You are on page 1of 17

1

MENJADI IBU DI USIA REMAJA:


KES IBU TANPA NIKAH DI SEBUAH RUMAH PERLINDUNGAN

(From Teenage To Motherhood: A Case Study of Unwed Mothers in a Shelter Home)






ABSTRAK
Di kebanyakan tempat di dunia perangkaan menunjukkan kelahiran anak luar nikah semakin bertambah.
Fenomena itu membimbangkan terutamanya berkaitan dengan kebajikan anak yang dilahirkan akibat si
ibu tidak berupaya menyara anak dan tiadak dapat menyediakan rawatan perubatan, pendidikan dan
memberi perlindungan sosial dan psikologi. Kehamilan dan kelahiran anak luar nikah mempunyai kaitan
dengan hubungan seks sebelum berkahwin akibat pergaulan bebas dan fenomena bersekedudukan.
Akan tetapi, terdapat juga wanita yang hamil akibat jenayah rogol dan inses. Artikel ini didasarkan
kepada kajian kes mengenai kehamilan luar nikah di kalangan wanita yang ditempatkan di sebuah rumah
perlindungan yang dikendalikan oleh Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan. Seramai sepuluh orang
wanita yang sedang hamil dan ditempat di rumah berkenaan telah ditemui. Maklumat mengenai latar
belakang mereka serta peristiwa menyebabkan mereka hamil telah dikumpul melalui temubual berstruktur
dan separa berstruktur. Maklumat berkaitan dengan pengetahuan tentang kehamilan dan perancangan
selepas bersalin juga telah dikumpul. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian besar daripada mereka
mempunyai ibu bapa yang tidak berpendidikan tinggi dan bekerja dalam bidang kerja berpendapatan
rendah serta keluarga yang berpecah belah. Wanita yang hamil itu pula tidak mempunyai pekerjaan tetap,
tidak berpendidikan tinggi, dan tiada ada pengetahuan yang mencukupi mengenai kesihatan reproduktif.
Tidak hairanlah jika kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang perancangan tentang masa depan
mereka dan anak yang bakal dilahirkan. Artikel ini berpendapat bahawa menangani isu kehamilan luar
nikah bukanlah satu yang mudah kerana sebarang program prevensi, intervensi dan rehabilitasi perlu
mengambil kira latar belakang wanita berkenaan dan keluarga mereka serta faktor yang menyebabkan
kehamilan.

Kata kunci: ibu tanpa nikah, latar belakang keluarga, hubungan seks sebelum berkahwin,
kesihatan reproduktif.

ABSTRACT
In many parts of the world, statistic shows that birth out of wedlock is increasing. These phenomenon is
alarming, especially in relation to welfare of the child born. Since most of mothers are unable to
provide care for their babies due to unemployment as well as facing social and psychological distress,
most of them will not get proper medical treatment, education, as well as social and psychological
protection. Unwed preganacy and birth out-of wedlock is very much related to premarital sexual
relations as a result of free hetrosexual relationship and cohabitation. However there are also cases of
incest and rape which cause pregnancy. This article is about pregnancy out of wedlock among women at
one of the rehabilitation center in Kuala Lumpur organised by Association of Medical Social Worker.
Data was compiled during January to February 2009. We manage to interviev 10 of the inmates using
structured and semi structured interview schedule in order to get information about their family
2

background and their involvement in premarital sex as well as information about their knowledge on
reproductive health and their future plan. Findings shows that most of them came from family of parents
with low education and income, and broken homes. The girls themselves were unemployed prior to
pregnancy and delivery, low educational attaintment and with little knowledge on reproductive health.
Therefore it was not surprising if they do not have any plan for their future especially their babies. This
article assumes that any effort to overcome problems related to unwed pregnancies through prevention,
intervention and rehabilitation program is not easy if we do not have enough data on their family
background and factors contribute to pregnancy.

Key words: unwed mother, family background, pre-marital sex, reproductive health


PENGENALAN
Dalam kebanyakan masyarakat, kelahiran anak adalah suatu peristiwa yang ditunggu-tunggu.
Pelbagai upacara diadakan bagi menyambut kelahiran tersebut. Walaupun ada puak dalam
masyarakat tradisional yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin, tetapi apabila
anak dilahirkan hasil daripada hubungan tersebut satu upacara khas akan diadakan. Upacara itu
penting bagi mengesahkan taraf bayi dan nasab keturunan (sama ada sebelah ibu atau bapa),
sekaligus mengisytiharkan bahawa pasangan lelaki dan perempuan itu berkahwin dan menjadi
suami isteri secara sah. Justeru, perkahwinan adalah satu institusi penting yang terdapat dalam
hampir semua masayarakat walaupun upacara yang menandakan perkahwinan didapati berbeza
antara satu sama lain.
Kebanyakan masyarakat tidak mengiktiraf anak yang lahir di luar perkahwinan oleh itu
dia dianggap sebagai tidak sah taraf dan nasab keturunannya tidak dapat ditentukan. Sehubungan
itu mereka dibuang atau diserahkan untuk pengangkatan. Kini, di kebanyakan tempat di dunia
perangkaan menunjukkan kelahiran tidak sah taraf semakin bertambah. Satu daripada sebab
utama kelahiran tidak sah taraf ialah kerana anak berkenaan dilahirkan hasil daripada hubungan
seks si ibu dengan lelaki yang bukan merupakan suaminya yang sah. Fenomena itu didapati
semakin bertambah malah membimbangkan. Hal ini bukan sahaja disebahkan oleh haknya
untuk mewarisi harta pusaka tetapi juga dari segi peluang untuk mendapat pendidikan. Malah
dia mungkin tidak akan membesar dalam keluarga yang normal (yakni keluarga yang
mempunyai kedua-dua ibu bapa).
Di negara-negara barat kehamilan luar nikah sering dikaitkan dengan fenomena
bersekedudukan dan penglibatan dalam hubungan seks pada usia yang muda. Di Malaysia, rekod
daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan bahawa terdapat sejumlah 155,744
orang didaftarkan sebagai anak luar nikah antara tahun 2000 hingga Julai 2008
(http://www.islam.gov.my/sites/default/files/27.anak_tak_sah_taraf.pdf). Selain itu rekod
kelahiran di beberapa hospital kerajaan menunjukkan bahawa bilangan kelahiran luar nikah
semakin meningkat dan membimbangkan. Sumber dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah
(HTAR) contohnya menyebut bahawa sepanjang 2008 terdapat 13,189 kelahiran dicatatkan di
dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8
peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus
mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah
(49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat
sekolah rendah (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesremajahamilkronik/Article).
Pelbagai faktor didapati menjadi penyebab kepada kehamilan luar nikah; antaranya
adalah seperti jenayah rogol atau inses. Selain itu pergaulan bebas di kalangan remaja
3

khususnya rakan sebaya (Low 2009) yang membawa kepada hubungan seks dan kehamilan juga
mempunyai kaitan dengan pendedahan kepada video lucah dan kurangnya didikan agama (Nor
Jana 2003). Wanita yang melahirkan anak itu pula didapati terdiri daripada pelbagai kumpulan
etnik, agama, kelas sosial, latar belakang tempat tinggal, pendidikan dan pekerjaan. Disebabkan
mengandung di luar nikah maka ramai yang cuba menyembunyikan kandungan tersebut
sehingga mengabaikan rawatan dan penjagaan kesihatan (Rajwani 2002).
Artikel ini akan menyentuh mengenai ibu tanpa nikah, khususnya yang didasarkan
kepada kajian kes terhadap wanita yang ditempatkan di penempatan sementara (sebelum mereka
bersalin). Perkara yang disentuh ialah latar belakang wanita terbabit dan keluarga mereka. Turut
disentuh ialah apakah bentuk penjagaan dan persiapan yang diambil oleh mereka (dan keluarga)
setelah mengetahui hamil. Hal berkaitan dengan bayi yang bakal dilahirkan, khususnya dari
segi penjagaan akan disentuh. Isu ini penting memandangkan peralihan peranan sebagai ibu
adalah satu tahap penting dalam edaran hidup seseorang dan tahap ini tentunya agak kritikal
lebih-lebih lagi jika siibu berada dalam usia remaja, tidak sedar dirinya hamil, tidak membuat
persiapan baik dari segi kewangan atau mental di samping tiadanya sokongan sosial daripada
suami dan keluarga. Justeru, maklumat tersebut dianggap penting dalam merangka program
intervensi dan prevensi agar kes seumpama itu tidak berulang apa lagi bertambah.

