You are on page 1of 21

Pengenalan

Malaysia berjaya memastikan 20 juta hektar atau 61 peratus daripada


negara ini masih diliputi hutan hujan tropika, termasuk lima juta hektar yang
menjadi hutan simpanan kekal.Hutan yang terdapat di negara ini meliputi
pelbagai jenis.Di antaranya,hutan hujan tropika,hutan paya,hutan pantai dan
hutan gunung.Sebagaimana diketahui,hutan mempunyai pelbagai sumber yang
amat bernilai yang menjadi khazanah kepada negara.Flora dan fauna yang
menjadi penghuni hutan merupakan aset bernilai kepada sistem ekologi hutan itu
sendiri. Bagi menjamin pengurusan hutan tidak dipandang remeh dan terabai,
Dasar Hutan Kebangsaan diwujudkan pada 1978, disusuli dengan Akta
Perhutanan Negara 1984.Dengan itu,penerokaan hutan tidak dijalankan
sewenang – wenangnya tanpa batasan tertentu.Kemusnahan hutan ekoran
kerakusan mengaut keuntungan demi pembangunan di merata negeri di negara
ini semakin membimbangkan.Ianya berlaku seolah – olah tiada sesiapa yang
memantau atau menyekat aktiviti tersebut.Pelbagai kesan dapat dilihat ekoran
terlampau mengejar keuntungan hingga memusnahkan flora dan fauna yang
sentiasa perlu memerlukan di bumi ini.

1
Soalan 1

Kepentingan Hutan Kepada Ekonomi Negara

Hutan diakui begitu berharga kepada sektor ekonomi negara.Dianggarkan


sejumlah 6.2 juta hektar hutan dikhaskan bagi tujuan ekonomi negara.Di
antaranya,hutan memainkan peranannya sebagai sumber pembalakan.Dalam
pengurusan seumpama itu, pembalakan di kawasan yang dibenarkan perlu
menepati syarat tertentu iaitu hanya antara tujuh hingga 12 pokok yang ditebang
daripada 500 pokok dalam setiap kawasan satu hektar. Pokok yang ditebang
pula perlu melebihi diameter 45 sentimeter dan pemilihan pokok dibuat supaya
anak-anak pokok baru berpeluang mendapat cahaya yang mencukupi untuk
membesar selain mewajibkan penanaman semula. Pengurusan teratur itu
membolehkan 1.65 hektar hutan balak yang ditebang kini ditanam semula,
termasuk 64 kawasan sebagai hutan rekreasi dan 90,000 hektar penanaman
balak komersil.Berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia,jumlah eksport produk kayu kayan utama bernilai hampir
RM 3600 juta pada tahun 2000.
Selain itu,hutan juga dapat meningkatkan ekonomi negara melalui sektor
pelancongan.Hutan tropika juga boleh sebagai tempat riadah kerana keindahan
dan keunikannya telah menarik individu atau kumpulan yang berminat. Hutan ini
juga sesuai untuk pergi bersiar-siar serta melakukan aktiviti luar seperti
merentasi hutan sambil belajar dan tempat untuk menikmati keadaan yang
penuh dengan misteri kerana kepelbagaian spesiesnya.  Mengikut Kajian Fakulti
Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), hutan tropika negara dihuni 15,000
spesies tumbuhan berbunga, 300 spesies mamalia, 700 spesies burung, 300
spesies reptilia, 165 spesies amfibia, 300 spesies ikan air tawar dan berjuta-juta
spesies serangga.

2
Hutan yang ada tasik biasanya di legeh air boleh menjadikan taman rimba amat
indah. Hutan simpanan seperti di pedalaman Pahang (Taman Negara), Sabah
dan Sarawak telah mengadakan projek taman rekreasi misalnya Hutan Lipur di
Lintang, Tampler dan Bentong. Pemuliharaan hidupan liar di hutan boleh
menghasilkan pendapatan bagi sektor pelancongan.Pendapatan sektor
pelancongan pada tahun 2006 meningkat sebanyak 139 peratus menjadi RM
37.6 billion.Ini jelas menunjukkan bahawa hutan menyumbang kepada sumber
ekonomi negara. Kerajaan turut menyediakan peruntukan RM335.7 juta untuk
pelbagai projek tanaman semula hutan selain menggalakkan penanaman pohon
hutan di kawasan bandar dan kampung sebagai sumber ekonomi tambahan
jangka panjang.

