You are on page 1of 10

BELI SETEM HASIL & MATIKAN SETEM HASIL

I. Setem Hasil untuk Borang Penjamin 1 dan Penjamin 2



Awak semua wajib membeli Setem Hasil.Tujuan setem hasil ini ialah untuk dilekatkan di Borang Penjamin 1 & Borang
Penjamin 2.

Setem Hasil boleh dibeli di Pejabat Pos Malaysia.Awak semua perlu membeli sebanyak 2 Keping Setem Hasil. Setiap
sekeping berharga RM10.00

Selepas mengisi borang Penjamin 1 dan Penjamin 2, Lekatkan Setem Hasil tersebut.

Kemudian, bawa Borang Penjamin 1 dan Penjamin 2 ke pejabat Lembaga Hasil untuk matikan setem tersebut.

Sekiranya kawasan anda tiada Pejabat LHDN atau jauh dan malas pergi, tak apa.
Kerana di UTHM nanti anda boleh Matikan Setem Hasil anda tu di Pejabat Pendaftar UTHM.


II. Setem Hasil untuk PTPTN

Untuk PTPTN, anda perlu beli 2 keping setem hasil. Tampal pada bahagian yang dikehendaki dan TIDAK PERLU MATIKAN
setem hasil tersebut.

Setem Hasil untuk PTPTN akan dimatikan ketika pegawai PTPTN hadir ke UTHM semasa sesi serahan borang.

*Secara rumusan, bagi mereka yang mahu mohon PTPTN, belilah terus 4 Keping Setem Hasil. 2 Keping untuk Borang
Penjamin dan 2 Keping untuk PTPTN.
* Setem Hasil Borang Penjamin perlu dimatikan manakala untuk PTPTN tidak perlu dimatikan.

===============

Langkah mohon PTPTN
===============

1. Beli no pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN). Harga RM5. Boleh beli di mesin ATM/CDM atau di
kaunter.

2. Buka akaun SSPN di mana-mana cawangan Maybank/CIMB dengan minimum RM20. (Kepada sesiapa yang dah ada
akaun SSPN tidak perlu buka lagi)

3. Buka akaun Bank Muamalat. (Bagi mereka yang dah ada tak perlu buka lagi)
- Untuk buka akaun Bank Muamalat, bawa sekali Surat Tawaran UTHM.

4. Setelah ada No 1,2 dan 3 di atas boleh lah mohon PTPTN di laman web www. ptptn.gov.my. (Pada tuangan kotak No 2)

*Note : Bagi mereka yang sukar untuk buka akaun Bank Muamalat kerana jauh, anda boleh buka akaun bank di UTHM dan
boleh isi permohonan PTPTN selepas daftar masuk.

1. Boleh pilih Roomate?
Anda bebas pilih rumate.
*First come first serve

2. Boleh tukar kolej kediaman?
Hanya pelajar mempunyai masalah sakit krtikal/oku sahaja dibenarkan.

3. Berapa orang satu bilik?
Setiap kolej kediaman berbeza.
TSN : 2 orang
TF : 4 orang
TDI : 4 orang
Perwira : Ibarat rumah, 1 rumah ada 3 , 4 dan 5 bilik. Bergantung pada mana yang anda dapat.

4. Perabot apa yang ada dalam bilik?
Meja / Kerusi / Katil / Tilam

5. Surau ada tak?
Setiap Kolej Kediaman ada surau.

TAMBAHAN : Sterika , Water Hetaer tidak disediakan. Pelajar boleh bawa sendiri.

1. PEMAKAIAN SEMASA DAFTAR

Lelaki :
Formal ATAU Semi Formal ATAU Smart Casual
Berkasut
Rambut kemas (Rambut panjang akan dipotong)
Sopan , Menutup Aurat

Wanita:
Baju Kurung ATAU Formal ATAU Semi Formal Atau Smart Casual
Non Muslim : Boleh memakai skirt tetapi bawah paras lutut
Berkasut
Bertudung
Sopan , Menutup Aurat

2. APA YANG PERLU DI BAWA/ADA SEMASA HARI PENDAFTARAN
- Dokumen / Borang seperti yang telah dinyatakan pada surat tawaran
- Gambar passport lebih
- Wang tunai Yuran ( bagi mereka yang bayar yuran secara cash semasa daftar)
- Pen

3. BILA TARIKH PENDAFTARAN
- 1 September 2013 (Ahad)

4. Boleh tak nak bawa saudara mara?
Bawalah berapa banyak pun, tapi yang tetap kena tinggal kat UTHM sorang je iaitu awak.

