You are on page 1of 25

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK : HARMONI


Harmoni merujuk kepada tindak
balas tampak di dalam alam dan karya
seni yang menyepadukan unsur-unsur
seni seperti garisan, warna, rupa,
bentuk, jalinan dan ruang.


Harmoni wujud di alam sekeliling
apabila munculnya susunan atau
ulangan unsur-unsur seni mengikut cara
atau gaya yang tertentu.
Tujuan menghasilkan kesan harmoni
adalah untuk menarik perhatian serta
mengurangkan kejanggalan pada
sesuatu gubahan, objek atau imej.
Harmoni tidak akan wujud sekiranya
terdapat ciri- ciri yang bercanggah.
Harmoni dalam kraf tradisional, misalnya
bukan sahaja untuk menarik perhatian
manusia untuk menggunakan benda
tersebut, tetapi juga untuk menimbulkan
nilai-nilai estetika.



Aplikasi warna dari kumpulan yang sama
atau mempunyai hubung kait antara satu
sama lain juga dapat menimbulkan
gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan,
umpamanya warna sejuk, warna panas,
gubahan warna sewarna, gubahan warna
harmoni dan campuran berbagai jenis warna
yang mempunyai hubung kait antara satu
sama lain.


Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat
menimbulkan gambaran yang
sempurna, teratur, seragam dan selesa
pada pandangan.
Unsur-unsur harmoni ini bukan
sahaja wujud dalam alam semula
jadi, malahan wujud dalam
bahan buatan manusia.
HARMONI DALAM ALAM SEMULA JADI
HARMONI PADA ALAM TUMBUH-
TUMBUHAN
Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan
yang sejenis adalah sama dan harmoni.
Contohnya,bentuk daun bunga kertas adalah kecil dan
daun lalang adalah panjang.
Warna-warna daun pada pokok lebih kurang sama.
Terdapat warna daun yang seakan-akan menjadi ton.
Contohnya, daun muda berwarna kuning muda, hijau
muda dan hijau tua kepada daun tua.
Setiap daun dan batang pokok mempunyai jalinan.
Jalinannya sama dan tersusun dalam satu-satu
tumbuhan atau pokok.
Susunan urat, daun dan ranting pada pokok adalah
teratur dan menimbulkan irama yang berharmoni.
HARMONI PADA ALAM HAIWAN
Bentuk setiap haiwan adalah harmoni kerana berimbangan
simetri. Contohnya, seekor kucing berimbangan simetri
kerana mempunyai dua pasang kaki, satu kepala dan satu
ekor, sepasang mata serta sepasang telinga yang tersusun
seimbang.
Bagi setiap haiwan, warna bulu pada tubuh mereka adalah
harmoni. Contohnya, warna bulu pada seekor kucing adalah
coklat dan sedikit belang-belang coklat tua. Manakala,
haiwan seperti ayam jantan pula mempunyai bulu yang
cantik, iaitu hijau kehitam-hitaman.
Jalinan pada susunan bulu-bulu adalah dalam satu arah yang
sama.
Ada juga haiwan yang boleh menukarkan warna badannya
supaya harmoni dengan alam sekitar. Contohnya, sumpah-
sumpah akan bertukar hijau apabila persekitarannya hijau
dan akan bertukar coklat apabila persekitarannya coklat.
HARMONI DALAM ALAM BUATAN
MANUSIA
Harmoni pada benda buatan manusia biasanya
disesuaikan untuk kegunaan manusia. Contonya,
peralatan pada dapur seperti pinggan mangkuk dan
periuk belanga berbentuk bulat.
Rumah dan kenderaan kebiasaannya berbentuk segi
empat. Kenderaan mempunyai harmoni kerana
berimbangan simetri. Unsur-unsur ini merupakan ciri-
ciri keselamatan kepada manusia.
Alat perabot juga mempunyai bentuk yang harmoni
dan berimbangan simetri. Selain itu, satu set perabot
biasanya mempunyai warna yang sama. Ini adalah
untuk menimbulkan keharmonian dan keselesaan
pengguna.
HARMONI DALAM BARANGAN KRAF
Barang-barang kraf tradisional seperti
songket, batik, labu sayong dan tikar
mengkuang, dibentuk dengan harmoni untuk
menimbulkan keindahan dan sesuai dengan
kegunaannya.
Tembikar mempunyai imbangan simetri.
Corak-corak pada kain batik sarung disusun
secara ulangan untuk menimbulkan harmoni.
CONTOH-CONTOH GAMBAR RAJAH
MENGGUNAKAN WARNA HARMONI
DALAM HASIL CATAN
DALAM GAMBAR
ANIMASI
RUJUKAN
Buku Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan
2, oleh Rozitah Tapah dan Mazlan Osman
terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4&5, oleh Zailani Yaacob dan
Azimah A. Samah terbitan Oxford Fajar.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like