Malahan,tidak dapat dinafikan bahawa sumber perubatan masih boleh


diperolehi daripada hutan.Contohnya,pelbagai jenis ubat dan bahan industri turut
dihasilkan daripada sumber hutan. Hampir 25 peratus daripada bahan perubatan
di Amerika Syarikat adalah hasil daripada hutan hujan tropika. Institut Barah
Kebangsaan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa 75 peratus daripada
sumber tumbuhan yang dikenal pasti dapat menyembuhkan barah hidup di hutan
hujan tropika dan kajian menyeluruh mengenainya belum disempurnakan. Hutan
tempatan juga menjadi habitat tongkat ali (Eurycoma longifolia), tumbuhan dan
jika dikomersilkan ia mampu memberi saingan yang setara kepada Viagra tanpa
sebarang kesan sampingan yang berbahaya. Khasiat pokok kuinin yang diguna
dalam perubatan pesakit malaria tidak asing lagi di rantau Asia dan kemungkinan
bahan mengubati barah atau Aids masih terpendam di hutan tempatan adalah
tinggi dan wajar diterokai.

3
Mengikut kajian Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (Frim), tongkat ali sudah
lama digunakan dalam perubatan tradisional Melayu untuk mengubati tekanan
darah tinggi, kencing manis, penyakit angin serta memanaskan badan.
Kedah adalah antara negeri yang memproses ubatan daripada tongkat ali dan
dianggarkan nilai ekonomi akar serta batang tongkat ali di Kedah adalah antara
RM332,100 hingga RM8.3 juta setahun bergantung kepada kaedah jualan.
Di samping itu,hasil hutan selain balak turut menyumbang dalam
meningkatkan ekonomi negara.Sehubungan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM)
turut mengadakan bengkel bertajuk, 'Ekonomi Perhutanan dan Polisi: R&D Ke
arah Mencapai Pengurusan Hutan Mapan', baru-baru ini bagi mengupas potensi
serta nilai sebenar hasil hutan selain balak. Kertas kerja yang disediakan oleh
Awang Noor Abd Ghani, Rusli Mohd, Shukri Mohamed, Faridah Hanum dan
Mohamed Zakaria Hussin dari Fakulti Perhutanan UPM serta Mohd Shahwahid
Othman dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM memberikan anggaran
terperinci nilai hasil hutan berkenaan. Sebagai contoh, hasil petai (Parkia
speciosa) dan durian liar menghasilkan RM42,461 setahun manakala hasil
bukan kayu dari hutan simpanan Pasoh, termasuk tongkat ali, gaharu (Aqualaria
malaccensis) dan kayu manis (Cinnamomum mollissimum), dianggarkan
RM44,591 setahun. Pendapatan purata tahunan negara menerusi eksport
perabot rotan berjumlah RM107.9 juta dengan kutipan royalti tahunan bagi
mengumpul rotan pula mencecah RM156,064. Buluh turut menjadi komoditi
utama perusahaan membuat kayu penyepit, colok serta perabot dengan
anggaran nilai ekonomi tahunan sebanyak RM178,274, tidak termasuk nilai
komersil 82.2 juta rumpun buluh yang tumbuh subur di dalam kawasan hutan
simpanan tetap.

