You are on page 1of 65

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Tajuk 4

Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan

Sinopsis Tajuk ini membincangkan tentang kaedah pemeliharaan ikan hiasan air tawar tropika yang sering dipraktikkan. Merangkumi beberapa sub tajuk antaranya menyentuh tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan, ciri-ciri istimewa ikan hiasan, jenis dan contoh spesies ikan hiasan, peralatan/kelengkapan dan bahan, penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan serta pengurusan dan penjagaan. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan pemeliharaan ikan hiasan. Hasil Pembelajaran Menyatakan tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan. Menjelaskan beberapa ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan. Menyenaraikan jenis dan contoh spesies ikan hiasan. Menerangkan peralatan/kelengkapan dan bahan yang diperlukan untuk pemeliharaan ikan hiasan. Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan ikan hiasan. Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan. Kerangka Tajuk Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan

Tujuan Dan Faedah Pemeliharaan Ikan Hiasan

Jenis Dan Contoh Spesis

Peralatan Dan Bahan

Pengurusan Dan Penjagaan

Ciri Istimewa

Penyediaan Akuarium Dan Peralatan

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Tujuan Dan Faedah Pemeliharaan Ikan Hiasan Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifatsifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang. Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang. Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara. Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan hiasan. Ciri-Ciri Istimewa Ikan Hiasan Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya: a. Pergerakan Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya. b. Sisik Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis. Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit. c. Saiz Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa(Arowana) mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil. d. Sirip Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang e. Bentuk badan Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk,pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih. f. Warna badan Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

g. Cara makan Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup. h. Jantina Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih. i. Cara pembiakan Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Sword Tail, Platy dan Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil. Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik. Tabiat dan keperluan kehidupan 1. Ikan hiasan tergolong dalam 4 kumpulan tabiat makan : Ikan herbivor (pemakan tumbuhan) Ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan haiwan hidup) Ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik) Ikan omnivor (pemakan segala macam makanan)

Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor. Makanan yang diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan. 2. Kualiti air Bagi ikan hiasan tropika,suhu air mesti berada pada julat 25 C 35 C . Ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4 C- 25 C. Suhu diukur dengan meter termometer. 3. Kadar cahaya Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya bergerak ,mencari makanan dan melihat objek lain. untuk melihat arah berenang,

Latihan Jelaskan ciri-ciri istimewa ikan hiasan yang menyebabkan ia dipelihara.

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Jenis dan contoh spesies ikan hiasan Bil 1. Famili Cyprinidae Spesies Ciri-ciri Utama Contoh: Seluang(rasbora), ikan mas, > Kecil, berbadan barb mampat,bersesungut Ikan seluang Ikan mas > ekor terbuka dan bentuk fork >Badan bersisik bergerak pantas > kepala tanpa sisik Ikan Barb >Terdapat di Afrika, Amerika Utara dan sebahagian besar Asia Tenggara. >Hanya sepasang lubang hidung >Sirip ekor bulat >Satu dorsal fin ,

2.

Chichildea

Contoh: Ikan Angel, Discus, Oscar Ikan Angel Ikan Discus

Ikan Oscar

3.

Charachidae

Semua jenis ikan tetra Blue tetra

>Seakan ikan Barb >Tiada sesungut >Ada gigi adiposfin dan

>Berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Green neon tetra

4.

Belontiidea

Contoh: Ikan pelaga Siam (Betta >Badan lebar dan splenden), Gourami biru (Trichogaster trichopterus) mampat Ikan pelaga Siam Gourami biru >Sirip anal panjang >Mempunyai aksesori respiratory organ untk bernafas di udara Dwarf Gourami >Terdapat di Koprea Selatan, Asia Tenggara,Afrika Barat

6.

Catfish Families

Coridoras sp. Ikan bandaran (Rinelloricaria parva)

>Suckermouth >bersesungut

Peralatan/kelengkapan dan bahan Akuarium/bekas Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan: saiz akuarium; bentuk akuarium; bahan buatan akuarium;dan jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan. 5

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

a. Saiz akuarium. Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter). Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan kelp (kelp ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia). b. Bentuk akuarium. Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder(cylindrical aquarium) (Rajah A dan B). Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya.

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Rajah A dan B: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D) separa silinder (E) dan silinder (F) c. Bahan buatan akuarium. Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium: akuarium kaca (glass aquarium); dan akuarium akrilik (acrylic aquarium). Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium. Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih kuat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk. Sistem Penapisan Akuarium Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah C). Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat atau pertikel halus dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, 7

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus. Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering pump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump). Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil kapas penapis (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Rajah C: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan kapas penapis, sejenis media penapisan (C). Sistem pengudaraan Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu 8

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injapinjap akuarium (aquarium valves). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

Rajah D: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C).

Aksesori Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah: membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan; mempastikan pH air pada tahap optima; memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium; mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih; dan lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium. Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah: 9

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium; aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium; aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium; tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan pasir untuk lantai akurium. Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh pemilik akuarium. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, iaitu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat luxmeter boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit lux. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis tungsten dan halogen tidak begitu sesuai. Lampu jenisjenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan.

10

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Rajah E: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C). Tumbuhan akuatik Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghiasi akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri. Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium. Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya. Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan. Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan. Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium. 11

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

a. Fungsi tumbuhan akuatik dalam akuarium Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air. b. Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran. Jadual 1: Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium Spesis 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Anubias sp Aponogeton sp Azolla sp Bacopa sp Cabomba sp Hydrocotyle sp Hygrophila sp Hydrilla verticiliata Elodea sp

12

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Vallisneria sp Cryptocoryne sp

Cabomba sp

Ludwigia sp

13

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Makanan Terdapat makanan hidup.makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan atau pelet.Makanan diberi mengikut jenis ikan.Makanan pelet jenis terapung sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam sesuai untuk ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala kebawah seperti ikan Corydoras atau Loach. Jenis makanan mengikut spesis Jenis makanan Jenis ikan Makanan hidup dan Tiger Barb, Discus, Guppy , Black makanan basah Tetra Makanan kering Contoh Daging Hati

