akan datang.Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin. berkata "Bilangan pembekal komponen di negara ini agak kecil dan ini membawa kepada kos penyelenggaraan dan operasi meningkat, manakala kekurangan kakitangan yang berpengetahuan tentang pengendalian peralatan merumitkan keadaan, Sidang hadirin yang dihormati, Memasuki hujah saya kami yang terakhir iaitu peluang-peluang implementasi yang agak terhad. Kekangan lain berupa kenyataan bahawa beberapa sumber tenaga hijau tidak boleh dipasang di daerah tertentu di planet ini. Sebagai contoh, tenaga gelombang hanya boleh digunakan jika gelombang datang dari laut mencapai minimum 16 kaki. Penggunaan tenaga panas bumi itu hanya boleh dilakukan di beberapa bahagian tertentu sahaja oleh kerana geologi planet ini yang tidak stabil. Tuan Yg Dipertua, Konklusinya, peluang perlaksanaan teknologi hijau yang agak minimum

membantutkan hasrat kita dalam mewujudkan alam sekitar yang lebih harmoni. Lantaran itu usul kita pada hari ini wajar ditolak tanpa sebarang kompromi. Sebelum berundur, saya sebagai pembangkang sesungguhnya menyokong hujah pihak saya. Janganlah kita terlalu mendabik dada atas perancangan dibuat, berpolimek di sana sini dan bernasistik. Seharusnya, pihak kerajaan perlu mengimbangkan masalah dan matlamat yang ingin dicapai. Janganlah ibarat ,yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran. Sekian sahaja, pembangkang ketiga menggulung hujah. Tepuklah dada, tanya minda, jangan ditanya kepada selera kerana selera boleh diubah-ubah. Fikir-fikirkan dan salam renungan.

NUR SHAHIFA BT NORLAN 920506035772

Mohon undur diri. Sekian, terima kasih. Tuan Yg Dipertua,

You might also like