You are on page 1of 35

DRAF

DSP Matematik Tingkatan 2


28 September 2012



















KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
MATEMATIK
TINGKATAN 2

DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
2



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."







DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
3


PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Matematik Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk
guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.









DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
4

TAFSIRAN
o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik
tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan
kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu
perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih
petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan
dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.

Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk
atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .





DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
5



KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali







DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
6

TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHU Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara
yang asas.
2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa
yang telah dipelajari.
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN BERADAB
TERPUJ I
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN BERADAB
MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk
mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan
menjadi contoh secara tekal.





DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
7
MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK
Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran
matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan
bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya
menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.

OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK
Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan.
2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor,
Bentuk dan Ruang dan Perkaitan.
3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
Membuat anggaran dan penghampiran
Mengukur dan membina
Memungut dan mengendali data
Mewakilkan dan mentafsir data
Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik
Menggunakan algoritma dan perkaitan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan
4. Berkomunikasi secara matematik.
5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
8
6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7.Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta
meneroka ilmu matematik.
8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
9. Bersikap yang positif terhadap matematik.
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.











DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
9
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Tahu pengetahuan asas matematik.
2 Tahu dan faham konsep dalam matematik.
3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.
4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
5
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan
menggunakan pelbagai kaedah.
6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.





DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
10

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu
B1
Tahu pengetahuan asas
matematik.
B1D1
PENGENALAN KUASA DAN PUNCA
KUASA
B1D1E1
Menyatakan suatu nombor yang didarab dengan
nombor yang sama sebagai kuasa dua nombor
tersebut dan sebaliknya.

B1D1E2
Menyatakan suatu nombor yang didarab dua kali
dengan nombor yang sama sebagai kuasa tiga
nombor tersebut dan sebaliknya.
B1D2
UNGKAPAN ALGEBRA II
B1D2E1
Mengenal pasti pembolehubah dalam sebutan
algebra.

B1D2E2
a. Mengenal ungkapan algebra dalam dua atau
lebih pembolehubah.
b. Menentukan bilangan sebutan bagi ungkapan
algebra dalam dua atau lebih pembolehubah
yang diberi.

B1D3
PENGENALAN PERSAMAAN LINEAR
B1D3E1
Mengenal pasti :
a. sebutan algebra linear.
b. ungkapan algebra linear.

B1D4
PENGENALAN TEOREM
PYTHAGORAS
B1D4E1
Mengenal pasti hipotenus segitiga bersudut tegak.

B1D5
PENGENALAN KOORDINAT
B1D5E1
Mengenal pasti paksi-x, paksi-y dan asalan pada
satah Cartes.

DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
11
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu
B1
Tahu pengetahuan asas
matematik
B1D6
PENGENALAN BULATAN
B1D6E1
Mengenal pasti bulatan sebagai satu set titik yang
sama jarak dari satu titik tetap.
B1D7
PENGENALAN PENJELMAAN
B1D7E1
Mengenal pasti penjelmaan sebagai padanan satu-
dengan-satu antara titik pada satah.
2
Tahu dan
faham
B2
Tahu dan faham konsep dalam
matematik
B2D1
NOMBOR BERARAH
B2D1E1
Membanding dan menyusun perpuluhan.
B2D2
KUASA DUA DAN PUNCA KUASA
DUA
B2D2E1
Menentukan kuasa dua suatu nombor dengan
menggunakan kalkulator.

B2D2E2
Menyatakan punca kuasa dua suatu nombor positif
sebagai suatu nombor yang didarab dengan nombor
yang sama menghasilkan nombor positif tersebut.

B2D2E3
Menentukan punca kuasa dua nombor
menggunakan kalkulator.

B2D3
KUASA TIGA DAN PUNCA KUASA
TIGA
B2D3E1
Menentukan kuasa tiga suatu nombor
menggunakan kalkulator.

B2D3E2
Menyatakan punca kuasa tiga suatu nombor
sebagai suatu nombor yang didarab dengan nombor
yang sama dua kali menghasilkan nombor tersebut.

