You are on page 1of 59

1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA



UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti
Pertanian Malaysia melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej
Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti; Fakulti Pertanian, Fakulti
Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan.

Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan J ulai 1973 dengan jumlah
pelajar seramai 1,559 orang. Mereka mengikuti program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains
Perhutanan, Doktor Perubatan Veterinar, Diploma Pertanian, Diploma Teknologi Rumahtangga, Diploma
Sains Peternakan, Diploma Sains dengan Pendidikan dan Program Pendahuluan.

Pada tahun 1994, UPM telah memulakan satu rancangan untuk membina universiti masa hadapan yang
menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik dan terkini terutama dalam pendidikan sains dan
teknologi. Selaras dengan itu, UPM telah berkembang pesat hingga menjadi kampus tanpa sempadan
melangkaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak daripada itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti
Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang
keempat. Penukaran nama ini merupakan langkah strategik yang mencerminkan kedudukan UPM
selaku sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dalam
menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan.

Universiti Putra Malaysia kini mempunyai enam belas (16) Fakulti termasuk Kampus Bintulu, Sarawak,
lima belas (15) Pusat, sembilan (9) Institut, satu (1) Akademi, dua (2) Sekolah Pengajian Siswazah,
sebuah Taman Pertanian Universiti dan sebuah kampus cawangan di Bintulu, Sarawak.

UPM menawarkan lima puluh enam (56) program Bacelor, tujuh (7) program Diploma, satu (1) program
Asasi dan lebih daripada empat ratus (400) bidang di peringkat Pasca Siswazah.

VISI

Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa.

MISI

Menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama, yang memberikan sumbangan bukan sahaja
kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara bangsa, tetapi juga kepada kemajuan
manusia dan penerokaan ilmu sejagat.

MATLAMAT

UPM telah menetapkan sepuluh matlamat untuk merealisasikan wawasannya. Kesepuluh-sepuluh
matlamat tersebut adalah seperti berikut:-

1. Melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berusaha untuk terus maju.
2. Memperkasakan pelajar UPM dengan penguasaan kemahiran insaniah.
3. Menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang terkemuka.
4. Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan pertanian.
5. Meningkatkan jalinan industri dan masyarakat.
6. Mengurus modal insan dan persekitaran kerja dengan cemerlang.
7. Memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan amalan terbaik.
8. Menjana dan mengurus sumber kewangan universiti secara cekap dan berkesan.
9. Menjadikan universiti terhubung sepenuhnya dengan berasaskan ICT.
10. Memperkasakan UPM melalui Alumni.

2
KEMUDAHAN

Adalah menjadi tanggungjawab seluruh warga UPM untuk menjaga kemudahan-kemudahan yang telah
disediakan Universiti. Antara kemudahan-kemudahan yang ada ialah:-

a) Penginapan

Universiti menyediakan sebanyak 17 buah kolej kediaman yang berupaya menampung 600-1,000 pelajar
setiap kolej. Kolej-kolej kediaman ini menyediakan pelbagai kemudahan. Ini termasuklah dewan, bilik
rehat, surau dan lain-lain.

Kolej kediaman tidak lagi menyediakan makanan sejak 1996, sebaliknya makanan boleh dibeli dari 4
buah kafetaria dalam kampus. Adalah menjadi polisi Universiti untuk mengutamakan pelajar baharu
dalam pemberian tempat penginapan di kolej kediaman.

b) Perpustakaan

Pelajar boleh berjalan kaki ke Perpustakaan Pusat UPM (Perpustakaan Sultan Abdul Samad).
Perpustakaan Pusat UPM terdiri daripada 2 blok, Blok A dan Blok B yang mempunyai keluasan lantai
17,652 meter persegi. Perpustakaan ini mempunyai lebih kurang 2,000 tempat duduk selain daripada
bilik karel, bilik mesyuarat, auditorium dan sebagainya.

Koleksi perpustakaan adalah kira-kira 400,000 judul buku dan 6,300 judul bersiri. Ini tidak termasuk
koleksi multimedia seperti mikrofilem, pita video, peta dan lain-lain. Sumber bahan yang banyak dan
kepelbagaian perkhidmatan ini adalah amat perlu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan penyelidikan
di UPM.

c) Pengangkutan

Sistem pengangkutan di UPM merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan universiti-
universiti lain di Malaysia. Ini bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di antara Putrajaya dan
Bandaraya Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

d) Perkhidmatan Bas (Dalam dan Luar Kampus)

i. UPM menyediakan kemudahan bas untuk pergerakan pelajar di dalam dan di luar kampus.

ii. Setiap pelajar dikenakan bayaran RM75.00 seorang untuk satu semester untuk mendapatkan
kemudahan tersebut. Pelajar yang membayar untuk perkhidmatan tersebut boleh menggunakan
perkhidmatan bas tanpa had selama tempoh berkenaan.

iii. Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa telah menyediakan lebih daripada 20 bas Universiti untuk
kemudahan pelajar-pelajar menjalankan aktiviti akademik dan kurikulum di luar kampus.

iv. UPM juga telah membina beberapa perhentian bas berbumbung yang lengkap dengan
kemudahan seperti kipas angin, lampu dan papan kenyataan untuk memberi keselesaan kepada
para mahasiswa ketika menunggu bas.

e) Komuter dan Teksi

i. Mahasiswa UPM boleh mendapatkan kemudahan perkhidmatan komuter dan teksi untuk
berulang-alik daripada kampus ke destinasi yang ingin di tuju dengan harga yang berpatutan.

ii. Terdapat perkhidmatan bas yang menghubungkan Kampus UPM dengan Kuala Lumpur dan
kawasan sekitar Serdang.

iii. Satu lagi alternatif kemudahan pengangkutan ialah perkhidmatan keretapi komuter di stesen
Serdang yang memberi perkhidmatan ke Seremban, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

3
f) Bank dan Pejabat Pos

i. Terdapat dua buah bank di Kampus UPM, CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional untuk
kemudahan warga kampus mengendalikan urusan kewangan. Pihak bank juga telah
menyediakan beberapa buah mesin autoteller di tempat yang strategik dan selamat.

ii. Terdapat sebuah pejabat pos yang ditempatkan di Kolej Mohamad Rashid untuk kemudahan
para mahasiswa dan warga kampus mendapatkan perkhidmatan pos, bayaran bil,
memperbaharui lesen memandu dan pelbagai perkhidmatan lain.

g) Laman Web Student Portal http://www.psp.upm.edu.my

i. Bahagian Teknologi Maklumat telah membangunkan Putra Student Portal sebagai gerbang
utama bagi pelajar-pelajar UPM mencapai apa juga maklumat diri mereka sepanjang pengajian
di UPM dengan mudah dan cepat melalui satu login sahaja.

ii. Laman web ini diwujudkan atas dasar memberi kemudahan disamping membudayakan ICT
dikalangan pelajar.

h) Koperasi dan Kedai Buku

Terdapat sebuah kedai koperasi yang menjual segala kelengkapan alat tulis dan buku-buku rujukan
serta keperluan harian mahasiswa.

i) Kemudahan Sukan Bertaraf Dunia

Selama ini, UPM menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif sukan kepada mahasiswa. Hasrat
UPM untuk melahirkan atlet yang berpendidikan tinggi sentiasa menjadi keutamaan. Sebuah Blok Atlet
di Kolej Kediaman Keenam disediakan bagi kemudahan penginapan para atlet.

Seterusnya UPM juga memiliki sebuah kompleks sukan yang terdiri daripada stadium utama untuk acara
trek dan balapan, dewan serbaguna untuk pelbagai acara termasuk skuash, bola jaring, sepak takraw,
bola tampar, bola keranjang dan lain-lain sukan dalam dewan. Selain itu dengan memiliki keluasan
kawasan yang tidak terhad, UPM tiada masalah tentang padang-padang permainan untuk keperluan
mahasiswa bersukan.

Di UPM juga sukan ragbi menjadi sebutan dalam dan luar kampus. Siapa tidak kenal dengan pasukan
Serdang Angel yang sememangnya digeruni lawan setiap kali menyertai kejohanan peringkat universiti
dan jemputan. Sudah tentu kemudahan padang ragbi bertaraf dunia memberi sedikit kelebihan untuk
mahasiswa UPM bergiat aktif dalam sukan ragbi dan kebanyakan mereka mewakili negara di peringkat
antarabangsa.

Kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis yang berkualiti dan padang hoki yang baru
melengkapkan lagi persediaan UPM dalam memberi kemudahan terbaik dan bertaraf dunia kepada
seluruh mahasiswa.

j) Kemudahan Riadah dan Rekreasi Moden

Mahasiswa UPM dikira bertuah apabila memiliki persekitaran kampus yang nyaman dan menyegarkan di
sebalik kehijauan pokok-pokok yang merimbun. Panorama sedemikian boleh menenangkan fikiran
setelah penat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seluruh warga kampus boleh menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi dengan penuh semangat tanpa
gangguan dan pencemaran. Pihak Universiti telah mengeluarkan belanja yang besar bagi menyediakan
kemudahan yang serba moden untuk manfaat bersama. Pembinaan trek jogging dan kemudahan riadah
lain sepanjang 7 km melalui dusun buah-buahan dan merentasi pemandangan tasik menarik minat
warga kampus untuk memulakan gaya hidup sihat.

Langkah UPM melancarkan program Gerak Sihat di kalangan mahasiswa dan staf setiap awal bulan
menggalakkan warga kampus mempunyai tahap kesihatan tinggi dan kecerdasan minda yang boleh
meningkatkan prestasi belajar dan bekerja.

4
UPM juga kaya dengan lokasi rekreasi yang pastinya dapat mengurangkan tekanan dalam mengejar
kecemerlangan akademik. Contohnya Bukit Ekspo yang menawarkan kemudahan satu destinasi yang
menarik dan pilihan sekeluarga.

Bukit Ekspo menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah untuk sesiapa sahaja menjalankan aktiviti
termasuk memancing, bersampan, sukaneka keluarga, tapak perkhemahan, tapak ekspo dan karnival,
flying fox dan lain-lain lagi.

Aktiviti menunggang kuda dengan trek yang selesa dan mencabar adalah sesuatu yang menarik
terdapat di UPM.

Bagi penggemar sukan golf, UPM memiliki kemudahan padang golf 18 lubang.

FAKULTI DAN PUSAT YANG MENAWARKAN PROGRAM PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH
BACELOR, DIPLOMA DAN ASASI

UPM adalah sebuah Universiti yang menawarkan program pelbagai bidang dan disiplin. Program-
program yang ditawarkan di peringkat Ijazah Bacelor dan Diploma mengikut Fakulti adalah seperti
berikut:-

Fakulti Pertanian
1. PG11 - Bacelor Sains Pertanian
2. PG14 - Bacelor Sains Hortikultur
3. PG27 - Bacelor Pertanian (Akuakultur)
4. PG32 - Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)
5. PP05 - Bacelor Sains (Perniagaantani)

Fakulti Perhutanan
1. PG12 - Bacelor Sains Perhutanan
2. PG47 - Bacelor Sains Taman dan Rekreasi
3. PY11 - Bacelor Sains Teknologi Kayu

Fakulti Perubatan Veterinar
1. PM01 - Doktor Perubatan Veterinar

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
1. PE00 - Bacelor Ekonomi
2. PE02 - Bacelor Perakaunan
3. PP06 - Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Fakulti Kejuruteraan
1. PK01 - Bacelor Kejuruteraan (Awam)
2. PK02 - Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)
3. PK03 - Bacelor Kejuruteraan (Kimia)
4. PK05 - Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)
5. PK08 - Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)
6. PK15 - Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)
7. PK16 - Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)
8. PK17 - Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Fakulti Pengajian Pendidikan
1. PP09 - Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
2. PT03 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan J asmani)
3. PT04 - Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
4. PT05 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)
5. PT06 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
6. PT07 - Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)
7. PT09 - Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)
8. PT41 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)
9. P020 - Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan

5
Fakulti Sains
Bacelor Sains (Kepujian)
1. PS02 - Major Biologi
2. PS08 - Major Matematik
3. PS09 - Major Statistik
4. PS15 - Major Fizik
5. PS28 - Major Kimia
6. PS29 - Major Kimia Perindustrian
7. PS30 - Major Kimia Petroleum
8. PS36 - Major Sains Bahan
9. PS37 - Major Sains Instrumentasi

Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)
10. PT11 - Major Biologi
11. PT12 - Major Fizik
12. PT13 - Major Kimia
13. PT14 - Major Matematik

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
1. PG09 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
2. PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Fakulti Ekologi Manusia
1. PA05 - Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)
2. PP02 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)
3. PP20 - Bacelor Pengajian Pengguna
4. PP33 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)
5. PP34 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
1. PA02 - Bacelor Komunikasi

Bacelor Sastera
2. PB00 - Bahasa Inggeris
3. PB03 - Bahasa dan Linguistik Melayu
4. PB06 - Kesusasteraan Melayu
5. PB07 - Kesusasteraan Inggeris

Bacelor Sastera (Bahasa Asing)
6. PB04 - Pengkhususan Bahasa Mandarin
7. PB05 - Pengkhususan Bahasa Arab
8. PB08 - Pengkhususan Bahasa Perancis
9. PB09 - Pengkhususan Bahasa J erman

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
1. PM00 - Doktor Perubatan
2. PM02 - Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
3. PM05 - Bacelor Sains (Dietetik)
4. PM09 - Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
5. PM10 - Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
6. PM12 - Bacelor Kejururawatan

Fakulti Rekabentuk dan Senibina
1. PH00 - Bacelor Seni Bina
2. PH02 - Bacelor Seni Bina Landskap
3. PH03 - Bacelor Sains Seni Bina
4. PH12 - Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Bacelor Sains Komputer
1. PC04 - Pengkhususan Sistem Komputer
2. PC09 - Pengkhususan Multimedia
3. PC10 - Pengkhususan Kejuruteraan Perisian
4. PC11 - Pengkhususan Rangkaian Komputer
6
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
Bacelor Sains (Kepujian)
1. PG07 - Bioteknologi
2. PS26 - Biokimia
3. PS27 - Mikrobiologi
4. PS71 - (Biologi Sel dan Molekul)

Fakulti Pengajian Alam Sekitar
1. PG46 - Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar
2. PP43 - Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPM Kampus Bintulu, Sarawak)
1. PG30 - Bacelor Sains Bioindustri
2. P2050 - Diploma Pertanian
3. P2051 - Diploma Perikanan
4. P2052 - Diploma Perhutanan
5. P2053 - Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
6. P2055 - Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
7. P2056 - Diploma Perniagaantani
8. P2450 - Diploma Kejuruteraan Pertanian

Pusat Asasi Sains Pertanian
1. P0050 - Asasi Sains Pertanian

7
CARA MEMOHON

Permohonan kemasukan ke UPM bagi pengambilan Semester Pertama setiap tahun adalah melalui
Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan
Pelajar, J abatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Pemohon boleh melayari Laman Web http://upu.mohe.gov.my untuk mendapat maklumat lengkap
mengenai Syarat Am serta Syarat Khas Program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui
Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenainya disiarkan dalam akhbar utama tempatan.

KETERANGAN LANJUT

Bagi mendapat keterangan lanjut mengenai Universiti Putra Malaysia, sila hubungi:-

Alamat : KETUA PENTADBIRAN PENGAJ IAN PRA SISWAZAH
BAHAGIAN AKADEMIK
TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Pejabat Am
Bahagian Akademik
: 603 - 8946 6059
603 - 8946 6055
603 - 8946 6060
603 - 8946 6000
Faksimili : 603 - 8942 6469
E-Mel : akademik@upm.edu.my
Laman Web :
http://www.upm.edu.my

8
FAKULTI PERTANIAN

Maklumat Am

Fakulti Pertanian adalah satu daripada tiga (3) fakulti pengasas dalam penubuhan Universiti Pertanian
Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada 1971. Bermula dengan tujuh (7) jabatan di bawahnya,
fakulti ini telah menjadi asas kepada penubuhan beberapa fakulti lain dalam proses pembangunan
dengan membangunkan jabatan berkenaan hingga menjadi taraf fakulti sendiri.

Sehingga akhir 1998, Fakulti Pertanian mempunyai tiga (3) jabatan akademik, iaitu J abatan Agronomi
dan Hortikultur, J abatan Perlindungan Tumbuhan dan J abatan Sains Tanah.

Bermula pada 1 J anuari 1999, proses penstrukturan semula di Universiti Putra Malaysia juga melibatkan
Fakulti Pertanian. Penstrukturan ini adalah berkonsepkan penyatuan atau integrasi elemen utama dalam
sistem pertanian iaitu tanaman, haiwan, tanah, teknologi dan pengurusan. Berasas kepada konsep ini,
Fakulti Pertanian kini mempunyai enam (6) jabatan, iaitu Sains Tanaman, Sains Haiwan, Perlindungan
Tumbuhan, Pengurusan Tanah, Perniagaantani dan Sistem Maklumat dan Teknologi Pertanian.

Sebagai fakulti pertanian terunggul di negara ini, maka Fakulti Pertanian mempunyai peranan utama
untuk menangani secara langsung masalah pertanian semasa negara serta prospek pembangunan
industri pertanian dalam jangka masa panjang terutama kepada program latihan sumber manusia
dengan tenaga terlatih yang terdiri daripada graduan yang berpandangan jauh ke hadapan dan berupaya
bersaing dalam arena industri.

Berlandaskan sistem pendidikan negara, Fakulti Pertanian berusaha mengeluarkan pakar pertanian
terlatih, berciri keusahawan dan berupaya mengendalikan perundingan di mana saja, di samping
menghasilkan teknologi pertanian baru dan tinggi, hasil dari program penyelidikan dan pengkomersilan.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains Pertanian
2. Bacelor Sains Hortikultur
3. Bacelor Pertanian (Akuakultur)
4. Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)
5. Bacelor Sains (Perniagaantani)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG11 - Bacelor Sains Pertanian

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains Pertanian yang mengambil masa empat (4) tahun ini adalah program terulung
yang dikendalikan oleh Fakulti Pertanian. Program ini berasaskan sains dan teknologi pengeluaran
tanaman, ternakan dan akuakultur. Selain itu ia merangkumi aspek perniagaan, pengurusan,
komunikasi serta kaedah penyelidikan.

