You are on page 1of 28

TOPIK 1 PENGENALAN

1.0

Pengenalan Teori, pendekatan, kaedah, teknik dan strategi merupakan faktor yang sangat penting dalam ilmu pendidikan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, istilah-istilah seperti teori, pendekatan, kaedah, teknik dan strategi selalu sahaja menimbulkan salah faham daripada segi pengertiannya. Hal ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan guru-guru bahasa di Malaysia tetapi turut berlaku di seluruh dunia termasuk di Amerika sendiri (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Akibatnya, konsep-konsep tersebut digunakan bertukar ganti yang kadangkala membawa kepada konotasi yang berbeza. Mengapa terjadinya keadaan sedemikian? Hal ini kerana, konsepkonsep tersebut sebenarnya sangat erat hubungannya antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, dalam konteks pendidikan, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan pengertian yang berbeza. Sebagai seorang guru, sebelum kita mengajarkan bahasa di dalam bilik darjah.Amatlah penting jika kita terlebih dahulu mengetahui dan memahami konsep teori , strategi, kaedah, pendekatan dan teknik terutama yang akan diaplikasikan dalan pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Teori, pendekatan, kaedah dan teknik adalah berhubung rapat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan seirama. Perancangan penggunaan unsur-unsur ini secara bersepadu akan

menghasilkan satu pengajaran yang bermutu. Dalam tugasan ini, beberapa aspek tentang pengajaran P & P bahasa Melayu turut dihuraikan. Penekanan terhadap aspek pendekatan, kaedah,
1

teknik sehinggalah penyerapan KBT untuk pengisian kurikulum turut dimuatkan. Tidak ketinggalan juga pengajaran mikro sebagai suatu usaha yang dapat membantu guru melicinkan corak dan strategi pengajaran mereka.

TOPIK 2 TEORI HURAIAN BAHASA DAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

2.1

TEORI HURAIAN BAHASA Apakah maksud Teori Huraian Bahasa?Teori Bahasa ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian , kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa iaitu pandangan atau pemikiran tokohtokoh tentang huraian bahasa.

TEORI HURAIAN BAHASA

Teori Tradisional (Panini)

Teori Struktural (Bloomfield)

Teori Transform asi Generatif

Teori Fungsional (Halliday)

2.1 .1 Teori Tradisional Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan.Ahli bahasa Arab mengkaji tulisan Al-Quran dan orang Hindu pula mengkaji tulisan

Sanskrit.Bahasa boleh berkembang.Setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk.Tatabahasa bersifat sejagat, berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin.Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii
3

alam.Kajian bahasa bersifat deduktif mementingkan sisitem hukum sesuatu bahasa.Pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat, dan kata kerja.

2.1.2

Teori Struktural

Bloomfield

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Sausure dan Otto Jespersen. Ia juga dikenali juga dengan aliran taxonomic atau bloomfeildian. Aliran sistem ini muncul pada abad ke-20 dan difahamkan bahawa kemunculannya kerana pertentangan pendapat dengan aliran tradisional. Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat. Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem, dan untuk perhubungan. Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat.

2.1.3

Teori Transformasi-Generatif

Noam Chomsky Selepas aliran system Stratural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran Transformasi-Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). Penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan. Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa. Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan. Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental. Penutur dilahirkan dengan kecekapan semulajadi. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

2.1.4

Teori Fungsional

Halliday
5

Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahanperubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Wujud pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan bahasa. Terdapat fungsi 6ystem yang terdiri daripada 3 fungsi iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal, dan fungsi tekstual.Fungsi 6ystem bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan 6ystem bahasa

2.2

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Semua insan di dunia ini mempunyai alat fizikal yang sama untuk melakukan setiap perkara dan mengikut kepada teori biologis, sejak lahirnya sesorang anak itu, sesungguhnya telah dikurniakan satu kebolehan iaitu kebolehan berbahasa. Setiap kanakkanak memperoleh bahasa pertama bukan melalui proses pembelajaran tetapi proses ini berlaku dengan tidak formal. Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan apabila mereka didedahkan dengan pengalaman yang banyak sekaligus dapat meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Terdapat beberapa teori pemerolehan bahasa yang telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh aliran ini iaitu teori behaviorisme, teori mentalis, teori interaksionalis dan kognitif. Semua aliran ini mempunyai pelbagai pendapat dan cara tersendiri untuk menerangkan bagaimana seseorang individu yang bergelar manusia dapat mempelajari sesuatu bahasa sejak mereka kecil lagi.

