You are on page 1of 59

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KANDUNGAN
muka surat 1.0 PENERANGAN MODUL 1.1 1.2 1.3 1.4 2.0 Objektif Pendahuluan Peranan Panitia Sains Semakan Kendiri
1

PENGURUSAN BILIK SAINS 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Konsep Bilik Sains Kegunaan Bilik Sains Peralatan Bilik Sains Pengurusan Stok Penyenggaraan dan Penyimpanan
5

3.0

PENGURUSAN TAMAN SUMBER SAINS 3.1 3.2 3.3 3.4 Konsep Taman Sumber Sains Ciri Taman Sumber Sains Perancangan Pembinaan Taman Sumber Sains Penggunaan Taman Sumber Sains

29

4.0

BAHAN BANTU MENGAJAR 4.1 4.2 Permerolehan Bahan Semakan Kendiri

49

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KATA PENGANTAR Pukal latihan Sains Sekolah Rendah (PuLSaR) Tahun 6 merupakan pukal mutakhir dalam siri PuLSaR. PuLSaR Tahun 6 ini mengandungi empat modul yang terdiri daripada Modul Pengurusan Sumber Sains Sekolah Rendah. Modul Penilaian II. Modul Pengoperasian Kemahiran Proses Sains dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran III. Modul Pengurusan Sumber Sains Sekolah Rendah bertujuan memberi pemahaman kepada guru dalam aspek pengurusan sumber yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran sains. Modul Penilaian II pula merupakan kesinambungan kepada Modul Penilaian. Modul ini digubal dengan harapan untuk memberi pemahaman dan kemahiran kepada guru dalam aspek pembinaan item khususnya item kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Modul Pengoperasian Kemahiran Proses Sains dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah pula memberi panduan bagaimana kemahiran proses sains dapat dikembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran III bertujuan untuk memberi beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme. Modul ini merupakan susulan kepada Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan dalam PuLSaR Tahun 4 dan Tahun 5. Pusat ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam penyediaan modul ini. Semoga para guru akan dapat memanfaatkan sepenuhnya modul ini dalam usaha menyediakan pendidikan yang bermutu bagi menrealisasikan wawasan pendidikan negara khususnya dalam pendidikan sains.

Dr. Hanafi bin Mohamed Kamal Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pra Sekolah, Rendah dan Menengah Kementerian Pendidikan MALAYSIA.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENERANGAN MODUL

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENERANGAN MODUL
Modul ini dirancang untuk memberikan pendedahan tentang pengurusan dan penggunaan sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains Sekolah Rendah. Sumber P & P Sains Sekolah Rendah meliputi Bilik Sains, Taman Sumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar. Modul ini cuba mengolah bagaimana sumber ini dapat dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan keberkesanan P&P Sains Sekolah Rendah. Bagi membantu meningkatkan lagi pemahaman tentang pengurusan sumber ini, satu pakej video telah disediakan khusus untuk memberikan gambaran bagaimana pengurusan sumber ini dapat dioperasikan.

Objektif
Selepas mengikuti modul ini guru sepatutnya dapat: memahami peranan Panitia Sains dalam pengurusan dan penggunaan sumber memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif dalam pengurusan dan penggunaan Bilik Sains, Taman Sumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar Sains Sekolah Rendah.

Pendahuluan
Pengurusan dan penggunaan sumber P & P Sains perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak bagi mempastikan perancangan dan pelaksanaan P&P Sains dapat dipertingkatkan. Sumber P&P Sains Sekolah Rendah seperti Bilik Sains, Taman Sumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar harus digunakan sepenuhnya untuk mempertingkatkan keberkesanan P&P serta minat murid terhadap mata pelajaran ini. Modul ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bilik Sains, Taman Sumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar. Kejayaan pengurusan dan penggunaan sumber ini bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh Panitia Sains.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Peranan Panitia Sains dalam Pengurusan Sumber Sains


Panitia Sains merupakan sebuah badan ikhtisas yang dianggotai semua guru sains di sesebuah sekolah. Badan ini dipimpin dan dikendalikan seorang guru kanan yang dilantik sebagai Ketua Panitia Sains. Ketua Panitia Sains juga menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS). Perkara ini adalah selaras dengan surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986. Semua ahli Panitia Sains perlu memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dalam pengurusan dan penggunaan sumber P&P Sains. Peranan ini hanya boleh dipenuhi apabila guru telah dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif tentang pengurusan dan penggunaan Bilik Sains, Taman Sumber Sains dan Bahan Bantu Mengajar.

Renungan: If you dont know where you are going, it is difficult to select a suitable means of getting there.

Merger, 1962.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI Pendahuluan


Tandakan ( / ) dalam kotak yang disediakan bagi jawapan yang anda fikirkan paling tepat. 1. Satu daripada berikut merupakan sumber yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah Bekalan elektrik Penunu Bunsen mudah alih Bahan bantu mengajar 2. Bagaimanakah Bilik Sains boleh membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah? Sebagai tempat untuk mengajar Sebagai tempat rujukan pengajaran dan pembelajaran Sebagai tempat untuk melakukan aktiviti proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran 3. Siapakah yang mengetuai organisasi Panitia Sains? Guru Besar Ketua Panitia Sains Guru Sains

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

4.

Satu daripada berikut merupakan peranan Panitia Sains? Mengurus Taman Sumber Sains Merancang Taman Sumber Sains Melaksanakan aktiviti Taman Sumber Sains

5.

Apakah yang boleh dilakukan oleh Panitia Sains dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Sekolah Rendah? Menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk meningkatkan pencapaian pembelajaran murid Mempastikan sumber pengajaran dan pembelajaran Sains dimanfaatkan sepenuhnya Menentukan murid boleh mengikuti pelajaran sepenuhnya

Renungan: If A Man Has Talent And Learns Somehow To Use The Whole Of It, He Has Gloriously Succeeded.

Thomas Wolfe (1900-1938)

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN BILIK SAINS

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN BILIK SAINS Konsep Bilik Sains


Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana P&P Sains Sekolah Rendah dijalankan. Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti P&P Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa atau bilik Alam dan Manusia. Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yang sesuai, kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan peralatan sains seperti yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kegunaan Bilik Sains


Bilik Sains merupakan satu daripada tempat P&P Sains. Aktiviti P&P hendaklah dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya. Pendekatan ini bagi membolehkan P&P berpusatkan murid dapat direalisasikan dan konsep murid membuat, guru membimbing dapat dilaksanakan. Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan bilangan peralatan dan bahan untuk membolehkan setiap murid berkesempatan berinteraksi dengan peralatan dan bahan.