4
Soalan 2

Implikasi Pembangunan Tanah Tinggi Kepada Alam Sekitar

Banyak aktiviti pembangunan yang melibatkan kawasan tanah tinggi


dijalankan.Di antaranya,penarahan kawasan bukit untuk petempatan,pembukaan
kawasan pertanian baru.Namun,implikasi daripada aktiviti pembangunan di
kawasan tanah tinggi telah memusnahkan alam sekitar.Adakah perlu
mengorbankan alam sekitar dengan peningkatan pembangunan ini?Kita telah
membaca rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang satu dekad ini yang
melibatkan kemusnahan alam sekitar.Bahkan ia telah meragut segelintir nyawa
manusia di sekitarnya.Implikasi yang berlaku akibat pembangunan tanah tinggi
adalah hakisan tanah,tanah runtuh,banjir kilat dan kepupusan habitat dan
spesies.Contohnya, pada tahun 1996 terdapat lebih 100 kejadian banjir, 20
kejadian tanah runtuh, lapan kejadian mendapan dan tujuh kes tebing sungai
dihakis, yang dilaporkan di Lembah Klang sahaja.Selain itu,aktiviti pertanian di
Cameron Highlands mungkin terjejas pada masa akan datang sekiranya
masalah hakisan dan pencemaran di kawasan tersebut tidak diatasi
segera.Meskipun penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian hanyalah 7.4
peratus daripada keseluruhan kawasan pusat peranginan tanah tinggi itu, tetapi
bentuk muka bumi yang bercerun menjadikan ia sensitif kepada sebarang bentuk
gangguan hakisan tanah.Masalah ini menjadi serius kerana hujan purata yang
agak tinggi di kawasan itu iaitu mencapai 3,000 milimeter setahun, dan ia
bertambah buruk pada musim hujan lebat pada Mei dan Oktober.

5
Akibat dari kejadian hakisan tanah ini, ia akan menyebabkan terjadinya beberapa
masalah sampingan, seperti pencemaran sumber air yang dikenal pasti boleh
menjejaskan persekitaran di kawasan berkenaan.Mengikut rekod, kadar hakisan
tanah di kebun sayur di kawasan terbuka di Cameron Highlands kini mencecah
84 tan sehektar setahun, satu angka yang jauh melebihi daripada angka yang
dibenarkan iaitu 12 tan sehektar setahun.

Antara implikasi lain yang turut berlaku adalah kejadian tanah


runtuh.Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana
yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia.
Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan
tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas
atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecilan dan
perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah
kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan
mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan. Kejadian
tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang
disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama yang
dihadapi oleh beberapa negara terutama di kawasan tanah tinggi dan di
kawasan yang berisiko gempabumi dan gunung berapi (volkano).

Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah


seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain.
Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan
batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau
lumpur dan gelinciran ais (avalanches). Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan
jalanraya ataupun bangunan-bangunan.Kawasan bertopografi cerun lebih
berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat ketakstabilan cerun
berbanding kawasan yang agak landai dan rata.

6
Rajah 1 – Kejadian tanah runtuh

Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh


manusia. Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur,
pengangkutan dan merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai
faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains.

Lebih sedekad yang lalu negara telah dikejutkan dengan tragedi tanah
runtuh. Tragedi kondominium Highland Towers runtuh pada 1993 mungkin
hampir luput daripada ingatan masyarakat negara ini. Namun, dua bangunan
kediaman itu masih tegak sebagai memorial hitam, hingga kini. Dua
kondominium 12 tingkat dengan 100 unit kediaman di Hill View, Hulu Klang itu,

7
terbiar usang dan sepi, menyimpan ingatan tragedi berdarah yang
mengorbankan 48 penghuni Blok 1 pada 11 Disember 1993. Kajian yang
dijalankan selepas tragedi Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa pada
Disember 1993, menunjukkan tapak pangsapuri dan kawasan sekitarnya berisiko
tinggi untuk berlaku tanah runtuh.

Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr


Ibrahim Komoo berkata selain topografi kawasan itu yang berbukit, keadaan
geologi dan jenis tanah yang tidak stabil juga menggalakkan berlaku tanah
runtuh di situ.