5. Berapa Yuran?
Rujuk pada Surat Tawaran > Yuran Kemasukan

6. Boleh tak yuran bayar secara ansuran?
Boleh bayar secara ansuran

7. Adakah yuran setiap semester sama?
Untuk awal semester sahaja mahal sikit , selepas itu kurang sikit.

8. Macam mana nak mohon PTPTN?
Ikuti langkag bawah ini ye :
-Beli no pin PTPTN
-Buka laman web PTPTN.GOV.MY
-Daftar pada ruangan yang disediakan

9. Bila tarikh boleh mohon PTPTN?
- Tarikh mula mohon PTPTN 15 Julai 2013,

10. Bia tarikh boleh beli Pin PTPTN?
- Sekarang pun dah boleh beli di BSN

11. Pinjaman PTPTN akan masukkan duit ke bank mana?
Anda di kehendaki membuka akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) untuk proses pinjaman PTPTN.

12. Dekat UTHM ada Bank Muamalat ke?
Ada, besar.

13. Wajib ke buka akaun SSPN
Wajib bagi mereka memohon PTPTN

14. Berapa dapat duit dari PTPTM untuk 1 semester?
RM3500/1 Semester

15. Adakah Yuran ditolak melalui PTPTN?
Untuk pendaftaran, Yuran adalah sepenuhnya bayar cash (tanpa PTPTN) . Untuk semester seterusnya yuran anda akan
ditolak melalui PTPTN

16. Apa yang dimaksudkan dengan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
WPP adalah wang pendahuluan yang diberikan daripada pihak PTPTN kepada pelajar yang diterima.Sebanyak RM1500
setiap pelajar bakal terima. Kemudian, PTPTN akan menolak pinjaman anda RM500 untuk setiap semester. Contoh Kiraan :
WPP : RM 1500
Semester 1 : RM3500
Semester 2 : RM3000
Semester 3 : RM3000
Semester 4 : RM3000
Semester 5 : RM3500 Hingga seterusnya.

17. Bila boleh semak dan di mana mahu semak WPP?
Boleh mula semak pada 29/7/2013 di laman web http://eform.ptptn.gov.my/wpp/semakan-wpp-nov.cfm

18. Adakah wajib menerima WPP
Bergantung sama ada anda mahu atau tidak.

19. Dulu saya dah ambik WPP masa kat tempat study, adakah saya boleh terima lagi?
Itu adalah urusan pihak PTPTN, kami sekretariat tidak tahu prosesnya, walaubagaimanapun boleh disemak di laman web
yang tertera pada tarikh yang ditetapkan.

20. Adakah saya boleh terima PTPTN sebab gaji mak ayah saya lebih 7 ribu sedangkan tanggungan 5 orang?
Wallahualam, itu bergantung pada kakitangan PTPTN.

21. Kenapa susah sangat nak isi PTPTN ni. Leceh la.
Biasalah adik, pinjaman berpuluh ribu kenalah maklumat yang betul.Banyak sabar.

22. Apa pakaian yang perlu saya bawa/pakai sepanjang orientasi?
Lelaki :
- Kemeja Putih Lengan Panjang (Tiada corak)
- Seluar Slack Hitam (Jeans tidak dbenarkan semasa orientasi)
- Tali leher
- Kasut Kulit Hitam
- Pakaian Sukan
- Baju Kemeja TShirt
- Baju Kemeja (warna bebas)
- Pakaian Sukan

Wanita :
- Baju Kurung Putih / Berkain Hitam / Bertudung Hitam (Baju nikah putih boleh pakai)
- Berkasut hitam
Non Muslim : Kemeja putih, skirt hitam (bawah lutut)
- Sopan , tidak menjolok mata
- Baju kurung (warna bebas)
- Pakaian sukan

23. Apa yang perlu saya bawa semasa MHS/Orientasi?
Bagi lelaki dan wanita, anda hanya perlu bawa buku nota kecil dan pen.Jangan lupa bawa air mineral, boleh bawa HP
korang yang canggih. Kepada yang ada sakit yang di nasihatkan makan ubat, sangat sangat erlu bawa .
YANG PALING PENTING untuk WANITA, sekiranya semasa MHS anda dalam keadaan UZUR , saya harap sangat-sangat
supaya menyediakan 'roti' anda sendiri, kami dari pihak Sekretariat tidak sediakan. Semoga kes ini tidak berulang ye.
Ngeeee....!~ Nampak kelako, tapi inilah realiti...

24. Adakah pemeriksaan XRAY wajib?
Apa yang diminta dalam borang itu semuanya WAJIB.

25. Adakah saya boleh bawa heater / seterika ?Boleh bawa water heater, seterika dan yang berkaitan. Tetapi jangan
ngada ngada nak bawa peti ais kecik, kena rampas padan muka you.

