You are on page 1of 221

MODUL PENDIDIKAN JARAK

JAUH
UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS

Kod kursus:
TRS3013/SBA3033

Nama kursus:
PENGENALAN SAINS ALAM
SEKITAR


2013

Kod Kursus:
TRS3013/SBA3033


Nama Kursus:
PENGENALAN SAINS ALAM
SEKITAR


Penulis Modul:
Alene Tawang
Hanisom Abdullah
Husni Ibrahim
Noraine Salleh Hudin
Norjan Yusof
Rosmilah Misnan
Som Cit Si Nang
Syakirah Samsudin


2013
I s i K a n d u n g a n | i

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN Muka surat
ISI KANDUNGAN i
PENGENALAN TENTANG KURSUS ii
UNIT PELAJARAN 1: PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR 1-19
UNIT PELAJARAN 2: INTERAKSI POPULASI, KOMUNITI, DAN SPESIES 20-38
UNIT PELAJARAN 3: KOMUNITI DAN POPULASI MANUSIA 39-57
UNIT PELAJARAN 4: KESIHATAN ALAM SEKITAR DAN TOKSIKOLOGI 58-78
UNIT PELAJARAN 5: PENCEMARAN ALAM PENCEMARAN UDARA 79-99
UNIT PELAJARAN 6: PENCEMARAN ALAM PENCEMARAN AIR 100-117
UNIT PELAJARAN 7: PENCEMARAN ALAM PENCEMARAN BUNYI DAN
PENGGUNAAN RACUN SERANGGA
118-133
UNIT PELAJARAN 8: PENCEMARAN ALAM SISA PEPEJAL DAN SISA
BERBAHAYA
134-158
UNIT PELAJARAN 9: BENCANA ALAM
159-177
UNIT PELAJARAN 10: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM
SEKITAR
178-198
UNIT PELAJARAN 11: PEMBANGUNAN LESTARI 199-216
LAMPIRAN: SENARAI PENULIS MENGIKUT UNIT PELAJARAN 217

P e n g e n a l a n t e n t a n g K u r s u s | ii

PENGENALAN TENTANG KURSUS


Modul ini disediakan khas untuk pelajar yang mengikuti Kursus Pengenalan Sains Alam Sekitar
dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sekolah Rendah (Pengajian Jarak Jauh)
yang telah mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Disamping itu, modul ini juga
boleh digunakan sebagai bahan rujukan kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Sains di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Kursus ini membincangkan pelbagai aspek penting berkaitan sains alam sekitar. Kandungan
kursus ini merangkumi konsep asas sains alam sekitar seperti komponen alam sekitar, kitaran
biogeokimia, interaksi populasi, komuniti dan spesies. Selain itu, tajuk tumpuan juga termasuk
isu peningkatan populasi manusia, pencemaran dan bencana alam. Penekanan juga diberikan
kepada pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti, pembangunan lestari dan pendidikan alam
sekitar yang menjadi teras penting dalam pengurusan alam sekitar. Topik-topik dalam kursus ini
disusun dalam urutan yang teratur dan bersistematik mengikut kurikulum mata pelajaran
Pengenalan Sains Alam Sekitar yang digubal khusus untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Sains Sekolah Rendah, UPSI.

Di sini, setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada penulis-penulis yang terdiri daripada
kakitangan akademik di Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik, UPSI. Penghasilan
modul ini menunjukkan ketekunan dan kegigihan penulis-penulis yang berusaha menghasilkan
modul ini bagi kegunaan pelajar. Semoga modul ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk
menguasai bidang sains alam sekitar dengan lebih mendalam lagi.


SENARAI PENULIS:

Alene Tawang
Hanisom Abdullah
Husni Ibrahim
Noraine Salleh Hudin
Norjan Yusof
Rosmilah Misnan
Som Cit Si Nang
Syakirah Samsudin
L a m p i r a n S e n a r a i p e n u l i s m o d u l | 217

SENARAI PENULIS MODUL

UNIT
PENULIS

UNIT PELAJARAN 1: PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR Som Cit Si Nang
UNIT PELAJARAN 2: INTERAKSI POPULASI, KOMUNITI, DAN
SPESIES
Noraine Salleh Hudin
UNIT PELAJARAN 3: KOMUNITI DAN POPULASI MANUSIA Som Cit Si Nang
UNIT PELAJARAN 4: KESIHATAN ALAM SEKITAR DAN
TOKSIKOLOGI
Rosmilah Misnan
UNIT PELAJARAN 5: PENCEMARAN ALAM PENCEMARAN
UDARA
Syakirah Samsudin
UNIT PELAJARAN 6: PENCEMARAN ALAM PENCEMARAN
AIR
Som Cit Si Nang
UNIT PELAJARAN 7: PENCEMARAN ALAM PENCEMARAN
BUNYI DAN PENGGUNAAN RACUN
SERANGGA
Alene Tawang
UNIT PELAJARAN 8: PENCEMARAN ALAM SISA PEPEJAL
DAN SISA BERBAHAYA
Norjan Yusof
UNIT PELAJARAN 9: BENCANA ALAM Hanisom Abdullah
UNIT PELAJARAN 10: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
ALAM SEKITAR
Husni Ibrahim
UNIT PELAJARAN 11: PEMBANGUNAN LESTARI Syakirah Samsudin


UNIT PELAJARAN 1
PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. mengetahui definisi sains alam sekitar;
2. menghuraikan komponen dan hubungkait antara komponen dalam alam sekitar;
3. menjelaskan tentang kitaran-kitaran hidrologi, karbon, nitrogen, oksigen, sulfur dan
fosforus.

PENGENALAN

Rajah 1.1: Alam sekitar
Sebelum kita memulakan unit pelajaran ini, cuba anda perhatikan Rajah 1.1. Pastinya
banyak perkara yang boleh diinterpretasikan daripada rajah ini. Salah satunya adalah
mengagumi keindahan alam sekitarnya. Alam sekitar adalah sesuatu yang sangat bernilai dan
perlu dijaga serta dihargai. Kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar pastinya
berkait rapat dengan pengetahuan yang mendalam berkaitan alam sekitar. Dalam unit pelajaran
ini, anda akan mempelajari tentang definisi alam sekitar dan komponen alam sekitar.
Seterusnya, anda juga akan didedahkan tentang kitaran-kitaran hidrologi, karbon, nitrogen,
oksigen, sulfur dan fosforus iaitu proses penting yang melibatkan kesemua komponen dalam
alam sekitar.
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 2


ISI KANDUNGAN

ains alam sekitar merupakan satu bidang yang terdiri dari dua teras utama, iaitu sains
dan alam sekitar. Sains adalah satu cabang ilmu yang meneroka dan mengaplikasi
ilmu pengetahuan serta memahami dunia semulajadi dan dunia sosial mengikut
kaedah-kaedah yang sistematik dan berlandaskan kepada bukti. Sains berpandukan
kepada pemerhatian yang mendalam dan ianya boleh diuji dengan hipotesis.
Perkataan alam sekitar pula boleh didefinisikan sebagai keseluruhan fenomena
sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organism. Fenomena
sekeliling tersebut adalah meliputi komponen-komponen dalam kategori semulajadi, teknologi,
sosial dan juga budaya.

Oleh itu, secara ringkasnya sains alam sekitar boleh didefinasikan sebagai satu bidang kajian
yang sistematik mengenai alam sekitar dan kedudukan kita didalamnya. Sains alam sekitar
menggunakan kaedah-kaedah saintifik untuk mengkaji proses dan sistem di sekeliling kita. Jika
dibandingkan dengan bidang-bidang ilmu yang lain, sains alam sekitar boleh dikatakan sebagai
satu bidang ilmu yang masih baru dan boleh dikembangkan. Sains alam sekitar juga
merupakan satu bidang ilmu yang bersifat merentas-disiplin, mengintegrasikan bidang sains
semulajadi, sains sosial dan kemanusiaan sebagai satu disiplin ilmu yang meluas dan holistik.
Berbanding dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain yang bersifat teoritikal, sains alam sekitar
pula bersifat mission-oriented. Iaitu, sains alam sekitar meneroka ilmu-ilmu baru, bersifat
relevan serta kontekstual terhadap dunia semulajadi dan impak keatasnya. Apabila maklumat
berkaitan sesuatu permasalahan itu diperolehi, maka ia akan menimbulkan sikap
bertanggungjawab untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Kebanyakkan masalah itu
berlaku akibat dari sikap kita sendiri.

Sains alam sekitar seperti ditunjukkan pada Rajah 1.2 adalah bersifat merentas-disiplin. Untuk
memahami dan mendalami bidang sains alam sekitar, ianya memerlukan kita memahami juga
cabang-cabang ilmu yang lain bagi membolehkan kita menyelesaikan sesuatu permasalahan
alam sekitar itu secara holistik dan menyeluruh.

S
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 3




Rajah 1.2: Bidang-bidang berkaitan sains alam sekitar



KOMPONEN ALAM SEKITAR


eperti yang telah dinyatakan sebelum ini, alam sekitar adalah semua komponen yang
berada disekeliling sesuatu organisma. Secara khusus, komponen alam sekitar boleh
dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen
abiotik terdiri daripada tiga subkomponen utama iaitu atmosfera (udara), hidrosfera
(air) dan litosfera (tanah). Komponen biotik pula dikenali sebagai biosfera, yang terdiri dari
komuniti benda-benda hidup seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, alga, kulat, bakteria dan lain-
lain. Keseluruhan komponen alam sekitar adalah seperti pada Rajah 1.3.


S
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 4



Rajah 1.3: Komponen dalam alam sekitar


ATMOSFERA

Atmosfera adalah lapisan udara yang menyelimuti bumi setebal kira-kira 300 kilometer dari
permukaan bumi. Komposisi gas yang terdapat di atmosfera adalah seperti di dalam Jadual
1.1.

Jadual 1.1: Komposisi gas atmosfera
Gas Peratusan (%)
Nitrogen 78.08
Oksigen 20.94
Argon 0.934
Karbon dioksida 0.035
Neon 0.00182
Helium 0.00052
Metana 0.00015
Kripton 0.00011
Hidrogen 0.00005
Nitrus oksida 0.00005
Xenon 0.000009


Atmosfera juga berfungsi sebagai lapisan udara atau gas yang melindungi bumi dari radiasi
kosmik dan menyediakan oksigen, makronutrien nitrogen dan karbon dioksida yang diperlukan
untuk proses fotosintesis. Atmosfera menyediakan perlindungan terhadap sinaran Ultra
Lembayung dari matahari dan hanya membenarkan radiasi dalam lingkungan panjang
gelombang 300 nm - 2500 nm dan gelombang radio sahaja sampai ke permukaan bumi.
Alam sekitar
Komponen abiotik
Atmosfera
(Udara)
Hidrosfera
(Air)
Litosfera
(Tanah)
Komponen biotik
Biosfera
(Benda hidup)
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 5


Atmosfera juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan haba bumi. Di
samping itu, atmosfera merupakan medium pengangkutan air daripada lautan ke tanah dalam
kitaran hidrologi. Atmosfera terbahagi kepada empat (4) lapisan utama iaitu troposfera,
stratosfera, mesosfera, and termosfera (Rajah 1.4).


Rajah 1.4: Empat lapisan atmosfera

Troposfera ialah lapisan yang paling dekat dengan permukaan bumi. Dalam lapisan ini, suhu
adalah semakin berkurangan dengan peningkatan paras ketinggian. Secara purata, suhu udara
berkurang dari 15C pada paras laut sehingga -56.5C pada ketinggian 12 km di atas paras
laut. Molekul udara bercampur secara sekata, menyebabkan komposisi gas lebih kurang sama
di keseluruhan lapisan troposfera. Walaubagaimanapun, wap air hanya boleh ditemui di lapisan
bawah troposfera. Perubahan dan pengawalaturan cuaca juga berlaku dalam lapisan
troposfera.

Stratosfera adalah lapisan udara di atas troposfera. Dalam lapisan stratosfera, suhu meningkat
dengan peningkatan ketinggian. Secara purata, suhu meningkat kepada -2.5C pada ketinggian
50km di atas paras laut. Ozon didapati dalam kepekatan yang tinggi di antara 20 dan 30 km dari
permukaan bumi iaitu dalam lapisan stratosfera (Rajah 1.4). Oleh itu, lapisan stratosfera juga
disebut sebagai lapisan ozon. Ozon menyerap tenaga sinaran daripada matahari dan
menyebabkan suhu yang lebih panas di lapisan stratosfera.

Mesosfera adalah lapisan udara di atas stratosfera di mana suhu berkurangan dengan
peningkatan ketinggian. Secara purata, suhu dalam lapisan ini berkurangan sehingga
mencecah -90C pada ketinggian 80 km di atas paras laut. Lapisan mesosfera ini merupakan
lapisan atmosfera yang paling sejuk.
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 6


Termosfera pula adalah lapisan udara di atas mesosfera. Lapisan ini merangkumi sehingga
kira-kira 300 km dari permukaan bumi. Dalam lapisan termosfera, suhu meningkat dengan
peningkatan ketinggian. Suhu lapisan termosfera boleh mencecah 1000C. Molekul gas adalah
sangat sedikit dalam lapisan ini.


Apakah fungsi ozon yang terdapat di dalam lapisan stratosfera? Adakah pencemaran
alam memberi kesan kepada lapisan ozon?



HIDROSFERA

Hidrosfera adalah semua sumber air di permukaan bumi dan juga di bawah tanah. Sumber air
boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu air masin dan air tawar. Seperti dalam
Rajah 1.5, kira-kira 97 peratus daripada sumber air dunia wujud sebagai air masin iaitu air laut.
Oleh kerana itu, hanya sebahagian kecil sahaja, iaitu kira-kira 3 peratus dari jumlah air dunia
wujud sebagai air tawar. Daripada keseluruhan jumlah air tawar dunia, sebahagian besar (70
peratus) adalah membeku sebagai ais di kutub, dan juga wujud sebagai air bawah tanah (29
peratus). Hanya kira-kira 1 peratus dari keseluruhan air tawar dunia wujud sebagai sumber air
di permukaan yang boleh digunakan oleh manusia. Sumber air tawar di permukaan adalah
seperti sungai, tasik, empangan dan juga kolam.


Rajah 1.5: Peratusan sumber air dunia


Adakah sumber air dipengaruhi oleh perubahan iklim dunia?


U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 7


LITOSFERA

Litosfera adalah kerak bumi yang terdiri daripada tanah dan batuan. Tanah terdiri daripada
bahan organik, bahan bukan organik (mineral), udara dan air (Rajah 1.6). Bahan organik hanya
membentuk sekitar 5 peratus daripada jisim tanah. Bahan organik utama yang wujud dalam
tanah adalah seperti polisakarida, sebatian nitrogen, phosphorus dan sulfur. Bahan-bahan
organik tersebut disumbangkan oleh humus (85 peratus), akar tumbuhan (10 peratus) dan
organisma (5 peratus). Bahan organik memainkan peranan penting dalam menentukan
kesuburan dan produktiviti tanah. Bahan bukan organik pula membentuk sebahagian besar dari
jisim tanah, iaitu kira-kira 45 peratus. Bahan bukan organik adalah juzuk atau sebatian mineral
seperti silika, kalsium, kalium, aluminium, besi, mangan. Sebatian mineral tersebut boleh wujud
dalam bentuk oksida, silikat, atau karbonat.



Rajah 1.6: Komposisi tanah

Berdasarkan Rajah 1.6, tanah terdiri dari 25 peratus udara. Pada pendapat andda,
bagaimanakah udara boleh memasuki tanah? Apakah pula fungsi udara dalam tanah?







U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 8


BIOSFERA

Biosfera merupakan lingkungan yang dihuni oleh benda hidup dalam alam sekitar. Biosfera juga
boleh dikenali sebagai zon benda hidup. Biosfera wujud bermula dari 10000 meter di bawah
paras laut sehingga 6000 meter di atas paras laut. Benda hidup tidak lagi wujud di luar zon ini.
Biosfera mengintegrasikan salingkaitan antara benda hidup dan juga interaksinya dengan
komponen alam sekitar yang lain iaitu litosfera, hidrosfera dan atmosfera (Rajah 1.7).


Rajah 1.7: Lingkungan biosfera

Seperti yang telah dinyatakan, biosfera merupakan lingkungan yang dihuni oleh
benda hidup. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan perkaitan antara biosfera
dan komponen alam sekitar yang lain.


Dalam lapisan ___________, suhu adalah semakin berkurangan dengan
peningkatan paras ketinggian, manakala dalam lapisan _____________, suhu adalah
semakin bertambah dengan peningkatan paras ketinggian.

Sisa tumbuhan dan haiwan adalah contoh bahan ______________, manakala sebatian
mineral adalah bahan ______________.





A
B
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 9


HUBUNGKAIT ANTARA KOMPONEN DALAM ALAM SEKITAR


emua komponen termasuk benda hidup di bumi adalah saling bergantung dan sangat
berkait rapat antara satu sama lain. Ini adalah kerana secara umumnya, empat
komponen dalam alam sekitar iaitu atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera
adalah saling berkaitan bagi membentuk ekosistem (Rajah 1.8)

Perkaitan antara sfera boleh digambarkan melalui masalah alam sekitar. Masalah alam sekitar
tidak hanya terbatas kepada komponen atau sistem di mana ianya timbul, tetapi merebak ke
komponen-komponen lain juga. Mari kita gunakan hujan asid sebagai contoh untuk
menjelaskan hubungkait antara sfera. Bahan pencemar udara yang membentuk hujan asid
seperti sulfur dioksida dilepaskan ke udara (atmosfera) dan di pindahkan ke tanah (litosfera)
dan sumber air (hidrosfera) melalui air hujan. Hujan asid tersebut juga memberi kesan kepada
tumbuh-tumbuhan dan organisma akuatik (biosfera).


