You are on page 1of 11

SEKOLAH RENDAH TOWNSVILLE LATIHAN BAHASA NAMA: ____________________________________ KELAS: _______ BAHAGIAN A (A1) ________________________________________________________________________________ IMBUHAN (20 markah)

Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Coklat adalah nama sejenis makanan yang diolah dari biji koko. Coklat umumnya (1) _______ sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering dihadiahkan sebagai (2) _______ terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke (3) _______ cinta. Pada asalnya, coklat tidak (4) _______ sebagai makanan, tetapi minuman dengan rasa yang istimewa. Coklat (5) _______ dari koko (Theobroma cacao) yang asalnya tumbuh di daerah Amazon Utara. Di awal abad ke-17, coklat menjadi minuman (6) _______ yang digemari di Eropah. Coklat di Eropah ketika itu (7) _______ minuman hinggalah pada 1847 apabila mula wujudnya coklat pejal. Orang Eropah (8) _______ rempah di dalam resipi asal membuat coklat pejal dengan banyak ramuan lain. Ramuan yang paling sering (9) ______ adalah gula. Sebenarnya, coklat asal yang dibuat di Meso-Amerika tidak (10) _______ manis. Kini, kaedah membuat coklat pejal yang digunakan Meso-Amerika kuno masih dipertahankan, tetapi dengan penggunaan mesin industri. 10 (1) berbuat (3) membuat (2) dibuat (4) pembuat 9 (1) bertambah (3) menambah (2) ditambahkan (4) tertambah 8 (1) berganti (2) digantikan (3) menggantikan (4) pengganti 7 (1) berupakan (3) merupakan (2) menyerupai (4) serupa 6 (1) disegarkan (3) sesegar (2) penyegar (4) tersegar 5 (1) berhasil (2) dihasilkan (3) menghasilkan (4) terhasil 4 (1) ciptakan (3) pencipta (2) mencipta (4) tercipta 3 (1) dinyatakan (3) pernyataan (2) menyatakan (4) ternyata 2 (1) berungkap (3) pengungkap (2) mengungkap (4) ungkapan 1 (1) diberikan (3) pemberian (2) memberikan (4) terberi

PERIBAHASA (10 markah) Arahan: Pilih peribahasa atau makna yang paling sesuai bagi setiap item dalam petikan karangan di bawah ini.

Sudah sekian lama aku bersahabat dengan 11 (1) hidup saling bekerjasama (2) suka memberikan bantuan (3) satu sama lain bantusudah pun berjiran dan bersikap (11) bagai aur membantu dengan tebing antara satu sama lain. Oleh yang (4) masuk campur dalam sesuatu urusan demikian, kami berdua juga berteman dengan penuh Alissa. Sebelum kami dilahirkan, keluarga kami (12) tolak-ansur dan jarang sekali bertengkar. 12 (1) jujur (2) tabah Aku amat mengagumi Alissa. Dia begitu (3) ikhlas (4) bersefahaman (13) bijaksana orangnya dan selalu berfikir sebelum melakukan sesuatu. Dia juga sentiasa menjaga tingkah-lakunya dan (14) hati-hati apabila bercakap. 13 (1) tajam hati (2) tajam akal Keluargaku turut bersyukur atas persahabatan kami (3) panjang akal (4) tajam ingatan kerana mereka percaya Alissa pasti dapat menjadi pengaruh yang baik bagiku. 14 (1) tahan hati (2) jaga mulut (3) ringan mulut Alissa diberi jawatan tinggi di luar negeri dan (4) diam-diam ubi keluarga mereka akan bermastautin di sana. Aku Kini, tiba masanya kami terpaksa berpisah. Bapa terpaksa menerima kenyataan ini dengan hati yang tabah. Di dalam hati, aku hanya dapat berdoa 15 (1) sangat rapat (2) tidak cepat lupa semoga jarak tidak akan dapat memutuskan (3) tidak pernah bercerai hubungan kami. Kami telah saling berjanji untuk (4) orang yang sangat disayangi memastikan agar persahabatan kami akan tetap (15) bagai isi dengan kuku meskipun ruang telah itu

berjauhan.