Pearl Gourami, Harlequin Cacing darah yang diawet Rasbora,Bala Shark Silver Marble kering Molly Udang geragau kering Sunrise Platy,Angel,Tiger Brown Corydoras Barb, Pellet Emping

Makanan rumusan

Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Tetapkan masa memberi makanan iaitu pagi, tengahari dan petang Contoh makanan hidup

cacing darah

ulat roti

14

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

plankton Penyediaan Akuarium Dan Peralatan Untuk Pemeliharaan Faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan akuarium a. Keamatan dan kadar cahaya Kadar cahaya ialah kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) .Satu lokasi yang sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya yang mencukupi. Bagi sebuah akuarium, punca cahaya adalah daripada lampu akuarium yang dipasang. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan bergerak, mencari dan melihat makanan serta melihat objek-objek lain dalam akuarium termasuk ikan lain. Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer (photometer). b. Suhu Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit C. Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada julat 25C -35C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4C hingga 25C. Suhu boleh diukur menggunakan meter termometer. Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada julatjulat suhu tertentu saja. Suhu juga mempengaruhi organisma hidup lain yang ada hubung kait dengan ikan, misalnya bakteria, kulat, virus dan parasit dalam akuarium. Selain itu suhu turut mempengaruhi parameter-parameter air yang lain. Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut dalam air, oleh itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut. Ketahanan ikan terhadap suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan. c. Keselamatan Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri. Kanak-kanak yang 15

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

menyebabkan akuarium tersebut pecah akan terdedah kepada kecederaan ( luka akibat serpihan kaca ). Perbelanjaan yang telah dikeluarkan juga terbazir akibat akuarium yang pecah. Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku, akuaris boleh meletakkan akuarium ditempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Lokasi yang sesuai juga boleh menjamin keselamatan akuarium dan manusia. Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan akuarium di dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan yang sesuai mengelakkan ikan tersebut dari dicuri. Pembersihan Dan Membasmi Kuman Peralatan a. Rawatan air Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit. Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel badan pada objek keras, ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar, ikan tidak mahu makan, ikan tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda penyakit pada badan ikan dan sebagainya. Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air, akuarium serta semua aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air akuarium diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit. Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan. b. Mengawal dan Membasmi Patogen Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh sistem akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat. Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama, terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya. Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli bekalan ikan baru, maka lebih baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Elakkan membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan berpenyakit.

16

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

c. Mengawal dan Mengurus Akuarium dan Kolam Ikan Hiasan Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan. Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar, maka seluruh akuarium perlu dibersih dan diganti air. Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut, lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik. d. Mengawal dan Mengurus Makanan Ikan Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa lapar akan mengalami tekanan dan mudah dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-kurangnya dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan. Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan. Teknik Melepaskan Ikan Ke Dalam Bekas Rendamkan beg plastik yang mengadungi ikan ke dalam akuarium selama 20 hingga 30 minit. Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama-sama air ke dalam akuarium. Setelah semua ikan keluar dari beg plastik, keluarkan beg plastik tersebut.

17

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Rajah Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium Latihan Jelaskan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menenpatkan sesebuah akuarium ikan hiasan. Kawalan Kualiti Air a. pH air pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik. b. Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

18

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

c. Bahan beracun Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

Rajah Ikan Kurang Sihat d. Rawatan air Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit. Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel badan pada objek keras, ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar, 19

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

ikan tidak mahu makan, ikan tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda penyakit pada badan ikan dan sebagainya. Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air, akuarium serta semua aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air akuarium diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit. Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan. Kawalan Bahan Buangan Toksik dan Makanan Ikan Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa lapar akan mengalami tekanan dan mudah dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-kurangnya dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan. Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan. Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah. a. Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.

20

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

b. Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi. Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

Rajah Edaran Nitrogen Di Akuarium

21

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Pembersihan Akuarium Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan. Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar, maka seluruh akuarium perlu dibersih dan diganti air. Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut, lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik. Kawalan Penyakit dan Membasmi Patogen Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh sistem akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat. Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama, terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya. Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli bekalan ikan baru, maka lebih baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Elakkan membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan berpenyakit.

22

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut : Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. a. Penyakit Rintik Putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit Kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

23

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

c. Penyakit Bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

Perbincangan Bincangkan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk menyediakan sebuah akuarium yang sesuai bagi menempatkan ikan hiasan.

24

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Tajuk 5 Sinopsis

Teknologi Tanaman Sayur-Sayuran Dan Hiasan

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur sayuran dan hiasan, kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan, jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan, persediaan untuk penyemaian dan penanaman, pembiakan dan penyediaan anak benih, penanaman, pengurusan dan penjagaan serta pengutipan dan penggunaan hasil. Kursus ini mengintegrasikan pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan kaedah pengajaran secara kumpulan dalam pengajaran mikro. Hasil Pembelajaran Menerangkan sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan. Menyatakan kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan. Menyenaraikan jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan. Merancang dan menerangkan persediaan untuk penyemaian dan penanaman Menghuraikan langlah-langkah pembiakan dan penyediaan anak benih. Menerangkan tentang beberapa teknik penanaman. Menjelaskan langkah-langkah pengurusan dan penjagaan tanaman. Menerangkan kaedah pengutipan dan penggunaan hasil tanaman.