Rajah 1.8: Hubungkait antara komponen dalam alam sekitar


Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.8, interaksi antara sfera adalah bersifat dua hala. Ini
bermaksud bahawa setiap sfera mengalirkan bahan dan tenaga ke sfera yang lain. Selain itu,
bahan dan tenaga juga boleh mengalir dalam bentuk kitaran dalam satu sfera sahaja.
Perhungan antara komponen dalam alam sekitar membawa kepada pembentukan ekosistem.
Ekosistem adalah kumpulan benda hidup samada tumbuh-tumbuhan, haiwan atau organisma
hidup lain yang hidup bersama-sama dan berinteraksi dengan persekitaran abiotik di mana
mereka tinggal. Contoh ekosistem adalah seperti hutan hujan tropika, padang pasir, lautan,
tasik, kolam, padang rumput dan lain-lain.


Biosfera
Litosfera
Atmosfera Hidrosfera
S
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 10


ALIRAN TENAGA DALAM EKOSISTEM

Tenaga mengalir di antara sfera dan juga dikitar hanya dalam satu sfera. Ini bermaksud,
terdapat pengaliran tenaga dalam ekosistem. Tenaga cahaya daripada matahari adalah punca
tenaga dalam ekosistem. Dalam kehadiran gas karbon dioksida dan air, klorofil dalam
tumbuhan hijau (pengeluar) mengubah tenaga cahaya matahari kepada tenaga kimia dalam
bentuk karbohidrat dan glukosa melalui proses fotosintesis. Proses fotosntesis boleh
diringkaskan seperti dalam persamaan berikut.

12H
2
O (air) + 6CO
2
(karbon dioksida)--------------> 6O
2
(oksigen) + C
6
H
12
O
6
(glukosa)+ 6H
2
O (air)

Glukosa yang terhasil dari proses fotosintesis digunakan oleh organisma lain bagi
menghasilkan protein dan asid nukleik melalui proses modifikasi dan gabungan dengan unsur
lain seperti nitrogen, fosforus dan sulfur. Organisma mendapatkan tenaga daripada pengeluar
dikenali sebagai pengguna. Organisma yang mendapatkan tenaga daripada pengguna pula
dikenali sebagai pengurai.

Tenaga kimia yang disimpan dalam karbohidrat atau glukosa dipindahkan antara organisma
melalui makanan. Tenaga kimia menjadi semakin berkurang apabila dipindahkan daripada
pengeluar (organisma yang berfotosintesis) ke peringkat pengguna dan pengurai di dalam
sesuatu ekosistem. Kehilangan tenaga berlaku di setiap peringkat dalam ekosistem kerana
ianya dilesapkan sebagai haba semasa proses metabolik organisma. Contoh aliran tenaga
dalam ekosistem adalah seperti dalam Rajah 1.9.


Rajah 1.9: Aliran tenaga dalam ekosistem



Tenaga cahaya

U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 11



KITARAN BAHAN DALAM EKOSISTEM


elain tenaga, bahan juga boleh mengalir melalui ekosistem. Seperti yang telah
diketahui sebelum ini, bahan mengalir dalam sesuatu sfera dan juga antara sfera
yang lain. Pengaliran bahan dalam eosistem sangat berkait rapat dengan pengaliran
tenaga.

Mari kita rujuk semula Rajah 1.9. Organisma pengguna yang mati akan diuraikan oleh
organisma pengurai. Proses penguraian tersebut akan mengembalikan nutrien ke ekosistem.
Seterusnya, nutrien akan digunakan semula oleh organisma pengeluar untuk pertumbuhannya.
Oleh itu, ianya jelas bahawa bahan seperti nutrien bergerak melalui ekosistem dalam bentuk
kitaran, melalui kedua-dua komponen abiotik dan biotik bumi. Pergerakan bahan nutrien melalui
ekosistem ini dikenali sebagai kitaran biogeokimia. Kitaran biogeokimia yang memainkan
peranan penting dalam ekosistem termasuklah kitaran-kitaran hidrologi, karbon, nitrogen,
oksigen, sulfur dan fosforus.


KITARAN HIDROLOGI

Dalam kitaran hidrologi, pergerakan air adalah secara berterusan di antara udara, tanah,
sumber air seperti laut, dan juga benda hidup. Pergerakan tersebut melibatkan pergerakan air
di atas dan juga di bawah permukaan tanah. Kitaran hidrologi adalah seperti dalam Rajah 1.10.


Rajah 1.10: Kitar Hidrologi
S
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 12


Dalam kitar hidrologi, air disejat daripada tanah dan sumber air (contoh: laut, sungai, tasik,
kolam) bagi membentuk wap air. Proses sejatan ini disebabkan oleh proses pemanasan oleh
matahari. Selain sejatan, wap air juga terbentuk hasil daripada proses perpeluhan, sejatpeluhan
dan respirasi dari benda hidup. Wap air terkumpul di udara dan mengalami proses
pemeluwapan atau kondensasi bagi membentuk awan. Proses pemeluwapan yang berterusan
serta penyejukan udara menyebabkan pembentukan titisan air. Titisan air menjadi semakin
berat dan mengakibatkan curahan titisan air yang turun ke bumi sebagai hujan. Proses ini juga
dikenali sebagai presipitasi. Ketika hujan, air mengalir sebagai air larian permukaan dan
memasuki sumber air semula. Selain itu, air juga memasuki tanah melalui proses penyusupan.
Proses penyusupan membolehkan pengumpulan air di bawah tanah yang dikenali sebagai air
bawah tanah. Seterusnya, air diserap semula oleh tumbuhan, digunakan oleh benda hidup,
mengalir ke mana-mana sumber air, dan kitaran hidrologi diteruskan.


KITARAN KARBON

Karbon adalah bahan yang penting bagi benda hidup. Sumber utama karbon adalah dari gas di
atmosfera iaitu gas karbon dioksida. Kitaran karbon adalah seperti pada Rajah 1.11. Dalam
kitaran karbon, gas karbon dioksida diserap oleh tumbuhan dan organisma pengeluar yang lain
untuk menjalankan proses fotosintesis. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, proses
fotosintesis merupakan punca utama penghasilan bahan organik (mengandungi karbon) yang
diperlukan oleh hidupan lain. Apabila bahan organik tersebut mengalir daripada pengeluar ke
pengguna yang lain melalui rantaian makanan, sebahagian karbon (karbon dioksida) dilepaskan
semula ke atmosfera melalui proses respirasi. Selain itu, proses pereputan organisma (bahan
organik) oleh organisma pengurai juga akan mengembalikan karbon dioksida ke atmosfera.
Keseimbangan kitaran karbon boleh terganggu akibat pengurangan pengeluar seperti
penebangan pokok yang berlebihan disamping peningkatan aktiviti manusia (contoh: industri
dan pertanian).

Rajah 1.11: Kitar karbon
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 13


KITARAN NITROGEN

Sepertimana karbon, nitrogen juga merupakan bahan yang penting bagi benda hidup. Sumber
utama nitrogen adalah gas nitrogen di atmosfera. Kitaran nitrogen adalah seperti pada Rajah
1.12. Berbeza daripada karbon dioksida, gas nitrogen tidak boleh diserap atau digunakan
secara terus oleh organisma pengeluar. Disebabkan itu, nitrogen perlu ditukarkan kepada
bentuk yang larut air melalui gabungan dengan bahan lain seperti hidrogen, karbon dan
oksigen. Proses penukaran bentuk nitrogen dikenali sebagai proses pengikatan nitrogen.
Proses pengikatan nitrogen dijalankan oleh sesetengah jenis bakteria, alga dan juga melalui
kilat.


Rajah 1.12: Kitar nitrogen

Proses pengikatan nitrogen menukarkan gas nitrogen kepada nitrat. Nitrat digunakan oleh
organisma pengeluar untuk mensintesis protein dan juga metabolit lain. Sepertimana yang telah
diterangkan sebelum ini, bahan yang dihasilkan oleh pengeluar akan digunakan oleh organisma
lain disepanjang rantaian makanan. Seterusnya, proses pereputan organisma pengeluar dan
pengguna oleh organisma pengurai menghasilkan satu lagi bentuk nitrogen yang baru iaitu
ammonium. Bakteria penitritan pula akan menukarkan semula sebatian ammonium kepada
nitrat. Akhir sekali, bakteria pendenitritan menukarkan nitrat kepada gas nitrogen dan nitrogen
diserap semula ke atmosfera.







U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 14


KITARAN OKSIGEN

Oksigen (O
2
) merupakan unsur yang paling penting bagi benda hidup. Sepertimana bahan lain,
sumber utama oksigen adalah gas oksigen dari atmosfera. Seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.13, tumbuhan dan haiwan menyerap oksigen samada dari udara atau air untuk proses
respirasi. Sebahagiannya akan dikembalikan ke atmosfera dalam sebagai karbon dioksida
(CO
2
) dan wap air (H
2
O). Selain itu, gas oksigen dilepaskan ke atmosfera oleh organisma
pengeluar melalui proses fotosintesis.


Rajah 1.13: Kitar oksigen

KITARAN SULFUR

Organisma memerlukan sulfur untuk mensintesis amino asid dan protein. Di atmosfera, sulfur
wujud dalam bentuk gas seperi sulfur diosida dan hidrogen sulfida. Di dalam tanah pula, sulfur
wujud sebagai ion sulfat dan sulfit. Gas sulfur dioksida terhasil melalui proses seperti letusan
gunung berapi, pelepasan asap kenderaan dan juga industri. Hidrogen sulfida pula lazimnya
terhasil disebabkan oleh aktiviti bakteria. Di atmosfera, sulfur dioksida akan teroksida bagi
membentuk sulfur trioksida yan larut dalam air dan kembali ke bumi bersama air hujan. Kitaran
sulfur dalam ekosistem juga sangat bergantung kepada aktiviti bakteria sulfur samada jenis
aerobik atau anaerobik. Sulfur yang terkandung dalam tisu haiwan dan tumbuhan yang mereput
akan memasuki tanah. Di dalam tanah, bakteria sulfur berupaya menukar bahan sulfida kepada
bentuk sulfat yang boleh diserap dan diguna oleh tumbuh-tumbuhan.







U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 15


KITARAN FOSFORUS

Fosforus merupakan bahan penting yang diperlukan oleh organisma untuk pertumbuhan sel
dan sintesis bahan genetik. Fosforus banyak terkandung di dalam tanah dan batuan, dan wujud
dalam bentuk tidak organik (inorganik). Fosforus inorganik boleh diserap oleh tumbuhan dan
ditukarkan kepada organo fosfat. Salah satu sumber fosforus dalam tanah adalah baja yang
digunakan untuk pertanian. Fosforus juga memasuki persekitaran akuatik melalui air larian
permukaan. Kepekatan fosforus yang tinggi dalam sumber air menyebabkan pertumbuhan sel
alga secara berlebihan. Seperti juga bahan lain, fosforus yang terkandung dalam organisma
akan dikembalikan ke tanah atau air melalui proses penguraian organisma pengeluar dan
pengguna yang telah mati. Kitar fosforus adalah seperti pada Rajah 1.14.



Rajah 1.14: Kitar fosforus



Apakah proses yang menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia?


___________ adalah organisma pengeluar, manakala haiwan seperti ikan adalah
organisma _____________. Selain itu, bakteria dan kulat adalah contoh organisma
_____________.







C
D
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 16


RINGKASAN

1. Sains alam sekitar boleh didefinasikan sebagai satu bidang kajian yang sistematik
mengenai alam sekitar dan kedudukan kita di dalamnya.
2. Sains alam sekitar menggunakan kaedah-kaedah saintifik untuk mengkaji proses dan
sistem di sekeliling kita.
3. Komponen alam sekitar boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu komponen
abiotik dan biotik.
4. Komponen abiotik terdiri daripada tiga subkomponen utama iaitu atmosfera (udara),
hidrosfera (air) dan litosfera (tanah).
5. Komponen biotik pula dikenali sebagai biosfera, yang terdiri dari komuniti benda-benda
hidup seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, alga, kulat, bakteria dan lain-lain.
6. Atmosfera adalah lapisan udara yang menyelimuti bumi sehingga kira-kira 300 kilometer
dari permukaan bumi.
7. Atmosfera merupakan lapisan udara atau gas yang melindungi bumi dari radiasi kosmik
dan menyediakan oksigen, makronutrien nitrogen dan karbon dioksida yang diperlukan
untuk proses fotosintesis.
8. Hidrosfera adalah semua sumber air di permukaan dan juga di bawah tanah. Sumber air
boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu air masin dan air tawar.
9. Litosfera adalah kerak bumi yang terdiri daripada tanah dan batuan. Tanah terdiri
daripada bahan organik, bahan bukan organik (mineral), udara dan air.
10. Biosfera merupakan lingkungan yang dihuni oleh benda hidup. Biosfera juga boleh
dikenali sebagai zon benda hidup.
11. Empat komponen dalam alam sekitar iaitu atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera
adalah saling berkaitan bagi membentuk ekosistem.
12. Ekosistem adalah kumpulan benda hidup samada tumbuh-tumbuhan, haiwan atau
organisma hidup lain yang hidup bersama-sama dan berinteraksi dengan persekitaran
abiotik di mana mereka tinggal.
13. Tenaga cahaya daripada matahari adalah punca tenaga dalam ekosistem.
14. Bahan seperti nutrien bergerak melalui ekosistem dalam bentuk kitaran, melalui kedua-
dua komponen abiotik dan biotik bumi.
15. Pergerakan bahan nutrien melalui ekosistem ini dikenali sebagai kitaran biogeokimia.
16. Kitaran biogeokimia yang memainkan peranan penting dalam ekosistem termasuklah
kitaran hidrologi, karbon, nitrogen, oksigen, sulfur dan fosforus.









U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 17


PETA KONSEP




























terdiri dari
Atmosfera Hidrosfera Litosfera
Biosfera
4 lapisan utama
1. Troposfera
2. Stratosfera
3. Mesosfera
4. Termosfera
1. Air tawar
2. Air masin
2 komponen
1. Tanah
2. Batuan
Benda hidup
(Organisma)
adalah
Satu bidang kajian yang
sistematik mengenai alam
sekitar dan kedudukan kita
di dalamnya.
Sains alam sekitar
Sains Alam Sekitar
terdiri daripada komponen
Abiotik Biotik
Saling berkaitan
dan membentuk
Ekosistem
Berfungsi kerana
Kitaran biogeokimia
Karbon Nitrogen Oksigen Sulfur Fosforus Hidrologi
U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 18


KATA KUNCI

Atmosfera Karbon Organisma pengurai
Hidrosfera Nitrogen Penyerapan
Litosfera Oksigen Sejatan
Biosfera Sulfur Sejatpeluhan
Troposfera Fosforus Pemeluwapan
Stratosfera Ekosistem Hujan
Mesosfera Organisma pengeluar Penyusupan
Termosfera Organisma pengguna Air larian permukaan

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah sains alam sekitar?
2. Huraikan empat komponen alam sekitar dan berikan contoh perkaitan antara keempat-
empat komponen tersebut.
3. Apakah ciri-ciri yang membezakan antara lapisan atmosfera?
4. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, huraikan konsep aliran tenaga dalam
ekosistem.
5. Apakah proses-proses yang berlaku dalam kitaran hidrologi?
6. Apakah peranan organisma pengeluar, pengguna dan pengurai dalam kitaran karbon?
7. Apakah peranan bakteria penitritan dan pendenitritan dalam kitaran nitrogen?


RUJUKAN
Cunningham, W.P. and Cunningham, M.A. (2002). Principles of Environmental Science Inquiry
and application. Boston: McGraw-Hill.
Enger, E., College, D. & Smith, B.F. (2004). Environmental Science. A Study of
Interrelationship. 9
th
Ed. Washington: McGraw-Hill.








U n i t P e l a j a r a n 1 : P e n g e n a l a n S a i n s A l a m S e k i t a r | 19


JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


troposfera, stratosfera

organik, tidak organik


Proses fotosintesis yang dijalankan oleh tumbuh-tumbuhan.

Tumbuhan, pengguna, pengurai.








B
A
C
D
UNIT PELAJARAN 2
INTERAKSI POPULASI, KOMUNITI, DAN SPESIES

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. membincangkan kepelbagaian spesies;
2. menghuraikan prinsip had toleransi;
3. menerangkan konsep dinamik populasi;
4. membandingkan jenis-jenis interaksi spesies.

PENGENALAN















Rajah 2.1: Pelbagai baka arnab

Sebelum anda memulakan pembelajaran dalam unit ini, cuba anda perhatikan Rajah
2.1 di atas. Kesemua arnab di dalam rajah tersebut mempunyai persamaan dari segi
fungsi tubuhnya. Namun begitu, terdapat juga perbezaan ketara yang dapat dilihat
seperti warna dan bentuknya. Bagaimanakah kepelbagaian ini terjadi?





U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 21

ISI KANDUNGAN

rganisasi kehidupan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu spesies, populasi,
dan komuniti. Ketiga-tiga peringkat ini akan dibincangkan di dalam unit ini. Pada
peringkat spesies, anda akan mempelajari bagaimana kepelbagaian spesies boleh
terbentuk. Seterusnya, pada peringkat populasi, anda akan mempelajari ciri-ciri
populasi iaitu prinsip had toleransi dan dinamik populasi. Anda juga akan mempelajari
bagaimana spesies yang berbeza-beza berinteraksi pada peringkat komuniti.