Dengan

wujudnya

siber,

bukanlah sesuatu yang mustahil.

KEFAHAMAN 1 (8 markah) Arahan: Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang mengikutinya.

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai kegiatan dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya, pemain menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buah congkaknya pula merupakan biji getah atau guli. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, congkak sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal daripada perkataan bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan congkak. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Kanak-kanak di Indonesia, Filipina dan Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke daerah Caribbean melalui perdagangan hamba. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai lelaman web di internet. Dalam lelaman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm. Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan menghadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan ke dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong. Di akhir permainan, buah congkak di dalam rumah masingmasing dikira. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak di dalam rumahnya.
(Dipetik dan disesuaikan daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak)

Arahan:

Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut.

16

Dua bahan yang digunakan dalam permainan congkak ialah _______________.

(1) lubang dan getah (2) otak dan komputer (3) papan kayu dan guli (4) rumah dan kampung

17 Kemahiran yang perlu ada pada pemain congkak ialah ___________________.

(1) mengira (2) bermain guli (3) membuat rumah (4) membuat lubang

18 Congkak kini telah menjadi permainan ________________________.

(1) golongan istana (2) orang Arab, Afrika dan Asia (3) masyarakat Melayu seluruh dunia (4) masyarakat berbilang bangsa di merata dunia

19 Perkataan mencipta dalam petikan bermaksud _________________________.

(1) mereka (2) membuat (3) menjadikan (4) menghasilkan

RANGSANGAN GRAFIK (8 markah) ARAHAN : Teliti brosur yang berikut:

BG PENYERSyaTAAN

Persatuan Sukan Singapura

Ayuh rapatkan hubungan kekeluargaan Bengkel Tarian: Bengkel Olahraga: sambil mengamalkan gaya hidup sihat!
* Pilihan 5 jenis sukan * Boleh mendaftar secara sekeluarga * Dibimbing oleh olehragawan negara Kursus Renang: * Sesi setiapasas hujung Dari tahap - minggu Boleh mendaftar secara sekeluarga - Sijil kemahiran diberikan

* Pilihan 3 jenis tarian * Terbahagi kepada 3 peringkat umur * Sesi latihan setiap Bengkel Seni Mempertahankan Diri: 5 hujung minggu selama > Pilihan 4 jenis seni minggu setiap tahap > Terbahagi kepada 3 tahap permulaan > Boleh mendaftar secara berkeluarga > Sesuai bagi semua Jualan Murah Setiap Ahad!! peringkat umur

Hujung Minggu @
Kompleks Sukan Springfield Setiap Sabtu dan Ahad

di akhir setiap tahap - Potongan harga yuran Untuk Siapa? bagi kursus sekeluarga Semua anggota keluarga dari 5 hingga 65 tahun.

Pelbagai jenis pakaian dan peralatan sukan

(pelbagai pilihan waktu)


**** Harga bengkel/kursus dari $5 sebulan setiap seorang !!!***

Pendaftaran : Hubungi Encik Badrul - 91822332 Maklumat Lanjut : Lungsuri www.ssc.gov.sg


Pendaftaran: Hujung minggu pertama setiap bulan.

Arahan:

Berdasarkan brosur di halaman 5, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut.

