You are on page 1of 25

830724135262001

HBMT 2203

1











SEMESTER JANUARI 2013 (SMP KHAS)

HBML 2203
TEACHING OF ELEMENTARY
MATHEMATICS PART II


NO. MATRIKULASI : 830724135262001
NO. KAD PENGNEALAN : 830724-13-5262
NO. TELEFON : 014 2876075 / 010 9602263
E-MEL : murengmang@ymail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MIRI

830724135262001
HBMT 2203

2


Senarai Kandungan


Bil Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Analisis Amalan Pengajaran Semasa 4
2
2.1 Konsep Pecahan 6

2.2 Konsep Pecahan Setara 11

3.0 Cadangan Pendekatan Bagi Pengajaran Pecahan
Setara
17

4.0 Rancangan Mengajar 19

5.0 Kesimpulan 22


6.0 Bibliografi 24










830724135262001
HBMT 2203

3


1.0 PENGENALAN
Setelah sekian lama Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan, kajian mendapati
presatsi dan minat pelajar terhadap subjek matematik masih kurang memuaskan. (Jemaah
Nazir Sekolah Persekutuan, 1996). Keadaan ini mungkin disebabkan beberapa faktor
seperti amalan pengajaran dan pembelajaran yang masih berpusatkan guru dan terikat
dengan kaedah tradisional. Dari sudut pedagogi pula, amalan guru masih sama dengan
dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir, 1996).
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang yang
sentiasa menjadi bahan kajian para penyelidik. Seorang bakal pendidik harus memahami
cara mengajar yang berkesan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Jadi, seoarang
pendidik haruslah belajar cara mengajar . Ini kerana pengajaran matematik agak berbeza
dengan subjek-subjek lain di mana pengajaran matematik adalah melibatkan pembinaan
konsep di samping penguasaan kemahiran serta penyelesaian masalah (Souviney, 1990;
NTCM, ICME, 1994; Skemp, 1987; Swetz & Tim, 1988; Cockroft, 1982; Nil Aziz. 1992;
Ibrahim, 1994).
Seorang guru yang berkesan haruslah mampu mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Jenis pemahaman yang mendalam tentang asas pengetahuan
yang berlainan, proses pewajaran pedagogi, kemahiran mengajar dan keyakinan guru
yang tinggi perlu bagi tujuan tersebut (Rossie Turner Bisset, 2006). Selain itu, pelbagai
faktor perlu diambil kira dalam usaha mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
matematik yang berkesan. Anataranya ialah latar belakang dan taraf sosio-ekonomi
pelajar, iklim bilik darjah, tahap kebolehan dan kecerdasan dan sebagainya turut
menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Oleh itu, seorang pendidik wajib memiliki Pengetahuan Pedagogi dan Isi
Kandungan (PPIK) dalam usaha menjadi seorang guru yang berkesan. PPIK adalah
merupakan sejenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ianya merujuk kepada
cara guru menyampaikan isi kandungan agar lebih mudah difahami serta dapat
menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. Selain itu, ia juga adalah berdasarkan cara
guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang
830724135262001
HBMT 2203

4


dimilki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang yang perlu diajar). Intergrasi kedua-
dua jenis pengetahuan tersebut akan menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.
Matlamat kertas ini adalah untuk melihat amalan yang biasa dilakukan di sekolah
dalam mengajar konsep asas pecahan dan pecahan setara.Seterusnya kita juga akan
melihat cadangan pendekatan dalam pengajaran konsep pecahan dan pecahan setara bagi
memberi peluang kepada murid-murid Tahun 3 untuk mempelajarinya dengan lebih
berkesan lagi.

2.0 ANALISIS AMALAN SEMASA BAGI PENGAJARAN TOPIK PECAHAN
Matematik sekolah rendah merupakan salah satu mata pelajaran asas yang
menegaskan penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran
mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai murni.
Pecahan merupakan salah satu tajuk yang diajar di dalam bidang Nombor dan Operasi.
Perkataan fractions berasal daripada perkataan latin yang bermaksud breaking atau
memecahkan atau memisahkan sesuatu secara sama rata. Apabila satu unit daripada
keseluruhan kuantiti dibahagikan kepada bahagian yang sama, mana-mana bahagian
dalam kuantititi tersebut akan dikenali sebagai pecahan unit (fractions of unit). Jadual
berikut menunjukkan bagaimanana membaca sesuatu pecahan.





