You are on page 1of 21

UNIT 5

?
?
?
?
Kawalan berangka atau dikenali N.C
ditakrifkan sebagai satu bentuk automatan
beratucara di mana prosesnya dikawal oleh
nombor, huruf dan simbol-simbol. Kelompok
nombor, huruf dan simbol itu membentuk
satu atucara suruhan yang dirancang khas bagi
mengendalikan proses memesin sesuatu kerja
tertentu.
KAWALAN BERANGKA
Kawalan berangka terbahagi kepada beberapa
jenis kawalan iaitu:
Kawalan Berangka (N.C)
Kawalan Berangka Berkomputer (C.N.C)
Kawalan Berangka Terus (D.N.C)
KAWALAN BERANGKA (N.C)
Dalamkawalan berangka (N.C), atucara bagi
sesuatu komponen dimasukkan ke dalamsistem
kawalan mesin pada setiap kali hendak mula
memesin benda kerja, walaupun bentuk benda
kerja itu serupa seperti benda kerja dalam
kelompok. Kawalan ini memerlukan pembaca
pita untuk meterjemahkan
KAWALAN BERANGKA BERKOMPUTER
(C.N.C)
Kawalan berangka berkomputer (C.N.C) sama
seperti kawalan (N.C), tetapi atucara suruhan
dibaca sekali sahaja iaitu sebelummemulakan
kerja memesin beberapa komponen dalamsatu
kelompok. Kerja ini dapat dilakukan kerana
maklumat yang diterima dapat disimpan dalam
komputer mengunakan program C.A.D yang
dihubungkan pada mesin. Mesin C.N.C generasi
kini mengunakan bantuan sofware C.A.M.
KAWALAN BERANGKA TERUS
(D.N.C)
Kawalan berangka terus (D.N.C) mengawal
beberapa mesin dengan hanya
mengunakan sebuah komputer melalui
sambungan terus.
KOMPONEN ASAS
Di dalamsatu sistemkawalan berangka terdapat
tiga komponen asas iaitu:
Atucara suruhan
Unit pengawal
Perkakas mesin
Atucara Suruhan
Ia merupakan arahan teperinci yang memberitahu setiap
langkah yang mesti dilakukan. Atucara suruhan
mengandungi kod nombor dan huruf serta simbol yang
dituliskan pada bahantara masukan. Biasanya pita
digunakan dalam kawalan berangka.
Dua kaedah yang lain memasukan arahan dalam sistem
berangka ialah:
i) Masukan data secara insani (MDI)
ii) Kawalan berangka langsung, iatu menaipkan data
pada papan kekunci komputer.
Unit Pengawal
Unit penngawal ini mengandungi perkakasan
yang bertugas untuk membaca dan mentafsir
atucara suruhan, dan kemudiannya
menukarkannya kedalamtindakan mekanik
perkakas mesin.
Perkakas Mesin
Perkakas mesin mengandungi meja dan spindel,
termasuk juga motor dan kawalan yang
mengerakkan meja serta memacu spindel.
Perkakas memotong, lekapan benda kerja dan
kelengkapan tambahan yang diperlukan dalam
sesuatu pengendalikan memesin.
SistemMutlak
Data dalam sistem mutlak menggambarkan
lokasi seterusnya selalu dalam hal hubungannya
dengan titik sifar tetap. Titik sifar saat digunakan
sebagai datum program yang dikenali sebagai
program asal.
Kod G90 menetapkan kawalan dalam mod
mutlak. Semua pergerakan dilakukan berhubung
kait dengan paksi sifar.
`
SistemTokokan
Kata tokokan" boleh ditakrifkan sebagai
dimensi atau
gerakan sehubungan dengan titik sebelumnya
dalam urutan diresepkan mata. Setiap
perpindahan posisi dijelaskan secara kuantitatif
dalam jarak dan arah dari titik sebelumnya
bukan dari sifar rujukan tetap
titik.
Kelebihan (N.C)
Mengurangkan masa pengendalikan tanpa hasil.
Mengurangkan keperluan mengunakan jig dan
lekapan bagi menetapkan kedudukan perkakas
memotong kerana tugas itu diambil alih oleh pita
kawalan berangka,
Penjimatan masa bagi pemesinan percubaan
sebelummenjalankan pengendalikan
sebenarnya.
mengurangkan keperluan ruang lantai untuk
menempatkan mesin pengeluaran.
Kelebihan (C.N.C)
Pita atucara bagi komponen dan pembaca perlu
digunakan sekali sahaja apabila hendak
memasukkan aturcara kedalamingatan komputer.
Amalan ini dapat menjimatkan kuasa.
Pita atucara dapat disunting dalambengkel.
Pembetulan dan pengoptimumkan juga dapat
dibuat.
Digunakan dalamsistempengilangan secara
menyeluruh. C.N.C adalah lebih serasi dengan
sistempengilangan berkomputer pada hari ini.
Keburukan (N.C) DAN (C.N.C)
o Kos pelaburan lebih tinggi.
o Kos penyengaraan tinggi.
o Sukar mendapatkan kakitangan yang mahir
mengendalikan mesin. Perlu mengadakan
rancangan latihan bagi kakitangan.
TAMAT..

You might also like