B2D3E3
Menentukan punca kuasa tiga suatu nombor
menggunakan kalkulator.

DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
12
C
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan
faham
B2
Tahu dan faham konsep dalam
matematik
B2D4
UNGKAPAN ALGEBRA II
B2D4E1
a. Mengenal pasti :
i. sebutan algebra dalam dua atau lebih
pembolehubah sebagai hasil darab
pembolehubah tersebut dengan suatu
nombor.
ii. pekali dalam sebutan algebra yang diberi.
iii. sebutan algebra serupa dan sebutan
algebra tak serupa.

b. Menyatakan sebutan serupa bagi suatu sebutan
algebra yang diberi.

B2D4E2
Menulis ungkapan algebra bagi situasi yang diberi
menggunakan simbol huruf.

B2D5
PERSAMAAN LINEAR
B2D5E1
Menyatakan hubungan antara dua kuantiti
menggunakan simbol = atau .

B2D5E2
Menentukan sama ada persamaan yang diberi
adalah:
a. persamaan linear.
b. persamaan linear dalam satu pembolehubah.
B2D6
NISBAH, KADAR DAN KADARAN
B2D6E1
Membandingkan :
a. dua kuantiti dalam bentuk a : b atau
b
a
.

b. tiga kuantiti dalam bentuk a : b : c.

DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
13

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan
faham
B2
Tahu dan faham konsep dalam
matematik
B2D7
TEOREM PYTHAGORAS
B2D7E1
Menentukan hubungan antara panjang sisi segitiga
bersudut tegak.

B2D8
KOORDINAT
B2D8E1
Menanda nilai pada kedua-dua paksi dengan
melanjutkan urutan nilai yang diberi.

B2D8E2
Mengenal pasti titik tengah suatu garis lurus yang
menyambung dua titik.

B2D9
BULATAN
B2D9E1
Mengenal pasti bahagian bulatan :
a. pusat.
b. lilitan.
c. jejari.
d. diameter.
e. perentas.
f. lengkok.
g. sektor.
h. tembereng.

DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
14

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan
faham
B2
Tahu dan faham konsep dalam
matematik
B2D10
JENIS-JENIS PENJELMAAN
B2D10E1
Mengenal pasti objek dan imej bagi suatu
penjelmaan.

B2D10E2
Mengenal pasti :
a. translasi.
b. pantulan.
c. putaran.

B2D10E3
a. Mengenal pasti suatu isometri.
b. Menentukan sama ada penjelmaan yang diberi
adalah isometri.

B2D10E4
Mengenal pasti sama ada dua rajah adalah
kongruen.

B2D11
CIRI-CIRI PEPEJAL GEOMETRI II
B2D11E1
Menyatakan ciri geometri bagi prisma, piramid,
silinder, kon dan sfera.

B2D11E2
Menyatakan luas permukaan bagi prisma, piramid,
silinder dan kon.

B2D12
STATISTIK
B2D12E1
Mengkelaskan data berpandukan data yang boleh
dikumpul secara:
a. mengira.
b. mengukur.

DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
15
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3
Tahu, faham dan boleh
menggunakan kemahiran asas
matematik
B3D1
OPERASI NOMBOR BERARAH
B3D1E1
a. Mendarab integer.
b. Membahagi integer.

B3D1E2
Membanding dan menyusun pecahan.

B3D1E3
a. Melaksanakan penambahan, penolakan,
pendaraban atau pembahagian terhadap
i. pecahan.
ii. perpuluhan.
b. Melaksanakan penambahan, penolakan,
pendaraban atau pembahagian yang
melibatkan dua nombor berarah.

B3D2
KUASA DUA DAN PUNCA KUASA
DUA
B3D2E1
a. Menentukan kuasa dua suatu nombor tanpa
menggunakan kalkulator.
b. Menganggar kuasa dua suatu nombor.

B3D2E2
a. Menyenaraikan kuasa dua sempurna.
b. Menentukan sama ada suatu nombor adalah
kuasa dua sempurna.