Graduan Bacelor Sains Pertanian adalah terlatih dalam perusahaan yang melibatkan tanaman
perladangan seperti kelapa sawit, getah dan kelapa atau tanaman makanan seperti padi, jagung ubi,
buah-buahan di samping sistem pertanian yang mengintegrasikan pengeluaran ternakan, akuakultur dan
tanaman. Tumpuan pengajian ialah terhadap prinsip dan sains pengeluaran komoditi tersebut dan
graduan akan mampu menyelesaikan masalah berdasarkan pengetahuan mengenai keperluan
tumbuhan terhadap air, nutrien dan cahaya serta prinsip memelihara tanaman dari penyakit dan perosak.

Antara disiplin yang terdapat dalam sains pertanian termasuklah agronomi, genetik dan pembiakbakaan
tanaman, sains tanah, perlindungan tanaman, sains biji benih, sains rumpai, mekanisasi ladang, sains
ternakan dan akuakultur, pengurusan ladang dan keusahawanan pertanian, pengembangan pertanian
dan bioteknologi pertanian.

9
Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang yang luas untuk mencari kerjaya memandangkan pertanian merupakan
sektor yang strategik dan dasar pertanian negara mensasarkan pertanian sebagai pemacu ekonomi
yang ketiga. Dalam sektor swasta graduan diperlukan sebagai pengurus ladang dalam perusahaan
perladangan kelapa sawit yang kian berkembang dengan penerokaan pelaburan ke luar negara. Di
samping itu, industri makanan memerlukan pekerja profesional untuk mengurus ladang pengeluaran
tanaman makanan dan industri pemprosesan makanan untuk pasaran tempatan dan eksport.
Perusahaan sokongan pertanian seperti syarikat baja, kimia pertanian dan makanan ternakan juga
membuka peluang kepada graduan sains pertanian.

Sektor awam pula memerlukan pegawai di J abatan Pertanian dan agensi kerajaan lain seperti RISDA,
FELDA, FAMA, FELCRA dan LPP untuk melaksanakan pembangunan dan pentadbiran pertanian. Di
samping itu, agensi penyelidikan seperti MARDI, MPOB dan LGM memerlukan pegawai penyelidik untuk
melaksanakan tugas penyelidikan dan pembangunan pertanian. Tidak ketinggalan, pendidikan
pertanian di sekolah, institut pertanian dan institusi pengajian tinggi juga memerlukan tenaga pengajar
yang mempunyai ijazah Bacelor Sains Pertanian.


Kod dan Nama Program : PG14 - Bacelor Sains Hortikultur

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Pertanian yang merupakan fakulti terulung diwujudkan di Universiti Putra Malaysia adalah satu-
satunya fakulti di Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum untuk
disiplin Hortikultur. Program Bacelor Sains Hortikultur mengambil masa 8 semester dan telah diberikan
pengiktirafan oleh pihak J abatan Perkhidmatan Awam.

Bacelor Sains Hortikultur adalah program pengajian sepenuh masa yang memberi penekanan kepada
kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan dalam bidang hortikultur. Horikultur adalah satu
bidang pengajian sains mengenai tanaman industri makanan, tanaman hiasan dan perlandskapan yang
merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, rumput turf, herba dan ulam-ulaman.

Pelajar dilengkapkan dengan kemahiran, teknik dan amalan hortikultur. Ini akan membolehkan mereka
menterjemah ilmu yang dipelajari kepada penggunaan teknologi moden dalam industri hortikultur untuk
faedah manusia sejagat. Kursus dalam program ini merangkumi sains asas, sains tanah, pengurusan
tanaman termasuk penyakit, serangga perosak dan rumpai, ekonomi serta komunikasi. Aspek
pengurusan sumber, perancangan dan penilaian bisnes hortikultur merupakan komponen penting dalam
program ini. Selain daripada latihan dalam kampus, pelajar juga didedahkan kepada situasi sebenar
alam pekerjaan dengan menjalani latihan praktik di industri berkenaan.

Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang kerjaya yang luas untuk dipilih sama ada dalam sektor awam dan swasta
atau menjadi usahawan yang terlibat dengan industri berasaskan hortikultur atau pertanian secara
amnya. Kerjaya melibatkan aspek keusahawanan dalam penghasilan tanaman hortikultur di lapangan
dan di bawah struktur lindungan; merekabentuk dan membangun landskap kediaman; pengurusan
taman rekreasi agroteknologi, padang golf, perhutanan bandar, arboratum dan landskap bandaraya dan
perbandaran; eksekutif pemasaran bahan tanaman, kimia dan keperluan industri hortikultur. Kerjaya
dalam jabatan dan institusi kerajaan atau swasta adalah sebagai pendidik, penyelidik, penguatkuasa,
perunding dan pakar media masa hortikultur.

Di antara jawatan yang disandang oleh bekas graduan Bacelor Sains Hortikultur dari fakulti ini adalah
sebagai:

Pegawai Penyelidik, Pegawai Pertanian, Pegawai Pemasaran, Pengurus Resort dan Padang Golf,
Pengurus Ladang, Pensyarah IPT, Pegawai Tadbir, Pengurus Taman dan Pengurus Landskap.

10
Kod dan Nama Program : PG27 - Bacelor Pertanian (Akuakultur)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini memberi kefahaman saintifik serta kemahiran teknikal dan pengurusan dalam bidang
akuakultur. Pelajar akan dilengkapkan dengan pelbagai ilmu sains akuakultur, pengurusan dan
pemasaran, keusahawanan serta kemahiran ICT dan insaniah. Penekanan akan diberikan kepada
kaedah pengurusan ladang akuakultur dan pusat penetasan yang lestari dan mesra alam menggunakan
teknologi dan maklumat terkini. Program ini bertujuan melatih graduan yang berpengetahuan,
berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan, berdaya maju dan mampu bersaing
dalam melaksanakan tugas di pelbagai sektor akuakultur termasuk perladangan, perkhidmatan,
penyelidikan, pendidikan dan pengembangan.

Peluang kerjaya:

Berpeluang menjadi pengurus, pegawai operasi dan pegawai penyelidik ladang akuakultur, pegawai
penyelidik dan pegawai pemasaran kilang makanan akuakultur, eksekutif syarikat berasaskan
akuakultur, pegawai perikanan dan pegawai penyelidik di agensi kerajaan yang terlibat dalam industri
akuakultur dan keusahawanan akuakultur.


Kod dan Nama Program : PG32 - Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

J abatan Sains Haiwan adalah perintis dalam pengajian ilmu peternakan di Universiti Putra Malaysia dan
merupakan J abatan yang pertama menawarkan pendidikan formal dalam bidang sains haiwan di
Malaysia. Program ini mengambil tempoh empat (4) tahun atau 8 semester dan diberi pengiktirifan oleh
pihak J abatan Pendidikan Tinggi dan J abatan Perkhidmatan Awam (J PA) Malaysia.

Program ini melahirkan graduan berpengetahuan terkini yang berkaitan dengan pengeluaran ternakan.
Ia mengandungi beberapa disiplin sains biologi untuk memahami aspek ternakan dan kaedah
pengeluarannya untuk kepentingan manusia. Ia juga merangkumi aspek amalan penternakan baik yang
mencakupi pengurusan serta pengawasan persekitaran dan kebajikan haiwan.

Peluang Kerjaya:

Graduan Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) pada amnya berpeluang mendapat pekerjaan dalam
industri yang khasnya berkaitan dengan pengeluaran ternakan dan penghasilan produk ternakan. Ini
termasuk sebagai pegawai eksekutif dan penyelidik dalam perkhidmatan veterinar kerajaan dan swasta,
eksekutif pengurusan, penjualan dan pemasaran di syarikat pengeluaran ternakan dan produk ternakan
dan pengurus ladang pengeluaran ternakan termasuk sumber makanan ternakan. Berpeluang juga
bekerja dalam bidang lain yang berkaitan dengan pembangunan peternakan seperti perniagaantani,
perkhidmatan teknikal (makmal analisis, pemprosesan hasil peternakan, khidmat permanian beradas),
industri farmaseutikal, industri bioteknologi, zoo, serta pendidikan dan latihan.

11
Kod dan Nama Program : PP05 - Bacelor Sains (Perniagaantani)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Perniagaantani) [BS(PT)] yang ditawarkan oleh J abatan Perniagaantani dan
Sistem Maklumat (J PSM) di Fakulti Pertanian adalah satu program yang menyeluruh selaras dengan
perkembangan dan pembangunan sektor pertanian dan asas tani serta aktiviti hiliran semasa negara.
Penawaran kurikulum program BS(PT) ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berketrampilan yang
dapat memenuhi keperluan industri perniagaantani yang memerlukan kemahiran perniagaantani dan
pengurusan serta kemahiran teknikal mengenai pengeluaran, pemprosesan, pembungkusan dan
pengedaran makanan hasil pertanian.

Kurikulum program BS(PT) juga mewajibkan pelajar untuk membuat projek ilmiah tahun akhir supaya
pelajar dapat melengkapkan diri dengan kemahiran penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di samping
itu, pelajar juga diwajibkan melibatkan diri dalam latihan industri perniagaantani selama 1 semester,
untuk mengikuti latihan dalam aspek pengurusan dan perniagaantani, supaya pelajar dapat memperolehi
pengalaman situasi dunia perniagaantani yang sebenar.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program BS(PT) berpeluang untuk memilih bidang kerjaya yang luas. Antara kerjaya
utama yang boleh diceburi ialah bidang pertanian sebagai usahawantani yang mampu bersaing di
peringkat antarabangsa, bertugas di bahagian perancangan, pengeluaran, pemprosesan, pemasaran
dan kawalan mutu barangan dalam sektor berasaskan pertanian, berkhidmat dengan badan
penguatkuasaan seperti kastam, polis, Kementerian Kesihatan dan agensi lain, pentadbir, pegawai bank,
pegawai hal ehwal ekonomi dan pegawai penyelidik.

12
FAKULTI PERHUTANAN

Maklumat Am

Fakulti Perhutanan merupakan salah satu daripada fakulti asas semasa penubuhan Universiti Putra
Malaysia (UPM) dalam tahun 1971. Misi fakulti adalah menjadi Pusat Pembelajaran dan Pendidikan
yang unggul dalam bidang perhutanan tropika yang menyumbangkan bukan sahaja kepada kemajuan
manusia dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

Untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam pengajaran dan penyelidikan, Fakulti Perhutanan telah
menjalin kerjasama rapat dengan fakulti lain di UPM dan juga dengan agensi dan institut perhutanan
dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa. Kerjasama ini dapat mempertingkatkan keupayaan
Fakulti Perhutanan menyelia pelajar pada peringkat pengajian siswazah.

Sejak penubuhannya, Fakulti Perhutanan telah berkembang dengan pesat dalam aspek pendidikan dan
penyelidikan serta pembangunan sumber. Bersandarkan kepada moto Ingin Terus Maju, Fakulti
Perhutanan bertekad untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang unggul dalam pendidikan dan
penyelidikan Perhutanan Tropika. Dalam membangunkan sumber manusia serta kemudahan prasarana
profesional yang cemerlang, Fakulti Perhutanan sentiasa berusaha meningkatkan dan memantapkan
keupayaan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan ketahap yang terbaik.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains Perhutanan
2. Bacelor Sains Taman dan Rekreasi
3. Bacelor Sains Teknologi Kayu

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG12 - Bacelor Sains Perhutanan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Sains Perhutanan yang ditawarkan oleh Fakulti Perhutanan, UPM adalah bertujuan untuk
menghasilkan graduan perhutanan profesional dan berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana,
dan menilai sumber hutan serta dapat menceburi bidang keusahawanan. Bacelor Sains Perhutanan
merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah 138 jam kredit. Terdapat tiga (3) opsyen
yang ditawarkan di bawah program ini iaitu Opsyen Pengurusan Hutan, Opsyen Hasil hutan dan Opsyen
Rekreasi Hutan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta berkaitan dengan
pengurusan hutan, industri perkayuan, pengurusan hidupan liar dan pengurusan taman dan rekreasi
serta eko-pelancongan. Antara agensi awam yang memerlukan khidmat lulusan Bacelor Sains
Perhutanan termasuklah J abatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, J abatan Hutan Sabah, J abatan
Hutan Sarawak, J abatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), J abatan Alam
Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Zoo,
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian
Tinggi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lulusan Bacelor Sains Perhutanan juga boleh bekerja di agensi swasta seperti syarikat konsesi
pembalakan dan perladangan hutan, pengurus ladang hutan, menceburi industri perbankan, insuran,
kesihatan dan juga keusahawanan.

13
Kod dan Nama Program : PG47 - Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR) yang ditawarkan oleh Fakulti Perhutanan, UPM bertujuan
untuk menghasilkan graduan terlatih dan profesional yang berupaya merancang, mengurus, melaksana,
menyelidik dan menilai sumber dan aktiviti dalam bidang taman dan rekreasi, pelancongan eko serta
menceburi bidang keusahawanan. Bacelor Sains Taman dan Rekreasi merupakan program pengajian
empat (4) tahun tahun dengan jumlah 137 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta berkaitan dengan
pengurusan taman dan rekreasi, pengurusan hidupan liar dan pengurusan perancangan pelancongan
eko. Antara agensi awam yang memerlukan khidmat lulusan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi
termasuklah J abatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), J abatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia, J abatan Hutan Sabah, J abatan Hutan Sarawak, Zoo Negara dan
Negeri, Dewan Bandaraya dan Majlis Tempatan, Wetland International, Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri
Antarabangsa, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Di dalam agensi swasta graduan BSTR boleh bekerja di pusat peranginan dan resort tanah tinggi, pulau
dan pusat golf, taman safari serta sebagai usahawan dalam bidang pelancongan sukan dan rekreasi,
pelancongan pelayaran, pelancongan eko, pelancongan agro, pelancongan komuniti dan homestay,
pelancongan kebudayaan dan warisan, pelancongan pendidikan dan kesihatan dan pelancongan
kembara.


Kod dan Nama Program : PY11 - Bacelor Sains Teknologi Kayu

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Perhutanan, UPM menawarkan program Bacelor Sains Teknologi Kayu bertujuan untuk
melahirkan graduan yang profesional dan berkemahiran dalam mengurus penggunaan sumber hasil
hutan dan berupaya mengurus industri berasas kayu serta dapat menceburi bidang keusahawanan.
Bacelor Sains Teknologi Kayu merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah 135 jam
kredit. Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan di bawah program ini iaitu Opsyen Teknologi
Biokomposit dan Opsyen Pengurusan Industri Perkayuan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta berkaitan dengan
industri perhutanan dan industri berasas kayu. Antara agensi awam yang memerlukan khidmat lulusan
Bacelor Sains Teknologi Kayu termasuklah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
(KPPK), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM), Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), J abatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia, J abatan Hutan Sabah, J abatan Hutan Sarawak, Perbadanan
Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian
Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Graduan BSTK juga boleh bekerja di industri berasas kayu, industri perabot, Majlis Kayu-kayan Malaysia
(MTC), konsesi pembalakan dan perladangan hutan, industri perbankan, insuran dan juga
keusahawanan.

14
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

Maklumat Am

Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia telah mengalami perubahan besar semenjak
penubuhannya 36 tahun dahulu. Semasa ditubuhkan dalam tahun 1973, fakulti ini dikenali sebagai
Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan dengan mempunyai tiga jabatan. J abatan Sains
Peternakan tertumpu kepada aspek produksi haiwan dan pre-klinikal, J abatan Patologi dan Mikrobiologi
Veterinar tertumpu kepada aspek paraklinikal sementara J abatan Pengajian Klinikal Veterinar tertumpu
kepada aspek klinikal. Melalui struktur awal ini, fakulti ini telah berkembang dan dikenali di seluruh dunia
veterinar.

Setelah komponen sains peternakan dipindahkan ke Fakulti Pertanian dalam bulan J anuari 1999,
tumpuan mula diberikan kepada perkembangan khidmat profesional. Langkah pertama yang diambil
ialah dengan penubuhan Hospital Veterinar Universiti (UVH). Melalui UVH, khidmat veterinar yang lebih
baik kepada masyarakat, pengajaran yang lebih sempurna dan perkembangan aktiviti penyelidikan
adalah diharapkan.

Fakulti ini menjadi institusi pengajian tinggi pertama yang mempunyai persijilan dalam pengajaran,
penyelidikan dan perkhidmatan profesional berikutan kejayaannya memperoleh persijilan ISO 9001 pada
7 J ulai 2000. Selaras dengan era penserantauan dan untuk kekal relevan dan boleh dipercayai dalam
urusan terasnya, Fakulti Perubatan Veterinar sedang aktif menjalankan usaha untuk mengakreditasi
program Doktor Perubatan Veterinar dan mendapatkan akreditasi ISO 17250 untuk beberapa
perkhidmatan ujian makmal.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Doktor Perubatan Veterinar

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PM01 - Doktor Perubatan Veterinar

Tempoh Pengajian : 10 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Doktor Perubatan Veterinar (DPV) dibentuk untuk menghasilkan veterinarwan yang berdaya
fikir dan berkebolehan mengaplikasikan prinsip sains veterinar untuk menyumbang ke arah
pembangunan negara, penjanaan kekayaan dan peningkatan kualiti hidup melalui diagnosis, rawatan
dan pencegahan penyakit haiwan, pengeluaran ternakan, kebajikan haiwan serta kesejahteraan manusia
dan ekosistem. Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran klinikal dan mendiagnosis, merawat,
mencegah penyakit haiwan dan yang berkaitan pengeluaran peternakan.

Graduan akan menjadi veterinarwan dan ahli profesional yang sah dan dikawal oleh Majlis Veterinar
Malaysia. J angka masa program lima (5) tahun atau 10 semester.

Peluang Kerjaya:

Graduan boleh menjadi tenaga kerja sebagai Pegawai Veterinar atau Doktor Veterinar agensi Kerajaan,
badan berkanun dan syarikat swasta yang terlibat dalam industri haiwan. Graduan juga boleh terlibat di
dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan penyelidikan yang berkaitan, farmaseutikal, ladang ternakan dan
membuka klinik dan hospital veterinar.

Skop latihan Doktobr Perubatan Veterinar memberi persediaan dan latihan kepada graduan untuk
melibatkan diri di dalam pelbagai kerjaya. Peluang kerjaya boleh didapati dalam sektor awam dan badan
berkanun dan persendirian berkaitan veterinar termasuk perubatan dan rawatan, farmaseutikal, makmal
diagnosis, pengeluaran ternakan, hidupan liar, penyelidikan dan akademik. Graduan lazimnya bekerja di
dalam sektor awam atau swasta dan persendirian.