20

Penganjur rancangan ini ialah _______________________. (1) Encik Badrul (2) Olahragawan negara (3) Persatuan Sukan Singapura (4) Kompleks Sukan Springfield

21

Tujuan rancangan ini diadakan ialah untuk ______________________. (1) merapatkan hubungan kekeluargaan (2) mendidik masyarakat tentang gaya hidup sihat (3) memberi peluang peserta pelbagai peringkat umur berinteraksi (4) menyediakan cara yang berfaedah untuk mengisi masa hujung minggu

22

Semua pilihan bengkel atau kursus adalah ____________________. (1) berdasarkan umur (2) sesuai bagi semua peringkat umur (3) hanya boleh disertai secara sekeluarga (4) mengenakan bayaran hanya $5 sebulan setiap seorang

23

Kita harus melungsuri lelaman yang disarankan untuk __________________. (1) membuat pendaftaran (2) menghubungi Encik Badrul (3) mendapatkan keterangan lengkap (4) menyertai mana-mana kegiatan yang ditawarkan

BAHAGIAN B Bagi SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini. ______________________________________________________________________ GOLONGAN KATA (16 markah) Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini dengan sepatah perkataan yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

beribu

berkecamuk

khidmat

memaklumkan

menggamit

meraikan

pengunjung

peristiwa

perjalanan

Lebih 500 pelanggan dan kakitangan membanjiri restoran McDonald's di Marine Cove, Taman East selepas Coast, bagi satu acara pada 8 pagi semalam. Restoran itu ditutup sejauhjalan kakisepanjang pada 12 tengah malam tadi (24) ____________________ beroperasi lebih 30 tahun kerana kawasan tersebut akan dibangunkan semula. Acara jalan kaki (25) ____________________ 1.5 kilometer itu disertai pelanggan daripada setiap golongan umur. (26) ____________________ itu membawa mereka dari restoran tersebut ke restoran baru McDonald's di Pusat Makanan Laut East Coast. Pengarah Urusan McDonald's Restaurants Singapore, Cik Judy Harman, berkata bahawa acara itu begitu (27) ____________________ perasaan. Itulah hari yang penuh emosi bagi ramai (28) ____________________ kerana restoran McDonald's East Coast Parkway telah menjadi sebahagian kehidupan mereka dan menyimpan (29) ______________ kenangan. Acara itu juga bertujuan (30)

__________________ pelanggan tentang restoran baru McDonald's di Pusat Makanan Laut East Coast. Dibuka pada 1982, restoran itu merupakan McDonald's pertama di sini yang menyediakan (31) __________________ Pandu Masuk. Ini membolehkan pemandu membuat pesanan secara langsung, dan dibuka 24 jam. ( Dipetik dan disesuaikan daripada http://cyberita.asia1.com.sg) Markah yang diperoleh

FRASA (8 markah) Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
(1) kita tidak mencari duit lebih (2) harga rumah melambung tinggi (3) pemerintah tidak menurunkan harga rumah (4) rumah yang kita ada sekarang harus kami jual (5) pemerintah tidak membina lebih banyak rumah (6) jumlah pembeli lebih banyak daripada bilangan rumah yang ada

Nazry

Semalam, saya dengar ibu dan ayah merungut tentang harga rumah. Mengapa ibu?

Puan Rina

Kami risau kerana (32) ___________________________. Kami bimbang pada masa hadapan, Nazry dan adik tidak akan mampu membeli rumah sendiri.

Nazry

Mengapa (33) _____________________ supaya kita semua mampu membelinya, ibu?

Puan Rina

Harga rumah ditentukan oleh keadaan pasaran, Nazry. Jika (34) __________________________, harganya akan naik.

Nazry

Kalau begitu, kenapa (35) _____________________.

Puan Rina

Sememangnya itu sedang diusahakan pihak pemerintah. Namun demikian, pembinaan rumah memakan masa. Sementara itu, harga rumah akan tetap meningkat.