B3D2E3
a. Menentukan punca kuasa dua bagi kuasa dua
sempurna tanpa menggunakan kalkulator.
b. Menentukan punca kuasa dua nombor tanpa
menggunakan kalkulator.
c. Menganggar punca kuasa suatu dua nombor.


DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
16
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3
Tahu, faham dan boleh
menggunakan kemahiran asas
matematik
B3D3
KUASA TIGA DAN PUNCA KUASA
TIGA
B3D2E4
Mendarab dua punca kuasa dua.

B3D3E1
a. Menentukan kuasa tiga suatu nombor tanpa
menggunakan kalkulator.
b. Menganggar kuasa tiga suatu nombor.

B3D3E2
a. Menentukan punca kuasa tiga suatu integer
tanpa menggunakan kalkulator.
b. Menentukan punca kuasa tiga suatu nombor
tanpa menggunakan kalkulator.
c. Menganggar punca kuasa tiga suatu nombor.

B3D4
OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA II
B3D4E1
Menentukan :
a. hasil darab dua sebutan algebra.
b. hasil bahagi dua sebutan algebra.

B3D4E2
Mempermudahkan ungkapan algebra dengan
mengumpulkan sebutan serupa.

B3D4E3
Menentukan nilai ungkapan dengan menggantikan
huruf dengan nombor.

B3D4E4
a. Mendarab dan membahagi ungkapan algebra
dengan suatu nombor.
b. Melaksanakan :
i. penambahan
ii. penolakan
yang melibatkan dua ungkapan algebra.
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
17
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3
Tahu, faham dan boleh
menggunakan kemahiran asas
matematik
B3D5
PERSAMAAN LINEAR
B3D5E1
Menulis persamaan linear dalam satu
pembolehubah bagi pernyataan yang diberi dan
sebaliknya.

B3D5E2
Menentukan :
a. sama ada suatu nilai berangka adalah
penyelesaian bagi persamaan linear dalam
satu pembolehubah yang diberi.
b. penyelesaian persamaan linear dalam satu
pembolehubah menggunakan kaedah cuba-
jaya.

B3D5E3
Menyelesaikan persamaan dalam bentuk :
a. x + a = b
b. x a = b
c. ax = b
d. b =
a
x

apabila a, b, c ialah integer dan x ialah
pembolehubah.

B3D6
NISBAH, KADAR DAN KADARAN
B3D6E1
Menentukan sama ada nisbah yang diberi adalah
nisbah setara.

B3D6E2
Mempermudahkan suatu nisbah kepada sebutan
terendah.

B3D6E3
Menyatakan nisbah yang berkaitan dengan suatu
nisbah yang diberi.
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
18
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3
Tahu, faham dan boleh
menggunakan kemahiran asas
matematik
B3D6
NISBAH, KADAR DAN KADARAN
B3D6E4
Menyatakan sama ada dua pasangan kuantiti ialah
suatu kadaran.

B3D6E5
Menentukan sama ada suatu kuantiti berkadar
dengan kuantiti yang lain apabila diberi dua nilai
bagi setiap kuantiti tersebut.

B3D6E6
Menentukan sama ada nisbah yang diberi adalah
nisbah setara.

B3D6E7
Mempermudahkan nisbah tiga kuantiti kepada
sebutan terendah.

B3D6E8
Menyatakan nisbah bagi mana-mana dua kuantiti
apabila nisbah tiga kuantiti diberi.

B3D7
TEOREM PYTHAGORAS
B3D7E1
Menentukan sama ada suatu segitiga ialah segitiga
bersudut tegak.

B3D8
ASAS PEMBINAAN GEOMETRI
B3D8E1
Membina suatu tembereng garis apabila panjang
diberi.



DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
19
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3
Tahu, faham dan boleh
menggunakan kemahiran asas
matematik
B3D9
KOORDINAT
B3D9E1
Memplot dan menyatakan :
a. koordinat titik apabila jarak dari paksi-x dan
paksi-y diberi.
b. jarak titik dari paksi-x dan paksi-y, apabila
koordinat diberi.

B3D9E2
Menyatakan koordinat titik pada satah Cartes.

