You are on page 1of 4

SJK (C) CHIO CHIAO, SALAK

Tajuk : Bengkel Literasi Maklumat


Tempat : PKG Sungai Pelek
Tarikh dan masa: 26/09/2013 8a.m. 4:30 p.m.

Ucapan En Ariff
1. Bengkel hari ini merupakan Bengkel Literasi Maklumat.
2. Guru GPM perlu mengisi maklumat dalam SSQS.

Bengkel Literasi Maklumat
Later belakang
1. Nilai tinggi pada maklumat.
2. Kemajuan dalam ICT.
3.Persekitaran maklumat berubah dengan cepat daripada
- cetak ke digital
- setempat ke antarabangsa
- selamat kepada tidak menentu
- tiada atau kurang kepada terlalu banyak (information explosion).
- Perkhidmatan ke self-service

Apakah itu Komunikasi Atas Talian?
1. Web sites
2. Search
3. Social Media (Facebook,Youtube,Wikipedia)

Definisi / konsep
1. Tahun 90an , Literasi Maklumat diperkenalkan.
2. Literasi -Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan.
3. Literasi Maklumat Keupayan mendapat makna daripada pelbagai sumber.
4. Keupayaan untuk mengakses, menilai dan mengguna maklumat dari pelbagai
sumber

Rumusan
Kemahiran maklumat
Keupayaan
- mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan berguna dengan berkesan dan
cekap .
- Mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk kepentingan
sejagat dan dapat menyelesaikan masalah.

Ciri-ciri seseorang yang berliterasi maklumat
1. mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
2. menilai maklumat dengan kritis.
3. mengguna maklumat dengan kreatif.
4. berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan peribadi,
akademik dan kerjaya.
5. menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastera dan penulisan kreatif.
6. berusaha ke arah kecemerlangan dan mendapatkan maklumat dan penjanaan
ilmu.
7. menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.
8. Mengamalkan tingkahlaku yang baik berhubung dengan maklumat dan IT.
9. Mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi mendapatkan
maklumat dan menjana ilmu.
10. Pelajar yang berjaya dalam LM merupakan pembaca tekun dan berkebolehan,
pengguna alat-alat teknologi yang canggih, pelajar yang terus belajar, dapat
berhubung dengan berkesan,seorang pengguna maklumat yang
bertanggungjawab.


Perkembangan
1. Pembangunan ICT dalam pendidikan.
2. Konsep P&P bestari.

Apa yang perlu bagi melaksanakan Program Literasi Maklumat di sekolah?
1.Akses kepada kepelbagaian teknologi.

Kemahiran Maklumat perlu untuk
- hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung
kepada maklumat
- belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan
seumur hidup
- Penyumbang kepada pencapaian negara K-Masyarakat dan K-Ekonomi

Guru PSS perlu:
- kerjasama (collaborate) dengan guru-guru matapelajaran
- cari sumber untuk guru-guru dan pelajar-pelajar
- berhubung dengan pakar di seluruh dunia
- Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan teknologi yang
diperlukan untuk mengakses maklumat bagi mewujudkan komuniti yang
information literate
- Mendidik pelajar cara menguruskan sumber maklumat
- Tunjuk kepada pelajar cara melayari maklumat dari pangkalan data

Disediakan oleh ,
Pn Fong Yoke Pui

You might also like