You are on page 1of 25

1

Pengenalan Tugasan

Bagi semester ini kami telah mempelajari subjek RBT 3120 Teknologi
Rumah Tangga dan Pertanian. Melalui subjek ini, kami dapat membanding
bezakan jenis dan ciri gentian berdasarkan jenis fabrik. Kami juga dapat
mengaplikasi menjahit dalam penghasilan pakaian dan menguasai kemahiran
memelihara ikan hiasan.

Sehubungan itu, kami telah diberi tugasan yang berkaitan dengan
kemahiran-kemahiran yang telah kami pelajari. Tugasan RBT 3120 semester
ini memerlukan kami membuat projek yang berbeza di bawah bimbingan dua
pensyarah yang berbeza juga. Projek pertama untuk tugasan RBT 3120 ini,
mengkehendaki kami untuk menyiapkan satu projek jahitan apron yang
menggabungkan pelbagai jenis mata jahitan. Untuk projek menjahit apron ini
kami dibimbing oleh pensyarah Puan Nuraini. Manakala, untuk projek kedua
bagi tugasan RBT 3120 ini, kami dikehendaki melakukan amali penyediaan
akuarium terancang memelihara ikan hiasan. Projek ikan hiasan ini dibimbing
oleh pensyarah Encik Janom.

Kedua-dua projek dijalankan secara individu. Bagi projek pertama, kami
dikehendaki menghantar laporan bertulis yang lengkap bersama-sama produk
apron yang kami jahit. Bagi projek kedua, kami hanya perlu melaksanakan
penyediaan akuarium ikan hiasan di rumah tetapi laporan penyediaan akuarium
ikan hiasan perlu diraan dan didokumentasikan. Rakaman video dan laporan
yang lengkap perlu dihantar.







2

1.0 Definisi ikan hiasan dan akuarium
Ikan hiasan
Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas atau kolam.
Kebanyakan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi
sebagai pelindung daripada bacteria. Kulit ikan mengandungi
chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang member warna-warna tertentu
kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, bentuk
badan, saiz, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang. Terdapat
pelbagai spesies ikan hiasan, antaranya ikan emas, ikan kelisa, ikan Guppy,
ikan Pelaga dan ikan Koi.

Ikan emas Ikan Koi



Ikan Kelisa Ikan Pelaga
Ikan hiasan dipelihara bertujuan untuk mencantikkan kawasan dan menjadi
daya penarik bagi sesuatu tempat atau bangunan. Memelihara ikan hiasan juga
boleh dijadikan sebagai hobi yang menarik dan member ketenangan kepada
pemiliknya. Di samping itu, menternak ikan hiasan boleh mendatangkan
pendapatan yang lumayan.
Sebelum meneruskan projek penyediaan akuarium untuk ikan hiasan, perlu
untuk kita mengetahui serba sedikit mengenai bahagian luar dan fungsi setiap
bahagian luar ikan hiasan.
3



BAHAGIAN IKAN FUNGSI
Sirip pektoral, Sirip Pelvik berpusing berundur, mengapung, dan
mengimbang

Sirip Dorsal dan Sirip Anal Membantu ikan bergerak lurus

Sirip Kaudal atau ekor Membantu ikan bergerak ke hadapan

Sisik Melindungi badan ikan daripada
musuh, kecederaan dan penyakit

Penutup Insang Melindungi insang. Ikan menyerap
oksigen melalui insang

Garisan lateral Berfungsi untuk mengesan pergerakan
objek lain di dalam air

Mulut Untuk makan dan menyedut air untuk
mendapatkan oksigen

Mata Untuk melihat. Ikan tidak mempunyai
kelopak mata

Dubur Membuang najis


4

Akuarium
Menurut Wikipedia, akuarium pula adalah sebuah vivarium yang mengandungi
air dan diletakkan di sesuatu tempat dengan permukaan yang bersifat lutsinar.
Terdapat berbagai jenis akuarium seperti akuarium kaca, akuarium plastik,
akuarium kaca bulat, akuarium kaca berbadan kayu dan akuarium kaca
berbingkai aluminium.
Pemilihan bekas(akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu
seperti:
a. Jenis bahan akuarium sama ada kaca ata plastik
b. Jenis ikan hiasan
c. Bilangan ikan hiasan
d. Saiz akuarium
Elemen-elemen yang perlu ada di dalam sebuah akuarium yang lengkap ialah:
a) Pam akuarium
b) Pasir dan batu
c) Tumbuhan akuatik
d) Penapis









5

2.0 Laporan amali penyediaan akuarium terancang memelihara ikan
hiasan

2.1 Aktiviti : Penyediaan akuarium terancang memelihara ikan hiasan
2.2 Tujuan : Memelihara ikan hiasan
2.3 Alatan dan bahan : akuarium kaca bersaiz 60.7 cm x 30.5 cm x 30.5 cm ,
pam akuarium, penapis, model, lampu, kayu buruk, batu-batu kecil, pasir,
tumbuhan akuatik, tumbuhan tiruan, larutan anti klorin, polisterina dan
beberapa ekor ikan hiasan.