Rajah 2 - Tanah runtuh di Taman Hillview,Kelang

Antara lain kejadian tanah runtuh yang terbaru berlaku pada tahun 2007.
Tanah runtuh di Bukit Berapit berlaku pada 22 November 2007 berdekatan
dengan Bukit Berapit, Kuala Kangsar, Perak. Tanah runtuh ini berlaku
bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan di KM 321.6, Jalan Taiping-
Kuala Kangsar. Kejadian berlaku jam 10.00 pagi. Sebuah lori ditimbus oleh

8
tanah runtuh tetapi pemandunya, Tay Hock Kee yang berusia 56 tahun telah
terselamat. Siasatan awal oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak,
Datuk Ir. Wong Wai Ching mendapati kejadian tanah runtuh itu mungkin
disebabkan oleh dua buah kolam ikan di atas bukit itu pecah. Tanah itu menjadi
lembab dan mudah runtuh.Gambar di bawah menunjukkan tentang kejadian
tersebut.( Rajah

Tanah runtuh menghempap sebuah lori di Kilometer 64, Jalan


Kuala Kangsar - Taiping berdekatan Bukit Berapit, semalam
turut menjejaskan Lebuh Raya Utara-Selatan bersebelahan
sehingga berlaku kesesakan teruk. – Gambar MOHD NAJIB
MOHD NOR.

9
Tanah runtuh di Rawang,Selangor

Selain daripada implikasi tanah runtuh,berlaku juga banjir kilat.Ini


disebabkan kebanyakan projek pembangunan tidak mematuhi undang-undang
yang berkait dengan syarat-syarat pembangunannya, malah dimajukan juga
projek di tanah bercerun melebihi 200. Misalnya, di projek perumahan besar
Paya Terubong, kerja-kerja pembinaan dijalankan di tanah yang bercerun di
antara 500 hingga 700. Oleh sebab itu, kawasan luas ini terdedah pada hakisan
unsur-unsur cuaca dan hal ini mungkin akan menyebabkan berlakunya tanah
runtuh. Selain pembangunan di kawasan ini, terdapat juga pembangunan di
sekitar Bukit Teluk Bahang, Bukit Tanjung Bungah dan Bukit Bendera.
Pembangunan tanah bukit yang berskala besar mungkin merupakan satu faktor
penyumbang peningkatan risiko, dan vulnerabiliti manusia terhadap banjir.
Hal ini demikian kerana pembukaan tanah bukit untuk pembangunan
(khasnya untuk perumahan, pertanian dan rekreasi) akan mempercepat kadar
hakisan dan kadar air larian permukaan, meningkatkan tanah runtuh dan
mencetekkan dasar sungai akibat pemendapan kelodak. Kesemua hal tersebut
akan membawa bertambahnya kekerapan banjir kilat.Biasanya, sebab utama

10
banjir kilat ialah aliran permukaan pesat akibat perubahan guna tanah (dari
permukaan telapair seperti hutan kepada permukaan tidak telapair seperti
konkrit, simen dan asphalt), alur-alur sungai dan longkang yang tersekat,
berkurangnya keupayaan sungai melalui pemendapan kelodak dan kejadian
hujan ribut seperti hujan ribut perolakan yang lebat. Misalnya, di dalam banjir
September 1995 di Pulau Pinang, kira-kira 60 tanah runtuh telah berlaku di
sekitar Bukit Bendera. Sebahagian besar telah diserap oleh tumbuhan dalam
hutan dan juga oleh tanah sebagai simpanan air tanah. Maka hutan bukan
sahaja memanjangkan masa tangguhan tetapi juga menyerap banyak hujan.
Sebaliknya, di bawah keadaan permukaan tiruan yang tidak telapair di
bandar, hampir kesemua air hujan yang turun akan masuk ke dalam sistem
saliran pada tempoh masa yang singkat.