Pecahan merupakan nombor yang mewakili satu atau lebih bahagian yang sama
dibahagikan daripada keseluruhannya. Contohnya, dalam rajah di bawah setiap
bahagian adalah 1 daripada 6 bahagian yang sama.



830724135262001
HBMT 2203

5


Pecahan juga boleh digunakan untuk menamakan sebahagian daripada koleksi atau
satu set objek atau kumpulan. Contohnya,


Setiap pensel di atas adalah 1 daripada sekumpulan 4 pensel.
Pecahan boleh diwakili oleh gambar rajah. Contohnya,


Bahagian-bahagian yang berlorek dalam gambar rajah adalah mewakili 8
bahagian daripada 9 bahagian yang sama. Dengan kata lain, 8/9 daripada gambar
rajah.

Bilangan 1 pula adalah mewakili semua bahagian keseluruhannya.






830724135262001
HBMT 2203

6


Pecahan setara pula merupakan pecahan yang mempunyai nilai yang sama
walaupun pada zahirnya ia kelihatan tidak sama. Ini kerana apabila pengangka dan
penyebut kedua-dua pecahan tersebut didarab mahupun dibahagikan, nilainya tetap sama.




=

=





Rajah di atas menunjukkan yang ketiga-tiga pecahan mempunyai nilai yang sama
walaupun jika kita lihat secara zahir, pengangka dan penyebut terdiri daripada nombor yang
berbeza. Perkara inilah yang selalu membuat murid keliru ketika membandingkan dua
pecahan serta tersilap tafsir/ anggap bahawa angka ynag besar bermaksud nilainya juga
besar. Justeru, pendekatan, strategi, kaedah serta pemilihan bahan yang tepat amat penting
ketika mengajar konsep pecahan.

2.1 Rancangan Mengajar Konsep Pecahan

Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : 3 Bestari
Masa : 60 minit
Tajuk : Pecahan
Bilangan murid : 26 orang
Objektif Pelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat;
1
/
2

2
/
4

4
/
8

830724135262001
HBMT 2203

7


a) Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1
dan penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan
bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas.

Bahan Bantu Belajar : sebiji kek, lilin, reben, gambar, lembaran kerja, gunting
Pengetahuan sedia ada : Murid biasa membahagikan barang atau makanan dalam
kehidupan seharian mereka

Fasa Aktiviti Komunikasi
1. Persediaan
Pemerhatian dan
Analisis
a. Guru meletakkan sebiji kek dan
beberapa batang lilin.
b. Guru meminta murid yang lahir
pada hari berkenaan atau bulan
yang terdekat supaya meniup
lilin.
c. Murid diminta membuat
pemerhatian semasa guru
memotong kek.
Soalan:
i. Siapa yang suka makan
kek?
ii. Mengapa kamu suka makan
kek?
iii. Pernahkah kamu membantu
ibu membuat kek di rumah?
iv. Pada pendapat kamu,
berapakah harga sebiji kek
ini?
v. Kek ini telah dipotong
kepada berapa bahagian?
vi. Berapa bahagiankah yang
telah diambil daripada sebiji
kek?
2. Imaginasi
Penjanaan Idea
dan Sintesis Idea
a. Guru menunjukkan gambar
sekeping piza.
b. Guru membahagikan gambar
tersebut kepada enam bahagian.
i. Berapa bahagiankah yang
telah diambil?
830724135262001
HBMT 2203

8


c. Seorang murid diminta untuk
mengambil satu bahagian
daripada enam bahagian piza
tersebut.
d. Guru menyoal murid jumlah
bahagian pizza yang telah
diambil.
3. Perkembangan
Aplikasi Idea
Murid dibimbing mewakilkan
pecahan sebagai sebahagian
daripada satu atau sekumpulan
objek.
Bahan konkrit
a. Sehelai reben diedarkan
kepada murid-murid.
b. Murid memotong reben
kepada enam bahagian.
c. Guru menegaskan bahawa
pecahan mempunyai setiap
bahagian yang sama besar.
d. Murid diminta mengambil
satu bahagian yang dipotong.
e. Guru menerangkan kepada
murid tentang konsep
pecahan.
f. Perkara yang perlu
ditegaskan; semua bahagian:
berasal daripada satu
objek
lebih kecil daripada
i. Mengapa reben yang
dipotong tidak sama
panjang?
ii. Mengapakah bahagaian
yang dipotong mesti sama
panjang?
830724135262001
HBMT 2203

9


objek yang asal
sama saiz
Gambar
a. Murid diminta menamakan
pecahan berdasarkan
beberapa gambar yang
ditunjukkan.





















