You are on page 1of 8

BERITA NASIONAL 9 SEPTEMBER 2012

Ahad, 09 September 2012 17:17


PENYUNTING : HASLINDA HASSAN

PENYAMPAI : ZULHIANA SURA ABDUL RAHMAN


SARI BERITA UTAMA:

- MALAYSIA JADI TUAN RUMAH SIDANG KEMUNCAK APEC PADA 2020.
- RUNDINGAN PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK, DIHARAP DAPAT
DIMUKTAMAT, MENJELANG AKHIR TAHUN DEPAN.
- PERUNTUKAN KHAS DALAM BAJET 2013 DIPERLUKAN UNTUK LAKSANA
ANJAKAN DALAM PENDIDIKAN NEGARA.


APEC 2020 - MALAYSIA TUAN RUMAH

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
(APEC) pada tahun 2020. Demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak. Mengikut turutan, Malaysia dijadual menganjurkan acara itu pada 2020, iaitu
tahun yang bertuah dan penting bagi negara ini. Beliau berkata demikian ketika memberi
taklimat kepada wartawan Malaysia mengenai hasil Mesyuarat Pemimpin-pemimpin
Ekonomi Apec ke-20 yang berakhir di Vladivostok, Rusia. Mengenai pertemuan dengan
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, Datuk Seri Najib memberitahu Kuala
Lumpur dan Washington berharap agar rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPP), dapat dimuktamatkan, menjelang akhir tahun depan. Kedua-dua negara juga
berharap beberapa isu yang masih belum mencapai persetujuan, dapat diselesaikan
sebelum tarikh tersebut. Kedua-dua pemimpin turut berpuas hati dengan perkembangan
hubungan dua hala dan perdagangan kedua-dua negara. Clinton turut menunjukkan
minat dengan Pergerakan Kesederhanaan Global dan akan bekerjasama dengan
1 / 8
BERITA NASIONAL 9 SEPTEMBER 2012
Ahad, 09 September 2012 17:17
Malaysia dalam menjayakan konsep tersebut. ((Ber))




PERUNTUKAN KHAS UNTUK KAJIAN SEMULA PENDIDIKAN NASIONAL

Kementerian Pelajaran berharap mendapat peruntukan khas untuk melaksanakan rangka
tindakan kajian semula Pendidikan Nasional dalam Bajet 2013. Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan peruntukan khas diperlukan untuk
melaksanakan anjakan besar-besaran dalam bidang pendidikan di negara ini. Ia melalui
tiga fasa pelaksanaan pelan tindakan itu dalam tempoh 13 tahun. Ini bagi memastikan
Malaysia menjadi antara negara terbaik dalam bidang pendidikan menjelang 2025.


"Kalau kita nak buat anjakan besar, maka dia akan melibatkan kos yang jauh lebih tinggi
lagi. jadi perdana menteri berkata bahawa beliau akan memberi perhatian perkara itu.
beliau telah minta supaya pihak kementerian menterjemahkan segala bentuk perakuan
yang nak kita laksanakan dari segi kewangan yang diperlukan. setiap perakuan itu ada
implikasi kos. jadi sudahpun disediakan dan nanti kita akan kemukakan kepada perdana
menteri untuk beliau menelitinyalah."


Tan Sri Muhyiddin bercakap kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan
Bahagian Umno Pagoh di Kompleks Sri Pekembar, Muar. ((reg))
2 / 8
BERITA NASIONAL 9 SEPTEMBER 2012
Ahad, 09 September 2012 17:17


HARAP RAKYAT TERIMA RANGKA KAJIAN SEMULA

Mengenai pembentangan rangka tindakan kajian semula Pendidikan Nasional oleh
Perdana Menteri, Selasa ini, Tan Sri Muhyiddin berharap rakyat dapat menerimanya. Ini
kerana ia merupakan inisiatif besar Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran untuk
melakukan anjakan pendidikan negara. Mana-mana pihak yang masih ingin
mengemukakan pandangan bagi tujuan penambahbaikan rangka tindakan itu, masih
boleh berbuat demikian selepas tiga bulan ia dilancarkan. (( BERNAMA))


PEKA ISU-ISU NEGARA

Belia perlu sentiasa diberi kesedaran dan peringatan tentang isu-isu negara. Ia bagi
mengelakkan mereka terpengaruh dengan fakta yang tidak benar. Gesaan itu dibuat
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis
D'Cruz. Menurutnya, pihak tertentu kini cenderung mengambil kesempatan
menggunakan golongan belia untuk menentang Kerajaan demi kepentingan politik
mereka.


