You are on page 1of 6

1.

0 PENDAHULUAN Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yang lain. Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SKDKP akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 Matlamat i. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar. ii. Merapatkan silaturrahim diantara ibu bapa, guru dan murid SK Dato Klana Putra.

3.0 Objektif i. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, selamat dan ceria. ii. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang pada antara murid ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah. iii. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan iv. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

4.0 Kumpulan Sasaran Semua warga SK Dato Klana Putra, dan ibubapa murid.

5.0 Lokasi cadangan Kawasan Sekolah Dato Klana Putra

6.0 Tarikh perlaksanaan 25 Januari 2014

7.0 Cadangan Aktiviti & Skop Tugas

7.1 Mengecat dan Memasang papan tanda keselamatan 7.2 Mengecat pagar dan menghias luar pintu masuk sekolah 7.3 Mengemaskini pejabat dan menyusun atur bilik guru

7.4 Mengindahkan kawasan pra sekolah 7.5 Memperbaiki kerosakan dan meningkatkan prasarana sekolah 7.6 Mengemaskini dan menghias laluan PSS 7.7 Membersihkan Taman herba dan menampal tanda nama bagi setiap pokok

8.0 Struktur Organisasi

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II Penyelaras Bendahari Ahli Jawatankuasa

: Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abu Hassan (Guru Besar) : En Azman bin Abdul Kudus (GPK HEM) : Pn Zahariah binti Abdul Kadir (GPK Akademik) : Pn Khadijah binti Mokhtar (GPK Ko-Kurikulum) : Cik Nurul Hidayah binti Ismail : Bendahari PIBG : Semua guru dan ajk PIBG (LAMPIRAN)

9.0 Tentatif Program

MASA 8.00 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi 12.30 petang

AKTIVITI Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah Taklimat agihan tugas Gotongroyong bermula Makan tengahari dan majlis bersurai

10.0 Anggaran Perbelanjaan a) b) c) d) Murid Ibu bapa Guru AJK PIBG Jumlah = 150 orang = 30 orang = 40 orang = 10 orang __________ = 230 orang

Makan dan minum untuk makan tengahari a) Makan = Nasi Lemak Ayam (1 orang = RM3.00) b) Minum = Sirap (1 x RM0.50) Jumlah = RM3.50 Keseluruhan : 230 x RM3.50 = RM 805.00

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 805.00 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan Bil 1. 2. 3. 10 Peralatan Tin Cat (Garisan Keselamatan) Berus Cat Plastik Beg Sampah Runcit Harga 2 unit x RM50.00 20 unit x RM5.00 10 unit x RM3.00 Jumlah (RM) 100.00 100.00 30.00 200.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM200.00 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN (Makanan + Peralatan) RM805.00 + RM200.00 = RM1005.00

11.0 Penutup

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

.. (NURUL HIDAYAH BT ISMAIL) HASSAN) Penyelaras J/K 3K, SK Dato Klana Putra, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan.

.. (TUAN HJ KAMARUDIN B. HJ ABU Guru Besar, SK Dato Klana Putra, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

Disemak oleh :

.. (EN. AZMAN BIN ABDUL KUDUS ) GPK HEM, SK Dato Klana Putra, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan.

Kertas Kerja Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah JANUARI 2014 Anjuran: SEKOLAH KEBANGSAAN DATO KLANA PUTRA
71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

Dengan Kerjasama

PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) SK DATO KLANA PUTRA

You might also like