Akibatnya masa tangguhan kadangkala cuma beberapa minit sahaja. Aliran yang
begitu pesat ke dalam alur-alur sungai dan longkang-longkang saliran akan
menyebabkan banjir kilat berlaku.Di kebanyakan bandar di Malaysia, bencana
banjir kilat semakin meningkat dari segi kekerapan dan magnitud kerana
manusia memilih untuk menetap di dataran banjir, tidak mengambil berat tentang
bahaya banjir, mengurus banjir dengan tidak baik, memajukan tanah dengan
berlebihan (khasnya tanah bukit), dan memusnahkan sumber hutan dalam kadar
yang pesat. Di Georgetown dan Kuala Lumpur, pembangunan pesat di dataran
banjir telah mencetekkan dasar sungai; pembuangan sampah sarap menghalang
aliran sungai; dan penggunaan tebing sungai untuk pertanian haram, perumahan
haram (setinggan) dan tujuan lain sekurang-kurangnya telah mengakibatkan
meningkatnya kekerapan banjir kilat (Chan, 1996a dan 1996b). Banjir kilat bukan
seluruhnya dihasilkan oleh ‘tindakan manusia’ mahupun oleh ‘tindakan semula
jadi’. Tanpa hujan ribut, dataran banjir mungkin tidak begitu kerap ditenggelami.
Namun begitu, pilihan manusia untuk mendiami dan membangunkan dataran
banjir dengan pesat, khasnya di bandar-bandar besar, merupakan sebab utama

11
meningkatnya kejadian banjir kilat. Masalah ini kian meruncing kerana manusia
berterusan membangunkan dataran banjir, memusnahkan kawasan hutan dan
memotong cerun bukit untuk pembangunan.
Kepupusan habitat dan pelbagai spesies juga merupakan implikasi yang
berlaku terhadap alam sekitar.Penerokaan hutan telah turut memusnahkan
pelbagai habitat flora dan fauna. Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan
untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan tempat
kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .Dalam  usaha memenuhi
keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian , perumahan ,
industri perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya
bakau . Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran
serta menghapuskan habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan.

Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar .


Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan ,
makanan , ubatan , kulit dan bulu turut susut bilangannya . Beribu-ribu spesies
tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah
terlampau rendah akibat aktiviti manusia . Spesies tumbuhan atau haiwan yang
terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya. Contohnya , burung dodo ,
harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah
pupus dari permukaan bumi .

12
Soalan 3

Peranan Tumbuhan Kepada Alam Sekeliling dan Manusia

Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam


siratan makanan dan keseimbangan   alam . Tumbuhan hijau menolong
mengekalkan kandungan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan
dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas
karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis . Tumbuhan
menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida
dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara . Tumbuhan
memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan
tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun . Tumbuhan

13
melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari ,
langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan
bumi.

Di samping itu,tumbuhan berperanan dalam proses ekologi dan sistem


penyangga kehidupan.Contohnya,hutan paya bakau.Hutan ini mempunyai
pelbagai peranan yang penting terhadap alam sekeliling.Di antaranya,mencegah
intrusi air masin ke daratan yang dapat merosakkan kawasan-kawasan pertanian
dan untuk bekalan air minuman,      menahan angin dan ombak,      tempat
pembiakan pelbagai biota laut, ikan, udang dan sebagainya yang bermanfaat
bagi kehidupan manusia,dan    sebagai penyaring dan pengurai bahan-bahan
organik yang datangnya dari daratan yang dibawa oleh aliran permukaan air
hujan dan air sungai .

Soalan 4

Langkah – Langkah Untuk Membantu Menyelamatkan Bumi

Terdapat pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan bumi terus


selamat didiami oleh manusia.Kesan yang ditinggalkan oleh pelbagai aktiviti
manusia seperti perubahan pandangan darat,kepupusan,peningkatan
suhu,pencemaran,penipisan lapisan ozon,pulau haba dan hujan asid telah
banyak memusnahkan bumi khususnya alam sekitar.Oleh itu,pelbagai usaha
harus dijalankan agar alam sekitar akan sentiasa kekal keseimbangannya.

