You are on page 1of 5

Tajuk : 2 Sunnah Nabi yang Sering Ditinggalkan

Oleh : Ustaz Muhadir Hj Joll



Syaikhuna, Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari,
hafizhahullah, sering mengingatkan agar para imam terutamanya, tidak meninggalkan 2
Sunnah Nabi ini, selepas sembahyang Subuh dan Maghrib.
Begitulah keikhlasan beliau dalam ceramah-ceramah dan taushiyahnya, selalu
mengingatkan para imam dan para ustaz serta pemimpin agama dalam masyarakat agar
tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi .
Beliau sememangnya terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga Sunnah dan adab
ilmu, nafa'anallahu bihi wa bi 'ulumihi fid darain, Amiin.

Al-Faqir ingin menjelaskan 2 amalan yang dimaksudkan oleh Fadhilah Syaikhuna itu,
iaitu:

(1) Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir dan
tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan:


Fadhilat:
Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang membaca selepas sembahyang Subuh, dalam keadaan kakinya masih
seperti Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata, sebanyak 10 kali, ditulis baginya 10
kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat
(kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng
dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu
kecuali syirik (menyekutukan) Allah."

(Riwayat Imam Tirmizi dengan Sanad Hasan, Imam Ath-Thobrani menyebutnya di
dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih Targhib wa Tarhib, 1/306.
Imam An-Nasa'i menambah selepas dengan '

'. Beliau (Imam An-Nasa'i)


juga menambah (tentang ganjarannya): "Dan baginya setiap yang dibacanya pahala
seumpama membebaskan seorang hamba."
Imam Ath-Thobrani menambah: "Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala
membebaskan seorang hamba dari anak Nabi Ismail dengan harga seorang dari mereka
12000."
Rujuk Khulashah Syawariq al-Anwar min Ad'iyah as-Sadah al-Akhyar susunan Al-
Allamah al-Muhaddith al-Habib Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani,al-
Qahirah: Dar Wahdan, t.t, ms. 14-15)


















(2) Membaca sebanyak 7 kali sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :



Fadhilat:

Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi
bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Subuh, maka bacalah
sebelum kamu berkata-kata: Allahumma ajirni minan nar, 7 kali, maka sekiranya kamu
meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan
apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Maghrib, maka bacalah sebelum kamu
berkata-kata: Allahumma ajirni min nar, 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia
pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka."

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i. Disebut juga oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani di
dalam 3 kitabnya iaitu Nata'ij al-Afkar, 2/326, Al-Futuhat ar-Rabaniyyah, 3/69 dan
Hidayah ar-uwah, 2/472)

Catatan: Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama' (ramai) umpamanya:





Rumusan:

1. Berusahalah untuk mengekalkan duduk Tawarruk atau Iftirasy (jika tidak
mampu) selepas Tahiyyat Akhir sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak
berkata-kata, sehinggalah selesai membaca bacaan pertama tersebut sebanyak 10
kali. Selepas itu, barulah merubah kedudukan mengikut keselesaan masing-
masing. Untuk sembahyang-sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3
kali.

2. Berusaha tidak meninggalkan bacaan kedua sebanyak 7 kali selepas
sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai
membacanya. Untuk sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali.

3. Hendaklah berusaha mengamalkan kedua-dua Sunnah Nabi
yang mudah ini untuk sembahyang Subuh dan Maghrib, walau sesibuk
mana sekalipun.

4. Janganlah para imam atau orang perseorangan memendekkan membaca
keduanya (umpamanya tidak cukup bilangan 10 kali bagi bacaan pertama dan
tidak cukup bilangan 7 kali bagi bacaan kedua) kerana ada majlis ceramah/
kuliah/ tazkirah Subuh atau Maghrib selepas sembahyang. Ketahuilah bahawa
kedua amalan ini mengandungi ganjaran yang sangat besar dan tidak mengambil
masa yang panjang (bacaan pertama +/- 1 minit 25 saat dan bacaan kedua 20
saat).

5. Usahakan agar kita tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah
Nabi . Jika orang awam/ makmum melihat para imam dan
pemimpin agama (ustaz dan lain-lain) tidak melakukannya, mereka mungkin
beranggapan 'boleh' atau 'tidak apa' ditinggalkan dengan alasan para imam dan
ustaz sendiripun tidak melakukannya. Justeru, ia menjadi fitnah dalam agama.,
fataammalu.

6. Mengamal Sunnah Nabi sahaja sudah sangat besar
ganjarannya, belum lagi ganjaran amalan Sunnah itu sendiri.

7. Antara tanda cinta seseorang kepada Rasulullah ialah
dengan mengamalkan Sunnah Baginda

Sesiapa yang berpegang (mengamalkan bersungguh) sunnahku ketika umat sudah
binasa (teruk), maka baginya pahala 100 mati syahid. Dan dalam riwayat lain: Maka
baginya pahala sekali mati syahid.
(Riwayat Ath-Thobrani dari hadith Abu Hurairah. Diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi
dalam kitabnya AzZuhd al-Kabir. Ibn Adi menyebutkannya di dalam kitabnya Al-Kamil
dan Az-Zahabi menyebutkannya dalam kitabnya Mizan al-Itidal)

Al-Faqir Ilallahil Qadir, Khuwaidim al-'Ilm wa Ahlih,
Muhadir Haji Joll
1 Ramadhan 1432H/ 1 Ogos 2011M

# Dipersilakan untuk disebar luaskan demi kecintaan kepada Rasulullah
dan mengambil berat tentang hal ehwal ummah marhumah.

You might also like