Peralatan Bilik Sains


Sekolah dibekalkan dengan peralatan asas melalui bekalan pusat. Selain daripada itu penggantian peralatan atau bahan yang habis, pecah atau rosak dan pembelian peralatan atau bahan tambahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa. Pemerolehan Peralatan dan bahan Sains Sekolah Rendah boleh diperolehi melalui: Bekalan Pusat Pembelian Sumber lain

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Bekalan Pusat
Bekalan Pusat adalah bekalan yang dibuat oleh Bahagian Pembangunan dan Bekalan, Kementerian Pendidikan untuk membekal, menghantar, memasang dan menguji peralatan sains dan bahan kimia ke sekolah. Spesifikasi item yang dibekalkan telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dihantar ke sekolah. Sila rujuk Buku Panduan Penerimaan Peralatan Sains Sekolah Rendah Dan Tindakan Kuatkuasaan Bagi Kontrak Kementerian Pendidikan, 1994 untuk panduan tentang pengurusan bekalan pusat.

Pembelian
Perancangan Perbelanjaan Perancangan perbelanjaan adalah sangat penting dalam memperolehi peralatan sains, bahan kimia dan bahan bantu mengajar. Panitia Sains hendaklah merancang untuk melengkapkan keperluan Bilik Sains supaya P&P Sains Sekolah Rendah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebelum perancangan dibuat, Ketua Panitia Sains hendaklah mempastikan kedudukan kewangan (baki terkini serta geran yang akan diterima pada tahun tersebut). Sila rujuk kepada Pekeliling Kewangan 3/95 - KP. 1573/17/Jld.10/(39). Anggaran Perbelanjaan Anggaran perbelanjaan sesuatu tahun hendaklah dibuat pada akhir tahun sebelumnya. Tindakan yang harus diambil semasa membuat anggaran adalah seperti berikut: memeriksa semua stok peralatan dan bahan sains menyediakan senarai peralatan dan bahan sains yang perlu dibeli mengikut keutamaan mendapatkan maklumat mengenai bilangan murid bagi tujuan jangkaan jumlah peruntukan yang akan diterima menyediakan sebut harga peralatan dan bahan sains menggunakan borang seperti Borang 1

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH Bil. Perihal Alatan/Bahan Sains Spesifikasi/ Rujukan Katalog (jika ada) Kuantiti Harga/ Unit Jumlah Harga Catatan

Borang 1 : Borang Sebutharga Pemilihan pembekal hendaklah mengambil kira kos, kualiti barangan, perkhidmatan selepas jualan, cara pembayaran, mudah diperolehi dan keupayaan pembekal membekalkan barangan tersebut pada masa yang dikehendaki. Pesanan dan Pembayaran Untuk membuat pesanan dan pembayaran, sila rujuk Buku Garis Panduan Perakaunan dan Kewangan Sekolah, Kementerian Pendidikan, 1994. Satu Contoh Rekod Kewangan yang boleh digunakan untuk membuat pesanan dan pembayaran adalah seperti Borang 2.
Tarikh Pembayaran Nama Syarikat/Firma Debit Kredit Baki Catatan

Borang 2: Rekod Kewangan Jabatan Sains Sekolah Sumber Lain Pihak sekolah digalakkan menambah dan melengkapkan peralatan, bahan sains dan bahan bantuan mengajar daripada sumber lain seperti PIBG.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Pengurusan Stok
Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan dan bahan sains di setengahsetengah sekolah tidak mempunyai butiran seperti yang diperlukan dan ini menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini penyelenggaraan stok amat perlu bagi menyelaras, menyemak, mengesan, mengemaskini dan memudahkan pentadbiran Bilik Sains. Buku Stok Buku Stok Bilik Sains disediakan dalam tiga jenis. Buku Stok Bekalan Pejabat - untuk merekodkan peralatan dan bahan kimia yang luak serta nilai harganya adalah rendah Buku Stok Inventori - untuk merekodkan barang tidak luak yang harganya kurang RM500.00 Buku Stok Harta Modal - untuk merekodkan barangbarang tidak luak yang berharga RM500.00 dan ke atas.

Penyemakan Buku Stok hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Panduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stor) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi. Penggunaan komputer dalam pengurusan stok digalakkan.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Buku Rekod Pecah


Buku Rekod Pecah adalah untuk merekod peralatan yang pecah bagi memudahkan proses mengemaskini stok. Format Buku Rekod Pecah adalah seperti Borang 3.
Bil. Tarikh Butiran alat/radas Kuantiti/ Bilangan Nama Tanda Tangan Rekod di buku stok m/s Nama Guru mata pelajaran berkenaan Catatan

Borang 3: Butir-butir dalam Buku Rekod Alatan/Radas Pecah

Buku Rekod Pinjaman


Buku Rekod Pinjaman merupakan buku untuk mencatat pergerakan peralatan sains daripada Bilik Sains. Format Buku Rekod Pinjaman adalah seperti Borang 4.
Perihal Alatan Kuantiti Pindah ke Nama Peminjam Tarikh dikeluarkan Tarikh Jangkaan dikembalikan Tarikh dikembalikan T/Tangan Catatan