830724135262001
HBMT 2203

1
0



Murid mewakilkan pecahan sebagai
sebahagian daripada lipatan kertas.
a. Guru menunjukkan cara dan
meminta murid untuk
melipat kertas kepada dua
bahagian dan empat
bahagian.
b. Guru meminta murid untuk
melorek satu bahagian
daripada dua lipatan tersebut
dan menyatakan jumlah
bahagian yang dilorek
daripada seluruh bahagian
yang dilipat.

4. Tindakan
Penilaian
Murid menggunakan bahan yang
disediakan oleh guru untuk
menghasilkan pecahan.
a. Setiap kumpulan memotong
seutas tali kepada dua
bahagian dan menyerahkan
satu bahagian kepada guru.
b. Mereka diminta menyatakan
pecahan tali yang diambil
oleh guru daripada
keseluruhan tali.

830724135262001
HBMT 2203

1
1


c. Aktiviti a dan b diulang
dengan menggunakan bola
dan botol air.
5. Pentaksiran a. Murid membuat lembaran
kerja.
b. Perbincangan jawapan
bersama guru.



2.2 Rancangan Mengajar Konsep Pecahan Setara

Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : 3 Amanah
Masa : 60 minit
Tajuk : Pecahan
Bilangan murid : 28 orang
Objektif Pelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat;
a) Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang
penyebutnya hingga 10.
Bahan Bantu Belajar : buah epal, jalur pecahan, lembaran aktiviti,
Pengalaman sedia ada : murid telah mengetahui konsep asas pecahan.
Fasa Aktiviti Catatan
1. Persediaan
Pemerhatian dan
Analisis
a. Guru meletakkan dua biji buah epal yang sama di
hadapan kelas.
b. Guru meminta murid memerhati buah epal tersebut.
Epal A dipotong kepada dua bahagian dan epal B

830724135262001
HBMT 2203

1
2


dipotong kepada empat bahagian yang sama.
c. Murid diminta untk membandingkan setiap
bahagian potongan epal-epal tersebut.

2. Imaginasi
Penjanaan Idea
dan Sintesis Idea
a. Guru menulis pecahan di papan tulis .




b. Guru meminta murid membuat perbandingan di
antara kedua-dua pecahan tersebut dengan meneliti
rajah di bawah.



c. Guru bersoal jawab dengan murid.


3. Perkembangan
Aplikasi Idea
a. Guru mempamerkan jalur pecahan di papan
hitam.
b. Guru meminta murid untuk membanding dua
pecahan menggunakan jalur pecahan tersebut .
c. Guru mengulangi aktiviti dengan beberapa
pecahan yang lain.
d. Guru menegaskan bahawa pecahan setara adalah

1
2
2
4
3
6
4
8
830724135262001
HBMT 2203

1
3


sama nilainya.
4. Tindakan
Penilaian

a. Guru mengedarkan lembaran aktiviti mencari
pecahan setara kepada setiap murid.
b. Perbincangan dan pembetulan.
c. Hadiah berbentuk alat tulis diberi kepada murid
yang berjaya menjawab lembaran aktiviti
dengan betul

5. Pentaksiran a. Murid membuat lembaran kerja.
b. Perbincangan jawapan bersama guru.



Bagi membuat analisis kertas ini, saya telah memerhatikan pengajaran dua orang guru,
guru A dan Guru B. Guru A adalah major dalam pengajian matematik manakala guru B pula
minor dalam pengajian matematik. Guru A berpengalaman 12 tahun dalam mengajar mata
pelajaran matematik manakala guru B pula telah mengajar matematik selama tiga tahun. Mereka
mengajar matematik bagi dua kelas yang berbeza iaitu kelas Tahun 3 Amanah dan Tahun 3
Bestari.
Kita akan menganalisis pengajaran mereka secara satu per satu. Bahagian ini hanya
membincangkan pengajaran guru A bagi menyampaikan konsep pecahan. (rujuk rancangan
mengajar di atas). Rancangan mengajar ini telah saya taip semula setelah meminta izin daripada
kedua-dua orang guru tersebut bagi tujuan analisis ini.
Dalam langkah 1 (rujuk rancangan pengajaran 2.1), guru telah menggunakan objek
konkrit iaitu sebiji kek yang sebenar. Penggunaan objek yang sebenar terbukti mampu menarik
perhatian serta minat murid terhadap pengajaran guru. Murid juga kelihatan lebih bermotivasi
dan bersemangat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Ini juga bertujuan
memastikan murid bersedia untuk melanjutkan sesi pembelajaran yang selanjutnya.
830724135262001
HBMT 2203

