You are on page 1of 2

Subtopik 2.1 MEMAHAMI SEL 1. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sel haiwan mempunyai dinding sel.

2. Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang berisi klorofil bagi membantu penghasilan glukosa. Keadaan ini dapat dilihat pada bahagian daun yang bewarna hijau. a) Jika satu pokok A tidak mempunyai daun akibat gugur, adakah tumbuhan itu masih mampu hidup?Jelaskan jawapan anda. b) Ada sesetengah pokok yang mempunyai daun bewarna merah atau kuning ( bukan hijau). Adakah pokok tersebut tidak membuat makanan sendiri kerana ketiadaan klorofil? 3. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang menyimpan air. Bincangkan bagaimana vakuol membantu tumbuhan beradaptasi dalam menjamin kemandiriannya dalam semua keadaan. 4. Terangkan perbezaan diantara sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan Peta Buih Berganda ( Guru perlu menunjukkan beberapa contoh Peta Buih Berganda)

Subtopik 2.2 Organisma Unisel dan Multisel 1. Berdasarkan gambar di bawah, kelaskan mikroorganisma kepada kumpulan unisel atau multisel.

2. Huraikan mengapa kucing merupakan organisma multisel.

Subtopik 2.3 : Organisasi sel 1. Mengapakah organisasi sel dalam badan manusia memainkan peranan yang sangat penting? Bincangkan kepentingan organisasi sel tersebut.

2. Apabila seseorang itu demam, biasanya doktor akan memberi ubat antibiotik dan paracetamol. Mengapakah seseorang itu demam? Bincangkan peranan sel darah putih dalam situasi tersebut. 3. Apakah kesan sekiranya salah satu organ dalam badan manusia gagal berfungsi, contohnya ginjal?

4.

SEL OTOT

TISU OTOT

SISTEM OTOT

MANUSIA

Apakah kemungkinan organ ysng bertanda X?

Subtopik 2.4 Manusia ialah Organisma yang Kompleks 1. Bincangkan penyataan Manusia Organisma Kompleks. Terangkan bukti-bkti yang menyokong penyataan tersebut.

You might also like