Keluar

Masuk

Peminjam

Penerima

Borang 4: Butir-butir Dalam Buku Rekod Pinjaman/Pemindahan Alatan

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Pelupusan dan Hapus Kira Tindakan pelupusan hendaklah dilakukan ke atas barangan yang direkodkan dalam Buku Stok Inventori dan Buku Stok Harta Modal Prosedur pelupusan hendaklah mengikut Buku Panduan Penerimaan Peralatan Sains Sekolah Rendah Dan Tindakan Kuatkuasaan Bagi Kontrak Kementerian Pendidikan, 1994. Penyenggaraan dan Penyimpanan Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang mudah rosak. Penyenggaraan dan penyimpanan yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya perkara ini. Maklumat yang tercatat dalam buku stok hendaklah menunjukkan keadaan sebenar berhubung dengan penyenggaraan dan penyimpanan peralatan tersebut. Bahan kaca Alat kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan menggunakan alat dan bahan pencuci yang sesuai. Alat kaca tidak boleh disimpan di tempat yang terlalu tinggi dan tidak dicampur aduk dengan peralatan berat terutamanya daripada logam. Alat kaca yang besar disusun di belakang dan yang kecil di depan. Bahan Kimia Di peringkat sekolah rendah, pada hakikatnya tidak ada bahan kimia yang berbahaya dibekalkan untuk kegunaan guru dan murid. Walau bagaimanapun, dalam aktiviti P & P ada dicadangkan penggunaan bahan kimia yang digunakan di rumah seperti cuka, gula, garam dan sabun. Bahan-bahan ini pada prinsipnya tidak berbahaya atau membawa kesan toksik. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sebarang bahan kimia patut diselenggarakan dan dikendalikan seperti mana yang sepatutnya dari segi penyimpanan, penggunaan dan pelupusan. Dalam hal ini cuma cuka yang perlu diberi perhatian kerana ia adalah sejenis asid lemah. Jika sekiranya cuka termasuk ke dalam mata, basuhkan segera dengan air bersih.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Formalin adalah satu bahan yang berbahaya dan tidak digalakkan penggunaannya. Sekiranya formalin digunakan untuk mengawet haiwan, sila berhati-hati ia berbahaya jika terminum (ia boleh mengeraskan protein). Jika wapnya termasuk ke dalam mata dan hidung, ia mengakibatkan rasa pedih dan tidak selesa. Jadi elakkan dari terminum, terhidu dan termasuk ke dalam mata. Bahan ini hendaklah disimpan di dalam botol yang sesuai dan dilabelkan. Alat Optik Alat optik seperti kanta, prisma dan bongkah kaca yang mudah tercalar oleh permukaan yang kasar, eloklah disimpan dalam kepingan stairofom yang mempunyai ruang berbentuk alat-alat optik tersebut. Binokular dan mikroskop perlu disimpan di tempat kering untuk mengelakkan berkulat. Untuk tujuan ini binokular dan mikroskop bolehlah disimpan dalam kotak bersama-sama dengan gel silika. Sebaik-baiknya gunakan gel silika biru yang boleh menjadi merah jambu apabila kuasa penyerapannya berkurang. Kanta mata dan juga kanta objektif perlulah dibersihkan menggunakan kertas silikon (kertas tisu atau kain boleh mencalarkan permukaan kanta). Alat Elektrik Setiap Bilik Sains dibekalkan dengan sekurang-kurangnya dua punca kuasa (soket) untuk kegunaan alat dan perkakas elektrik seperti cerek elektrik atau projektor. Penggunaan alat-alat elektrik boleh menimbulkan kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau tidak diselenggarakan dengan sempurna. Berikut adalah kemalangan: beberapa langkah untuk mencegah

pastikan murid tidak memasang suis dengan tangan yang basah tutup suis apabila selesai menggunakan alat elektrik soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti pastikan wayar disambung mengikut kod warna yang betul pastikan wayar dan kabel bertebat alat elektrik hanya boleh disambung pada soket tiga pin jangan gunakan kabel yang terlalu panjang bagi alat elektrik

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

sebarang kerosakan elektrik hendaklah dibaiki oleh ahli pendawaian elektrik sebarang peraturan keselamatan penggunaan elektrik hendaklah dipatuhi bateri-bateri pada lampu suluh, jam dan pemegang bateri hendaklah dikeluarkan untuk mengelakkan kakisan

Renungan A hypothesis or theory is clear, decisive and positive but it is believed by no one but the man who created it. Experimental findings, on the other hand, are messy inexact things which are believed by everyone except the one who did the work. Harlow Shapley Harvard Crimson,1935

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Spesimen Haiwan dan Tumbuhan Spesimen hidup spesimen hidup yang hendak dikaji hendaklah diambil mengikut keperluan sahaja spesimen haiwan yang masih hidup hendaklah dikembalikan ke habitat asalnya spesimen yang telah mati boleh diawetkan haiwan yang dilindungi oleh undang-undang tidak boleh dipelihara atau diawet tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhilitan haiwan yang bersengat atau berbisa dielak penggunaannya.

Pengawetan
Kaedah Kering sesuai untuk spesimen yang mempunyai kelembapan yang kurang dan mempunyai kulit luar yang keras seperti serangga dan biji benih. spesimen dikeringkan sehingga kelembapan yang rendah bagi menghalang kerosakan yang biasa dilakukan oleh kulat atau bakteria beberapa cara untuk mengering spesimen antaranya ialah dengan menggunakan cahaya matahari, ketuhar, pasir panas atau gel silika pengawetan cara ini memerlukan pemerhatian yang lebih dari masa ke masa untuk mempastikan ia tidak rosak untuk mengelakkan berkulat, spesimen harus dikeringkan semula dari semasa ke semasa

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Kaedah Dalam Larutan (Kaedah Basah)

sesuai untuk semua spesimen biologi terutamanya yang berbadan lembut spesimen ini sentiasa diletakkan di dalam larutan pengawat seperti formalin supaya strukturnya terpelihara dan warnanya kekal larutan pengawet yang sesuai perlu untuk spesimen tertentu larutan pengawet formalin merupakan bahan berbahaya oleh itu hendaklah digunakan mengikut peraturan.

Renungan: If students cannot learn the way we teach, we teach then the way they learn A. Guenther

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penyenggaraan Peralatan dan Bahan Sains


PERALATAN/ BAHAN Besi (serbuk) Bikar Binokular PENYENGGARAAN CATATAN

Bola dan Gelung Botol Reagen

Simpan dalam bekas kering dan bertutup Simpan di tempat selamat dengan cara ditelangkupkan Kendali dengan cermat. Simpan bersama Simpan di tempat kering gel silika atau almari berkaca atau tempat khas. Simpan dalam bekas atau tempat kering Bersih dan asingkan penutupnya. Tepi yang terserpih boleh dilicinkan dengan kertas pasir tetapi jika berbahaya, hendaklah dilupuskan. Cabut wayar kuasa dan kering air di Simpan bersama-sama dalamnya sebelum disimpan wayar sambungan kuasanya. Susun menegak mengikut setnya dalam Mudah pecah kotak tegar. Asing setiap satu dengan kertas pembalut untuk elakkan lapisan perak tercalar Simpan di tempat selamat dengan cara ditelangkupkan Disimpan di tempat kering Sapukan dengan lapisan minyak. Bungkus (Jika dibuat daripada dengan plastik sebelum disimpan. Setiap logam) komponen set ini disimpan bersama dengan lengkap

Cerek Elektrik

Cermin Rata

Corong Turas

Dawai Kasa Gear (kit seperti yang diperincikan dalam Buku Peralatan Sains Rendah) Gergaji Sapukan lapisan nipis minyak dan Mudah berkarat bungkus sebelum disimpan. Karat yang terbentuk boleh dikikis dengan kertas pasir dan salut cat nipis/

