You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN / PIBG KE 09 TAHUN 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SENGIAN



BIL QUE UCAPAN CATATAN
Ucapan Alu-
Aluan

Semua kontinjen
bersedia di
padang
Upacara penutupan kejohanan sukan tahunan sekolah dan PIBG kali ke-10
akan diadakan sebentar lagi. Semua murid diminta berkumpul di dalam
khemah masing-masing.

Assalamualaikum wrt wbkth, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Bismillah segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya dapat kita bersama-
sama sekali lagi berkumpul pada hari yang indah dan penuh ceria ini.

Bagi pihak warga SK Sungai Sengian, kami mengalu-alukan kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan ke majlis Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-10 ini.


Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir
bagi memeriahkan lagi kejohanan yang bermula pada 22 September 2013 iaitu
hari Isnin sehinggalah ke hari ini.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En. Dana Ak Achang, Pengerusi
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Sengian ke
Kejohanan Sukan Tahunan sekolah dan PIBG kali ke-10, 2014.

Encik Dana Ak Achang, Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Sungai Sengian, Yang
berusaha, Encik Mohammad Arbie Bin Saee Guru Besar Sek. Keb. Sungai
Sengian, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid
Sekolah Kebangsaan Sungai Sengian yang disayangi sekalian.

SELAMAT DATANG KE UPACARA PENUTUPAN PERASMIAN
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI SENGIAN KALI KE 10 TAHUN 2014


Ucapan
Perasmian
Penutupan
Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan sukan tahunan sekolah dan
PIBG pada kali ini, majlis menjemput Encik Mohammad Arbie Bin Saee
Guru Besar Sek. Keb. Sungai Sengian untuk memberikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan sekolah
dan PIBG kali ke-10, 2014. Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas
ucapan sebentar tadi.


Penyampaian
Hadiah
Hadirin hadirat dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Keputusan sudah di tangan, kita sampai ke acara yang dinanti-nantikan iaitu
acara penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berusaha En. Mohamad
Arbie bin Saee Guru Besar Sk Sungai Sengian
menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Encik Dana Ak Achang, Yang
Dipertua PIBG Sek. Keb. Sungai Sengian bergerak ke tempat penyampaian
hadiah untuk peserta bawah 12 tahun yang berjaya.

1. Acara 60 M ( Lelaki )
2. Acara 60 M ( Perempuan )
4. Acara 100 M ( Lelaki )
5. Acara 100 M ( Perempuan )
6. Acara 4x100 M ( Lelaki )
7. Acara 4x100 M ( Perempuan )
8. Lompat Tinggi Thp 1 ( P )
9. Lompat Jauh
10. Olahragawan Kategori Tahap 1
11. Olahragawan Kategori Tahap 2
12. Olahragawati Kategori Tahap 1
13. Olahragawati Kategori Tahap 2
14. Johan Keseluruhan


Terima kasih Encik Dana Ak Achang, Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Sungai
Sengian atas kesudian menyampaikan hadiah.

Upacara
Menurunkan
Bendera
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara menurunkan bendera. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput , Encik Mohammad Arbie Bin Saee
Guru Besar Sek. Keb. Sungai Sengian untuk menyempurnakan upacara. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar di atas penyempurnaan
upacara menurunkan bendera sebentar tadi.

Pengumuman
Senarai Atlet







Penutupan Dengan itu,maka berakhirlah Kejohanan Sukan Tahunan /PIBG kali ke 10 SK
Sg Sengian tahun 2014

Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang berjaya. Kepada
yang masih gagal teruskan usaha. Jangan putus asa.

You might also like