You are on page 1of 2

Akhlak merupakan tingkah laku dan sikap yang mencerminkan keperipadian seseorang

insan. Menurut Ibnu Miskawaih dan Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak adalah
perangai yang terlekat pada diri seseorang yang dapat memunculkan berbuatan baik
tanpa mempertimbangkan fikiran terlebih dahulu. Bagi islam pengukur akhlak ialah al-
Quran dan al-Sunnah dan akal (ijtihad ).
Sesebuah masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntukan nilai-
nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeruitu, akhlak mempunyai peranan
yang penting di dalam kehidupan dan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta
keluhurannya. Martabat manusia akan runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan
dihayati. Ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam sepotong hadith yang bermaksud
: "Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia." Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang
terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau
seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."
Akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan kehidupan
seseorang . Al-quran menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan dengan lebih
jelas menerusi berbagai-bagai pendekatan. Akhlak islam bersifat mengarahkan,
membimbing, mendorong , membangunkan peradaban manisia dan mengubati bagi
penyakit sosial dari jiwa dan mental. Menurut islam tujuan berakhlak yang baik untuk
mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat.
Penghayataan kepada dua sumber ini akan membantu seseoarng insan terus berada di
landasan yang sebenar sepertimana yang dituntut oleh agama .Al-Quran dan as-Sunnah
merupakan sumber panduan utama yang mempunyai pelbagai kelebihan yang jika kita
benar-benar memahami setiap apa yang terkandung di dalamnya maka sudah pastilah
kehidupan kita akan menjadi lebih sempurna.
Kesimpulannya, pemahaman dan penghayatan terhadap dua sumber utama ini iaitu al-
Quran dan as-Sunnah sangatlah penting dan perlu diterapkan dalam kehidupan. Hal ini
kerana dengan dua sumber utama inilah yang akan membantu dan menjadi benteng
serta dinding penahan bagi daripada terpengaruh dengan hasutan syaitan dan hawa
nafsu.

You might also like