26. Adakah kami boleh bawa kenderaan?
Untuk pelajar tahun 1 tidak dibenarkan membawa kenderaan.Salah disisi undang-undang UTHM.Termasuklah bawa motor.

27. Kalau saya nak bawa juga?
Kalau bawa juga, nanti jadi apa-apa adalah atas tanggungan sendiri dan akan dikena tindakan tatatertib dari pihak UTHM.

28. Nak bawa basikal boleh tak?
Sangat boleh, nak bawa basikal berbagai jenis pun boleh. Boleh kayuh pusing satu johor nanti.Ala-ala Kembara Mahkota
Johor gitu.

29. Adakah saya boleh bawa seluar jeans?
Boleh, tetapi seluar jeans tidak dibenarkan di pakai semasa MHS.

30. Adakah makanan dan minuman disediakan ketika MHS?
Pihak sekretariat MHS akan menyediakan makanan dan minuman kepada adik-adik, walaubagaimanapun adik-adik perlulah
membawa bekalan makanan sendiri ketika berada di dalam bilik seperti biskut dan lain-lain.

31. Boleh memasak dalam bilik tak?
Tidak dibenar dan perbuatannya adalah salah.Boleh dikenakan hukuman.

32. Adakah Bas disediakan di dalam UTHM?
Pihak UTHM menyediakan bas catar yang akan bergerak daripada Kolej Kediaman ke dalam kampus induk UTHM. BAs catar
yang akan anda naik tidak perlu di bayar kerana anda sudah bayar di dalam Yuran.
Bas Catar akan bergerak mengikut jadual yang di tetapkan bermula seawal 7 Pagi sehingga 11 Malam.

33. Apakah pakaian yang perlu di pakai semasa daftar?
Hari pertama anda daftar iaitu pada tarikh 1 Sept 2013, pakaian adalah bebas.
Bebas bermaksud :
Lelaki pakaian formal/semi formal/smart casual
Wanita pakaian berbaju kurung/semi formal/smart casual
*Menutup aurat.

34. Apakah pakaian yang perlu di pakai semasa MHS dan bila paka baju Putih ?
Pihak sekretariat akan maklumkan semasa anda di sana nanti. Kami akan beritahu apakah pakaian yang akan dipakai. Oleh
demikian, bawalah baju yang sesuai lebih.

35. Boleh bawa laptop?
Ini bukan zaman sekolah. ^_^

36. Adakah Wifi disediakan di kolej kediaman dan di dalam kampus UTHM?
Wifi disediakan.Laju atau tidak bergantung kepada tahap penggunaan para pelajar.

37. Saya nak tukar kolej kediaman sama dengan kawan boleh?
Tidak dibenarkan, sekiranya mahu boleh berurusan dengan pihak pentadbiran UTHM.Yang penting masuk daftar dulu.

38. Banyak tak restoran kat sana?
Setiap kolej kediaman ada food court sendiri. Ada juga food court di fakulti masing-masing dan ada juga di bangunan lain.
Boleh makan banyak-banyak sampai lobam.

39. Jadual padat tak?
Jadua sekolah rendah dengan menengah lagi padat.

40. Kami duduk Perwira, Luar dari UTHM. Adakah bas di sediakan?
Untuk makluman adik-adik, bas memang ada.Iaitu bas catar dari kolej kediaman ke UTHM. Bas ini akan bergerak dari masa
ke semasa.

1. Nak bayar yuran pakai Bank apa?
HANYA Bank Muamalat sahaja. BANK lain tidak dibenarkan.

2. Nak bayar sebelum atau semasa daftar UTHM?
SILA BACA dengan teliti , anda boleh pilih sama ada nak bayar sebelum daftar, atau semasa daftar. Caranya :

i. Sebelum Daftar
- Boleh bayar melalui kaunter Bank Muamalat. Pastikan anda simpanan slip bayaran slip bank.

ii. Semasa Daftar
- Boleh bawa wang tunai dan bayar semasa proses pendaftaran.
- Sekiranya nak bayar full, boleh bawa duit full.
- Sekiranya nak bayar ansuran, boleh bawa duit sedikit. Selebihnya bayar masa akan datang.

IJAZAH SARJANA MUDA
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian (BPA)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian (BPB)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian (BPC)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengeluaran dan Operasi) Dengan Kepujian (BPD)

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan
Kepujian

PELUANG KERJAYA
menceburi bidang kerjaya seperti Penolong Pengurus, Eksekutif
Pentadbiran, Eksekutif Pelaburan, Pengurus Projek, Eksekutif
Pembelian, Eksekutif Pemasaran, Pengurus Operasi, Eksekutif
Kawalan Kualiti dan Ahli Akademik.