B3D9E3
Menyatakan skala yang digunakan pada kedua-dua
paksi koordinat yang diberi apabila :
a. skala adalah sama.
b. skala adalah berbeza.

B3D9E4
Menanda nilai pada kedua-dua paksi dengan
merujuk kepada skala yang diberi.

B3D9E5
Menyatakan koordinat suatu titik dengan merujuk
kepada skala yang diberi.

B3D9E6
Menentukan jarak di antara dua titik yang
mempunyai :
a. koordinat-y yang sama.
b. koordinat-x yang sama.

B3D9E7
Menentukan koordinat titik tengah suatu garis lurus
yang menyambung dua titik pada :
a. koordinat-y yang sama.
b. koordinat-x yang sama.
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
20
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3
Tahu, faham dan boleh
menggunakan kemahiran asas
matematik
B3D10
LOKUS DALAM DUA DIMENSI
B3D10E1
Menerangkan dan melakar lokus bagi suatu objek
yang bergerak.

B3D10E2
Menentukan lokus bagi suatu titik yang :
a. berjarak tetap dari satu titik tetap.
b. berjarak sama dari dua titik tetap.
c. berjarak tetap dari satu garis lurus.
d. berjarak sama dari dua garis lurus yang
bersilang.

B3D11
BULATAN
B3D11E1
Melukis :
a. bulatan apabila jejari dan pusat bulatan diberi.
b. diameter yang melalui suatu titik tertentu
dalam suatu bulatan dengan pusat bulatan
diberi.
c. perentas yang melalui satu titik pada lilitan
apabila ukuran panjang diberi.
d. sektor apabila saiz sudut pada pusat dan jejari
bulatan diberi.

B3D11E2
Menganggarkan nilai .

B3D11E3
a. Menerbitkan rumus lilitan bulatan.
b. Menentukan lilitan bulatan apabila diberi :
i. diameter.
ii. jejari.



DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
21
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3
Tahu, faham dan boleh
menggunakan kemahiran asas
matematik
B3D11
BULATAN
B3D11E4
a. Menerbitkan rumus panjang lengkok.
b. Menentukan panjang lengkok apabila sudut
pada pusat dan jejari diberi.

B3D11E5
a. Menerbitkan rumus luas bulatan.
b. Menentukan luas bulatan apabila diberi :
i. jejari.
ii. diameter.

B3D11E6
a. Menerbitkan rumus luas sektor.
b. Menentukan luas sektor apabila jejari dan
sudut pada pusat bulatan diberi.

B3D12
CIRI-CIRI PENJELMAAN
B3D12E1
Menentukan :
a. imej suatu objek di bawah translasi yang
diberi.
b. ciri suatu translasi.

B3D12E2
a. Menentukan :
i. imej suatu objek di bawah suatu pantulan
pada garis yang diberi.
ii. ciri suatu pantulan.
b. Menentukan :
i. imej suatu objek apabila paksi pantulan
diberi.
ii. paksi pantulan apabila objek dan imej
diberi.


DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
22
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3
Tahu, faham dan boleh
menggunakan kemahiran asas
matematik
B3D12
CIRI-CIRI PENJELMAAN
B3D12E3
Menentukan :
a. imej suatu objek di bawah suatu putaran
apabila pusat, sudut dan arah putaran diberi.
b. ciri suatu putaran.
c. i. imej suatu objek apabila pusat, sudut dan
arah putaran diberi.
ii. pusat, sudut dan arah putaran, apabila
objek dan imej diberi.

B3D12E4
Membina pola menggunakan isometri.

B3D12E5
Mengenal pasti kekongruenan antara dua rajah
sebagai satu ciri isometri.

B3D12E6
Menentukan ciri sisi empat menggunakan pantulan
dan putaran.



DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
23
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3
Tahu, faham dan boleh
menggunakan kemahiran asas
matematik
B3D13
PEPEJAL GEOMETRI II
B3D13E1
Menyatakan jenis pepejal apabila suatu bentangan
diberi.

B3D13E2
Menentukan luas permukaan bagi prisma, piramid,
silinder dan kon.