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/ PENYENGGARAAN CATATAN BAHAN Jam Randek Keluarkan bateri jika hendak disimpan Mudah berkarat (jenis kuartza) lama. Pastikan tempat bateri tidak terkakis Jika menggunakan jam randik berkunci, spring kunci hendaklah dibiarkan lepas apabila disimpan Jubin Putih Susun secara menegak Mudah pecah Tempatkan pada kedudukan yang paling Jangan dikunci Kabinet mudah dilihat dengan senang. Ubatan Pertolongan hendaklah dikemaskini dan tidak melepasi Kandungan kabinet Cemas tarikh luput diperincikan dalam Buku Peralatan Sains Rendah Kaki Retot Mudah berkarat. Jika berkarat bersihkan dengan kertas pasir dan cat. Kanta Asingkan setiap satu dan bungkus, atau Mudah pecah Pembesar simpan dalam ruang yang ditebuk pada stairofom untuk mengelakkan tercalar. Kelalang Kon Simpan di tempat selamat dengan cara Mudah pecah ditelangkupkan Kertas Litmus Simpan dalam bekas yang mengandungi Biru dan gel silika Merah Kit Sinar Optik Simpan setiap komponen dengan setnya Komponen kit ini yang lengkap. Mentol dan kanta diperincikan dalam Buku disenggarakan seperti pada ruang item Peralatan Sains berkenaan Rendah. Klip Buaya Sembur lapisan minyak nipis untuk Mudah berkarat elakkan berkarat Kompas Simpan dalam bekas yang tegar. Jangan Mudah Pecah letak beban diatasnya. Kuprum Simpan di tempat kering. (kepingan) Penunu Pelaras udara dibersihkan dan pilinya Mudah Alih ditutup selepas digunakan

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/ BAHAN Ladung Lampu Suluh Mangkuk Penyejat Magnet (batang)

PENYENGGARAAN

CATATAN

Simpan dalam kotak Keluarkan bateri selepas digunakan. Mudah pecah Pastikan tempat bateri tidak terkakis Bersihkan dan simpan secara telangkup Magnet disimpan dengan meletakkan pengawal magnet (sebarang bar besi lembuat) dalam keadaaan berpasangan dengan kutub berbeza Letakkan pengawal magnet sewaktu disimpan Simpan mengikut spesifikasinya dalam bekas tegar. Simpan dalam kotak bersama-sama gel silika untuk mengelakkan berkulat Mudah berkarat

Magnet (ladam) Mentol Mikroskop

Mudah pecah Simpan di tempat kering/almari kaca atau almari khas

Model Simpan di tempat selamat. Bahagian Manusia organ terpasang dalam model dengan organ dalam Neraca Jangan bebankan sewaktu penyimpanan Pastikan agar jisim Mampatan melampaui maksimum. Necara Spring Simpan dengan cara direbahkan Pastikan jisim melampaui maksimum Nikrom Letakkan di tempat yang paling mudah (Wayar) dilihat Pemadam Api Letakkan di tempat yang paling mudah dilihat serta mudah diambil. Pastikan ia diperiksa setiap dua tahun dan disahkan oleh pihak yang bertauliah. Pemberat Setiap slot disimpan dengan jumlah yang Berslot cukup bersama-sama tangkainya.

tidak had tidak had

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/ BAHAN Pemegang Bateri Pemegang Mentol Pemulas Skru (Set berbagai Saiz) Penebuk Gabus Penyumbat Getah Piring Petri Pita Pengukur Playar Prisma

PENYENGGARAAN Pastikan bahagian yang bersentuh dengan bateri bebas karat. Pastikan bahagian yang bersentuh dengan bateri bebas karat Simpan dalam set yang lengkap

CATATAN

Salur Getah Selinder Penyukat Spring Stanum (Kepingan) Stetoskop Tabung Didih Tabung Uji

Masukkan saiz paling kecil di dalam dan tempatkan rod penolakan ke dalam lubang Simpan mengikut saiz dan jauhkan dari bahan kimia Bersihkan dan simpan secara telangkup Masukkan seluruh pita dan kunci pemutar Sapu sedikit lapisan minyak sebelum disimpan Asingkan setiap satu dengan pembalut lembut atau tempatkan pada lubanglubang khas yang dibuat pada stairofom untuk mengelakkan tercalar Simpan dalam gulungan dan jauhkan dari tempat panas Bersihkan dan simpan secara tegak Sapukan sedikit lapisan asingkan setiap satu Simpan di tempat kering minyak dan

Simpan dalam bekasnya dan tidak dilipatlipat Simpan dalam bekas secara direbahkan Simpan dalam bekas secara direbahkan

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PERALATAN/ BAHAN Takal

PENYENGGARAAN

CATATAN

terdiri daripada Semburkan dengan sedikit minyak untuk Set mengelakkan karat. Simpan dalam set beberapa takal untuk membina beberapa yang lengkap konfigurasi berbeza Termometer Simpan dalam bekas khas atau di tempatkan dalam blok stairofom Troli Bahagian bering bebola perlu sentiasa dilincirkan untuk mudah berputar Tungku Kaki Simpan di tempat kering Tiga

Renungan: Like a floating iceberg whose bulk is largely hidden in the sea, only the smallest part of the physical world impresses itself upon us directly. To help grasp the whole picture is the supreme function of the theory. Gerald S. Holton, 1953.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KESELAMATAN
Aspek keselamatan sememangnya diberi penekanan utama semasa aktiviti inkuiri penemuan dalam Sains. Guru hendaklah sentiasa peka dan berhati-hati ketika mengendalikan kerja amali untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan atau kecederaan. Peraturan semasa kerja amali, langkah keselamatan dan panduan pertolongan cemas adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian. Peraturan Bilik Sains Peraturan-peraturan yang disenaraikan di bawah adalah cadangan yang perlu diamalkan oleh semua pihak bila berada dalam Bilik Sains. murid hanya dibenarkan masuk ke dalam Bilik Sains dan bilik persediaan dengan kebenaran guru hanya buku dan peralatan untuk pelajaran Sains sahaja dibenarkan dibawa masuk ke Bilik Sains semasa pengajaran dan pembelajaran Sains langkah-langkah keselamatan mestilah dipatuhi semasa berada dalam Bilik Sains atau bilik persediaan amali boleh dijalankan hanya dengan pengetahuan guru sebarang aktiviti di Bilik Sains hendaklah di bawah pengawasan guru kebersihan Bilik Sains dan bilik persediaan perlu dijaga setiap masa alatan dan bahan kimia hanya boleh digunakan dengan pengetahuan guru penunu mudah alih hendaklah dinyalakan dengan pemetik api khas penggunaan bahan kimia mestilah mengikut kaedah yang betul semua radas hendaklah dibersihkan selepas digunakan semua peralatan dan bahan sains hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan alatan dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari Bilik Sains dan bilik persediaan hanya dengan kebenaran guru alatan dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari Bilik Sains dan bilik persediaan hanya dengan kebenaran guru alatan yang rosak atau pecah perlulah dilaporkan segera kepada guru atau staf Bilik Sains sampah dan sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang disediakan penggunaan bahan dan alat Peti Pertolongan Cemas hendaklah dengan kebenaran dan pengawasan guru spesimen biologi yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya. semua kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada Ketua Panitia Sains dan Guru Besar serta dicatatkan dalam Buku Rekod Kemalangan (format seperti Borang 5)

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH Buku Laporan Kemalangan Masa Laporan Kemalangan Kecederaan

Bil.