2.2.4 Teori Behaviurisme (Bloomfieild)

Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan proses pengajaran haruslah menekan latihan dan pengulangan yang banyak.Proses

penguasaan bahasa melalui latihan yang memerlukan mekanisme yang bersistem.Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses

P&P.Berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak-kanak mempelajari bahas menerusi hukuman dan ganjaran.Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerakbalas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa.Proses pendedahan yang berulang-ulang dan konsep peniruan mencepatkan pmbelajaran bahasa.Aspek pengukuhan memudahkan ingatan.Pengajaran tatabahasa adalah berdasarkan penekanan indukif/kaedah terus, dengar dan tutur, dan teknik latih tubi.

2.2.2

Teori Mentalis (Chomsky)

Mengutamakan proses berfikir berbandingan dengan pelakuan kanakkanak.Kanak-kanak berupaya membuat rumusan.Lisan dan bacaan

diutamakan tetapi kemahiran menulis lebih penting.Diukur melalui kecekapan dan pencapaian mereka.Penyampaian makna lebih diutamakan tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif. 2.2.3. Teori Interaksionalis

Menghasilkan bahasa apabila ia memerlukannya.Perkembangan bahasa iaitu menghasilkan proses kognitif dan bahasa. Proses interaksi bahasa

ayat penyata dan ayat perintah.Hasil interaksi akan

mempengaruhi untuk mempelajari 7ystem bahasa.

2.2.4. Teori Konstruktivisme

Mementingkan kelas.Memberikan

pembelajaran

semasa

intraksi

dalam

contoh ayat.Membina ayat setelah memahami konsep.

Pembinaan semula ayat. Pembangunan semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru atau idea yang baru.

TOPIK 3 STRATEGI, KAEDAH, TEKNIK DAN PENDEKATAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.Sebelum itu perlulah bagi guru memahami konsep strategi, kaedah, teknik dan pendekatan. Setelah

memahami konsep-konsep tersebut barulah perancangan untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian yang menarik dan berkesan dapat dihasilkan.

3.1

STRATEGI Strategi bermaksud suatu caraatau langkah atau tindakan yang harus dilakukan untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan

pembelajaran.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pencapaian atau hasil pembelajaran( out comes) .Dalam era sekarang , strategi boleh dibincangkan berdasarkan perspektif yang berikut iaitu pendekatan berpusatkan murid,kepelbagaian

teknik ,kepelbagaian sumber bahan,penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran dan pembelajaran bertema, bacaan luas, penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan.
9

Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

3.2

Pendekatan Edward Anthony (1963) mendefinisikan pendekatan sebagai satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran. Pendekatan secara umumnya terbahagi kepada empat pendekatan yang utama iaitu pendekatan induktif, deduktif, elektif komunitif dan oral.

3.3

Kaedah

Kaedah

pengajaran

ialah

satu

perancangan

atau

prosedur

bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

3.4

Teknik Pengajaran Teknik adalah Suatu alatyang digunakan bagi menyampaikan bahan-bahan pengajar untuk pelajar-pelajarnya sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.Antaranya teknik latih tubi, simulasi,main peranan,teknik sumbangsaran,permainan bahasa, soal jawab, bercerita, drama,inkuiri,perbincangan,forum, perbahasan dan kuiz.

10

TOPIK 4 TEORI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

4.0

Teori, Pendekatan, Kaedah dan Teknik yang digunakan Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ada empat teori huraian bahasa yang dapat dilaksanakan di dalam kelas. Pertama ialah teori analisa tradisional, kedua analisa struktural, ketiga teori Transformasi Generatif dan akhir sekali teori Fungsional.

Dalam tugasan ini, saya telah memilih teori bahasa berasaskan struktural. Pengkajian yang dilakukan dengan cara ini tentunya berasaskan fahaman bahawa bahasa yang kita gunakan sebagai alat perhubungan itu sebenarnya berupa binaan bentuk-bentuk dengan susunan yang betul sebagaimana yang dituturkan oleh penutur-penutur . Susunan bentuk-bentuk seperti perkataan yang merupakan unsur binaan untuk bentuk-bentuk yang lebih besar seperti ayat melahirkan konsep apa yang dinamakan struktur pengucapan. Oleh kerana asas sesuatu penghuraian itu berupa struktur dan pola-pola,maka linguistik yang berperanan menghuraikan bahasa itu dinamakan linguistik struktural. Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan. Fokus pengkajian mereka ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara

fonem(sebagai satu unit bunyi) dengan fonem( sebagai unit tatabahasa). Daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis. saya telah memilih Teori Mentalis .Golongan mentalis

berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu
11

bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.Kebaikan-kebaikan teori ini ialah: a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan. Dari segi pendekatan pula saya lebih fokus kepada pendekatan

komunikatif.Kamarudin Hj. Husin (1993) menyatakan bahawa pendekatan ini memberi penekanan kepada keupayaan penutur dalam berkomunikasi dengan melibatkan pengetahuan dan kebolehan bahasanya. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1991), mengikut ahli-ahli bahasa yang menunjangi pendekatan ini, pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang betul sahaja belum boleh menjamin murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan. Oleh itu, pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini. Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1991), pendekatan komunikatif ini juga meminta guru-guru mengajarkan struktur-struktur bahasa yang betul kepada murid-murid mereka. Murid-murid perlu tahu peraturan-peraturan bahasa
12

untuk

membolehkan

mereka

berbuat

demikian.

Pengetahuan

ini

memungkinkan lagi keupayaan berbahasa mereka.

Kamarudin Hj. Husin (1991) menyatakan bahawa dalam pendekatan komunikatif, penguasaan bahasa yang paling tinggi ialah penguasaan berkomunikasi. Ini bermakna pelajar mesti mempunyai kebolehan membuat pilihan struktur ayat yang sesuai untuk konteks bahasa yang tertentu dan mengenal fungsi komunikasi di dalam ayat tersebut. Menurut Munby (1980) dalam buku KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa oleh Kamarudin Hj. Husin (1991), ia melibatkan kecekapan tatabahasa, kecekapan sosiobudaya dan kecekapan wacana.

Pendekatan komunikatif menyarankan supaya murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa itu dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas. Mereka didedahkan kepada kecekapan sosiolinguistik iaitu pengetahuan peraturan penggunaan bahasa. Ini penting kerana penggunaan bahasa itu akan lebih betul dan bermakna sifatnya jika ujaran itu sesuai dengan situasi bahasa itu digunakan. Oleh itu, guru mestilah mewujudkan situasi sebenar di dalam kelas yang memerlukan murid berkomunikasi sesama mereka (Kamarudin Hj. Husin, 1991).

Penggunaan bahasa diberi perhatian dan keutamaan di samping kegunaan bahasa. Pembelajaran bahasa itu disusun berdasarkan fungsi komunikasi. Fungsi komunikasi itu pula disusun dan diajar mengikut apa yang diperlukan oleh murid bagi menolongnya berkomunikasi di dalam kelas dan juga dalam kehidupannya sehari-hari. Antara fungsi-fungsi bahasa yang

dimaksudkan itu ialah bahasa untuk mendapatkan barang-barang, bahasa untuk mengawal tingkah laku orang lain, bahasa untuk mencipta interaksi dengan orang lain, bahasa untuk menyatakan perasaan peribadi dan maksud, bahasa untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu, bahasa untuk mencipta dunia imaginasi dan bahasa untuk komunikasi maklumat.
13

Salah satu peranan guru ialah sebagai pemudah cara cara proses komunikasi di kalangan pelajar. Selain itu, guru juga bertindak sebagai

penganalisis keperluan yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan dan memberi tindak balas terhadap keperluan bahasa pelajar. Di samping itu, guru bertindak sebagai peserta yang tidak bergantung dengan sebarang kumpulan pelajar. Peranan ini berkaitan dengan peranan guru sumber maklumat, pemandu prosedur dan aktiviti kelas serta penyelidik. Seterusnya, sayai memilih beberapa kaedah untuk dimasukkan dalam rancangan pengajian harian kami. Kaedah yang pertama ialah kaedah tatabahasa terjemahan. Menurut Abdullah Hassan (1996), kaedah ini selalu juga disebut kaedah klasik. Ini adalah kaedah yang mula digunakan sebelum kaedah lain timbul. Oleh sebab dahulunya para sarjana hanya mempunyai bahan sastera tertulis dan oleh sebab kemahiran menulis itu dijadikan tujuan yang penting, maka perkara tersebut menjadi tujuan dalam kaedah tatabahasa terjemahan ini. Kaedah ini dirancangkan dengan tujuan memberi kemahiran menulis dan bukan kemahiran bertutur. Oleh itu, kaedah ini tidaklah mementingkan sebutan. Kaedah ini hanya mementingkan ejaan dan penulisan dalam bahasa yang diajarkan tersebut. Penggunaan bahasa secara aktif juga tidak berlaku. Kamarudin Hj. Husin (1991) menyatakan bahawa tujuan kaedah ini membolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa dan juga melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul. Selain itu, kaedah ini juga dapat melengkapkan murid-murid dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. Kaedah ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Salah satu daripadanya ialah saiz kelas tidak terhad iaitu berapa ramai sekalipun bilangan pelajarnya boleh diajar melaui kaedah ini. Latihan yang intensif berjam-jam juga tidak diperlukan (Abdullah Hassan 1996).