1
4


Dalam langkah yang kedua, guru A telah menggunakan gambar sekeping pizza bagi
menunjukkan konsep pecahan. Murid juga dlibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seperti ketika diminta oleh guru untuk mengambil satu bahagian pizza daripada gambar yang
dipotong. Ini menunjukkan guru A tidak mengamalkan kuasa veto di dalam kelas di mana guru
tersebut mengawal keseluruhan aktiviti P&P. Ini jelas apabila murid dilibatkan dalam aktiviti
P&P, mereka akan berasa lebih dihargai.
Bagi langkah 3 pula, guru A telah membimbing murid bagi mewakilkan pecahan sebagai
sebahagian daripada satu atau sekumpulan objek dengan menggunakan bahan konkrit iaitu reben
diikuti dengan gambar bentuk-bentuk. Murid telah memotong reben dan bentuk-bentuk tersebut
dalam kumpulan masing-masing. Ini menunjukkan aktiviti P&P berjalan secara aktif iaitu murid
membina kefahaman tentang konsep pecahan dengan sendiri melalui aktiviti yang berbentuk
eksperimen dan berpeluang meneroka bahan yang telah guru sediakan. Guru A telah
mengimplimentasikan pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran secara
konrtuktivisme. Oleh itu, murid akan dapat mengekalkan pengetahuan tentang konsep pecahan
dalam tempoh masa yang lebih panjang dalam ingatan mereka jika dibanding dengan kaedah
hafalan.
Dalam langkah 4 dan 5 , kefahaman murid tentang konsep pecahan dikukuhkan lagi
dengan aktiviti melipat kertas dan aktiviti menggunakan bahan yang guru sediakan. Dalam
aktiviti ini, guru bertindak sebagai pembimbing dan penunjuk cara kepada murid bagi membantu
serta meningkatkan lagi pemahaman murid dalam konsep pecahan. Selain itu, setiap murid
terlibat dalam aktiviti ini jagi pembelajaran aktif telah terjadi. Jadi, murid tidak berasa bosan dan
dipinggirkan di dalam kelas.
Seterusnya guru menguji tahap kefahaman murid melalui pemberian lembaran kerja. Satu
kelemahan yang dapat diperhatikan di sini lembaran kerja yang diberi adalah sama aras
kesukarannya sedangkan terdapat sebilangan kecil murid di dalam kelas tersebut adalah berada
dalam kategori LINUS (ini dapat dilihat dari masa yang diambil untuk menyiapkan lembaran
kerja yang diberi). Berbeza dengan murid yang PERDANA, mereka dapat menyiapkan lembaran
kerja tersebut tanpa banyak masalah.
830724135262001
HBMT 2203