25

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Kerangka Tajuk-Tajuk

Teknologi tanaman sayursayuran dan hiasan

Sejarah perkembangan teknologi tanaman sayursayuran dan hiasan

Kepentingan tanaman sayursayuran dan hiasan dalam kehidupan

Jenis-jenis tanaman sayursayuran dan hiasan

Persediaan untuk penyemaian dan penanaman

Pembiakan dan penyediaan anak benih

Penanaman

Pengurusan dan penjagaan

Pengutipan dan penggunaan hasil

26

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Sejarah Perkembangan Teknologi Tanaman Sayur-Sayuran Dan Hiasan Pertanian meliputi aktiviti bercucuk tanam, ternakan dan kebun buah-buahan dan ianya merupakan pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain yang melalui suatu sistem ternakan atau tanaman. Dengan lain perkataan, pertanian adalah. amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan. Pertanian juga melibatkan amalan penyimpanan, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian. Pertanian moden meliputi lebih banyak daripada pengeluaran tradisional bagi makanan manusia dan ternakan. Pengeluaran pertanian antara lain adalah seperti bunga, hiasan, nurseri, landskap, ikan dan burung untuk perniagaan haiwan peliharaan, perhutanan, pembajaan, kulit, industri kimia. Abad ke-20 merupakan perubahan terbesar dalam bidang pertanian, terutamanya dalam chemistry agriculture (penggunaan bahan kimia dalam pertanian). Ini termasuklah aplikasi baja kimia, racun dan pengawalan serangga perosak (pest control), dan chemical fungicides, soil makeup, analisa produk pertanian, pemakanan haiwan dan ternakan. Bermula dari dunia barat, revolusi hijau telah menyemarakkan perubahan kepada tatacara pertanian ke seluruh dunia. Perubahan lain dalam pertanian termasuklah penanaman secara, hidroponik, pembiakbakaan tanaman, penghibridan, manipulasi gen, pengurusan nutrien tanah, dan kawalan rumpai. Kejuruteraan genetik telah menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi yang melampaui tumbuhan semulajadi, seperti hasil yang berkualiti dan tahap menghindar penyakit (resistan). Benih "modified" ini membesar dengan cepat, dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Kejuruteraan genetik ke atas tanaman telah menjadi satu kontroversi, terutamanya dalam kes racun herba tanaman yang resistan (herbicide resistant plants). Kejuruteraan bidang pertanian juga boleh menghasilkan tanaman-tanaman yang menggunakan sistem pengairan, saliran, pemuliharaan dan kejuruteraan pembentongan, terutamanya bagi kawasan kering (arid) di mana ianya memerlukan sistem pengairan yang berterusan dalam ladang yang luas Kepentingan Tanaman Sayur-Sayuran Dan Hiasan Dalam Kehidupan Menghiasi ruang kawasan dalam dan luar bangunan Sebagai tujuan perlindungan pemandangan yang kurang menarik Mengurangkan kejadian hakisan tanah 27

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Berwarna-warni dapat mengurangkan kebosanan Pembersihan udara dari gas gas pencemaran Mengisi masa lapang dan sebagai hobi Menjana ekonomi dan sumber pendapatan Jenis-Jenis Tanaman Sayur-Sayuran Dan Hiasan Tanaman hiasan Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6 7. 8. Kelas Pokok naungan Pokok hiasan Pokok renik Pokok memanjat/menjalar Palma Pokok Lendair Pokok Kaktus Rumput Turf / hiasan Contoh Semarak api, Sena, Beringin Janda merana, Kemboja, Kenanga Puding, Kemuning,J anda kaya Markisa, Bunga Jepun, Melor Pokok Kelapa gading, pinang kuning Setawar, Ati-ati, Sensiveria Opumtia, Kaktus Krismas Rumput Tikar, Rumput Lipan

28

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Tanaman Sayuran Bil 1. Jenis sayuran Jenis daun Contoh Bayam, sawi , kangkung, kobis Kacang botol/kelisa, kacang buncis, kacang tanah, kacang panjang

2.

Jenis kekacang

3.

Jenis buah

Bendi, cili, terung, timun,tomato Halia, lobak putih/merah, ubi keledek, keladi, sengkuang

4.

Jenis akar/umbisi

Penyediaan Tapak Penanaman Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh itu pemuliharaan tanah perlu dilakukan untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut: i. Kandungan nutrien yang rendah kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi. ii. Keadaan tanah berasid tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksikan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut

bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron. iii. Tanah berlempung mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. peresapan air sangat rendah. Kadar saliran dan kadar

29

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

iv

Tanah berpasir tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah brisk mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman. Tanah ini tidak mempunyai struktur dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.

Pemilihan Tapak Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah: i. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran. ii. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan pembersihan sebelum pemasaran dilakukan. iii. Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien. iv. v. Mempunyai kemudahan infrastruktur. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan jika tanah bercerun. vi. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit. vii. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian.

Cadangkan satu cara untuk mengatasi masalah tanah berasid di kawasan pertanian anda.

Kerja Pembersihan Kerja-kerja pembersihan kawasan dimulakan dengan menebang, menebas, mencabut, mengumpul dan merata. Kerja-kerja ini memerlukan alat jentera yang tertentu. Perlu berhati-hati semasa membuat kerja-kerja ini supaya lapisan tanah atas yang kaya dengan bahan 30

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

organik dan nutrien tidak dikikis agar kesuburan tanah terpelihara. Pada peringkat ini, racun rumpai yang disyorkan boleh disembur untuk membantu kerja-kerja pembersihan. Akar-akar serta tunggul kayu boleh juga dibakar. Abu daripada pembakaran itu dapat menguraikan kalium ke dalam tanah. Di samping itu, semak samun dapat dibersihkan dan patogen penyakit dapat dibasmi melalui pembakaran. Pembajakan Tanah boleh dibajak apabila kawasan telah bersih, rata dan kesan-kesan semburan racun rumpai telah mula kelihatan. Pembajakan bertujuan mengurangkan kepadatan tanah, memecahkan tanah, memusnahkan saki-baki tanaman dan rumpai serta menyusun semula agregat tanah. Biasanya tanah dibajak satu pusingan sahaja. Walau bagaimanapun, pembajakan pusingan kedua boleh dilakukan jikalau tanah terlalu keras bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan. Penyediaan Batas Batas tidak dimestikan kecuali jika terdapat aras air yang tinggi. Walau dapat memastikan saliran dan pengudaraan yang baik di bergantung pada jenis sayur yang akan ditanam. adalah di antara 0.75 - 1.50m lebar dan 1.0m. cangkul. bagaimanapun, batas

