You are on page 1of 11

BIODATA TUN ABDUL RAZAK

Tokoh Pujaanku

TUN HAJI ABDUL RAZAK
BIN HAJI DATO' HUSSEIN




Nama: Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein.
Jawatan: Perdana Menteri Malaysia ke-2.
Tempoh Perkhidmatan: 22 September 1970- 14 Januari 1976. Timbalan: Tun Ismail
Doto' Abdul Rahman (1970-1973) Tun Hussein Dato' Onn (1973 1976).
Menurut: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Menggantikan: Tun Hussein Onn.
Parti Politik: UMNO.
Tarikh Lahir: 11 mac 1922.
Tempat Lahir: Pekan, Pahang.
Tarikh Kematian: 14 Januari 1976.
Tempat Kematian: London, England,
Pekerjaan: Peguam
Agama: Islam
Anak: 5 Orang





Kehidupan Peribadi

Di lahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyarham Tun Abdul Razak
merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh
Fatimah binti Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama
merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn ialah penggantinya sebagai Perdana
Menteri ketiga.
Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi perdana
menteri keenam menggantikan Tun Abdullah bin Mohammad Badawi pada tahun
2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam,
Mohamed Nazim dan Mohamed Naz
Pendidikan

Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan
kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk
menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak
betugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939,
beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada
tahun 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu
pencetusan Perang Dunia ke-2.
Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar
jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau betemu dengan
Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ke-3 untuk
memperoleh ijizah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh
British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai
setiausaha dibawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping
itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk
perbincangan persoalanan-persoalanan politik negara untuk penuntut-penuntut
Malaya. Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's
Inn di London.
Sumbangan Kepada Negara

Selepas kepulangannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan
bergiat dalam bidang politik. Di sebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik
menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.Dua tahun
kemudian,pada Febuari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang
sewaktu berumur 33 tahun.
Selepas memenangani pilihan raya umun yang pertama di Malaya pada Julai 1955,
Abdul Razak dilantik sebagai MaenteriPelajaran.Abdul Razak juga menyertai misi
Febuari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut
kemerdekaan Malaya daripada pihak British.
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku
Abdul Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah
melalui dekri sehingga 1970.Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi
Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun
1971. Beliau dan "generasi baru" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan
keperluan untuk menggendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah
membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas,
iaitu mengurangkan dan pada akhirnya:
1: menghapuskan kemiskinan
2: menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.

Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian
untuk Parti Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa
yang dikatakannya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukimia, Abdul Razak meninggal pada
tahun 1976 sewaktu mendapat jawatan perubatan di London, dan disemadikan di
Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas
kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.




































Dr Burhanuddin













Dr Burhanuddin ini adalah seorang tokoh agama yang disegani di zaman pra dan
pasca-kemerdekaan. Kalau zaman tersebut sudah ada istilah Protaz, maka
layaklah beliau menyandang gelaran tersebut memandangkan beliau juga adalah
seorang doktor homeopati. Tetapi kita patut bersyukur kerana beliau tidak
memperjuangkan benda yang remeh-temeh seperti kebanyakan protaz hari ini.

Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh
penting yang lain dalam PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad
Boestaman. PKMM adalah parti kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan
nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah Kesatuan Melayu Muda, KMM
yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham dengan
menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu.
Padahal begitu banyak lagi parti-parti Melayu sebelum UMNO seperti Angkatan
Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga
Se-Malaya (MATA), dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap
utama kepada PKMM.

Tetapi malangnya, kita seolah-olah hanya melihat jasa UMNO tanpa mengetahui
jasa-jasa yang ditaburkan oleh parti-parti dan pejuang-pejuang yang sebelumnya.
Tanpa hembusan api patriotik dari mereka, UMNO ketika itu pasti tidak boleh
berjaya. Namun, kita tetap lupa. Tepat apa yang dikatakan oleh Dr
Mahathir: "Melayu mudah lupa". Dan oleh kerana UMNO adalah parti utama
orang-orang Melayu hari ini, maka makin ramai ahli-ahlinya yang semakin lupa
kepada sejarah tepat bangsa kita yang semakin membonyot layu ini.

Berbalik kepada kisah Dr Burhanuddin al-Helmi ini, beliau telah mengalami sepak
terajang kemelut kemerdekaan yang berbagai-bagai, seperti dituduh sebagai
radikal dan bersifat pengganas oleh British. Malah pada tahun 1948, ramai ahli
PKMM dan API yang ditangkap dan dipenjarakan. Dipendekkan cerita, Dr
Burhanuddin al-Helmi ini juga merupakan Presiden PAS yang ke-3 selepas Dr Hj
Abbas Alias.