1
5


Dari segi teknik penyoalan pula, sepanjang aktiviti P&P guru A dilihat dapat mencungkil
pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid dengan menyoal menggunakan soalan yang
open-ended yakni guru tidak menujukan soalan kepada murid secara spesifik atau jawapan
yang terhad sebaliknya murid berpeluang menyatakan idea, jawapan serta pendapat masing-
masing secara terbuka.
Sememangnya menjadi lumrah kanak-kanak akan lebih seronok belajar dengan
menggunakan objek sebenar. Di sini kit dapat melihat guru telah menerapkan pembelajaran
secara kontekstual. Pembelajaran yang berkesan terjadi apabila konsep pecahan disampaikan
dalam konteks yang pelbagai dan bermakna. Bagi memperkenalkan konsep asas pecahan
kepada murid guru telah menggunakan objek konkrit dan objek bergambar. Tambahan, setiap
langkah pengajaran adalah amat tersusun dan dirancang dengan baik. Guru tersebut juga
didapati telah menyusun langkah-langkah P&P bermula dari mudah ke sukar dan dari contoh
konkrit ke abstrak bagi meningkatkan kefahaman murid ketika mempelajari pecahan.
Selain itu, penggunaan gambar-gambar yang menarik, berwarna serta bersaiz yang sesuai
untuk dipamerkan di hadapan kelas dapat membantu kefahaman murid tentang konsep
pecahan dan juga pecahan setara dengan lebih baik disokong dengan penggunaan bahan
maujud seperti buah epal dan kek. Secara tidak langsung, murid akan membuat perkaitan dan
hubungan ilmu yang dipelajari dengan aktiviti harian dan juga persekitaran sekeliling mereka.
Contohnya, ketika ingin membahagikan makanan, mereka akan dapat mengagihkannya
dengan lebih adil.
Penglibatan murid di sepanjang aktiviti P&P juga amat baik di mana guru berjaya
melibatkan semua murid dalam aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti berkumpulan. Aktiviti
seumpama ini dapat menggalakkan pembelajaran secara koperatif di kalangan murid-murid
yang sama kumpulan di mana murid dapat berinteraksi untuk mencapai matlamat yang sama.
Secara tidak langsung nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam diri murid seperti sikap
bekerjasama, bantu-membantu, prihatin dan sebagainya. Ini dapat melatih agar murid lebih
berdikari dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Dalam sesi soaljawab yang dijalankan, jelas kelihatan komunikasi dan interaksi dua hala
telah berlaku antara pelajar dan guru-guru di mana guru-guru telah menggunakan kaedah
830724135262001
HBMT 2203

1
6


penyoalan bagi membimbing pelajar-pelajarnya supaya berfikir dan bertindakbalas dengan
memberi jawapan yang sepatutnya. Ini dapat dilihat apabila guru mengemukakan soalan yang
boleh merangsang minda pelajar untuk meneroka Matematik dengan lebih mendalam. Dengan
cara ini, guru-guru dapat mengembangkan bakat pelajar dan dapat menggalakkan pemikiran
yang kreatif dan inovatif.
Dalam bahagian ini kita akan membincangkan pengajaran guru B bagi menyampaikan
konsep pecahan setara. (rujuk rancangan mengajar di atas- 2.2). Rancangan mengajar ini telah
saya taip semula setelah meminta izin daripada kedua-dua orang guru tersebut bagi tujuan
analisis ini.
Dalam langkah 1, guru telah menggunakan objek konkrit iaitu buah epal yang sebenar.
Penggunaan objek yang sebenar terbukti mampu menarik perhatian serta minat murid
terhadap pengajaran guru. Murid juga kelihatan lebih bermotivasi dan bersemangat untuk
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Ini juga bertujuan memastikan murid
bersedia untuk melanjutkan sesi pembelajaran yang selanjutnya. Namun guru perlu bijak
memanipulasikan bahan-bahan dan sumber pembelajaran tersebut. Ini bermakna guru perlu
memanfaatkan buah epal itu secara optimum bagi menyampaikan konsep pecahan setara dan
bukannya hanya digunakan pada permulaan pengajaran sahaja. Seperti mana yang
diperhatikan guru B hanya membiarkan buah epal setelah digunakan pada set induksi. Ini
merupakan satu pembaziran bahan.
Dalam langkah yang kedua, guru telah didapati masih mengunakan kaedah chalk and
talk di mana beliau menulis beberapa pecahan di papan tulis dan menerangkan konsep
pecahan setara secara membuat pebandingan terus dengan gambar rajah yang disediakan oleg
guru. Jadi ini hanya menggalakkan murid untuk mengghafal sahaja konsep pecahan setara.
Murid pada peringkat sekolah rendah sebenarnya masih sangat sukar membayangkan sesuatu
yang abstrak di dalam minda mereka disebabkan tahap perkembangan mereka masih belum
berkembang sepenuhnya. Terdapat beberapa orang murid yang tidak mengambil perhatian
terhadap pengajaran guru kerana mungkin mereka kerana guru sedang leka mengajar secara
lisan di hadapan kelas.
830724135262001
HBMT 2203

