You are on page 1of 4

Di sebalik kejayaan yang tercapai daripada segi pertumbuhan, masalah kemiskinan dan

penguasaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum masih terlalu ketara, terutamanya di
kalangan masyarakat Bumiputera yang tidak menikmati hasil pembangunan seperti yang
mereka harapkan jika dibandingkan secara mutlak atau relatif dengan kaum-kaum lain.
Justeru itu, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2)
melambangkan satu era baru dalam sejarah perancangan pembangunan Malaysia. Ini
menandakan permulaan fasa ketiga di dalam sejarah perancangan pembangunan negara.


Sektor perikanan mampu menjana pendapatan kepada masyarakat Bumuputera dalam agenda
DEB
Dasar Ekonomi Baru (DEB) Diwujudkan
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, kerajaan telah
mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan Pembangunan Negara yang
melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah
dilancarkan oleh Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk
memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan
kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia.
Daripada bancian penduduk pada tahun 1970 didapati bahawa 49.3 peratus daripada semua
keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan.
Sejumlah 86 peratus daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar
manakala 14 peratus lagi di kawasan bandar. Manakala daripada Kajian Tahunan Hakmilik
Syarikat-Syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan Rekod Pendaftar
Syarikat, adalah didapati bahawa hak milik dan penguasaan ekonomi di antara kaum dan
pelabur dalam dan luar negeri adalah tidak seimbang.

Kepincangan ini merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa
rusuhan kaum ketika itu. Oleh sebab itu, DEB telah dilancarkan bagi memaksa satu dasar yang
bersepadu diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2). Beberapa kejayaan telah
dicapai di bawah rancangan penyusunan semula masyarakat. Satu daripadanya ialah
pendapatan purata kaum Bumiputera telah meningkat daripada RM172 sebulan dalam tahun
1970 kepada RM614 sebulan dalam tahun 1987. Pendapatan ini adalah jauh lebih rendah
berbanding dengan pendapatan kaum-kaum lain.
Kadar kemiskinan juga telah menurun bagi semua kaum dalam tahun 1987 berbanding dengan
tahun-tahun sebelumnya. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan telah menurun
daripada 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus dalam tahun 1987. Daripada segi
pembangunan bandar dan penyusunan semula, jumlah penduduk Bumiputera di bandar-bandar
telah meningkat. Misalnya, komposisi penduduk Bumiputera di bandar di Semenanjung
Malaysia telah meningkat daripada 41.3 peratus dalam tahun 1985 kepada 44 peratus dalam
tahun 1988.
Pelaksanaan Program Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2)
RMK-2 dilancarkan dengan tujuan untuk mengatasi dan memperbetulkan keadaan
ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kawasan dan kumpulan kaum di negara ini.
Peruntukan yang disediakan di bawah RMK-2 ialah sebanyak RM7,250 juta. Asas penggubalan
RMK-2 ialah Dasar Ekonomi Baru yang matlamat utamanya adalah untuk mencapai perpaduan
negara melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia supaya dapat
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), 1971-1975, sektor perkilangan merupakan sektor
utama dalam perkembangan ekonomi negara. Sektor ini memainkan peranan strategik untuk
pencapaian objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu dari segi pengembangan pekerjaan,
peningkatan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat, terutamanya dalam membentuk
komuniti komersial dan industrialisme Melayu.
Matlamat RMK-2 adalah untuk meningkatkan nilai ditambah dan eksport sebanyak 12.5 peratus
dan 15 peratus setahun, masing-masingnya, mewujudkan peluang pekerjaan dengan kadar 7
peratus setahun, mempromosi industri berskala kecil dan menyebarkan kegiatan perkilangan di
kawasan negeri yang kurang maju.

Dengan menceburi bidang perusahaan telah dapat memperbetulkan keadaan
ketidakseimbangan dalam RMD

Pencapaian RMK-2
Pada tempoh ini usaha bersungguh-sungguh untuk membawa taraf ekonomi luar bandar dan
Bumiputera ke tahap yang lebih selesa telah dilaksanakan. Pelbagai agensi dibentuk dan
digerakkan seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian, FELDA, FELCRA, MADA, KADA, FOA
(Faermers Organization Authority) dan lain-lainnya bagi tujuan tersebut. Malah strategi
pembangunan bersepadu luar bandar (IRD) dengan pembentukan KESEDAR, KETENGAH,
DARA dan KEJORA, dan kawasan pertanian khususnya kawasan penanaman padi (IADP)
seperti MADA I, MADA II, KADA I, KADA II, serta kawasan-kawasan penanaman di Besut,
Barat Laut Selangor, Krian-Sungai Manik, Kemasin- Semarak, Trans-Perak dan Balik Pulau-
Seberang Perai.
Bukan itu sahaja, dalam RMK-2 ia telah meletakkan matlamat pemilikan modal dalam sektor
korporat moden oleh kaum Bumiputera iaitu 9% bagi tahun 1975, 16% bagi tahun 1980, 23%
bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990. Malah, ia juga telah berjaya menggalakkan
penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti- aktiviti
ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan. Yang paling
membanggakan, iaitu pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Petroleum
Nasional Berhad (PETRONAS).
Bermula dengan RMK-2 dan diteruskan oleh tiga Rancangan Pembangunan Malaysia yang
lain, ini merupakan usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar dan telah
menurun ke angka 21.6% dan kadar penyertaan Bumiputera dalam sektor bandar mencapai
angka 30%. Nyata bahawa RMD bukan sahaja memberi tumpuan kepada sektor luar bandar,
malah pembangunan pertanian padi turut diberi perhatian berat oleh kerajaan. Daripada segi
pencapaiannya KDNK bagi RMK-2 telah bertambah pada kadar 7.4% setahun. Ini adalah lebih
tinggi daripada ramalan asal RMK-2, iaitu sebanyak 6.8% setahun. Sumbangan utama
terhadap pertumbuhan KDNK ini berpunca daripada Pertanian (25%); Pembuatan (19.3%);
Perdagangan (14.4%) dan Perkhidmatan (10.15%). Dari segi pelaburan kasar pula sejumlah
RM21,679 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan bagi tempoh 1971-1975.
Pencapaian lain yang dihasilkan dari tahun 1966 1975 adalah penubuhan Suruhanjaya
UNESCO di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Malaysia mempelopori
penubuhan ASEAN, mata wang baru Malaysia digunakan, Syarikat Penerbangan Malaysia
ditubuhkan, Dasar Ekonomi Baru diumumkan, Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Bandaraya
dan Rancangan Buku Hijau dilancarkan. Rancangan pembangunan wilayah seperti DARA,
KEJORA dan KETENGAH dijalankan dengan jaya.

SEJAK 14 NOVEMBER, 2008
PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

You might also like