You are on page 1of 3

PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG MENURUT AL-QURAN

SAB, 09 APR 2011 08:00 | DR. MUNIRAH | AEYIE



Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar
cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua
atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di
permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di
dalam lembaran Al-Quran.




Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka
imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan
melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan
melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil
lewa.
Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan
yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita
cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton
drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja
melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan
mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti
membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan
perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri
lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu',
melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih
rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak
membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat
pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah
kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas
peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan
kemurkaan Allah SWT.
Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu
mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di
sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan
tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.
Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri
mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam
hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang
yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas
pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-
duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti
nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa
menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar
bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan
Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar
yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip
ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita
berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis.
Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata
illa billahil 'azim."
Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim
ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak
berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini
kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita
juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan
seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga
mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan
jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk
akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita
menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-
Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya
kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan
Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi
Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami
(kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa
neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka
usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas
penting kepda mahasiswa iaitu:
a) Keimanan b) Keikhlasan
c) Semangat d) Usaha
Asas keimanan ialah hati yang bersih. Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci.
Asas semangatialah keinginan yang kuat. Asas usaha ialah keazaman yang
membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada pada mahasiswa.

You might also like