Markah yang

diperoleh KEFAHAMAN 2 (20 markah) Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Cikgu Halim masih bermundar-mandir di kelas. Matanya merenung setiap pelajar yang berada di hadapannya. Lakunya bak seekor harimau yang mahu membaham mangsanya. Dia berjalan ke arah meja guru lalu mengeluarkan seperanggu kertas lalu membahagikannya kepada murid-murid. Saiful terasa benar seperti dipenjarakan di dalam kelas bersama seorang guru yang marah tanpa bersebab. Setahunya semua kerja rumah rakan-rakan kelasnya telah dihantar dan ujian mengejut yang diberi kepada mereka minggu lepas agak mudah. Rakan-rakan kelasnya semua mengatakan bahawa mereka tidak ada masalah menyelesaikan kertas ujian itu walaupun diberi secara mengejut, tanpa diberi peluang untuk mengulang kaji. Ini, kertas latihan tatabahasa. Selesaikan semuanya. Hantarkannya kepada saya esok, faham? Siapa lambat hantar, siap kamu! Saya malas mengajar kamu semua. Saya penat semak buku-buku kerja kamu! suara Cikgu Halim semakin meninggi. Cikgu Halim mengambil beg sandangnya yang diletakkan di atas meja lalu keluar dari kelas. Murid-murid kelas semua hanya terdiam, tidak berani membuat bising. Takut jika Cikgu Halim tiba-tiba menjelma dan kemudian mereka akan dimarahi lagi. Eh, bila Cikgu Halim menyemak buku kerja? fikir Saiful dengan hairan. Saiful mengangkat begnya lalu membuka zipnya. Dia melihat buku-buku di dalamnya. Ternyata buku kerjanya ada di dalam begnya. Saiful mula berasa keliru. Hakim merenung kertas latihan Tatabahasa yang baru diberi Cikgu Halim tadi. Saiful melihat soalan-soalannya. Agak payah. Mereka belum lagi diajar cara-cara menjawab soalan-soalan seperti yang tertera di kertas latihan itu. Hakim hanya memandang jendela di sebelahnya. Cikgu Halim guru bahasa Melayunya yang telah membuatnya membenci bahasa ibundanya sendiri. Kakinya sentiasa berasa berat dalam setiap perjalanan ke bilik darjah untuk mengikuti kelas Bahasa Melayunya. Sebaik-baik sahaja dia berada di dalam bilik itu, dia seolaholah berada di dalam penjara. Kunci untuk membebaskan diri daripada penjara itu hanya dimiliki Cikgu Halim, guru yang memilih pekerjaan itu hanya kerana gajinya yang lumayan. Loceng masih belum berbunyi. Saiful melihat jam yang tergantung di dinding. Setengah jam lagi. Kebetulan pula, Saiful terpaksa pulang lewat hari itu. Dia terpaksa mengikuti latihan pengakap kerana menurut gurunya ada pengakap dari sekolah lain yang mahu melihat cara pengakap sekolahnya berlatih. Disebabkan itu, para pengakap sekolahnya sudah diberitahu perkara-perkara yang harus dibuat dan yang tidak patut mereka buat. Seperti robot, mereka sudah diprogramkan untuk berlakon sebagai pengakap yang baik.
(Dipetik dan disesuaikan daripada http://pengetahuandankeindahanislam.blogspot.com)

Arahan:

Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, jawab soalan-soalan yang

berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

36

Bagaimanakah perasaan Cikgu Halim yang terpapar di wajahnya ?

(2 markah)

_________________________________________________________________ _________________________________________________________________ Markah yang diperoleh

37

Apakah kesalahan murid-murid di kelas Saiful ?

(2 markah)

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Markah yang diperoleh

38

Nyatakan satu sifat Cikgu Halim? Berikan dua bukti. (4 markah) __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Markah yang diperoleh

39

Eh, bila Cikgu Halim menyemak buku kerja? Jelaskan kata-kata Saiful ini. (4 markah) __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Markah yang diperoleh

40

Saiful juga kurang berpuas hati dengan kegiatan kokurikulumnya. Buktikan. (4 markah)

__________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Markah yang diperoleh

41

(a)

Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, berikan maksud perkataanperkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan. (i) bermundar-mandir (1 markah)

____________________________________________________________ Markah yang diperoleh (ii) keliru (1 markah)

____________________________________________________________ Markah yang diperoleh

(iii)

seolah-olah

(1 markah)

_____________________________________________________________ Markah yang diperoleh

(b)

Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud agak banyak ialah ____________________________. Markah yang diperoleh (1 markah)

Selesai

You might also like