Di antara langkah yang perlu dilaksanakan ialah usaha pemeliharaan dan


pemuliharaan.Usaha ini dijalankan agar mengelakkan kepupusan sumber akibat
penggunaan yang berterusan.Antaranya,langkah menjalankan penebangan

14
terpilih.Kaedah ini dijalankan dengan mengehadkan bilangan pokok yang
ditebang dalam sesuatu kawasan hutan.Hanya pokok yang matang dan
mempunyai saiz 45 cm diameter sahaja ditebang.Jabatan Perhutanan akan
mengenal pasti pokok – pokok yang sesuai untuk ditebang sebelum
mengeluarkan lesen kepada pembalak.Dengan cara ini,pokok kecil dibiarkan
terus membesar untuk kegunaan masa hadapan.Selain itu,rawatan silvikultur
turut dijalankan di kawasan tertentu bagi mengekalkan speseis pokok hutan yang
kurang subur.Manakala,usaha pemuliharaan hutan dijalankan dengan
mewujudkan estet hutan dan penghutanan semula.Dalam kawasan estet
hutan,penebangan pokok untuk tujuan pembukaan kawasan
pertanian,perindustrian atau kediaman tidak dibenarkan.Di antara estet hutan
adalah di Johor,Pahang,Selangor dan Negeri Sembilan.

Selain itu,langkah penghutanan semula harus dilakukan.Ekoran


pembersihan hutan untuk tujuan ekonomi telah menyebabkan banyak pokok
matang dan berharga musnah.Mengikut kajian, kesan daripada penebangan
hutan menyebabkan pelepasan antara lima hingga 10 bilion tan karbon dioksida
ke atmosfera setiap tahun, termasuk antara tiga hingga enam bilion tan dari
hutan hujan tropika. Secara keseluruhan, hampir separuh daripada kesan
peningkatan suhu global berpunca akibat penebangan hutan, justeru penanaman
semula hutan perlu sejajar dengan penebangan bagi mengurangkan kesan
terbabit. Ini disokong oleh pakar perunding ekologi, Dr Zainuddin Dahaban, yang
memenangi pingat emas Persatuan Pencinta Alam/Tan Teck Guan 1998 yang
menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia
untuk tesis terbabit. Beliau berpendapat hutan tempatan juga menjadi habitat
beberapa spesies endemik yang mungkin pupus sama sekali jika kajian
terperinci serta usaha penanaman semula atau pembiakan flora dan fauna
terbabit tidak dilakukan.

15
Oleh demikian,aktiviti penghutanan semula perlu dilakukan bagi
mengelakkan kepupusan spesies hutan.Aktiviti penghutanan semula adalah
aktiviti penanaman semula kawasan hutan yang telah ditebang dengan anak –
anak pokok yang berharga.Antara jenis pokok berharga yang ditanam ialah
jati,sentang,cengal,akasia dan yemane.Menurut Jabatan Perhutanan,antara
tahun 1996 hingga tahun 2000,negara kita telah melaksanakan aktiviti
penghutanan semula yang melibatkan sebanyak 1856 hektar pelbagai pokok
balak,6016 hektar pokok rotan,1672 hektar pokok hiasan tanaman lapang,3348
hektar kawasan pokok bakau dan 155 hektar pokok buluh.Usaha penanaman
semula juga dilakukan oleh pihak swasta dengan mewujudkan ladang hutan
untuk tujuan komersil.Malah,penanaman semula juga dilakukan di kawasan luar
hutan.

Contohnya,pusat bandar,di tepi lebuh raya,kawasan perumahan,taman rekreasi


dan kawasan peranginan yang baru dibangunkan.Tujuan utama penghutanan
semula dijalankan di luar hutan adalah untuk menghijau,menyejuk dan
mencantikkan kawasan tersebut.