15
Permintaan terhadap graduan Doktor Perubatan Veterinar buat masa ini adalah sangat tinggi dan
melebihi pengeluaran graduan terutama di dalam bidang industri peternakan dan perubatan. Graduan
juga berkelayakan membina perniagaan terutama klinik veterinar dan ladang pengeluaran ternakan.
Graduan juga berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master dan PhD.
Graduan dengan ini boleh menjadi pakar klinikal, penyelidik dan peniaga yang lebih berjaya.

16
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Maklumat Am

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia adalah institusi terunggul yang menawarkan
pengajian terkehadapan dalam bidang ekonomi. Sejak penubuhannya pada 1974, fakulti telah
mewujudkan satu tradisi pengajaran dan penyelidikan yang melintasi disiplin juga pensarjanaan yang
inovatif. Demi untuk menyahut keperluan industri negara, fakulti dari kekuatan asalnya dalam bidang-
bidang perniagaantani, ekonomi pertanian, ekonomi sumber asli, telah meluaskan disiplin-disiplinnya
untuk meliputi ekonomi utama, kewangan, perakaunan dan pengurusan perniagaan.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan terdiri dari empat jabatan, J abatan Ekonomi, J abatan Hospitaliti dan
Rekreasi (dulu, J abatan Ekonomi Sumber Asli), J abatan Pengurusan dan Pemasaran, dan J abatan
Perakaunan dan Kewangan. J abatan Ekonomi mentadbirkan program prasiswazah dengan kepujian
(Bacelor Ekonomi) dan juga program-program prasiswazah berkepujian bersama jabatan lain. J abatan
Pengurusan dan Pemasaran mentadbirkan program Bacelor Pentadbiran Perniagaan, manakala J abatan
Perakaunan dan Kewangan mentadbirkan Program Bacelor Perakaunan.

Kini, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mempunyai 15 Profesor, 15 Profesor Madya, 4 pensyarah kanan
dan 56 pensyarah dalam pelbagai bidang ekonomi, pengurusan, kewangan dan perakaunan.
Kakitangan akademik fakulti mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran, penyelidikan, perundingan
dan penyeliaan pelajar. Fakulti disokong kuat dengan kakitangan yang ternama yang juga mempunyai
kepakaran dalam pelbagai bidang seperti ekonomi analisa dan gunaan, kewangan, perakaunan dan
pengurusan perniagaan. Fakulti bertekad untuk mencapai kegemilangan dalam pengajaran serta
penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Ekonomi
2. Bacelor Perakaunan
3. Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PE00 - Bacelor Ekonomi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menawarkan lapan (8) bidang pengkhususan. Setiap pelajar dikehendaki mengambil 21 jam
kredit untuk mengkhusus dalam salah satu daripada bidang-bidang tersebut iaitu Ekonomi Perindustrian,
Ekonomi Kewangan, Ekonomi Perniagaan, Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa, Pembiayaan
Awam, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar dan Pengurusan Hospitaliti dan
Rekreasi.

Peluang Kerjaya:

Berpeluang mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta sebagai ahli ekonomi, perancang ekonomi,
pendidik, penyelidik, pentadbir atau pengurus, usahawan, ahli perbankan dan sebagainya.

17
Kod dan Nama Program : PE02 - Bacelor Perakaunan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Kurikulum program ini digubal setelah mengambil kira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan yang
sesuai dengan kehendak profesion perakaunan dan kehendak pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor
perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam. Untuk mencapai hasrat ini, kurikulum program yang
digubal meliputi bidang-bidang pengajian yang berkaitan dengan sektor tersebut. Matlamat ini dapat
dicapai dengan mengadakan program akademik yang luas ruang lingkupnya.

Peluang kerjaya:

Peluang pekerjaan bagi graduan merangkumi pelbagai bidang:-
a) Bidang profesional, sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding
pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.
b) Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan, perbankan dan
institusi kewangan lain yang memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan.
c) Sektor awam di jabatan kerajaan dan badan berkanun.


Kod dan Nama Program : PP06 - Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menawarkan lapan (8) bidang pengkhususan iaitu, Pemasaran, Pengurusan Sumber
Manusia, Kewangan, Perdagangan Antarabangsa, Keusahawanan, Undang-Undang Perniagaan,
Pengurusan Am dan Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini mampu:-
a) Bekerja di sektor swasta, sebagai eksekutif dalam bidang pemasaran, kewangan, operasi,
sumber manusia dan bidang fungsian yang lain di organisasi tempatan dan antarabangsa dalam
industri perbankan, hartanah, pengeluaran, perdagangan, telekomunikasi dan sebagainya.
b) Bekerja di sektor awam sebagai pengurus di jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan
berkanun.
c) Menjadi usahawan yang berjaya.

18
FAKULTI KEJURUTERAAN

Maklumat Am

Di awal penubuhannya pada tahun 1975, Fakulti Kejuruteraan telah dikenali sebagai Fakulti
Kejuruteraan Pertanian dengan hanya empat (4) jabatan, iaitu J abatan Sains Kejuruteraan, J abatan
Sains Kejuruteraan Pemprosesan dan Kesekitaran, J abatan Kejuruteraan Perladangan dan J abatan
Kejuruteraan Kuasa dan J entera.

Kini Fakulti Kejuruteraan mempunyai lapan (8) jabatan yang menawarkan lapan (8) program bacelor dan
38 bidang penyelidikan. Kesemua program Bacelor Kejuruteraan dinilai oleh profesor dari universiti
terkemuka seperti University of Stanford, Imperial College, University of Birmingham, University of
Manchester, University of Sheffield dan Case Western Reserve University. Kesemua program Bacelor
Kejuruteraan juga mendapat akreditasi daripada Majlis Akrditasi Kejuruteraan Malaysia.

Fakulti juga berusaha melonjakkan aktiviti penyelidikan dengan mendapat sejumlah geran pendidikan
yang banyak dari pelbagai agensi. Hasil penyelidikan telah terbukti melalui penerbitan dalam jurnal
antarabangsa, paten dan anugerah. Setiap tahun fakulti berjaya menghasilkan lebih 1,000 penerbitan,
termasuk lebih 250 artikel dalam jurnal.

Di peringkat antarabangsa, Fakulti Kejuruteraan setanding dengan universiti-universiti lain yang bertaraf
dunia. Ini dapat di lihat melalui kejayaan-kejayaan dan anugerah yang dicapai oleh pensyarah-
pensyarah dan juga pelajar melalui pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, usaha giat para penyelidik daripada fakulti ini telah membuahkan hasil apabila banyak
kejayaan ditempa melalui pertandingan-pertandingan dan pameran-pameran di peringkat antarabangsa,
antaranya adalah seperti Pameran Rekacipta Geneva 2004, The British Invention Show (BIS),
International Exhibition-Ideas-Inventions-New Products, German, INPEX 2005 dan Pameran Rekacipta,
Penyelidikan & Teknologi Baru Dunia (EUREKA) 2005.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Kejuruteraan (Awam)
2. Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)
3. Bacelor Kejuruteraan (Kimia)
4. Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)
5. Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)
6. Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)
7. Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)
8. Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan KomunikasI)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PK01 - Bacelor Kejuruteraan (Awam)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ditawarkan di J abatan Kejuruteraan Awam. J urutera Awam bertanggungjawab di dalam
perancangan, merekabentuk, membina dan menyelenggara kemudahan awam seperti bangunan, jalan
raya, lapangan terbang, bekalan air, rawatan airsisa, tebatan banjir, pengairan dan sebagainya.

Program Bacelor Kejuruteraan (Awam) adalah diiktiraf sepenuhnya oleh J abatan Perkhidmatan Awam,
Lembaga J urutera Malaysia dan Institusi J urutera Malaysia. Program-program (MS dan PhD) juga
ditawarkan dalam beberapa bidang penyelidikan. J abatan ini juga menawarkan program Master Tanpa
Tesis.

19
Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Kejuruteraan (Awam) boleh membina karier di dalam berbagai industri yang
berkaitan seperti pembinaan, perunding rekabentuk, pemaju, agensi kerajaan seperti J KR, J PS, pihak
berkuasa tempatan, sektor pembuatan, pembangunan produk, penyelidikan dan pendidikan.

Skop kerja termasuk jurutera projek, jurutera reka bentuk, pegawai superintenden, jurutera produk,
penyelidikan dan pensyarah.


Kod dan Nama Program : PK02 - Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Penawaran program ini adalah sejajar dengan keperluan jurutera elektrik dan elektronik yang telah
meningkat seiring dengan peningkatan ekonomi negara. J urutera diperlukan bagi mengendalikan
perancangan, rekabentuk dan implementasi sistem elektrik dan elektronik. Memandangkan bidang ini
adalah luas, maka UPM menumpukan perhatian kepada pengeluaran jurutera yang mempunyai asas
yang kuat di dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik yang mengkhusus sama ada kepada
Kejuruteraan Mikro Elektrik, Kejuruteraan Kuasa atau Kejuruteraan Kawalan.

Peluang Kerjaya:

J urutera elektrik dan elektronik mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada di dalam agensi
kerajaan atau sektor swasta. Perkembangan rekabentuk elektronik dan industri pembuatan di Malaysia
dan Asia Tenggara membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan di dalam bidang ini. J urutera
elektrik dan elektronik diambil bekerja di dalam pelbagai bidang seperti (tidak terhad kepada) industri
pengangkutan, telekomunikasi, pembekalan elektrik, pembuatan kimia, makanan dan petroleum.


Kod dan Nama Program : PK03 - Bacelor Kejuruteraan (Kimia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Kejuruteraan (Kimia) ditawarkan di jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar. Ia
mengintegrasikan pengetahuan matematik, fizik, kimia dan biologi dengan sains kejuruteraan. Di
samping kursus teras berkaitan Kejuruteraan Kimia, skema pengajiannya juga meliputi empat (4) opsyen
teknikal utama iaitu Kejuruteraan Proses, Kejuruteraan Biokimia, Kejuruteraan Alam Sekitar dan
Kejuruteraan dan Sains Bahan. Konsep berkaitan isu serta keperluan semasa seperti pengurusan dan
Utlisisasi Sisa, Kejuruteraan Hijau, Pembangunan Lestari, Tenaga Boleh Diperbaharui, Pembikinan
Bahan Nano, Bahan Farmaseutikal, Pembangunan dan Keselamatan Produk serta Konsep Integrasi
Tenaga juga diterapkan. Program yang berorientasikan Hasil Pembelajaran ini mampu untuk
menghasilkan jurutera yang boleh mengurus dengan cekap, bekerja sebagai satu kumpulan,
berkomunikasi dengan baik dan berkesan, menganalisa secara kritikal serta kreatif dalam perlaksanaan
kerjanya.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini berpeluang menceburkan diri dalam bidang/industri minyak dan gas,
petrokimia, oleokimia, farmaseutikal, tenaga, makanan dan alam sekitar. Di samping itu graduan juga
berpeluang berkhidmat di agensi kerajaan seperti J abatan Alam Sekitar (DOE), J abatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), institut penyelidikan serta institut pengajian tinggi awam dan swasta,
Badan Berkanun serta konglomerat tempatan dan luar negara. Antara skop kerja graduan Bacelor
Kejuruteraan (Kimia) adalah jurutera proses, jurutera perunding, jurutera pengeluaran, jurutera
rekabentuk, pegawai penguatkuasa, pegawai tadbir diplomatik, jurutera produk, eksekutif keselamatan
dan kesihatan pekerjaan, pegawai penyelidik, usahawan dan pensyarah IPT.
20
Kod dan Nama Program : PK05 - Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Kejuruteraan melalui J abatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian adalah perintis dan masih lagi
merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum
untuk disiplin kejuruteraan pertanian dan biosistem. Program ini mengambil masa empat (4) tahun dan
diberi pengiktirafan oleh J abatan Perkhidmatan Awam, Institusi J urutera Malaysia dan Lembaga J urutera
Malaysia.

Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem adalah satu profesion kejuruteraan yang menggunakan asas
kejuruteraan serta sains biologi dalam analisis dan penyelesaian masalah pertanian dan sistem biologi.
Ia merangkumi semua kegiatan kejuruteraan yang berkaitan dengan pengeluaran pertanian dan
pemprosesan hasil pertanian serta hasil biologi lain. Ia juga merangkumi pengurusan serta pengawasan
sumber asli (termasuk air, tanah, udara dan tenaga) dan sumber biologi.

Terdapat lima (5) bidang utama yang ditawarkan di bawah program ini, iaitu Kejuruteraan Biosistem,
Kejuruteraan Infrastruktur dan Pemeliharaan Sumber, Kejuruteraan Sistem J entera, Kejuruteraan Sistem
Kawalan dan Pengautomatan dan Kejuruteraan Teknologi Maklumat.

Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang untuk memilih dalam bidang kerjaya yang luas. Terdapat banyak peluang
pekerjaan dalam sektor awam dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan
industri berasaskan makanan, pertanian dan biologi. Peluang yang terdapat meliputi pengurusan,
perundingan dan pembinaan, penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan kawalan, perkhidmatan
teknikal, jualan dan pemasaran, pengeluaran dan pemprosesan, perniagaan dan keusahawanan, serta
pendidikan dan latihan.


Kod dan Nama Program : PK08 - Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Objektif utama penawaran program ini ialah untuk mengeluarkan graduan jurutera terlatih dalam bidang
kejuruteraan mekanikal dengan pengetahuan tambahan dalam bidang kejuruteraan pembuatan.

J urutera Mekanikal bertanggungjawab dalam rekabentuk mekanikal, teknologi pembakaran dan bahan
bakar, pemindahan haba, bahan pemprosesan pembuatan, kawalan automatik, keselamatan produk dan
kesan teknologi terhadap masyarakat. J urutera Mekanikal juga harus memastikan rekabentuk sesuatu
alat dibuat dengan cekap, berkesan, boleh harap dan ekonomik. Di samping itu, mereka mengilhamkan,
merancang, merekabentuk dan mengarah pembuatan, pengagihan dan operasi pelbagai jenis peranti,
mesin dan sistem untuk pemprosesan bahan, pengangkutan, penyelenggaraan dan tujuan-tujuan lain.
Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Pembuatan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan bagi graduan Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal) adalah luas dan majikan-majikan
merangkumi dari syarikat kecil dan sederhana kepada organisasi multinasional dan jabatan-jabatan
kerajaan. Industri mekanikal menyediakan peluang pekerjaan dalam rekabentuk, pembangunan,
pembuatan, pengurusan, pemasaran, penyelenggaraan, jualan dan perkhidmatan teknikal. Rekod
terdahulu menunjukkan bahawa para graduan dari jabatan ini sering mendapat pekerjaan yang relevan.

21
Kod dan Nama Program : PK15 - Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) ditawarkan adalah untuk membantu membangunkan industri
aeroangkasa negara sepertimana yang telah dilancarkan dalam National Blueprint for the Development
of the Aerospace Industry in Malaysia.

Kejuruteraan Aeroangkasa adalah hasil gabungan dua (2) disiplin ilmu pengetahuan iaitu Kejuruteraan
Aeronautik dan Kejuruteraan Astronautik. Setiap disiplin membawa makna seperti berikut:

Kejuruteraan Aeronautik - Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang aerodinamik,
bahan aeroangkasa, struktur, pendorongan, mekanik pesawat, kawalan dan kestabilan pesawat.

Kejuruteraan Astronautik - Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang mekanik orbit,
persekitaran angkasa lepas, penentuan dan kawalan ketinggian, telekomunikasi, struktur
aeroangkasa, dan pendorongan roket.

Program empat (4) tahun Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) dihasilkan dari pelbagai disiplin
kejuruteraan dengan penekanan pada kapal terbang, kapal angkasa dan teknologi satelit. Program ini
menggabungkan pengetahuan daripada pelbagai bidang seperti Aeronautik, Astronautik, Mekanikal,
Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Kejuruteraan Bahan, Pengaturcaraan Komputer dan Latihan
Industri.

Peluang Kerjaya:

Industri Aeroangkasa sentiasa mendapat galakan dan sokongan daripada kerajaan, badan ketenteraan
dan sektor swasta. Graduan Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) akan diserap dalam industri
aeroangkasa mengikut sub-sektor yang khusus, iaitu sub-sektor Pengilangan Komponen Aeroangkasa,
Senggaraan, Baik-pulih dan Rombak-rawat (MRO), Operasi Aeroangkasa, Integrasi Sistem dan Avionik
dan lain-lain sub-sektor yang berkaitan.


Kod dan Nama Program : PK16 - Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini membekalkan pelajar dengan prinsip-prinsip kejuruteraan proses dan kegunaannya yang
khusus kepada pemprosesan bahan pertanian dan biologi bukan sahaja untuk menghasilkan barangan
makanan tetapi juga untuk mengeluarkan barangan Industri Pemprosesan Makanan, Industri
Berasaskan Pertanian/Biologi dan Industri Pembuatan Peralatan Pemprosesan. Kurikulum program ini
mengandungi dua (2) opsyen untuk pilihan pelajar tahun 3 dan 4 (akhir) iaitu Kejuruteraan Makanan dan
Kejuruteraan Pemprosesan Bio-Bahan.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini boleh mendapat pekerjaan dan pembangunan kerjaya dalam industri yang
berkaitan seperti pembuatan dan pemprosesan, operasi dan pengendalian dan pentadbiran kilang,
rekabentuk kejuruteraan (rekabentuk proses, alat dan sistem), pembangunan produk dan penyelidikan.
Rekod terdahulu telah menunjukkan bahawa graduan daripada program ini mempunyai prospek kerjaya
yang tinggi.

22
Kod dan Nama Program : PK17 - Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini diwujudkan untuk menyahut keperluan industri yang pesat berkembang kini. Program ini
menumpukan kepada gabungan teknologi komputer dan komunikasi serta memberi kemahiran yang
diperlukan untuk memahami, merekabentuk, membekal dan menggunakan sistem komunikasi dan
komputer dalam pelbagai aplikasi.

Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan untuk pelajar tahun akhir di bawah program ini, iaitu
Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini mempunyai peluang pembangunan kerjaya dalam pelbagai industri berkaitan
seperti telekomunikasi, teknologi maklumat, komputer dan pembuatan produk, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) serta setiap organisasi yang mempunyai rangkaian komunikasi dan kemudahan
teknologi maklumat.

23
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Maklumat Am

Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) ditubuhkan pada 15 J anuari 1975. Pada awal penubuhannya, FPP
dikenali sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan fungsi utama fakulti pada ketika itu. Ia
menawarkan kursus-kursus kepada pelajar yang mengikuti program pengajian Diploma Sains Dengan
Pendidikan dan Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) yang ditawarkan oleh Fakulti Sains dan
Pengajian Alam Sekitar. Selain itu, FPP menawarkan kursus-kursus elektif dan umum yang diambil oleh
pelajar daripada pelbagai fakulti di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ketika itu.