KEPELBAGAIAN SPESIES

ahukah anda bagaimana kepah mempunyai keupayaan untuk menahan ombak yang
kuat, terdedah kepada cahaya matahari dan angin yang mengeringkan setiap hari, dan
ancaman suhu panas dan sejuk yang ekstrim mengikut musim? Bagaimana pula kaktus
seperti Carnegiea gigantea bermandiri dalam suhu melampau dan kering yang ekstrim
di padang pasir? Pada kebiasaannya, kita mengatakan bahawa spesies ini telah beradaptasi
kepada keadaan tertentu. Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan adaptasi? Dalam
topik ini, kita akan merungkai bagaimana spesies memperoleh ciri-ciri yang membolehkannya
hidup dengan cara yang unik di persekitaran tertentu.
Dalam bidang biologi, adaptasi merujuk secara khusus kepada ciri yang dapat diturunkan
kepada anak di mana ia secara perlahan-lahan akan mengubah populasi atau spesies, tetapi
bukan individu. Ciri ini membolehkan spesies untuk hidup di persekitaran tertentu. Proses ini
diterangkan melalui teori evolusi yang dibangunkan oleh Charles Darwin dan Alfred Wallace.
Menurut teori ini, spesies berubah secara perlahan-lahan melalui persaingan untuk sumber
yang terhad dan pemilihan semulajadi. Pemilihan semulajadi adalah satu proses di mana ahli
sesuatu populasi yang dapat menyesuaikan diri paling baik kepada sesuatu keadaan
persekitaran akan hidup dan menghasilkan anak dengan lebih berjaya berbanding pesaingnya
yang kurang dapat menyesuaikan diri.
Pemilihan semulajadi bertindak ke atas kepelbagaian genetik yang sedia ada yang telah
terhasil melalui beberapa siri mutasi rawak (perubahan dalam material genetik) yang berlaku
secara spontan di dalam setiap populasi. Mutasi ini menghasilkan ciri variasi di mana
sesetengahnya adalah lebih bermanfaat berbanding yang lain di dalam keadaan tertentu.
Apabila sumber adalah terhad atau keadaan persekitaran mengenakan tekanan pemilihan ke
atas populasi, individu-individu yang memiliki ciri yang bermanfaat ini akan menjadi semakin
banyak di dalam populasi, dan spesies akan berevolusi secara perlahan-lahan atau menjadi
semakin bersesuaian dengan persekitaran tersebut. Walaupun setiap perubahan adalah kecil,
banyak mutasi telah menghasilkan pelbagai jenis bentuk hidupan yang berbeza-beza dalam
jangka masa yang panjang.

O
T
U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 22

Kepelbagaian burung ciak yang diperhatikan oleh Charles Darwin di Kepulauan Galapagos
adalah contoh klasik bagi penspesiesan yang disebabkan oleh adanya pelbagai peluang
persekitaran (Rajah 2.2). Berasal daripada satu spesies burung pemakan biji-bijian yang telah
melintasi beribu-ribu kilometer daripada tanah besar daratan, burung ciak telah berevolusi
menjadi pelbagai spesies yang berbeza dari segi rupa luaran, pemilihan makanan, dan habitat
yang didiami. Cuba anda perhatikan Rajah 2.2. Kita dapat lihat burung pemakan buah
mempunyai paruh seperti burung kakak tua; burung pemakan biji-bijian mempunyai paruh yang
berat dan mampu memecahkan bijian; sementara burung pemakan serangga mempunyai paruh
yang runcing yang membolehkannya menangkap mangsanya.

Rajah 2.2: Beberapa spesies burung ciak Kepulauan Galapagos

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, pelbagai ciri organisma muncul akibat mutasi.
Manusia juga boleh bertindak dengan memilih ciri-ciri yang digemari. Kepelbagaian warna,
bentuk, dan saiz haiwan (contoh: kucing, arnab) dan tumbuhan ( contoh: pokok bunga dan
sayur) adalah bukti pembiak-bakaan pilihan yang dilakukan oleh manusia. Anda mungkin telah
mengetahui bahawa pembiakan seksual membantu menyerakkan bahan genetik dalam bentuk
kombinasi yang baru yang dapat meningkatkan kepelbagaian dalam spesies liar mahupun
domestik. Organisma yang membiak secara aseksual juga boleh berevolusi, tetapi dalam kadar
yang lebih perlahan dari organisma yang membiak secara seksual.

U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 23

Faktor persekitaran yang mempengaruhi pemilihan dan kemandirian di alam semulajadi
termasuklah (1) tekanan fisiologi akibat ketidaksesuaian tahap bagi sesetengah faktor
persekitaran yang kritikal seperti kelembapan, cahaya, suhu, pH, atau sesuatu nutrien; (2)
pemangsaan, termasuklah parasitisme dan penyakit; (3) persaingan; dan (4) peluang.

Ketika pemilihan bertindak ke atas individu, evolusi dan adaptasi bertindak di peringkat
populasi. Individu tidak berevolusi, sebaliknya evolusi berlaku pada peringkat spesies. Setiap
individu tertakluk kepada cara hidup tertentu disebabkan oleh genetik. Kebanyakan tumbuhan,
haiwan, atau mikroorganisma mempunyai kebolehan yang terhad untuk mengubah ciri fizikal
atau tingkah laku untuk menyesuaikan diri ke sesuatu persekitaran. Walau bagaimanapun,
perubahan genetik rawak dan pemilihan semulajadi boleh mengubah keseluruhan populasi
dalam jangka masa yang panjang.

Dengan adanya pengasingan geografi atau tekanan pemilihan yang besar, ahli populasi
mungkin menjadi berbeza daripada nenek moyang mereka. Dalam keadaan ini, mereka
mungkin dianggap sebagai satu spesies yang baru yang telah menggantikan spesies yang asal.
Selain daripada itu, pemencilan subpopulasi disebabkan oleh faktor geografi atau tingkah laku
yang menghalang penukaran bahan genetik boleh membawa kepada pembentukan spesies
baru yang wujud secara bersama dengan susur galur keturunan induknya. Andaikan dua
populasi daripada spesies yang sama terpisah disebabkan oleh padang pasir atau banjaran
gunung yang tidak dapat dilintasinya. Dalam jangka masa yang panjang atau pada
kebiasaannnya berjuta-juta tahun, mutasi rawak dan tekanan persekitaran yang berbeza boleh
menyebabkan kedua-dua populasi berevolusi dalam cara yang berlainan. Pada satu tahap,
kedua-dua populasi ini tidak akan dapat membiak antara satu sama lain dengan berjaya.
Mereka kini telah menjadi dua spesies yang berbeza seperti dalam kes burung ciak Galapagos.
Sempadan yang memisahkan subpopulasi tidak semestinya sempadan fizikal. Dalam
sesetengah kes, tingkah laku seperti bila dan di mana ahli populasi makan, tidur, mengawan,
atau cara mereka berkomunikasi boleh memisahkan mereka sehingga evolusi pencapahan dan
penspesiesan boleh berlaku walaupun mereka hidup di kawasan yang sama.
Pemilihan semulajadi dan adaptasi boleh menyebabkan organisma yang mempunyai asal usul
yang sama menjadi berbeza dari aspek rupa luaran dan tingkah laku dalam jangka masa yang
panjang, namun ia juga boleh mengakibatkan organisma yang tidak berkaitan mempunyai rupa
luaran yang mempunyai tingkah laku yang hampir serupa. Proses ini dpanggil sebagai evolusi
menumpu (convergent evolution). Burung ciak Galapagos yang memakan kaktus (Rajah 2.2)
memiliki rupa luaran dan tingkah laku yang hampir serupa dengan burung kakak tua walaupun
mereka adalah sangat berbeza dari segi genetik. Ciri yang membolehkan burung kakak tua
memakan buah berfungsi dengan baik untuk burung ciak ini.

Sekarang, cuba anda rujuk kembali Rajah 2.1. Dapatkah anda menjawab soalan yang
diberikan? Baka arnab yang berbeza-beza adalah hasil daripada tindakan manusia.
Apakah fungsi manusia dalam menghasilkan kepelbagaian tersebut?

U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 24

NIC EKOLOGI

abitat menerangkan tentang tempat atau satu set keadaan persekitaran di mana
sesuatu organisma itu hidup. Nic ekologi pula merupakan penerangan tentang
peranan yang dimainkan sama ada oleh spesies dalam komuniti biologi (faktor biotik)
atau keseluruhan set faktor persekitaran (faktor abiotik) yang menentukan taburan
spesies. Setiap spesies mempunyai julat keadaan fizikal dan kimia (suhu, cahaya, keasidan,
kelembapan, kemasinan, dan sebagainya) serta interaksi biologi (kehadiran mangsa dan
pemangsa, pertahanan diri, sumber nutrisi yang ada, dan lain-lain) yang mana spesies boleh
wujud dalam julat ini. Konsep ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam subtopik
Prinsip Had Toleransi. Kupasan lanjut tentang interaksi biologi pula akan diberikan dalam
peringkat komuniti.

Nic dapat dibahagikan kepada dua iaitu nic asas (fundamental niche) dan nic nyata (realized
niche). Nic asas bagi sesuatu spesies adalah keseluruhan julat sumber atau habitat yang dapat
dieksploitasinya sekiranya tiada persaingan dengan spesies lain. Nic nyata bagi sesuatu
spesies pula ialah sumber atau habitat yang benar-benar dieksploitasi oleh spesies itu. Sebagai
contoh, rakun (sejenis musang Amerika) adalah generalis yang makan pelbagai jenis makanan
dan hidup dalam pelbagai jenis habitat. Dalam pada itu, beruang panda pula merupakan
pengkhusus yang mempunyai nic yang kecil. Berdasarkan ciri tersebut, organisma pengkhusus
biasanya lebih jarang ditemui berbanding organisma generalis.

Nic boleh berevolusi seperti ciri fizikal. Prinsip penyingkiran persaingan (law of competitive
exclusion) menyatakan bahawa tiada dua spesies boleh mempunyai nic yang sama dan
bersaing untuk sumber yang sama dalam habitat yang sama pada jangka masa yang panjang.
Sebagai contoh, satu kumpulan akan mendapat bahagian sumber yang lebih besar sementara
satu kumpulan lagi sama ada akan bermigrasi, atau menjadi pupus, atau mengubah tingkah
laku atau fisiologinya di mana persaingan dapat diminimakan. Proses ini disebut sebagai
pembahagian sumber (resource partitioning, Rajah 2.3). Pembahagian sumber menghasilkan
pengkhususan yang membolehkan beberapa spesies menggunakan bahagian-bahagian
berbeza daripada sumber yang sama dan wujud bersama dalam satu habitat.

Rajah 2.3: Pembahagian sumber dan pengkhususan nic disebabkan oleh persaingan.
Persaingan berlaku apabila nic dua spesies bertindih di sepanjang cerun sumber.
H
U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 25

Saiz julat nic nyata biasanya lebih ____________ daripada julat nic asas.

POPULASI

etelah mempelajari tentang spesies, kini kita beralih pula ke peringkat populasi.
Populasi adalah sekumpulan individu dari spesies yang sama dan menduduki kawasan
yang sama. Kita telah ketahui bahawa organisma di sesuatu kawasan atau habitat
berbeza daripada organisma di kawasan lain. Oleh itu, anda akan pelajari dengan lebih
mendalam bagaimana aspek fizikal dalam persekitaran mengehadkan populasi organisma.

Rajah 2.4: Taburan bagi dua spesies gajah (a) Loxodonta africana (b) Elephas maximus


Perhatikan Rajah 2.4. Spesies yang berbeza mempunyai taburan yang berbeza.
Pada pendapat anda, mengapakah sesuatu spesies itu tinggal di tempat yang
tertentu? Apakah yang menyebabkannya berupaya untuk tinggal di tempat itu? Bagaimanakah
ia menangani sumber fizikal di persekitarannya? Adakah ia mempunyai ciri-ciri tertentu?

FAKTOR KRITIKAL DAN HAD TOLERANSI

Setiap organisma hidup mempunyai had ketahanan terhadap keadaan persekitaran. Suhu,
tahap kelembapan, bekalan nutrien, dan faktor-faktor persekitaran yang lain perlu berada dalam
tahap yang sesuai untuk membolehkannya terus hidup. Pada tahun 1840, Justus von Leibig
mengutarakan bahawa satu faktor yang terhad berbanding permintaan terhadapnya merupakan
penentu yang penting dalam taburan sesuatu spesies. Seorang ahli ekologi, Victor Shelford,
kemudiannya mengembangkan prinsip faktor pengehad ini dengan menjelaskan bahawa setiap
faktor persekitaran mempunyai tahap maksimum dan minimum yang disebut sebagai had
toleransi. Sesuatu spesies itu tidak boleh bermandiri atau tidak dapat membiak apabila berada
di luar julat di antara nilai maksimum dan minimum ini. Seperti yang ditunjukkan pada Rajah
S
A
U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 26

2.5, kelimpahan bagi sesuatu spesies adalah paling tinggi sepanjang cerun persekitaran di
sekitar nilai optimum bagi faktor kritikal spesies itu. Berhampiran dengan had toleransi,
kelimpahan menurun kerana jumlah individu yang dapat bermandiri akibat tekanan daripada
faktor pengehad adalah semakin sedikit. Satu faktor yang paling menghampiri had kemandirian
ini dikatakan sebagai faktor pengehad yang kritikal yang menentukan di mana sesuatu
organisma itu boleh hidup. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan spesies, taburan
biogeografi tidak ditentukan oleh satu faktor sahaja. Sebaliknya, ia melibatkan beberapa faktor
yang berkait antara satu sama lain.

Faktor yang mengehad sesuatu spesies di habitat tertentu dipanggil faktor persekitaran.
Faktor ini mempengaruhi pertumbuhan, taburan, kelimpahan, tingkah laku, dan kemandirian
organisma. Faktor ini terbahagi kepada dua iaitu faktor abiotik (tidak hidup) yang melibatkan
gabungan persekitaran fizikal dan kimia serta faktor biotik (hidup) yang melibatkan hubungkait
dengan populasi lain. Faktor biotik akan dibincangkan dalam topik komuniti.


Rajah 2.5: Prinsip had toleransi

Had toleransi adalah lebih kritikal terhadap anak berbanding induknya. Ikan Cyprinodon,
misalnya, hidup dalam populasi terpencil dalam mata air di utara padang pasir Sonoron. Ikan
dewasa boleh hidup dalam suhu antara 0C hingga 42C dan bertoleransi terhadap kepekatan
garam dalam julat yang besar. Telur dan ikan juvenil pula hanya boleh hidup di antara 20C
hingga 36C dan mati pada tahap kepekatan garam yang tinggi. Oleh itu, pembiakan terhad
kepada sebahagian kecil julat ikan dewasa.







U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 27

DINAMIK POPULASI

ini anda telah mengetahui mengapa sesuatu spesies itu tinggal di tempat yang tertentu.
Namun begitu, kita masih belum mengetahui aspek biologi sesuatu populasi itu. Di
dalam topik ini, anda akan pelajari dinamik populasi yang merangkumi faktor yang
menyebabkan pertumbuhan dan kemerosotan populasi serta mekanisma yang
mengawal saiz populasi, taburan, dan struktur umur.

Banyak spesies mempunyai kadar pembiakan yang tinggi yang memberikan mereka potensi
untuk menghasilkan populasi yang besar dengan cepat apabila sumber adalah tidak terhad dan
mereka bebas daripada faktor pengehad. Kadar pembiakan maksimum bagi sesuatu organisma
ini disebut sebagai potensi biotik. Walau bagaimanapun, dalam keadaan sebenar,
pertumbuhan mempunyai had yang tertentu. Had ini digelar keupayaan muatan (carrying
capacity) iaitu bilangan individu maksimum bagi sesuatu spesies yang boleh ditampung oleh
sesuatu ekosistem dalam jangka masa yang panjang. Oleh kerana keadaan persekitaran boleh
berubah, maka keupayaan muatan juga berubah.

Apabila populasi melangkaui keupayaan muatan persekitaran, kadar kematian adalah melebihi
kadar kelahiran. Keluk pertumbuhan menjadi negatif dan populasi menyusut sepantas
pertumbuhannya. Populasi ini dikatakan mengalami mati rosot (dieback). Takat di mana
populasi melangkaui keupayaan muatan disebut sebagai lajak (overshoot). Pola ledakan
populasi yang diikuti oleh kemusnahan populasi dipanggil sebagai pertumbuhan Malthus.
Sesuatu populasi itu boleh mengalami kitaran pertumbuhan positif dan negatif ini berulang-
ulang kali (Rajah 2.6).

Rajah 2.6: Pola naik-turun saiz populasi mengikut pertumbuhan Malthus

Kadar pertumbuhan kebanyakan spesies dikawal oleh faktor dalaman dan luaran supaya ia
mencapai keseimbangan dengan sumber persekitarannya. Spesies-spesies ini boleh
berkembang secara eksponen apabila sumber adalah tidak terhad, tetapi pertumbuhannya
menjadi semakin perlahan apabila ia menghampiri keupayaan muatan persekitarannya. Pola ini
dipanggil pertumbuhan logistik. Faktor yang menurunkan kadar pertumbuhan populasi digelar
rintangan persekitaran.
K
U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 28


Rajah 2.7: Keluk populasi J dan S

Pertumbuhan logistik adalah berbeza dengan pertumbuhan Malthus. Seperti yang ditunjukkan
pada Rajah 2.7, Keluk J mewakili pertumbuhan tanpa rintangan seperti yang telah
dibincangkan. Pertumbuhan adalah mendadak apabila menghampiri potensi biotik maksimum
bagi sesuatu spesies. Keluk S pula mewakili pertumbuhan logistik. Kawasan di antara keluk-
keluk ini adalah kesan rintangan persekitaran secara kumulatif. Perhatikan bahawa rintangan
menjadi semakin besar dan kadar pertumbuhan logistik berkurangan apabila populasi
menghampiri keupayaan muatan persekitaran. Pola pertumbuhan Malthus dan logistik
mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing dari aspek evolusi. Jadual 2.1 berikut
menyenaraikan perbezaan strategi pembiakan spesies antara kedua-dua jenis pola
pertumbuhan populasi ini.

