You are on page 1of 5

BAB 9: EKOSISTEM TERANCAM 1. Aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam ekosistem: i. Penyahhutanan (2) ii.

Pembangunan tanah untuk pertanian (3) iii. Perindustrian (4) iv. Pembakaran bahan api fosil (5) v. Peningkatan dalam bahan buangan domestik dan industri (6) 2. Kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem: i. Penyahhutanan berlaku: - Untuk memperoleh balak bagi pembinaan. - Untuk pembinaan perumahan dan jalan raya - Untuk membersihkan tanah bagi pertanian seperti menanam tanaman. - Untuk melombong mineral seperti besi - Untuk perindustrian - Untuk mendapatkan kayu bagi penghasilan kertas dan hasil-hasil kayu yang lain seperti perabot ii. Kesan-kesan penyahhutanan - Hakisan tanah - Tanah runtuh - Banjir - Pengurangan dalam biodiversiti - Perubahan iklim - Perubahan kitar air dan kitar karbon

3. Pembangunan tanah bagi pertanian: i. Pembangunan menyumbang kepada pembersihan kawasan hutan yang luas bagi menanam tanaman dan ternakan. ii. Penggunaan baja, pestisid dan herbisid yang banyak akan melarut resap ke dalam sungai dan tasik yang menyebabkan pertumbuhan alga yang dikenali sebagai pertumbuhan pesat alga. 4. Perindustrian: i. Permintaan terhadap tenaga serta sumber asli meningkat disebabkan oleh perindustrian. Oleh itu, perlombongan bahan api fosil dan bijih logam bertambah. ii. Pembebasan gas daripada kilang perindustrian menyebabkan pencemaran udara. 5. Pembakaran bahan api fosil: i. Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli membebaskan karbon dioksida yang akan memerangkap haba dan menyebabkan pemanasan global. ii. Pencemar udara yang lain seperti karbon monoksida, sulfur dioksida dan plumbum juga dibebaskan. iii. Sulfur dioksida dan oksida nitrogen menyebabkan pembentukan hujan asid. 6. Peningkatan dalam bahan buangan domestik dan industri. i. Peningkatan dalam populasi manusia menyebabkan peningkatan dalam bahan buangan domestik dan industri. ii. Bahan buangan domestik dan bahan buangan industri mempunyai kesan negatif seperti: - Menggalakkan penyebaran patogen dan vektor seperti rodensia dan serangga. - Menghasilkan gas-gas berbahaya. - Memusnahkan alam sekitar - Mencemarkan udara dan air dengan asap beracun dan bahan larut resap

PENCEMARAN Pencemaran adalah disebabkan oleh pembebasan faktor fizikal (bunyi dan haba), bahan kimia (logam berat) atau biologi (kumbahan) dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan ke dalam alam sekitar. Pencemaran merupakan perubahan faktor abiotik dan biotik dalam alam semula jadi akibat daripada aktiviti manusia. 1. Pencemaran udara: Pencemaran udara disebabkan oleh pembebasan bahan pencemar berbahaya ke dalam udara hasil daripada pembakaran bahan api fosil di rumah, industri atau daripada kenderaan bermotor. 2. Pencemaran air: i. Bahan pencemar air membahayakan organisma akuatik dalam sungai, tasik atau laut, manusia dan haiwan lain. ii. Pencemaran air disebabkan oleh bahan pencemar daripada: - Sisa industri iaitu pembuangan bahan buangan bertoksik seperti merkuri, plumbum dan bahan radioaktif. - Sisa air domestik seperti kumbahan dan detergen. - Sisa pertanian seperti air larian daripada penggunaan baja dan pestisid. - Tumpahan minyak

***EUTROFIKASI*** Eutrofikasi ialah keadaan di mana ekosistem seperti tasik dan sungai yang mengalir perlahan menerima nutrien yang menyebabkan peningkatan dalam pertumbuhan alga yang dikenali sebagai pertumbuhan pesat alga. Sumber-sumber nutrien: i. Kumbahan daripada rumah dan industri yang belum dirawat. ii. Baja seperti nitrat dan fosfat daripada ladang pertanian. iii. Hakisan tanah yang mengandungi nutrien

1
baja digunakan untuk menambahkan kesuburan tanah

2
nutrien yang berlebihan mengalir ke dalam kolam

3
kandungan nitrat dan fosfat dalam kolam bertambah, menyebabkan pertumbuhan alga yang pesat

4
pertumbuhan alga yang pesat menutupi permukaan kolam

5
ini menghalang cahaya matahari daripada menembusi ke dalam kolam. tumbuhan akuatik tenggelam tidak boleh berfotosintesis dan mati

6
oleh itu, organisma akuatik mati kerana kekurangan oksigen, makanan dan kehilangan habitat

7
kematian alga dan organisma akuatik menggalakkan pertumbuhan bakteria aerob. bakteria ini menggunakan oksigen untuk penguraian. ini mnegurangkan kepekatan oksigen dalam air dan menyebabkan peningkatan dalam keperluan oksigen biokimia (BOD)