B3D13E3
Menentukan luas permukaan bagi sfera
menggunakan rumus piawai.

B3D14
STATISTIK
B3D14E1
Mengumpul dan merekod data secara sistematik.

B3D14E2
Menentukan kekerapan dalam suatu data.

B3D14E3
Menentukan :
a. data yang mempunyai kekerapan tertinggi.
b. data yang mempunyai kekerapan terendah.
c. kekerapan bagi suatu nilai tertentu.

B3D14E4
Memperoleh maklumat daripada :
a. jadual kekerapan.
b. piktograf.
c. carta palang.
d. graf garis.



DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
24

PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
B4
Tahu, faham dan boleh
menyelesaikan masalah
matematik secara sistematik.

B4D1
OPERASI NOMBOR BERARAH
B4D1E1
Menyelesaikan masalah yang melibatkan :
a. pendaraban integer.
b. pembahagian integer.

B4D1E2
Melaksanakan masalah yang melibatkan operasi
bergabung bagi penambahan, penolakan,
pendaraban dan pembahagian integer.

B4D1E3
Melaksanakan pengiraan yang melibatkan
gabungan dua atau lebih operasi terhadap nombor
berarah termasuk penggunaan tanda kurung.

DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
25
B4D2
PENYELESAIAN MASALAH KUASA
DAN PUNCA KUASA
B4D2E1
Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang
melibatkan :
a. kuasa dua nombor.
b. kuasa dua dan punca kuasa dua.

B4D2E2
Mengemuka dan menyelesai masalah melibatkan :
a. kuasa tiga nombor.
b. kuasa tiga dan punca kuasa tiga.

B4D3
OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA II
B4D3E1
Melaksanakan pendaraban dan pembahagian yang
melibatkan sebutan algebra.

B4D3E2
Mempermudahkan ungkapan algebra.










DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
26
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
B4
Tahu, faham dan boleh
menyelesaikan masalah
matematik secara sistematik.
B4D4
PENYELESAIAN PERSAMAAN
LINEAR
B4D4E1
Menyelesaikan persamaan dalam bentuk
ax +b =c, apabila a, b, c ialah integer dan x ialah
pembolehubah.

B4D4E2
Menyelesaikan persamaan linear dalam satu
pembolehubah.

B4D5
OPERASI NISBAH, KADAR DAN
KADARAN
B4D5E1
Menentukan nilai satu daripada dua kuantiti apabila
nisbah :
a. dua kuantiti tersebut dan nilai kuantiti yang
satu lagi diberi.
b. hasil tambah dua kuantiti tersebut diberi.

B4D5E2
Menentukan hasil tambah dua kuantiti apabila
nisbah dan beza antara dua kuantiti tersebut diberi.

B4D5E3
Menentukan nisbah bagi a : b : c apabila nisbah
a : b dan b : c diberi.

B4D5E4
Menentukan nilai dua daripada tiga kuantiti apabila
diberi nisbah tiga kuantiti tersebut dan nilai kuantiti
yang satu lagi.


DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
27

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
B4
Tahu, faham dan boleh
menyelesaikan masalah
matematik secara sistematik.
B4D6
APLIKASI TEOREM PYTHAGORAS
B4D6E1
Menghitung panjang sisi segitiga bersudut tegak
menggunakan Teorem Pythagoras.

B4D7
PEMBINAAN GEOMETRI
B4D7E1
Membina suatu segitiga apabila panjang setiap sisi
diberi.

B4D7E2
Membina:
(a) pembahagi dua sama serenjang bagi suatu
tembereng garis yang diberi.
(b) garis yang berserenjang dengan suatu garis
dan melalui suatu titik pada garis tersebut.
(c) garis yang berserenjang dengan suatu garis
dan melalui suatu titik yang bukan pada garis
tersebut.

B4D7E3
Membina :
a. sudut 60
o

b. sudut 120
o
.
c. pembahagi dua sama sudut.


DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
28

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
B4
Tahu, faham dan boleh
menyelesaikan masalah
matematik secara sistematik.
B4D8
KOORDINAT
B4D8E1
Memplot titik dengan merujuk kepada koordinat dan
skala yang diberi.

