You are on page 1of 19

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK 1.

0 Pengenalan Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri satu proses

yang terdapat di antara konsep-konsep ini , akan membentuk satu pembelajaran yang

apabila diaplikasikan dalam bilik darjah

kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai. Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.

Pendekatan

teknik

Definasi

strategi

Kaedah
-.

Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

2.1 Pendekatan PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitrapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk

menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

2.2 Strategi STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum. Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

2.3 Kaedah KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan pendekatan tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. tetapi tidak boleh bercanggah dengan

2.4 Teknik TEKNIK : Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang 3 digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

.3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
PENDEKATAN

STRATEGI KONSEP KAEDAH

TEKNIK

Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik 3.1 Konsep pendekatan Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara

bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sesuatu perkara. menarik.Ia

pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati

3.2 Konsep strategi Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan 4

3.3 Konsep Kaedah Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada

pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip.

3.4 Konsep teknik Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan

sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses.

4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran.

keaktifan pengajaran dan pelajar

pelajaran bahasa

PENDEKATAN

cara pegelolaan murid

pelajaran mata pelajaran

cara-cara fakta disampaikan

Rajah 3 : Keberkesanan pendekatan

4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi. Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan

penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat . 6

4.2 Cara- cara fakta disampaikan Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukumhukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara cara fakta lain yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak

4.3 Cara pengelolaan murid Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah

4.4 Pengajaran bahasa Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris.

4.5 Pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar. 7

5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau pun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta

turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu

mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecenderungan, bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang

pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya

Guru sebagai fasilitator, murid sebagai penonton Interaksi sehala sahaja pencapaian murid diutamakan murid pasif dan tidak kreatif ciri kepimpinan guru bersifat autokratik mengutamakan keputusan ujian dan peperiksaan kaedah keseluruhan kelas Pemusatan guru

pemusatan murid
murid pemain utama, guru hanya pemimpin. interaksi dua hala. utamakan objektif pencaian murid murid lebih kreatif dan beinisiatif dapat memupuk nilai nilai murni seperti kerjasama

Bergantung sepenuhnya kepada Bahan Bantu Mengajar utamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan. Sesi pembelajaran lebih mearik, berkesan dan bermakna. Murid melalui pengalaman sebenar Pemusatan bahan

Rajah 4 : Strategi Pengajaran dan pembelajaran 8

6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang. Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.

Objektif yang tepat dan boleh dicapai Strategi yang tersusun dan kemas Langkahlangkah yang teliti

Kaedah pengajaran yang baik dan proaktif

Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang baik dan proaktif

6.1 langkah-langkah yang teliti Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. 9

6.2 Strategi yang tersusun dan kemas Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai. Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau pencapaian murid. objektif yang terlalu tinggi dengan aras

10

7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan

melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

7.1 Tujuan tujuan teknik

Menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas.

Memberi satu pengalaman baru kepada murid untuk diaplikasiakan semasa atau selepas persekolahan

Mengekalkan perhatian dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru

Rajah 6 :Tujuan teknik diadakan 11

7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa

kuiz perbahasan inkuiri bercerita

sumbangsaran soaljawab simulasi drama

latih tubi

perbincangan

permainan bahasa Teknik pengajaran bahasa

forum

main peranan

demontrasi

Rajah 7 : Jenis-jenis teknik 7.2.1 Teknik main peranan 1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik darjah. 2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam situasi yang diberikan 3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip 4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau mendengar melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru. 5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai aktiviti main peranan.

12

7.2.2 Permainan Bahasa

Aktiviti

pembelajaran

sebagai

aktiviti

pengukuhan,pengayaan

dan

pemulihan. Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka, silangkata

,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga kekata dan sebagainya. Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas. Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan intensif dan sebagai alat dianogstik. Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

7.2.3 Latih tubi

Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan kemahiran. Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah. Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun huruf-huruf.

Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan maksud sesuatu perkataan atau makna ayat. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat. 13 13

7.2.4 Bercerita Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran. Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan melalui pementasan boneka. Tujuan bercerita untuk: Menimbulkan minat murid untuk belajar Melatih kemahiran mendengar Memupuk nilai-nilai murni Memperkayakan pengalaman murid Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid

7.2.5 Inkuiri

Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.

Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1. Proses mengenali masalah 2. Mengkaji ramalan 3. Mengumpul maklumat 4. Menganalisis 5. Membuat rumusan

14

7.2.6 Perbahasan Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli. Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang hujah. Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan . Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan hujah yang bernas, logik dan berfakta.

7.2.7 Kuiz Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira. Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara tekateki. Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran berfikir

7.2.8 Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli berpeluang memberi cadangan 15

7.2.9 Soaljawab

Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan. Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan

7.3.0 Simulasi @ Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan

keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah @ Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan aktiviti

secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah @ @ Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan. Tujuannya ialah : Murid dapat menguasai kemairan bertutur Membina pemikiran yang kreatif dan kritis Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian 16

7.3.1 Drama Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

7.3.2 Perbincangan

Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi idea ataupun masalah. Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan

memberikan pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea. Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka.

17

7.3.3 forum Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan secara formal. Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam pengetahuan dan pengalaman

pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu mereka,

Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional. Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

7.3.4 Demontrasi Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid. Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk melakukannya. Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika

melakukan sesuatu aktiviti Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya. Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu walaupun aras pencapaian mereka rendah

18

You might also like