1
7


Tahap kebergantungan murid terhadap guru dilihat masih tinggi di mana semua ilmu
serta maklumat disampaikan oleh guru secara terus kepada murid. Jadi, murid terlalu biasa
disuap oleh guru ketika belajar. Oleh itu, mereka sekadar menghafal sahaja konsep yang
disampaikan oleh guru.
Penggunaan jalur pecahan juga dilihat masih kurang sesuai kerana murid tidak membina
sendiri pengetahuan konsep pecahan setara. Kebanyakan bahan disediakan oleh guru jadi
murid hanya melakukan aktiviti tanpa berfikir bagaimana cara atau kenapa jadi begitu. Jelas
di sini guru B belum mahir menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Di samping itu, terdapat aktiviti yang kurang praktikal seperti langkah 4 dalam
pengajaran konsep pecahan setara. Aktiviti ini telah dilaksanakan secara individu dan
mengambil masa yang banyak serta aras soalan yang diberi adalah sama. Perkara ini mungkin
terjadi kerana tidak semua murid mempunyai tahap pengetahuan dan kebolehan yang sama.
Jadi, murid yang bijak akan dapat menyiapkan tugasan dengan cepat jika dibanding dengan
murid yang sederhana dan lemah.
Teknik penyoalan kepada murid juga masih berbentuk tertutup. Ini menyebabkan
terdapat segelintir kecil murid yang bersikap pasif semasa guru mengajar. Guru juga dilihat
tidak mengendahkan murid yang pasif tersebut dengan alasan murid tersebut yang mempunyai
masalah sikap. Seterusnya, guru juga didapati agak kedekut dalam memberi kata pujian
apabila murid berjaya menjawab dengan betul. Guru juga mementingkan ganjaran secara
material kepada murid dan ini boleh menyebabkan murid hanya mahu belajar semata-mata
untuk mendapatkan ganjaran material bukannya memperoleh ilmu pengetahuan.
Contohnya, dalam langkah yang kedua dalam pengajaran konsep pecahan setara, guru
masih dilihat menggunakan kaedah menulis di papan tulis. Perkara ini sedikit sebanyak boleh
mengganggu tumpuan murid kerana situasi ini boleh dikira membuang masa juga. Perkara ini
juga dilihat tidak pratikal di mana guru secara terus menerus menulis pecahan setara. Ini
hanya akan membuatkan murid hanya menghafal sahaja perkara yang guru sampaikan.
Maksudnya di sini guru telah menggunakan contoh yang abstrak tanpa menunjukkan contoh
yang konkrit terlebih dahulu.
830724135262001
HBMT 2203

1
8


Di samping itu, terdapat aktiviti yang kurang praktikal seperti langkah 4 dalam
pengajaran konsep pecahan setara. Aktiviti ini telah dilaksanakan secara individu dan
mengambil masa yang banyak serta aras soalan yang diberi adalah sama. Perkara ini mungkin
terjadi kerana tidak semua murid mempunyai tahap pengetahuan dan kebolehan yang sama.
Jadi, murid yang bijak akan dapat menyiapkan tugasan dengan cepat jika dibanding dengan
murid yang sederhana dan lemah.

3.0 CADANGAN PENDEKATAN ALTERNATIF
Semua pendekatan, strategi dan kaedah yang gurutersebut gunakan adalah baik
namun dari segi pelaksanaannya lagi masih belum mencapai tahap yang optimum bagi
membolehkan konsep pecahan setara benar-benar difahami oleh murid. Antara lain ialah
guru perlu mempelbagaikan bahan bantu belajar seperti mengintergrasikan alat ICT
ketika menyampaikan aktiviti pengajaran di sebalik penggunaan bahan bantu belajar yang
sudah lazim bagi murid-murid kita.
Dari segi soal jawab pula, guru seharusnya mengajukan soalan yang berbentuk
terbuka agar interaksi pelbagai hala akan dapat diwujudkan. Melalui penyoalan juga guru
akan dapat mengenal pasti murid yang masih belum menguasai konsep yang diajar.
Apabila murid menunjukkan keraguan, maka guru perlulah menunjukkan contoh sekali
lagi. Guru juga sepatutnya tidak membiarkan segelintir murid yang bersikap pasif
sebaliknya cuba berusaha menarik perhatian mereka dengan menggunakan pelbagai cara.
Guru juga boleh menggunakan aplikasi ICT tidak kira sebagai bahan bantu belajar
atau mengajar. Guru boleh memuat turun pelbagai video atau perisian yang boleh
membantu dalam pengajaran guru dan juga pemahaman murid terhadap konsep pecahan
setara. Contohnya, terdapat perisian dan animasi yang membolehkan murid berintekasi
dengan bahan dan juga rakan. Contohnya animasi di bawah. Murid hanya perlu
menggerakkan tetikus untuk melihat dan mengenal pasti pecahan yang setara. Dengan ini
murid berasa lebih bermotivasi untuk belajar. Murid juga akan berasa lebih
bertanggungjawab kerana berpeluang belajar mengikut gaya belajar yang sesuai.