***KEPERLUAN OKSIGEN BIOKIMIA @ BIOCHEMICAL OXYGEN DEMAND (BOD) i. BOD ialah jumlah oksigen yang digunakan oleh bakteria aerob untuk menguraikan bahan organik dalam suatu sampel air. ii. Ujian ini digunakan untuk mengukur darja pencemaran air. iii. Jika air mempunyai nilai BOD tinggi, maka kepekatan oksigen terlarut dalam air adalah rendah. Maka, air adalah tercemar. iv. Jika air mempunyai nilai BOD rendah, maka kepekatan oksigen terlarut dalam air adalah tinggi. Maka, air adalah kurang tercemar. v. Paa nilai BO yang tinggi, bilangan organisma akuatik seperti ikan dan larva berkurangan. 3. Pencemaran terma: i. Peningkatan dalam suhu atmosfera dan air adalah disebabkan oleh: - Pemantulan haba daripada bangunan berkaca - Air panas dari kilang, penjana dalam stesen janakuasa dan stesen reaktor dibebaskan ke dalam sungai atau laut. ii. Kesan-kesan peningkatan suhu: - Kematian organisma akuatik - Air panas mengandungi kurang oksigen terlarut. Maka, terdapat kurang oksigen untuk respirasi organisma akuatik. - Kurang oksigen dalam air panas akan menyebabkan kematian plankton yang merupakan makanan ikan. - Mempengaruhi pembiakan sesetengah spesies ikan. 4. Pencemaran bunyi: i. Pencemaran bunyi ialah sebarang bunyi yang mengganggu persekitaran atau membahayakan kesihatan manusia. ii. Sumber-sumber pencemaran bunyi: - Kenderaan bermotor - Kereta api dan kapal terbang - Muzik daripada radio, televisyen atau pusat hiburan - Mesin penggerudi atau pencerucuk di tapak binaan

iii.

iv.

Apabila terdedah kepada bunyi yang sangat kuat, gegendang telinga dan sel-sel telinga dalaman kita akan dimusnahkan. Maka, pendedahan jangka masa panjang kepada bunyi kuat akan menyebabkan kehilangan pendengaran. Kesan-kesan pencemaran bunyi yang lain: - Kurang tidur - Kemurungan - Penyakit koronari - Tekanan darah tinggi - Cepat marah - Ulser

KESAN RUMAH HIJAU

1. Tenaga gelombang pendek daripada matahari menembusi atmosfera untuk sampai ke permukaan bumi. 2. Permukaan bumi menyerap tenaga tersebbut dan sebahagiannya dipantul balik ke atmosfera sebagai sinar inframerah. 3. Sebahagian sinar inframerah yang dipantulkan diserap oleh gas-gas rumah hijau dalam atmosfera, contohnya karbon dioksida (CO2). 4. Gas-gas ini menyerap sinaran dan memantul balik tenaga ke permukaan bumi sebagai haba. Ini menyebabkan bumi menjadi panas dan dipanggil sebagai kesan rumah hijau. 5. Peningkatan dalam gas rumah hijau menyebabkan peningkatan dalam kesan rumah hijau. Suhu global meningkat. Ini dipanggil pemanasan global.

6. Kesan-kesan pemanasan global: i. Pencairan ais kutub menyebabkan aras air laut meningkat. ii. Kawasan persisir yang rendah dibanjiri atau ditenggelami air. iii. Perubahan iklim iv. Tanah menjadi tidak subur. PENIPISAN LAPISAN OZON

1. Lapisan ozon di stratosfera mempunyai kepekatan molekul ozon yang tinggi yang dibentuk melalui tindakan cahaya ultraungu terhadap oksigen. 2. Lapisan ozon menyerap sinar ultraungu daripada matahari dan menghalangnya daripada sampai ke permukaan bumi. 3. Penipisan lapisan ozon adalah disebabkan oleh kloroflorokarbon (CFC) yang digunakan sebagai bahan penyejuk dalam peti sejuk dan alat penyaman udara, bahan propelan dalam tin aerosol dan sebagai agen pembusa dalam pembuatan stirobusa. 4. Sinar UV menguraikan CFC dan membebaskan atom klorin. Atom klorin bertindak dengan molekul ozon untuk membentuk molekul klorin monoksida. Molekul ini bergabung dengan atom oksigen untuk membentuk atom klorin dan molekul oksigen. 5. Atom-atom klorin terus menguraikan ozon yang lebih banyak. 6. Kesan-kesan penipisan lapisan ozon: i. Kadar fotosintesis berkurang ii. Fitoplankton dimusnahkan dan ramai makanan dalam laut diganggu iii. Kanser kulit iv. Sistem keimunan badan merosot v. Pemanasan global vi. Perubahan iklim 7. Penipisan lapisan ozon boleh diatasi dengan: i. Kurangkan atau berhenti menggunakan CFC. ii. Menggantikan bahan-bahan yang menipiskan lapisan ozon dengan bahan-bahan mesra alam sekitar. LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL DALAM PENGURUSAN AKTIVITI PEMBANGUNAN DANA EKOSISTEM 1. Penguatkuasaan undang-undang 2. Penggunaan teknologi 3. Pendidikan 4. Pemeliharaan dan pemuliharaan 5. Kawalan biologi 6. Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui 7. Penggunaan tenaga yang cekap

You might also like