Jadual 2.1. Ciri-ciri strategi pembiakan
No. Strategi Malthus
(pertumbuhan dikawal oleh faktor luaran)
Strategi Logistik
(pertumbuhan dikawal oleh faktor
dalaman)
1 Jangka hayat pendek Jangka hayat panjang
2 Pertumbuhan pesat Pertumbuhan perlahan
3 Kematangan awal Kematangan lewat
4 Anak bersaiz kecil dan banyak Anak bersaiz besar dan sedikit
5 Jagaan ibu bapa dan perlindungan sedikit Jagaan ibu bapa dan perlindungan banyak
6 Investasi kepada setiap anak sedikit Investasi kepada setiap anak banyak
7 Beradaptasi kepada persekitaran yang tidak
stabil
Beradaptasi kepda persekitaran yang stabil
8 Perintis, peneroka Peringkat kemudian sesaran (succession)
9 Generalis nic Pengkhusus nic
10 Mangsa Pemangsa
11 Dikawal terutamanya oleh faktor luaran Dikawal terutamanya oleh faktor dalaman
12 Aras trofik rendah Aras trofik tinggi

U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 29

Berdasarkan ciri-ciri strategi pembiakan dalam Jadual 2.1, apakah strategi
pembiakan yang digunakan oleh tikus dan gajah?


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DINAMIK POPULASI

Individu boleh ditambah ke dalam sesuatu populasi melalui proses kenatalan dan imigrasi serta
disingkirkan melalui proses kemortalan dan emigrasi.

KENATALAN, FEKUNDITI, DAN KESUBURAN

Kenatalan adalah penghasilan individu baru melalui kelahiran, penetasan, percambahan atau
pengklonan. Ia merupakan sumber penambahan individu yang utama ke dalam populasi biologi.
Kenatalan biasanya sensitif kepada keadaan persekitaran di mana pembiakan yang berjaya
biasanya berkait rapat dengan tahap nutrisi, cuaca, keadaan tanah dan air, dan interaksi sosial
antara individu bagi sesetengah spesies. Kadar pembiakan yang maksimum di bawah keadaan
ideal berbeza-beza antara organisma dan spesifik bagi setiap spesies.

Fekunditi adalah kebolehan fizikal untuk membiak sementara kesuburan ialah ukuran jumlah
sebenar anak yang dilhasilkan. Oleh kerana kekurangan peluang untuk mencari pasangan dan
seterusnya menghasilkan anak, banyak individu yang fekun atau mempunyai daya biak tidak
dapat menyumbangkan anak untuk pertumbuhan populasinya.

IMIGRASI

Organisma diperkenalkan ke ekosistem yang baru melalui pelbagai cara seperti sebaran oleh
angin, air, dan haiwan. Haiwan juga boleh bergerak dengan terbang, berenang, atau berjalan.
Dalam sesetengan ekosistem, populasi dikekalkan dengan hanya bergantung kepada
kemasukan imigran secara berterusan.

KEMORTALAN DAN KEMANDIRIAN

Kemortalan adalah kadar kematian individu di mana ia ditentukan dengan membahagikan
bilangan organisma yang mati dalam tempoh tertentu dengan jumlah organisma yang hidup
pada permulaan tempoh tersebut. Oleh kerana bilangan individu yang hidup lebih penting
kepada populasi berbanding bilangan yang mati, maka kemortalan biasanya dinyatakan
sebagai kemandirian (survivorship) iaitu peratusan individu yang bermandiri ke tahap umur
tertentu daripada sesuatu kohort. Kemortalan turut dinyatakan sebagai kejangkaan hayat (life
expectancy) iaitu kebarangkalian bilangan tahun di mana sesuatu individu itu boleh hidup
berdasarkan umur yang diberikan. Beberapa faktor mempengaruhi kejangkaan hayat individu
seperti genetik, diet, dan tingkah laku.
B
U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 30

Jangka hayat (life span) pula adalah usia paling panjang yang dicapai oleh sesuatu organisma.
Usia maksimum direncanakan oleh aspek fisiologi sesuatu organisma itu sendiri. Terdapat
perbezaan yang besar antara jangka hayat bagi spesies yang berbeza. Sesetengah
mikroorganisma hanya hidup dalam masa beberapa minit sahaja manakala pokok pain
bristlecone contohnya mampu hidup sehingga 4,600 tahun.

Kebanyakan organisma tidak hidup menghampiri jangka hayat maksimum akibat kematian pada
usia yang lebih muda melalui pemangsaan, parasitisme, penyakit, kemalangan, pergaduhan,
dan pengaruh persekitaran seperti cuaca dan nutrisi. Perbezaan kelanjutan usia antara spesies
ditunjukkan dalam keluk kemandirian (Rajah 2.8).


Rajah 2.8: Keluk kemandirian bagi organisma


Keluk kemandirian jenis I menunjukkan kadar kemandirian yang tinggi di kalangan individu
muda dan pertengahan usia dan diikuti oleh kadar mortaliti yang tinggi di kalangan individu
yang tua. Pola ini biasanya dimiliki oleh pengguna peringkat atas dalam ekosistem. Keluk
kemandirian jenis II pula menunjukkan kadar kemandirian yang malar sepanjang hayat di
mana kebarangkalian kematian adalah tidak berkaitan dengan usia seperti akibat kemalangan
dan keracunan. Sementara itu, keluk kemandirian jenis III mempamerkan kadar mortaliti yang
tinggi di kalangan individu muda serta diikuti oleh kadar kemandirian yang tinggi. Pola ini
biasanya dimiliki oleh organisma yang berada pada dasar rantaian makanan.




U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 31

EMIGRASI

Emigrasi adalah pergerakan individu keluar dari populasi. Faktor penyebaran yang
membenarkan organisma bermigrasi ke tempat lain adalah penting untuk menyingkirkan
lebihan individu dalam populasi asal. Ia juga boleh membantu melindungi spesies. Jika populasi
asal dimusnahkan oleh perubahan persekitaran, gen mereka masih lagi dibawa oleh
keturunannya di tempat lain.

Pada pendapat anda, keluk kemandirian yang manakah dimiliki oleh manusia?


FAKTOR PENGEHAD POPULASI

Terdapat dua jenis faktor yang mengehadkan populasi iaitu faktor bergantung kepadatan dan
faktor bebas kepadatan. Faktor bergantung kepadatan mengurangkan pembiakan berjaya dan
muncul atau menjadi semakin teruk akibat kesesakan populasi. Persaingan terhadap sumber
yang terhad menyebabkan kesan bergantung kepadatan, sama seperti penyakit. Patogen dan
parasit tersebar dengan mudah apabila perumahnya bersesak antara satu sama lain. Faktor
bergantung kepadatan mengawal saiz populasi melalui suap balik negatif. Kepadatan yang
tinggi menyebabkan faktor ini bertindak, dan kesannya menyebabkan kepadatan populasi
berkurang. Pertumbuhan logistik adalah hasil daripada kesan suap balik ini.

Faktor bebas kepadatan juga menurunkan pembiakan berjaya, tetapi kebarangkaliannya untuk
berlaku serta magnitud kesannya adalah tidak berkaitan dengan kesesakan. Contoh faktor
bebas kepadatan adalah api, ribut salji, dan gempa bumi. Persamaan pertumbuhan logistik
tidak dapat digunakan untuk menjangka kesan faktor bebas kepadatan.









Rajah 2.9: Kepelbagaian spesies dalam ekosistem

Perhatikan Rajah 2.9 di atas. Pelbagai spesies wujud bersama dalam satu
ekosistem. Bagaimanakah spesies yang berbeza ini berhubungkait antara satu sama
lain?
U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 32

KOMUNITI

ini kita beralih pula ke peringkat komuniti. Komuniti merujuk kepada sekumpulan
organisma dari spesies berlainan yang wujud di kawasan yang sama serta saling
berinteraksi. Interaksi spesies ini merupakan faktor biotik yang telah disebutkan dalam
subtopik Nic Ekologi. Jenis-jenis interaksi spesies akan dibincangkan dalam topik ini.

KOMENSALISME

Komensalisme adalah interaksi di mana satu spesies mendapat manfaat sementara satu lagi
spesies tidak menerima apa-apa kesan. Sebagai contoh, ikan jerung seringkali mengalami
pelekatan ikan lain iaitu remora ke badannya. Remora mendapat manfaat daripada interaksi ini
dengan memakan sisa makanan ikan jerung sementara ikan jerung pula tidak menghadapi
masalah mahupun mendapat manfaat daripada interaksi ini. Contoh lain bagi komensalisme
adalah hubungan antara pokok dan tumbuhan epifit. Epifit ialah tumbuhan yang hidup di
permukaan tumbuhan lain tetapi tidak memdapatkan sumber daripada tumbuhan itu. Melalui
interaksi ini, epifit dapat hidup di kawasan pokok yang lebih tinggi di mana ia memperoleh lebih
banyak cahaya matahari dan kelembapan. Pokok pula tidak menerima sebarang manfaat
mahupun terjejas daripada interaksi ini.

MUTUALISME

Interaksi mutulisme memberikan manfaat kepada kedua-dua spesies yang terlibat. Antara
contoh interaksi mutualisme adalah di antara burung, kelawar, atau serangga yang bertindak
sebagai agen pendebungaan dengan tumbuhan berbunga. Haiwan-haiwan ini mendapat nektar
yang kaya dengan tenaga dan debunga. Haiwan ini pula menyebarkan debunga dari satu
tumbuhan ke tumbuhan lain yang sama spesies. Dalam sesetengah interaksi mutulisme, kedua-
dua spesies tidak dapat melengkapkan kitar hidup masing-masing tanpa spesies yang satu lagi.
Interaksi seperti ini dialami oleh tumbuhan yucca dan kupu-kupu mendebungakannya.

Terdapat juga organisma yang menerima kebaikan dalam bentuk pertahanan melalui interaksi
mutulisme. Buran mempunyai sel menyengat (nematosista) pada tentakelnya untuk melindungi
dirinya daripada ikan. Namun begitu, ikan anemone boleh bersarang di antara tentakelnya
dengan selamat. Lapisan mukus melindungi ikan anemone daripada disengat dan tentakel
buran tersebut melindunginya daripada ikan pemangsanya. Ikan anemone pula membantu
buran dengan mengejar ikan-ikan yang boleh memakan tentakel buran.




K
U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 33

PERSAINGAN INTERSPESIFIK

Dalam interaksi persaingan, kedua-dua spesies yang terlibat terjejas pada kadar tertentu.
Persaingan berlaku apabila dua organisma memerlukan sumber penting yang terhad seperti
makanan, kawasan, dan pasangan. Persaingan terbahagi kepada dua jenis iaitu persaingan
mengganggu (interference) dan persaingan eksploitatif. Persaingan mengganggu melibatkan
satu spesies yang menghalang spesies pesaingnya secara aktif daripada menggunakan
sesuatu sumber. Misalnya satu spesies tupai tanah mengejar spesies tupai tanah yang lain
daripada habitat kerana ia enggan berkongsi biji-bijian dan tempat perlindungan. Persaingan
eksploitatif pula tidak melibatkan interaksi antara dua spesies secara langsung. Sebaliknya ia
melibatkan keadaan di mana satu spesies mengurangkan jumlah sumber yang boleh digunakan
oleh spesies pesaingnya dengan cara menggunakan sumber tersebut. Sebagai contoh, rusa
dan burung blue jay makan buah pokok oak. Semakin banyak buah oak yang dimakan oleh
burung, semakin sedikit yang tinggal untuk rusa. Semakin sama keperluan bagi dua spesies,
semakin sengit persaingannya. Menurut prinsip penyingkiran persaingan, tiada dua spesies
boleh mempunyai nic yang sama pada masa yang sama. Jika keadaan ini berlaku, persaingan
akan menjadi sangat sengit yang satu atau lebih daripada perkara berikut akan berlaku: satu
spesies akan pupus, satu spesies terpaksa bermigrasi ke kawasan lain, atau kedua-dua
spesies akan berevolusi dan membentuk nic yang sedikit berbeza agar persaingan dapat
dielakkan.

PEMANGSAAN

Pemangsaan berlaku apabila seekor haiwan menangkap, membunuh, dan memakan haiwan
lain. Dalam interaksi ini, pemangsa mendapat manfaat manakala mangsa pula terjejas.
Kebanyakan pemangsa bersaiz lebih besar daripada mangsanya serta mempunyai adaptasi
spesifikyang membantunya menangkap mangsa. Singa dan cheetah misalnya boleh berlari
dengan pantas manakala helang dan burung hantu mempunyai penglihatan yang tajam untuk
mencari mangsa.

PARASITISME

Sejenis lagi interaksi di mana satu spesies mendapat mudarat sementara satu spesies lagi
memperoleh kebaikan adalah parasitisme. Parasitisme melibatkan satu spesies organisma
(parasit) tinggal di dalam atau pada spesies organisma hidup yang lain (perumah) di mana
parasit tersebut mendapat sumber makanannya. Melalui interaksi ini, parasit memperoleh
kebaikan sementara perumah pula terjejas. Tumbuhan mistletoe yang menyerang tisu pokok
yang didiaminya dan menyerap makanan daripada pokok tersebut adalah salah satu contoh
parasitisme. Pelbagai jenis cacing, kulat, protozoa, bakteria, dan virus adalah parasit yang
penting.

U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 34

Mari kita sama-sama uji kefahaman dengan melengkapkan Jadual 2.2 di bawah
dengan menggunakan simbol yang ditunjukkan di bawah jadual tersebut.

Jadual 2.2: Jenis interaksi secara langsung antara dua spesies
Jenis interaksi Kesan ke atas Spesies 1 Kesan ke atas Spesies 2
Komensalisme
Mutualisme
Persaingan interspesifik
Pemangsaan
Parasitisme
+ = memberikan manfaat; - = memberikan mudarat; 0 = tiada kesan

SPESIES KEYSTONE

Spesies keystone adalah spesies yang mempunyai kesan yang besar ke atas komuniti
berbanding kelimpahannya. Sebagai contoh, sesetengah pokok ara tropika berbuah pada
musim di mana tiada buah lain untuk dimakan oleh haiwan pemakan buah. Jika buah ara ini
tiada, banyak haiwan yang akan mati akibat kelaparan sepanjang tempoh ketiadaan buah ini.
Dengan ketiadaan haiwan-haiwan tersebut, banyak spesies tumbuhan lain yang bergantung
kepada mereka untuk pendebungaan dan penyebaran biji benih akan turut terjejas.

Rujuk semula Rajah 2.9. Dapatkah anda cadangkan interaksi yang berlaku di antara
organisma-organisma di dalam rajah tersebut?









C
U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 35

RINGKASAN
1. Evolusi ialah perubahan organisma secara perlahan-lahan disebabkan oleh pemilihan
semulajadi.
2. Pemilihan semulajadi merujuk kepada kadar kemandirian dan pembiakan yang lebih
tinggi di antara individu yang mempunyai ciri adaptasi. Keadaan persekitaran
mendorong tekanan pemilih dengan membuatkan sesetengah ciri mempunyai kelebihan
berbanding yang lain.
3. Nic ekologi adalah fungsi ekologi di dalam komuniti. Nic ekologi juga merupakan set
keandaan persekitaran di mana organisma boleh hidup.
4. Pembahagian sumber berlaku apabila spesies beradaptasi untuk menggunakan satu
sumber dengan cara yang berbeza.
5. Prinsip had toleransi menyatakan bahawa bagi setiap faktor fizikal di persekitaran,
terdapat had maksimum dan minimum di mana spesies tidak boleh hidup apabila had ini
dilangkaui.
6. Apabila keadaan adalah optimum, populasi bagi kebanyakan organisma boleh
berkembang secara eksponen iaitu berkembang pada kadar yang malar per unit masa.
7. Keluk pertumbuhan yang pesat bagi pertumbuhan eksponen dipanggil keluk J.
8. Tanpa faktor luaran, pertumbuhan eksponen akan menyebabkan populasi itu mengalami
lajakan melangkaui keupayaan muatan persekitaran dan kemudiannya musnah.
9. Populasi yang dikawal oleh faktor dalaman berkembang ke arah populasi stabil dengan
menghampiri atau berada pada keupayaan muatan ekosistemnya.
10. Komponen penting dalam dinamik populasi adalah kenatalan, kesuburan, fekunditi,
jangka hayat, kelanjutan usia, kemandirian, imigrasi, dan emigrasi.
11. Organisma berinteraksi melalui pelbagai cara seperti komensalisme, mutualisme,
persaingan interspesifik, pemangsaan, dan parasitisme. Setiap interaksi ini mempunyai
kesan yang berbeza-beza ke atas spesies yang terlibat.












U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 36

PETA KONSEP























KATA KUNCI

Pemilihan semulajadi
Adaptasi
Evolusi
Nic ekologi
Had toleransi
Pertumbuhan geometri
Pertumbuhan aritmetik
Pertumbuhan logistik
Pertumbuhan Malthus
Keupayaan muatan
Kenatalan
Imigrasi
Kemortalan
Emigrasi
Kemandirian
Faktor bergantung
kepadatan
Faktor bebas
kepadatan
Komensalisme
Mutualisme
Persaingan interspesifik
Pemangsaan
Parasitisme
Spesies keystone
Populasi
Pemilihan
semulajadi
Organisma
Adaptasi
Spesies Komuniti
Interaksi
spesies
Mutulisme
Persaingan
interspesifik
Pemangsaan
Parasitisme
Spesies
keystone
Komensalisme
Evolusi
Penspesiesan
Nic ekologi
Faktor
pengehad
Pertumbuhan
eksponen

Populasi stabil
Faktor
peningkatan &
kemerosotan
populasi
Faktor
bergantung
kepadatan
Faktor bebas
kepadatan
Kenatalan
Imigrasi
Kemortalan
Emigrasi
U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 37

PENILAIAN KENDIRI

1. Huraikan secara ringkas proses penspesiesan.
2. Apakah perbezaan di antara nic asas dan nic nyata?
3. Jelaskan prinsip had toleransi.
4. Terangkan pertumbuhan eksponen dan aritmetik.
5. Apakah perbezaan di antara keluk J dan keluk S. Nyatakan contoh organisma yang
mengalami pertumbuhan jenis ini.
6. Apakah itu rintangan persekitaran? Bagaimana ia memberikan kepada populasi?
7. Jelaskan tiga jenis keluk kemandirian dan bincangkan apa yang dapat ia tunjukkan
berkenaan fungsi spesies dalam ekosistem.
8. Nyatakan faktor-faktor yang meningkatkan dan merosotkan sesuatu populasi. Apakah
mekanisme bagi setiap faktor ini?
9. Apakah perbezaan antara kesuburan dan fekunditi?
10. Berikan persamaan dan perbezaan antara organisma parasit dan mutualisme.
11. Apakah perbezaaan di antara pemangsaan dan parasitisme.