Seterusnya,langkah yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan bumi kita


adalah dengan menjalankan penyelidikan dan pembangunan ( R & D ).Aktiviti
penyelidikan dan pembangunan ialah kegiatan menghasilkan teknologi yang
lebih baik.Dalam bidang alam sekitar,penyelidikan dan pembangunan adalah
untuk mencipta kaedah pengeluaran dan pengunaan produk yang tidak
mencemar alam sekitar.Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra
alam.Contohnya,ada digunakan jaring kalis serangga dalam bidang
pertanian.Penggunaan jaring kalis serangga ini bertujuan untuk melindungi
tanaman daripada serangan serangga.Maka,melalui kaedah ini,racun serangga
tidak diperlukan.Dengan demikian,pencemaran akibat penggunaan racun

16
serangga dapat dielakkan.Di negara kita,penyelidikan dan pembangunan
dijalankan oleh pusat penyelidikan dan institut pengajian tinggi awam dan pihak
swasta. Contoh salah satu penyelidikan dalam bidang pertanian ialah teknik
pertanian Fertigasi.Ia adalah kaedah menyediakan baja larutan kepada tanaman
seperti sayuran dan buahan.Dalan teknik ini tanah tidak digunakan.Sebaliknya,ia
digantikan dengan medium tananam seperti hampas sabut kelapa yang digaul
dengan air dan batu zeolite. Jadual di bawah ( Rajah 5 ) memaparkan agensi R
& D yang membangunkan teknologi mesra alam.

Agensi Penyelidikan Contoh Aktiviti R & D


Institut Penyelidikan dan Pembangunan  Penggunaan baja organan

Pertanian Malaysia ( MARDI )


 Teknik Kawalan Serangga
Institut Penyelidikan Perindustrian dan  Teknologi Kawalan Serangga

Piawai Malaysia ( SIRIM )  Teknologi kurang Bahan Sisa

 Teknik mengurang sisa


berbahaya
 Teknik tanam semula hutan
Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia ( FRIM )  Teknik proses hasil hutan

 Teknik biak baka hutan

Lembaga Minyak Sawit Malaysia  Teknik guna semula sisa


sawit

17
Perbadanan Pembangunan teknologi  Bioteknologi
Malaysia ( MTDC )

Di samping itu,kerajaan perlu menguatkuasakan undang – undang dalam


menangani isu alam sekitar.Antaranya,menghadkan pengeluaran lesen
pembalakan.Dengan cara ini,sekurang – kurangnya tidak terlalu banyak syarikat
pembalakan menjalankan aktiviti mereka.Selain itu,peranan undang – undang
adalah untuk mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkara yang
boleh mendatangkan pencemaran atau kemusnahan pada alam
sekitar.Contohnya,telah digubal Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,Akta Taman
Negara 1980,Peraturan Alam Sekeliling ( Pembuangan Sisa Pepejal )1989 dan
Arahan Kualiti Alam Sekitar ( Penilaian Impak Alam sekitar ).

Akta Hutan Negara 1985 telah diwujudkan dengan tujuan mewartakan kawasan
taman negara dan kawasan rizab perlindungan hidupan liar.Di bawah akta
ini,seseorang individu yang didapati mencuri tumbuhan hutan yang dilindungi
daripada kepupusan boleh didenda sebanyak RM 50 000 atau dipenjara lima
tahun atau kedua – duanya sekali.Begitu juga Majlis Perhutanan Negara telah
meluluskan Dasar Perhutanan Negara yang bertujuan melindungi kepentingan
ekologi agar dapat dinikmati oleh manusia secara berterusan.

Selain itu,pengekalan hutan paya bakau perlu dijalankan.Hutan paya


bakau yang merupakan ekosistem penyangga antara daratan dan lautan
memegang peranan penting dalam mendukung produktiviti laut yang berada di
sekitarnya.Menurut Pengarah Institut Oseanografi (INOS), Kolej Universiti Sains