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengeluaran dan Operasi) Dengan Kepujian

PELUANG KERJAYA
menceburi bidang kerjaya seperti Penolong Pengurus, Eksekutif Pentadbiran, Eksekutif Pelaburan, Pengurus Projek,
Eksekutif Pembelian, Eksekutif Pemasaran, Pengurus Operasi, Eksekutif Kawalan Kualiti dan Ahli Akademik.
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian

PELUANG KERJAYA
mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam industri binaan sama ada di dalam negara atau di luar negara dengan
menjawat jawatan antaranya Penolong Pengurus Projek, Penolong Pengurus Pembinaan, Jurutera Tapak, Koordinator
Projek, Agen Tapak, Penyelia Tapak, Kerani Tapak, Eksekutif Perancang Projek dan Pegawai Perolehan Bahan.Graduan yang
meminati bidang penyelidikan boleh bekerja sebagai penyelidik di mana-mana institusi yang menjalankan penyelidikan
dalam bidang Pengurusan Projek Pembinaan.

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian

mempunyai peluang yang luas dalam bidang penilaian harta tanah terutamanya sebagai eksekutif penilaian di firma-firma
swasta di luar dan di dalam negara dan juga sebagai pegawai penilai di sektor kerajaan yang berkaitan seperti di Jabatan
Penilaian dan Pentaksiran Harta (JPPH), Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh
negara. mempunyai peluang sebagai pegawai penyelidik badan kerajaan terutamanya di National Property Information
Centre (NAPIC).

berikut adalah sebahagian kokurikulum yg ada di UTHM..diulangi,sebahagian.. :)
KOKURILULUM DI UTHM:

UNIT BERUNIFORM:

UTHM Palapes (DARAT)-elaun
UTHM Kor Suksis (POLIS)-elaun
UTHM SISPA (PERTAHANAN AWAM)
UTHM RELASIS(RELA)
UTHM PENGAKAP

PERSATUAN/KELAB:

UTHM Kelab Iqra' UTHM
UTHM Kelab Sahabat 1Malaysia
UTHM Kelab Sukarelawan UTHM ( SUKARELAWAN )
UTHM Kelab Kaunseling Dan Kerjaya ( KKDK )
UTHM Kelab Penyayang UTHM
UTHM Student In Free Enterprise (SIFE)
UTHM Rugby team
UTHM Football team
UTHM Basketball team
UTHM Volleyball team
UTHM Netball team
UTHM Futsal team
UTHM Hockey team
UTHM Badminton team
UTHM Lawn Bowl team
UTHM Athletic team
UTHM Paddlers - Rowing - Kayak team
UTHM Adventure Club
UTHM Taekwondo Club ( ITF& WTF )
UTHM Karate Club
UTHM English Debate Club
UTHM Bahasa Malaysia Debate Club
UTHM Mandarin Debate Club
UTHM Secretariat of Institute of Engineering Malaysia (SIEM)
UTHM Secretariat of Unity
- Biro of Malay Cultural
- Biro of Chinese Cultural
- Biro of Indian Cultural
- Biro of Sabahan and Sarawakian Cultural
UTHM Mechanical Engineering Club
UTHM Electrical Engineering Club
UTHM Civil Engineering Club
UTHM ROBOCON team
UTHM Biro Kebudayaan Mahasiswa India (BKMI)

rospek Masa Depan

Graduan bagi program yang ditawarkan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
membolehkan mereka menceburi bidang kerjaya seperti:
Penolong pengurus
Jurutera projek
Jurutera pembelian
Eksekutif sumber manusia
Eksekutif perniagaan
Pengurus projek
Pegawai pembelian
Pegawai pemasaran
Pegawai pengeluaran operasi
Pembantu jurutera
Pegawai kawalan kualiti
**Credit to Zakwan Razid
Bank Muamalat
Bank in Tawau
Address
First Flooe, Kubota Square (Jalan Kubota)
Tawau, Sabah 91000


