You are on page 1of 4

Tutorial 1 : Bincangkan punca kemalangan di bengkel dan cara pencegahannya.

Perkara pertama yang perlu difikirkan apabila melangkah masuk ke bengkel ialah keselamatan. Di dinding-dinding bengkel atau kawasan pembinaan seringkali terpapar papan tanda UTAMAKAN KESELAMATAN. Mencegah lebih baik daripada mengubati dan sebagainya. Sikap inilah yang mesti diamalkan oleh setiap pelajar pada setiap masa. Punca kemalangan boleh dibahagikan kepada tiga faktor iaitu; Faktor Fizikal a. Pendawaian elektrik - pendawaian telah melebihi 40 tahun - pendawaian mengalami kecacatan pendawaian - pendawaian terbakar kerana beban lebih had (overload) - pendawaian terbakar kerana pendawaian tambahan tanpa kebenaran

b. Persekitaran - persekitaran tempat kerja/belajar yang tidak diambil perhatian. Contohnya tumpahan minyak yang tidak dibersihkan. - Pencahayaan tempat kerja/belajar yang tidak mencukupi.

c. Kebisingan - guru dan murid yang terdedah kepada persekitaran yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi. Kebisingan yang melebihi tahap tertentu akan menyebabkan kehilangan pendengaran.

d. Peralatan dan mesin - kemalangan yang berpunca daripada peralatan dan mesin didalam bengkel adalah disebabkan oleh susun atur yang tidak sesuai. - Kemalangan juga boleh berpunca daripada keadaan mesin yanglama dan tidak diservis. - Kemalangan juga boleh berlaku disebabkan oleh ketiadaan sistempengurusan peralatan seperti cara mengguna dan menyimpan.

Faktor Kemanusiaan

a. Kecuaian - kurang tumpuan kepada kerja - mengelamun atau berkhayal ketika bekerja/belajar

b. Kurang kemampuan - memaksa diri melakukan kerja

c. Kurang pengetahuan - tiada latihan - sikap tidak ambil tahu atau malas mempelajari suatu yang perlu dalam pekerjaannya

d. Disiplin - bergurau sambil bekerja/balajar - gagal mematuhi aturan yang disediakan - tidak mematuhi tertib (short-cut)

e. Kesihatan - gangguan kesihatan ketika bekerja seperti mengantuk, sakit, letih, fikiran terganggu dan lain-lain.

f. Emosi - keadaan psikologi yang terganggu - perasaan takut, benci, marah, hampa dan kecewa terhadap guru atau pentadbir.

g. Pengulang - seseorang yang mengalami lebih daripada sekali kemalangan yang sama. Godec (1966) menyatakan 7 faktor yang berkaitan dengan pengulang kemalangan; gangguan kurang cermat bebas kurang peka/sensitive kurang bertindak kepada rasa kesakitan jamin diri

keinginan menguasai.

h. Cenderung Kemalangan - seseorang yang mudah mengalami kemalangan disebabkan tingkah laku dan emosi - Karl Menniger mengatakan the most accepted belief is that accident-proneness is something each of us possesses

Faktor Pentadbiran a. Peraturan - pentadbir yang tidak menguatkuasakan peraturan yang telah sedia ada - kurangnya mengeluarkan arahan-arahan keselamatan dikawasan bengkel dan sekitarnya - tidak ada latihan yang berkaitan dengan pencegahan kemalangan

b. Sikap pentadbir - sikap ambil jalan mudah - lebih mementingkan peratus kelulusan peperiksaan - kurangnya hubungan di antara guru dan murid

Cara-cara Untuk Mencegah Kemalangan Setiap kemalangan akan mengakibatkan sama ada hartabenda ataupun nyawa. Mencegah adalah cara untuk meminimumkanperatus berlakunya kemalangan. Menjaga Keselamatan Diri Sendiri a. Mempastikan diri kita berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan rohani b. Berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan c. Mengetahui kaedah penggunaan atau cara mengendalikan sesuatu mesin yang selamat d. Pakaian hendaklah kemas dan sesuai dengan kerja yang akan dilaksanakan e. Memakai dan menggunakan alat perlindungan keselamatan seperti mask, google, sarung tangan jika perlu, topi dan tali pinggang keselamatan.

Menjaga Keselamatan Orang lain a. Menandakan kawasan bahaya dengan warna yang terang merah b. Memastikan bengkel sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas c. Memastikan cahaya yang cukup semasa membuat kerja amali d. Memagar kawasan yang merbahaya

e. Papan tanda amaran perlu diletakkan seperti AWAS, LANTAI LICIN, MESIN ROSAK, UTAMAKAN KESELAMATAN dan sebagainya.

Menjaga Keselamatan Alatan dan Mesin a. Menajamkan mata alat b. Meletakan alatan di tempat asal selepas digunakan c. Meminyakkan alatan dan mesin supaya tidak berkarat d. Melabelkan atau mengasingkan mesin yang rosak atau sedang diselenggarakan atau dibaiki. e. Sentiasa membuat pemeriksaan alatan atau mesin sebelum digunakan.

Mematuhi Lain-lain Peraturan Di dalam Bengkel a. Sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan b. Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sedia membantu rakan sekelas atau rakan sekerja c. Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang dilakukan. d. Hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru jika terdapat alatan atau mesin yang digunakan rosak dan merbahaya kepada orang lain jika digunakan. e. Kesemua jenis alat yang tajam hedaklah dibawa dengan matanya sentiasa menghala ke arah bawah. f. Membawa barang yang merbahaya atau yang panjang melalui laluan yang luas supaya tidak merbahaya kepada diri sendiri, orang lain dan objek itu sendiri.

Faedah Mengamalkan Keselamatan Dan Kesihatan 1. Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan,keracunan dan penyakit pekerjaan (kematian dankecederaan). 2. Mengelakkan kerugian dan kerosakkan dan kemusnahan hartabenda. 3. P&P dapat dijalankan dengan tekun, efisyen dan produktif.

You might also like