You are on page 1of 1

Kek Cheese

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )


4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu
segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice
cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula
hingga menjadi meringue.
5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan
kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan
pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik
esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek
dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di
dalam acuan .
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140
darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan
sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk
mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan
ringan. tak rugi mencubanya.

You might also like