FPP bermula dengan tiga (3) jabatan, iaitu J abatan Pendidikan, J abatan Sains Kemasyarakatan dan
J abatan Bahasa. Pada 1989, FPP mengalami perubahan struktur apabila dua (2) daripada tiga (3)
jabatan tersebut, iaitu J abatan Sains Kemasyarakatan dan J abatan Bahasa membentuk fakulti baharu.
J abatan Sains Kemasyarakatan bergabung dengan J abatan Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian
untuk menjadi Fakulti Ekologi Manusia. Sementara J abatan Bahasa bergabung dengan J abatan
Komunikasi, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan untuk menjadi Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi.

Pada 1996, berikutan dengan penyertaan J abatan Pendidikan Pengembangan, FPP mempunyai dua (2)
jabatan iaitu J abatan Pendidikan dan J abatan Pendidikan Pengembangan. Pada 1997 J abatan
Pendidikan Pengembangan telah ditukar nama kepada J abatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan
Lanjutan.

Pada 2002, FPP sekali lagi mengalami perubahan struktur. Empat (4) jabatan baharu ditubuhkan
sebagai rombakan semula J abatan Pendidikan. J abatan baharu yang ditubuhkan ialah J abatan Asas
Pendidikan, J abatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, J abatan Pengajian Perlakuan dan
Pergerakan Manusia dan J abatan Pendidikan Sains dan Teknikal. J abatan Pemajuan Profesional dan
Pendidikan Lanjutan kekal seperti sedia ada. Pada 2004, perubahan struktur berlaku di mana J abatan
Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia telah dirombak menjadi dua (2) jabatan iaitu J abatan
Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling dan J abatan Pengajian Sukan.

Setelah beberapa kali mengalami penstrukturan semula, kini FPP mempunyai enam (6) jabatan iaitu:-

1. J abatan Asas Pendidikan
2. J abatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
3. J abatan Pendidikan Sains dan Teknikal
4. J abatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
5. J abatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
6. J abatan Pengajian Sukan

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
2. Bacelor Pendidikan (Pendidikan J asmani)
3. Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
4. Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)
5. Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
6. Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)
7. Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)
8. Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)

24
Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PP09 - Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Progam ini ditawar dan dikendalikan oleh J abatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan.
Program ini mengambil masa selama tiga (3) tahun dengan keperluan minimum 100 kredit. Pelajar yang
mengikuti program ini dikehendaki mengikuti kursus teras seperti Pembangunan Sumber Manusia,
Latihan dan Pembangunan, Andragogi, Penyelidikan dan kursus-kursus spesifik berkaitan dengan
masyarakat dan penggunaan ICT.

Peluang Kerjaya:

Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia, Pengurus Latihan, Pegawai Latihan, Pegawai Perancang
Personel, Pegawai Tadbir, Pegawai Pembangunan Komoditi dan Pegawai Pembangunan Masyarakat.


Kod dan Nama Program : PT03 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan J asmani)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini berfokus kepada sains pergerakan manusia yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang
berteraskan pendidikan jasmani dan sains sukan. Kursus-kursus dalam program ini melibatkan
pengetahuan teknikal dalam bentuk sains gunaan, sains sosial serta pendidikan perguruan. Sebahagian
besar kursus yang ditawarkan mempunyai pemberatan teori dan amali yang mampu mendidik calon
pelajar menjadi guru serta jurulatih sukan peringkat permulaan dan intermediate yang mantap.

Peluang Kerjaya:

Pegawai perkhidmatan pendidikan dengan Kementerian Pelajaran, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
dengan Majlis Amanah Rakyat secara mengajar subjek Pendidikan J asmani di Maktab-maktab Rendah
Sains MARA, Pegawai Sukan di Majlis Sukan Negara dan institusi-institusi pendidikan dan tenaga
terlatih dalam kelab-kelab sukan swasta.


Kod dan Nama Program : PT04 - Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Matlamat program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) adalah untuk menyediakan graduan
yang berketerampilan dalam bidang bimbingan dan kaunseling sama ada di sektor awam atau swasta.
Walaupun program ini bertujuan untuk menyediakan kaunselor sepenuh masa di sekolah, namun
lepasan program pengajian ini juga boleh bekerja dalam setting lain di samping berkeupayaan untuk
mengajar sekurang-kurangnya satu mata pelajaran di sekolah menengah.

Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) yang ada di UPM ketika ini telah mengalami
penambahbaikan berterusan selaras dengan perkembangan tuntutan semasa. Kurikulum program
pengajian yang ada sekarang selaras dengan tuntutan badan penilaian dan pengiktirafan antarabangsa
iaitu Council for the Accreditationo Counseling and Related Educational Programs (CECREP) dan
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Oleh sebab itu lepasan program Bacelor Pendidikan (Bimbingan
dan Kaunseling) diiktiraf bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.
25
Peluang Kerjaya:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah), Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa,
Kaunselor Profesional, Pegawai Latihan, Pakar Motivasi.


Kod dan Nama Program : PT05 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai
Bahasa Pertama)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ditawarkan pada peringkat Ijazah Pertama yang dikendalikan oleh J abatan Pendidikan
Bahasa dan Kemanusiaan. Program ini bertujuan untuk melahirkan guru Bahasa Melayu yang
berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengajar Bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah.

Peluang Kerjaya:

Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) membuka
peluang kepada graduan untuk menjadi Guru, Pensyarah, Penulis, Penterjemah, Pegawai Pendidikan,
Pegawai Penyelidik Pendidikan, Pembentuk Kurikulum (Curriculum Planner).


Kod dan Nama Program : PT06 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini yang lebih dikenali sebagai program Bacelor Pendidikan TESL dikendalikan oleh J abatan
Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan. Pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan kepada
kursus-kursus teknikal bidang Linguistik dan Bahasa Inggeris dan juga kursus-kursus pedagogi dalam
pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang
cekap dan terlatih dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Bahasa Inggeris,
terutamanya di peringkat sekolah menengah.

Peluang Kerjaya:

Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) membuka peluang
kepada graduan untuk menjadi Guru, Pensyarah, Penulis, Penterjemah, Pegawai Pendidikan, Pegawai
Penyelidik Pendidikan, Pembentuk Kurikulum (Curriculum Planner).


Kod dan Nama Program : PT07 - Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ditawarkan di peringkat Ijazah Pertama dan dikendalikan oleh J abatan Pendidikan Sains dan
Teknikal. Pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan kepada kursus pendidikan Teknikal Sains
Rumahtangga sebagai tumpuan pertama dan pelajar boleh memilih tumpuan kedua mengikut pilihan
mereka. Pakej program ini ditawarkan bagi melahirkan pendidik yang berpengalaman dan berkemahiran
dalam Pendidikan Sains Rumahtangga.

26
Peluang Kerjaya:

Selain guru, graduan program ini berpeluang berkhidmat di sektor kerajaan sebagai Penolong Pengarah
dan Pegawai Pengembangan. Manakala sektor swasta banyak peluang dalam bidang Perhotelan,
Industri (Hiasan Dalaman), Pakaian dan Tekstil dan Pra Sekolah.


Kod dan Nama Program : PT09 - Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ditawarkan di peringkat Ijazah Pertama dikendalikan oleh J abatan Pendidikan Sains dan
Teknikal. Pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan kepada kursus pendidikan, teknikal
pertanian sebagai tumpuan pertama dan pelajar boleh memilih tumpuan kedua mengikut pilihan mereka.
Pakej program ini ditawarkan bagi melahirkan guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam
mengajar sains pertanian. Semestinya graduan daripada program ini akan berkhidmat sebagai guru di
sekolah-sekolah.

Peluang Kerjaya:

Selain guru, graduan program ini berpeluang khidmat di sektor kerajaan sebagai Penolong Pengarah
dan Pegawai Pengembangan.


Kod dan Nama Program : PT41 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral) ialah untuk menyediakan graduan yang
berpengetahuan dalam bidang Pendidikan Moral serta mempunyai kemahiran dan sikap yang sesuai
untuk bekerja sebagai seorang pendidik, kreatif dan inovatif serta sensitif dan bertanggungjawab
terhadap sekolah dan masyarakat.

Menunjukkan iltizam yang tinggi terhadap profesion perguruan dan berkemampuan menyumbang untuk
memartabatkan profesion ini dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki dan berkebolehan menjalankan
kajian untuk menambahkan ilmu dan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral.

Peluang Kerjaya:

Selain guru, graduan program ini berpeluang berkhidmat di sektor kerajaan sebagai Penolong Pengarah
dan Pegawai Pengembangan.

27
FAKULTI SAINS

Maklumat Am

Fakulti Sains mula ditubuhkan sebagai Bahagian Sains Asas pada tahun 1972 dan telah melalui
beberapa proses penstrukturan dan sekarang ini Fakulti Sains terdiri daripada empat (4) jabatan, iaitu
J abatan Biologi, J abatan Kimia, J abatan Matematik dan J abatan Fizik. Visi Fakulti adalah selaras
dengan objektif UPM, iaitu untuk menjadi pusat pendidikan, penyelidikan dan pengembangan dalam
bidang sains yang terbilang.

Sebagai sebuah fakulti dalam sebuah universiti penyelidikan, Fakulti Sains bersedia membentuk dan
mencorak pelajar supaya menjadi graduan sains yang berfikiran kritis dan kreatif dan bersedia untuk
menghadapi pasaran kerja, atau melanjutkan pengajian ke peringkat siswazah. Program pra-siswazah
dibentuk untuk memberikan asas yang kukuh dalam bidang teras dan untuk membentuk perspektif sains.
Ilmu dan kepakaran disampaikan kepada pelajar oleh pegawai akademik yang cukup terlatih dan
berpengalaman menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan berkesan
serta disokong oleh kemudahan yang terkini.

Kualiti pensyarah Fakulti Sains dan penyelidikan yang dijalankan di fakulti mendapat pengiktirafan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Setiap tahun pegawai akademik menerbitkan beratus artikel
penyelidikan dalam jurnal dan memenangi banyak anugerah penyelidikan. Fakulti juga adalah di antara
penerima geran penyelidikan yang terbesar di UPM dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki rekod
yang telah dicapai.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

Bacelor Sains (Kepujian)
1. Major Biologi
2. Major Matematik
3. Major Statistik
4. Major Fizik
5. Major Kimia
6. Major Kimia Perindustrian
7. Major Kimia Petroleum
8. Major Sains Bahan
9. Major Sains Instrumentasi

Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)
10. Major Biologi
11. Major Fizik
12. Major Kimia
13. Major Matematik

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : Bacelor Sains (Kepujian)
1. PS02 - Major Biologi
2. PS08 - Major Matematik
3. PS09 - Major Statistik
4. PS15 - Major Fizik
5. PS28 - Major Kimia
6. PS29 - Major Kimia Perindustrian
7. PS30 - Major Kimia Petroleum
8. PS36 - Major Sains Bahan
9. PS37 - Major Sains Instrumentasi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

28
Maklumat Ringkas Program:

Program ini menawarkan sembilan (9) bidang major pengajian yang berkaitan dengan biologi, fizik, sains
bahan, sains instrumentasi, kimia perindustrian, kimia petroleum, matematik dan statistik. Semua bidang
major dalam program ini mengandungi kursus latihan industri sebagai elektif yang memberikan
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam suasana pekerjaan yang sebenar.

Objektif program ini adalah bertujuan bagi menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi dalam sains asas dan gunaan bagi bidang biologi, fizik, kimia, matematik dan
statistik serta dapat menggunakan kaedah saintifik untuk meneroka ilmu dan mempunyai pemikiran kritis
yang oleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi
kecekapan pngurusan informasi, kemahiran teknikal yang tinggi dan kualiti kepimpinan, mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang baik serta berkemampuan berinteraksi dengan masyarakat dan
bertanggungjawab, mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan etika yang murni. Graduan
mampu menceburi diri dalam kerjaya berkaitan bidang sains asas, gunaan dan teknologi samada dalam
sektor awam, swasta, badan berkanun atau menjadi usahawan dan bersedia untuk melanjutkan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi untuk memperolehi kepakaran tertentu.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Sains (Kepujian) berpeluang bekerja di sektor awam dan swasta seperti
pegawai penyelidik, guru, pegawai sains, jurutera pengeluaran, eksekutif pemasaran, pegawai insurans
dan sebagainya.


Kod dan Nama Program : Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)
1. PT11 - Major Biologi
2. PT12 - Major Fizik
3. PT13 - Major Kimia
4. PT14 - Major Matematik

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Sains dengan kerjasama Fakulti Pengajian Pendidikan, menawarkan kursus untuk program
Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) dengan empat (4) major iaitu, biologi, fizik, kimia dan
matematik.

Latihan mengajar yang diwajibkan kepada para pelajar adalah untuk melahirkan graduan professional
dalam bidang pendidikan bagi memenuhi keperluan Negara. Objektif program ini adalah bertujuan
melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang biologi, fizik, kimia
atau matematik dan dapat menggunakan kaedah saintifik untuk meneroka ilmu serta mempunyai
pemikiran kritis yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi.

Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi (dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang diperlukan oleh guru serta mempunyai kecekapan pegurusan
informasi, kemahiran teknikal dan kepimpinan, berkemampuan berinteraksi dengan masyarakat malahan
bertanggungjawab dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan etika yang murni. Graduan
mampu menceburkan diri dalam kerjaya dan bersedia untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang
lebih tinggi untuk memperolehi kepakaran tertentu serta berpotensi dalam bidang keusahawanan.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) berpeluang menjadi guru sains di
peringkat sekolah menengah yang akan ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik mengikut
keperluan negara.

29
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Maklumat Am

Ditubuhkan dalam tahun 1982, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan adalah sebuah fakulti yang aktif
dan mempunyai reputasi tinggi sebagai sebuah fakulti yang terbaik di Universiti Putra Malaysia. Fakulti
ini mempamerkan dasar visi penubuhan universiti: untuk memenuhi keperluan negara dalam bidang
sains makanan dan teknologi melalui pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Visi ini
telah direalisasikan secara sistematik oleh kakitangan akademik dan sokongan fakulti yang sangat
komited dan sentiasa berkongsi pendapat di antara satu sama lain dengan saintis di institusi akademik
dan penyelidikan dan dengan industri dan pelanggan.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memilih Fakulti Sains dan Teknologi Makanan sebagai institusi
untuk membangunkan Pusat Penyelidikan Keselamatan Makanan Kebangsaan (NFSR) berdasarkan
kepakaran ahli jemaah fakulti yang terkenal dalam bidang keselamatan makanan. Ini seterusnya disusuli
dengan pengiktirafan dan perlantikan NFSR sebagai penyelaras rangkaian maklumat dalam bidang
Penilaian Risiko Mikrobiologikal (MRA) untuk rantau Asia-Pasifik oleh Pertubuhan Makanan dan
Pertanian (FAO) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui pejabatnya yang bertanggungjawab
untuk rantau Asia.

Satu lagi sejarah pencapaian fakulti adalah dengan penubuhan Institut Penyelidikan Produk Halal yang
memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu halal dalam produk pasaran di Malaysia mahupun
produk untuk pasaran eksport. Tiga (3) tunjang utama fakulti - J abatan Sains Makanan, J abatan
Teknologi Makanan dan J abatan Pengurusan dan Khidmat Makanan mewakili kesepaduan persekitaran
kerja yang interaktif di mana pendekatan sinergistik digunakan dalam menyumbang kepada
kecemerlangan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
2. Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG09 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) menawarkan lima (5) pengkhususan iaitu
Pemprosesan dan Kejuruteraan Makanan, Keselamatan Makanan dan Pemastian Kualiti, Makanan
Fungsian dan Pemakanan, Bioteknologi Makanan dan Keusahawanan.

Program ini melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas dalam bidang sains dan teknologi
makanan serta kemahiran teknikal dalam bidang berkenaan. Graduan dari program ini berupaya
memenuhi keperluan tenaga mahir dan mempunyai kepakaran di dalam bidang pengeluaran makanan,
pembangunan produk baru, pengurusan mutu makanan, mendapatkan penemuan-penemuan baru dan
meneroka bidang perniagaan yang berkaitan dengan makanan.

Kandungan kursus di gubal selaras dengan perkembangan terkini dalam teknologi makanan yang
melibatkan penggunaan pengetahuan seperti bioteknologi makanan, undang-undang piawaian
antarabangsa dan pengurusan air dan sisa industri. Program ini juga menghasilkan graduan yang dapat
memenuhi ekspektasi pasaran kerja, aspirasi negara, versati serta mempunyai kelebihan berdaya saing.
Ini dapat memangkin pembangunan industri makanan melalui penglibatan graduan BSTM dalam sektor
pekerjaan.

30
Peluang Kerjaya:

Graduan Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) mempunyai banyak peluang pekerjaan sama
ada dalam sektor swasta atau awam. Antaranya karier sebagai Penganalisis Makanan, Pegawai
Keselamatan Makanan, Pegawai Penyelidik, Nutritionist, Pegawai Penguatkuasa Makanan Halal,
Usahawan Makanan, Pegawai Pengeluaran, Pegawai Pemasaran Makanan, Eksekutif Penyelidikan dan
Pembangunan Produk Makanan dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga graduan BSTM yang sedang berkhidmat di kilang-kilang pembuatan makanan
seperti Nestle, Ajinomoto, UPALI, Dewina Foods, Yeo Hiap Seng, Gardenia, Ramly Burger serta
syarikat-syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan perkhidmatan makanan seperti Mc Donalds dan
KFC. Ramai juga graduan yang berkhidmat di sektor awam seperti di Kementerian Kesihatan sebagai
pakar teknologi makanan dan di MARDI, PORIM, LKIM serta LKM sebagai ahli penyelidik makanan.


Kod dan Nama Program : PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) merupakan kurikulum komprehensif yang bakal
menghasilkan graduan terlatih dan profesional dalam bidang pemprosesan, pengeluaran makanan,
pengurusan dan pemasaran. Program ini juga memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan makanan.

Di akhir pengajian ini, pelajar dapat menguasai ilmu yang mencukupi dalam bidang yang berkaitan,
menguasai kemahiran teknikal dalam bidang yang berkaitan, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi dengan cekap dan bekerja dalam pasukan, mempunyai akauntabiliti sosial serta
mempunyai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika untuk industri pembuatan
makanan.