Nama

Tarikh

Tindakan Catatan

Nama Guru:

Tandatangan:

Tarikh:

Borang 5 : Contoh Buku Laporan Kemalangan

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Langkah-Langkah Keselamatan
Keselamatan Bilik Sains

memastikan keadaaan Bilik Sains selamat digunakan mendedahkan maklumat keselamatan makmal kepada murid

Pelan Laluan Kecemasan

menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas dan mudah difahami mempamerkan pelan laluan kecemasan di Bilik Sains mengadakan latihan kecemasan untuk mengenalpasti pelan laluan kecemasan

Alat Pemadan Api/Pondok Pemadam Api

memastikan alat pemadam api tersebut ada di tempattempat tertentu memastikan alat tersebut dalam keadaaan baik dan selamat digunakan mengadakan latihan untuk memahirkan penggunaan alat pemadam api (selimut penahan api, baldi perisi pasir) Jika ada kebakaran: hebahkan kebakaran kepada umum arahkan murid ke tempat lapang dan selamat mengikut pelan laluan kecemasan usahakan memadam kebakaran dengan alat pemadam api dalam masa yang sama dapatkan perkhidmatan Bomba
Pertolongan Cemas

Semasa menghadapi kecemasan setiap kemalangan yang berlaku dalam Bilik Sains hendaklah dilaporkan dengan segera guru mengambil tindakan segera serta mengawal keadaaan memberi bantuan dan rawatan awal jika perlu melaporkan kepada pentadbir sekolah atau pihak-pihak tertentu jika perlu

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Jenis kecederaan atau kemalangan luka lemas pengsan melecur kejutan elektrik mata dimasuk bendasing gigitan binatang dan serangga berbisa Rawatan Luka kenalpasti sama ada luka itu ringan atau parah memberi rawatan awal seperti mencuci, menyapukan ubat dan membalutkan luka jika luka itu parah, berikan rawatan untuk mencegah kehilangan darah dengan menggunakan teknik tornike dan membawa pesakit ke hospital dengan segera.

Melecur dan melepuh kenalpasti punca kecederaan melecur - air panas, minyak panas melepuh - logam panas dan api tutup bahagian yang cedera dengan kain yang lembut untuk melindungi dari tiupan angin bawa pesakit ke hospital

Kejutan elektrik jangan sekali-kali menyentuh pesakit tutup suis utama atau punca kuasa bekalan elektrik, jika gagal, pisahkan pesakit dari punca kejutan dengan menggunakan objek penebat seperti kayu kering. rehatkan pesakit di tempat yang selesa dan berudara bersih, kemudian longgarkan pakaiannya. Beri rawatan pernafasan sekiranya perlu bawa pesakit ke hospital

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Mata dimasuki benda asing tegah murid daripada menggosok mata yang dimasuki benda asing. arahkan murid supaya membuka dan menutup matanya di dalam air mengalir dan bersih untuk mengeluarkan benda asing sekiranya gagal, bawa murid ke hospital Gigitan dan sengatan haiwan berbisa kenalpasti tempat gigitan atau sengatan keluarkan sengat serangga jika ada sapukan dengan minyak mencegah bisa tahan darah supaya bisa gigitan atau sengatan tidak merebak ke jantung bawa pesakit berjumpa doktor dengan segera jika kesakitan itu serius

Renungan: Seseorang guru itu menerusi pemikiran, menjadi seseorang yang lebih terdidik; orientasinya bertukar dan kelakuannya (mengajar) menggambarkan dirinya. Reid, L.A., 1962

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

KECERIAAN BILIK
Bilik Sains hendaklah disusunatur, dilengkapi dan dihiasi dengan menarik bagi mewujudkan suasana yang boleh meningkatkan keberkesanan P & P serta mendorong minat murid kepada mata pelajaran Sains. Perkara-perkara berikut perlu dilengkapi dalam Bilik Sains: Papan Kenyataan Keratan akhbar, berita mengenai sains dan hasil kerja murid dipamerkan di papan kenyataan. Peralatan audio-visual seperti televisyen, perakam vieo, OHP, projektor slaid dan set komputer Bahan bantu mengajar seperti model, carta, gambar dan poster

Renungan: Good Science will always be intelligible to the logically trained mind, if that mind can read and translate the language in which science is written. Karl Pearson, 1892.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI Pengurusan Bilik Sains Tandakan ( /) dalam kotak yang disediakan bagi jawapan yang anda fikirkan paling tepat.

1.

Apakah yang dikatakan Bilik Sains? Tempat untuk pembelajaran dan pengajaran Sains Sekolah Rendah Tempat untuk menjalankan eksperimen Tempat untuk penyimpanan peralatan dan bahan sains

2.

Mana satukah cara untuk memperolehi peralatan sains? Dibeli oleh bekalan pusat Diarahkan oleh bekalan pusat Melalui bekalan pusat

3.

Pengurusan buku stok boleh dilakukan dengan berpandukan kepada Panduan Perbendaharaan (Tatacara Pengurusan Stor) Panduan Kewangan (Tatacara Pengurusan Stor) Panduan Pekeliling Kementerian Pendidikan (Tatacara Pengurusan Stor)

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

4.

Mengapakah penyenggaraan dan penyimpanan peralatan Sains perlu dilakukan? Peralatan mudah diperolehi Peralatan kelihatan kemas Mencegah peralatan daripada rosak

5.

Bagaimanakah cara yang betul untuk menyenggara Binokular? Diletakkan di tempat yang bercahaya Dikendalikan dengan cermat Sentiasa disimpan bersama gel silika setelah selesai digunakan

6.

Satu daripada berikut merupakan peraturan Bilik Sains Langkah-langkah keselamatan harus dipatuhi Amali boleh dijalankan dengan pengetahuan guru Murid tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam bilik Sains

7.

Senaraikan contoh-contoh alat pemadam api yang boleh digunakan dalam Bilik Sains. a) _______________________ b) _______________________ c) _______________________

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

8.