830724135262001
HBMT 2203

1
9




Selain itu, guru juga perlu bijak dalam merancang dan menyusun langkah-langkah
pengajaran serta bijak menggunakan teknik penyoalan yang berkesan bagi membangkitkan dan
mencungkil pengalaman murid sedia ada. Ini penting kerana murid perlu berasa apa yang
dipelajari di dalam bilik darjah ada kegunaan serta berkait dengan kehidupan harian mereka.
Contohnya, murid di luar bandar, tidak mungkinlah mereka tahu bagimana rupa piza, jadi guru
perlu memberi contoh yang ada di persekitaran mereka seperti ikan, buah-buahan dan
sebagainya.

4.0 CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN UNTUK KONSEP PECAHAN
SETARA
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : 3 Amanah
Masa : 60 minit
Tajuk : Pecahan
Bilangan murid : 28 orang
830724135262001
HBMT 2203

2
0


Objektif Pelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat;
a) Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang
penyebutnya hingga 10.
Pengalaman sedia ada : murid telah mengetahui konsep asas pecahan.

Fasa Aktiviti Catatan
1. Persediaan
Pemerhatian dan
Analisis
a. Guru meletakkan dua biji buah epal yang sama di
hadapan kelas.
b. Guru meminta murid memerhati buah epal tersebut.
Epal A dipotong kepada dua bahagian dan epal B
dipotong kepada empat bahagian yang sama.
c. Murid diminta untk membandingkan setiap
bahagian potongan epal-epal tersebut.


2. Imaginasi
Penjanaan Idea
dan Sintesis Idea
a. Guru mempamerkan pecahan berikut dengan
menggunakan slaid PowerPoint.





b. Guru meminta murid untuk melorek pecahan yang
ditunjukkan seterusnya membuat perbandingan
bagi mencari pecahan yang sama nilai. Guru
menggunakan buah epal bagi menunjukkan
pecahan kepada murid.
c. Guru meminta murid meneliti rajah di bawah.


1
2
2
4
3
6
4
8
830724135262001
HBMT 2203

2
1



d. Guru bersoal jawab dengan murid.

3. Perkembangan
Aplikasi Idea
a. Guru mempamerkan animasi jalur pecahan di
menggunakan slaid di komputer.

b. Guru meminta murid untuk menggerakkan
tetikus bagi mencari pecahan yang setara.
c. Guru mengulangi aktiviti dengan beberapa
pecahan yang lain dan murid yang berbeza.
d. Guru menegaskan bahawa pecahan setara adalah
sama nilainya.

4. Tindakan
Penilaian

a. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
b. Guru mengedarkan lembaran aktiviti mencari
pecahan setara kepada setiap murid dengan
menggunakan jalur pecahan yang dibuat

830724135262001
HBMT 2203

2
2


daripada transperensi agar murid mudah
membuat perbandingan.
c. Perbincangan dan pembentangan hasil
kumpulan.
d. Hadiah berbentuk alat tulis diberi kepada murid
yang berjaya menjawab lembaran aktiviti
dengan betul
5. Pentaksiran a. Murid membuat lembaran kerja mengikut aras
kebolehan murid. Murid yang lemah akan
dibimbing oleh rakan sekumpulan ataupun guru.
b. Perbincangan jawapan bersama guru.



5.0 KESIMPULAN
Ringkasnya kita dapat menyimpulkan di sini walau apa jua pendekatan, kaedah,
strategi serta teknik yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan sesuatu konsep
haruslah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Janganlah melakukan sesuatu perkara
sekadar hangat-hangat tahi ayam. Ini kerana tiada satu pendekatan, kaedah, strategi
atau teknik yang yang paling tepat dalam pengajaran sebaliknya guru yang harus bijak
dalam mengintergrasikan kesemua elemen-elemen yang perlu bagi menghasilkan satu
aktiviti P&P yang baik dan berkesan.
Setiap tajuk atau setiap kemahiran daalm bidang mtematik sekolah rendah adalah
berbeza. Oleh itu, pendekatan dan kaedah yang dighunakan tidak harus sama jika kita
ingin murid benar-benar menguasai ilmu yang diajar.guru juga perlu membantu
membuat perkaitan tentang perkara yang dipelajari dengan kehidupan seharian mereka di
mana mereka sendiri yang akan memperolehi pemahaman hubungan ketika mempelajari
matematik. Lantaran itu, mereka perlu mengaitkan pengetahuan konsep dengan
pengetahuan prosedur dalam memperoleh pemahaman hubungan ketika mempelajari
830724135262001
HBMT 2203