RUJUKAN

Cunningham, W. P., Cunningham, M. A., & Saigo, B. (2005). Environmental Science: A Global
Concern 8th Edition. New York: McGraw-Hill

Enger, E. D., Ross, F. C., & Bailey, D. B. (2005). Concepts in Biology 11
th
Edition. New York:
McGraw-Hill

Molles, Manuel, C., Jr. (2005). Ecology: Concepts and Applications 3
rd
Edition. New York:
McGraw-Hill

Starr, C., Evers, C. A., & Starr, L. (2008). Biology: Concepts and Applications 7th Edition. USA:
Thomson Brooks/Cole






U n i t P e l a j a r a n 2 : I n t e r a k s i P o p u l a s i , K o m u n i t i , d a n S p e s i e s | 38

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

kecil


Tikus: Strategi Malthus
Gajah: Strategi logistik










Jenis interaksi Kesan ke atas Spesies 1 Kesan ke atas Spesies 2
Komensalisme + 0
Mutualisme + +
Persaingan interspesifik - -
Pemangsaan + -
Parasitisme + -
C
A
B
UNIT PELAJARAN 3
KOMUNITI DAN POPULASI MANUSIA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. menjelaskan pola pertumbuhan populasi dunia;
2. menerangkan faktor yang mempengaruhi populasi dunia;
3. menghuraikan implikasi pertambahan populasi dunia;
4. menyatakan konsep peralihan demografi.

PENGENALAN

Rajah 3.1: Populasi manusia
Sebelum kita memulakan unit pelajaran ini, cuba anda perhatikan Rajah 3.1 dan
fikirkan sejenak. Bayangkan tin tersebut sebagai bumi kita. Apakah persoalan yang bermain
difikiran anda? Adakah anda terfikir bagaimanakah pola populasi manusia sebelum ianya
mencecah lebih 7 billion pada hari ini? Apakah pula faktor yang mendorong peningkatan
populasi penduduk dunia? Apakah implikasinya terhadap generasi yang akan datang? Dalam
unit pelajaran ini, anda akan mempelajari tentang pola dalam pertambahan populasi dunia
berdasarkan konsep peralihan demografi. Seterusnya, anda juga akan didedahkan tentang
faktor-faktor biologi, sosial dan politik yang mempengaruhi bilangan penduduk dunia.
Seterusnya, kesan sosial dan ekonomi ekoran peningkatan populasi dunia akan turut
dibincangkan.

U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 40
ISI KANDUNGAN

ebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan populasi penduduk dunia,
anda perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan istilah populasi. Istilah
populasi merujuk kepada suatu kumpulan individu yang tinggal bersama dalam suatu
kawasan pada masa tertentu (rujuk m/s 25). Istilah populasi dunia yang dibincangkan
dalam unit pelajaran ini adalah merujuk kepada semua penduduk yang kini berkongsi
planet bumi. Perubahan dari segi jumlah populasi dunia dikenali sebagai dinamik populasi.

Kadar perubahan jumlah individu dari masa ke semasa dikenali sebagai kadar pertumbuhan
populasi. Kadar pertumbuhan populasi adalah berkait secara langsung dengan kadar
kelahiran dan kadar kematian. Perkaitan antara kadar pertumbuhan populasi, kadar kelahiran
dan kematian boleh dirumuskan seperti dalam formula di bawah, di mana dN merupakan
perubahan dalam saiz populasi dan dt merupakan perubahan masa.




POLA PERTUMBUHAN POPULASI DUNIA

umlah populasi dunia mula direkodkan secara rasmi pada penghujung abad ke-17.
Sebelum itu, populasi dunia dianggarkan sekitar 680 juta orang (Rajah 3.2) dengan
kadar pertumbuhan yang sangat rendah. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan
pupulasi dunia meningkat secara mendadak bermula abad ke-17. Di antara tahun 1700
dan 1750, kadar pertumbuhan populasi adalah 0.25 peratus setahun. Menjelang tahun
1850, kadar pertumbuhan populasi meningkat kepada 0.55 peratus setahun. Pada 1960, kadar
pertumbuhan populasi mencapai 2.06 peratus setahun. Sekiranya populasi dunia meningkat
pada kadar 2.06 peratus setahun, jumlah populasi akan meningkat sebanyak satu kali ganda
hanya dalam tempoh 34 tahun. Namun begitu, kadar pertumbuhan populasi dunia telah
mengalami penurunan. Kadar pertumbuhan terkini adalah sebanyak 1.2 peratus setahun.
Walaupun kadar pertumbuhan populasi mengalami penurunan, namun populasi dunia dijangka
akan terus meningkat dan mencecah 9 billion sekitar tahun 2050.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, populasi manusia semakin meningkat disebabkan
oleh kadar kelahiran yang melebihi kadar kematian. Kelahiran dianggar menggunakan kadar
kelahiran kasar, iaitu jumlah kelahiran bagi setiap 1,000 orang dalam masa setahun. Kematian
pula dianggar menggunakan kadar kematian kasar, iaitu jumlah kematian bagi setiap 1,000
orang dalam masa setahun. Pada tahun 2004, kadar kelahiran kasar dianggarkan sekitar 21
bagi setiap 1,000 orang, manakalau kadar kematian kasar adalah 9 bagi setiap 1,000 orang. Ini
bermaksud bahawa jumlah populasi meningkat sebanyak 12 orang bagi setiap 1,000 orang
dalam masa setahun. Oleh itu, kadar pertumbuhan populasi tahunan adalah sebanyak 1.2
peratus. Peningkatan tahunan populasi dunia boleh dikira dengan mendarabkan saiz populasi
dengan kadar pertumbuhan populasi tahunan. Sebagai contoh, populasi dunia pada tahun 2004
S
J
= Kadar kelahiran Kadar kematian dN
dt
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 41
adalah sebanyak 6.4 billion. Oleh itu, populasi dunia bertambah sebanyak 77 juta pada tahun
berikutnya (12 peratus x 6.4 billion = 77 juta).


Rajah 3.2: Rajah pertumbuhan populasi dunia

Berdasarkan statistik populasi dunia 2012, secara puratanya, seramai 266 bayi
dilahirkan setiap minit. Jumlah kelahiran yang tinggi tersebut membawa kepada peningkatan
populasi dunia sebanyak 382,351 orang setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor yang
mempengaruhi jumlah kelahiran dalam sesebuah keluarga? Topik berikutnya dalam unit
pelajaran ini akan membincangkan tentang faktor-faktor penting yang mempengaruhi kadar
pertambahan populasi dunia.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN
POPULASI

eperti yang telah dibincangkan, kadar pertumbuhan populasi ditentukan oleh dua
paramater utama, iaitu kadar kelahiran dan kadar kematian. Secara umumnya, kadar
pertumbuhan populasi yang berkait dengan kadar kelahiran dan kadar kematian
adalah ditentukan oleh faktor-faktor biologi, sosial dan poltik. Faktor biologi yang akan
dibincangkan adalah berkaitan dengan kelahiran dan kematian. Seterusnya, faktor-
faktor sosial dan politik yang menentukan kelahiran dan kematian juga akan dibincangkan.


S
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 42
FAKTOR BIOLOGI

stilah kadar kesuburan total digunakan untuk menggambarkan purata bilangan anak yang
dilahirkan oleh seseorang wanita sepanjang usia kesuburannya. Kadar kesuburan total
adalah berbeza mengikut rantau (Rajah 3.3). Pada sekitar tahun 1960, kadar kesuburan
total bagi rantau sub sahara Afrika, Afrika utara dan Timur tengah adalah tertinggi, iaitu
sekitar 7. Rantau Asia dan Amerika Latin pula mempunyai kadar kesuburan total antara 5
dan 6. Dalam pada itu, rantau yang lebih maju termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia
Tengah mempunyai kadar kesuburan total paling rendah, iaitu sekitar 3. Kadar kesuburan
didapati semakin menurun di semua rantau di seluruh dunia. Di Malaysia, kadar kesuburan total
telah menurun daripada 6.3 pada tahun 1960 kepada antara 2.6 pada tahun 2010.



Rajah 3.3: Kadar kesuburan total pada skala global (sumber: World Bank, 2013)

Walaupun kadar kesuburan total menunjukkan penurunan, populasi dunia dijangka akan terus
meningkat. Hal tersebut berlaku kerana penurunan dalam kadar kelahiran telah diimbangi
dengan penurunan dalam kadar kematian, disamping jumlah penduduk sedia ada yang ramai.
Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4, kadar kematian kasar adalah semakin berkurang.
Contohnya di Malaysia, jumlah kematian bagi setiap 1,000 orang dalam masa setahun
berkurang daripada 10.6 pada tahun 1960 kepada 4.7 pada tahun 2010.

I
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 43


Rajah 3.4: Kadar kematian kasar dunia dan Malaysia (sumber: World Bank, 2013)

Selain kadar kematian yang semakin berkurang, penurunan dalam kadar kelahiran juga telah
diimbangi oleh peningkatan dalam jangka hayat penduduk. Dalam sejarah, jangka hayat
dalam masyarakat adalah antara 35 dan 40 tahun. Hal tersebut tidak bermakna bahawa tiada
penduduk hidup selepas berumur 40-an, sebaliknya, ramai orang meninggal dunia semasa
umur masih muda. Abad ke-20 telah menyaksikan transformasi global dalam kesihatan
manusia. Revolusi ini dapat dilihat dalam peningkatan dramatik dalam jangka hayat penduduk
dikebanyakan tempat. Di seluruh dunia, purata jangka hayat meningkat daripada kira-kira 40
tahun kepada 67 tahun, dalam tempoh lebih 100 tahun. Negara-negara membangun
menunjukkan peningkatan jangka hayat yang lebih tinggi (Jadual 3.1). Sebagai contoh, pada
tahun 1900, purata lelaki di negara India boleh hidup kurang daripada 23 tahun, manakala
wanita pula hanya mencapai lebih 23 tahun. Namun begitu, menjelang tahun 2005, jangka
hayat purata bagi lelaki dan wanita di India telah meningkat sebanyak hampir tiga kali ganda.
Jangka hayat yang lebih panjang adalah disebabkan oleh faktor perubatan, nutrisi, sanitasi,
bekalan air bersih dan peluang pendidikan yang lebih baik, bekalan air bersih yang mencukupi,
dan peluang pendidikan yang lebih menyeluruh.

Jadual 3.1: Perbandingan jangka hayat penduduk di India dan Jepun
1900 2007
Negara Lelaki Wanita Lelaki Wanita
India 23 23 63 66
Jepun 42 44 79 86


U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 44

Rajah 3.5: Jangka hayat penduduk semakin meningkat
Rajah 3.5 menunjukkan seorang wanita menyambut hari lahirnya yang ke-100.
Walaupun tidak semua orang boleh hidup sehingga mencecah usia sedemikian, namun pada
keseluruhannya, purata jangka hayat penduduk dunia adalah semakin meningkat. Pada
pendapat anda, adakah ia memberi kesan kepada corak demografi populasi dunia?



Jangka hayat yang semakin meningkat, di samping kadar kesuburan total yang semakin
menurun, boleh memberi kesan kepada keseimbangan populasi dunia. Hal ini berlaku kerana
dalam sesuatu komuniti, bilangan warga emas adalah lebih ramai berbanding dengan golongan
muda yang masih produktif. Peningkatan dalam nisbah golongan warga emas kepada golongan
muda boleh digambarkan seperti di dalam piramid struktur usia (Rajah 3.6).



Rajah 3.6: Contoh piramid struktur usia penduduk di negara maju

U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 45
Dalam contoh lain, kira-kira satu pertiga daripada penduduk Eropah akan berumur 60 atau lebih
menjelang 2025. Peratusan penduduk yang telah bersara dijangka akan bertambah daripada 38
peratus pada tahun 2000 kepada lebih 70 peratus pada tahun 2050. Ini bermaksud, akan
berlaku peningkatan dalam nisbah pergantungan (dependency ratio), iaitu nisbah di antara
bilangan individu bekerja kepada individu tidak bekerja (muda: tua). Hal sedemikian akan
memberi kesan sampingan seperti peningkatan dalam cukai yang perlu dibayar oleh golongan
yang bekerja. Selain itu, lebih banyak isu berkaitan kebajikan warga emas juga memerlukan
lebih perhatian oleh pentadbiran sesebuah negara.

Dengan berbantukan maklumat yang boleh didapati daripada laman web
Department of Economic and Social Affairs United Nation, cuba anda lakarkan piramid
struktur usia bagi penduduk Malaysia dan Nigeria bagi tahun 1950, 2000, dan 2050.
Apakah perbezaan antara kedua-dua piramid tersebut?



FAKTOR SOSIAL DAN EKONOMI

alam topik yang lepas, kita telah membincangkan tentang faktor biologi, iaitu
kelahiran dan kematian yang mempengaruhi kadar pertumbuhan populasi.
Sekarang, mari kita teruskan topik pelajaran ini dengan membincangkan tentang
faktor sosial dan ekomomi yang mempengaruhi kelahiran atau kesuburan dalam
suatu komuniti.
Keputusan sesebuah keluarga berkaitan bilangan orang anak yang diingini adalah banyak
bergantung pada pelbagai faktor sosial dan ekonomi. Keputusan tersebut, walaupun berlaku
pada aras hierarki yang rendah iaitu aras keluarga, pastinya akan mempengaruhi saiz populasi
sesuatu komuniti.


Tahap pendidikan dan umur perkahwinan golongan wanita
Faktor sosial utama yang menentukan bilangan kelahiran atau saiz keluarga adalah peranan
wanita dalam masyarakat. Dalam masyarakat yang didominasi oleh golongan lelaki dan wanita
tidak mendapat peluang pendidikan yang mencukupi, peranan wanita lebih bersifat tradisional
iaitu berkahwin, melahirkan dan membesarkan anak.

Peluang pendidikan boleh memberi kuasa kepada wanita untuk menentukan kesuburan mereka
sendiri. Hal tersebut berlaku apabila wanita mempunyai keupayaan dan pengetahuan untuk
bertindak dan membuat keputusan, sebagai contoh, keupayaan untuk mengawal kesuburan
mereka sendiri dengan menggunakan kaedah perancangan keluarga. Selain itu, wanita yang
berpendidikan mempunyai peluang kerjaya yang lebih cerah. Oleh itu, peranan wanita tidak
hanya terbatas kepada peranan tradisional sahaja.

D
A
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 46
Selain itu, pendidikan juga boleh melambatkan perkahwinan wanita. Hal tersebut secara tidak
langsung menyebabkan umur wanita ketika melahirkan anak pertama menjadi lebih tinggi
berbanding dengan wanita yang tidak mendapat peluang pendidikan. Di negara di mana
peluang pendidikan bagi wanita adalah terhad seperti Afrika, kira-kira 17 peratus daripada
jumlah kelahiran adalah daripada wanita yang berumur antara 15 hingga 19 tahun. Sekiranya
wanita lebih berumur ketika melahirkan anak pertama, peluang wanita mereka untuk melahirkan
ramai anak akan lebih dibatasi oleh usia dan tempoh kesuburannya.

Budaya, kepercayaan tradisi dan agama
Budaya, kepercayaan tradisi dan agama memainkan peranan penting dalam menentukan kadar
kelahiran. Sesetengah budaya lebih cenderung untuk memupuk keinginan untuk mempunyai
keluarga yang besar agar kesejahteraan semasa usia tua akan lebih terjamin. Selain itu, ada
juga yang mengganggap bahawa anak-anak boleh membawa pendapatan. Berlainan dengan
anggapan dan budaya penduduk di negara yang maju, kelahiran boleh memberi implikasi
kewangan yang sangat serius. Oleh itu, mereka lebih gemar memilih untuk mempunyai
keluarga yang kecil. Kepercayaan tradisi serta agama yang menentukan kelahiran adalah
seperti pemahaman tentang larangan terhadap penggunaan kontraseptif dan menggalakkan
kelahiran bagi tujuan menyebarkan agama. Tambahan pula, golongan lelaki yang mempunyai
ramai anak dianggap mempunyai status yang lebih tinggi dalam masyarakat.

Kemudahan perancangan keluarga
Di kebanyakkan negara termasuk Malaysia, kerajaan bertanggungjawab dalam menawarkan
penjagaan kesihatan secara percuma atau sebahagian besarnya diberi subsidi. Kemudahan
perancangan keluarga pula diberi secara percuma di semua klinik kerajaan. Oleh itu, golongan
wanita mempunyai akses yang mencukupi kepada kaedah perancangan keluarga bagi
mengawal kelahiran, sekali gus berupaya menentukan bilangan anak yang ingin dimiliki.

Keperluan tenaga kerja
Dalam masyarakat yang berpendapatan rendah seperti di India, mempunyai ramai kanak-kanak
boleh memberi peluang untuk menambahkan pendapatan keluarga. Tenga kerja kanak-kanak
banyak digunakan sama ada dalam bidang pertanian, industri, mahupun sekadar perkerjaan di
jalanan. Oleh itu, keluarga yang mempunyai lebih ramai kanak-kanak akan menjana lebih
banyak pendapatan bagi menampung keperluan kehidupan sekeluarga.

Urbanisasi
Kebanyakkan negara di dunia sedang menghadapi gelombang terbesar dalam pertumbuhan
bandar. Pada tahun 2008, buat kali pertama dalam sejarah, lebih separuh daripada penduduk
dunia tinggal di bandar. Menjelang 2030, bilangan ini akan dianggarkan akan terus meningkat
ke 5 bilion. Bagi masyarakat yang tinggal di bandar, mereka mempunyai akses yang lebih baik
terhadap perkhidmatan perancang keluarga dan cenderung untuk mempunyai anak yang
sedikit, berbanding dengan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar di mana kanak-
kanak yang diperlukan untuk melaksanakan tugas penting untuk keluarga. Selain itu,
berbanding dengan luar bandar, kos sara hidup di bandar adalah lebih tinggi dan malah
semakin meningkat. Oleh itu, kos membesarkan anak adalah lebih mahal di bandar kerana
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 47
kanak-kanak tidak memasuki pasaran tenaga buruh sehingga mencapai usia remaja atau 20-
an.