SENARIO IBU TANPA NIKAH DI BARAT DAN DI MALAYSIA
Gelles (1995) menyebut bahawa salah satu isu sosial yang utama ialah berkaitan dengan remaja
khususnya yang hamil. Beliau mengambil contoh keadaan di Amerika Syarikat yang
menunjukkan kes remaja hamil adalah yang tertinggi di antara negara-negara maju yang lain
(lihat Jadual 1). Dua pertiga daripada remaja berkenaan adalah dalam lingkungan umur 18
hingga 19 tahun dan dalam kumpulan tersebut hanya 40 peratus sahaja yang berkahwin.
Bilangan remaja hamilitu di bawah umur 18 tahun dan tidak berkahwin didapati meningkat
sejak tahun 1960. Menurut Gelles (1995) lagi, remaja yang tidak berkahwin ini adalah satu isu
penting yang perlu diberikan perhatian memandangkan kesan sosial yang yang lebih buruk bakal
berlaku seperti kecirian dalam persekolahan, pengangguran, pengabaian dan masalah kesihatan.

Jadual 1: Kadar Kelahiran bagi Remaja Berumur 15-19 Tahun
di Beberapa Buah Negara, 1970-1989
Negara 1970 1980 1985 1989
Amerika Syarikat 68.3 53.0 51.3 58.1
Denmark 32.4 16.8 9.1 9.2
Perancis 27.0 17.8 11,6 9.2
German Barat 35.8 15.2 8.6 11.1
Jepun 5.0 7.6 9.0 9.8
Belanda 17.0 6.8 5.0 5.9
United Kingdom 49.1 30.5 39.6 31,7
Sumber: Gelles (1995:264)

Mooney, Knox dan Schacht (2005) menyenaraikan beberapa faktor sosial yang dikaitkan
dengan kehamilan tanpa nikah. Antara lain ialah meningkatnya pengiktirafan masyarakat
berhubung dengan kehamilan di luar nikah, bertambahnya bilangan individu yang membujang,
perhubungan sama jantina dan kemiskinan. Kini, di kebanyakan tempat di dunia wanita yang
4

melahirkan anak luar nikah telah diterima oleh masyarakat dan tidak lagi dikenakan stigma
sebagaimana dahulu. Di antara tahun 1950-an dan 1960-an lebih separuh daripada wanita yang
mengandung anak di luar nikah akan berkahwin sebelum kandungannya dilahirkan. Akan tetapi
pada tahun 1990an tidak sampai satu daripada empat orang yang hamil di luar nikah akan
berbuat demikian (Ventura & Bachrach 2000 dalam Mooney, Knox & Schacht 2005).
Menurut Edwards, (dalam Mooney, Knox & Schscht 2005), meningkatnya kehidupan
membujang dan bersekedudukan turut menjadi penyumbang kepada kehamilan luar nikah. Pada
masa dahulu, kehidupan membujang, terutamanya di kalangan wanita yang berusia lebih
daripada 30an adalah suatu yang agak menakutkan kerana kemungkinan berlakunya isolasi,
tinggal bersendirian di rumah dan dianggap hina oleh masyarakat. Sebaliknya pada masakini
wanita sedemikian dilihat sebagai mempunyai keyakinan diri, berdikari, berupaya membuat
pilihan, dan tidak lagi melihat perkahwinan sebagai suatu survival dan menerimanya semata-
mata Pergerakan wanita pula telah membuka peluang yang baru kepada mereka berikutan
penekanan kepada perhubungan yang lebih egalitarian dengan kaum lelaki. Malah Edwards yang
memetik laporan daripada Time/CNN Poll menyebut bahawa 61 peratus wanita merasakan
bahawa lelaki terlalu mengongkong; justeru wanita yang berusia lewat tiga puluhan dan empat
puluhan secara sedar membuat keputusan untuk mempunyai anak sendiri kerana belum berjumpa
Mr. Adequate atau Mr. Right. Pertimbangan itu mempunyai kaitan dengan penerimaan
masyarakat mengenai hubungan bersekedudukan dan perhubungan sama jantina yang akhirnya
menyebabkan meningkatnya pula kadar kelahiran luar nikah. Pada 1990an dianggarkan 40
peratus kelahiran luar nikah adalah daripada wanita yang bersekedudukan.
Laporan yang dikeluarkan oleh National Marriage Project, Universiti Varginia serta
Institute for American Values menunjukkan kejatuhan yang pesat kepada etik perkahwinan di
kalangan mereka yang berpendidikan sederhana (yakni lulusan sekolah tinggi). Laporan
berkenaan menyebut bahawa golongan berpendidikan tinggi (lulusan kolej yang merupakan 30
peratus daripada jumlah penduduk) masih memperlihatkan komitmen terhadap perkahwinan.
Dilaporkan bahawa kelahiran anak luar nikah dari golongan ini hanyalah enam peratus,
berbanding dengan 4 peratus bagi yang berpendidikan sederhana dan 54 peratus bagi yang
berpendidikan minimum (tidak tamat sekolah menengah). Menurut laporan berkenaan,
fenomena ini merupakan salah satu daripada ciri kegagalan atau merosotnya nilai tradisional,
khususnya menahan kepuasan seks (World Congress of Families Newsletter, 2011).
Di Malaysia, perangkaan mengenai kelahiran anak tak sah taraf dan ibu hamil tanpa
nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan terdapat seramai
17,303 anak luar nikah atau tidak sah taraf berketurnan Melayu yang telah didaftarkan di seluruh
negara sepanjang tahun 2009 berbanding dengan 16,541 kes tahun 2008 dan 16,100 kes bagi
tahun 2007. Ini juga bermakna sepanjang tahun 2009 terdapat 47 kelahiran anak tanpa nikah
Melayu (Islam) sehari atau dua dua kelahiran setiap jam. Malah di antara tempoh lima tahun
(2005-2009) jumlah kelahiran anak tak sah taraf ialah 214,033 orang dengan 74,723 orang
adalah Melayu, 23,696 India dan 23,692 Cina. Daripada kesemua anak tak sah taraf itu 104,834
orang didaftarkan sebagai anak tanpa bapa sementara 109,199 lagi adalah yang tergolong di
bawah Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian. Anak-anak yang didaftarkan di
bawah Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian itu adalah anak-anak yang ibu
bapa mereka tidak berkahwin, perkahwinan yang tidak teratur atau tidak mengikut undang-
undang yang sah, atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Di
kalangan orang Melayu/Islam anak-anak yang tak sah taraf juga termasuklah bayi yang lahir
kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya. Bagi anak pasangan bukan Islam,
5

kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau
anak yang tidak mempunyai bapa.
Kes-kes pembuangan bayi itu mungkin boleh dijadikan petunjuk kepada kes kehamilan
luar nikah. Ini kerana, secara logiknya pasangan yang berkahwin secara sah tidak mungkin
tergamak membuang bayi yang dilahirkan kerana kelahiran anak menjadi impian hampir semua
pasangan. Malah kebanyakan masyarakat menganggap seseorang hanya mencapai status dewasa
setelah berkahwin dan mempunyai anak. Sebaliknya wanita yang mengandung anak di luar
nikah berkemungkinan besar akan menggugurkan kandungannya. Jikalaupun perubahan fizikal
yang berlaku kepada mereka tidak dapat dikesan dengan jelas oleh ibu bapa atau mereka yang
rapat dengannya, para remaja mungkin akan membuang bayi yang dilahirkan kerana tidak mahu
menanggung malu, enggan menjaga anak tersebut kerana tidak mampu dari segi kewangan atau
dipaksa membuang kandungan atau bayi berkenaan oleh teman lelaki. Malah dalam situasi yang
tertekan dan tidak ada pedoman, para remaja mungkin berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan
diri. Mengenai hal ini, rekod JKM menunjukkan terdapat sejumlah 50 kes jenayah buang bayi
(dengan 36 kes oleh pasangan Melayu) sepanjang Januari hingga September 2008. Sementara
perangkaan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan kes buang
bayi berjumlah 397 sejak tahun 2005 hingga tahun 2009; yakni 67 kes (2005), 83 kes (2006), 65
kes (2007), 102 kes (2008), dan 79 kes (2009). Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa
sebahagian besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25
tahun; yakni 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 kes lagi dilakukan oleh
individu yang berusia 25 tahun ke atas, manakala yang lain gagal dikesan peringkat umur
mereka.
Selain daripada faktor yang dinyatakan di atas, kemiskinan turut disebut sebagai
penyebab kepada kehamilan luar nikah. Keluarga miskin selalunya diketuai oleh wanita sama
ada kerana perceraian atau ditinggalkan oleh suami, atau kematian suami. Dalam keluarga
berkenaan kawalan daripada ibu bapa ke atas anak-anak mungkin agak longgar dan anak-anak
pula mungkin terpaksa mencari kerja pada usia yang muda. Pergaulan yang agak bebas antara
jantina itu boleh mendorong kepada hubungan seks semasa remaja dan seterusnya
menyebabakan kehamilan dan kelahiran anak luar nikah.
Kajian-kajian di Malaysia mengenai hal ini sangat terhad (lihat Rajwani 2002, Nor Jana
2003). Hal ini mungkin disebabkan masalah untuk mendapat maklumat, khususnya daripada
remaja atau wanita yang terbabit memandangkan ramai di antara mereka yang ingin merahsiakan
haltersebut kerana khuatir dikecam oleh masyarakat atau diambil tindakan undang-undang.
Kajian oleh Rajwani (2002) lebih bertumpu kepada penjagaan antinatal. Beliau
mendapati bahawa 60 peratus responden yang dikajinya berketurunan Melayu, 14.4 peratus
India, 12.2 peratus Cina dan selebihnya 13.3 peratus lagi adalah dari lain-lain keturunan. Kira-
kira 70.2 peratus daripada respondennya berumur antara 21 hingga 35 tahun, 25.4 peratus
berumur 20 tahun ke bawah sementara 4.4 peratus lagi berumur melebihi 36 tahun. Hanya 3.3
peratus responden berpendidikan hingga ke institusi pengajian tinggi sementara 82.2 peratus lagi
bersekolah hingga ke peringkat menengah dan 14.3 peratus lagi hanya bersekolah setakat
peringkat rendah. Hampir separuh (48.8 peratus) daripada mereka merupakan pekerja kilang,
31.1 peratus bekerja sebagai jurujual, 7.7 peratus lagi bekerja di pusat hiburan, manakala
selebihnya iaitu 12.4 peratus lagi masih belajar atau tidak bekerja. Dengan tahap pendidikan
sedemikian tidak hairanlah jika 46.6 peratus daripada mereka berpendapatan kurang dari RM500
sebulan atau tiada pendapatan langsung; 48.9 peratus lagi berpendapatan antara RM501 hingga
RM1500 sebulan dan hanya 4.4 peratus sahaja berpendapatan bulanan melebihi RM1500.
6

Justeru, tidak hairanlah jika hanya 25.6 peratus daripada responden yang mendapatkan penjagaan
antenatal berbanding 74.4 peratus lagi tidak menerima sebarang penjagaan antenatal. Didapati
84.4 peratus daripada mereka menyatakan rasa malu untuk mendapatkan penjagaan antenatal
disebabkan mereka tidak berkahwin secara sah.
Penemuan daripada kajian oleh Nor Jana (2003) pula mendapati bahawa faktor demografi
seperti umur, etnik, agama, pendidikan, status pekerjaan dan pendapatan tidak berkaitan secara
langsung dengan gejala ibu tanpa nikah malah bilangan adik beradik yang ramai juga bukan
merupakan faktor yang mendorong kepada hubunga seks luar nikah dan kehamilan luar nikah.
Akan tetapi kajian berkenaan mendapati perpecahan keluarga, khususnya perceraian ibu bapa
merupakan salah satu faktor penting di samping pegangan agama yang longgar. Turut disebut
dalam kajian berkenaan ialah tingkahlaku berisiko di kalangan remaja seperti merokok, minum
alkohol, mengambil dadah, membaca serta melihat bahan-bahan lucah, menonton bahan lucah
serta tabiat bertukar-tukar pasangan adalah penyumbang penting. Menurut beliau lagi, lebih 10
peratus responden yang hamil didapati kerap menonton bahan lucah yang diperoleh daripada
teman lelaki, sementara yang lain memperoleh bahan tersebut daripada adik beradik.
Laporan kajian oleh Durex & Durex (www.durex.com) mengkategorikan Malaysia
sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja Malaysia dengan
purata 62 kali setahun (kajian 2003) dan 86 kali setahun (kajian 2004) berbanding dengan Jepun
yang hanya 37 kali setahun (2001). Remaja perempuan di Malaysia didapati kehilangan dara
pada usia yang muda iaitu 20 tahun (kajian 2001) dan ketika berumur 19.3 tahun (kajian 2004)
sedangkan kajian oleh Persekutuan Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga Malaysia
(PPPKM) mendapati usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia bagi lelaki adalah 28 tahun dan 25
tahun bagi perempuan berbanding masing-masing 21 tahun dan belasan tahun, dulu.
Kajian Durex & Durex itu memperlihatkan penemuan yang agak selari dengan kajian
oleh Low (2009) mengenai seksualiti di kalangan remaja Malaysia dan boleh dijadikan panduan
untuk memahami mengapa hubungan seks sebelum berkahwin dan kehamilan di kalangan
remaja semakin meningkat. Dalam kajian berkenaan beliau meneliti mengenai hubungan seks
sebelum berkahwin, kehamilan yang tidak diingini dan tidak selamat serta pengguguran di
samping hal-hal berkaitan dengan penyakit jangkitan daripada hubungan seks serta HIV/AIDS
dan cybersex. Penemuan kajiannya menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti seks
berisiko itu antara lain disebabkan kurangnya pengetahuan atau maklumat mengenai kesihatan
seks dan reproduktif di samping kurangnya kemahiran untuk berunding hal-hal berkaitan dengan
hubungan seks (negotiating sexual relationships) bersama teman (lelaki) serta perkhidmatan
berkaitan dengan kesihatan seksual dan reproduktif yang bersifat mesra remaja tidak mudah
diperoleh (inaccessibility of youth-friendly sexual and reproductive health service).
Menurut Low lagi, meningkatnya tekanan daripada rakan sebaya mengenai seks sebelum
berkahwin berperanan penting dalam proses membuat keputusan berhubung dengan seks dan
kesihatan reproduktif di kalangan remaja. Pada masa yang sama perkembangan dalam cybersex
turut memainkan peranan penting. Low berpendapat bahawa remaja yang sihat sangat penting
oleh itu promosi keperluan seks dan kesihatan reproduktif serta hak mereka sangatlah penting
memandangkan beberapa kajian yang dirujuknya menunjukkan bahawa umur pertamakali wanita
terlibat dengan hubungan seks adalah serendah sembilan tahun bagi perempuan dan 10 tahun
bagi lelaki (lihat Jadual 2) lebih sepuluh tahun dahulu.