dalam tanah. Ukuran batas

Biasanya ukuran batas yang disyorkan

0.25 - 0.30m tinggi. Jarak di antara batas 0.5 -

Batas boleh dibuat dengan menggunakan peralatan jentera tertentu atau dengan

Rajah Batas Rata 31

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Pembajaan Asas Baja selalunya dicampur rata dengan tanah semasa menyediakan batas dan sebelum menyemai biji benih, kerja mencampurkan baja sebelum menyemai dinamakan pembajaan asas. Biasanya baja organik seperti tahi lembu dan tahi ayam yang reput dengan kadar 5 kg/meter persegi digunakan. Ini hendaklah dicampurkan 1 2 minggu sebelum menyemai. Baja kimia juga boleh digunakan sebagai baja asas dengan kadar 310 gm/meter persegi dan digunakan 1-2 hari sebelum menyemai. Cari maklumat kawasan persekitaran tempat kediaman atau sekolah yang sesuai bagi penanaman sayuran. Buat kerja pembinaan batas berukuran panjang 5 meter, lebar 1.5 meter dan tinggi 0.20 meter. Pembiakan Seks - Pengendalian Biji Benih Kadar percambahan biji benih berkait rapat dengan pemilihan biji benih yang sempurna. Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi. Ciri-Ciri Biji Benih Yang Baik Ketulenan baka Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat. Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan tinggi.

Rajah Biji benih 32

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Kaedah Penyimpanan Biji Benih Sayur-Sayuran Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit Gunakan racun serangga dan kulat bagi mengelakkan serangan serangga dan kulat Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak Labelkan biji benih supaya mudah dikenali. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan. Penyemaian Biji Benih Faktor utama dalam kaedah menyemai biji benih bergantung kepada saiznya. a. Semaian Terus Untuk Biji Benih Besar Atau Kasar (contoh: bendi, kangkung, dan peria) Langkah-langkah penyemaian : Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan Tandakan lubang penanaman pada jarak yang sesuai. Tanam sebiji atau dua biji selubang. Buat sungkupan dan siram. Selepas bercambah, lakukan penjarangan. dan kobis )

b. Semaian Terus Untuk Biji Benih Kecil Atau Halus (contoh: sawi, kalian, Menggunakan dua kaedah: 1. Semaian terus ke batas tetap, diikuti dengan penjarangan.

Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu. Gaulkan biji benih dengan pasir halus dengan nisbah (1:10) Taburkan ke dalam alur dan timbuskan sedikit dengan tanah. Beri perlindungan (sungkupan) dan siram. Selepas percambahan, buat penjarangan dengan meninggalkan anak benih yang sihat pada jarak tertentu.

33

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Rajah Kaedah menyemai cara alur 2. Menyemai di kotak atau bekas semaian diikuti pemindahan ke batas. Sediakan kotak atau bekas semaian Tabur biji benih kedalam kotak atau bekas penanaman dan dengan lapisan tanah yang nipis. Beri perlindungan (sungkupan) dan dan siram. Selepas percambahan, pindahkan anak beniih ke batas tetap jarak yang sesuai. Beri sungkupan dan siram dengan timbus

Rajah Kaedah menyemai di kotak semaian

34

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Rajah Anak benih di bekas semaian sedia untuk dipindahkan ke batas Kebaikan menggunakan kotak atau bekas semaian: Penjagaan anak benih lebih mudah. Anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. memastikan hasil yang bertambah. Anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama. Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian. Ini

Sila buat rujukan di perpustakaan dapatkan maklumat lengkap tentang kaedah semaian biji benih. Simpan maklumat tersebut dalam folio Lakukan ujikaji peratus percambahan biji benih Anda dikehendaki menyemai biji benih sayuran di dalam bekas semaian. Rekodkan peratus percambahan biji benih tersebut dan anda dikehendaki menjaga sayuran anda untuk tugasan

selanjutnya.. Simpankan maklumat tersebut dalam folio

35

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Pembiakan Aseks Pembiakan Menggunakan Keratan Batang Lembut, Kayu Sederhana Dan Kayu Keras

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang lembut ini termasuklah Scindapsus atau Sireh Puteri, Tradescantia, Hedera serta banyak lagi.

Bahan yang diperlukan adalah: a) Beberapa keratan batang pokok berkenaan (Scindapsus) sepanjang lebih kurang 1 kaki b) Gunting pokok atau 'sekateur' c) Bekas tanaman d) Medium pasir sungai e) Plastik atau bekas lutsinar f) Hormon penggalak akar Saradix, Hortomone A

g) Air siraman

Kaedah pembiakan: 1 Sediakan bekas dan medium tanaman dengan memasukkan pasir sungai ke dalam bekas tanaman sehingga dua inci ke paras bibir bekas, ratakan. Goncang sedikit bekas tanaman untuk memadatkan sedikit medium bagi menyenangkan pertumbuhan pokok.

Potong pokok Scindapsus di bawah buku batang dan pastikan sekurang-kurangnya dua buku bagi setiap potongan. Buangkan daun di buku paling bawah bagi mencepatkan pertumbuhan tunas baru dan mengelakkan pereputan batang. Jika terdapat akar udara yang tumbuh di buku keratan, jangan dipotong kerana akar ini akan mencepatkan pertumbuhan tunas baru. Sapukan hormon penggalak akar di bahagian buku dan akar udara.

Buatkan beberapa lubang bagi memenuhi setiap ruang medium tanaman, tanam keratan batang tadi sehingga medium menutupi buku batang yang paling bawah sekali dan padatkan medium di sekeliling batang keratan.

Siram medium dan letakkan bekas tanaman dalam plastik atau bekas lutsinar serta di tempat teduh. Tunas serta akar baru akan tumbuh dalam masa beberapa minggu. 36

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Apabila pertumbuhan batang menjangkau melebihi lima ruas, anda bolehlah memindahkannya untuk ditanam sama ada dalam beg politena atau pasu cantik menggunakan medium tanaman untuk pokok berpasu. Selepas itu anda bolehlah mula membajanya dengan baja kandang (najis ayam atau kelawar) atau baja kimia berwarna hijau untuk pertumbuhan daun dan batang yang cepat. Pembiakan dengan cara keratan selalunya dilakukan untuk pokok jenis renek, hiasan, herba, penutup bumi, menjalar, orkid, buluh dan lain-lain. Walaupun pokok hiasan boleh dibiakkan dengan cara keratan, tetapi pokok hiasan yang dibiakkan dengan biji benih kelihatan lebih tegap, sihat dan berbentuk asli. Pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara keratan ketiga-tiga jenis dahan (keras, sederhana dan lembut) ialah pokok bunga raya (Hibiscus sp.), pokok bunga kertas (Bougainvilla sp.) dan lain-lain.