14

Kaedah yang kedua pula ialah kaedah terus. Kamarudin Hj. Husin (1991) menyatakan bahawa kaedah ini mula direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935. Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanakkanak ini, didapati serupa dengan kaedah tentera kerana ia pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua dahulu. Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu di dalam masyarakat yang berkenaan. Kaedah ini disampaikan berdasarkan beberapa asas tertentu di mana salah satu daripadanya ialah perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Selain itu, pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada juga merupakan salah satu asas dalam kaedah ini. Kaedah ini harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. Pelajaran bahasa dimulakan dengan cara menghubungkan murid-murid itu terus kepada bahasa yang hendak mereka pelajari. Semasa pengajaran dijalankan, terjemahan tidak sekali-kali

digunakan (Kamarudin Hj. Husin, 1991). Ketiga, sayai memilih beberapa teknik yang sesuai dengan

pendekatan komunikatif. Pertama sekali, saya membahagikan kumpulan murid kepada empat kumpulan.Pembentukan kumpulan ini membolehkan murid-murid bercampur tanpa mengambil kira tahap kebolehan, jantina, kaum dan kawan rapat. Hal ini memberi peluang kepada murid membina hubungan yang baik antara satu sama lain. Seterusnya, teknik bersoal jawab. Teknik ini membolehkan wujudnya interaksi antara guru dan murid secara berkesan. Ia dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas yang sewajarnya. Biasanya soalan-soalan yang digunakan adalah
15

terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencungkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal murid supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Teknik bersoal jawab mementingkan beberapa perkara. Sebagai contoh, soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan bersifat mencungkil. Guru menggalakkan murid berfikir dan cuba menjawab soalan-soalan tersebut dengan berkesan. Dalam rancangan pengajaran harian ini, teknik bersoal jawab dalam dilihat dalam set induksi. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai mesej yang cuba disampaikan melalui kepentingan mengosok gigi.Teknik ini dapat dilihat pada langkah pertama pengajaran. Di samping itu juga, teknik permainan bahasa turut digunakan dalam rancangan pengajaran harian ini. Permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menggunakan sepenuhnya kemahiran berbahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui interaksi sesama murid semasa bermain, pelbagai bentuk kemahiran bahasa digunakan seperti bercakap, mendengar arahan, maklumat, membaca, mengeja dan menulis. Bahan-bahan pengajaran yang menarik dan mudah seperti permainan bahasa dapat mengurangkan perasaan bosan dalam kalangan murid kerana mereka belajar sambil bermain. Sesuai dengan sifat dan naluri kanak-kanak yang sukakan hiburan, cabaran dan kepuasan, permainan bahasa dapat memenuhi kehendak dan minat seseorang kanak-kanak tanpa terasa dipaksa untuk belajar. Selain itu, permainan bahasa juga boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan, peneguhan dan pengayaan. Dalam rancangan pengajaran harian ini, salah satu jenis permainan bahasa yang digunakan adalah permainan memasukkan kata am di dalam kotak mengikut kategori yang ditetapkan. Permainan ini dapat dilihat dalam langkah 3.. Dalam langkah 4 dan 5 pula teknik latih tubi sebutan dijalankan.Teknik ini dipilih agar murid dapat menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasinya.
16

Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi aspek tatabahasa, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas pengajaranyang di ajar.Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan.Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.

17

TOPIK 5 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

5.0

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Persediaan Mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 TEMA TAJUK KEBERSIHAN Kebersihan Diri

Standard Kandungan FOKUS UTAMA Standard Pembelajaran

5.1

Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks. 2.2 Membaca dan memahami perkataan , frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Kandungan

FOKUS SAMPINGAN Standard pembelajaran

2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, diagraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

18

Pada akhir pegajaran, murid dapat: OBJEKTIF i. Menggunakan kata nama am yang mengandungi dua atau lebih suku kata terbuka dan tertutup dalam pelbagai situasi. ii. Membaca dan menyenaraikan kata nama am mengikut kategori.