Batu kecil
lampu
Larutan anti
klorin
Tumbuhan
akuatik dan
tiruan
pasir
cangkerang
kayu
polistren
penutup
Akuarium
kaca
Pam
span
6

2.5 Prosedur :
Saya telah membahagikan prosedur kerja kepada 3 peringkat iaitu peringkat
perancangan, pelaksanaan dan penilaian
2.5.1 Peringkat perancangan
a) Merujuk internet dan melihat contoh-contoh hiasan akuarium yang
terdapat dalam internet.
b) Setelah mendapat idea, saya membuat lukisan lakaran cadangan idea
hiasan akuarium yang ingin saya buat. (Rujuk lukisan lakaran cadangan
idea saya di muka surat 11)
c) Saya membuat perancangan jenis ikan dan bahan- bahan yang ingin saya
gunakan untuk membuat projek akuarium saya.
d) Setelah menyenaraikan semua bahan dan peralatan yang akan saya
gunakan untuk membuat projek akuarium, saya telah membeli bahan dan
peralatan yang diperlukan.
2.5.2 Pelaksanaan
a) menyediakan dan menghias akuarium






Sediakan semua alatan dan bahan
untuk akuarium
Bersihkan akuarium daripada
kekotoran atau benda asing sebelum
memasukkan aksesori
7









Masukkan pam penapis dan air ke
dalam akuarium
Titiskan larutan anti klorin ke dalam air.





Bersih dan bilas bahan hiasan,
kemudian tuskan dengan raga.
Masukkan pasir, batu-batu, dan model
ke dalam akuarium.

8

























Masukkan tumbuhan akuatik perlahan-
lahan ke dalam akuarium.
Hidupkan suis alat pam penapis.
Biarkan akuarium tanpa ikan selama
24 jam.

9

b) Memasukkan ikan ke dalam akuarium
Setalah 24 jam akuarium yang tersedia dibiarkan, barulah ikan-ikan hiasan
akan dimasukkan ke dalam akuarium. Biasanya, ikan-ikan hiasan yang dibeli
dari kedai akan dimasukkan ke dalam plastik yang diikat dan mempunyai
oksigen. Ikan-ikan ini tidak boleh terus dilepaskan ke dalam akuarium. Terdapat
beberapa langkah untuk memasukkan ikan hiasan supaya ikan tidak terkejut
yang boleh menyebabkan stress dan kematian. Ikan perlu membiasakan diri
dengan suhu dan persekitaran baru.




Rendamkan beg plastik yang mengandungi ikan hiasan yang dibeli ke dalam
akuarium yang tersedia selama 20 minit.







10





Bukakan ikatan beg plastik dan biarkan ikan berenang keluar sendiri bersama
air dari plastik ke dalam akuarium. Setelah ikan hiasan keluar semua, keluarkan
plastic dari akuarium tersebut.












11

3.0 Lakaran akuarium


Lakaran 3D akuarium






















Item Fungsi
Pam penapis dan oksigen Menapis segala kekotoran dan menambahkan
oksigen yang mencukupi untuk ikan
Lampu Menceriakan pemandangan akuarium dan
member tenaga kepada pokok akuatik
melakukan fotosintesis
Kepingan polistren Mengelakkan dasar akuarium pecah.
12

Lakaran dasar akuarium


















Item Fungsi
Kayu bakau, model, cangkerang Menambahkan seri akuarium
Tumbuhan akuatik dan tiruan Menyerap bahan toksik dari
kumuhan ikan . Sisa kumuhan
ikan mendap di bawah dan
menjadi baja kepada
tumbuhan.
Membekal oksigen kepada ikan
Tempat perlindungan dan
tempat ikan kecil bermain
Batu-batu Menahan pokok akuatik
daripada tercabut.
Menampakkan keaslian
akuarium seperti di sungai.
13

Lakaran sisi akuarium

































Pasir halus dapat mencengkam akar pokok.
Pasir ditebalkan di belakang dan beransur
rendah ke depan. Tujuan supaya kotoran
makanan mudah bergolek ke bahagian depan
akuarium.
14

4.0 Hasil kerja saya






15

5.0 Ikan-ikan pilihan saya

JENIS IKAN BIL. MAKLUMAT IKAN
a) Peringkat lapisan permukaan



Ikan Molly
3 Ikan yang berada di
lapisan permukaan
(surface swimmer), perut
buncit, senang dipelihara,
tidak mudah diserang
penyakit, daya tahan
yang cukup tinggi,
spesies omnivor
b) Peringkat lapisan pertengahan




Ikan Neon Sword







Ikan Angelfish


10














4




Bersaiz kecil, sangat
agresif,






Badan pipih, mulut tajam,
sirip perut dan
punggungnya lebar kea
rah ekor, terdapat dua
sirip panjang berjuntai di
bahagian dada.



