You are on page 1of 1

KESAN PPSMI : satu analisis setelah dimansuh

PPSMI atau nama panjangnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris
mula diperkenalkan pada 2003 dengan terburu-buru oleh Dr M tanpa ada kajian secara mendalam oleh
kementerian serta pihak yang terbabit.
PPSMI adalah satu jalan singkat untuk menuju wawasan 2020 pada pendapat beliau, ditambah lagi baki
menuju 2020 hanya tinggal tidak sampai 20 tahun. Mungkin, mengikut perkiraan beliau sistem
pendidikan Malaysia tidak mampu menyediakan modal insan bagi mengejar wawasan 2020 dalam
tempoh kurang dari 20 tahun.
Aku tidak berminat nak ulas panjang soal PPSMI kerana ianya telah dimansuhkan oleh kerajaan dan kini
telah di kembalikan kepada bahasa melayu. Namun, aku lebih suka mengulas masalah serta kesan akibat
PPSMI sebagai pengajaran kepada generasi terkehadapan dalam menentukan sistem pendidikan yang
lebih baik untuk generasi hadapan.
Merujuk pada tulisan Zul Fikri Amir dalam artikel Zombie PPSMI menjenguk; Pendidikan Negara Menuju
Sparta Moden, beliau merasakan bahawa PPSMI adalah pengkhianatan terhadap Penyata Razak,
Perlembagaan Negara, Falsafah Pendidikan Negara, dan Dasar Pendidikan Negara yang mengangkat
bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Masalah PPSMI bermula bukan pada bahasa inggeris tapi pada persediaan sebelum memulakan
pengajaran sains dan matamatik dalam bahasa inggeris. Aku pecahkan masalah ini kepada beberapa
bahagian;
1) Masyarakat
2) Infrastruktur dan kemudahan
3) Guru

You might also like