Antara berikut yang manakah bukan cara bagi mendapatkan suasana keceriaan dalam Bilik Sains? Tidak memasang peralatan kecemasan Menyediakan sudut pameran hasil kerja murid Mempamerkan Bahan Bantu Mengajar

Renungan: I confess that I do not see much danger to learning in giving the prime emphasis to method. By emphasis upon method, I mean upon critical method, upon criteria of evidence, norms of validity, rules of consistency, on how we actually think and how we ought to think in whatever field of study we want students to be informed about. Sidney Hook, 1959.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN TAMAN SUMBER SAINS

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

PENGURUSAN TAMAN SUMBER SAINS


Pemahaman mengenai Taman Sumber Sains dan bagaimana ianya boleh dimanfaatkan dalam membantu meningkatkan P&P Sains Sekolah Rendah adalah merupakan kriteria utama mengapa pengurusan Taman Sumber Sains dimasukkan sebagai kandungan dalam modul ini.

Konsep Taman Sumber Sains


Taman Sumber Sains adalah tempat atau beberapa tempat di kawasan sekolah di mana murid-murid membuat eksperimen, kajiselidik dan aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan P&P Sains. Mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan, Matematik dan Bahasa boleh juga menggunakannya sebagai sumber P&P.

Ciri Taman Sumber Sains


Taman Sumber Sains boleh mempunyai beberapa entiti yang mencorakkan kegunaannya sebagai sumber untuk P&P Sains Sekolah Rendah. Bagaimanapun, Taman Sumber Sains tidak semestinya harus mempunyai entiti tersebut. Antara entitinya:

satu habitat tumbuhan dan haiwan kolam habitat air haiwan darat dan air tumbuhan pelbagai jenis spesies tempat kaji selidik tapak semaian spesimen awet kering dan basah taman batu jenis bantuan dan tanah tanih taman terbiar taman hidroponik taman pepasu kebun sayur stesen kaji cuaca sangkar maklumat saintifik hidupan dan habitat pelan lokasi tanaman bekas-bekas untuk habitat seperti kayu buruk

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Perancangan Pembinaan Taman Sumber Sains


Pembinaan Taman Sumber Sains memerlukan suatu perancangan yang rapi. Ini adalah bagi mempastikan Taman Sumber Sains dapat dipergunakan dengan berkesan sebagaimana yang diharapkan. Perancangan ini meliputi aspek berikut: Memilih Tapak Pembinaan

tempat terbiar atau terbuang (jika terpaksa menggunakan sebarang kawasan yang ada) selamat kepada pengguna mudah dilawati terdapat bekalan air dan elektrik (jika boleh) kawasan yang memperolehi cahaya matahari

bolehlah

Rekabentuk Taman Sumber Sains


Rekabentuk Taman Sumber Sains hendaklah mengikut kesesuaian kawasan, komponen dan kemudahan yang diperuntukkan untuknya. Ini perlu bagi mempastikan Taman Sumber Sains, disamping kelihatan cantik, juga berfungsi sebagaimana yang diharapkan.

Renungan:

Nature, with all her regularities and irregularities, might have been just as real even if there were no men to observe and to study her. But there could have been no science without human beings or beings like them. It is the spirit of man brooding over the stream of natural events that has given birth to science.
A. Wolf, 1925

Susun Letak (pelan landskap)

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Bagi mempastikan pelaksanaan Taman Sumber Sains dijalankan dengan berkesan maka susun letak (pelan) hendaklah sesuai dengan persekitaran. Kreativiti guru diperlukan bagi mendapatkan satu susun letak yang sedia ada serta mempunyai ciri Taman Sumber Sains.

SUSUN LETAK

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Susun Bina Komponen Bagi pembinaan Taman Sumber Sains yang berkesan, unsur-unsurnya hendaklah disusun bina mengikut keperluan hidupan itu. Kolam habitat air Kolam habitat air adalah satu tempat yang menampung hidupan habitat air.Ianya boleh dibina dengan mengambilkira adanya teduhan, suhu dan keasidan air yang sesuai dan kedalaman serta keluasan kolam. Di samping mendapat bekalan air bersih, ianya juga perlu ada sarang ikan (seperti tunggul dan kayu buruk) dan tumbuhan air.

HABITAT AIR

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Tapak Semaian Tapak semaian hendaklah mempunyai saliran yang baik, berdekatan dengan kolam atau sumber air. Selain daripada itu tapak semaian perlu mempunyai cahaya dan tempat teduhan atau pondok. Tempat Penyelidikan Satu kawasan khas bagi penyelidikan yang berbentuk eksperimen adalah perlu untuk Taman Sumber Sains. Tapak semaian boleh juga dijadikan tempat penyelidikan dengan sedikit pengubahsuaian.

Renungan: The study of nature that is part of a mans intellectual life is a delight to all scientists. In their hands, science is not just a business of collecting facts or stating laws or directing experiments. It is above all an art of sensing the best choice of view or the most fruitful line of investigation for a growing understanding of nature. Eric M. Rogers Physics for the Inquiring Mind(1960)

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Pepasu Taman Pepasu merupakan satu kawasan di mana semua tanaman berpasu ditempatkan. Bagi menyediakan Taman Pepasu langkah berikut boleh diikuti:

kenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam di dalam pasu kenalpasti kawasan untuk meletak atau menggantungkan pasu kenalpasti keperluan-keperluan tumbuhan berpasu.

TAMAN PEPASU

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Kebun Sayur Bagi menyediakan Kebun Sayur, langkah berikut boleh diikuti:

kenalpasti tapak tentukan jenis tanaman sayur yang hendak ditanam (seperti jenis berdaun, berbuah dan berubi) pembajaan dilakukan mengikut jenis tanaman melakukan penanaman secara kitiaran bagi mengekalkan kesuburan tanah

Renungan: Science is the attempt to make the chaotic diversity of our sense experinece correspond to a logically uniform system of thought. Albert Eistein, 1940.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Hidroponik Taman Hidroponik adalah unit tanaman hidroponik berbentuk set hidroponik kitar air atau set hidroponik tidak kitar air ditempatkan. Tanaman yang biasanya ditanam ialah jenis sayur-sayuran. Penanaman boleh dibuat secara kitaran tanaman atau penjadualan penanaman bagi membolehkan penanaman dibuat secara berterusan.