Jadual 2: Umur semasa hubungan seks kali pertama dan
insiden aktiviti seksual di kalangan remaja
7


Tajuk Kajian Responden Umur semasa
hubungan seks kali
pertama
Peratus aktiviti seksual
Kajian Kebangsaan Kesihatan
Reproduktif Remaja 1994/95
(LPPKN, 1998)

Survei Isirumah
Survei Media

Lelaki : 673
Perempuan: 706
N= 1,379

Lelaki: 1,242
Perempuan: 654
N= 1,896

15-17



16.4

Pernah ada hubungan seks:
0.94
(13 kes)

27.2

Laporan Survei Seksualiti Remaja
1994 (Chiam, 1995)

Bersekolah

Tidak bersekolah




Lelaki: 277
Perempuan: 352
Lelaki: 337
Perempuan: 337
N= 1,303




Lelaki: 10-21
Perempuan: 11-21
Lelaki: 15-25
Perempuan: 9-24




Lelaki: 11.2
Perempuan: 14.5
Lelaki: 27.0
Perempuan: 6.5

Aktiviti Seksual Remaja Malaysia
(Zulkifli, 1995)

Lelaki: 792
Perempuan: 408
N1= 1,200
N2= 1,181
(Tidak berkahwin)

Tiada Semua responden: 8.9
Pernah bertemu: 20.1
Lelaki: 26
Perempuan: 5

Kajian mengenai Remaja dan
AIDS
(Shamsuddin et al, 1996)

3462 pelajar
885 remaja di pusat
pemulihan

Pelajar: 6
Penghuni institusi: 54
Tingkahlaku seksual dan
Pengetahuan HIV di kalangan
Dermatology cum Genitourinary
Clinic Attendees (Choon et al, 1997)

Peratus yang pernah
mengadakan
hubungan seks
sebelum umur 20
tahun:
Lelaki: 22.5
Perempuan: 30.9


Projek JOICFP: Baseline Survey
Kesihatan seksual & Reproduktif
remaja dan belia
(FFPAM, 2000)

School-based
(15-17 tahun)
Lelaki: 50
Perempuan: 50

School-based
2 (2 kes)

Amalan Seksual di Malaysia (Zulkifli
& Low, 2000)

lelaki 242
Perempuan: 225

Semua: 13
Lelaki: 18.2
Perempuan: 7.1

Sumber: Narimah A, Ang ES, Low WY, Lee MHS, Mymoon A, Nik Rubiah NAR. Sexual and Reproductive Health
of Adolescents and Youths in Malaysia: A Review of Literature and Project. WHO 2005 dalam Low (2009: 6)


LATAR BELAKANG KAJIAN
Data mengenai ibu tanpa nikah yang dikemukakan di sini merupakan sebahagian
8

daripada data kajian yang lebih besar mengenai kehamilan luar nikah yang dijalankan di Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Kajian berkenaan bertujuan mengumpul
maklumat mengenai wanita hamil tanpa nikah dari tahun 2004 hingga 2009. Oleh kerana kajian
tersebut hanya didasarkan kepada rekod pesakit sahaja dan pengkaji pula tidak berpeluang
bertemu dangan klien/pesakit maka maklumat terperinci seperti hal-hal yang berkaitan dengan
latar belakang keluarga, faktor kehamilan dan perancangan masa depan tidak didapati. Justeru,
kajian kes ini diharap dapat membantu pengkaji untuk mendapat maklumat tambahan itu melalui
pertemuan atau temubual semuka dengan wanita yang terlibat.
Kesemua temubual dilakukan semasa wanita berkenaan hamil dan ditempatkan di Rumah
Perlindungan Nur Adwa yang terletak di salah sebuah kawasan perumahan di Cheras Selangor.
Rumah yang merupakan sebuah penempatan sementara itu telah dikendalikan oleh Persatuan
Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PPKSP) di Kuala Lumpur. Para penghuninya adalah yang
dihantar oleh Jabatan Kerja Sosial Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan beberapa
hospital lain di sekitar Kuala Lumpur. Rumah itu menerima wanita hamil yang dirujuk oleh
Pegawai Kerja Sosial Perubatan dan dipersetujui oleh keluarga masing-masing. Mereka hanya
tinggal sehingga melahirkan anak, akan keluar setelah melahirkan anak. Anak yang dilahirkan itu
akan dibawa pulang dan dijaga oleh keluarga atau diserahkan kepada keluarga angkat.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai latar belakang wanita yang hamil ini
satu kajian kes telah dilakukan di antara bulan Januari dan Mac 2009 terhadap penghuni di
rumah perlindungan tersebut. Kebanyakan mereka yang datang ke situ adalah yang ditentukan
oleh ibu bapa atau yang memilih sendiri sementara menunggu masa bersalin. Bilangan mereka
pada satu satu masa adalah tidak sampai 10 orang. Ini kerana rumah berkenaan agak kecil dan
merupakan rumah teres dua tingkat dan hanya mempunyai empat bilik dengan seorang penyelia
yang tinggal bersama. Kebanyakan mereka tinggal beberapa bulan sebelum bersalin. Setelah
bersalin mereka akan kembali kepangkuan keluarga masing-masing atau tinggal bersama kawan
sama ada kerana mahu menyambung pelajaran atau bekerja.
Beberapa kunjungan telah dilakukan antara bulan Januari hingga Mac 2009. Dalam
tempoh itu seramai 10 orang klien yang tinggal di situ telah ditemubual dengan mendalam.
Seorang daripada penghuni hanya diambil maklumat utama sahaja (berdasarkan rekod yang ada)
tetapi tidak dapat ditemubual dengan mendalam kerana dia mempunyai masalah kerencatan akal
dan lambat untuk memahami soalan-soalan yang dikemukakan. Temubual mengambil masa
lebih kurang sejam sekali temubual bagi setiap orang dan beberapa kali temubual dilakukan
sepanjang tempoh kajian tersebut.
Oleh kerana makalah ini menyentuh tentang latar belakang wanita yang hamil serta
keluarga mereka serta hal-hal yang berkaitan dengan kehamilan, maka aspek yang berkaitan
dengan program yang dijalankan di penempatan berkenaan tidak akan disentuh dalam makalah
ini.