16







Ikan Tiger Barb








3

Ikan berwarna perak
berbelang hitam, sangat
aktif, hidup berkumpulan,
mudah dipelihara, Ikan ini
dapat hidup selama 2-3
tahun






c) Peringkat lapisan bawah





Suckermouth catfish













1

Dikenali sebagai ikan
Bandaraya, pemakan
alga/lumut, ikan jenis
omnivore, mempunyai
dua alat pernafasan iaiti
insang untuk bernafas
dalam air dan labirin
untuk bernafas dalam
lumpur










17

6.0 Pengiraan kos

Bil Bahan Kuantiti Kos
seunit(RM)
Jumlah
Kos(RM)
1 Akuarium
kaca

1 buah 75.00 75.00
2 Pam
penapis
1 buah 38.00 38.00
3 lampu 1 buah 30.00 30.00
4 Batu-batu
kecil
3 peket 5.00 15.00
5 Pasir 2 cawan (sumber sedia
ada)
--
6 Kayu (sumber sedia
ada)
--
7 Tumbuhan
akuatik
4 pohon 5.00 20.00
8 Makanan
ikan
1 botol 5.00 5.00
9 model 1 buah 20.00 20.00
10 Larutan anti
klorin
1 botol 5.00 5.00
11 Ikan hiasan 12 ekor Purata seekor
RM4.00
52.00
JUMLAH KESELURUHAN RM260.00







18

7.0 Jadual kerja carta gantt
BIL BULAN/MINGGU
AKTIVITI
JAN FEB MAC
M3 M1 M2 M3 M4 M1
1 Menerima tugasan
2 Merancang
Mencari maklumat dari internet
Membuat rujukan dari buku KH
tahun 5 dan ketua panitia KH

3 Menyenaraikan bahan/alatan
yang diperlukan
Mengumpul/ membeli
bahan/alatan

4 Membuat rakaman penyediaan
akuarium
Membersihkan akuarium
Menyediakan akuarium

5 Membeli ikan
Memasukkan ikan dalam
akuarium

6 Membuat rakaman
memasukkan ikan
Membuat laporan
Mencetak laporan
Memasukkan rakaman video
dalam CD
Menghantar tugasan kepada
pensyarah












19

Carta aliran kerja proses menyediakan akuarium


























Menyediakan
akuarium dan
merakam proses
penyediaan
akuarium
Membeli bahan/aksesori
Merancang dan melakar
akuarium(lanskap)

Memasukkan ikan
hiasan dan membuat
rakaman
Membeli ikan
hiasan
Pendokumentasian
Membuat anggaran kos
projek
20

8.0 Refleksi
Kerja Kursus Projek Perniagaan dan Keusahawanan RBT 3120, diserahkan
oleh pensyarah penasihat iaitu Encik Janom bin Saadun kepada kami dan
tempoh lebih kurang 2 bulan diberikan untuk kami menyerahkan kembali
tugasan laporan penyediaan akuarium yang telah lengkap disiapkan beserta
rakaman video. Setelah menerima tugasan ini, kami merasa janggal dengan
tajuk ikan hiasan. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya yang tidak pernah
memelihara ikan hiasan. Sebaik menerima tugasan, kolaborasi bersama
pensyarah dilakukan untuk lebih memahami kehendak soalan. Setelah itu,
perbincangan bersama rakan sekelas dan pencarian maklumat dilaksanakan.
Melalui tugasan ini, saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya
yang perlu diatasi.

Kekuatan diri saya ialah saya mempunyai ramai rakan yang tahu mengenai
ikan hiasan. Di samping itu, saya juga mempunyai saudara yang mempunyai 3
buah akuarium hiasan di rumah. Melalui kelebihan yang ada pada saya, saya
telah bertanya dan mendapat maklumat terperinci mengenai penyediaan
akuarium dan memilih ikan hiasan. Saya juga mendapat banyak maklumat dari
buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan Sibu. Sifat gigih yang ada pada diri
saya memudahkan lagi saya membuat tugasan.

Kelemahan yang dikenalpasti pula ialah masalah masa yang begitu padat
dengan tugasan subjek lain, tugasan saya sebagai guru tahun 6 dan tugasan
saya sebagai guru penyelaras kelab Sains dan Matematik di sekolah. Semester
ini, RBT 3120 mengkehendakkan kami membuat 2 jenis tugasan yang
memerlukan 2 laporan yang berasingan.