SET HIDROPONIK KITAR AIR

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Haiwan Taman Haiwan merupakan kawasan di mana pelbagai spesies haiwan dalam habitatnya ditempatkan. Taman tersebut boleh menempatkan pelbagai spesies haiwan yang dibenarkan oleh Jabatan Perhilitan tetapi bilangan setiap spesies itu tidak perlu banyak. Taman Haiwan tidak semestinya berbentuk kurungan. Bagaimanapun adalah dicadangkan Taman Haiwan ini dibuat berdasarkan konsep Taman Haiwan Terbuka di mana haiwan-haiwan luar akan tertarik untuk datang melawatinya.

TAMAN HAIWAN

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Sudut Koleksi Sudut Koleksi merupakan satu kawasan yang mengandungi sudut pameran, sampel bahan (batuan, tanah tanih, spesimen awet basah dan spesimen awet kering) dan maklumat ringkas mengenai sampel tersebut.

SUDUT KOLEKSI

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Terbiar Taman terbiar merupakan kawasan terbiar yang ditumbuhi oleh pokok dan tumbuhan tanpa diurus oleh manusia dari segi pembajaan dan kawalan habitat. Walau bagaimanapun ianya masih perlu diurus tetapi tidak sehingga mengganggu atau menjejas ekologinya.

TAMAN TERBIAR

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Taman Batuan Taman Batuan adalah suatu taman binaan yang menunjukkan satu habitat batuan yang menjadi tempat hidupan haiwan dan tumbuhan.

Taman Batuan

Renungan: Science is not a cut-and-dried proposition. It is not technology alone. Nor it is merely a set of equations by and for a small group of eggheads. It is dynamic interplay between man and his surroundings embodying his attempts to understand, predict, and control nature. Science arose out of our efforts to survive, our natural curiosity, and our search for order in a seemingly caprious, hostile world. James S. Perlman - The Atom and the Universe, 1970.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Sudut Kaji Cuaca

Sudut Kaji Cuaca adalah di mana set alat kajicuaca ditempatkan. Set ini terdiri daripada termometer, silinder penyukat hujan, kon tadahan dan kelalang mengumpul hujan. Maklumat dan keputusan yang diperolehi seperti pH air hujan, sukatan banyaknya hujan dan arah angin perlu dipaparkan untuk rujukan umum. Lokasi yang sesuai untuk menempatkan sudut kajicuaca ialah di kawasan yang lapang dalam Taman Sumber Sains dan boleh mengumpul air hujan yang turun di kawasan yang berkenaan.

SUDUT KAJI CUACA PERLU DITEMPATKAN DI KAWASAN LAPANG SUPAYA TADAHAN AIR HUJAN DAPAT DILAKUKAN.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Maklumat Saintifik Habitat dan landskap Taman Sumber Sains perlu dilengkapkan dengan maklumat saintifik untuk rujukan atau bahan kajian oleh pengguna. Maklumat tentang tumbuhan dan haiwan termasuk yang telah diawetkan ialah nama hidupan tersebut, spesies serta serba sedikit mengenai latarbelakangnya dan dipamerkan di tempat yang berkaitan. Kreativiti guru diperlukan dalam menyediakan maklumat ini. Sebagai contoh maklumat ini boleh dibuat dalam bentuk label, buku skrap dan kad katalog.

BENTUK-BENTUK MAKLUMAT

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penggunaan Taman Sumber Sains


Taman Sumber Sains digunakan sebagai tempat membuat eksperimen, kajian dan rujukan bagi mata pelajaran Sains. Taman Sumber Sains boleh juga digunakan dalam membantu P&P mata pelajaran lain. Aktiviti Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah Guru dan murid boleh menggunakan Taman Sumber Sains dalam membantu P&P mata pelajaran berkenaan. Antara strategi yang boleh digunakan ialah eksperimen, kajian lapangan, simulasi, dan kerja projek. Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Lain Mata pelajaran yang boleh menggunakan Taman Sumber Sains ialah Kajian Tempatan, Matematik, Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Seni. Antara strategi yang boleh dijalankan adalah kerja projek, simulasi dan rujukan. Aktiviti Kokurikulum Taman Sumber Sains boleh juga digunakan untuk aktiviti kokurikulum. Antara aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan adalah seperti kuiz dan pertandingan buku skrap. Pertandingan ini boleh dijalankan antara murid ataupun antara kumpulan-kumpulan murid.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penyenggaraan Taman Sumber Sains Keberkesanan Taman Sumber Sains bergantung kepada sejauh mana ianya dapat menarik minat murid dan guru dalam menggunakan sumber yang terdapat di dalamnya. Untuk ini penyenggaraan yang teratur dan sistematik adalah perlu bagi mendapatkan suasana yang kondusif semasa proses P&P. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah: Sumber Kewangan Sumber kewangan boleh didapati daripada pihak sekolah tetapi jumlah ini mungkin tidak memadai. Oleh itu perlulah diusahakan sumber kewangan yang lain seperti sumbangan PIBG, hasil jualan aktiviti Taman Sumber Sains dan tajaan daripada pihak luar.

Renungan: The goal of science is order. Science is constructed from facts as a house is constructed from stones, but an accumulation of facts is no more a science than a pile of stones is a house. Henry Poincare

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Ahli Jawatankuasa Taman Sumber Sains Ahli Jawatankuasa Taman Sumber Sains boleh terdiri daripada guru dan juga murid. Berikut dicadangkan struktur Jawatankuasa Taman Sumber Sains.
PENASIHAT (GURU BESAR)

PENOLONG PENASIHAT (PENOLONG KANAN/GURU KANAN)

PENGERUSI (KETUA PANITIA SAINS)

SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA (TERDIRI DARIPADA GURU, PIBG DAN STAF SOKONGAN)

Sokongan guru besar, penolong kanan dan staf akan dapat memberikan dorongan dalam menjayakan projek-projek yang dijalankan oleh Jawatankuasa Taman Sumber Sains. Sokongan ini boleh dibuat dalam bentuk khidmat nasihat, tenaga dan masa kepada usaha aktiviti Taman Sumber Sains.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI Pengurusan Taman Sumber Sains


Berikan penjelasan anda bagi menjawab soalan berikut: 1. Taman Sumber Sains boleh ditakrifkan sebagai __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

2.

Berikan lima contoh entiti atau ciri Taman Sumber Sains a. b. c. d. e. ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

3.

Huraikan bagaimanakah anda memilih tapak pembinaan untuk Taman Sumber Sains? a. b. c. ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

4.

Antara berikut, yang manakah TIDAK diperlukan bagi mempastikan bahawa pelaksanaan Taman Sumber Sains boleh dijalankan dengan berkesan? Susun bina landskap adalah bersesuaian dengan persekitaran Kreativiti guru Susun bina landskap meliputi ciri Taman Sumber Sains

5.

Kolam habitat air adalah merupakan ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

6..