HASIL KAJIAN
Jadual 3 adalah berkaitan dengan latar belakang wanita yang menjadi penghuni di rumah
Nur Adwa. Hal-hal yang berkaitan dengan keluarga mereka, teman lelaki, sebab-sebab
kehamilan dan perancangan masa depan mereka diperturunkan dalam jadual berkenaan
9

Jadual 5: Latar Belakang Ibu Tanpa Nikah di Rumah Perlindungan Nur Adwa
A. Latar Belakang Klien

Kes 1 Kes 2

Kes 3 Kes 4 Kes 5 Kes 6 Kes 7 Kes 8 Kes 9 Kes 10
Umur 20 16

19 25 21 27 19 25 21 17
Keturunan Melayu Melayu

Melayu Melayu Melayu Melayu Melayu Melayu Melayu Melayu
Negeri Asal Melaka Negeri
Sembilan

Trengganu Johor Johor Kelantan Selangor Pahang Kelantan Kelantan
Status
perkahwinan
Bujang Bujang Bujang Bujang Bujang Bujang Bujang Bujang Bujang Bujang
Tahap
pendidikan
Darjah Enam Sek Menengah
(masih
bersekolah)

SPM SPM SPM SPM SPM Diploma STPM PMR
Pekerjaan Kerja kilang - Tukang Jahit Operator
Pengeluaran

Kursus
wataniah
Pembantu
Restoran
Promoter Pasar
Raya
Kakitangan
kerajaan
- -
Pendapatan RM450 - RM800 RM500

RM800 (elaun) RM300 RM400 RM900 - -
Tempat tinggal
semasa
Melaka Dengan
keluarga

Kuala Lumpur Johor Johor Kelantan Kuala Lumpur Pahang Kuala Lumpur Kelantan

B. Latar Belakang Keluarga

Kes 1

Kes 2 Kes 3 Kes 4 Kes 5 Kes 6 Kes 7 Kes 8 Kes 9 Kes 10
Adakah ibu
bapa masih
berkahwin

Ya Ya Bapa
meninggal
dunia
Ya Ibu bapa
bercerai
Bapa
meninggal
dunia
Ya Ya Ya Bercerai
Jika tidak
tinggal dengan
siapa

Ibu bapa Ibu bapa Ibu Ibu bapa Ibu Ibu Ibu bapa Ibu bapa Ibu bapa Mula-mula
dengan bapa
kemudian ibu
Tempat tinggal
ibu bapa

Melaka Negeri
Sembilan
Trengganu Johor Johor Kelantan Selangor Pahang Selangor Melaka
Pekerjaan ibu Suri rumah dan
jual kuih

Suri rumah Suri rumah dan
jual kuih
Suri rumah dan
jual kuih
Suri rumah Pekerja kantin Guru tadika Suri rumah (72
Tahun)
Suri rumah Suri rumah
Pendapatan ibu
(RM)

Tidak tetap - Tidak tetap Tidak tetap - RM400 RM500 - - -
10

Pekerjaan bapa

Buruh kontrak Pemandu teksi Meninggal
dunia
Buruh binaan Pemandu lori - Penyelenggara
syarikat
Menjual ayam
(81 tahun)
Buruh Binaan Tentera
Pendapatan
bapa (RM)

Tidak tetap Tidak tetap - RM800-900 RM1000 - RM3000 RM400 RM700 Tidak pasti
Bilangan Adik-
beradik

8 7 7 4 8 4 5 1 8 5 (+ seorang
adik tiri)

C. Teman Lelaki/Pasangan, Sebab Hamil, Kandungan dan Penjagaan Anak

Kes 1 Kes 2 Kes 3 Kes 4 Kes 5

Kes 6 Kes 7 Kes 8 Kes 9 Kes 10
Sebab hamil Mangsa rogol (3
orang)
Teman lelaki Teman lelaki Teman lelaki Teman lelaki
(menonton
VCD lucah)
Teman lelaki Teman lelaki Teman lelaki Dirogol (oleh
teman lelaki
kepada rakan
serumah)

Abang angkat
(kekasih)
Usia Teman
lelaki
- 20 25 - 21 30 33 30 19 18
Status
perkahwinan
- Bujang Bujang Bujang Bujang Bujang - Bujang Bujang Bujang
Pekerjaan
pasangan
7 Pelajar kolej Tukang jahit Polis Kerja sendiri Mekanik kereta Pengawal
keselamatan

Menjual dadah - -
Sedar tentang
Hamil
9 4 2 (hamil kali
kedua)
5 6 3 2 2 3 2
Usia
kandungan
9 9 7 7 77 6 7 8 7 6
Perasaan
setelah hamil
- Cuba gugurkan
kandungan
Cuba gugurkan
kandungan
Keliru Keliru Sedih dan ingin
gugurkan
kandungan
Berusaha
gugurkan
kandungan

Sedih & keliru Sedih
Reaksi ibu
bapa/keluarga
Simpati Terkejut Abang marah Marah Marah Marah Marah Dimarahi ibu
bapa

Abang buat
laporan polis
Marah
Reaksi Teman
lelaki
- Ingin kahwin
tapi dihalang
keluarga
perempuan

Terima dan
ingin kahwin
Enggan terima Takut - Ugut Putuskan
hubungan
- -
Penjagaan
anak
Serah kepada
keluarga angkat
Keluarga jaga
(sebagai anak
angkat)

Jaga sendiri Serah kepada
keluarga angkat
Serah kepada
keluarga angkat
Jaga sendiri Dijaga keluarga Jaga sendiri Serah sebagai
anak angkat
Jaga sendiri
Rancangan
masa depan
- Meneruskan
pelajaran
Berkahwin
dengan teman
lelaki
Bekerja dan
tinggal dengan
keluarga

Kembali ke
pangkuan
keluarga
Mencari kerja
untuk menyara
anak
Cari kerja Cari kerja Sambung
belajar
Sambung
belajar
11

1. Latar Belakang
Para penghuni rumah berkenaan berumur antara 16 hingga 25 tahun. Kebanyakannya
berpendidikan hingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan salah seorang daripadanya sedang
belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Seorang sedang bersekolah semasa menyedari dirinya
hamil sementara seorang lagi hanya tamat darjah enam kerana masalah kerencatan akal. Tiga
daripada mereka bekerja, seorang hanya mengikut kursus wataniah (dan mendapat elaun
bergantung kepada kursus) kerana tidak berminat belajar, sementara seorang lagi tidak bekerja
kerana masih bersekolah. Dengan tahap pendidikan demikian, tidak hairanlah jika pendapatan
mereka sangat kecil yakni kurang draipda RM1000 sebulan.
Mereka pula datang dari keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan bapa bekerja
dalam kumpulan pekerjaan berpendapatan rendah seperti pemandu lori atau teksi dan buruh
binaan. Ibu mereka juga tidak mempunyai pekerjaan tetap akan tetapi ada yang membuat kerja
sambilan seperti menjual kueh untuk menampung pendapatan keluarga. Hampir semua penghuni
datang dari keluarga yang agak sederhana saiznya, yakni mempunyai adik beradik yang agak
ramai (lebih daripada dua orang). Walaupun mereka berasal dari negeri-negeri berlainan di
Malaysia tetapi kesemuanya tinggal di Kuala Lumpur semasa datang mendapatkan rawatan di
PPUKM. Penempatan di rumah perlindungan itu adalah atas pilihan sendiri atau ditentukan oleh
ibu bapa atau keluarga sementara menunggu kelahiran anak. Pilihan atau keputusan itu dibuat
kerana keluarga ingin menyembunyikan kes itu daripada pengetahuan anak-anak yang lain atau
ingin mengelakkan rasa malu dan dicemuh oleh jiran tetangga atau saudara mara di atas apa yang
berlaku.