Peluang kerjaya:

Program ini telah berjaya menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pasaran kerja. Sejak program ini
ditawarkan, para graduan telah berjaya mendapat pekerjaan di sektor swasta seperti syarikat
pengeluaran makanan dan sektor awam seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Asas Tani dan
lain-lain.

31
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

Maklumat Am

Fakulti Ekologi Manusia (FEM) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 April 1992 melalui percantuman
J abatan Pengajian Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian dengan J abatan Sains Kemasyarakatan,
Fakulti Pengajian Pendidikan. Sebagaimana namanya, Fakulti Ekologi Manusia memberi fokus kepada
manusia yang menjadi tunggak kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Sebagai
sebuah fakulti berasaskan sains sosial, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan khidmat
profesional adalah bermatlamatkan kepada peningkatan kesejahteraan individu, keluarga, dan komuniti.

Bagi menyahut cabaran universiti penyelidikan, FEM bergiat meningkatkan aktiviti penyelidikan dan
penerbitan. Walaupun MOSTI adalah penyumbang utama dana penyelidikan, sumber dana lain seperti
kerajaan negeri, NGO dan sebagainya tidak kurang pentingnya. Dapatan penyelidikan dikongsi dan
disebarkan melalui pembentangan dalam seminar, persidangan, bengkel dan yang paling utama adalah
melalui penerbitan jurnal, buku, dan sebagainya.

Kini FEM mempunyai lima (5) jabatan iaitu J abatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga,
J abatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, J abatan Pengurusan Sumber dan Pengajian
Pengguna, J abatan Muzik dan J abatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan. Di samping jabatan-
jabatan ini terdapat sebuah unit yang beroperasi di bawah pentadbiran FEM iaitu Unit Pendidikan Luar
dan Latihan Industri. FEM juga mempunyai dua (2) pusat kecemerlangan iaitu Pusat Kecermerlangan
Kajian Penggunaan Lestari (LESTARI) dan Pusat Kecemerlangan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanak
(FACE).

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)
2. Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)
3. Bacelor Pengajian Pengguna
4. Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)
5. Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PA05 - Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) mencakupi pelbagai kursus dengan penekanan kepada
Persembahan Muzik, Teknologi Muzik dan Pendidikan Muzik dengan tujuan melahirkan pemuzik
profesional yang berkemahiran dan berpengetahuan.

Selain itu, pelajar juga berpeluang menganggotai Orkestra Simfoni, Koir dan pelbagai kumpulan muzik.
J abatan Muzik menyediakan makmal multimedia, makmal teknologi muzik, studio rakaman, makmal
pendidikan muzik, makmal gamelan, makmal piano, makmal alat muzik bass, makmal perkusi dan
dewan latihan orkestra serta bilik latihan instrumental bagi memudahkan pembelajaran muzik memenuhi
kehendak pembelajaran semasa.

Peluang Kerjaya:

Bakal graduan Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) boleh memegang jawatan seperti Ahli Orkestra
Simfoni, Pemain Konsert Klasikal, Pencipta Muzik, Penerbit Muzik, Penggubah Muzik, J uruteknik Muzik,
Pakar Akustik, Pensyarah Muzik serta Guru Muzik.

32
Kod dan Nama Program : PP02 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) [BS(PM)] direncanakan berdasarkan falsafah bahawa
perkembangan dan pembangunan manusia dipengaruhi oleh proses interaksi dan transaksinya dengan
pelbagai elemen dalam sistem mikro dan makronya. Perspektif ekologi ini menegaskan kepentingan
memahami manusia mengikut konteks dari peringkat awal kejadiannya sehingga akhir hayat bagi
melahirkan manusia yang bukan sahaja cemerlang, resilien dan dapat menyumbang kepada kebaikan
diri dan ummah sejagat, malah hubungan dan tanggungjawabnya dengan penciptanya.

Terdapat beberapa pakej minor yang ditawarkan untuk memantapkan kurikulum selaras dengan
perkembangan semasa di dalam dan di luar negara dalam bidang pembangunan manusia. Lima (5)
minor yang ditawarkan adalah Program Kanak-kanak Peringkat Awal, Psikologi Perkembangan,
Bimbingan dan Penasihatan, Undang-undang Keluarga, Pengurusan Sumber, Pembangunan Komuniti
dan Kerja Sosial.

Peluang Kerjaya:

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) [BS(PM)] merangkumi
sektor awam dan swasta. Mereka boleh berkhidmat di agensi media massa, organisasi perdagangan,
institusi kewangan dan perbankan, penasihatan kewangan dan sektor peruncitan, pentadbiran dan
pengurusan serta terlibat dalam bidang kerjaya penyelidikan sosial. Pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi melalui program BS(PM) juga membolehkan graduan menjadi usahawan. Di antara jawatan
yang pernah di sandang oleh graduan BS(PM) ialah Pegawai Penyelidik Sosial, Pegawai Tadbir dan
Diplomatik dan Pengurus Syarikat (Bahagian Latihan dan Pendidikan).


Kod dan Nama Program : PP20 - Bacelor Pengajian Pengguna

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pengajian Pengguna (BPP) adalah berlandaskan kepada falsafah untuk mewujudkan
masyarakat madani yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dan proaktif terhadap aspek
kepenggunaan bagi meningkatkan keadilan pasaran dalam konteks pembangunan lestari ke arah
peningkatan kehidupan berkualiti. Bidang Pengajian Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sains
tulen dan gunaan seperti Ekonomi dan Perlakuan Pengguna, Pengurusan, Pemasaran, Sains dan
Teknologi, Psikologi Sosial, Komunikasi dan Undang-Undang. Program ini menyediakan graduan
dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara
pengeluar, pengguna dan pembuat dasar.

Terdapat tiga (3) pilihan minor yang boleh diikuti oleh pelajar Bacelor Pengajian Pengguna iaitu
Kewangan Pengguna, Advokasi dan Pendidikan Pengguna serta Produk Pengguna.

Peluang Kerjaya:

Program Bacelor Pengajian Pengguna (BPP) menyediakan graduan dengan pengetahuan dan
kemahiran untuk bekerja secara efektif di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta. Kursus seperti
Perlakuan Pengguna, Perlindungan Pengguna, Undang-undang Pengguna dan Etika Peniaga dan
Pengguna membantu menyediakan pelajar dengan kemahiran yang membolehkan mereka mengkaji isu
berkaitan pasaran dari perspektif pengguna, peniaga dan kerajaan. Dengan ini, graduan BPP berpotensi
untuk memilih kerjaya yang melibatkan hubungan pelanggan (customer relations), pemasaran,
pendidikan dan perlindungan pengguna. Pelajar BPP juga didedahkan dengan kemahiran menganalisis
interaksi keluarga dan kerajaan serta perniagaan bagi menyediakan mereka untuk pekerjaan yang
melibatkan analisis polisi awam dan perhubungan awam.

33
Kod dan Nama Program : PP33 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Ekologi Manusia menawarkan program dwi-major iaitu Bacelor Sains (Pembangunan Manusia
dan Pengurusan) [BS(PMP)] yang merupakan hasil gabungan daripada dua (2) bidang utama iaitu
Pembangunan Manusia dan Pengurusan. Penggabungan dua (2) bidang memberikan peluang kepada
pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembangunan manusia dan
mengintegrasikan ilmu berkenaan dalam arena pengurusan.

Era globalisasi, industrialisasi dan dunia maya memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi yang
menjana graduan yang bersifat bukan sahaja knowledge worker malah mempunyai kemahiran yang
berpadanan dengan transformasi pasaran sumber tenaga negara. Program BS(PMP) ini di jangka dapat
melahirkan pekerja yang terlatih dalam bidang pengurusan di samping berperanan efektif sebagai insan,
ahli keluarga dan ahli dalam masyarakat.

Peluang Kerjaya:

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)
[BS(PMP)] terbuka luas dalam perkhidmatan di sektor awam dan swasta. Peluang-peluang pekerjaan
bagi program ini seperti perunding pengurusan, setiausaha syarikat, pengurus kewangan, pemasaran
dan penjualan dan juga pentadbir di sektor awam dan swasta. Graduan BS(PMP) juga dilatih untuk
bekerja sebagai usahawan.


Kod dan Nama Program : PP34 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi
Maklumat)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat) [BS(PMTM)] merupakan
program dwi-major yang ditawarkan oleh Fakulti Ekologi Manusia. Ia memberi penekanan kepada
kemahiran asas dan teknikal dalam bidang Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat. Program
ini selaras dengan matlamat pembangunan ke arah negara maju yang memberi tumpuan kepada
perkembangan teknologi maklumat dalam pembangunan. Melalui gabungan ilmu antara disiplin sains
sosial terapan dan teknologi, program ini mampu melahirkan graduan yang lebih versatile, multi dan
antara disiplin. Komponen teknologi maklumat mampu memberi kelebihan kepada para graduan
BS(PMTM) untuk lebih berdaya saing berbanding graduan sains sosial yang lain.

Peluang Kerjaya:

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)
[BS(PMTM)] merangkumi sektor awam dan swasta. Program ini menyediakan kursus-kursus untuk
pelajar menguasai bidang kemanusian dan sistem rangkaian komputer. Graduan yang memilih bidang
ini boleh memilih pekerjaan seperti Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Program Pembangunan
Manusia, Penyelidik dan Pegawai Tadbir di agensi kerajaan dan swasta.

34
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

Maklumat Am

Asas pembentukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dapat ditelusuri sejak wujudnya
Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris di Kolej Pertanian Malaya berikutan
penguatkuasaan Akta Bahasa 1967. Pada tahun 1971, kedua-dua bahagian ini dicantumkan dan
dinamakan Bahagian Bahasa yang mengandungi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Bahagian
ini telah dinaikkan tarafnya sebagai J abatan Bahasa pada tahun 1972 dan diletakkan di bawah Fakulti
Pertanian.

Pada 15 J anuari 1975, J abatan Bahasa diletakkan di bawah Fakulti Perkhidmatan Pendidikan yang
sekarang ini dikenali sebagai Fakulti Pengajian Pendidikan. Pada 4 J anuari 1995, J abatan Bahasa telah
dinaikkan tarafnya menjadi Fakulti Pengajian Bahasa Moden. Pada 1 J anuari 1999, J abatan Komunikasi
Pembangunan yang dahulunya terletak di bawah Fakulti Ekologi Manusia dipindahkan ke Fakulti
Pengajian Bahasa Moden dengan nama baharunya J abatan Komunikasi dan Fakulti Pengajian Bahasa
Moden di beri nama baharu sebagai Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Kini, Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi mengandungi empat (4) jabatan, iaitu J abatan Bahasa Melayu, J abatan Bahasa
Inggeris, J abatan Bahasa Asing dan J abatan Komunikasi.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Komunikasi

Bacelor Sastera
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa dan Linguistik Melayu
4. Kesusasteraan Melayu
5. Kesusasteraan Inggeris

Bacelor Sastera (Bahasa Asing)
6. Pengkhususan Bahasa Mandarin
7. Pengkhususan Bahasa Arab
8. Pengkhususan Bahasa Perancis
9. Pengkhususan Bahasa J erman

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PA02 - Bacelor Komunikasi

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi melalui J abatan Komunikasi adalah perintis kepada institusi
pengajian tinggi lain yang menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum untuk disiplin Komunikasi
dengan major dalam Komunikasi Korporat. Selain major Komunikasi Korporat, J abatan Komunikasi juga
menawarkan tiga major lain, iaitu Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi Kemanusiaan. Program
Bacelor Komunikasi ini mengambil masa 3 tahun (7 semester) dan diberi pengiktirafan oleh J abatan
Perkhidmatan Awam (J PA) sejak tahun 1999 lagi.

Komunikasi sebagai profesyen merangkumi perspektif penulisan, tuturan, visual dan juga komunikasi
digital yang diaplikasikan di tempat kerja. Disiplin komunikasi mengandungi jalinan prinsip-prinsip yang
dinamik yang berfokus kepada kajian tentang bagaimana maklumat dicipta, diurus, disebarkan dan
digunakan. Dalam masyarakat moden dan dinamik, komunikasi menjadi salah satu disiplin ilmu yang
sentiasa melalui proses perubahan. Kesan keadaan ini menyebabkan kemajuan teknologi komunikasi
sering mengatasi ketrampilan pengamal komunikasi. Ini mengakibatkan permintaan untuk komunikator
yang berkemahiran terus meningkat dan mengatasi kadar bekalan komunikator yang terlatih melalui
program komunikasi di institusi pengajian tinggi.

35
Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang untuk memilih dalam bidang kerjaya yang amat luas. Terdapat banyak
peluang pekerjaan di sektor awam atau pun sektor swasta yang berteraskan industri komunikasi.
Peluang tersebut, antara lain meliputi pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan, perundingan,
latihan, publisiti, periklanan, perniagaan, keusahawanan, penerbitan, pendidikan dan penyelidikan.

Antara jawatan yang disandang oleh bekas graduan Bacelor Komunikasi, J abatan Komunikasi, Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM adalah:

Pengarah Syarikat, Perunding Perhubungan Awam, Pengarah Agensi Awam/Swasta, Pegawai Tadbir
dan Diplomatik, Pengarah/Pengurus Komunikasi Korporat, Pengurus Pemasaran dan Publisiti, Pengurus
J enama, Perunding/Agen Periklanan, Penerbit Rancangan, Pensyarah IPT, Penilai Kandungan
Rancangan Penyiaran, Wartawan dan Editor Berita.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Institut Perhubungan Raya Malaysia.

b. Luar Negara: -


Kod dan Nama Program : PB00 - Bacelor Sastera Bahasa Inggeris

Tempoh pengajian : 7 Semester

Semeter : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sastera Bahasa Inggeris menawarkan kursus-kursus yang dapat membantu
mengukuhkan ketrampilan berbahasa Inggeris di kalangan pelajar dari aspek kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, menulis dan berkomunikasi dalam pelbagai ragam, gaya, laras, wacana dan
suasana untuk memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional. Melalui program ini, pelajar
bukan sahaja mempelajari Bahasa Inggeris sebagai major, mereka juga berpeluang mengikuti minor
dalam bidang lain seperti hospitaliti dan komunikasi yang sememangnya kritikal untuk pembangunan
negara. Selain Bahasa Inggeris, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari bahasa lain dan ini bukan
sahaja membuka ruang yang lebih luas untuk mereka mendapatkan pekerjaan, malah menyediakan
mereka untuk pelbagai bidang karier.

Peluang Kerjaya:

Kebolehan berbahasa Inggeris sememangnya amat diperlukan dalam pelbagai bidang di negara ini.
Graduan program ini mempunyai peluang yang cerah untuk memilih dalam bidang kerjaya yang luas.
Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Peluang pekerjaan meliputi pengurusan, perniagaan dan keusahawanan, perhubungan
awam, pendidikan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan, serta jualan dan pemasaran. Firma
yang telah diceburi oleh siswazah program B.A. (Bahasa Inggeris) mencakupi pelbagai bidang, termasuk
firma penyuntingan bagi bahan bercetak dalam bidang elektronik, firma pengiklanan, firma media massa,
agensi kerajaan, industri perhotelan dan pelancongan, firma pemasaran, industri perbankan, industri
telekomunikasi dan badan penerbitan lain.

Di antara jawatan-jawatan yang di sandang oleh bekas B.A. (Bahasa Inggeris) fakulti ini adalah:

Pegawai Perhubungan Awam, Eksekutif Pemerolehan, Pemberita, Eksekutif J ualan, Penyelidik, Pegawai
Maklumat, Usahawan, Penterjemah, Guru, Pensyarah IPT, Editor, J uruacara, Pegawai Pemasaran,
Penulis, Eksekutif Pemasaran, Pegawai Tadbir dan Pengurus.

36
Kod dan Nama Program : PB03 - Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Makumat Ringkas Program:

Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di iktiraf oleh J abatan Perkhidmatan Awam pada 1 Ogos
1997 sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda peringkat Kepujian (Bacelor Sastera bertaraf
Kepujian).

Program ini menggalakkan dan melestarikan budaya ilmu dalam usaha mendepani alaf baru dengan
jayanya. Dengan membimbing pelajar untuk memajukan diri, menggunakan ilmu sebagai kuasa dan
bahasa, komunikasi serta teknologi sebagai kuncinya dan mempermantap ilmu itu dengan cara
menggerakkan sepenuhnya potensi diri pelajar, serta mendorong mereka memahami dan menghargai
budaya serta memperkasakan ketrampilan insaniah.

Struktur kurikulum program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu berasaskan pendekatan
bersepadu, iaitu kursus dikategorikan sebagai kursus universiti, kursus teras dan kursus minor. Kursus
universiti membekalkan kemahiran asas dan kemanusiaan seperti tamadun, kenegaraan, kemahiran
bahasa dan komunikasi. Kursus teras ditawarkan untuk pelajar memperdalam dan memperluas
kefahaman dalam bidang pengkhususan demi pencapaian ilmu dasar dan seterusnya memupuk
ketrampilan yang cukup dalam aspek kebahasaan. Kursus minor memperlengkap pengetahuan dan
kemahiran yang berpada dalam bidang pengkhususan kedua. Pelajar ditawarkan beberapa kursus
minor untuk menyokong bidang pengajian programnya atau memenuhi minatnya.

Peluang kerjaya:

Graduan program ini dapat memenuhi keperluan sumber tenaga kerja yang ketrampilan berbahasa dan
berkomunikasi serta memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional. Mereka berpeluang
untuk menceburi bidang kerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran, sektor awam dan
swasta, penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan, periklanan, perhubungan awam,
penyiaran, perkhidmatan diplomatik, perhubungan antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan
korporat, pelancongan dan hospitaliti, pendidikan dan industri rekreasi.

Antara jawatan yang boleh di sandang oleh graduan program ini ialah Penyelidik Bahasa, Ahli Bahasa,
Pendidik, Penerbit, Editor, Pegawai Perhubungan Awam, Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Perancang
Bahasa, Pegawai dan Pengurus Budaya.


Kod dan Nama Program : PB06 - Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Makumat Ringkas Program:

Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu di iktiraf oleh J abatan Perkhidmatan Awam pada 1 Ogos 1997
sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda peringkat Kepujian (Bacelor Sastera bertaraf Kepujian).

Program ini menggalakkan dan melestarikan budaya ilmu dalam usaha mendepani alaf baru dengan
jayanya. Dengan membimbing pelajar untuk memajukan diri, menggunakan ilmu sebagai kuasa dan
bahasa, komunikasi serta teknologi sebagai kuncinya dan mempermantap ilmu itu dengan cara
menggerakkan sepenuhnya potensi diri pelajar serta mendorong mereka memahami dan menghargai
budaya serta memperkasakan ketrampilan insaniah.