Senaraikan 5 komponen susun bina Taman Sumber Sains. a. b. c. d. e. ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

7.

Maklumat saintifik Taman Sumber Sains diperlukan untuk melengkapkan maklumat mengenai Taman Sumber Sains rujukan dan bahan kajian oleh pengguna Taman Sumber Sains dipamerkan di tempat yang berkaitan dalam Taman Sumber Sains

8.

Taman Hidroponik adalah di mana unit tanaman hidroponik ditempatkan set hidroponik kitar air ditempatkan set hidroponik tidak kitar air ditempatkan

9.

Antara penggunaan Taman Sumber Sains untuk aktiviti kurikulum ialah: kuiz mengenai Taman Sumber Sains membantu pengajaran dan pembelajaran Sains pertandingan buku skrap antara murid mengenai Taman Sumber Sains.

10.

Pengerusi Jawantankuasa Pengurusan Taman Sumber Sains ialah: Guru Besar Guru Sains Ketua Panitia Sains

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

BAHAN BANTU MENGAJAR


Selain daripada peralatan sains yang dibekalkan, guru digalak menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang dibeli, dibuat sendiri atau daripada pengubahsuaian BBM mata pelajaran lain dalam membantu menjayakan P&P. Antara contoh BBM ini ialah carta, model, alat audio-visual dan komputer.

CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Guru hendaklah mempastikan BBM yang dipilih dapat memudah dan membantu proses P&P.

Pemerolehan Bahan
BBM yang hendak dibeli atau dibuat perlulah dinilai dari segi kos dan kesesuaiannya. BBM tertentu boleh dibuat melalui: usahasama Panitia Sains aktiviti kelab atau persatuan Sains hasil kerja projek pelajar kerjasama sekolah kelompok

Pembelian dan Anggaran


Pembelian BBM atau bahannya yang diperlukan untuk menyediakan BBM boleh dibuat menggunakan Bantuan Per Kapita (PCG) mata pelajaran Sains dan Matematik mengikut proses yang sama seperti pembelian peralatan sains. Penyenggaraan Bahan Bantu Mengajar Penyenggaraan BBM bergantung kepada jenis BBM yang digunakan. Cara penyenggaraan ini adalah sama dengan kaedah atau bentuk penyenggaraan seperti yang dicadangkan dalam cadangan Pengurusan Dan Penyenggaraan Peralatan Sains. Renungan: A new idea is first attacked as absurd; then is it admitted to be true, but obvious; finally it is seen to be so important that is adversaries claim that they themselves discovered it. William James: Fragmatism - a new name for some old ways of thinking.

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN KENDIRI Bahan Bantu Mengajar


Sila jawab soalan berikut: 1. Senarai 5 contoh bahan bantu mengajar yang boleh anda gunakan dalam membantu keberkesanan pengajaran dan pembelanjaran Sains Sekolah Rendah a. b. c. d. e. ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

2.

Huraikan bagaimanakah caranya anda dapat mempastikan bahawa Bahan Bantu Mengajar yang anda gunakan dapat memudahkan dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran Sains. a. b. c. d. e. ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

3.

Bagaimanakah caranya anda membuat penilaian berhubung Bahan Bantu Mengajar?. ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

4.

Pembelian Bahan Bantu mengajar boleh dibuat dengan menggunakan Bantuan Per Kapita (PCG) Bahagian Kewangan Bantuan Per Kapita (PCG) Kementerian Pendidikan Bantuan Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran Sains dan Matematik

5.

Penyenggaraan Bahan Bantu Mengajar adalah bergantung kepada jenis bahan bantu mengajar yang digunakan pengetahuan guru kemudahan yang ada

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Penasihat Penggubalan PuLSaR


Dr. Hanafi bin Mohamed Kamal Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Tn. Hj. Yusof bin Ngah (dari 16 FEBRUARI 1994) Tn. Hj. Saari Hasan (sehingga 15 FEBRUARI 1994) Timbalan Pengarah 1 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Datin Hjh. Aidah Abdul Ghani Timbalan Pengarah II Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Perancang Projek PuLSaR Hj. Shamsuddin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ahmad Hozi H.A. Rahman Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Azian T. S. Abdullah Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Rosli bin Suleiman Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Abd. Wahab b. Ibrahim Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Rohaida bt. Mohd Saat Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ng Soo Boon Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Modul 9 PENGURUSAN SUMBER SAINS SEKOLAH RENDAH

Panel Penggubal Pukal Latihan Sains Rendah (PuLSaR)


Ahmad Hozi H. A. Rahman Pusat Perkembangan Kurikulum Azian b. T.S. Abdullah Pusat Perkembangan Kurikulum Rosli b. Suleiman Pusat Perkembangan Kurikulum Abd. Wahad b. Ibrahim Pusat Perkembangan Kurikulum Ng Soo Boon Pusat Perkembangan Kurikulum Rohaida bt. Mohd Saat Pusat Perkembangan Kurikulum Rohana bt. Mahmood Pusat Perkembangan Kurikulum Abdul Zubir b. Abdul Ghani Pusat Perkembangan Kurikulum Hj. Sulaiman b. Hj. Habib Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Yahaya b. Moktaram Jabatan Pendidikan Johor Zakaria b. Awang Jabatan Pendidikan Terengganu Hj. Abd. Ghani b. Mat Jabatan Pendidikan Kelantan Amin b. Senin Jabatan Pendidikan Sabah Kushan Keridau Jabatan Pendidikan Sabah Johara bt. Zen Jabatan Pendidikan Sarawak Kamarudin Yunus Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Kelantan Nasrudin b. Talib Pusat Pendidikan Negeri, Kelantan Mohd Safian Hj. Yunos SRK Tengku Makmood Iskandar (2) Pontian Narajan a/l M. Kandasamy SRK King Edward VII (1), Taiping Hj. Ismail b. Othman Institut Perguruan Darulaman, Kedah Dr. Aminah bt. Ayob Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM Dr. Siow Heng Loke Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Seth b. Sulaiman Fakulti Pendidikan, UTM Said bin Manap SEAMEO-RECSAM, P. Pinang

Hjh. Aminah b. Abdul Rahim Jemaah Nazir Sekolah , W. Persekutuan Noor Shah b. Hj. Saad Bahagian Pendidikan Guru

Tan Ying Kee Bahagian Pendidikan Guru Lee Bao Ling Bahagian Sekolah Abdul Ghani b. Abdullah Bahagian Sekolah Abdul Aziz b. Abdullah Jabatan Pendidikan Perlis Chai Hock Beng Jabatan Pendidikan Kedah Khalid b. Ahmad Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Zahidi b. Yusuf Jabatan Pendidikan Perak

You might also like