2. Faktor Kehamilan
Maklumat yang dikumpul dan diperturunkan dalam Jadual 2 menyatakan faktor-faktor yang
menyebabkan kehamilan. Melainkan Kes 1, yang hamil disebabkan dia dirogol oleh orang yang
tidak dikenali, kes-kes kehamilan di kalangan penghuni rumah perlindungan tersebut adalah
kerana hubungan di luar batasan dengan teman lelaki sehingga terdorong melakukan hubungan
seks. Sumber yang menghairah dan merangsang naluri seks seperti VCD dan gambar-gambar
fonografi merupakan antara faktor penting. Bahan-bahan itu disediakan oleh teman lelaki (sama
ada beli sendiri atau dipinjam) atau daripada rakan (sama ada yang tinggal serumah atau
berasingan). Malah menurut informan yang ditemui, sumber tersebut juga boleh didapati dari
dalam keluarga dan dimiliki oleh bapa sendiri.
Menurut informan, mereka biasanya menonton VCD lucah bersama teman lelaki, ada
kalanya dengan beberapa orang teman lelaki di rumah sewa sendiri atau rumah sewa teman
lelaki. Hubungan seks boleh berlaku semasa menonton video berkenaan atau selepas itu. Malah
menurut informan, hubungan seks boleh berlaku bukan sahaja dengan satu pasangan tetapi
dilakukan satu demi satu dengan teman-teman lelaki yang ada bersama pada malam atau hari
yang sama. Menurut informan lagi, hubungan seks terus berlaku sepanjang persahabatan
hinggalah mereka sedar yang mereka hamil (yakni setelah dua tiga bulan kandungan). Oleh
kerana hubungan seks dilakukan dengan beberapa orang teman lelaki maka tentulah mereka
tidak dapat pastikan siapa sebenarnya bapa kepada anak yang mereka kandung. Lazimnya
hubungan dengan teman lelaki atau teman-teman lelaki terputus apabila informan memaklumkan
tentang kehamilan dan anak yang dikandung. Walau bagaimanapun ada juga teman lelaki yang
terus tinggal bersama dan berjanji akan berkahwin dengan informan setelah anak dilahirkan.
Walau pun hubungan seks berlaku kerana kedua pihak suka sama suka, akan tetapi
terdapat juga kes di mana informan pada mulanya dipaksa oleh teman lelaki. Malangnya, selepas
12

dipaksa, informan merasa ketagih pula dan sentiasa mahu melakukan hubungan seks dengan
teman lelakinya setiap kali mereka berjumpa. Seorang informan memberitahu yang dia dipaksa
oleh teman lelakinya untuk mengadakan hubungan seks di bengkel tempat teman lelakinya
bekerja. Walaupun pada mulanya dia cuba menentang atau mengelak tetapi katanya dia tidak
berdaya. Semenjak kejadian itu berlaku dia pula merasa ketagih dan hampir setiap kali berjumpa
dia dan teman lelakinya mengadakan hubungan terlarang itu.
Sungguhpun kebanyakan hubungan seks luar nikah yang menyebabkan kehamilan
berlaku di luar lingkungan keluarga yakni di rumah sewa, tempat kerja atau tempat rekreasi
seperti air terjun dan taman rimba, ada informan yang memberitahu bahawa hubungan seks
berlaku di rumah sendiri atau rumah teman lelaki. Seorang informan memberitahu bahawa dia
pernah melakukan hubungan seks di rumah teman lelakinya. Semasa kejadian berlaku hanya
bapa dan adik beradik kepada teman lelakinya sahaja yang berada di rumah, ibu kepada teman
lelakinya tidak ada. Pada malam kejadian berlaku dia tidur di rumah teman lelakinya dan tiada
ada siapa yang mengesyaki apa yang berlaku, malah ibunya juga tidak bertanya di mana dia tidur
pada malam berkenaan.

3. Pengetahuan Tentang Kesihatan Reproduktif dan Kehamilan
Maklumat kajian mendapati bahawa hampir semua informan bukan sahaja tidak tahu mengenai
batasan perhubungan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditetapkan oleh budaya
dan agama malah mereka juga tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap dalam hal-hal
berkaitan dengan seksualiti dan kesihatan reproduktif. Ini kerana kebanyakan mereka tidak
perihatin dengan terhentinya kitaran haid yang merupakan petanda kehamilan, dan berubahan
fizikal seperti pertambahan berat badan, serta masalah kesihatan seperti cepat penat atau alahan.
Mereka memberitahu bahawa mereka menyedari kehamilan setelah kandungan berusia lebih
empat bulan. Malah ada yang membuat penafian, yakni tidak mungkin saya hamil, atau tidak
mungkin saya hamil dengan sekali mengadakan hubungan seks.
Memandangkan kebanyakan mereka tidak sedar tentang kehamilan, dan pada masa yang
sama juga ingin menyembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa maka ramai yang lambat
berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan anti-natal yang sepatutnya. Malah ada yang
memberitahu mereka cuba menggugurkan kandungan dengan berbagai cara seperti mengambil
jamu atau makan nenas muda atau makana-makan yang mereka kategorikan sebagai bisa dan
tajam yang boleh menyebabkan keguguran. Sikap dan tindakan demikian yakni lambat
mendapatkan rawatan perubatan dan kesihatan turut mempengaruhi penjagaan bayi yang
dikandung dan kesihatan diri mereka sendiri.
Walaupun hubungan seks sama ada sebelum berkahwin atau bagi pasangan yang
berkahwin boleh menyebabkan kehamilan, kebanyakan mereka tidak mengambil apa-apa
langkah preventif untuk mencegah kehamilan. Ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak
mungkin akan hamil hanya dengan sekali atau dua kali mengadakan hubungan seks. Tegasnya
mereka bukan sahaja tidak tahu tentang haramnya berzina tetapi juga tidak tahu bahawa
hubungan seks atau zina itu boleh menyebabkan kehamilan.
Memandangkan kebanyakan informan tidak tahu akan implikasi hubungan seks terhadap
kemungkinan seseorang itu hamil dan penjagaan semasa hamil maka sebahagian besar hanya
berjumpa doktor pada bulan-bulan terakhir mereka hamil. Sebagaimana yang disebut lebih awal,
ramai yang ragu-ragu tentang kehamilan dan cuba menafikannya. Selain itu rasa malu dan ingin
menyembunyikan diri daripada pengetahuan keluarga dan orang lain di sekeliling serta rasa
bersalah atau kesal terhadap diri sendiri juga merupakan antara faktor yang menyebabkan
13

mereka tidak berjumpa doktor atau ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Turut mempengaruhi
mereka untuk berjumpa dorktor ialah masalah kewangan, ramai di antara mereka yang tidak ada
pekerjaan tetap, berhenti kerja atau yang lari dari rumah setelah sedar mereka mengandung.