Jadi, apa perkara pokok yang saya ingin bawa sebenarnya dengan mendedahkan
kisah Dr Burhanuddin al-Helmi dan sejarah parti politik tanah air secara sepintas
lalu ini?

1) Kalau nak berjuang untuk Islam, pastikan bukan berkaitan perkara yang
sangat remeh-temeh. Berjuang biar betul-betul. Kita lihat Protaz Prof Dr
Burhanuddin. Beliau tahu apa prioriti zamannya, iaitu mendapatkan kemerdekaan.
Sebab kalau Tanah Melayu tak merdeka, habis punah akidah anak-anak Islam.
Dan habis juga kekayaan Tanah Melayu diambil oleh si puak penjajah. Sekarang
kita lihat zaman kita pula. Apakah prioriti kita? Kita jangan terikut-ikut style
Protaz zaman sekarang yang kadang-kadang tu mengarut-ngarut idea
perjuangannya.

2) Ketahui sejarah kita yang sebenarnya. Jangan fanatik dengan mana-mana
parti, baik PAS, UMNO, Keadilan, Gerakan, MCA, MIC, dan sebagainya. Pastikan
kita faham dan selidik terlebih dahulu kenapa kita memillihnya. Jangan main ikut-
ikut orang. Pendirian jangan ala-ala lalang ditiup angin.

3) Ketiganya, Dr Burhanuddin al-Helmi adalah seorang tokoh terbaik untuk
memberikan kefahaman kepada kita semua mengapa kaum
muda/'Salafi'/Wahhabi (atau apa pun kamu nak panggil sebab nama tak
mengubah apa-apa), bukanlah pilihan terbaik untuk kita mengembangkan Islam ini
di seantero dunia.

Tun Dr.Mahathir Mohamad (Bapa Pemodenan)












Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah antara tokoh politik yang berpengaruh
dan gemar membuat keputusan yang di luar kebiasaan. Beliau pernah memutuskan
tambatan Ringgit dengan matawang Dollar Amerika dalam keadaan ramai yang
sangsi dengan keberkesanan dasar itu.
Ramai anak muda hari ini kurang mengenali beliau. Ada yang gemar mencerca
sedangkan mereka tidak pun tahu apakah salah Tun. Ada juga yang suka
melambung-lambung dan memuji Tun tanpa mengenalinya dengan mendalam.
Sewajarnya kita harus mengetahui biodata tokoh ini sebagai teladan dan
peringatan.
Tun Mahathir Mohamad dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925.
Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan
Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan
dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Sejak kecil Mahathir
ditimang dengan nama Che Det.
Beliau merupakan anak bongsu di kalangan sembilan orang adik-beradik. Tun Dr.
Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada
tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di
Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan
Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang
pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir
telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej,
beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam
pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang
kebajikan pelajar-pelajar lain.

BIODATA RINGKAS TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Nama:
Mahathir bin Mohamad
Tempat Lahir :
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Nama Ayah :
Mohamad Bin Iskandar
Tarikh Lahir :
20 Disember 1925
Nama Isteri :
Tun Dr Siti Hasmah Bt Mohd Ali
Anak:
Marina, Mirzan, Melinda. Mokhzani,Mukhriz,Maizura and Mazhar
Kerjaya:
Open first Malay clinic at Alor Setar, known as Clinic Maha
Pendidikan Tinggi:
King Edward VII College of Medicine, Universiti
Malaya, Singapura, Graduated in MBBS 1953
Menteri Pelajaran:
1974
Naib Presiden UMNO:
1981
Dilantik Perdana Menteri:
16th Julai 1981
Letak Jawatan:
31th Oktober 2003

"Kita mampu mentadbir negara ini dan kita berupaya menangkis usaha untuk
menjajah kita semula menerusi takanan ekonomi. Mari kita sama-sama berikrar
untuk terus mempertahankan kemerdekaan demi bangsa, negara dan agama."


BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Pada hari ini,penulis akan menerangkan sedikit sebanyak tentang Bapa
Kemerdekaan Malaysia.
Beliau ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga merupakan Perdana
Menteri Malaysia yang pertama.



Biodata beliau:
Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah
Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).
Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai
Daerah)Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong
Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara
berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah.
Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Ibarat kata pepatah Melayu Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang
jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra.Sepanjang
hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa
dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai
semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman
penjajah.

Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO
melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi
pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah
membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara
aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat
kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu
merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan..

YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA(31 Ogos 1957-22 Sept 1970)Jangan
sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan: Kemerdekaan memanglah
sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia hanyalah permulaan kepada usaha
baru dan berdaulat.

You might also like