Kadar kematian bayi dan kanak-kanak
Taraf ekonomi secara langsung mempengaruhi kadar kelahiran. Masyarakat yang
berpendapatan rendah, hidup di kawasan yang kurang kemudahan asas dan akses kepada
perkhidmatan penjagaan kesihatan, akan berhadapan dengan kadar kematian bayi dan kanak-
kanak yang tinggi. Oleh itu, sesebuah masyarakat tersebut sering bertindak balas terhadap
kadar kematian bayi dan kanak-kanak yang tinggi dengan meningkatkan jumlah kelahiran
dalam sesebuah keluarga.

Bagaimanakah tahap pendidikan mempengaruhi tahap kesuburan wanita?




FAKTOR POLITIK

elain faktor-faktor sosial dan ekonomi yang telah dibincangkan, kadar kelahiran dan
kesuburan juga dipengaruhi oleh faktor politik. Langkah-langkah tertentu yang diambil
oleh pihak kerajaan, boleh mempengaruhi kadar kelahiran secara langsung atau tidak
langsung, sama ada untuk menggalakkan atau mengehadkannya. Contoh-contoh
langkah atau polisi kerajaan adalah seperti yang tersenarai di dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Langkah-langkah menggalakkan atau mengehadkan kadar kelahiran
Langkah menggalakkan kelahiran Langkah mengehadkan kelahiran
Kemudahan cuti bersalin yang dibiayai Kemudahan perancangan keluarga
Mempertingkatkan kemudahan penjagaan
kanak-kanak bagi ibu-bapa yang bekerja
Meningkatkan had umur minima untuk berkahwin
Kemudahan potongan cukai anak Polisi seorang anak satu keluarga (One child
policy)

Antara langkah-langkah yang telah disenaraikan, Polisi seorang anak satu keluarga (One child
policy) dianggap sebagai satu langkah yang paling berkesan, walau bagaimanapun ianya
banyak menimbulkan kontroversi. Contoh negara yang mengamalkan Polisi seorang anak satu
keluarga ialah China. Pelaksanaan polisi tersebut sejak tahun 1979 telah berjaya
mengurangkan kadar kesuburan total penduduknya daripada 6 ke 1.8 dalam tempoh yang
singkat, iaitu dua dekad. Melalui polisi tersebut, China telah berjaya mengeluarkan kira-kira 300
juta penduduknya dari belenggu kemiskinan. Di sebalik kejayaan tersebut, terdapat banyak
masalah yang timbul ekoran pelaksanaan polisi tersebut. Bayi lelaki menjadi pilihan utama
berbanding bayi perempuan. Hal tersebut membawa kepada perbuatan yang kurang bermoral
seperti pengguguran janin perempuan. Selain itu, kecenderungan untuk mendapatkan anak
S
B
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 48
lelaki telah membawa kepada ketidakseimbangan jantina di China. Pada masa sekarang, China
mempunyai lebih banyak penduduk lelaki berbanding wanita.

Pada pendapat anda, adakah Malaysia menggalakkan kelahiran atau mengehadkan
kelahiran? Jelaskan pendapat anda.

Selain China, negara apakah yang turut mengamalkan Polisi seorang anak
satu keluarga?


Senaraikan kesan-kesan negatif ekoran pelaksanaan Polisi seorang anak satu
keluarga .




KESAN-KESAN PENINGKATAN PENDUDUK DUNIA

etelah mengikuti ulasan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
populasi, pastinya anda ingin mengetahui tentang implikasi pertambahan penduduk
dunia. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, penduduk dunia akan terus
meningkat dan mencecah 9 billion orang sekitar tahun 2050. Peningkatan jumlah
populasi dunia sudah pasti akan memberi kesan dari segi sosial, ekonomi, kualiti
alam sekitar dan juga bekalan sumber asli.


KESAN SOSIAL
Peningkatan yang besar dalam jumlah penduduk dikatakan lebih tertumpu di negara-negara
miskin dan mundur. Dari segi sosial, peningkatan jumlah penduduk akan memberi kesan
kepada kualiti dan taraf hidup masyarakat. Jumlah penduduk yang semakin meningkat akan
mengehadkan akses kepada sumber-sumber yang ada. Sumber-sumber tersebut termasuklah
ruang, makanan, sumber ekonomi dan juga sumber asli yang diperlukan bagi kehidupan
manusia. Negara-negara kaya dengan mempunyai lebih banyak sumber boleh menampung
keperluan penduduk yang lebih ramai berbanding negara-negara miskin. Oleh itu, bagi negara-
negara miskin, masalah kemiskinan akan menjadi lebih serius kerana kebanyakkan penduduk
tidak mendapat sumber kehidupan yang mencukupi. Oleh sebab itu, kualiti hidup masyarakat
dalam sesebuah negara dikatakan dapat dikekalkan sekiranya jumlah penduduk meningkat
pada kadar yang lebih perlahan.


S
C
D
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 49
KESAN EKONOMI
Pertambahan jumlah penduduk dalam sesebuah negara akan menyebabkan peningkatan
dalam keperluan untuk aktiviti ekonomi dan pekerjaan. Keperluan tersebut sudah pasti akan
memberi kesan ekonomi terhadap sesebuah negara. Keperluan yang penting termasuklah
infrastruktur, sumber makanan, utiliti (air, gas, elektrik), pengangkutan awam (keretapi, bas),
pembangunan tanah (kediaman, perindustrian), komunikasi (jalur lebar), kesihatan (katil
hospital, perkhidmatan kecemasan), pendidikan (sekolah, universiti), sosial (tadika, penjagaan
kanak-kanak, penjagaan orang tua), keperluan masyarakat (perpustakaan, seni, rekreasi) dan
perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.

PENINGKATAN KEPERLUAN SUMBER MAKANAN
Berdasarkan statistik kebuluran dan kemiskinan yang diterbitkan oleh The Hunger Project
(www.thp.org), kira-kira 870 juta penduduk dunia tidak mendapat makanan yang mencukupi.
Tambahan lagi, 2.6 juta kematian kanak-kanak setiap tahun adalah disebabkan oleh
kekurangan zat makanan. Masalah tersebut berlaku di negara-negara membangun di benua
Afrika, Asia, dan Amerika Latin. Memandangkan kadar pertumbuhan populasi yang tinggi di
negara-negara tersebut, krisis makanan dijangka akan bertambah serius. Ini adalah kerana
pertambahan populasi manusia akan mengurangkan ruang dan sumber yang diperlukan bagi
aktiviti pertanian iaitu tanaman dan juga ternakan. Dalam masa yang sama, keperluan bekalan
makanan dianggarkan semakin meningkat pada masa akan datang (Rajah 3.7). Permintaan
pasaran yang tinggi akan menyebabkan harga komoditi meningkat, dan seterusnya akan
memberi kesan negatif kepada kesejahteraan penduduk dunia, terutamanya bagi negara yang
mempunyai kuasa ekonomi yang rendah.


Rajah 3.7: Peningkatan keperluan bekalan makanan antara tahun 2007 dan 2050






U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 50
PENINGKATAN KEPERLUAN BEKALAN AIR
Seperti yang anda telah pelajari dalam Unit Pelajaran 1, air merupakan antara sumber yang
paling penting dalam kehidupan manusia. Kira-kira 70 peratus daripada muka bumi ini dilitupi
oleh air. Namun begitu, hanya sejumlah kecil sahaja (~3 peratus) yang sesuai digunakan untuk
tujuan domestik dan perbandaran. Tambahan lagi, sumber air kita juga berhadapan dengan
kemerosotan dari segi kuantiti dan kualiti ekoran peningkatan dalam pencemaran air dan juga
perubahan iklim yang memberi kesan kepada keseimbangan kitar hidrologi.

Pertambahan populasi manusia merupakan penyebab utama kepada pertambahan permintaan
terhadap bekalan air dunia. Keperluan air adalah semakin meningkat di semua kawasan di
seluruh dunia (Rajah 3.8). Disebabkan sumber air yang semakin terhad jika dibandingkan
dengan keperluan yang semakin meningkat, krisis air dijangka akan menjadi isu utama yang
perlu dihadapi oleh penduduk dunia. Pada masa hadapan, keperluan air dijangka akan melebihi
bekalan di sesetengah negara. Dianggarkan pada tahun 2025, kira-kira 1.8 billion penduduk
dunia akan tinggal di kawasan kekurangan air, iaitu bekalan air tahunan kurang daripada 1,000
m
3
bagi setiap orang penduduk. Kekurangan bekalan air akan memberi kesan negatif kepada
sesebuah negara dari segi pertumbuhan ekonomi, kesihatan alam sekitar, dan juga
pengeluaran bekalan makanan.



Rajah 3.8: Peningkatan keperluan bekalan air antara tahun 1900 sehingga 2025









U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 51
PENINGKATAN KEPERLUAN SUMBER TENAGA
Sebagaimana senario berkaitan sumber air, pertambahan populasi dunia juga sudah pastinya
meningkatkan permintaan terhadap keperluan bekalan sumber tenaga (Rajah 3.9). Seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.9, terdapat peningkatan dalam pola penggunaan semua jenis
sumber tenaga iaitu petroleum, gas asli, arang batu, tenaga nuklear, dan juga lain-lain jenis
tenaga boleh diperbaharui. Peningkatan permintaan tenaga secara keseluruhannya adalah
sebanyak 1.6 peratus setahun. Bagi sumber tenaga petroleum, penggunaannya dijangka terus
meningkat pada kadar purata tahunan 1.0 peratus antara 2008-2035.

Seperti yang kita telah ketahui, sumber tenaga utama iaitu petroleum, gas asli, arang batu
merupakan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Oleh itu, sumber tenaga tersebut adalah
semakin berkurangan dan menyebabkan harga sumber tenaga tersebut menjadi semakin tinggi.
Sebagai langkah persediaan untuk menghadapi krisis tenaga pada masa hadapan, sumber
tenaga boleh diperbaharui perlu lebih diberi perhatian. Secara purata, penggunaan sumber
tenaga boleh diperbaharui adalah meningkat sebanyak 2.8 peratus setahun. Hal ini adalah
disebabkan oleh insentif dan komitmen yang diberikan kebanyakkan negara di dunia, termasuk
Malaysia untuk terus meningkatkan penerokaan dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.




Rajah 3.9: Peningkatan keperluan tenaga berdasarkan jenis-jenis sumber



Bagaimanakah pembangunan dalam sains dan teknologi dapat
mengatasi masalah berkaitan pertambahan populasi manusia?



E
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 52
KONSEP PERALIHAN DEMOGRAFI

eperti yang telah dibincangkan, perubahan dari segi sosial dan ekonomi memberi
kesan terhadap kadar kelahiran dan kematian. Peralihan demografi merupakan
sejarah perubahan dalam kadar kelahiran dan kadar kematian yang dikaitkan dengan
transformasi sosioekonomi. Transformasi sosioekonomi ini disebabkan oleh proses
pembandaran dan perindustrian. Sepanjang proses transformasi, kadar pertumbuhan
populasi akan berubah daripada rendah pada peringkat awal peralihan, kepada tinggi
semasa peralihan dan berakhir dengan rendah semula di peringkat akhir peralihan
(Rajah 3.10). Walaupun peringkat awal dan akhir proses transformasi ini dicirikan dengan kadar
pertumbuhan populai yang rendah, namun tahap kesejahteraan penduduk berubah daripada
rendah (mundur) pada peringkat awal dan kesejahteraan tinggi (maju) di peringkat akhir.
Konsep peralihan demografi juga mencadangkan bahawa penurunan kadar kelahiran dan
kematian berkait rapat dengan pengurangan jumlah keluarga yang besar kerana ibu bapa lebih
memilih kualiti daripada kuantiti anak-anak mereka.

Setiap negara mempunyai perbezaan dalam peringkat peralihan demografi. Hal ini adalah
disebabkan oleh perbezaan dari pertumbuhan ekonomi, segi budaya dan adat resam. Secara
umumnya, keseluruhan konsep peralihan demografi boleh dibahagikan kepada empat peringkat
utama (Rajah 3.10). Ulasan bagi setiap peringkat dalam peralihan demografi adalah seperti di
dalam Jadual 3.3.

Rajah 3.10: Peringkat peralihan demografi

S
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 53
Jadual 3.3: Ciri-ciri setiap peringkat dalam peralihan demografi
Peringkat 1 2 3 4
Kadar kelahiran Tinggi
Kesedaran tentang
perancangan keluarga
yang rendah. Anak yang
ramai diperlukan bagi
menampung keperluan
tenaga buruh.
Tinggi
Kadar perancangan
keluarga masih rendah.
Menurun
Penduduk mengamalkan
perancangan keluarga
menyebabkan saiz
keluarga menjadi kecil.
Taraf pendidikan
mengubah status kaum
wanita.
Rendah
Taraf hidup dan
sosioekonomi yang tinggi
Kadar kematian Tinggi
Tahap dan taraf kesihatan
yang rendah.
Kurang ubat-ubatan untuk
merawat penyakit.
Kekurangan bekalan
makanan.
kadar pengangguran yang
tinggi
Menurun
Kemajuan dalam bidang
perubatan
Makanan yang mencukupi

Rendah
Taraf kesihatan meningkat
bekalan makanan
mencukupi
Penjagaan kesihatan
menyebabkan jangka
hayat penduduk yang
lebih panjang.
Rendah
Peningkatan kesihatan
dan kemudahan
perubatan.
Kadar
pertumbuhan
populasi
Rendah

Meningkat Meningkat Rendah
Aktiviti utama adalah
pertanian.Semua negera
berada dalam peringkat ini
pada tahun 1800-an.

Proses perbandaran dan
perindustrian baru
bermula.
Penerapan teknologi mula
diperkenalkan.Kesemua
negara dunia ketiga
berada dalam peringkat
ini.
Perbandaran, modenisasi
dan perindustrian menjadi
semakin kompleks.
Peringkat ini merujuk
kepada negara yang
sedang memajukan sektor
industrinya seperti
Thailand dan Malaysia.
Peringkat ini merujuk
kepada negara yang telah
mencapai status negara
maju seperti Amerika
Syarikat, Australia,
Sweden, dan Jepun.
Jumlah orang dewasa
melebihi kanak-kanak.

U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 54
RINGKASAN
1. Kadar perubahan jumlah individu dari masa ke semasa dikenali sebagai kadar
pertumbuhan populasi.
2. Kadar pertumbuhan populasi berkait secara langsung dengan kadar kelahiran dan kadar
kematian.
3. Kadar kesuburan adalah semakin menurun sejak tahun 1960 bagi negara-negara di
semua rantau di seluruh dunia.
4. Penurunan dalam kadar kelahiran telah diimbangi oleh peningkatan dalam jangka hayat
penduduk.
5. Jangka hayat yang lebih panjang adalah disebabkan oleh faktor nutrisi dan sanitasi yang
lebih baik, bekalan air bersih yang mencukupi, peluang pendidikan yang lebih
menyeluruh, dan juga penemuan baru dalam bidang perubatan.
6. Faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar pertumbuhan populasi:
a. Faktor biologi iaitu kadar kelahiran dan kematian.
b. Faktor sosial yang berkait dengan peranan wanita dalam masyarakat, peluang
pendidikan golongan wanita, budaya, kepercayaan tradisi dan agama, akses
kepada kaedah perancangan keluarga bagi mengawal kelahiran, keperluan
tenaga buruh kanak-kanak dan urbanisasi.
c. Faktor politik iaitu terdapatnya polisi sama ada untuk menggalakkan atau
mengehadkannya kadar kelahiran dalam sesebuah negara.
7. Kesan peningkatan jumlah penduduk dunia:
a. penurunan kualiti dan taraf hidup masyarakat.
b. peningkatan keperluan untuk aktiviti ekonomi dan pekerjaan.
c. peningkatan permintaan terhadap bahan makanan.
d. peningkatan keperluan sumber air.
e. peningkatan keperluan sumber tenaga.
8. Peralihan demografi merupakan sejarah perubahan dalam kadar kelahiran dan kadar
kematian yang dikaitkan dengan transformasi sosioekonomi. Transformasi
sosioekonomi ini disebabkan oleh proses pembandaran dan perindustrian.







U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 55
PETA KONSEP






















Tahap
pendidikan
wanita
Umur
perkahwinan
Budaya,
kepercayaan,
tradisi
Perancangan
keluarga
Keperluan
tenaga kerja
Urbanisasi
Kadar
kematian bayi
mempunyai
Populasi manusia
Tren pertumbuhan
Faktor
yang semakin meningkat
memberikan
dipengaruhi oleh
Kadar
kelahiran
Kadar
kematian
dipengaruhi oleh
Kesan
Sosial
Ekonomi
Bekalan air
Bekalan
makanan
Sumber
tenaga
Sosial dan
ekonomi
Jangka
hayat
Kadar
kesuburan
total
Biologi
Politik
Menggalakkan
kelahiran
Mengelakkan
kelahiran
Kemudahan:

1. Cuti

2. Penjagaan
anak

3. Potongan
cukai

melalui
1. Perancangan
keluarga

2. Meningkatkan
had umur
berkahwin

3. Polisi seorang
anak satu
keluarga
melalui
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 56
KATA KUNCI
Populasi dunia Kadar kematian Kaedah perancangan keluarga
Kadar pertumbuhan populasi Jangka hayat penduduk Tenaga buruh kanak-kanak
Kadar kelahiran Nisbah pergantungan Peralihan demografi
Kadar kesuburan total One child policy Transformasi sosioekonomi

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang dimaksudkan oleh kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar.
Bagaimanakah dua istilah tersebut digunakan untuk mengira kadar pertumbuhan
populasi?
2. Terangkan faktor-faktor sosial, ekonomi dan politik yang mempengaruhi kadar
pertumbuhan populasi dunia.
3. Bagaimanakah pertumbuhan populasi penduduk boleh memberi kesan sosial dan
ekonomi kepada sesebuah negara?
4. Terangkan konsep peralihan demografi.