B4D8E2
Menentukan jarak di antara dua titik menggunakan
Teorem Pythagoras.

B4D8E3
Menentukan koordinat titik tengah suatu garisan
yang menyambung dua titik.

B4D9
PEMBINAAN LOKUS DALAM DUA
DIMENSI
B4D9E1
Membina lokus bagi suatu titik yang memenuhi
syarat berikut :
a. berjarak tetap dari suatu titik tetap.
b. berjarak sama dari dua titik tetap.
c. berjarak tetap dari satu garis lurus.
d. berjarak sama dari dua garis bersilang.

B4D10
APLIKASI RUMUS BULATAN
B4D10E1
Menentukan :
a. pusat
b. jejari
bagi bulatan yang diberi menggunakan
pembinaan.


DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
29
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
B4
Tahu, faham dan boleh
menyelesaikan masalah
matematik secara sistematik.
B4D10
APLIKASI RUMUS BULATAN
B4D10E2
Menentukan :
a. diameter dan jejari apabila lilitan bulatan
diberi.
b. sudut pada pusat apabila panjang lengkok dan
jejari diberi.
c. jejari apabila panjang lengkok dan sudut pada
pusat diberi.
d. jejari dan diameter apabila luas bulatan diberi.
e. sudut pada pusat bulatan apabila jejari dan
luas sektor diberi.
f. jejari apabila luas sektor dan sudut pada pusat
bulatan diberi.

4
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
B4
Tahu, faham dan boleh
menyelesaikan masalah
matematik secara sistematik.
B4D11
PENJELMAAN
B4D11E1
a. Menghuraikan translasi :
i. dengan menyatakan arah dan jarak
pergerakan.
ii. dalam bentuk

b
a

b. Menentukan koordinat bagi :
i. imej apabila koordinat objek diberi.
ii. objek apabila koordinat imej diberi
di bawah suatu translasi.

B4D11E2
a. Menentukan koordinat bagi :
i. imej apabila koordinat objek diberi.
ii. objek apabila koordinat imej diberi
di bawah suatu pantulan.
b. Menghuraikan pantulan apabila objek dan imej
diberi.
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
30
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
B4
Tahu, faham dan boleh
menyelesaikan masalah
matematik secara sistematik.
B4D11
PENJELMAAN
B4D11E3
a. Menentukan koordinat bagi :
i. imej apabila koordinat objek diberi
ii. objek apabila koordinat imej diberi
di bawah suatu putaran.
b. Menerangkan suatu putaran apabila objek dan
imej diberi.

B4D11E4
Menyelesaikan masalah yang melibatkan
kekongruenan.
B4D12
APLIKASI RUMUS PEPEJAL
GEOMETRI II
B4D12E1
Melukis bentangan bagi prisma, piramid, silinder
dan kon.

B4D12E2
Membina model pepejal apabila suatu bentangan
diberi.

B4D13
PERWAKILAN DATA STATISTIK
B4D13E1
Mengurus data dengan membina :
a. jadual gundalan
b. jadual kekerapan

B4D13E2
a. Membina :
i. piktograf
ii. carta palang
untuk mewakilkan data.
b. Mewakilkan data menggunakan graf garis



DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
31
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
terpuji
B5
Menggunakan pengetahuan
dan kemahiran matematik
dalam menyelesaikan masalah
yang kompleks dengan
menggunakan pelbagai kaedah
B5D1
PENYELESAIAN MASALAH
NOMBOR BERARAH
B5D1E1
a. Menyelesaikan masalah yang melibatkan
operasi bergabung bagi penambahan,
penolakan, pendaraban dan pembahagian
integer termasuk penggunaan tanda kurung.
b. Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang
melibatkan nombor berarah.

B5D2
GABUNGAN OPERASI KUASA DAN
PUNCA KUASA
B5D2E1
Melaksanakan pengiraan yang melibatkan
penambahan, penolakan, pendaraban,
pembahagian dan operasi bercampur terhadap
kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca
kuasa tiga.
B5D3
PENYELESAIAN MASALAH
PERSAMAAN LINEAR
B5D3E1
Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang
melibatkan persamaan linear dalam satu
pembolehubah.
B5D4
PENYELESAIAN MASALAH NISBAH,
KADAR DAN KADARAN
B5D4E1
Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang
melibatkan nisbah dan kadaran.

