You are on page 1of 31

Disediakan oleh: MOHD AZHAR BIN SAMION

KONSEP Kajian masa depan merupakan satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatau perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Hal Ini bermakna, murid akan membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengandaikan perubahan yang akan berlaku supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. Kajian masa depan juga akan menyediakan generasi baru dengan bekalan ilmu untuk menghadapi cabaran, dugaan dan perubahan. Pelajar boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif serta bersifat dinamik yang boleh menerima serta menangani perubahan. Situasi masa depan sukar diramal kerana perubahan sentiasa berlaku. Justeru, kita perlu tahu bagaimana meramal dan menangani masa depan.

Proses Pengajaran Kajian Masa Depan i. Mengenal pasti isu-isu. ii. Mengetahui dan mengamalkan kemahiran ii. Meneroka pilihan dan strategi alternatif iii. Memahami apa yang dibuat atau difikir boleh memberi pengaruh.

iv. Meningkat keupayaan diri.


v. Mengenal pasti dan menghasilkan inovasi dan citaan sosial. vi. Memahami bahawa kita hidup di dunia untuk melakukan amalan yang baik. vii. Menghubungkaitkan sistem nilai masyarakat Malaysia dalam usaha menangani isu

Objektif Pengajaran Kajian Masa Depan. i. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan ii. Membina sikap dan nilai masa depan. iii. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian nasa depan. iv. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal nasa depan

v. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang halhal masa depan
vi. Menyemai semangat optimistik tentang masa depan.

vii. Menyemai keyakinan diri untuk menghadapi cabaran masa depan.


viii. Melatih untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan ix. Menentukan hala tuju

KOMPONEN PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN Kemahiran asas - membuat ramalan mengenai tren dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan maklumat yangs edia ada. Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenfenomena, trend atau perubahan masa depan Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum Kemahiran khusus -mengunpul maklumat - membuat ramalan dan analisis - berimaginasi dan berkualiti.

- Merancang strategi sesuai untuk mengatasi cabaran

Empat prinsip kajian masa depan


Prinsip-prinsip Prinsip perubahan Prinsip pandangan jauh penerangan Keputusan dibuat tidak bergantung kepada perubahan pesat dalam kehidupan. Membolehkan murid mengambil langkah perlindungan atau pencegahan sebelum perkara berlaku. Andaian masa hadapan akan mempengaruhi sesuatu perancangan pada amsa kini. Murid perlu mempelajari kemahiran perancangan strategik dan cara menangani masalah supaya tidak berlaku kebimbangan dalam menghadapiperubahan

Prinsip perancangan strategik Prinsip pengupayaan

FUNGSI KAJIAN MASA HADAPAN DI BILIK DARJAH GURU -Menggalakan pembelajaran berpusatkan murid. -Menggiatkan murid aktif meneroka susuatu perkara. - berusaha mempelbagaikan gaya belajar dikalangan murid -Memupukkan iklim bilik darjah yang seronok, kreatif dan merangsang murid dalam pembelajaran MURID -Merangsang kendiri murid. -Semangat dalam menempuh masa hadapan. -Menggalakkan kesepaduan dalam pelbagai ilmu. -Menyelesaikan isu-isu kritikal. -Melakukan penerokaan alam pekerjaan. -Yakin diri dalam menempuh cabaran masa hadapan. -Melatih murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. -Menghasilkan idea dan pandangan.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.


Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya

PROSES BERFIKIR Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu : i. Operasi Kognitif - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain. ii. Operasi Meta kognitif - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

KONSEP BERFIKIR Edward de Bono ( 1976 ) - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Dewey ( 1910 ) menegaskan : - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai : satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

PROSES BERFIKIR Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu : i. Operasi Kognitif - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain. ii. Operasi Meta kognitif - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR 1.Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif. 2.Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

3.Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
4. Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 5. Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan. 6.Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir. 7. Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang lebih baik.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis - mencirikan - membanding dan membeza - mengumpul dan mengelas - membuat urutan - menyusun mengikut keutamaan - menganalisis - mengesan kecondongan - menilai - membuat kesimpulan

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif - menjana idea - menghubung kait - membuat inferens - meramal - membuat hipotesis - mensintesis - mengitlak - membuat gambaran mental - menganalogi - mereka cipta

Kemahiran Belajar . Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran - Mendengar - Membaca Mencatat nota Menulis Mengingat

Kemahiran Mendengar Sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar Kemahiran mendengar melibatkan Perkara yang didengar Sebab perlu mendengar Penyampai yang didengar Cara mendengar dengan berkesan Cara meningkatkan kemahiran mendengar

Kemahiran Membaca Penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta tentang sesuatu perkara Proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca Empat jenis gaya bacaan:

1. Skimming / Luncuran Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas tentang sesuatu bahan atau maklumat Bertujuan untuk membuat pandangan umum tentang dokumen dengan segera Dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan, dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen atau membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca

Scanning / Imbasan

Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming
Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan - Membaca pendahuluan, dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.

3. Bacaan Intensif Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci Memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca Ketekunan dalam pembacaan mesti tinggi - Mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna perkara yang dibaca Tujuannya adalah semata-mata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam. Catatan perlu dibuat untuk mengumpul maklumat

4. Bacaan Laju - Teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan laju dan mampu memahami dengan serentak perkara yang dibaca Tumpuan utama pada idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan Penguasaan bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa yang terhad secara optimum, dapat menjimatkan masa dan untuk memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat

iii. Kemahiran Mencatat Nota Aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah, penerangan, temu duga, dan membaca buku Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebag

iv. Kemahiran Menulis 1. Kemahiran Menulis Laporan Perkara-perkara yang berikut perlu diberi pertimbangan Memilih topik sekiranya tidak diberikan Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik Membuat nota Menyediakan kerangka laporan Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik Menyemak draf Membuat pemurnian dan menulis draf kedua Menerbitkan laporan

2. Kemahiran Menulis Cepat Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain Kriteria menulis cepat Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca Kandungannya difahami Kebaikan menulis cepat Dapat menulis lebih banyak maklumat Dapat menjimatkan masa Dapat mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat

v. Kemahiran Mengingat Proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik Satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama

Jenis Ingatan Ingatan jangka pendek maklumat tersimpan sebentar sahaja Ingatan jangka panjang maklumat yang kekal dalam ingatan

Proses Ingatan Terdapat tiga langkah proses ingatan 1. mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan (enkoding) 2. menyimpan maklumat 3. mengingat kembali maklumat (decoding)

Cara mengingat Mereka cerita Mencipta irama atau lagu Membuat catatan Membuat lakonan Membuat senarai semak Mencipta akronim Membuat rantaian atau berlawan Melakar grafik dan ilustrasi peta, graf, dan peta minda Mengingat secara kumpulan ( Contoh: nombor telefon) Mengulang Melatih tubi

You might also like