2
3


matematik. Di sini kita akan melihat bagaimana seorang guru menggalakkan pemahaman
perhubungan ini di kalangan murid tahun 3 tentang kepelbagaian bidang matematik.
Guru haruslah bijak memilih dan menyesesuaikan pendekatan-pendekatan yang
disarankan dengan strategi, kaedah dan bahan bantu belajar yang digunakan dalam
menyampaikan isi kandungan pelajaran agar murid dapat memahaminya dengan lebih
mudah. Bagi tujuan tersebut pula, guru perlu memahami perbezaan gaya belajar,
kecenderungan minat, tahap kebolehan yang pelbagai serta latar belakang yang berbeza
bagi murid agar dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bermakna. Murid juga harus diberi peluang untuk mengemukakan pendapat,
membenarkan murid merasai sendiri pembinaan jonsep, berkongsi pengetahuan serta
bebas bersuara agar mereka dapat membina kefahaman konsep yang tepat dan kekal
dalam minda mereka. Seterusnya, mereka akan berupaya mengatasi semua masalah
dengan adanya pemahaman hubungan yang tepat dengan mengaitkan pengetahuan
konsep dengan pengetahuan prosedur yang betul dengan baik.
Oleh itu, pengajaran yang berpusatkan guru dan kaedah tradisional seperti talk
and chalk sememangnya tidak relevan lagi dipratikkan dalam bilik darjah matematik
pada masa kini. Guru yang berkesan seharusnya berani membuat perubahan dalam
menyampaikan idea matematik agar melahirkan rakyat Malaysia yang dapat bersaing di
peringkat global seiring dengan visi dan wawasan negara mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020.







830724135262001
HBMT 2203

2
4


6.0 BIBLIOGRAFI
Chong Lih Shun (2008). Pelaksanaan Pengajaran Berasaskan Konstruktivisme oleh Guru
Pelatih Sains dan Matematik Semasa latihan Mengajar. Tesis Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Mtematik Minor Fizik).Universiti Teknologi Malaysia

Graaf, E. dan A. Kolmos.(2003). Characteristics of Problem-based Learning.International
Journal of Engineering Education. 19(5):657-662

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. (1992 dan 2002). Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamaludin Ahmad (1996). Model Pengajaran Matematik Sekolah Rendah : Pengajaran
Pemusatan Murid dan Berasaskan Konstruktivisme. Maktab Perguruan Mohd.
Khalid. Johor Bahru.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat dan Visi.
Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohamed Naim Dapi.(2002). Pengendalian Bahan Pengajaran di Sekolah

Mok, Soon Sang. (1997) .Matematik KBSR dan strategi pengajaran. Ed ke 2. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Munirah Ahmad Masduki.(2004). Penerapan Nilai-Nilai Murni KBSM dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran di kalangan Guru-Guru Sains di Lapan BUah
Sekolah Menengah di Daerah Jitra, Kedah. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan.Fakulti Pendidikan:Universiti Teknologi Mara

830724135262001
HBMT 2203

2
5


Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal dalam Pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Norsyahidan Mohd Yusof.(2004). Keberkesanan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah
berbanding kaedah Pembelajaran Konvensional di KUITTHO bagi mata pelajaran
jalan raya. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, fakulti
Teknologi Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.
Dalam http://www.kuittho.edu.my/ps/education/nursyahidan

Program Literasi dan Numerasi LINUS, Numerasi Modul Guru Tahun 3.. (2012).Pusat
Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme.Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia

Ramlee Mustapha & Zaharatul Laili Abd. Karim.(2008). Pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi
Mata Pelajaran Elektronik: Satu Kajian Tindakan di Sekolah Menengah Teknik.
Jurnal Teknologi, 49(E) 2008:109-127

Sabar Afifudin dan et. al. (tahun tidak diketahui).Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Satu
Ulasan Dalam Pendidikan Semasa. Fakulti Pendidikan:Universiti Teknologi

You might also like