4. Pengetahuan Agama dan Kawalan Ibu Bapa
Kesemua kes yang dirujuk adalah wanita Melayu beragama Islam, akan tetapi ini bukan
bermakna kes kehamilan luar nikah adalah ekslusif kepada orang Melayu Islam sahaja dan hal
ini akan disentuh dalam bahagian perbincangan dan kesimpulan nanti.
Sebagaimana yang disentuh lebih awal, kebanyakan remaja dan golongan muda tidak
faham dengan adat resam serta hukum-hakam berkaitan dengan batasan dan adab pergaulan
dengan teman lelaki. Terdapat juga informan yang menyebut bahawa mereka kerap
meninggalkan solat, kadang-kadang tidak berpuasa. Mereka tidak ambil berat bahawa hubungan
seks dengan teman lelaki adalah perubatan zina dan hukumnya perbuatan itu menurut agama
Islam. Malah tinggal bersekedudukan dengan teman lelaki seperti Kes 3 dilihat sebagai perkara
biasa. Berkunjung dan bermalam di rumah teman lelaki juga dilihat sebagai satu perkara biasa
oleh informan yang ditemui.
Sikap yang permisif ini bukan sahaja kepada wanita atau remaja yang terlibat malah
keluarga mereka juga demikian. Daripada makluman yang diberikan oleh informan ibu bapa
tidak menghalang, menyekat atau merasa risau serta bimbang apabila anak perempuan mereka
berkunjung atau bermalam di rumah teman lelaki. Mereka juga tidak banyak mengambil tahu di
mana dan dengan siapa anak-anak mereka tinggal (khususnya yang berhijrah dan bekerja di
bandar) dan siapa teman (dan teman lelaki) kepada anak-anak mereka. Hal ini tentunya
mempunyai kaitan dengan tahap pendidikan dan kewangan ibu bapa mereka.
Mereka bukan sahaja tidak melihat bahawa hubungan seks sebelum berkahwin atau zina
itu sebagai satu dosa malah bukan juga sebagai satu masalah atau menanti masalah. Asalkan
hubungan itu tidak menyebabkan kehamilan maka ia bukan merupakan masalah kepada mereka.
Hanya apabila hamil dan ditinggalkan oleh teman lelaki, tidak dapat meneruskan pengajian
dimarahi atau dibuang oleh keluarga barulah mereka sedar masalah besar yang mereka hadapi.
Beberapa informan datang daripada keluarga yang berpecah belah akibat perceraian ibu
bapa dan salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya berkahwin lain, atau bapa mereka
telah meninggal dunia. Apabila bapa meninggal dunia, si ibu terpaksa memikul tanggungjawab
menyara keluarga dengan membuat pelbagai kerja yang sesuai bagi mendapatkan wang. Bagi
informan x si abang yang mengambil alih tempat bapa dikatakan agak tegas dan mengongkong
sehingga informan lari dari rumah dan mengikut teman lelaki. Dia pernah meminta jasa baik si
abang untuk mewalikan perkahwinnan dengan teman lelakinya tetapi si abang enggan.
Akibatnya dia merajuk dan lari ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama teman lelakinya. Menurut
informan berkenaan dia akan berkahwin dengan teman lelakinya selepas melahirkan anak dan
anak memulakan pernigaan selepas itu. Dalam konteks informan ini, dia (malah teman lelakinya
juga) bukan sahaja tidak mempunyai pengetahuan agama khususnya berkaitan dengan perzinaan
tetapi dia juga tidak mendapat maklumat atau mempunyai pengetahuan tentang di mana dia
boleh mengadu dan mendapatkan bantuan bagi membolehkannya berkahwin setelah abangnya
enggan menjadi wali sehingga dia terus bersekedudukan dan hamil.

5. Reaksi Ibu Bapa dan Perancangan Masa Depan
Kebanyakan ibubapa enggan menerima hakikat anak gadis mereka mengandung. Justeru, tidak
hairanlah jika mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat perlindungan bagi menutup
14

perasaan malu. Bukan setakat itu sahaja keluarga juga enggan menerima bayi yang bakal
dilahirkan sebagai ahli keluarga sendiri. Oleh itu ada yang membuat keputusan untuk
menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan kepada orang lain untuk dijadikan anak angkat.
Wanita atau gadis yang ditemui kebanyakannya tidak mempunyai sebarang perancangan
masa depan, yakni tentang; penjagaan anak, sama ada akan berkahwin dengan pasangan mereka
atau tidak, menyambung pelajaran, mencari pekerjaan dan meninggalkan cara hidup sebelumnya.
Daripada kesemua gadis yang ditemui seorang memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan
teman lelaki dan memulakan hidup baru setelah melahirkan anak nanti. Walau bagaimanapun
malangnya dia tidak mendapat sokongan daripada keluarga kerana abangnya sendiri enggan
mewalikan perkahwinannya. Seorang informan lagi menyebut bahawa keluarganya tidak mahu
dia berkahwin dengan teman lelakinya, walau bagaimanapun dia bernasib baik kerana keluarga
teman lelakinya bersedia menjaga anak yang bakal dilahirkan dan mahu mereka berkahwin.
Kebanyakan informan lain tidak akan berkahwin kerana teman lelaki mereka telah melarikan diri
atau tidak mahu berkahwin. Informan yang sedang belajar di kolej mahu menyambung pelajar
selepas bersalin, sementara yang lain akan mencari kerja yang sesuai.
Ketidakstabilan dari segi ekonomi dan masa depan yang tidak menentu mendorong
mereka membuat keputusan untuk menyerahkan bayi yang dilahirkan itu sebagai anak angkat.
Walau bagaimanapun ada di antara informan yang mahu menjaga anak yang bakal dilahirkan.
Akan tetapi perasaan itu berbelah bagi memandangkan mereka tidak pasti akan apa yang akan
berlaku selepas bersalin: sama ada keluarga boleh menerima mereka kembali, mereka boleh
menyambung pelajaran atau mereka boleh mendapatkan kerja. Sebagaimana yang disebut di atas
masalah ekonomi menjadi hambatan utama untuk menjaga sendiri anak yang bakal dilahirkan.
Jika mereka tidak diterima oleh keluarga masalah menjaga anak tentu bertambah berat, bukan
sahaja dari segi kewangan tetapi juga juga dari segi masa yang perlu diagihkan antara kerja atau
belajar dan menjaga anak.
Informan yang menyatakan mereka mahu menjaga anak adalah yang mendapat sokongan
keluarga khususnya ibu. Akan tetapi di kalangan keluarga berkenaan ada yang cuba menutup
malu dan merancang untuk merahsiahkan status sebenar anak berkenaan. Apa yang akan
dilakukan ialah dengan memaklumkan kepada umum bahawa anak itu adalah anak angkat.
Dengan itu, ibu biologi atau ibu kandung menjadi kakak sementara nenek menjadi ibu
angkat.
Informan juga memberitahu bahawa keputusan mengenai penjagaan anak dibuat
sepenuhnya oleh keluarga dan dia terpaksa akur walaupun dia berhasrat untuk menjaga anak
tersebut. Hal ini boleh dilihat dalam konteks hubungan kuasa di mana informan terpaksa
mengikut kehendak ibu bapa kerana menyedari dia tidak ada kuasa lagi setelah melakukan
perbuatan yang dianggap menconteng arang ke muka keluarga. Dalam situasi ini ibu bapa
berkenaan tidak pun berunding dengan si anak.

PERBINCANGAN DAN PENUTUP
Kehamilan luar nikah bukanlah fenomena remaja sahaja memandangkan data yang dikumpul
mendapati bahawa mereka yang terlibat juga adalah dari kalangan yang sudah berusia lewat dua
puluhan dan awal tiga puluhan. Data ini memberikan makna yang penting tentang kematangan
dan kawalan diri, pengaruh rakan sebaya dan didikan agama.
Selain itu perlakuan anti sosial didapati menjadi sebahagian daripada kehidupan para
remaja terutamanya yang datang dari latar belakang keluarga bermasalah. Hal ini dapat dilihat
daripada kajian oleh Abdul Hadi Zakaria, Siti Hajar Abu Bakar dan Faizah Yunus (2000)
15

