You are on page 1of 8

SEJARAH AWAL

Pada tahun 1910, Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung


Rambutan, Perak telah didirikan. Ia merupakan sebuah hospital
sakit jiwa yang telah dibina oleh seorang pakar psikiatri yang
bernama Dr W.F.Samuels atas arahan daripada kerajaan
British.Pada ketika itu, hospital berkenaan dikenali sebagai Federal
Lunatic Asylum.

Seorang pegawai kanan pendidikan, pentadbiran Kolonial Britian
yang dikenali sebagai H.R.Cheeseman telah membentangkan
laporan tentang keperluan bimbingan di sekolah. Peristiwa
berlaku pada tahun 1938.Setahun selepas itu (1939), Jabatan
Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu telah
menerbitkan sebuah buku yang bertajuk A guide to careers in
Malaya for parents, teachers, and pupils. Penerbitan buku ini
bertujuan untuk memuatkan analisis pekerjaan yang terdapat
dalam perkhidmatan kerajaan pada ketika itu.

Pada tahun1946, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan
untuk menjaga hal-hal kebajikan komuniti.Setelah empat tahun
kemudiannya(1950), Kementerian Buruh telah mewujudkan
perkhidmatan Belia di Pejabat Buruh Negeri.

PERMULAAN KAUNSELING:
PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH MENENGAH.

Pada tahun 1961, sebuah buku yang bertajuk Handbook on
Training Facility in Malaya telah diterbitkan. Setahun kemudian
(1962), seorang pakar perunding Rancangan Colombo iaitu
R.K.Mackenzie telah ditempatkan di Kementerian Pelajaran
Malaysia. Beliau mula melatih guru panduan yang terdiri daripada
11 pengelola sekolah pada 1963.Mereka telah Berjaya
menghasilkan risalah-risalah panduan, buku panduan
perkhidmatan di sekolah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka(DBP) pada tahun 1966 serta buku panduan dalam
bahasa Inggeris yang bertajuk English Guidance Service in
School yang mana diterbitkan pada tahun 1968.

Pada tahun 1963, Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya telah
ditubuhkan di Educational Planning and Research Division,
Kementerian Pendidikan. Unit ini telah dipindahkan ke Bahagian
sekolah-sekolah pada tahun 1973. Setelah setahun kemudian,
Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat perkeliling,
KP5209/33(4) dengan perakuan setiap sekolah mesti melantik
seorang Guru Bimbingan yang mana tugas pengajarannya
dikurangkan kepada 25 waktu mengajar dalam seminggu. Selain
itu mereka juga dibekalkan panduan tugas-tugas sebagai guru
bimbingan agar dapat mempermudahkan pelaksanaan tugas.

Pada 1972, Maktab Rendah Sains Mara telah menubuhkan Unit
Perkhidmatan Kaunseling serentak dengan penubuhan sekolah
pertamanya, di Seremban. Kementerian Pendidikan telah
mengarah supaya satu bilik panduan Pelajaran diadakan
mengikut surat Pekeliling KP(BS)8548a pada tahun 1976.
Seterusnya, pada tahun 1979, Kementerian Pendidikan telah
menyenaraikan 21 jenis tugas guru panduan merangkumi
pelajaran, kerjaya, peribadi, dan mencegah salahguna dadah.
Akhirnya, Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah ditukar
kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling.












PERKHIDMATAN KAUNSELING DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN
PENJARA DI MALAYSIA.

Perkhidmatan ini telah bermula pada tahun 1969, di mana
perkhidmatan kaunseling telah diberikan di Institusi Teknologi
Mara (ITM) melalui bantuan dari Yayasan Asia di Pusat Kerjaya
dan Kaunseling (ITM). Pada masa yang sama, perkhidmatan
kaunseling ini juga telah ditawarkan di Universiti Malaya. Empat
tahun kemudian, Universiti Kebangsaan Malaysia telah
menawarkan perkhidmatan kaunseling di Unit Rundingcara,
universiti berkenaan. Pada tahun 1978, Jabatan Penjara
Seremban mengambil langkah memulakan perkhidmatan
kaunseling dalam usaha pemulihan dadah.