Rajah Keratan Kayu Keras Hibiscus( bunga raya), Bougainvilla(bunga kertas)

1) Kaedah pembiakan cara di atas juga sesuai untuk pokok berkayu keras seperti pokok bunga raya dan bunga kertas tetapi batangnya dikerat secara menyerong di bawah bahagian tumbuhnya daun bagi menyediakan luas permukaan yang lebih besar untuk mencepatkan pertumbuhan akar dan tunas baru 2) Medium air dan jeli boleh juga digunakan untuk pembiakan cara ini tetapi hasilnya kurang memuaskan berbanding pasir sungai. Air perlu ditukar setiap minggu bagi mengelakkan pereputan 3) Pasir sungai adalah medium terbaik untuk pembiakan menggunakan keratan batang kerana ia mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik, bersih serta tidak menghalang pertumbuhan akar baru 37

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

4) Menutup bekas tanaman dengan plastik lutsinar bagi mengekalkan kelembapan dan mencepatkan pertumbuhan akar dan tunas baru pokok

Kaedah Pembiakan Belahan Dan Pembahagian Rumpun Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah Sansevieria (lidah jin), Chlorophytum, Caladium (keladi) dan sebagai-nya.

Rajah Belahan Rumpun Sansevieria Kaedah pembiakan: 1 Siram air atau rendam pasu tanaman berkenaan di dalam air bertakung seketika. Ini bertujuan bagi melembutkan medium tanaman serta memudahkan kerja-kerja

mengeluarkan tanaman berkenaan daripada pasunya.

Pusingkan pasu dengan permukaannya ke bawah dan hentakkan permukaan pasu di atas permukaan yang keras secara perlahan bagi memaksa rumpun pokok keluar daripada pasunya. Keluarkan rumpun tanaman tadi daripada pasunya secara perlahan bagi mengelakkan rumpun pokok terjatuh ke tanah.

Gunakan tangan atau cangkul serta pisau untuk memotong rumpun pokok kepada beberapa rumpun kecil. Tanam rumpun ini dalam bekas tanaman dengan medium yang baru. Pokok akan segera tumbuh segar selepas air disiram serta disembur ke daunnya.

38

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Letakkannya di tempat teduh bagi menyesuaikannya dengan pasu dan medium yang baru. Selepas seminggu bolehlah diberi baja dan diletakkan di tempat yang sesuai untuknya. Kaedah Pembiakan Lenturan Batang Atau Ranting

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah Scindapsus, Tradescantia, pokok lelabah (Chlorophytum comosum) dan sebagainya. Kebanyakan pokok menjalar boleh dibiakkan dengan kaedah ini.

Kaedah Pembiakan:

Kaedah 1: 1 Lenturkan batang atau ranting pokok berkenaan dalam air untuk merangsang pertumbuhan akar baru. 2 Setelah berakar, panjangnya kira-kira setengah inci, kerat batang atau ranting tadi di bahagian bawah tempat ia berakar untuk memisahkannya dari pokok asal dan tanam dalam pasu dengan medium yang sesuai untuk pokok berkenaan.

Rajah Lenturan Dalam Air Kaedah 2: 1 2 Lentur terus ke dalam medium tanaman dalam pasu. Siram dan beri baja bagi menggalakkan batang pokok berakar dan boleh tumbuh dengan sendirinya. 3 Apabila didapati tumbuh daun baru yang menunjukkan pokok berkenaan sudah boleh hidup dengan sendirinya, potong bahagian bawah tempat yang berakar untuk memisahkannya dari pokok induk dan terus hidup sebagai pokok baru.

39

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Rajah Lenturan Di Pasu/Tanah Kaedah Pembiakan Cara Mengetut atau Markot

Gambar Rajah Menunjukkan Kaedah Mengtut Atau Markot

40

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah pokok berbatang keras berkayu seperti bunga kertas, bunga raya dan sebagainya.

Kaedah Pembiakan: 1 Pokok dilukakan atau dipotong kulit sekeliling ranting atau batangnya. 2 Medium tanaman yang basah untuk menggalakkan pertumbuhan akar diletakkan di sekeliling keratan tadi. 3 Balut medium tanaman dengan plastik yang lutsinar dan ikat di kedua bahagian hujung atas dan bawah dengan tali rafia supaya medium tidak jatuh dan wap air tidak terkeluar daripada medium tadi. Selang beberapa minggu, akar akan tumbuh di bahagian yang dipotong tadi kerana pokok menggunakan bahan makanan daripada medium tadi dan merangsang pertumbuhan akar. 4 Apabila akar sudah panjang kira-kira satu inci, bolehlah dipotong bahagian berkenaan di bawah tempat berakar tadi untuk ditanam dalam medium tanaman yang sesuai untuknya.

Terdapat tiga kaedah menyediakan medium tanaman untuk mengetut: Kaedah 1: 2 bahagian tanah peroi : 1 bahagian bahan organik Kaedah 2: 4 bahagian habuk papan : 2 bahagian baja organik Kaedah 3: Lumut sphagnum moss atau sabut kelapa lembap

1) Untuk mencepatkan pertumbuhan akar, sapukan hormon penggalak akar di bahagian atas keratan tut 2) Bagi memastikan medium senang lekat di bahagian yang dilukakan atau dipotong tadi, bancuhan medium mestilah pekat dan melekit

Fikirkan mengapa tak perlu campuran pasir dalam medium mengtut atau markot.

