You are on page 1of 6

HB001

PEMBIAKAN ASEKS/ TAMPANG

01. Pembiakan Aseks/Tampang ialah pembiakan individu


baru dari satu induk tanpa melibatkan penggabungan
gamet.

02. Pembiakan Aseks termasuklah pembiakan vegetatif


(tampang) yang menggunakan bahagian-bahagian
tumbuhan tertentu seperti:

a. Keratan batang
b. Keratan daun
c. Keratan akar
d. Tut udara
e. Tut lentur
f. Cantuman mata tunas “ T “
g. Cantuman mata tunas tampal
h. Cantuman baji
i. Cantuman sanding
j. Pembahagian Rumpun
k. Pembahagian Stolon & Rizom
l. Pembahagian Umbisi
m. Pembahagian Bebawang
n. Pembiakan anak-anak pokok
o. Pembiakan Mikro/Kultur

03. Beberapa kebaikan pembiakan aseks ialah:

a. Pengeluaran baka yang tulen


b. Cepat dan mudah dikerjakan
c. Bahan pembiakan banyak
d. Ketiadaan akar tunjang
e. Ketiadaan varieti baru
f. Menggalakkan penyebaran penyakit virus
g. Tempoh ekonomi yang pendek
HB002

04. Medium Pengakaran hendaklah mempunyai saliran


yang baik, gembur, tidak mengandungi biji benih
rumpai, agen-agen penyakit atau serangga dan tidak
mempunyai kandungan garam yang tinggi.

05. Medium Pengakaran yang digunakan ialah pasir,


tanah atau campuran pasir dan bahan organik (50 %
pasir + 50 % organik), dan sabut kelapa.

06. Pembiakan Keratan Batang dibahagikan kepada tiga


jenis iaitu

a. Keratan Kayu Lembut


b. Keratan Kayu Sederhana
c. Keratan Kayu Keras

07. Langkah-Langkah Mengakar K/Batang:

i. Keratan yang mempunyai beberapa helai daun.


ii. Celup pangkal keratan ke dalam hormon
pengakaran spt. Napthalene Acetic Acid (NAA)
dan Indole Butyric Acid (IBA) –membantu
pengeluaran akar.
iii. Tanam keratan di dalam lubang kecil yang telah
disediakan dlm medium pengakaran.
iv. Kambus semula lubang atau alur dan padatkan
sedikit medium di sekeliling batang.
v. Renjis air supaya persekitaran keratan lembab.
vi. Keratan yang mempunyai daun serta mendapat
cahaya matahari yang cukup akan mengeluarkan
akar dengan lebih cepat.
vii. Pembentukan akar pada keratan bergantung
pada jenis tumbuhan dan jenis keratan yang
digunakan.
HB003

08. Terdapat empat cara Keratan Daun iaitu;

a. Keratan Lai Daun


b. Keratan Urat daun
c. Keratan Tunas Daun
d. Keratan Lai Daun & Tangkai daun

09. Pembiakan Secara Tut (Markot) dilakukan ketika


bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan dan
ranting masih terlekat pada pokok.

10. Terdapat dua cara iaitu : a. Tut Udara


b. Tut Lentur

11. Kaedah Mengetut:


i. Ranting atau batang yang bergaris pusat
sebesar ibu jari ( 1 – 2 sm )
ii. Buat dua kelaran mengeliling atau dahan
tadi. Jarak di antara kedua-dua keleran itu
ialah 2.5 sm yang dibuat sehingga sampai ke
bahagian kayu ranting atau dahan tersebut.
iii. Potong keluar kulit ranting atau dahan di
antara kelaran itu dan kikis bahagian
dalamnya sehingga nampak bahagian kayu
yang putih. Semua lapisan kambium
perlulah dikikis habis-habis. Tujuannya
ialah untuk mengelakkan lapisan tisu baru
muncul dari kawasan kelaran.
iv. Sapu sedikit serbuk hormon pengakaran di
bahagian atas kelaran
v. Sediakan medium campuran tanah tut.
Medium campuran tanah tut dibuat dengan
mencampurkan tanah dengan bahan
organik (1:1). Medium hendaklah
dilembabkan sedikit sebelum dikepalkan
dalam bentuk bola atau tenis,
HB004

vi. Belah kepalan tanah tut tadi dan letakkan


disekeliling bahagian ranting atau dahan
yang TELAH dikelar tadi.
vii. Balut kepalan tanah tut itu dengan
menggunakan plastik lut sinar ataupun
sabut kelapa. Pembalutan yang
menggunakan plastik lut sinar adalah lebih
baik kerana dengan cara ini tanah tut tidak
perlu disiram lagi dan akar-akar yang akan
keluar mudah dilihat.
viii. Apabila akar telah mula keluar, bahagian
yang telah ditutkan bolehlah dipisahkan
daripada pokok induk dengan memotong
ranting atau dahan di bahagian bawah tut
tersebut.
ix. Anak pokok kemudiannya boleh ditanam ke
dalam beg politin atau pasu.

12. PEMBIAKAN KAEDAH CANTUMAN

a. Pembiakan secara cantuman juga dinamakan


pertunasan.
b. Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-
klon baru yang lebih baik. Klon baru ini lebih
baik dari segi
i. ketahanan penyakit
ii. tahan terendam air
iii. pengeluaran hasil yang tinggi
c. Cantuman juga dapat memperbaiki sistem dahan
pokok-pokok dengan cara mencergaskan kembali
dahan-dahan yang lemah
d. Proses pembiakan secara cantuman memerlukan
dua komponen penting iaitu pokok penanti dan
sion.
e. Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya
digunakan di dalam cantuman ini.
HB005

f. Sion ialah bahagian pokok seperti mata tunas


atau ranting yang akan dicantuman dengan
pokok penanti. Kejayaan sesuatu cantuman
bergantung pada sel-sel kambium pokok penanti
dan sion sama ada boleh bercantum ataupun
tidak.
g. Cantuman tumbuhan hanya pada tumbuh-
tumbuhan dalam klon yang sama atau pun pada
tumbuhan dalam spesis yang serupa.

13. Stolon ialah batang tumbuhan yang tumbuh melata di


permukaan bumi. Akar dan pucuk baru boleh
dikeluarkan pada bahagian-bahagian buku di
sepanjang stolon tersebut.

14. Rizom ialah batang tumbuhan yang menjalani


pengubahsuaian. Rizom tumbuh di bawah permukaan
bumi dan boleh dibiak dengan memotongnya menjadi
potongan kecil.

15. Bebawang adalah bahagian batang tumbuhan yang


telah berubahsuai untuk tujuan penyimpanan
makanan. Ada dua jenis bebawang itu bebawang
berkulit kering (scaly) dan bebawang yang tidak
berkulit (tunicate).

16. Ubi ialah bahagian batang yang digunakan untuk


menyimpan makanan dan tumbuh di bawah tanah.
Ubi mempunyai tunas-tunas dorman yang terdapat
pada badannya. Tunas-tunas inilah yang
mengeluarkan pucuk dan akar baru sekiranya
disemai.

17. Pembiakan umbisi ialah dengan menggunakan anak-


anak umbisi yang dipanggil kormel (cormels). Anak-
anak ini dipotong daripada umbisi dan ditanam terus
ke dalam polibeg.
HB006

You might also like