37
Struktur kurikulum program Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu berasaskan pendekatan bersepadu,
iaitu kursus dikategorikan sebagai kursus universiti, kursus teras dan kursus minor. Kursus universiti
membekalkan kemahiran asas dan kemanusiaan seperti tamadun, kenegaraan, kemahiran bahasa dan
komunikasi. Kursus teras ditawarkan untuk pelajar memperdalam dan memperluas kefahaman dalam
bidang pengkhususan demi pencapaian ilmu dasar dan seterusnya memupuk ketrampilan yang cukup
dalam aspek kesusasteraan. Kursus minor memperlengkap pengetahuan dan kemahiran yang berpada
dalam bidang pengkhususan kedua. Pelajar ditawarkan beberapa kursus minor untuk menyokong
bidang pengajian programnya atau memenuhi minatnya.

Peluang kerjaya:

Graduan program ini dapat memenuhi keperluan sumber tenaga kerja yang ketrampilan berbahasa dan
berkomunikasi serta memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional. Mereka berpeluang
untuk menceburi bidang kerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran sektor awam dan
swasta, penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan, periklanan, perhubungan awam,
penyiaran, perkhidmatan diplomatik, perhubungan antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan
korporat, pelancongan dan hospitaliti, pendidikan, dan industri rekreasi.

Antara jawatan yang boleh di sandang oleh graduan program ini ialah Penyelidik Bahasa dan Sastera,
Pendidik, Penerbit, Editor, Pegawai Perhubungan Awam, Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Perancang
Bahasa dan Sastera, Pegawai dan Pengurus Budaya.


Kod dan Nama Program : PB07 Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris

Tempoh pengajian : 7 Semester

Semeter : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris di bawah J abatan Bahasa Inggeris ini mula ditawarkan
pada tahun 1999 dan tempoh pengajiannya mengambil masa selama tiga(3) tahun dan enam(6) bulan.
Program yang telah mendapat pengiktirafan daripada J abatan Perkhidmatan Awam ini memberikan
tumpuan kepada aspek kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris dan penerapannya dalam pelbagai
disiplin ilmu. Semua aspek ini diterapkan melalui pengajaran, penyelidikan, pengembangan serta
perundingan.

Antara kursus-kursus utama yang ditawarkan di bawah program ini adalah A Survey of Prose Form and
Poetry in English, Literature in Malaysia, Studies in Comparative Literature, Play Production and Creative
Writing.

Peluang Kerjaya:

Peluang kerjaya bagi graduan program ini adalah meluas dan mencakupi pelbagai bidang dan
melibatkan kedua-dua sektor awam dan swasta. Sebahagian besar graduan program ini memperoleh
pekerjaan tanpa menunggu terlalu lama selepas bergraduat dan mereka turut di beri kepercayaan untuk
menjawat jawatan tetap di kedua-dua sektor. Walaupun secara amnya graduan lebih cenderung untuk
memilih bidang pendidikan, terdapat juga sebilangan besar yang terlibat dalam bidang pengurusan,
perundingan, penyelidikan dan pembangunan, jualan dan pemasaran, di samping perniagaan dan
keusahawanan. Keterlibatan graduan dalam bidang-bidang seperti yang tersebut telah secara langsung
dan tidak langsung memartabatkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa.

Di antara jawatan-jawatan yang di sandang oleh bekas graduan Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris
ini adalah:

Penyelidik Bahasa dan Budaya, Pakar Bahasa, Pendidik, Penerbit, Penyunting, Wartawan, Pegawai
Perhubungan Awam, Pegawai Pemasaran, Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Pegawai Tadbir dan
Diplomatik, Pegawai Khidmat Pelanggan, Perancang Bahasa, Pegawai dan Pengurus Budaya.

38
Kod dan Nama Program : Bacelor Sastera (Bahasa Asing)
1. PB04 - Pengkhususan Bahasa Mandarin
2. PB05 - Pengkhususan Bahasa Arab
3. PB08 - Pengkhususan Bahasa Perancis
4. PB09 - Pengkhususan Bahasa J erman

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) menerusi J abatan Bahasa Asing menawarkan program
Bacelor Sastera (Bahasa Asing) dengan pengkhususan dalam empat (4) major, iaitu Bahasa Mandarin,
Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan Bahasa J erman. Program ini mula ditawarkan di FBMK pada tahun
1995. Kurikulum program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) telah digubal berdasarkan konsep asas yang
menyeluruh untuk menghasilkan individu yang seimbang dan mempunyai ketrampilan dalam pelbagai
bahasa di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu. J angka masa
pengajian bagi program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) ialah tujuh (7) semester dengan jumlah kredit
minimum 122. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang utama ialah kuliah, tutorial, amali, seminar,
lokakarya, kajian lapangan dan latihan industri.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) akan berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya
yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran sektor awam dan swasta, penyuntingan, penulisan,
penerbitan, kewartawanan, pengiklanan, perhubungan awam, penyiaran, perkhidmatan diplomatik,
perhubungan antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan korporat, pelancongan dan hospitaliti,
pendidikan, dan industri rekreasi.

Di antara jawatan yang di sandang oleh bekas graduan Bacelor Sastera (Bahasa Asing) fakulti ini
adalah:

Pensyarah Bahasa Asing di IPTA dan IPTS, Guru Bahasa Asing, Pegawai Kerajaan dan Swasta,
Eksekutif Syarikat Multinasional, Penterjemah, J urubahasa, Pegawai Diplomatik, Pegawai Perhubungan
Awam, Pegawai Perancang Bahasa, Pegawai Pembangunan Sumber Manusia, Pemandu Pelancong,
Perundingcara Perniagaan dan Kebudayaan, Usahawan, Eksekutif J ualan dan Pemasaran, Penulis,
Editor dan Wartawan.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: MQA

b. Luar Negara: -

39
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Maklumat Am

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) ditubuhkan pada 1 hb Ogos 1996 melalui percantuman
J abatan Sains Bioperubatan dari Fakulti Veterinar dan Sains Penternakan dengan J abatan Pemakanan
dan Kesihatan Komuniti dari Fakulti Ekologi Manusia dan mewujudkan Fakulti Sains Perubatan yang
baru. FPSK kini telah mempunyai kurikulum mantap semua program iaitu Perubatan dan bidang
berkaitan dengannya seperti Sains Bioperubatan, Dietetik, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti,
Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Kejururawatan, Sains Perubatan dan lain-lain. FPSK juga
menjalankan penyelidikan yang terkini dalam bidang tertentu berkaitan Perubatan, Bioperubatan,
Pemakanan, Sains Kesihatan serta Kejururawatan.

Pada masa ini terdapat kira-kira 1,733 pelajar sepenuh masa (Pra Siswazah: 1,285, Siswazah: 448) di
bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Setelah lapan (8) tahun FPSK berada di bangunan lama,
warga fakulti telah berpindah ke bangunan FPSK yang baru dibangunkan bersebelahan dengan Hospital
Serdang dan dikenali sebagai Hospital Pengajar untuk pelajar perubatan FPSK, UPM.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Doktor Perubatan
2. Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
3. Bacelor Sains (Dietetik)
4. Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
5. Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
6. Bacelor Kejururawatan

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PM01 - Doktor Perubatan

Tempoh Pengajian : 10 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Objektif program ini adalah untuk melahirkan doktor perubatan yang terlatih, berpengetahuan, mahir,
penyayang dan beretika untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. J angka masa program
adalah selama lima (5) tahun dan ia dibahagikan kepada tiga (3) fasa.

Fasa 1 merupakan pengajaran asas perubatan di dalam bidang sains perubatan (contoh, anatomi,
fisiologi, farmakologi, biokimia), patologi (termasuk mikrobiologi dan parasitologi perubatan), kesihatan
awam, komunikasi dan profesionalisme. Kaedah pengajaran adalah menerusi kuliah, amali, tutorial,
pengajaran berasaskan masalah, seminar dan sebagainya.

Fasa 2 merupakan pengajaran klinikal asas selama setahun. Ia merangkumi bidang perubatan, surgeri,
otorhinolaringologi, oftalmologi, dermatologi dan radiologi. Pelajar akan diajar di hospital menerusi
kaedah pengajaran kumpulan kecil.

Fasa 3 dan terakhir merupakan pengajaran klinikal yang merangkumi pengambilan riwayat pesakit,
pemeriksaan fizikal dan perancangan pengurusan (rawatan) pesakit. Pelajar akan didedahkan kepada
posting seperti perubatan, surgeri, ortopedik, pediatrik, sakit puan dan perbidanan, kemalangan dan
kecemasan, perubatan masyarakat, psikiatri dan post-mortem.

Peluang Kerjaya:

Selepas berjaya menjadi doktor perubatan, mereka dikehendaki menjalani perkhidmatan wajib dengan
kerajaan selama empat (4) tahun. Tahun pertama merupakan latihan siswazah atau housemanship.
Selepas itu, mereka akan di lantik sebagai pegawai perubatan dan akan ditempatkan di hospital besar,
hospital daerah atau pusat kesihatan di seluruh negara.

40
Pegawai perubatan yang telah berkhidmat selama tiga (3) tahun berpeluang untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang sarjana kepakaran perubatan yang ditawarkan oleh universiti tempatan tertentu. Kursus
sarjana ini adalah selama empat (4) tahun. Selepas lulus mereka akan di lantik sebagai pakar perubatan
dan kemudiannya pakar perunding selepas kira-kira lima (5) tahun. Selain itu, pegawai perubatan juga
boleh menduduki peperiksaan luaran seperti Royal College di United Kingdom, Ireland atau Australia
untuk menjadi seorang pakar perubatan. Pakar perubatan juga boleh menyertai universiti tempatan
untuk menjadi pensyarah perubatan di fakulti perubatan universiti tempatan.


Kod dan Nama Program : PM02 - Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ialah kombinasi kajian sains praklinikal dan paraklinikal. Struktur program terdiri daripada
anatomi, fisiologi, bioteknologi, biologi molekul, sitogenetik, farmakologi, toksikologi, mikrobiologi dan
lain-lain sub-bidang sains bioperubatan. Program ini menitikberatkan penggunaan teknologi
bioperubatan terkini dalam kajian manusia dengan kursus-kursus seperti diagnosis makmal ke atas
penyakit-penyakit, keselamatan dan kawalan ke atas mutu makanan dan produk farmasuetikal. Selain
dari melatih mahasiswa supaya berkeupayaan menjalankan penyelidikan dalam bidang sains
bioperubatan, ia juga bertujuan menyediakan graduan yang terlatih dan mahir dalam penyelidikan terkini,
kaedah diagnostik di makmal-makmal dan pengurusan makmal di hospital dan industri. Objektif program
ini ialah untuk memberi pengetahuan terkini tentang proses normal kehidupan manusia melalui anatomi,
fisiologi, biologi sel dan biokimia.

Peluang Kerjaya:

a. Sektor Penyelidikan Bioperubatan
Universiti dan Hospital
Institut/Pusat Penyelidikan
Penyelidikan dan Pembangunan Industri
Penyelidik
Penyelidik berasaskan Pertanian
Pegawai Penyelidik

b. Sektor Industri
Perunding Makmal dan Diagnostik
Perunding Perubatan Molekular
Perunding Mikrobiologi
Perunding Toksikologi
Perunding Sitogenetik
J uruteknik Patologi
J uruteknik Forensik
Industri Farmaseutikal dan Vaksin

c. Industri Penjagaan Kesihatan
Perunding Pembangunan Polisi dan Nasihat Kesihatan
Perunding Promosi Kesihatan Negara

d. Sektor Maklumat
Bioinformik dan ICT
Medical Underwriter
Sains Kewartawanan

e. Pendidikan dan Latihan
Guru di peringkat Menengah
Pensyarah

41
Kod dan Nama Program : PM05 - Bacelor Sains (Dietetik)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang pemakanan klinikal,
pengurusan perkhidmatan makanan institusi dan pemakanan komuniti. Graduan akan dapat mengenal
pasti sumbangan diet kepada penjagaan pesakit secara keseluruhan.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini sangat diperlukan sebagai Pakar Diet (Dietition) bagi mengisi kekosongan kira-kira
1,121 jawatan di seluruh negara. Selain itu, sebagai tenaga pengajar di IPT, penyelidik, pakar
kaunseling pemakanan di IJ N, ATM dan MSN.


Kod dan Nama Program : PM09 - Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program selama empat (4) tahun ini menggabungkan kursus-kursus dalam bidang sains asas, sains
pemakanan dan kesihatan komuniti. Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk
mengaplikasikan teori berlandaskan teknologi sains yang sesuai dengan menangani isu-isu
berorientasikan manusia dalam pemakanan dan kesihatan dengan menggunakan pengetahuan sains
fizikal, sains gunaan dan sains sosial. Objektif am kursus ini adalah untuk melahirkan graduan yang
dilengkapi dengan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam bidang pemakanan dan kesihatan
komuniti.

Peluang Kerjaya:

Peluang kerjaya kepada graduan dalam bidang Pemakanan dan Kesihatan Komuniti amat meluas di
Malaysia dan juga luar negara. Antaranya ialah sebagai Penyelidik Pemakanan di Universiti dan
Hospital, Saintis di Institut/Pusat Penyelidikan dan Pegawai Penyelidik. Selain itu, graduan program ini
juga berupaya menjadi Perunding Pemakanan di sektor awam dan swasta.


Kod dan Nama Program : PM10 - Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini merupakan bidang pencegahan dan promosi kesihatan. Kesihatan Persekitaran adalah satu
disiplin Sains Kesihatan yang berkaitan dengan pengawalan terhadap proses-proses biologi, kimia, fizik
dan sosial yang berlaku dalam persekitaran yang boleh menimbulkan kesan mudarat secara langsung
atau tidak langsung kepada kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraan manusia. Kesihatan Pekerjaan
pula adalah satu daripada skop bidang Kesihatan Persekitaran. Ia memberi tumpuan kepada
pengenalpastian, pengawalan dan penilaian kepada proses-proses biologi, kimia, fizikal, sosial dan
tekanan yang berpunca daripada persekitaran tempat kerja yang boleh menyebabkan kecederaan,
kecacatan, penyakit dan ketidaksejahteraan di kalangan pekerja.

42
Peluang Kerjaya:

Program ini diwujudkan dengan tujuan melahirkan graduan yang profesional dan memenuhi permintaan
sektor kerajaan dan swasta. Program ini menyediakan peluang kerjaya yang amat meluas. Antaranya
Pegawai Sains, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan, Inspektor
Kesihatan, J ururunding, Pegawai Kualiti, Pegawai Penyelidik, Pensyarah, Pegawai Penyelaras Projek,
Ahli Perniagaan, dan lain-lain.


Kod dan Nama Program : PM12 - Bacelor Kejururawatan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menyediakan pendidikan kejururawatan komprehensif yang diperkukuhkan dengan
pengenalan ke bidang kemahiran, informasi teknologi dan penyelidikan. Ia juga memenuhi kehendak
Kementerian Kesihatan Malaysia dan sektor swasta untuk melahirkan tenaga jururawat profesional yang
beretika, memegang prinsip moral/keagamaan, adat resam dan kerohanian serta berusaha
meningkatkan taraf pencapaian pendidikan kejururawatan.

Peluang Kerjaya:

Peluang kerjaya kepada graduan dalam kejururawatan amat meluas di Malaysia dan juga luar negara.
Antaranya adalah di hospital kerajaan atau swasta sebagai J ururawat Klinikal, Pakar Kejururawatan,
Pengurusan Kejururawatan, Penasihat Kejururawatan di Kementerian Kesihatan, Pengurus Makmal
Kemahiran Occupational Health Nurse, J ururawat Rehabilitasi, Kaunselor, Pendidik Kesihatan dan juga
sebagai Pegawai Sains atau Pegawai Penyelidik di IPT, hospital dan makmal diagnosis kerajaan serta
swasta.

Selain itu, graduan kejururawatan juga boleh berkhidmat di bahagian pengeluaran, pentadbiran ataupun
jualan di dalam industri atau syarikat farmaseutikal dan lain-lain yang berkaitan dengan kesihatan.
Berkhidmat di rumah kebajikan, rumah warga tua dan lain-lain organisasi kesihatan atau NGO.
Berkhidmat di dalam perkhidmatan forensik polis dan Pusat Rehabilitasi Dadah. Berkhidmat sebagai
tutor/pembantu pensyarah di IPTA/IPTS ataupun sebagai calon ijazah lanjutan serta bakal tenaga
pengajar.

43
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

Maklumat Am

Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah ditubuhkan secara rasmi pada 26 J un 1996 dengan penawaran
program Bacelor Seni Bina Landskap dan Master Seni Bina Landskap di bawah J abatan Seni Bina
Landskap. Seterusnya, J abatan Seni Bina telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan diikuti dengan J abatan
Reka Bentuk Perindustrian pada tahun 2002.

Visi Fakulti Rekabentuk dan Senibina adalah untuk menjadi sebuah fakulti terkemuka dalam bidang reka
bentuk dan seni kreatif. Dengan misi untuk mengungguli dalam pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan profesional dalam bidang rekabentuk dan seni kreatif, fakulti ini
mampu menyumbang kepada pembangunan mapan dan kesejahteraan manusia. Di antara objektif
yang telah digariskan bagi mencapai misi ini adalah.dengan menarik, melatih, mengekalkan dan
membangunkan sumber manusia berbakat pada semua peringkat dan mewujudkan persekitaran
akademik dan kerja serta infrastruktur berkualiti. Ia juga termasuk menawarkan persekitaran
pembelajaran elektronik (e-learning) untuk menyokong proses pembelajaran dan menyediakan
perkhidmatan pelanggan berkualiti melalui pengurusan elektronik (e-management).

Dengan persekitaran luar yang menarik serta kompleks bangunan moden, fakulti ini dilengkapi dengan
ruang pembelajaran kondusif termasuk dewan kuliah, bilik kuliah, makmal komputer, studio reka bentuk
dan bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan terkini. Fakulti Rekabentuk dan
Senibina terus berkembang pesat dengan mempunyai lebih 400 orang pelajar yang mengikuti program
ditawarkan.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Seni Bina
2. Bacelor Seni Bina Landskap
3. Bacelor Sains Seni Bina
4. Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PH00 - Bacelor Seni Bina

Tempoh Pengajian : 4 Semester

Semester : Semester 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Seni Bina merangkumi kurikulum bidang profesional yang bersepadu bagi melahirkan
arkitek profesional yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan alam
sekitar. J angka masa minimum bagi pelajar untuk lulus pengajian adalah 4 semester dengan jumlah 60
jam kredit.