RUJUKAN

Cunningham, W.P.& Cunningham, M.A. (2009). Principles of Environmental Science : Inquiry &
Applications. 5
th
Ed. McGraw-Hill: Boston.
Cunningham, W.P., Cunningham, M.A. & Saigo, B.W. (2007). Environmental Science. A Global
Concern. Ed. Ke-9. McGraw-Hill: Boston.
Botkin, B.B. & Keller, E.A. (2007). Environmental Science. Earth as a living planet. 6thedition.
John Wiley & Sons: USA.
Enger, E., College, D. & Smith, B.F. (2004). Environmental Science. A Study of
Interrelationship. Ed. Ke-9.: McGraw-Hill: Washington, USA.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
Malaysia

A
U n i t P e l a j a r a n 3 : K o m u n i t i d a n p o p u l a s i m a n u s i a | 57
Nigeria


Tahap pendidikan mempengaruhi tahap kesuburan wanita melalui:
-melambatkan usia perkahwinan
-mengubah peranan wanita dalam institusi keluarga
-peluang kerjaya
-Keupayaan untuk mengawal kesuburan sendiri

Singapura



Diskriminasi gender, ketidakseimbangan jantina, pengguguran bayi perempuan.



Sains dan teknologi dapat mengatasi masalah berkaitan pertambahan populasi
manusia melalui:
-Meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian.
-Penemuan baru dalam bidang perubatan dapat mengubati lebih banyak penyakit.
- Perkembangan dalam bidang kejuruteraan yang boleh membantu dalam penerokaan
dan pengurusan sumber serta pengawalan pencemaran.
B
D
E
C
UNIT PELAJARAN 4
KESIHATAN ALAM SEKITAR DAN TOKSIKOLOGI



HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. menerangkan tentang kesihatan persekitaran;
2. menghuraikan tentang toksikologi;
3. menerangkan hubungan diantara toksin dan persekitaran.


PENGENALAN



(a) (b)
Rajah 4.1: Infeksi cacing Guinea (a), cacing Guinea pada kaki seorang pesakit (b)


Cuba anda amati Rajah 4.1. Sebenarnya anda sedang melihat cacing Guinea atau
Dracunculus mediensis yang telah menjangkiti kaki seorang pesakit. Jangkitan
cacing ini juga dikenali sebagai Drakunkulosis dan kerap dihidapi oleh penduduk di negara
mundur seperti Afrika.. Kebiasaannya manusia terdedah kepada cacing ini melalui air minuman
yang tercemar. Bagaimanakah cacing ini boleh mencemari air? Tahukah anda bahawa
jangkitan ini berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan alam sekitar? Bagaimanakah faktor
alam sekitar boleh menjadi penyebab kepada pelbagai jangkitan penyakit termasuk penyakit
ini? Bagaimanakah kita boleh menangani jangkitan ini?
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 59

elalui modul ini, anda akan menerokai ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan
persekitaran termasuk definisi, risiko kesihatan dan isu-isu kesihatan persekitaran.
Anda juga akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan hubungan bidang ekologi
dan kesihatan, disamping membincangkan tentang aspek-aspek toksikologi, serta
hubungkait antara toksin dan persekitaran.


ISI KANDUNGAN

pakah itu kesihatan? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah
satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan
yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari
penyakit atau tidak berdaya. Menurut Kamus Dewan pula, kesihatan adalah berhubung
dengan sihat, kesegaran, kebaikan keadaan badan dan lain-lain.
Penyakit pula adalah suatu perubahan tidak normal pada badan yang mempengaruhi fungsi-
fungsi fizikal dan psikologikal, manakala morbiditi (sakit) dan mortaliti (kematian) pula
dipengaruhi oleh diet dan pemakanan, agen-agen jangkitan, bahan-bahan bertoksin, genetik,
trauma, tekanan dan sebagainya.


KESIHATAN PERSEKITARAN


esihatan persekitaran adalah satu cabang dalam bidang kesihatan awam yang
mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek alam
semula jadi, persekitaran dan persekitaran terbina yang mempunyai hubung kait
dengan kesihatan manusia sejagat.

Sebenarnya, kesihatan persekitaran memberi fokus tentang faktor-faktor yang menyebabkan
terjadinya sesuatu penyakit seperti elemen-elemen semulajadi, faktor sosial, gaya hidup dan
teknologi yang ada di persekitaran kita. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
menganggarkan sebanyak 24 peratus penyakit yang ada di seluruh dunia adalah disebabkan
oleh faktor-faktor persekitaran. Rajah 4.2 menyenaraikan sumber-sumber utama yang menjadi
risiko kepada kesihatan persekitaran.



M
A
K
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 60



Rajah 4.2: Sumber-sumber utama kesihatan persekitaran


Tahukah anda, badan kita sebenarnya adalah seperti satu ekosistem yang
mengandungi kira-kira 100 trilion sel yang membentuk tubuh badan kita, tetapi
hanya 10 peratus sahaja adalah sel manusia. Selebihnya adalah sel bakteria, fungus, protozoa,
atropoda dan pelbagai organisma lain. Secara ideal, kepelbagaian spesies dalam ekosistem
yang kompleks ini dapat mengekalkan keseimbangan yang harmoni. Organisma yang baik
dapat mengawal organisma yang merbahaya. Kita tidak boleh hidup sekiranya semua
organisma merbahaya ini dihapuskan, sebaliknya tubuh kita perlu mencari jalan agar hidup
dalam keseimbangan di antara persekitaran dalaman kita dan organisma-organisma terbabit.


PERUBAHAN BEBAN PENYAKIT GLOBAL

Sebelum ini, banyak pertubuhan kesihatan mengatakan gambaran keseluruhan kesihatan dunia
adalah berdasarkan statistik penyebab utama kematian. Walaubagaimanapun, data mortaliti ini
semakin berubah pada masa kini selaras dengan peningkatan teknologi perubatan yang
mampu meningkatkan kualiti kesihatan manusia sejagat kepada tahap yang lebih baik, seperti
adanya pelbagai vaksin yang telah mencegah berlakunya penyakit-penyakit berjangkit seperti
polio, malaria, cacar dan sebagainya.

Pada tahun 2020, WHO meramalkan bahawa penyakit jantung yang merupakan penyebab
kelima kematian di seluruh dunia pada dekad yang lalu akan meningkat kepada kedudukan
pertama iaitu sebagai penyebab utama kematian di seluruh dunia pada tahun 2020. Selain itu,
kadar penyakit kanser juga dijangka akan meningkat kepada 50 peratus pada tahun tersebut
(Jadual 4.1).

Agen jangkitan
Toksin
Radiasi
Trauma
Pencemaran
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 61

Jadual 4.1: Penyebab utama kematian di seluruh dunia pada tahun 1990 dan jangkaan
penyebab utama kematian pada tahun 2020
Kedudukan Penyakit di
dunia

Tahun 1990 Tahun 2020
1 Penumonia Penyakit jantung
2 Diarea Kemurungan
3 Penyakit perinatal Kemalangan trafik
4 Kemurungan Strok
5 Penyakit jantung Penyakit paru-paru kronik
6 Strok Penumonia
7 Tuberkulosis Tuberkulosis
8 Campak Peperangan
9 Kemalangan trafik Diarea
10 Kecacatan kelahiran HIV/AIDS
11 Penyakit paru-paru kronik Penyakit perinatal
12 Malaria Keganasan
13 Jatuh Kecacatan kelahiran
14 Anemia Kecederaan diri secara sengaja
15 Malnutrisi Kanser respiratori


Jika anda amati Jadual 4.1 di atas, anda akan mendapati kedudukan 15 penyakit
utama di seluruh dunia menjelang tahun 2020 akan berubah kepada penyakit yang
berlaku disebabkan oleh gaya hidup moden manusia. Contohnya penyakit paru-paru kronik
yang disebabkan oleh tabiat menghisap rokok secara meluas. Bagaimana pula dengan
kedudukan penyakit-penyakit yang lain? Mengapa ada yang meningkat dan ada yang
menurun? Cuba anda fikirkan dengan mengambil kira situasi dunia pada masa kini.


PENYAKIT BERJANGKIT

Walaupun corak penyakit di seluruh dunia telah berubah kepada penyakit akibat gaya hidup
moden seperti pada Jadual 4.1 di atas, penyakit berjangkit masih lagi wujud dan menjadi
penyebab utama kematian dalam satu per tiga akibat kematian yang berlaku akibat serangan
penyakit. Setiap tahun, penyakit seperti diarea, malaria, campak, tetanus dan sebagainya masih
lagi menjadi pembunuh utama kepada 11 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di negara-
negara membangun. Mereka memerlukan sumber pemakanan yang lebih baik, sumber air
bersih dan peningkatan kebersihan untuk menghindari jangkitan tersebut.

Pelbagai jenis patogen (organisma penyebab penyakit) seperti virus, bakteria, protozoa dan
cacing boleh menyerang manusia dan menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit yang boleh
menyebabkan kematian.
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 62

INFLUENZA

Influenza adalah sejenis penyakit berjangkit yang sangat sukar dikawal. Penyakit ini berlaku
akibat serangan virus influeza yang berupaya mengalami mutasi dengan pantas menyebabkan
ia sukar dikawal. Influenza boleh menjangkiti manusia daripada haiwan. Pandemik penyakit
influenza yang terbesar adalah pada tahun 1918 yang telah meragut 50 hingga 100 juta nyawa
penduduk dunia. Ekonomi dan kehidupan sosial turut lumpuh pada waktu itu.

PENYAKIT BAWAAN MAKANAN

Pelbagai jenis bakteria dan protozoa boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan berlakunya
penyakit bawaan makanan yang tersebar daripada najis melalui makanan dan air minuman. Di
Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 76 juta kes penyakit bawaan makanan telah dilaporkan,
yang melibatkan 300,000 kes hospital dan 5,000 kematian. Selain itu, dilaporkan sebanyak satu
per tiga penduduk dunia menderita akibat jangkitan pelbagai parasit seperti cacing yang
tersebar melalui makanan dan air minuman.

MALARIA

Malaria adalah salah satu penyakit berjangkit yang sukar dibendung. Setiap tahun, dianggarkan
sebanyak 500 juta kes baru telah dilaporkan dan telah meragut nyawa kira-kira 2 juta orang.
Penyakit ini menggunakan nyamuk sebagai vektor jangkitan. Perubahan cuaca di seluruh dunia
telah menjadi faktor utama jangkitan ini sukar dibendung kerana nyamuk boleh berpindah dari
satu tempat ke tempat yang lain.

PENYAKIT BAHARU MUNCUL

Penyakit baharu muncul adalah penyakit yang belum pernah diketahui sebelum ini atau telah
hilang selama sekurang-kurangnya 20 tahun, kemudian ia muncul semula. Rajah 4.3
menunjukkan beberapa contoh wabak terkini yang menyebabkan kematian pada kadar yang
tinggi. Terdapat lebih 39 wabak penyakit baharu muncul telah direkodkan sepanjang tempoh
dua dekad ini, termasuklah wabak ebola yang menyerang Afrika Tengah dan wabak kolera
yang telah muncul dan menyerang Peru pada 1992 setelah wabak ini hilang daripada Amerika
Selatan lebih seabad lalu. Dilaporkan juga adanya kemunculan wabak penyakit tuberkulosis
strain baru di Rusia, demam denggi di Asia Tenggara, serangan virus limfotropik manusia
(HTLV) yang menular daripada monyet kepada penduduk di Cameroon sehingga menjangkiti
25 juta penduduk, dan wabak selsema burung yang telah menyerang pada tahun 2004 di
seluruh dunia.

Penyakit baru muncul ini boleh wujud akibat pertumbuhan populasi manusia yang tinggi yang
telah memaksa manusia menduduki kawasan-kawasan yang menjadi tempat jangkitan penyakit
pada suatu masa dahulu. Selain itu, faktor perjalanan manusia merentasi dunia dapat dilakukan
dengan mudah pada masa kini dengan wujudnya pelbagai sistem pengangkutan moden telah
menyebabkan penyakit ini mampu merebak dengan cepat. Contohnya, Virus West Nile yang
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 63

boleh menyebabkan ensefalitis (inflamasi otak) telah menjangkiti lebih 4,000 manusia dan telah
menyebabkan lebih 100 kematian di seluruh dunia pada tahun 2007. Jangkitan ini pada
mulanya dikesan di Afrika pada tahun 1937, kemudian telah lenyap selama bertahun-tahun dan
muncul semula di Amerika pada 1999 melalui bawaan burung dan nyamuk.

Selain itu, penyebab utama kematian akibat penyakit baharu muncul pada masa kini adalah
HIV/AIDS yang muncul akibat perubahan sosiologi dan gaya hidup manusia. Penyakit ini
dikesan pada pertama kali pada tahun 1980-an, dan kini telah menjangkiti kira-kira 33 juta
manusia. WHO menganggarkan kira-kira 3 juta manusia telah mati setiap tahun akibat jangkitan
penyakit ini.




Rajah 4.3: Beberapa contoh wabak penyakit baru muncul yang telah menyebabkan
kematian pada kadar yang tinggi di seluruh dunia


PENYAKIT EKOLOGIKAL

Selain daripada menjangkiti manusia, haiwan liar dan haiwan ternakan juga boleh mengalami
wabak epidemik yang dipanggil penyakit ekologikal. Pada tahun 2002, wabak Ebola yang
telah membunuh manusia juga telah menyebabkan kematian beribu-ribu ekor gorila dan
cimpanzi dalam tempoh beberapa bulan. Jangkitan menyerupai Ebola juga telah menjangkiti
ikan.

Faktor penghijrahan burung dari satu kawasan ke satu kawasan lain di seluruh dunia juga telah
menyebabkan penyebaran wabak Botulisme dan telah menyebabkan kematian pada pelbagai
spesies burung di seluruh dunia.
Kolera 1992
Denggi 1995
Demam
Cikungunya
2006
Selsema
khinzir 1999
SARS 2003
Tuberkulosis tahan ubat 1997
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 64

Selain itu, perubahan iklim dunia juga telah mempengaruhi penularan wabak malaria, demam
kuning dan lain-lain penyakit tropika di Amerika Syarikat disebabkan oleh nyamuk, tikus dan
sebagainya yang mudah membiak di negara tersebut. Fenomena ini juga berlaku di seluruh
dunia akibat perubahan iklim, contohnya wabak sistosomiasis, tuberkulosis dan kolera.

Kewujudan penyakit ekologikal ini menunjukkan satu usaha bersepadu perlu
dilakukan ke arah mewujudkan sistem ekologi yang seimbang untuk kesejahteraan
semua ekosistem di dunia ini. Sebagai masyarakat yang berilmu apakah peranan yang boleh
anda mainkan dalam mewujudkan keseimbangan ekosistem? Cuba anda fikirkan.


KESAN PENINGKATAN KERENTANAN TERHADAP ANTIBIOTIK DAN PESTISID

Pada masa kini, kita dikejutkan dengan kemunculan pelbagai penyakit akibat
daripada kerentanan vektor, patogen dan parasit terhadap ubat-ubatan antibiotik
yang sebelum ini berjaya menghapuskan mereka. Mengapakah kerentanan ini boleh berlaku?
Sebenarnya ianya berlaku disebabkan oleh mutasi dan ciri-ciri pemilihan semulajadi hidupan
yang berupaya untuk mengalami evolusi. Rajah 4.4 menunjukkan bagaimana mikroorganisma
memperolehi kerentanan terhadap antibiotik.




Rajah 4.4: Cara mikroorganisma memperolehi kerentanan terhadap antibiotik, iaitu
melalui (a) mutasi dan pemilihan terhadap strain yang rentan terhadap ubat dan (b)
pemindahan secara konjugat strain rentan ubat kepada strain lain yang merbahaya

Mutasi dan pemilihan strain yang rentan ubat
Koloni bakteria Bakteria resistan Koloni resistan
Antibiotik
Mutasi
Antibiotik
Pemindahan secara konjugat kerentanan ubat daripada satu strain kepada
strain yang lain
Bakteria merbahaya Konjugasi
Koloni bakteria rentan
ubat yang bahaya
Bakteria
rentan ubat
yang bahaya
Bakteria rentan ubat
yang tidak merbahaya
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 65

TOKSIKOLOGI

oksikologi adalah kajian berkaitan toksin, iaitu bahan beracun, dan kesan-kesannya
terhadap hidupan sama ada tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma. Ia merangkumi
kajian tentang simptom, mekanisma, rawatan dan pengesanan toksin, terutama
terhadap manusia.


TOKSIN


Toksin adalah bahan yang berupaya untuk merosakkan atau membunuh organisma hidup
kerana kemampuannya untuk bertindakbalas dengan komponen-komponen sel dan seterusnya
mengganggu fungsi-fungsi metabolik tubuh. Ini menyebabkan toksin adalah merbahaya
walaupun pada kepekatan (dos) yang sangat rendah. Jadual 4.2 menunjukkan 10 jenis toksin
utama yang dikelaskan sebagai sangat merbahaya.

Jadual 4.2: 10 jenis toksin yang utama dan sumber utamanya
No. Bahan Sumber utama
1 Arsenik Kayu dirawat
2 Plumbum Cat, gasolin
3 Merkuri Pembakaran arang
4 Vinil klorida Plastik, sisa industri
5 Bifenil berpoliklorin Insulator elektrik
6 Benzin Gasolin, kegunaan industri
7 Kadmium Bateri
8 Benzo(a) pirin Pembakaran bahan buangan
9 Hidrokarbon aromatik polisiklik Pembakaran
10 Benzo (b) florantin Bahan api













T
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 66

KESAN TOKSIN TERHADAP MANUSIA

Sedarkah anda bahawa rumah kita mengandungi pelbagai jenis toksin dan bahan
merbahaya? Cuba anda nyatakan lima jenis toksin atau bahan merbahaya yang
terdapat dalam rumah anda. Nyatakan juga kesan bahaya toksin-toksin ini. Anda boleh merujuk
buku-buku rujukan anda untuk membantu dalam pencarian anda.