B5D4E2
a. Menentukan nilai bagi setiap daripada tiga
kuantiti apabila diberi :
i. nisbah dan hasil tambah tiga kuantiti
tersebut.
ii. nisbah dan beza antara dua daripada tiga
kuantiti tersebut.
b. Menentukan hasil tambah tiga kuantiti apabila
nisbah dan beza antara dua daripada tiga
kuantiti tersebut diberi.
c. Mengemuka dan menyelesaikan masalah
yang melibatkan nisbah tiga kuantiti.

DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
32
B5D5
PENYELESAIAN MASALAH TEOREM
PYTHAGORAS
B5D5E1
Menentukan panjang sisi bentuk geometri
menggunakan Teorem Pythagoras

B5D5E2
a. Menyelesaikan masalah yang melibatkan
akas Teorem Pythagoras.
b. Menyelesaikan masalah menggunakan Teorem
Pythagoras.




























DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
33
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
terpuji
B5
Menggunakan pengetahuan
dan kemahiran matematik
dalam menyelesaikan masalah
yang kompleks dengan
menggunakan pelbagai kaedah
B5D6
PEMBINAAN GEOMETRI
B5D6E1
Membina segitiga apabila diberi :
a. panjang satu sisi dan saiz dua sudut.
b. panjang dua sisi dan saiz satu sudut.

B5D6E2
Membina:
a. garis selari.
b. segiempat selari apabila panjang setiap sisi
dan saiz satu sudut diberi.

B5D7
PENYELESAIAN MASALAH
KOORDINAT
B5D7E1
Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang
melibatkan :
a. koordinat.
b. jarak di antara dua titik.
c. titik tengah.

B5D8
PERSILANGAN LOKUS DALAM DUA
DIMENSI
B5D8E1
Menentukan persilangan dua lokus dengan melukis
lokus yang memenuhi syarat kedua-dua lokus.

B5D9
PENYELESAIAN MASALAH
BULATAN
B5D9E1
Menyelesaikan masalah yang melibatkan :
a. lilitan bulatan.
b. lengkok bulatan.
c. luas bulatan.
d. luas sektor.


B5D9E2
Menentukan luas bulatan apabila diberi lilitan dan
sebaliknya.


DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
34
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
terpuji
B5
Menggunakan pengetahuan
dan kemahiran matematik
dalam menyelesaikan masalah
yang kompleks dengan
menggunakan pelbagai kaedah
B5D10
PENYELESAIAN MASALAH
PENJELMAAN
B5D10E1
Menyelesaikan masalah yang melibatkan :
a. translasi.
b. pantulan.
c. putaran.

B5D11
PENYELESAIAN MASALAH
PEPEJAL GEOMETRI
B5D11E1
a. Menentukan :
i. panjang sisi
ii. tinggi
iii. tinggi sendeng
iv. jejari
v. diameter
bagi suatu pepejal apabila luas permukaan dan
maklumat lain yang berkaitan diberi.

b. Menyelesaikan masalah yang melibatkan luas
permukaan.


B5D12
PENYELESAIAN MASALAH
STATISTIK
B5D12E1
Menyelesaikan masalah yang melibatkan:
a. piktograf.
b. carta palang.
c. graf garis.


DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
35

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
Tahu, faham
dan boleh
buat dengan
beradab
mithali
B6
Menguasai dan mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran
matematik secara kreatif,
inovatif dan berkesan.
B6D1
Penyelesaian masalah matematik
dalam suatu situasi secara kreatif dan
inovatif
B6D1E1

Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk
menyelesaikan masalah matematik dalam suatu
situasi yang melibatkan gabungan pengetahuan dan
kemahiran matematik
Atau
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk
persembahan, penulisan , projek atau permainan
yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran
matematik secara kreatif.

You might also like