Program ini memberi penekanan kepada seni bina tropika dan pembangunan mapan untuk menyediakan
bakal graduan berpengetahuan dalam aspek alam sekitar seni bina (seperti iklim, sinar suria, haba,
ventilasi, cahaya, keselamatan dan tenaga) serta berkebolehan membuat penilaian kuantitatif dan
kualititatif melalui simulasi komputer mengenai prestasi alam sekitar seni bina. Sebagai kursus
profesional, kurikulum bagi program ini telah mendapat pengiktirafan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
Bahagian II.

44
Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini adalah berkelayakan untuk menjawat jawatan arkitek, perunding profesional
dalam bidang alam bina. Mereka juga boleh di lantik sebagai pengurus projek di sektor pembinaan dan
pembangunan serta menjadi penyelidik yang peka dengan isu seni bina dan pembangunan mapan. Di
antara sektor awam dan swasta yang memberikan peluang pekerjaan kepada graduan Bacelor Sains
Seni Bina ialah J abatan Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan, Pusat Penyelidikan, Institusi Pengajian
dan Pendidikan (tenaga pengajar), Industri Pembinaan, Firma Konsultan, Syarikat Pemaju Perumahan
dan Institusi Pengajian Tinggi (pegawai akademik).

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Lembaga Arkitek Malaysia (LAM Bahagian II)/Majlis Pengajian Seni Bina Malaysia
(MPSM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.


Kod dan Nama Program : PH02 - Bacelor Seni Bina Landskap

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Seni Bina Landskap di bentuk untuk melahirkan akritek landskap yang profesional dan
peka kepada keperluan pembangunan serta keupayaan menyesuaikan keperluan ini dengan batasan
semula jadi. Graduan yang lahir dari program ini diharapkan dapat memberi khidmat kepada
masyarakat dari segi perancangan landskap, wilayah, pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan
semulajadi atau tapak bersejarah, perancangan taman serta persekitaran yang selamat, selesa dan
indah. Program ini juga mampu melahirkan graduan berkemahiran tinggi dalam selok belok
perancangan, reka bentuk pelaksanaan, pengurusan serta penilaian landskap yang di iktiraf bukan
sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Peluang Kerjaya:

Peranan dan reputasi arkitek landskap menjadi semakin penting dan mencabar selari dengan kepesatan
pembangunan negara dan ia membuka peluang kepada graduan untuk mempraktikkan kemahiran
mereka di sektor awam, sektor swasta dan badan berkanun. Di antara sektor awam yang membuka
ruang peluang pekerjaan ialah J abatan Landskap Negara, J abatan Perancangan Bandar dan Desa,
J abatan Alam Sekitar, J abatan Pertanian, J abatan Pengairan dan Saliran, J abatan Perhutanan, J abatan
Kerja Raya, Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Kerajaan Tempatan, Lembaga
Pembangunan Bandar, Perbadanan Kemajuan Negeri, Institusi Penyelidikan dan sebagai tenaga
akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Di sektor swasta, peluang kerjaya terbuka bagi
graduan dalam firma Perunding Seni Bina Landskap, firma Arkitek dan Perancangan Bandar, firma
Pengurusan Projek, firma Pengurusan Ameniti dan Fasiliti dan sebagai Kontraktor Landskap dan Seni
Taman.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.

45
Kod dan Nama Program : PH03 - Bacelor Sains Seni Bina

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Semester 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains Seni Bina menyediakan kurikulum separa profesional yang bersepadu bagi
melahirkan sumber tenaga separa profesional yang membantu di dalam perkembangan kemajuan sektor
pembinaan negara. Program yang ditawarkan ini memakan masa selama 7 semester (3 tahun
setengah) dengan jumlah 120 jam kredit termasuk 24 minggu Latihan Industri. Program ini di olah untuk
memberi tumpuan kepada penyelesaian seni bina yang bersesuaian dengan keperluan iklim, ekonomi
dan sosio-budaya tempatan dan serantau. Sebagai kursus profesional, kurikulum bagi program ini telah
mendapat pengiktirafan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian I.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini adalah layak untuk menjawat jawatan separa profesional seperti Penolong
Arkitek dan jawatan berkaitan di sektor awam. Di antara sektor awam dan swasta yang memberikan
peluang pekerjaan kepada graduan Bacelor Sains Seni Bina ialah J abatan Kerajaan dan Pihak Berkuasa
Tempatan, Pusat Penyelidikan dan Reka Bentuk, Institusi Pengajian dan Pendidikan (tenaga pengajar),
Industri Pembinaan, Firma Konsultan, Syarikat Pemaju Perumahan dan Institusi Pengajian Tinggi
(pegawai akademik).

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Lembaga Arkitek Malaysia (LAM Bahagian I)/Majlis Pengajian Seni Bina Malaysia
(MPSM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.


Kod dan Nama Program : PH12 - Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Semester 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) di bentuk untuk melahirkan graduan yang
berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang reka bentuk perindustrian bagi memenuhi keperluan
negara dalam bidang berkenaan. Program ini mengambil masa selama 4 tahun (8 semester) dengan
jumlah 110 jam kredit. Ianya bertujuan untuk menghasilkan tenaga profesional dalam bidang reka
bentuk perindustrian yang mempunyai kemahiran dan daya kreatif dalam reka bentuk barangan
teknologi pembuatan dan pemasaran produk. Program ini mampu melahirkan graduan yang peka
terhadap isu dan penyelesaian dalam meningkatkan kualiti dan kesejahteraan alam sekitar.

Peluang Kerjaya:

Graduan dalam bidang ini mempunyai peluang pekerjaan di sektor awam dan anak syarikat kerajaan
seperti J abatan Kerajaan dan Penguasa Tempatan, Pusat Penyelidikan (berasaskan reka bentuk),
Institusi Pengajian Tinggi (tenaga akademik) dan Pendidikan. Manakala di sektor swasta pula
menyediakan peluang kerjaya di dalam Industri Pembuatan dan Perkilangan, Industri Otomotif, Syarikat
Perunding Reka Bentuk dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: MQA.

b. Luar Negara: Tiada.

46
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Maklumat Am

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) ditubuhkan pada 1 Oktober 1998 selaras
dengan perkembangan pesat sains komputer dan teknologi maklumat dan keperluan tenaga mahir
dalam bidang berkenaan di negara ini. Fakulti baru ini adalah hasil menaik taraf J abatan Sains
Komputer yang dahulunya di bawah Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. J abatan Sains Komputer
itu sendiri telah ditubuhkan pada Mac 1992 untuk memantapkan pengendalian program Bacelor Sains
Komputer dan Diploma Sains Komputer yang telah ditawarkan semenjak tahun 1982. Sebelum
kewujudan jabatan ini, kedua-dua program pengajian tersebut telah dikendalikan oleh J abatan
Matematik.

Untuk menjalankan aktiviti akademiknya, FSKTM mempunyai empat (4) jabatan:

a) J abatan Sains Komputer
b) J abatan Multimedia
c) J abatan Sistem Maklumat
d) J abatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains Komputer Pengkhususan Sistem Komputer
2. Bacelor Sains Komputer Pengkhususan Multimedia
3. Bacelor Sains Komputer Kejuruteraan Perisian
4. Bacelor Sains Komputer Rangkaian Komputer

Selain itu, FSKTM bekerjasama dengan Fakulti Pengajian Pendidikan untuk menawarkan program
Bacelor Pendidikan (Teknologi Maklumat) dan Fakulti Ekologi Manusia untuk program dwi-major Bacelor
Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat).

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PC04 - Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Sistem Komputer)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini merangkumi perkakasan dan perisian, bagaimana pun dalam program ini penekanan
diberikan kepada perisian. Sistem Komputer menitikberatkan reka bentuk dan pembangunan komputer,
teknik perkomputeran dan penggunaannya dalam pemprosesan maklumat.

Pengkajian terhadap seni bina komputer akan memberi kefahaman terhadap struktur fizikal komputer,
komponen dan fungsinya. Kefahaman ini sangat penting supaya komputer sebagai alat menyimpan dan
memproses maklumat, dapat digunakan secara berkesan. Untuk memproses maklumat, suatu notasi
atau formalisme untuk memerihal struktur maklumat dan tatacara pemprosesan perlu disediakan. Ini
membawa kepada pembangunan bahasa pengaturcaraan yang bertujuan untuk memerihalkan struktur
data, algoritma dan seterusnya menulis atur cara.

Dalam kehidupan yang sebenar, aplikasi komputer adalah kompleks dan agak sukar untuk dihasilkan.
J usteru itu, teknik pengaturcaraan tertentu telah dipakai untuk menjamin kejayaan. Sistem
pengoperasian dan pengkompil juga digunakan untuk memudahkan tugas dalam penghasilan atur cara
atau perisian. Maklumat yang banyak dan kerap diproses membawa kepada pembentukan teori struktur
fail, pangkalan data dan dapatan semula maklumat.

Perkembangan semasa menyaksikan komputer menjadi media komunikasi yang sangat penting.
Sebahagian maklumat adalah rahsia dan perlu dikawal. Dalam konteks ini, keselamatan komputer
memainkan peranan yang amat penting. Beberapa aspek lanjutan mengenai pelbagai masalah juga
dikaji di bawah tajuk kecerdasan buatan, pemodelan dan simulasi sistem, teori pengiraan dan
penggunaan pangkalan data lanjutan. Aspek ini menyediakan asas yang kukuh kepada mereka yang
akan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
47
Peluang Kerjaya:

Graduan pengkhususan Sistem Komputer mempunyai peluang pekerjaan yang cerah sama ada di sektor
awam mahupun sektor swasta terutamanya yang terlibat dengan industri komputer. J awatan yang boleh
di isi oleh graduan ini termasuklah:

J uruanalisis Sistem atau Pegawai Sistem Maklumat
Pentadbir Pangkalan Data
J urutera Sistem
Perunding Perisian
J urutera Pangkalan Pengetahuan
Perunding Keselamatan Sistem Komputer
Pentadbir Sistem Komputer

Graduan juga boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan.


Kod dan Nama Program : PC09 - Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Multimedia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ijazah ini akan menumpukan kepada konsep sains komputer bersama multimedia, industri
maklumat elektronik, konsep hiperteks dan hipermedia, aplikasi multimedia dalam pendidikan dan
latihan, aplikasi multimedia dalam perniagaan dan bidang profesional, aplikasi multimedia dalam
permainan komputer dan hiburan, sistem pencapaian maklumat multimedia, pendigitan audio tampak
dan lain-lain. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan kepada penggunaan dan pembangunan
multimedia dalam penerbitan dan psikologi manusia. Pelajar juga akan menguasai ilmu yang cukup
dalam bidang Komputeran Multimedia; mencapai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku
beretika; mencapai akauntabiliti sosial; menguasai kemahiran teknikal Komputeran Multimedia;
menguasai kecekapan berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan; menguasai kecekapan mengurus
maklumat dan berkebolehan belajar sepanjang hayat; mencapai keupayaan berfikir secara kritis;
mencapai kemahiran mengurus dan keusahawanan; dan mencapai nilai-nilai kepemimpinan.

Peluang Kerjaya:

J abatan Multimedia bersedia untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang pengaturcaraan,
pembangunan dan pengurusan multimedia. Di antara bidang pekerjaan yang boleh diceburi oleh bakal-
bakal graduan jabatan ini adalah seperti berikut:

Pembangun Perisian Multimedia
Pembangun Alat Perisian Multimedia
Ahli Teknologi Multimedia
Pengaturcara Penganalisis
Pengurus Projek Perisian Multimedia
Perunding Multimedia
Usahawan Perisian
Ahli Akademik
Penyelidik

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor
falsafah.

48
Kod dan Nama Program : PC10 - Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Kejuruteraan
Perisian)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini memfokuskan kepada kemahiran pembangunan perisian dan juga mereka bentuk perisian
komputer serta penggunaanya dalam memproses maklumat.

Pengajian dalam seni bina komputer menyediakan pemahaman asas terhadap struktur fizikal, komponen
dan fungsi komputer. Pemahaman tersebut adalah sangat penting bagi menggunakan komputer
sebagai mesin yang berkuasa untuk menyimpan dan memproses maklumat. Tatanda dan formalisasi
maklumat perlu tersedia rapi sebelum maklumat diproses. Ini bergantung kepada struktur maklumat dan
aliran proses yang menuju kepada pembangunan aplikasi perisian yang melibatkan struktur data,
algoritma dan pendekatan pengaturcaraan yang diperlukan.

Dalam dunia nyata, penghasilan aplikasi komputer adalah kompleks dan amat mencabar. Dengan yang
demikian, teknik algoritma perlu diperkenal dan diaplikasikan. Maklumat yang bertimbun dan perlu
diurus dengan sebaik mungkin memerlukan pengetahuan dalam teori struktur fail, pengkalan data dan
kemahiran dapatan maklumat. Kemahiran pengurusan maklumat disediakan dengan alternatif
penyelesaian masalah dengan kecerdasan buatan, permodelan sistem dan simulasi, teori pengiraan dan
pengkalan data.

Oleh kerana komputer sudah menjadi alat komunikasi yang semakin penting, pelajar didedahkan juga
dengan kemahiran keselamatan komputer bagi melindungi dan mengawal maklumat.

Program ini menekankan prinsip utama kejuruteraan perisian, kaedah dan alat perisian bagi
pembangunan sistem perisian termasuk pengurusan projek perisian, penggunaan alat perisian seperti
CASE Tools serta kualiti perisian. Ini dapat menyediakan asas yang kukuh untuk pelajar melanjutkan
pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

Peluang Kerjaya:

Graduan Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Kejuruteraan Perisian) dapat menceburi pelbagai
bidang pekerjaan, khususnya berkaitan industri komputer sama ada di sektor awam mahupun sektor
swasta. Antara jawatan yang boleh dipenuhi oleh graduan program ini ialah:

J urutera Perisian
Pengurus Projek Perisian
Ahli Pasukan J aminan Kualiti Perisian
J uru Analisis Sistem
Pentadbir Sistem Aplikasi
Penguji Perisian
Penyenggara Perisian
Perunding Pembangunan Perisian
Pentadbir Pengkalan Data

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor
falsafah.

49
Kod dan Nama Program : PC11 - Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Rangkaian Komputer)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ijazah ini menekankan pelajar kepada prinsip-prinsip utama kejuruteraan komputer dan perisian
dalam mereka bentuk sistem komunikasi dan telekomunikasi. Ini termasuk teknik mereka bentuk sistem
rangkaian, teknik pengurusan dan penyelenggaraan sistem rangkaian, penggunaan persekitaran
rangkaian setempat (LAN), rangkaian kawasan luas (WAN) dan isu-isu penting dalam mereka bentuk
sistem persekitaran rangkaian.

Peluang Kerjaya:

Graduan pengkhususan Rangkaian Komputer boleh memilih pekerjaan seperti:

Pengurus Rangkaian dan Sistem Teragih
Pengaturcara Rangkaian, Sistem Teragih dan Selari
J urureka Bentuk dan Pembangunan Rangkaian dan Sistem Teragih
J urutera Rangkaian dan Perisian
Perunding Rangkaian
Penganalisis Rangkaian dan Sistem Teragih
Penyelidik

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor
falsafah.

50
FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL

Maklumat Am

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2004 yang
menggabungkan dua buah jabatan iaitu J abatan Bioteknologi di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi
dan J abatan Biokimia dan Mikrobiologi di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar bagi memberikan
penumpuan dan penekanan kepada bidang bioteknologi. Dengan tertubuhnya FBSB, semua aktiviti
yang melibatkan bioteknologi dan sains biomolekul di UPM dapat dijalankan di bawah satu pentadbiran.

Setiap jabatan di FBSB menawarkan kursus yang boleh dijadikan sebagai teras program pengajian
jabatan di samping menawarkan kursus teras atau kursus elektif bagi program atau pengutamaan lain.
Selain dari pengajaran, pegawai akademik juga terlibat di dalam penyelidikan, pengembangan dan
perundingan.

Walaupun jabatan ini adalah sebuah jabatan yang baru, FBSB mempunyai kepakaran tenaga mahir dan
pelbagai makmal yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan asas dan berteknologi tinggi bagi
menyokong aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang bioteknologi
dan sains biomolekul. Semua pegawai akademik adalah berpengalaman dan mempunyai kemahiran
teknikal yang luas dalam bidang kepakaran masing-masing. Buat masa ini terdapat 10 orang Profesor,
13 orang Professor Madya, 14 orang Pensyarah dan 16 orang Tutor.

Kini, Fakulti menawarkan empat (4) program pengajian di peringkat Bacelor. Program pengajian yang
ditawarkan adalah Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi, Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia, Bacelor
Sains (Kepujian) Mikrobiologi dan Bacelor Sains (Kepujian) (Biologi Sel dan Molekul).

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

Bacelor Sains (Kepujian)
1. Bioteknologi
2. Biokimia
3. Mikrobiologi
4. (Biologi Sel dan Molekul)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG07 - Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini merangkumi berbagai disiplin bioteknologi meliputi sistem-sistem biologi, sama ada
mikroorganisma, tumbuhan, haiwan dan manusia dan penggunaannya di dalam bidang pertanian,
kesihatan, industri dan alam sekitar bagi penghasilan produk atau perkhidmatan. Matlamat program ini
ialah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan saintifik serta kemahiran teknikal selaras
dengan keperluan tenaga mahir negara untuk membangunkan industri yang berasaskan bioteknologi.
Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan praktik di industri bagi memperkukuhkan tahap pembelajaran
serta boleh memahami dan menyelesaikan masalah dalam keadaan sebenar di tempat kerja.

51
Kod dan Nama Program : PS26 - Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Biokimia merupakan satu disiplin asas bagi bidang terkini terutamanya bioteknologi, biologi
molekul, kejuruteraan gen dan protein serta bidang tradisi seperti sains perubatan, sains veterinar dan
sains kaji hayat. Kurikulum mampu menyediakan keperluan tenaga mahir dalam bidang bioteknologi
yang sedang berkembang pesat. Graduan lulusan program ini diyakini mampu membina kerjaya di
sektor awam dan swasta.


