You are on page 1of 2

MAJLIS PEWAKILAN PELAJAR

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS


JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

RUJUKAN :ILPKBPP/MPP(KBJ)/100/005 TARIKH : 23 APRIL 2008

PERKARA ADUAN TERHADAP MENU MAKAN DAN MINUM DEWAN MAKAN


ILPKBPP

DARIPADA AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN SALINAN :


(BIRO KEBAJIKAN) PPL

KEPADA PENYELIA ASRAMA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Saya seperti nama di atas merujuk pada pihak tuan/puan untuk membuat aduan berkenaan menu
makan yang di sediakan di dewan makan ILPKBPP. Ini kerana terdapat menu makanan yang tidak
disediakan sewaktu makan tengahari dan malam iaitu sambal belacan ulam kerana menu ini telah
di tetapkan di dalam menu makan JTM. Perkara ini berlanjutan sejak awal semester lagi.

Pihak dewan makan juga tidak menyediakan sos pada setiap waktu makan sepertimana
yang tertera dalam menu makan JTM. Tetapi kicap telah di sediakan pada setiap waktu makan
namun telah di masukan kedalam 1 mangkuk yang besar untuk pelajar ambil tetapi ianya berada di
tempat yang sama setiap ketika. Pelajar mula rungsing dengan kicap tersebut kerana di khuatiri di
masuki oleh serangga-serangga kecil. Permohonan ingin di buat agar menyediakan kicap dalam
bentuk botol.

Bagi masalah minuman yang dihadapi oleh pelajar ialah air yang di sediakan kurang sejuk
pada waktu tengahari. Ramai pelajar tidak minum minuman yang di sediakan di dewan makan
kerana tidak membawa cawan atau gelas sewaktu makan. Ini kerana pihak dewan makan tidak
menyediakan cawan kepada pelajar sepertimana semester lepas. Ini membolehkan pihak dewan
makan mengambil kesempatan mengurangkan kuantiti air yang perlu di sediakan kepada pelajar.
Bagi minum malam yang di sediakan pada waktu makan supper pula tidak mencukupi
kerana pada waktu tengahari air yang di sediakan untuk pelajar ialah 2 tong bagi pelajar lelaki
tetapi pada waktu supper malam hanya di sediakan 1 tong sahaja untuk pelajar lelaki.

Diharapkan pihak tuan/puan dapat mengambil serius dengan masalah yang dihadapi.
Segala kerjasama dari pihak tuan kami akhiri dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK PELAJAR DAN INSTITUT”
“PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT PROAKTIF”

Di sediakan oleh,

(AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN)


BIRO KEBAJIKAN, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
ILPKBPP, JTM

You might also like