Ini dapat di atasi dengan membuat jadual harian saya dengan mengutamakan
tugas mengajar anak bangsa. Saya telah menggunakan setiap masa yang
terluang dengan membuat tugasan ini.

Kelemahan yang kedua saya ialah tidak mahir membuat rakaman video dalam
bentuk movie maker. Suasana menjadi kelam kabut apabila saya terpaksa
21

mengambil gambar dan membuat rakaman video lagi untuk tujuan
dokumentasi.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah belajar cara mengambil rakaman dan
memasukkan rakaman video dalam bentuk movie maker daripada guru ICT,
Cikgu Ian di sekolah. Saya juga dibantu oleh ahli keluarga untuk membuat
rakaman penyediaan akuarium.

Kelemahan seterusnya, saya ketandusan idea untuk membina lanskap
akuarium yang kreatif dan inovatif. Saya telah melakar beberapa cadangan
idea saya. Untuk mengatasi masalah ini, saya bertanya dan berbincang
bersama beberapa orang guru di sekolah SK. Sg, Durin. Akhirnya, setelah
berkolaborasi, saya menggabungkan idea asal saya dengan idea rakan guru,
maka terhasillah sebuah akuarium yang menarik.

Melalui tugasan ini, saya dapat menambah pengetahuan mengenai
pemeliharaan ikan hiasan. Secara keseluruhannya, tugasan ini begitu menguji
keupayaan saya dalam menyediakan lanskap akuarium yang kreatif dan yang
paling membanggakan saya mampu untuk menghasilkan satu lanskap
akuarium yang cukup menarik bagi saya. Semoga pengetahuan ini dapat saya
praktikkan untuk pengajaran KH Tahun 5 di sekolah kelak.













22

Rujukan

http://penjagaanikanhiasan.blogspot.com/
http://cara-memeliharaikandenganbaik.blogspot.com/
http://akuariumhias.blogspot.com/2013/04/ikan-serpent-loach.html
http://www.kkp.go.id/ikanhias/index.php/news/c/34/Tips-tips-Bagi-Yang-Ingin-Memelihara-
Ikan-Hias/?category_id=1

Abu Bakar dan Rakan (1998). Kemahiran Hidup Bersepadu, Selangor. Pelangi
Sdn. Bhd.

Aishah binti Abd. Rashid dan Faizah binti Ismail (2010). Kemahiran
Hidup Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.


Cheah Huck Chee. et.al. (1997). Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5
KBSR. Petaling Jaya, Selangor: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.

Gina Sandford, (2000) Understanding tropical fish, New York : Howell Books
Howell Books House.










23

LAMPIRAN A
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS PENDEK
NAMA PELAJAR : MEDLINE AK TAHA
KURSUS & AMBILAN : PPG SAINS & AMBILAN JUN 2011
MATA PELAJARAN : RBT3120
PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK JANOM BIN SAADUN


TARIKH

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

CATATAN / KOMEN
(HASIL PERBINCANGAN)

TANDATANGAN
(NAMA)


18. 01. 14

Taklimat tentang
Kerja Kursus






Penyerahan tugasan dan
berbincang bersama
pensyarah mengenai;
Tajuk tugasan
Objektif tugasan
Prosedur Pelaksanaan
Jadual Penentuan
Tugasan
Peraturan Memberi
Markah
Pengagihan tajuk tugasan


(En. Janom)



(Medline Taha)
19. 01. 14



Mengakses
maklumat


Mengumpul maklumat dari
internet menggunakan
komputer bilik akses Sekolah
(Medline Taha)


(Cikgu Ian Felix)
24


2. 02. 14


Bertukar maklumat
yang diperolehi.

Berkongsi dan bertukar idea
untuk menghasilkan rak

(Medline Taha)
(Dina Ganya)
(Sopia Manju)

14. 02. 14
Perbincangan
bersama ketua
panitia KH SK. Sg.
Durin
Ketua panitia memberi idea
Lakaran lanskap

(Medline Taha)
(Cikgu Francisco)

28. 02. 14
Penyediaan
akuarium
Membuat rakaman
penyediaan akuarium

Membersihkan akuarium

Menyediakan akuarium

(Medline Taha)

(Cikgu Ian Felix))

1.03. 14 Membuat
rakaman
memasukkan
ikan

Membuat
laporan

Mencetak
laporan

Memasukkan
rakaman video
dalam CD
Dibantu oleh suami
(Medline Taha)


(Ian Felix)


8.03. 14 Berkolaborasi
bersama
pensyarah
pembimbing
Menghantar tugasan (Encik Janom)

(Medline Taha)
25

LAMPIRAN B

CAKERA PADAT PROJEK IKAN HIASAN

You might also like