You are on page 1of 11

Kedudukan Geografi

Angin dan hujan


Ketinggian dari aras laut
Kepulauan
Kedudukan Malaysia di kawasan Khatulistiwa
menyebabkannya tidak mengalami kemarau yang
melampau.

Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang
tahun dengan purata enam jam sehari.

Malaysia juga berkeadaan lembap sepanjang
tahun.



Malaysia juga bebas daripada ancaman taufan
dan siklon tropika disebabkan oleh kedudukan.

Biasanya, kawasan yang dipengaruhi oleh angin
siklon tropika ialah antara garisan lintang 6U
hingga 20U. Siklon tropika merupakan ribut
kencang yang bertiup menuju ke kawasan
tekanan rendah di lautan tropika



Suhu kawasan Subang Jaya adalah lebih tinggi
berbanding dengan suhu di Tanah Tinggi Cameron.

Min suhu tahunan di Subang Jaya ialah
27.7C,manakala min suhu tahunan di Tanah Tinggi
Cameron ialah 17.8*C. Keadaan ini disebabkan oleh
Tanah Tinggi Cameron terletak di kawasan tanah
rendah(40m).

Suhu turun dengan kadar 1C bagi setiap kenaikan
165 meter.


Suhu di Cameron
Highlands yang lebih sejuk
Suhu di Kuala Lumpur
yang lebih panas

Kesimpulannya , suhu tempatan di Malaysia
dipengaruhi oleh ketinggian. Lapisan udara yang
lebih hampir dengan permukaan bumi lebih
banyak dipanaskan oleh haba dari bumi. Lapisan
udara yang semakin tinggi kurang mendapat
haba dari bumi. Oleh itu, kawasan yang lebih
tinggi mempunyai suhu yang lebih rendah .


Malaysia dikelilingi oleh kawasan laut yang luas.
Pada waktu siang, kawasan laut yang lambat
menerima haba (panas) merendahkan suhu di
kawasan pinggir pantai dan menjadikannya
sederhana panas. Keadaan tersebut dipengaruhi
oleh bayu laut .


Pada waktu malam, kawasan laut yang lambat
kehilangan haba (sejuk) meninggikan suhu di
kawasan pinggir pantai dan menjadikan
sederhana sejuk.

Keadaan tersebut dipengaruhi oleh bayu darat.
Sifat kepulauan dan proses penyederhanaan
laut menyebabkan Malaysia mengalami julat
suhu tahunan yang kecil.

You might also like