mengenai tingkahlaku antisosial di kalangan remaja negeri Johor. Mereka mendapati bahawa
remaja yang datang dari keluarga bermasaalah seperti ibu bapa yang berpisah, bercerai,
meninggal dunia dan masalah-masalah lain dalam keluarga mendapati bahawa remaja yang
dikaji itu menyebut bahawa mereka pernah melakukan perbuatan yang dikategorikan sebagai
anti sosial. Antaranya ialah membaca bahan lucah dan menonton cerita lucah, bercumbu-
cumbuan dan berkhalwat, persetubuhan haram, melacurkan diri serta hamil dan menggugurkan
kandungan. Walau bagaimanapun antara keempat keadaan keluarga itu insiden antisosial yang
disenaraikan itu sangat tinggi bagi remaja yang datang daripada keluarga yang ibu bapa mereka
bercerai.
Sungguhpun sebahagian besar daripada informan dalam kajian ini datang dari keluarga
berpendapatan bulanan yang rendah yakni RM1500 dan kurang ia tidaklah boleh dijadikan asas
untuk membuat kesimpulan bahawa kes kehamilan luar nikah lebih kerap di kalangan keluarga
berkenaan. Ini kerana wanita hamil daripada keluarga kelas menengah dan atasan mempunyai
cara yang berbeza untuk menangi kehamilan. Antaranya ialah dengan menggunakan pil
kontraseptif yang bukan sahaja boleh diambil sebelum mengadakan hubungan seks malah masih
boleh diambil selepas itu. Dengan kedudukan kewangan yang lebih baik, tahap pendidikan yang
lebih baik dan pendedahan kepada pengetahun seks dan reproduktif, mereka juga membuat
persediaan lain seperti menggunakan kondom, atau melakukan pengguguran di klilik-klinik
swasta.
Punca kehamilan agak sama yakni hubungan seks sebelum berkahwin. Kebanyakan
lelaki yang menyebabkan mereka hamil merupakan teman lelaki yang telah mereka kenal sama
ada agak lama atau baru. Walaupun pada mulanya mereka dipaksa tetapi hubungan seks yang
berikutnya adalah kerana suka sama suka dan disebabkan ketagihan. Justeru hal-hal yang
berkaitan dengan pengetahuan kehamilan dan perancangan masa depan tidak ada dalam
pemikiran mereka yang terlibat.
Isu mengenai kehamilan luar nikah ini penting kerana ia meninggalkan kesan yang
penting bukan sahaja kepada wanita berkenaan tetapi juga kepada anak yang mereka lahirkan.
Menurut Sawhill (2009) sekurang-kurangnya terdapat empat sebab utama mengapa isu mengenai
kehamilan luar nikah ini perlu diberikan perhatian;
1. Kebanyakan kelahiran luar nikah adalah di kalangan remaja. Para remaja ini pula
berkemungkinan melahirkan anak-anak berikutnya yang juga hasil daripada
hubungan seks luar nikah. Walaupun ada program yang direncanakan untuk mereka,
tetapi kurang berjaya. Sehubungan itu Sawhill berpendapat bahawa pencegahan
kehamilan dan kelahiran luar nikah serta pembentukan keluarga tunggal (single
parent family) perlu dilakukan terhadap golongan remaja.
2. Kos menanggung kelahiran anak luar nikah adalah besar. Kajian oleh Mynard (1997
dalam Sawhill 2009) dari Methametica Policy Research di Princeton, New Jersey
mendapati bahawa kelahiran anak oleh remaja menelan belanja sehingga USD tujuh
billion setahun, yakni kira-kira USD3,200 setahun bagi setiap kelahiran oleh para
remaja.
3. Hampir kesemua ibu tunggal berhadapan dengan cabaran utama dalam membesarkan
anak mereka bersendirian. Ibu-ibu muda ini merupakan golongan yang malang
(disadvantage), memandangkan mereka kebanyakannya tercicir dari alam
persekolahan oleh itu tidak mampu untuk menyara diri sendiri. Dianggarkan hanya
satu daripada setiap lima orang ibu muda ini menerima sokongan daripada bapa
(kepada anaknya), sementara 80 peratus lagi mengharap atau bergantung kepada
16

kebajikan. Lazimnya mereka ini (terutamanya yang melahirkan anak pada usia
remaja) akan terus bergantung kepada kebajikan untuk jangkamasa yang lama.
Pergantungan kepada kebajikan ini merumitkan lagi kerana
4. Anak-anak kepada ibu muda ini berhadapan dengan masalah yang lebih besar kerana
kebanyakan mereka dilahirkan pra matang (premature). Berat badan yang jauh lebih
rendah daripada kebiasaan dan akibatnya mudah terdedah kepada pelbagai masalah
kesihatan. Apabila memasuki sekolah, mereka biasanya tidak memperlihatkan
pencapaian yang baik dalam pelajaran, kemungkinan didera dan diabaikan. Ramai di
antara mereka yang akhirnya terdampar di rumah kebajikan.

Akhir sekali penulis berpendapat bahawa banyak perkara yang perlu diterokai
terutamanya dari segi faktor yang menyebabkan meningkatnya bilangan remaja yang hamil tanpa
nikah. Sehubungan itu profail yang lengkap mengenai mereka perlu dikumpul. Hal ini penting
terutamanya dalam merangka pelan intervensi dan prevensi. Selain itu hal ini penting bukan
sahaja kepada remaja yang terlibat tetapi anak mereka yang bakal di lahirkan, khususnya dari
segi nasab, penjagaan dan masa depan mereka sebagaimana yang disentuh di atas. Dalam
konteks kekeluargaan, keadaan ini boleh menyebabkan meningkatnya bilangan isirumah yang di
ketuai oleh wanita muda dan kebanyakan mereka itu miskin. Dalam konteks perubatan pula,
kurangnya rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan boleh menyebabkan kadar mortaliti bayi
dan ibu meningkat. Justeru, isu ini sangat signifikan bukan sahaja dalam konteks sosial, budaya
dan psikologikal tetapi juga dalam konteks pendidikan, ekonomi dan perubatan.


RUJUKAN

Abdul Hadi Zakaria, Siti Hajar Abu Bakar & Faizah Yunus. 2000. Tingkahlaku antisosial remaja
negeri Johor. Laporan Penyelidikan untuk Yayasan Pembangunan Keluarga Darul
Takzim.
Galles, R. J. 1995. Contemporary families. London: Sage
JAKIM, http://www.islam.gov.my/sites/default/files/27.anak_tak_sah_taraf.pdf
Lamanna M. A. & Riedmann, A. 2006. Marriages and families: Making choices in a diverse
society. Singapore: Thomson Wadsworth.
Leon-Guerrero, A. 2005. Social problems: Community, policy and social action. Thousand Oaks:
Pine Forge Press.
Low, W. Y. 2009. Malaysian youth sexuality: Issues and chalanges, Journal of University
Malaya Medical Center, 12 (1), 3-14.
Mohd Tamyes Abdul Wahid. 2007. Anak taksah taraf mengikut hukum syara. Kertas kerja
Seminar Penolong Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, 28 November, di Petaling
Jaya, Selangor.
Mooney, L. A., Knox, D. & Schacht, C. eds. 2005. Understanding social problems, 4
th
. Ed.
Singapore: Thomson Wadsworth.
Nor Jana Saim. 2003. Faktor dan kaedah pengendalian masalah kehamilan oleh ibu tanpa nikah
di Hospital Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kesihatan
Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Rajwani MD Zain. 2002. Faktor-faktor yang mempengaruhi penjagaan antenatal di kalangan
ibu tanpa nikah di Hospital Pulau Pinang. Tesis Sarjana Kerja Sosial Perubatan, Jabatan
17

Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala
Lumpur.
Rajwani Mohd. Zain. 2006. Kelahiran Tanpa Nikah, Masalah Kesihatan dan Peranan Pekerja
Sosial Perubatan dalam Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja Sosial selenggaraan
Azlin Hilma Hillaludin et al., Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Sawhill, I. V. 2009. What can be done to reduce teen pregnancy and out-of-wedlock births?
Center on Children and Families, No. 8 November 23.
http://www.brookings.edu/papers/2001/10childernfamilies_sawhill.aspx?p=1
Seccombe, K. & Warner, R. L. 2004. Marriages and families: Relationships in social context.
Singapore: Thomson Wadsworth.
Shehnan, C. L. & Kammayer, K. C. W 1997. Marriages and Families: reflections of a gendered
society. Boston: Allyn & Bacon.
World Congress of Families Newsletter, 2011

NOTA:
Data yang dibentangkan dalam makalah ini adalah didasarkan kepada penyelidikan Ibu Tanpa
Nikah dan Cadangan Terhadap Program Intervensi dan Prevensi (UKM-GUP-TKS-08-270 )
yang dibiaya oleh UKM.

You might also like