41

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Kaedah Pembiakan Menggunakan Keratan Daun

Pokok yang boleh dibiakkan melalui kaedah ini ialah Sansevieria, Begonia Peperomia dan sebagainya. Kaedah ini tidak menjanjikan anak pokok yang tumbuh akan menyerupai keseluruhan pokok induknya.

Gambar Rajah Pokok Setawar dan Senseviera Dibiak Dari Keratan Daun Kaedah pembiakan: 1 2 Kerat daun pokok berkenaan kepada beberapa keratan kecil. Letakkan hormon penggalak akar di bahagian bawah keratan tadi dan tanam dalam medium pasir sungai. 3 Siram dan tutup pasu semaian dengan plastik lutsinar dan letak di tempat teduh. Kaedah ini dilakukan bagi mengekalkan kelembapan medium tanaman dan keadaan sekeliling keratan pokok bagi mencepatkan pertumbuhan anak pokok yang baru. 2 Selang beberapa minggu, apabila anak pokok telah tumbuh pindahkan dan tanam dalam medium tanaman yang sesuai untuk pokok berkenaan. 1) Pilih daun pokok yang sudah matang dan dewasa untuk mendapatkan pertumbuhan anak pokok dengan cepat dan subur 2) Gunakan gunting pokok yang tajam untuk memotong dedaun yang dipilih bagi mendapatkan hasil yang memuaskan 42

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Kaedah Pembiakan Menggunakan Sulur Anak

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah pokok Orkid, Bromeliad dan Episcia.

Rajah Pembiakan Menggunakan Sulur Kaedah pembiakan: 1 Biasanya sulur anak akan keluar dari sisi pokok induk yang menyerupai pokok induknya. Ceraikan anak sulur berkenaan daripada induknya dengan menggunakan tangan atau gunting pokok. 2 Potongkan serapat mungkin ke arah pokok induknya dan seboleh-bolehnya biar terdapat sedikit akar untuknya mula tumbuh sendiri. 3 Tanam segera dalam medium tanaman yang sesuai untuknya.

1) Untuk sulur anak yang tidak berakar, sapukan sedikit hormon penggalak akar di bahagian bawahnya untuk mencepatkan pertumbuhan akar 2) Jangan biarkan medium tanaman kering kerana ini akan membantutkan berkenaan Pembiakan Menggunakan Bahagian Khas Tumbuhan Terdapat banyak tumbuhan yang menggunakan bahagian-bahagian khas untuk menjalankan pembiakan untuk menambah bilangan masing-masing.Antara pembiakan menggunakan bahagian-bahagian khas ialah pembiakan menggunakan Stolon dan Rizom. Stolon adalah kaedah pembiakan menggunakan batang tumbuhan yang telah berubah suai dan tumbuh melata di muka bumi. Rizom pula ialah pembiakan tumbuhan menggunakan batang 43 pertumbuhan akar baru anak pokok

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian. Tumbuh di bawah permukaan bumi. Contoh : halia (Zingiber Officianalis) dan pokok buluh. Terdapat juga tumbuhan yang menjalani pembiakan menggunakan Bebawang. Tumbuhan ini perubahsuai untuk tujuan penyimpanan makanan. Kebiasaannya tumbuhan ini mempunyai

ruas sangat pendek dan daun berlendir. Terdapat 2 jenis tumbuhan yang menjalani pembiakan menggunakan kaedah ini iaitu bebawang berkulit kering (scaly) dan bebawang tak berkulit (tunicate). Contoh tumbuhan yang menjalani pembiakna melaului kaedah ini ialah bawang hiasan (Zephyranthes rosea) Seterusnya ialah pembiakan melalui Pembahagian Rumpun. Pembiakan ini dilakukan untuk tumbuhan berumpun. Bila pokok tersebut besar, pokok dicabut dari rumpunnya dan dipecahpecahkan menggunakan tangan dan di tanam ke dalam tanah. Pokok-pokok tersebut akan disemai sama aras dengan keadaan semasa ia berumpun. Contoh tumbuhan yang menjalani pembiakan melalui kaedah ini aialah rumput mondo (Ophiopogon sp). Kaedah pembiakan yang terakhir menggunakan kaedah bahagian istimewa ialah pembiakan melalui anak-anak pokok. Seperti yang kita semua ketahui, terdapat beberapa tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap yang mengeluarkan anak-anak pokok sendiri sebagai cara membiak. Untuk membiakkan tumbuhan jenis ini, kita boleh potong anak pokok dan menanam terusnya ke dalam beg politin atau pasu. Contoh tumbuhan yang membiak melalui cara ini ialah pokok lelabah (Chlophytam commosum vittatum).

44

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Pembiakan melalui organ-organ tertentu. A, Spora (paku pakis). B, Ubi (dahlia). C, Bebawang gantung. D, Bahagian akar. E, Rizom (lengkuas, kantan). F, Anak (agave, beromeliad}. (Disesuaikan daripada Hammett, 1973.) Pembiakan Melalui Cantuman Cantuman satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan. Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis : a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan i) Sandingan b) Cantuman mata tunas i) ii) iii) Cantuman 'T' Cantuman tampal Cantuman takuk

45

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

c) Cantuman Belahan i) ii) Belahan tepi Belahan rencung

iii) Belahan baji

Pokok Penanti (Stock Plant) Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garis pusat) untuk menerima mata tunas. Mata tunas(sion) Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lainlain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

46

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Cara mencantum mata tunas Contoh: Cantuman tampal a) Sediakan pokok penanti b) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih. c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm. d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek. e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas. f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm. g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu. h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm 8cm daripada bahagian yang dicantum. Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang. Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama. c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama. d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur. f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan. 47

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Pengubahan Anak Benih Ke Batas a. Pengerasan Anak Benih Pengerasan ialah proses mengurangkan perlindungan dan siraman air kepada anak benih secara berperingkat-peringkat. Pengerasan dijalankan dengan mendedahkan anak benih kepada pancaran cahaya (mengurangkan sungkupan dan naungan) sedikit demi sedikit untuk membiasakan anak benih kepada sinaran matahari penuh dan mengurangkan siraman air. b. Mengubah Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap. Teknik mengubah anak benih: Segarkan anak benih sebelum diubah Lakukan waktu pagi atau petang Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat. Buat sungkupan dan naungan

48

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Rajah 3.5: Teknik mengubah anak pokok

Rajah 3.6: Anak benih diubah dari kawasan semaian ke lubang penanaman Jarak penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan juga untuk memudahkan kerja penjagaan.