PENGISIAN KURIKULUM SISTEM BAHASA MEDIA

i. ii.

Ilmu: Muzik dan Sains KBT : Belajar cara belajar, kontokstual,

konstrukktisme Tatabahasa: Kata nama am Petikan lagu, kad perkataan dan lembaran kerja

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Langkah 1

1. Murid membaca seni kata lagu. 2. Murid menyanyi dengan bimbingan guru. 3. Menyanyi secara kelas dan individu. 4. Soal jawab tentang isi penting yang terdapat dalam lagu.

Ilmu: Pendidkan Moral, Pendidikan Muzik

Lampiran 1

Nilai: Berkerjasama KBT: Kemahiran berfikir

19

Langkah 2 1. Murid diberi penerangan tentang kata nama am yang terdapat dalam lagu. Tikus sekolah ah sabun bilik bapa Nilai: Kerjasama KBT: Menjana idea Kontekstual Lampiran 2

2.

Murid menyebut semula kata nama am yang dipamerkan oleh guru secara kelas.

3.

Murid memberi contoh lain kata nama yang diketahui.

Langkah 3

1.

Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk permainan Peti Undi.

Ilmu: Pendidikan Moral

Kad perkataan dalam kotak

2.

Setiap kmpulan diberi sebuah kotak yang mengandungi pelbagai kad kata nama am.

Nilai: Kerjasama Lampiran 3

3.

Kotaktersebut akan diedarkan daripada murid kepada murid yang lain.Apabila guru memainkan muzik/meniup wisel.

Kad perkataan

20

4.

Apabila

muzik/wisel

dihentikan,

KBT:

Lampiran 4 Permainan Peti Undi

murid akan memilih satu kata Kemahiran nama lalu memasukkanke dalam berfikir kotak yang disediakan oleh guru (mengumpul dan mengelas) mengikut kategori(binatang, tempat, benda, orang) 5. Murid mengulangi aktiviti di atas sehingga semua kumpulan Kinestatik

selesai membuat aktiviti. 6. Ketua kumpulan menampal kadkad tersebut pada papan hitam mengikut kategori. 7. Markah diberi kepada hasil kerja kumpulan yang Berjaya menjawab dengan betul. 8. Murid membaca kad kata nama am mengikut kategori secara

kelas.

Langkah 4

1.

Beberapa orang murid tampil ke Ilmu: hadapan untuk menyebut dengan Pendidikan Moral betul kata nama am yang ditunjuk oleh guru secara individu. Nilai:Berdikari

Kad nama am

kata

2.

Murid membaca kata nama am yang ditunjuk oleh guru secara kelas.

21

Langkah 5

1.

Setiap

kumpulan

berbincang Ilmu:

Lampiran 3

untuk membina ayat berdasarkan PSK, Pendidikan kata nama am yang diagih Moral

pembetulankan oleh guru. 2. Ketua kumpulan diminta menulis Nilai: semula ayat yang telah dibina Kerjasama oleh kumpulan masing-masing Hormat menghormati membuat

pada papan tulis. 3. Murid dibimbing

pembetulan berdasarkan komen guru. 4. Murid menulis ayat yang telah dibetulkan oleh gurudalam buku latihan membuat masing-masing sebarang tanpa

kesalahan

tanda baca dan ejaan.

Pentaksiran

1. Murid menyenaraikan kata nama Nilai: am mengikut kategori pada Berdikari KBT: Mengumul

Lembaran kerja 1

lembaran kerja yang diedarkan.

dan mengelas

22

Pemulihan

1.

Murid

memadankan

gambar Nilai: Berdikari

Lembaran kerja 2

dengan perkataan.

Pengayaan 1. Murid mengisi tempat kosong Nilai: Berdikari Lembaran kerja 3

dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar.

23

TOPIK 6 KESIMPULAN 6.0 Kesimpulan Secara konklusinya, tugasan ini, telah menjelaskan mengenai pemilihan teori huraian bahasa, teori pemerolehan bahasa, strategi, pendekatan , kaedah dan teknik dalam penghasilan sebuah rancangan pengajaran harian. Selain itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan mengaplikasi Pengisian Kurikulum dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aras pembelajaran kemahiran. Untuk itu, pelbagai kaedah pengajaran telah dirangka bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran yang mementingkan penyerapan kemahiran bernilai tambah serta beberapa cabang kemahiran lain.