18
dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Prof. Dr. Mohd. Lokman Husain, Malaysia
memiliki sebanyak 612,580.11 hektar hutan bakau iaitu 341,377 hektar di Sabah,
168,000 hektar di Sarawak dan lebih 100,000 hektar di Semenanjung.Jumlah ini
hanya sembilan peratus daripada keseluruhan kawasan hutan di negara ini.
Hutan paya bakau di negara ini amat bernilai bukan sahaja dari segi
ekologinya tetapi juga biodiversiti.Ekosistem paya bakau terletak di antara sistem
laut dan darat menjadikannya hutan yang amat bernilai. Satu lagi ciri menarik
hutan bakau ialah ia dapat memerangkap enapan iaitu satu proses penambakan
tanah secara semula jadi akibat fenomena pasang surut air.Malah, hutan ini
berfungsi sebagai penahan ombak dan hakisan serta mampu menyerap tenaga
yang dihasilkan daripada ombak.Kajian mendapati beberapa hutan bakau
mampu memerangkap enapan untuk menambah ketinggian lebih dari 1
sentimeter (cm) setahun menunjukkan potensi bakau sebagai ekosistem yang
boleh membantu negara mengatasi ancaman kenaikan aras laut global.Kajian
mengenal pasti hutan paya bakau dijalankan oleh MARU menerusi dua geran
penyelidikan iaitu geran Tumpuan Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan
(IRPA) dan Jabatan Perhutanan Pahang. Kajian-kajian tersebut dikendalikan
dengan sokongan Jawatankuasa Pengurusan Paya Bakau, Pantai Timur.

Dalam kajian tersebut,mana-mana kawasan bakau yang telah bertukar kepada


hutan pantai boleh dibangunkan untuk tujuan ekonomi, manakala kawasan yang
terhakis dan musnah boleh ditanam semula dengan spesies bakau yang sesuai
sekiranya perlu.

Pelbagai langkah yang dijalankan tidak akan tercapai objektif atau


sasarannya jika masyarakat kita masih tidak peka kepada kepentingan menjaga
alam sekitar.Oleh itu,maklumat yang jelas tentang akibat yang dirasai ekoran
ketidakprihatinan tentang isu alam sekitar perlu sentiasa dihebahkan.Peranan
media massa untuk menayangkan dokumentari tentang tahap kemusnahan
alam masa kini.Program sebegini dapat membuka mata masyarakat sekeliling.Di

19
samping itu,maklumat tentang kempen kitar semula boleh
disebarkan.Kepentingan kitar semula dapat mengubah persepsi minda
masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam ini.Badan-badan bukan
kerajaan juga harus berganding bahu menjalankan kempen kitar hingga ke akar
umbi.Tidak memadai jika kempen kitar semula hanya digembar- gemburkan di
kawasan ibu kota tetapi masyarakat desa kurang mendapat
manfaatnya.Sekiranya kempen kitar semula ini berjaya,maka tiadalah terlalu
banyak penggunaan sumber asli digunakan.Contohnya,akan berkurang
penebangan pokok untuk penghasilan kertas.Malah,penggunaan sumber tidak
boleh diperbaharui dapat dijimatkan dengan adanya kitar semula seperti tin
aluminium dan botol kaca.Kebersihan persekitaran dapat dikawal.

Rumusan

Kesimpulannya,dalam mengejar pembangunan,alam sekitar jangan


dikorbankan.Jika ini berlaku,tiada apa yang tinggal untuk generasi yang akan
datang.Justeru,setiap rakyat di negara ini sama ada yang terlibat secara
langsung atau tidak dalam menyusun agenda pembangunan negara seharusnya
peka dan sayangi alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada rakyat perlu
diberi perhatian oleh kerajaan selain kerajaan negeri yang berkuasa penuh ke
atas kawasan hutan memantau segala operasi pembangunan di kawasan hutan
agar tidak memusnahkannya atas nama pembangunan. Malah, pembukaan

20
tanah untuk pertanian di kawasan tanah tinggi pada masa akan datang perlulah
menekankan kepada kaedah pemilihan tanaman yang sesuai, amalan peraturan
pemuliharaan tanah sedia ada dan pemakaian teknologi baru seperti penanaman
di bawah SPH.Ini akan dapat menyelamatkan bumi ini daripada dihakis dan yang
lebih penting dapat selamatkan nyawa yang mendiaminya.

21

You might also like