49

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Bil

Kaedah

Bentuk

2
1. Empatsegi

2.

Tigasegi 2

1 3. Kuinkuk keluang / siku 2

1
Petunjuk:

1. Jarak di antara pokok ialah jarak di antara dua pokok dalam barisan yang sama. 2. Jarak di antara barisan ialah jarak di antara dua barisan pokok. Jadual 3.7: Corak penanaman sayuran Ubah anak benih yang telah anda semai ke tapak penanaman atau bekas bekas penanaman. Buat analisis tentang ketiga-tiga corak penanaman kemudian bincangkan kelebihan setiap corak penanaman tersebut. 50

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Penjagaan a. Sungkupan Dan Naungan Sungkupan ialah proses menutup lapisan permukaan tanah (batas) dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. Sebab-sebab keperluan sungkupan adalah untuk: mengurangkan suhu tanah: suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna; menjaga tanah supaya sentiasa lembab: pengairan akan membantu kesuburan anak benih dan organisma tanah; mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat: tumbesaran akar dan hidupan tanah sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat; mengelakkan tumbesaran rumpai; mengelakkan kesan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih; bahan-bahan sungkupan bertindak sebagai baja organik apabila ia reput.

Rajah Sungkupan Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih.

51

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan jangalah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan.

Rajah Naungan atau pelindungan anak benih

Cari maklumat tentang ciri-ciri yang sesuai terhadap bahan yang hendak digunakan sebagai sungkupan dan naungan.

Menyiram Air merupakan agen penting dalam proses penyerapan dan pemindahan nutrien dari dalam tanah ke bahagian-bahagian pokok melalui akar. Tanpa air proses translokasi ini akan terganggu. Penyiraman perlu dilakukan dalam kadae yang sesuai dan kebiasaannya dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. lubang yang halus. Gunakan penyiram yang mempunyai

52

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Rajah Menyiram sayuran dengan kaedah manual

Rajah Kaedah siraman percikan (A) dan siraman titisan (B) c. Pembajaan Sayur-sayuran memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

53

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Baja

Baja organik (baja semulajadi) Contoh: najis haiwan, kompos,

Baja kimia (dibuat di kilang)

Baja tunggal (baja yang mengandungi satu unsur nutrein sahaja)

Baja sebatian/ campuran (mengandungi pelbagai unsur nutrein) Contoh: nitrophoska, Welgro

Rajah Jenis-jenis baja Ada dua peringkat membaja semasa menanam sayur-sayuran: Peringkat pertama ialah membaja semasa menyediakan batas. Ini dinamakan pembajaan asas. Pada peringkat ini baja organik biasanya digaulkan ke dalam tanah. Pada peringkat kedua adalah membaja semasa anak benih sayur-sayuran sudah tumbuh dan membesar. Ini dinamakan pembajaan permukaan. Baja yang biasa digunakan ialah baja kimia. Baja ini ditaburkan di sekeliling anak benih dan digaulkan ke dalam tanah. Selepas itu siram sehingga batas lembab. Kekerapan membaja pada peringkat ini ialah 2 3 minggu sekali.

Cari maklumat terperinci tentang pembajaan yang sesuai untuk sayuran anda dan gunakan kaedah tersebut untuk proses pembajaan sayuran tersebut

1. Senaraikan nama-nama baja kimia mengikut kandungan nutrien utama? 2. Nyatakan fungsi-fungsi utama nutrien tersebut kepada sayuran? 54

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Berdasarkan soalan-soalan di atas, buatkan catatan dan nota-nota penting mengenai kerja meracun rumpai termasuk kaedah meracun dan langkah-langkah keselamatan. Rujuk buku Panduan Meracun keluaran Jabatan Pertanian atau dari mana-mana bahan yang sesuai Simpankan maklumat tersebut dalam folio.

d. Pengawalan Rumpai Merumput ialah proses membuang segala tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh

disekeliling tanaman yang ditanam. Tumbuhan yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai rumpai. Tujuannya ialah untuk mengelakkan persaingan di antara rumpai dengan sayursayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat

memusnahkan tempat tinggal atau tempat pembiakan perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau rumpai kecil yang terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. disembur dengan racun rumpai yang disyorkan. 1. Senaraikan jenis-jenis racun rumpai yang terdapat di pasaran Malaysia? 2. Nyatakan masa yang sesuai untuk kerja meracun di kebun sayuran? 3. Terangkan persedian-persedian sebelum, semasa dan sesudah menjalankan kerja meracun? Rumpai di sekeliling tanaman boleh

55

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

e. Penyedian Sokongan Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat. Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput,

membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.

Rajah Sokongan jenis junjung

Rajah Sokongan jenis para

56

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Rajah Sokongan jenis pagar

Rajah Sokongan kayu tunggal f. Perosak Dan Penyakit 1. Haiwan perosak Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan

57

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

tumbesarannya.

Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi

mendapat hasil yang bermutu tinggi. Tanda diserang perosak ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari. Haiwan Perosak Kutu daun Keterangan Serangga lembut. atau kecil dan berbadan Menghisap air pokok. Tabiat Makan

Berwarna hijau, hitam Terdapat dalam

kelabu.

kelompok di bawah permukaan daun Teritip Sangat halus berwarna pucat,

Membawa penyakit virus.

Terdapat dalam kelompok pada Menghisap air daun pangkal daun

Kumbang Memakan daun, menebuk Bermacam jenis, saiz dan warna. ke batang dan merosakkan anak benih.