"Ini masuk ke anak-anak muda yang salah adalah mereka. Macam dia orang buat gambar
YAB Perdana Menteri. Kita kena fikir. Itu sebab kerajaan tak bagi buat perhimpunan.
Sebab anak muda kita dikelirukan oleh segelintir orang. Sebab itulah kita buat awarness
ini. Kita mesti mau fikir anak-anak muda jangan kelirukan mereka. Tapi mereka tak boleh
buat macam tu, dia pergi cara lain, cara ganas. Cara ganas ni macam jadi Syria.
Sekarang anak muda panggil sapa nak jadi pemimpin negara dia sendiri. Tak boleh buat
3 / 8
BERITA NASIONAL 9 SEPTEMBER 2012
Ahad, 09 September 2012 17:17
apa. Dulu masa ada orang tadbir negara dia orang against. Dia orang regret sekarang."


Datuk Maglin berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pelancaran Buku
Kembara Merdeka Minnal FM di Angkasapuri. ((Razak/PBR))


'BERJALAN 10000 LANGKAH MERDEKA'

140-ribu peserta secara serentak mengambil bahagian dalam program 'Berjalan 10-ribu
Langkah Merdeka' di 75 lokasi di seluruh negara hari ini. Ia disifatkan sebagai
penyertaan paling ramai secara serentak dalam kempen kesihatan, sekaligus
membolehkan acara itu dicatatkan dalam Malaysia Book of Records. Menurut Ketua
Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa, selain menggalakkan
budaya cara hidup sihat dan melibatkan penyertaan langsung komuniti setempat,
program itu juga bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Beliau berucap melancarkan program itu dan Karnival Jelajah Sihat, peringkat
Putrajaya. ((Ber))


Bagi peserta, Normalreza Nordin, M. Praveena dan Alina Ahmad, acara itu dilihat sebagai
sumbangan besar dalam menjayakan hasrat kerajaan untuk mengalakkan masyarakat
membudayakan cara hidup sihat.

Dalam majlis itu, para peserta berjalan sejauh 6.5 kilometer sambil mengibar Jalur
Gemilang dengan membawa mesej kemerdekaan dan informasi amalan cara hidup
sihat. ((BTV))
4 / 8
BERITA NASIONAL 9 SEPTEMBER 2012
Ahad, 09 September 2012 17:17


WANG IHSAN PELAJAR KELANTAN DITERUSKAN

Pengagihan wang ihsan untuk pelajar Kelantan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam,
masih diteruskan. Ini dinyatakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek
Hussin. Beliau yang juga Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan Kelantan bagaimanapun
menjelaskan berlaku sedikit kelewatan dalam pemberiannya disebabkan masalah
teknikal. Pelajar yang ditawarkan pengajian di I-P-T-A boleh membuat permohonan mulai
sekarang. Bercakap kepada pemberita di Tangok, Bachok, Datuk Dr. Awang Adek
memberi jaminan semua pelajar yang layak akan mendapat bantuan itu dalam tempoh
terdekat. ((Ber))


KEMILAU 55 - NCER

Setelah lebih 5 dekad mengecapi nikmat kemerdekaan, pelbagai kejayaan dilakar negara
terutama dalam bidang ekonomi. Wilayah Ekonomi Koridor Utara (N-C-E-R) misalnya,
antara projek mega Kerajaan yang menjadi penyumbang besar kepada kemajuan negara.
Kemilau 55 hari ini, melihat manfaat N-C-E-R kepada rakyat sejak ia mula diperkenal pada
tahun 2007. Bersama Rosnanin Azian Osman.


