You are on page 1of 5

untuk first year sem 1, keseluruhan ada 6 subjek.

Prinsip pemasaran, prinsip perakaunan, prinsip pengurusan,


matematik untuk pengurusan, pengajian islam dan kokurikulum.

Assalamualaikum semua. banyak yg tanya di PM saya jadi utk mudahkn semua saya listkan common
questions PTPTN ya.

1. PROGRAM KITA DEGREE,SO SARJANA KE?
-->SALAH!! degree=ijazah pertama sepenuh masa=sarjana muda
Sarjana =masters

2. KENAPA XBOLEH PUN LOGIN NI?
--> make sure masa & tarikh sama sebijik macam yg tertera atas slip BSN anda.

3. NAMA KURSUS/COURSE SAYA TAK DE LA?
---> Sila hubungi pegawai PTPTN. mereka akan update kos anda.

4. SAYA XNAK LA WPP NI. CEMANA?
--> pulangkan cek yg anda dapat kpada PTPTN. selesai.

5. SAYA NAK BIASISSWA LA. CEMANA PTPTN NI?
-->sedarlah kita hidup ni zaman saingan jadi apply je semua. bila anda dapat tawaran biasiswa nanti,
boleh batalkan PTPTN. xde masalah pun.

6. MALAS LA AKU PTPTN NI RIBA LA.
-->pelbagai ulamak dan ustaz pakar ekonomi telah memberikan pendapat. Ikut Majlis Fatwa
Kebangsaan, 1% PTPTN ialah byaran perkhidmatan/ujrah dan bukan riba. Terpulang anda nk ikut
pendapat ustaz yg mana tapi xyah la sampai kutuk& hina org lain yg nak pinjam PTPTN ni.kita xtahu
masalah kewangan org lain.

~~ada pape soalan,sila tanya di komen,inshaAllah klau tahu saya jawabkan ~~


Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati
yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan
memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh

Akak, kenapa akak pakai tudung labuh? Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja
kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya.
Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang
melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh.
Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung
labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku,
kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku
mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku
turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih
menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana
aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku
tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah
bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang
paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama
terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, Yang tertutup
itu indah! Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan
tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh
tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar
mereka tidak diganggu.

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh
wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga
berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu
dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah!
Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat.
Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh
pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin
kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa
tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan
urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara
aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia
memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan
tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan
kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di
barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur.
Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku.
Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang
terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur.
Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang
menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di
kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang
mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa
bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum
menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua
mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika.
Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga
separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk.
Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku
masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu
memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku
langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja
tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi.
Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya
hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah
masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan
garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada
masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata
seandainya anjing itu mendekatiku.

Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu.
Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid.
Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza
mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya
berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di
situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku
dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia.
Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan
kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup
pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke
arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan
pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua
kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar
nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku
seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah
melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan
Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba
samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan
memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula
sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung
labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan
keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang
calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu
pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka.
Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika
akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu
membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah
menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku
adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya
kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka
menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya
menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih
menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini
juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk
disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani
dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan
berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa
perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki
soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya
menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan
berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang
kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang
sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli
nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung
labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang
lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-
duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung
labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover.
Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung.
Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan
kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak
harap adik menemui jawapannya.

You might also like