ssalamualaikum, memandangkan ramai yg
masih blur berkaitan PTPTN. di sini ada sedikit
( sebanyak ) pencerahan. harap kalian faham yer.
Permohonan PTPTN terbahagi kepada 3 mengikut
masa :
PART 1 ( kalau dah buat waktu setahun/ dua
tahun/ sejak lahir, xperlu buat lagi )
- beli no PTPTN di BSN ( rm 5 )
- buka akaun SSPN di salah satu cwgn bank ni
( Maybank, Bank Islam, Agro Bank & ada lg tp
xingat )
- Buka akaun bank berdasarkan IPT masing2.
cth : UiTM - bank Islam.
- Beli setem hasil ( rm 10 x 2 keping ) di pejabat
pos.
PART 2 ( 1 OGOS 2013 )
- dftr utk kali pertama di lmn PTPTN. pastikan
masa dan tarikh sama dgn yg dlm slip. ( dftr
sblm 1hb pun xpa )
- key in detail kalian.
cth2 klu ada bahagian xfaham tu :
A. Butiran Peribadi
- digalakkan guna emel yahoo/google. klu xda,
just guna mana yg ada shja.
- masukkan no akaun SSPN ( yg 15 digit tu )
- klu mana2 yg korg rasa xperlu isi, xperlu lah
isi. cthnya no cukai pendapatan ke socso ke.
korg kan student? if korg kata korg kerja, then
barulah korg isi.
B. xperlu isi sbb korg student yg tidak bekerja.
klu korg kata korg kerja, baru isi.
C. BUTIRAN IBUBAPA
- part yg no cukai pdptn dan kwsp tu toksah isi
klu mak ayah hang xda. klu ada, isilah.
D. BUTIRAN PENJAGA.
- penjaga pertama = ayah kandung
- penjaga kedua = ibu kandung
( automatik ibubapa jd penjaga )
E. KURSUS ( ikut sebijik sebulat mcm dlm surat
twrn korg )
- pastikan sebijik sebulat yer. jgn silap pilih
peringkat SARJANA/ SEPARUH MASA pulak.
- no matrik tu samalah dgn no pdftrn ( klu U
korg guna istilah no pdfrn )
F. BUTIRAN KELAYAKAN.
- part tanya2 result kita. hang isilah ikut semua
exam yg hang pernah duduk.
- SPM WAJIB ISI OKAY. masuk kan tahun, jumlah
subjek, nama subjek dan kptusannya.
- lepas tu, hang pilih FOUNDATION / SIJIL ASAS.
key in CGPA / LULUS / GAGAL. cthnya : 4.0 /
LULUS ( palang atau strok tu WAJIB guna )
- lepaih tu, hang sahkan lah.
- ada pulak hamba2 yg jenis semangat jiwa
membara kan yg isi sblm 1 ogos ni, yg kalian2 ni
toksah sahkan dulu ( klu nk sahkan pun, hang
try la berjembut punya byk kali, xkan boleh ).
korg simpan ja info2 tu. klu boring2 ka, buka
lmn PTPTN dan edit lah sbrpa byk kali hang
suka.
- PASTIKAN & WAJIB korg recheck balik details
korg tu before sahkan. kang salah, kna beli no
PTPTN baru dan apply balik. leceh .. nnt $$$$
pun lmbat masuk.
____________________________________________________
PART 3 ( permohonan diluluskan )
- DOKUMEN PENJANJIAN
* tgu pihak PTPTN ng persetujuan penerimaan
pinjaman slmps oermohonan pertama korg.
- sediakan DOKUMEN SOKONGAN :
1) Salinan Kad Pengenalan pemohon (front and
back in same page)
2) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)(use
certificated ,not suggest to use SLIP)
3) Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
(better use the ORIGINAL one)
4) Salinan Buku Akaun Bank (the page shown
your account number, name & ic from bank)
5) Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan
sijil kelayakan masuk lain.(STPM cert,not SLIP)
6) Salinan Slip Gaji /Salinan Surat Pengesahan
pendapatan,(SPP) Salinan Surat Pengesahan/Surat
Akuan daripada Jabatan KebajikanMasyarakat
(JIKA menerima Bantuan drpd JKM)
** add in your SSPN account slip as well..
TAKE NOTE:
** Salinan Dokumen PERJANJIAN MESTILAH
disediakan dengan kertas A4 (80 Gsm)
**Salinan dokumen sokongan di atas digalakkan
disediakan dengan menggunakan kertas BERSAIZ
A4 berwarna putih(80gsm)
**document sokongan TIDAK PERLU DISAHKAN
( latest udate dr PTPTN pd 21/6/2013) tetapi
bahagian SAKSI perlu ditandatangani & cop oleh
pengawai yang layak
- Buat selepas masuk ke dalam university di
bawah panduan pengawai :
1) Setiap Salinan dokumen sokongan hendaklah
dipalang dua (2) garisan lurus dan
ditulisKegunaan PTPTN Sahaja.
2) turunkan tandatangan ringkas di bawah setiap
muka surat

mama_nuriman@yahoo.com.my

You might also like