Kod dan Nama Program : PS27 - Bacelor Sains (Kepujian) Mikrobiologi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Mikrobiologi merupakan satu disiplin asas bagi bidang terkini terutamanya bioteknologi, biologi
molekul, kejuruteraan gen dan protein serta bidang tradisional seperti sains perubatan, sains veterinar
dan sains kaji hayat. Kurikulum mampu menyediakan keperluan tenaga mahir dalam bidang
bioteknologi yang sedang berkembang pesat. Graduan lulusan program ini diyakini mampu membina
kerjaya di sektor awam dan swasta.


Kod dan Nama Program : PS71 - Bacelor Sains (Kepujian) (Biologi Sel dan Molekul)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Peluang Kerjaya:

Graduan kesemua program di atas layak dan sesuai untuk industri berasaskan bioteknologi dan sains
biomolekul (Biokimia dan Mikrobiologi), Institusi Penyelidikan, J abatan Kerajaan dan Institut Pengajian
Tinggi. Antara syarikat dan institusi yang terlibat ialah Unilever, Ajinomoto, NOVO Nordisk, B.Braun,
Guinness, Glaxo, Setron, Asiagreen, Green Note, MPOB, MARDI FRIM, RRIM, MINT, J abatan Perdana
Menteri, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Luar dan Industri,
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara jawatan yang
sesuai ialah Pegawai Akademik, Pegawai Pendidikan, Pegawai Sains, Pegawai Penyelidik, Pegawai
Eksekutif dan Pengusaha Sendiri. Bilangan industri berasaskan bioteknologi akan meningkat di masa
akan datang kerana bidang bioteknologi adalah bidang utama dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

52
FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR

Maklumat Am

Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM ditubuhkan pada 1 September 2004. Fakulti berkembang daripada
J abatan Sains Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. J abatan Sains Alam Sekitar di
UPM ditubuhkan pada bulan Ogos 1976 dan diletakkan di bawah Fakulti Sains. Dengan kemasukkan
J abatan baru ini Fakulti Sains dinamakan Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Dalam tahun yang
sama, program Bacelor Sains Alam Sekitar diperkenalkan. Ijazah ini diiktirafkan sebagai ijazah
profesional oleh J abatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Ianya merupakan program alam sekitar yang
pertama di Asia Tenggara.

Fakulti Pengajian Alam Sekitar merupakan satu-satunya badan akademik di Malaysia yang menawarkan
ijazah di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang alam sekitar. Ijazah Master
Alam Sekitar juga ditawarkan melalui kerja kursus.

Pegawai akademik fakulti terdiri dari pelbagai disiplin. J abatan ini juga terlibat dalam pelbagai projek
penyelidikan. Di antara projek-projek ini melibatkan kerjasama dengan ahli-ahli lain sama ada di dalam
atau di luar universiti, contohnya dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dan Agensi Antarabangsa Kerjasama J epun (J ICA) selain daripada J abatan Alam Sekitar,
J abatan Sains Alam Sekitar dan J abatan Pengurusan Alam Sekitar.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar
2. Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG46 - Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini bercirikan pelbagai disiplin yang melibatkan komponen sains asas, ekonomi dan
kemasyarakatan, perancangan, pengurusan, teknologi dan kejuruteraan. Latihan profesional amat
dititikberatkan dalam program ini di mana pelajar ditempatkan di pelbagai agensi awam dan swasta
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman menyelesaikan masalah secara lebih praktik
dalam keadaan sebenar. Ijazah ini telah di iktiraf oleh J abatan Perkhidmatan Awam sebagai ijazah
profesional di dalam bidang alam sekitar.

Sistem semester digunakan dan satu (1) tahun terdiri daripada dua (2) semester yang bermula pada
bulan J ulai (Semester 1) dan bulan Disember (Semester 2). Setiap semester adalah sepanjang 18
minggu termasuk seminggu cuti semester dan 3 minggu masa Peperiksaan Akhir. Penuntut perlu
menunaikan pengajian kerja kursus sebanyak 100 kredit termasuk latihan praktikum profesional (3
kredit) dan projek kajian (6 kredit) sendirian.

Satu (1) kredit adalah merupakan kuliah satu (1) jam atau kelas amali tiga (3) jam seminggu. Untuk
bergraduat dalam masa empat (4) tahun, beban kursus setiap semester adalah 15-18 kredit. Ini
bermakna penuntut mengambil lima (5) hingga tujuh (7) kursus dalam satu (1) semester. Universiti
mengamalkan sistem penilaian berterusan. Kira-kira 60% daripada jumlah gred keseluruhan dinilaikan
melalui ujian atau tugasan yang diberikan dalam semester. Peratusan yang seterusnya adalah dinilaikan
melalui Peperiksaan Akhir pada hujung semester.

Program ijazah ini dinilaikan setiap tahun oleh Pemeriksa Luar daripada universiti lain. Sebagai contoh
pada tahun-tahun yang lepas Pemeriksa Luar telah datang daripada Imperial College, London, UK;
University of Virginia, Charlottesville, USA; dan University of East Anglia, Norwich, UK.

53
Peluang Kerjaya:

Graduan program ini layak dan sesuai menjadi Pegawai Kawalan di J abatan Alam Sekitar, Pegawai
Penyelidik dan Eksekutif Alam Sekitar di J abatan Kerajaan, Badan Berkanun dan pihak swasta seperti
MACRES, FRIM, Kerajaan Tempatan, SIRIM, ESSO, Petronas, Shell, syarikat bekalan air, pakar runding
alam sekitar dan sebagainya. Graduan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat MS dan PhD sama ada di dalam atau di luar negara.


Kod dan Nama Program : PP43 - Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar di bentuk dengan matlamat untuk melahirkan graduan
berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan alam sekitar; berkemampuan mengurus
penggunaan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mapan; di samping
mempunyai etika, sikap prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.

Diantara kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Pengurusan Sumber Asli, Perancangan & Pengurusan, Sains Fizikal & Biologi, Kaedah Kuantitatif,
Ekonomi Alam Sekitar, Amali Sains & Geografi, Undang-undang, Sistem Maklumat, Studio Alam Sekitar,
Pengurusan Sisa Pepejal, Kualiti Air & Udara, Polisi & Pentadbiran, Ekonomi & Pengurusan, Penilaian
Kesan, Operasi Projek, Etika Alam Sekitar, Pengurusan Pantai, Sistem Pengurusan Kualiti, Perubahan
Alam Sekitar, Perancangan Pengangkutan, Kerja Lapangan dan Latihan Industri.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini layak dan sesuai menjadi Pegawai Kawalan di J abatan Alam Sekitar, Pegawai
Penyelidik dan Eksekutif Alam Sekitar di J abatan Kerajaan, Badan Berkanun dan pihak swasta seperti
MACRES, FRIM, Kerajaan Tempatan, SIRIM, ESSO, Petronas, Shell, syarikat bekalan air, pakar runding
alam sekitar dan sebagainya. Graduan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat MS dan PhD sama ada di dalam atau di luar negara.

54
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN (UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK)

Maklumat Am

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB) adalah kampus cawangan UPM dengan
sebuah fakulti yang dinamakan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Fakulti ini terdiri daripada lima (5)
buah jabatan akademik iaitu J abatan Sains Tanaman, J abatan Sains Perhutanan, J abatan Sains Sosial,
J abatan Sains Asasi dan Kejuruteraan dan J abatan Sains Haiwan dan Perikanan. Fakulti ini
menawarkan program Diploma, Bacelor, Master Dengan Tesis dan Doktor Falsafah (PhD).

Permulaan UPMKB adalah dengan sebuah kampus sementara di Semenggok, Kuching, Sarawak pada
10 Ogos 1974. Kampus ini telah berkembang dan berpindah ke kampus tetap yang lebih selesa di
Bintulu, Sarawak pada bulan J un 1987 sebelum di tutup sementara pada tahun 1992.

UPMKB diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-
2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pertanian
serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa. Fokus utama UPMKB adalah dalam bidang
agribio seperti pertanian, perhutanan, perikanan, peternakan, pemakanan dan persekitaran.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

Bacelor
1. Bacelor Sains Bioindustri

Diploma
1. Diploma Pertanian
2. Diploma Perikanan
3. Diploma Perhutanan
4. Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
5. Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
6. Diploma Perniagaantani
7. Diploma Kejuruteraan Pertanian

Maklumat ringkas program bacelor yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG30 - Bacelor Sains Bioindustri

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains Bioindustri memberi penumpuan khusus kepada ilmu berkenaan sumber biologi
utama negara terutama dalam bidang pertanian serta integrasinya dengan industri melalui teknologi
terkini. Kurikulumnya meliputi pelbagai aspek sains yang berkaitan bioindustri dengan keutamaan
kepada tiga (3) opsyen iaitu pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa dan pemprosesan hiliran.
Pendidikan am turut diberikan kepada pelajar bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan
pengurusan serta kemanusiaan untuk memupuk nilai etika dan moral serta tanggungjawab. Pelajar di
beri peluang menjalani latihan industri dengan agensi luar selama 1 semester sebagai pendedahan
kepada keadaan sebenar dunia pekerjaan.

Pada akhir tahun pengajian, pelajar akan melaksanakan projek ilmiah tahun akhir yang berasaskan sains
bioindustri. Pendedahan yang menyeluruh diberikan kepada graduan Bacelor Sains Bioindustri untuk
menyediakan diri bagi menampung pasaran gunatenaga negara, sama ada dalam sektor kerajaan atau
swasta atau persendirian.

Bacelor Sains Bioindustri adalah program empat (4) tahun dengan jumlah 134 jam kredit.

55
Peluang Kerjaya:

Setelah mengikuti program ini selama empat (4) tahun, graduan program ini bakal menceburi kerjaya
dalam sektor pengeluaran (ternakan dan tanaman), industri pemprosesan, industri yang berkaitan
dengan pengurusan sisa industri dan sebagai pegawai di sektor pertanian, perikanan serta ahli
penyelidik berkaitan dengan pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa serta pemprosesan
hiliran. Graduan berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master
Sains atau Doktor Falsafah (PhD).

Maklumat ringkas program diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : P2050 - Diploma Pertanian

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains haiwan,
tanaman makanan dan pengeluaran ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi
pertanian dan pengurusan ladang, keusahawanan dan pengembangan.

Graduan Diploma Pertanian mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor pertanian awam dan
swasta serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan.

Diploma Pertanian adalah program pengajian tiga (3) tahun dengan 103 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan graduan Diploma Pertanian merangkumi kerjaya di agensi pengembangan pertanian
(J abatan Pertanian, RISDA dll), pembangunan tanah pertanian (FELDA, FELCRA dll), agensi
penyelidikan (MARDI, FRIM, LGM dll), pembangunan bandar dan wilayah (UDA, KEJ ORA, PERDA dll),
institusi pengajian, perunding dan kontraktor landskap, pembekal bahan pertanian, syarikat kimia
pertanian, institusi kewangan dan graduan juga berkemampuan untuk menjadi usahawan persendirian.


Kod dan Nama Program : P2051 - Diploma Perikanan

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Perikanan ditawarkan untuk melatih graduan dalam pengeluaran perikanan dengan penekanan
dalam bidang peternakan ikan, teknologi penangkapan ikan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan
tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan
produk perikanan dan keusahawanan.

Graduan Diploma Perikanan mempunyai prospek kerjaya yang cerah di sektor perikanan swasta dan
kerajaan, institusi penyelidikan atau keusahawanan.

Diploma Perikanan adalah program tiga (3) tahun dengan jumlah 103 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan bagi bakal graduan Diploma Perikanan akan menjadi cerah dan masalah
pengangguran dapat dikurangkan kerana kepesatan pembangunan sektor perikanannya. Antara agensi
yang memerlukan khidmat para graduan Diploma Perikanan termasuklah Taman-taman Sabah, WWFM,
LKIM, Persatuan Nelayan, MIMA, Perbadanan Pelabuhan. Disamping itu para graduan Diploma
Perikanan mempunyai peluang kerjaya di dalam agensi kerajaan, swasta berkaitan dan juga
berkemampuan untuk menjadi usahawan atau bekerja sendiri.
56
Kod dan Nama Program : P2052 - Diploma Perhutanan

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Perhutanan ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan. Peluang
pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Penekanan program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan, pengurusan hidupan liar, pengurusan
industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi.

Diploma Perhutanan adalah program tiga (3) tahun dengan jumlah 103 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Perhutanan termasuklah J abatan
Perhutanan, Institusi Penyelidikan MTIB, FELDA, Kompleks Perkayuan, Badan-badan Berkanun di
samping agensi swasta yang berkaitan dan juga agensi-agensi pelancongan seperti TDC dan
seumpamanya.


Kod dan Nama Program : P2053 - Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional
dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj
dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan.

Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan
industri ternakan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan.

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan adalah program pengajian tiga (3) tahun enam (6) bulan
dengan jumlah 112 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
termasuklah J abatan Perkhidmatan Haiwan Persekutuan dan Negeri-negeri, MARDI, Pusat Penyelidikan
Veterinar, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri, J abatan Pertanian di samping agensi-agensi
swasta seperti Guthrie, Kentucky Fried Chicken, Leong Hup serta ladang-ladang ternakan yang
dikendalikan secara komersial di seluruh negara.

57
Kod dan Nama Program : P2055 - Diploma Pengurusan Perladangan Makanan

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan ditawarkan untuk melatih graduan yang menjurus kepada
agriteknologi dan keusahawanan serta berkemahiran dalam pengurusan pengeluaran makanan.

Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan, amalan pengurusan tanaman,
tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan hasilan pertanian, pengeluaran dan
pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani.

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan adalah program tiga (3) tahun dengan jumlah 104 jam
kredit.

Peluang Kerjaya:

Graduan yang telah mengikuti program ini selama tiga (3) tahun merupakan tenaga separa profesional
yang boleh menceburi bidang yang berkaitan dengan pengeluaran makanan seperti perladangan,
pengeluaran, pengendalian dan pemprosesan produk pertanian sama ada sebagai penolong pengurus
ladang, ahli teknologi makanan, juruteknik pemprosesan, penyelia kilang makanan atau bidang
pekerjaan lain yang berkaitan. Graduan juga boleh menjadi usahawan tekno-tani yang menjurus kepada
pemprosesan hasilan makanan. Berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Bacelor di
institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau luar negera.


Kod dan Nama Program : P2056 - Diploma Perniagaantani

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini adalah direka bentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran konsepsi, praktikal dan
kemahiran insaniah dalam bidang perniagaan dan pertanian dengan menguasai pengetahuan dalam
bidang perakaunan, ekonomi, agronomi, ternakan, kejurujualan, pemasaran dan komunikasi. Program
ini menyediakan pelajar dengan kemahiran perniagaan dengan pengaplikasian aktiviti value-chain
dipanjangkan dari input ladang melalui pengurusan ladang, pemprosesan, pemasaran dan jualan
berkaitan industri pertanian.

Diploma Perniagaantani adalah program tiga (3) tahun dengan jumlah 104 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini adalah berkemahiran dalam perniagaan dan berpengetahuan dalam pertanian
sebagai pelengkap kepada kemasukan ke pelbagai peluang pekerjaan, sama ada dalam agensi
kerajaan, badan berkanun dan juga sektor swasta termasuk kewangan dan perbankan. Selain itu, para
graduan juga boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian.

58
Kod dan Nama Program : P2450 - Diploma Kejuruteraan Pertanian

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini direka untuk mengeluarkan graduan yang kompetetif dan berpengetahuan dalam
kejuruteraan pertanian dan sistem pengeluaran pertanian. Pelajar menerima latihan hands-on dan
eksperimental dalam penggunaan jentera ladang yang meliputi aspek prinsip kejuruteraan, operasi,
penyenggaraan dan pembaikan.

Diploma Kejuruteraan Pertanian adalah program tiga (3) tahun dengan jumlah 105 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini mempunyai prospek kerjaya dengan agensi kerajaan dan swasta termasuk sektor
perladangan. Mereka memainkan peranan penting sebagai ahli pertanian dan jurutera yang praktikal
atau penterjemah alam pertanian moden untuk institusi penyelidikan atau para usahawan. Mereka juga
berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat bacelor di institusi pengajian tinggi dalam bidang yang
relevan.

59
PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN

Maklumat Am

Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) ditubuhkan pada 1 J un 2005 bagi melaksanakan Program Asasi
Sains Pertanian untuk melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai asas dan minat mendalam dalam
bidang pertanian dan agro-bio untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Putra
Malaysia (UPM).

Melalui program ini, UPM beriltizam untuk menghasilkan pelajar yang bakal menjadi pelajar cemerlang di
peringkat ijazah seterusnya mampu menjadi graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk
terus maju dalam bidang pertanian dan agro-bio bagi menyumbang kepada pembangunan sektor
pertanian negara.

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Asasi Sains Pertanian

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : P0050 - Asasi Sains Pertanian

Tempoh Pengajian : 3 Semester Penuh Setahun

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Asasi Sains Pertanian mula ditawarkan di UPM pada Sesi Pengajian 2005/2006. Program ini
ditawarkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Program ini ditawarkan bertujuan menyediakan pelajar yang mempunyai asas dan minat yang mendalam
dalam bidang sains dan seterusnya berkecenderungan tinggi untuk meneruskan pengajian dalam bidang
yang sama di peringkat ijazah. Dengan penawaran Program Asasi Sains Pertanian ini, UPM mempunyai
peluang untuk melatih pelajar supaya lebih berminat untuk mengikuti program bacelor dalam bidang
pertanian serta bidang-bidang lain yang berasaskan sains. Pelajar tersebut di harap dapat menyumbang
kepada keperluan tenaga profesional dalam sektor pertanian dan berkaitan.

Sukatan pelajaran Program Asasi Sains Pertanian, UPM digubal berpandukan kepada sukatan pelajaran
matrikulasi/sains asasi institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan sukatan pelajaran bagi STPM.
Pelajar perlu mengikuti program pengajian selama tiga (3) semester penuh setahun dengan
mengambil sebanyak 53 jam kredit yang merangkumi kursus Asas Sains (Biologi, Kimia, Fizik dan
Matematik) serta Pengenalan kepada Pertanian, Bahasa Inggeris dan Sains Komputer. Program ini
akan dapat memberi asas pembelajaran yang kukuh kepada pelajar bagi mengikuti pembelajaran,
terutamanya dalam bidang berasaskan pertanian dan sains di peringkat yang lebih tinggi.

Lepasan program Asasi Sains Pertanian berpeluang untuk memasuki kesemua program Bacelor
berasaskan sains yang sesuai di UPM.

You might also like