You are on page 1of 3

Cara penyelesaian masalah ini

Apabila membaca sebuah hadis dari Imam Al Bukhairi, Nabi Muhammad S.A.W
bersabda, yang bermaksud: Tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati dengan al-
Habbah al-sawda, kecuali al-sam (mati). Hadis ini amat mempengaruhi untuk saya
mengetahui rahsia rempah yang sebenar. Maksud al- Habbah al sawda, ialah, Jintan
Hitam. Dari hadis ini kita ketahui begitu ajaib rempah-rempah yang digunakan dalam
masakan kita. Kali ini mamak ingin meneroka rempah ajaib yang satu lagi, Serbuk kunyit
dan menyentuh sedikit berkenaan kunyit hidup dalam masakan Melayu Asli. Masakan India
atau Mamak Pulau Pinang jarang menggunakan kunyit hidup.
Kegunaan rempah serbuk kunyit dalam masakan tradisi orang India menjangkau
lebih 5,000 tahun. Kunyit ini bukan saja sebgai bahan masakan tetapi ia adalah bahan
perubatan tradisional bagi orang Cina, India (Ayurveda) dan perubatan tradisonal Melayu
sejak berzaman. Kunyit hasil dari rizom tumbuhan yang digelar curcumalonga, (dari pokok
kunyit). Kunyit berasal dari negara Indonesia dan Selatan India. Serbuk kunyit atau Kunyit
(hidup)kerap digunakan dalam masakan asli Melayu dan India Selatan. Rempah kunyit telah
menjadi sinonim dengan masakan India dan Melayu nusantara dan penting dalam setiap
masakan. Selain dari memberi warna menarik (complexion) untuk sesuatu hidangan
masakan, ia juga memberi masakan kita aroma dan khasiat perubatan yang amat tinggi.
Kunyit mempunyai banyak kegunaan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat
tradisional Melayu. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan
untuk menyembuhkan bengkak hati . Kunyit berserta dengan ramuan ramuan lain juga
digunakan untuk mengubati bengkak gusi , sakit dada dan perut, gangguan haid dan
melancarkan aliran darah . Sebatian kimia dari ( curcuminade) kunyit juga telah dibuktikan
dapat digunakan sebagai berkesan mencegah bakteria bahaya (anti-septic value). Dengan
sebab inilah kunyit digunakan dalam gorengan ikan dan ayam. Selain aroma yang sangat
nyaman, ia juga dapat membunuh bacteria bahaya yang terdapat dalam isi ikan atau daging
ayam kadangkala masakan daging juga banyak gunakan rempah kunyit ini.
Keistimewaan Kebaikan Kegunaan Kunyit Dalam Masakan:
Membaiki sistem penghadaman.
Mengurangkan angin (gas) dalam perut.
Membantu dan melancarkan penghadaman protein tepu dan kandungan karbohidrat
tinggi seperti nasi. Dengan ini kunyit boleh digunakkan sebagai bahan untuk menguruskan
badan.
Membaiki dan membantu keupayaan tubuh badan menghancurkan lemak
(menguruskan badan).
Membantu membersihkan sistem hati dari toksid bahaya.
Fomulasikan tisu yang baru dalam tubuh.
Mengurangkan kesakitan sendi-sendi, gatal dan bengkak kemerahan di permukaan
kulit.
Kunyit yang mempunyai ramuan anti-oksida curcuminade membantu boleh
menghindarkan barah (cancer), arthris dan penyakit Alzaimer dan penyakit hati.
Kesimpulan:
Walau pun makanan orang kita selalu dikecam oleh pakar-pakar perubatan barat
tentang nilai kolestrol yang tinggi atau pun cara penyediaan yang bagi mereka tidak
mematuhi penyediaan makanan sihat. Malangnya mereka lupa tentang nilai ubatan rempah
yang diadunkan dalam dalam masakan kita. kegunaan rempah dalam masakan kita, boleh
menghindarkan kesan negatif yang wujud. Pendapat saya masakan barat cuma masakan
gimmik yang pentingkan persembahan (display) masakan dan makanan ini pulak cuma
sesuai untuk negara mereka yang beriklim sejuk. Di Barat kita perlu guna protien yang tinggi
dalam masakan untuk menjaga kepanansan tubuh. Pembentukkan lemak dalam tubuh
cepat berlaku dalam tubuh. Di negara kita yang beriklim khatulistiwa, lemak sentiasa akan
terbakar begitu pantas. Pakar-pakar pemakanan kita perlu mengkaji dan menyelidik
keseluruhan resepi makanan kita dari segi kesan rempah yang digunakan dalam masakan.
Pemakanan yang diambil perlu dengan kesesuain aktiviti fizikal kita. Kalau hentam nasi
kandar hari-hari tetapi cuma duduk kat kerusi empuk dipejabat yang berhawa dingin mana
tak naik perut?. Nasi kandar boleh dimakan tetapi se sekali dalam seminggu sudahlah. Nasi
kandar sebenarnya menu yang dicipta untuk kuli-kuli pelabuhan Pulau Pinang semasa
penjajahan British dahulu, yang lakukan kerja manual yang keras dan manual. Kerja-kerja
pemunggahan barang secara manual di pelabuhan perlukan tenaga yang banyak. Sekarang
Nasi kandar sudah menjadi makanan eklusif dan mahal. Pekerja biasa sudah tak mampu
rasa nasi kandar seeperti Ikan bilis yang dulu makanan orang miskin tetapi kini cuma
mampu dibeli orang kaya 1kg cecah hingga RM40.00. Masakan barat cuma glamour dengan
nama seperti tajuk sesuatu Filem yang belum tentu isi ceritanya baik. Perniagaan orang
barat cara kapatilisma ini cuma untuk monopoli, manupulasi, minda kanak-kanak kita
dengan berbagai cara. Dalam dunia kapatalisma ini, kajian dan data penyelidikan boleh
dijual dan beli oleh golongan yang punyai wang dan kuasa. Analisa dan penyelidikan yang
di taja oleh mereka yang punyai kuasa dan wang sudah pasti akan berpihak kepada mereka
atau tuannya.
Jangan terlalu ghairah dan glamour dengan makanan barat. Seminggu sekali masak
resepi Nasi kandar mamak yang ada diblog ini dan makan bersama dengan keluarga
tercinta. Seisi kelurga ambil peranan dalam memasak kalau seorang penat itu. Alangkah
indah dan bahagia keluarga anda. Bayangkan kemesraan yang timbul semasa masak
sendiri beramai-ramai di kenduri dan bukan pesanan katering!. Kalau resepi anda berjaya
boleh jemput sanak saudara, kawan sepejabat atau jiran anda untuk menjamu selera pulak
di rumah anda untuk menjalinkan kemesraan siratul rahim. Ada masalah masak nasi
kandar?, e-mailkan mamak. Khidmat nasihat percuma..apa lagi yang mamak boleh bantu?.
Ada juga pengunjung blog ramai e-mail kat mamak, kat Penang mana kedai rempah/.
Mamak tetap balas e-mail itu. Wassalam.

You might also like