Beluncas Memakan daun dan buah. Menebuk ke dalam batang

Bermacam saiz dan warna

58

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Koya

Sangat pucat

halus, dengan

kecil

berwarna Menghisap air pokok

filamen-filamen Berupa

pendek di tepi badan.

debu putih dan bergerak lembut

Tikus dan siput babi Mudah dilihat secara fizikal,

Tikus bijirin

memakan

hasil

membuat sarang dalam kawasan tanaman.

Siput babi memakan dan merosakan batang daun dan

Jadual Jenis-jenis haiwan makhluk perosak

Kaedah mengawal haiwan makhluk perosak

Kimia

Biologi Fizikal dan Mekanikal Kawalan Bersepadu

Rajah Langkah-langkah mengawal haiwan makhluk perosak

59

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Cari maklumat terperinci tentang kaedah kawalan makluk perosak berserta contoh. Simpankan maklumat tersebut ke dalam folio.

2. Penyakit-Penyakit Biasa Sayur-Sayuran Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakitpenyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia.

Penyakit Melecur anak benih Reput akar Bintik daun

Agen Kulat Kulat atau bakteria Kulat

Simptom Anak benih layu dan mati Pokok layu dan mati Daun dengan bintik perang atau hitam

Layu bakteria

Bakteria

Urat daun menjadi hitam. Pokok akan layu dan mati

Kulapuk

Bakteria

Daun yang diserang layu dan mati

Karat

batang/

daun Kulat

Tompok

kuning/perang

daun

atau lengai

terjangkit akan jatuh Jadual Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

Memungut Hasil Kualiti hasil sesuatu jenis sayur banyak dipengaruhi bermula di peringkat pertumbuhan, kaedah pengutipan hasil dan pengendaliannya semasa di ladang.Kerosakan yang sering terdapat pada sayur semasa di ladang ialah kecederaan mekanik yang berpunca daripada pengendalian yang kasar. Kecederaan mekanik akan menyebabkan sayur menjadi lebam, pecah, patah dan sebagainya. Pengendalian sayuran di ladang bermula daripada kaedah pengutipan hasil dan diikuti oleh operasi penyediaan seperti pemilihan, pembasuhan dan pembungkusan sebelum dibawa keluar dari ladang ke tempat pengumpulan. 60

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika sayuran jenis daun dipungut terlalu awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya jika lewat dipungut, hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar. Masa Memungut Hasil Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat petang. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan. Sayursayuran Sawi 4 hingga 6 minggu Cukup besar tetapi belum berbunga Timun 4 hingga 6 minggu Buahnya belum muda bertukar tetapi menjadi Tempoh mula memungut hasil Panduan

warna kekuning-kuningan Kacang panjang 6 hingga 8 minggu Lengai mudah di patahkan tetapi bijinya belum

terbunjul keluar Sengkuang 20 hingga 24 minggu Daun mula menjadi kuning dan gugur Jadual Panduan memungkut hasil sayuran Cara Memungut Yang Betul Memotong dengan pisau/sketur contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu Mencabut Contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi.

61

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Memetik Contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain.

Menggali dengan cangkul/serampang Contoh - sayuran jenis aakr/umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang

Rajah Peringkat kutipan hasil sayuran sehingga pemasaran (Sumber : Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran, MARDI 1990) Simpan rekod kutipan hasil yang anda perolehi dari tanaman anda secara sistematik. Simpankan maklumat tersebut dalam folio dan bawa semasa sesi tutorial.

62

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Pemprosesan hasil a.Membasuh Basuh sayuran yang baru dipetik untuk membuang segala kotoran Proses membasuh dilakukan untuk memastikan baja kimia atau racun yang terdapat pada sayuran dapat dibersihkan b.Menyimpan - Sayuran yang telah dituai dapat dikekalkan kesegarannya dengan menyimpannya ditempat sejuk. c.Menggred - Merupakan satu proses menentukan mutu tanaman sayuran mengikut saiz dan kualiti Saiz tanaman sayuran dapat ditentukan mengikut saiz daun, buah, ubi dan kekacang yang dituai Kesegaran, tiada kecacatan dan kebersihan

d.Membungkus- Bagi tujuan jualan, sayuran yang telah dituai dan dibersihkan hendaklah dibungkus dengan elok bagi memastikan kesegaran terjamin. Kertas plastik lutsinar sesuai digunakan khususnya untuk buahbuahan.

Tujuan Pemerosesan. Selain untuk dimakan segar, sayur juga boleh diproses untuk tujuan: Menghasilkan makanan yang dapat disimpan untuk tempoh yang lebih panjang Menghasilkan makanan bentuk baru Mewujudkan barangan yang lebih berharga

63

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Kaedah Pemprosesan Kebanyakan sayur tidak boleh bertahan lama kerana ianya bersifat asid rendah. Pemprosesan yang teliti dapat menghalang mikroorganisma jenis perosak dan jenis pengeluar racun daripada membiak. Kaedah pemprosesan yang lazim digunakan ialah: Mengetin Mengering Membuat Sos Jeruk dan peraman Pembekuan Penggulaan Mengutip hasil Mengetin Penyejukbekuan

Rajah Carta alir contoh kaedah pemerosesan sayur bendi


Berbagai-bagai jenis sayur boleh diproses dan apa yang perlu difahami

bagi mewujudkan perusahaan ini ialah pengetahuan yang mendalam dari segi pertumbuhan mikroorganisma dan proses pembasmian kuman. Selain itu, perkara penting yang perlu diambil kira ialah bahan yang dihasilkan mesti mencerminkan hasil keluaran yang bermutu, berkhasiat dan bersih. Perundangan negara dan Akta Makanan mesti dijadikan garis panduan yang tidak boleh diabaikan. Kebersihan yang menyeluruh termasuk kilang, bahan mentah, peralatan, kebersihan diri dan penggunaan bahan tambahan yang dibenarkan mesti difahami dengan betul. (MARDI, 1990) Dari penyataan di atas, beri komen dan pandangan anda.

64

RBT 3120 Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian

Pemasaran Hasil Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan segera. Pemasaran ialah suatu aktiviti penyampaian produk (keluaran) atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.

TAMAT.....SEMOGA BERJAYA.

65

You might also like