"Wilayah Ekonomi Koridor Utara (N-C-E-R) merupakan kawasan pembangunan ekonomi
yang membabitkan 21 daerah di empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan
Utara Perak. Ia merupakan usaha sama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
untuk mempercepatkan tahap pembangunan di kawasan tersebut. Semua projek N-C-E-R
dikendalikan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Menurut Ketua
5 / 8
BERITA NASIONAL 9 SEPTEMBER 2012
Ahad, 09 September 2012 17:17
Eksekutif N-C-I-A, Datuk Redza Rafiq, pembangunan N-C-E-R telah mencapai matlamat
dan memberi kesan positif kepada rakyat. Ia meliputi sektor pertanian, pembuatan,
pelancongan, logistik, pendidikan serta modal insan. Lebih membanggakan, N-C-E-R
berjaya mengubah nasib rakyat dan mentransformasi kawasan luar bandar kepada
ekonomi desa yang moden dan dinamik."


"Pelaburan swasta bernilai 9.9-billion tahun lalu berbanding 6.08 pada 2010 juga diyakini
akan terus merancak dan mengembangkan lagi pembangunan N-C-E-R, sekaligus
menjadikan ia sebuah kawasan ekonomi Malaysia yang maju di persada dunia menjelang
2025."


"Ternyata apa yang dilaksanakan N-C-I-A untuk kemajuan N-C-E-R membuahkan hasil. Ia
bukan sahaja berjaya meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pelbagai bidang
ekonomi, malah mewujudkan peluang pekerjaan sejak lebih 5 tahun lalu. Kemilau 55,
Rosnanin Azian Osman Berita Radio RTM." ((Nani/PBR))


NAHAS DI UTARA IRAQ

Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dalam beberapa siri serangan di Utara Iraq
dengan kebanyakan mangsa adalah anggota tentera. Di bandar Kirkuk, 12 orang
terbunuh manakala 50 yang lain cedera selepas sebuah kereta meletup berhampiran ibu
pejabat syarikat minyak iaitu kira-kira 250 kilometer dari utara Baghdad. mangsa yang
terbunuh termasuk 7 anggota polis. Sementara itu, di wilayah Salah al-Din, 11 anggota
tentera maut dan 8 yang lain cedera selepas seorang lelaki bersenjata menyerang pusat
pemeriksaan tentera di utara Bangdad. Ia kemudian disusuli dengan letupan bom di tepi
jalan.
6 / 8
BERITA NASIONAL 9 SEPTEMBER 2012
Ahad, 09 September 2012 17:17

((dpa/afp))


PENEMPATAN PESAWAT OPSREY DI OKINAWA UNDANG TUNJUK PERASAAN

Berpuluh ribu rakyat Jepun mengadakan tunjuk perasaan di kepulauan Okinawa bagi
membantah penempatan pesawat Osprey tentera Amerika Syarikat. Ia ekoran beberapa
siri kemalangan yang membabitkan pesawat berkenaan. Mereka menuntut Amerika
Syarikat dan Jepun segera membatalkan rancangan untuk menempatkan 12 pesawat
MV-22 Ospreys di pangkalan Futenma di Okinawa serta menutup pangkalan Futenma di
bandar Ginowan. ((afp))


HOKI

Ketua jurulatih skuad hoki negara yang baharu Paul Revington, diberi dua indeks
prestasi utama (KPI) iaitu meletakkan Malaysia pada kedudukan 10 terbaik dunia dan
melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Rio, Brazil pada 2016. Presiden Konfederasi
Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yakin dengan kemampuan
Revington membimbing skuad hoki negara. Ia berdasarkan pengalaman beliau sebagai
jurulatih antarabangsa di beberapa buah negara sebelum ini. Revington menggantikan
Tai Beng Hai yang dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan MHC dan diberi tugas
menyelia program pembangunan remaja. ((ber))


7 / 8
BERITA NASIONAL 9 SEPTEMBER 2012
Ahad, 09 September 2012 17:17
BOLING PADANG ANTARABANGSA LANGKAWI

Brunei Darussalam menjadi negara ke-42 mengesahkan penyertaan ke kejohanan Boling
Padang Antarabangsa Langkawi 2012. Kejohanan dijadual berlangsung dari 10 hingga 15
Oktober ini di Kompleks Sukan Langkawi. Demikian menurut Setiausaha Boling Padang
Kedah Datuk Shukri Ahmad. Turut mengesahkan penyertaan ialah Singapura dan
Filipina. Kejohanan enam hari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA), Persatuan Boling Padang Malaysia dan Persatuan Boling Padang
Kedah bagi merebut Piala Mahsuri. ((Ber))




8 / 8

You might also like