Kemahiran berkomunikasi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada pelajaran bahasa. Sama ada secara langsung atau tidak, kemahiran ini terpaksa diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak dari darjah permulaan lagi. Aspek komunikasi merupakan aspek yang diberi penekanan kepada murid tentang kemahiran interpersonal, yakni membolehkan murid memulakan, membina dan mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau dengan orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan bagi tujuan keperluan harian sama seperti dalam contoh aktiviti yang dihuraikan dalam tugasan ini. Oleh itu, guru perlu menyediakan satu aktiviti khusus yang dapat meningkatkan kemahiran lisan murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dengan persekitaran di samping mengikis perasaan malu dan takut ketika berhadapan orang luar di alam luar persekolahan. Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini, secara tidak langsung telah membimbing guru untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai pkaedah pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Selain itu, guru sepatutnya menjadikan Sukatan Pelajaran sebagai dokumen rujukan dalam

24

TOPIK 7 PENULISAN REFLEKSI 7.0 7.1 Refleksi SEBELUM

Apabilai mendapat tugasan BMM3117 ini, saya berasa bimbing dan risau kerana tidak mendapat sebarang gambaran yang jelas mengenai tugasan tersebut, kerana tugasan ini merupakan tugasan pertama setelah bergelar pelajar bagi Program Pensiswazahan guru. Namun, setelah mendapat sedikit penerangan daripada pensyarah, saya telah mendapat

sedikit kefahaman untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Sebelum menjalankan tugasan, beberapa fokus utama aktiviti telah dikenal pasti. Fokus tersebut melibatkan pencaraian bahan berkaitan tajuk dan seterusnya pembacaan mengenai teori huraian bahasa, teori

pemerolehan bahasa, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dari pelbagai sumber iaitu internet dan buku.

Sebelum menjalankan tugasan ini juga saya menghadapi masalah dalam memahami dan memilih teori, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan dalam melaksanakan tugasan ini. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah bertanya kepada teman mengenai masalah yang dihadapi saya. Mereka telah banyak membantu saya. Selain itu, saya juga mengunjungi perpustakaan untuk mencari ilmu berkaitan dngan tugasan.

Tetapi perbincangan dengan kawan-kawan sekelas sebenarnya banyak membantu saya memahami kehendak soalan yang diberikan. Terima kasih kepada teman-teman yang tidak lokek memberikan idea dalam

melaksanakan tugasan ini.

25

7.2

SELEPAS Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, hidayahNya serta inayah-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek ini pada masa yang telah ditetapkan. Kerja kursus ini telah diberikan oleh pensyarah pembimbing bagi membuat rujukan, pemerhatian dan mengumpul maklumat. Tarikh mula bagi kerja kursus projek ini ialah pada 30 Julai 2011 . Saya mula mengumpulkan seberapa banyak maklumat untuk

mengkaji tentang soalan yang diberikan. Saya mencari maklumat-maklumat berkenaan di Pusat Sumber dan internet bagi menambah maklumat tentang tugasan ini. Antara halangan yang terpaksa sami tempuhi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus ini ialah kami juga perlu menyiapkan banyak tugasan mata pelajaran lain. Jadi, saya menguruskan masa dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan sekelas dan rakan sekolah yang sudi membantu bagi menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan saya menyiapkan tugasan ini. Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini. Akhir kata, saya berharap agar semua pihak khususnya pihak pensyarah berpuas hati dengan hasil kerja kursus pendek yang telah saya hasilkan ini.

26

Rujukan
1.1 Sumber buku Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1993).

Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir. (2003). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Bahasa. Tanjong Malim: Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Dr Ali Mahmood Mashudi Bahari (2009) Pengenalan Pendidikan Bahasa.Seri Kembangan:Open Universiti Malaysia

27

1.2

Sumber intrernet Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Diperoleh pada 3 Ogos 2011 daripada www.ppk.kpm.my: http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm Ariffin. (16 Mac 2010). Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Diperoleh pada 6 Ogos2011. Daripada

dadwayne.blogspot.com: http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategipendekatan-kaedah.html

Yahya Nursidik. (16 Mei 2008). Teori Behaviorisme. Diperoleh pada 8 Ogos 201110. Daripa apadefinisinya.blogspot.com: http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/05/teori-behaviorisme.html

28

You might also like