PERKEMBANGAN KAUNSELING DI MALAYSIA

Pada tahun 1980, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah menawarkan
kursus persijilan kaunseling secara sepenuh masa untuk guru yang
akan bertugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Sebelum ini, kursus itu hanya ditawarkan semasa percutian atau di
hari minggu. Pada tahun yang sama juga, Universiti Putra Malaysia
telah menawarkan kursus Bachelor Pendidikan pengkhususan
dalam Kaunseling.Selain itu, Persatuan kaunseling Malaysia atau
lebih dikenali sebagai PERKAMA telah ditubuhkan. Tambahan lagi,
dua pakar dari Bereau of International Narcotic Matters, USA telah
melatih seramai 168 orang pegawai penjara dalam kaunseling
pemulihan. Bagi menjalankan perkhidmatan pemulihan
penagihan dadah, Penguasa Rundingcara telah ditugaskan di
Maktab Penjara Malaysia, Penjara Seremban dan Penjara Kajang.

Pada 1982, Kursus Diploma Psikologi (kaunseling) ditawarkan di
Jabatan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk guru
ijazah yang bakal menjadi kaunselor di sekolah. Ketika itu
juga,Guru Panduan dan Bimbingan dilantik di sekolah untuk
bertugas separuh masa manakala Maktab Rendah Sains Mara
melantik kaunselor sepenuh masa.Sejak itu juga, Universiti
Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjan Muda
Pendidikan selama 4 tahun. Namun, keutamaan diberikan
kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas
Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar
selama 5 tahun.

Pada tahun 1983, Skim perkhidmatan Bimbingan dan Nasihat di
ITM menggunakan Skim Gaji A22 digunakan untuk tujuan
pengredan gaji. Skim gaji dinaikkan kepada A20 setaraf dengan
skim gaji pensyarah universiti pada tahun 1985. Pada tahun 1987,
Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus
Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan
siswazah. Ketika itu juga, Unit Kaunseling ditubuhkan di Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur.Setahun selepas itu, Pusat Latihan Polis
Diraja Malaysia (PULAPOR) juga telah menubuhkan Unit
Kaunseling pada 12 Disember.












PEMANTAPAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Pada tahun 1992, Unit Kaunseling dan Psikologi di Jabatan
Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia telah ditubuhkan dan
dan menawarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk
kakitangan kerajaan secara sukarela atau dirujuk. Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling ditubuhkan di Hospital Besar Ulu Kinta
pada tahun 1993. Seterusnya, unit kaunseling telah ditubuhkan di
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Hal
ini, berdasarkan rujukan KPN(PR)33/1 bertarikh 8hb April 1996.
Pada tahun 1998, Akta Kaunselor 580 telah diluluskan oleh
Parlimen Kerajaan Malaysia dan Lembaga Kaunselor diwujudkan
dibawah naungan Menteri di Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat.









PROFESIONALISME KAUNSELING.

Kaunselor yang berkelayakan di bawah Akta 580, dikehendaki
berdaftar dengan Lembaga Kaunselor untuk tujuan pendaftaran
dan perakuan amalan bermula pada tahun 2000. Temuduga
untuk pengesahan pendaftaran dimulakan oleh Lembaga
Kaunselor yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli
panel. Surat perakuan pendaftaran mula diedarkan kepada
kaunselor yang layak. Seterusnya pada tahun 2001, kaunselor
yang layak akan diwartakan dalam buletin kerajaan sebagai
kaunselor yang berdaftar. Unit Telekaunseling Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur telah dilancarkan setahun kemudian. Pada tahun
2003, Laporan Halatuju Kaunseling di Malaysia dibentangkan dan
diterima oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi
Awam dalam mengorientasikan program pengajian kaunseling di
tempat masing-masing.

You might also like