Kita dikelilingi oleh pelbagai bahan yang boleh bertindak sebagai toksin, iaitu sebagai alergen,
neutoksin, mutagen, teratogen atau karsinogen.

Alergen

Alergen adalah bahan-bahan yang secara semulajadi tidak merbahaya tetapi mampu
mengaktifkan sistem imun. Contohnya seperti formaldehid, iaitu bahan kimia yang digunakan
secara meluas di dalam plastik, produk kayu, gam dan fabrik yang mampu menyebabkan
alahan.

Neutrotoksin

Neurotoksin adalah kelas khas racun yang menyerang sistem saraf (neuron). Contohnya logam
berat seperti plumbum dan merkuri yang boleh membunuh sel saraf dan menyebabkan
kerosakan neurologikal kekal. Selain itu, ubat bius (eter, klorofom), organofosfat (pestisid
malanthion, parathion) juga adalah contoh-contoh neurotoksin.

Mutagen

Mutagen adalah agen-agen seperti bahan kimia dan radiasi yang boleh merosakkan DNA
dalam sel. Ia boleh menyebkan kecacatan kelahiran sekiranya kerosakan berlaku semasa
pertumbuhan janin, atau boleh diwarisi sekiranya melibatkan sel pembiakan.

Teratogen

Teratogen adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan ketidaknormalan semasa
pertumbuhan dan perkembangan janin. Teratogen yang utama adalah alkohol yang boleh
menyebabkan pelbagai masalah seperti ketidaknormalan wajah, perkembangan yang lambat
dan masalah tingkahlaku dan mental.

Karsinogen

Karsinogen adalah bahan yang boleh menyebabkan kanser. Terdapat pelbagai bahan kimia
sintetik yang bersifat karsinogen di sekeliling kita dan di dalam makanan. Dilaporkan, gaya
hidup seperti tabiat merokok dan minuman beralkohol adalah penyebab utama kanser.


U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 67

PERGERAKAN, PENYEBARAN DAN KESUDAHAN TOKSIN

ahap ketoksikan sesuatu bahan boleh ditentukan berdasarkan kepada dos toksin yang
memasuki tubuh, tempoh masa pendedahan dan kesensitifan organisma. Jadual 4.3
menunjukkan beberapa faktor yang mempengaruhi ketoksikan sesuatu bahan.
Jadual 4.3: Faktor-faktor yang mempengaruhi ketoksikan persekitaran
Faktor berkaitan agen toksik
1 Kandungan bahan kimia dan jenis tindak balas
2 Ciri-ciri fizikal (kelarutan, keadaan)
3 Kehadiran bahan pencemar
4 Kestabilan dan cara penyimpanan agen toksik
5 Ketersediaan pelarut agen toksik
6 Pergerakan agen toksik melalui sekitaran luar sel ke dalam sel
Faktor berkaitan pendedahan
1 Dos (kepekatan dan isipadu pendedahan)
2 Pergerakan, kadar dan tempat pendedahan
3 Tempoh dan kekerapan pendedahan
4 Masa pendedahan (masa, musim, tahun)
Faktor berkaitan organisma
1 Resistan terhadap pengambilan, penyimpanan dan ketelapan sel terhadap agen
2 Keupayaan untuk memetabolisme, menyahaktif atau menghapuskan agen
3 Kebolehan untuk mengaktifkan atau mengubah bahan tidak toksik kepada toksik
4 Jangkitan serentak, tekanan fizikal atau kimia
5 Spesies dan ciri-ciri genetik organisma
6 Status pemakanan subjek
7 Umur, jantina, berat badan, status keimunan dan kematangan organisma

T
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 68

Kelarutan toksin mempengaruhi pergerakan, penyebaran dan penyimpanan toksin dalam
badan. Toksin yang larut air akan bergerak lebih laju dan tersebar lebih luas, menyebabkan ia
berupaya untuk masuk dan keluar dari sel ke sekitaran sel dengan mudah. Berbeza dengan
molekul yang tidak larut air (larut lemak), ia memerlukan pembawa untuk bergerak daripada
sekitaran sel ke dalam sel. Setelah memasuki sel, toksin jenis ini akan terkumpul dan disimpan
di tisu adipos dan sukar untuk diuraikan selama bertahun-tahun.

TINDAKBALAS DITENTUKAN OLEH PENDEDAHAN DAN KECENDERUNGAN
Tindakbalas tubuh terhadap toksin banyak dipengaruhi oleh cara bagaimana toksin tersebut
memasuki tubuh. Toksin bawaan udara kebiasaanya akan memberi kesan kesihatan yang lebih
buruk berbanding dengan cara pendedahan yang lain. Ini kerana kita perlu menyedut udara
yang banyak untuk bernafas berbanding dengan jumlah makanan yang kita makan atau minum.
Selain itu, struktur paru-paru yang mampu menukar gas dengan efektif juga menyebabkan
penyerapan toksin juga dapat berlaku dengan baik.
Namun begitu, penyerapan melalui cara lain seperti makanan, air, sentuhan kulit juga boleh
mendedahkan kita kepada pelbagai jenis toksin.
Selain itu, tahap kesihatan fizikal organisma juga mempengaruhi kesan toksisiti. Contohnya,
individu yang sihat kurang cenderung terhadap bahaya toksin berbanding kanak-kanak, orang
tua dan pesakit juga yang sistem imunnya lemah akibat serangan penyakit.

PENGUMPULAN BIOLOGI DAN PEMBESARAN BIOLOGI MENINGKATKAN
KEPEKATAN TOKSIN
Sel mempunyai mekanisma pengumpulan biologi (bioaccumulation), iaitu pemilihan
penyerapan dan penyimpanan pelbagai jenis molekul. Iaitu, sel mempunyai keupayaan untuk
mengumpulkan nutrien dan mineral perlu, serta mampu menyerap dan menyimpan bahan
toksin merbahaya dengan mekanisme yang sama. Toksin yang kebiasaannya dalam keadaan
cair dalam alam sekitar boleh mencapai tahap yang merbahaya di dalam sel dan tisu
disebabkan oleh mekanisme pengumpulan biologi ini.
Kesan toksin terhadap alam sekitar pula boleh menjadi semakin besar melalui rantai makanan.
Pembesaran biologi (biomagnification) berlaku apabila beban toksin pada organisma dalam
aras trofik tahap rendah berkumpul dan memekat pada haiwan pada aras trofik yang lebih
tinggi.
Contohnya, fitoplakton dan bakteria dalam ekosistem akuatik boleh mengambil logam berat
atau molekul organik yang toksik daripada air. Seterusnya, pemangsa mereka iaitu zooplankton
dan ikan kecil akan mengambil dan mengumpulkan toksin ini pada kepekatan yang lebih tinggi
dalam tubuh mereka. Seterusnya, organisma pada aras rantai makanan lebih tinggi yang
memakan organisma pemangsa ini akan mengumpul dan memekatkan lagi toksin ini dalam
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 69

badan mereka dan akhirnya mereka boleh mengalami masalah kesihatan akibat kesan toksin
tersebut.
Contoh pengumpulan dan pembesaran biologi adalah DDT (dichlorodiphenyltrichloroethane)
yang terkumpul dalam rantai makanan dan telah mengganggu pembiakan pelbagai spesies
haiwan iaitu helang, burung undan dan burung pemangsa lain pada aras rantai makanan yang
lebih tinggi (Rajah 4.5).


Rajah 4.5: Contoh pengumpulan biologi dan pembesaran biologi dalam satu rantai
makanan
ANCAMAN TOKSIN
ebiasaannya, pendedahan sesuatu bahan terhadap cahaya matahari, udara dan air
akan menyebabkan pereputan bahan tesebut dan seterusnya boleh memusnahkan
toksin atau menukarkan toksin kepada bentuk yang tidak aktif. Namun begitu, ada juga
bahan yang kekal selama bertahun-tahun hingga berabad-abad di dalam ekosistem.
Contohnya adalah logam berat seperti plumbum dan merkuri yang boleh merosakkan
sel saraf dan sangat bahaya kepada kanak-kanak. Dilaporkan, sumber terbesar merkuri di
Amerika Syarikat adalah daripada pembakaran arang batu. Setiap tahun, sebanyak 48 tan
logam toksik telah dibebaskan ke udara daripada loji kuasa arang batu. Melalui rantai makanan,
logam-logam ini akan terkumpul di dalam ikan, dan sangat merbahaya kepada wanita hamil dan
kanak-kanak yang memakan ikan tersebut.
K
DDT dalam air (0.000003 ppm)

DDT dalam zooplankton (0.04 ppm)

DDT dalam ikan kecil (0.5 ppm)

DDT dalam ikan besar (2 ppm)

DDT burung yang makan ikan (25 ppm)

U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 70

Selain itu, terdapat banyak lagi bahan organik yang dinamakan sebagai bahan pencemar
organik kekal (persistent organic pollutants atau POP) seperti plastik PVC dan pestisid (racun
serangga perosak) hidrokarbon berklorin yang tahan terhadap pemusnahan. Walaupun bahan-
bahan ini sangat berguna dalam kehidupan harian, bahan ini juga boleh terkumpul dalam alam
sekitar dan boleh menyebabkan kesan bahaya yang lebih besar berbanding dengan
kegunaannya. Bahan-bahan ini boleh terkumpul di dalam rantai makanan dan akan mencapai
kepekatan toksik di dalam haiwan pemangsa pada aras trofik yang lebih tinggi terutama
manusia, ikan besar seperti jerung dan ikan lumba-lumba, serta haiwan-haiwan lain. Contoh
POP adalah seperti berikut:
Polybrominated diphenyl ethers (PBDE)
o Bahan ini digunakan dengan meluas di dalam industri tekstil, perabut, plastik
dan komputer. Bahan ini boleh terkumpul di dalam badan manusia dan telah
diharamkan penggunaannya di beberapa buah negara termasuk Kanada,
Israel, Eropah dan Amerika.

Perfluorooctane sulfonate (PFOS)
o Bahan ini digunakan dengan meluas dalam pembuatan produk kalis air yang
tidak melekat dan tahan kekotoran seperti bahan pencuci, produk kosmetik
dan sebagainya. Bahan ini boleh menyebabkan kanser dan strok, terutama
dalam kalangan pekerja dalam industri ini. Selain itu, ia juga boleh
menyebabkan kerosakan hati dan pelbagai jenis kanser.

Perchlorate
o Bahan ini adalah bahan bawaan udara yang dihasilkan oleh bahan api roket.
Bahan ini boleh mencemarkan air dan boleh memasuki sistem badan
manusia melalui rantai makanan. Bahan ini boleh mengganggu pengambilan
iodin oleh kelenjar tiroid dan seterusnya mengganggu metabolisme tubuh
dan perkembangan kanak-kanak.

Phthalates
o Bahan ini terdapat pada produk kosmetik seperti deodoran dan pelbagai jenis
plastik seperti PVC yang digunakan dengan meluas dalam pembungkusan
makanan, kelengkapan perubatan dan permainan kanak-kanak. Bahan ini
telah dikesan mampu menyebabkan kanser buah pinggang dan hati serta
menyebabkan ketidaksuburan pada manusia.

Bisphenol A (BPA)
o Bahan ini juga adalah bahan utama dalam penghasilan plastik yang
digunakan dengan meluas oleh manusia untuk pembungkusan makanan.
Bahan ini boleh menyebabkan keguguran janin, kecacatan mental dan
mengganggu perkembangan sistem pembiakan lelaki dan perempuan.

Atrazine
o Bahan ini digunakan dengan meluas sebagai racun rumpai. Ia digunakan
pada ladang-ladang jagung, bijirin, tebu dan sebagainya. Bahan ini boleh
menyebabkan gangguan fungsi-fungsi hormon endokrin pada mamalia,
keguguran janin, masalah tumbesaran kanak-kanak dan masalah neurologi.
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 71

PENINGKATAN TOKSISITI AKIBAT INTERAKSI BAHAN KIMIA
Sesetengah bahan kimia boleh menghasilkan bahan antagonis (perencat) yang boleh
mengganggu pemecahan bahan kimia lain. Contohnya, vitamin E dan A boleh mengurangkan
tindakbalas karsinogen. Terdapat juga bahan yang boleh menghasilkan bahan aditif
(penambah) yang boleh meningkatkan toksisiti sesuatu bahan kimia. Ada juga bahan yang
boleh menghasilkan kesan sinergisme, iaitu boleh meningkatkan kesan bahan kimia sehingga
berkali-kali ganda. Contohnya, pendedahan terhadap asbestos boleh meningkatkan kanser
paru-paru sehingga dua kali ganda, manakala pendedahan terhadap asap rokok boleh
meningkatkan kanser paru-paru juga sehingga 20 kali ganda. Oleh itu, seorang perokok yang
terdedah kepada asbestos dalam pekerjaannya akan mempunyai peningkatan risiko mengidap
kanser paru-paru sehingga 400 kali ganda.

MEKANISME UNTUK MEMINIMUMKAN KESAN TOKSIN

emua bahan boleh bersifat toksik dalam keadaan tertentu. Tetapi, kebanyakan bahan
kimia mempunyai aras selamat iaitu dibawah aras ambang (threshold), di mana bahan
kimia ini tidak dapat dikesan atau tidak signifikan terhadap kesihatan. Ini kerana tubuh
mampu memecahkan atau merembes keluar bahan toksin sebelum ia mampu memberi
kesan negatif sekiranya bahan ini diambil dalam dos yang kecil. Selain itu, kerosakan yang
disebabkan oleh toksin juga boleh dipulihkan oleh tubuh. Terdapat juga beberapa mekanisme
lain yang boleh melindungi tubuh daripada kerosakan toksin seperti mekanisme pemusnahan
metabolik dan perkumuhan toksin, dan mekanisme pemulihan yang mampu memperbaiki
kerosakan.

Mekanisme Pemusnahan Metabolik Dan Perkumuhan Toksin
Sebahagian besar organisma mempunyai enzim yang berupaya memproses bahan buangan
dan racun untuk mengurangkan ketoksikan mereka. Pada mamalia, kebanyakan enzim ini
terdapat pada hati, iaitu tempat pertama proses detoksifikasi bahan buangan semulajadi dan
racun berlaku. Walaubagaimanapun, terdapat juga bahan-bahan kimia yang tidak merbahaya
berubah kepada merbahaya akibat mekanisme tindakbalas metabolik. Contohnya benzipirin
yang asalnya tidak merbahaya boleh berubah menjadi karsinogen setelah diproses oleh hati.
Keadaan ini disebabkan oleh mekanisme pertahanan badan yang bersifat memilih setelah
organisma tersebut mengalami proses evolusi (Rajah 4.6).




S
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 72







Rajah 4.6: Variasi kesensifan terhadap toksin di dalam satu populasi. Ada individu yang
sangat sensitif terhadap toksin dan ada juga yang sangat kurang sensitif. Majoriti
individu dalam populasi tersebut adalah berada dalam julat ditengah-tengah
Selain itu, penyingkiran toksin juga dilakukan oleh tubuh melalui proses perkumuhan. Molekul
seperti karbon dioksida, hidrogen sianida dan keton dikumuhkan melalui pernafasan, manakala
lebihan garam pula dikumuhkan oleh rembesan peluh pada kulit. Pada haiwan, proses
perkumuhan yang berlaku di dalam buah pinggang akan menyingkirkan bahan buangan melalui
pembentukan urin. Toksin yang terkumpul di dalam urin ini boleh merosakkan buah pinggang
dan pundi kencing. Selain itu, perut, usus kecil dan usus besar juga boleh mengalami
kerosakan akibat pengumpulan bahan toksik ini sehingga menyebabkan pelbagai penyakit dan
kanser.

Mekanisma Pemulihan Yang Memperbaiki Kerosakan
Sel mempunyai pelbagai enzim yang berupaya untuk memperbaiki kerosakan DNA dan protein
pada peringkat molekular, tisu dan organ yang terdedah kepada toksin. Contohnya, kulit dan
lapisan epitelium pada sistem pencernaan, sistem darah, sistem pernafasan dan sistem urinari
mempunyai kadar penggantian sel rosak yang tinggi. Walau bagaimanapun, sel-sel ini juga
berupaya untuk kehilangan kawalan pertumbuhan normal dan seterusnya boleh membentuk sel
tidak normal atau tumor. Oleh itu, pengambilan minuman beralkohol dan rokok yang bersifat
karsinogenik boleh merangsang pembentukan kanser pada organ badan yang banyak
mengandungi sel-sel ini.

PENGUKURAN TOKSISITI

rinsip asas toksikologi menyatakan bahawa hampir kesemua bahan adalah bersifat
toksik pada dos tertentu. Sebagai contoh, garam adalah mineral yang diperlukan
dalam kehidupan manusia dalam unit yang sedikit. Oleh itu, tubuh anda akan sakit
sekiranya anda dipaksa memakan garam dalam kuantiti yang banyak. Lebih
merbahaya, sekiranya garam dalam kuantiti yang sama disuntik terus ke dalam sistem darah
P
Dos
Jumlah
individu
Sangat
sensitif
Sangat
tidak
sensitif
Majoriti
populasi
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 73

anda, ia boleh membawa maut. Ini menunjukkan toksiti sesuatu bahan adalah bergantung
kepada kadar, cara kemasukan dan jenis medium bahan tersebut memasuki tubuh.

Ada toksin yang boleh menyebabkan kematian walaupun hanya setitis sahaja yang
terkena pada kulit anda. Ada juga toksin hanya boleh menyebabkan kerosakan atau
kematian sekiranya memasuki tubuh dalam kuantiti yang banyak dan melalui suntikan terus ke
dalam darah sahaja. Kuantiti ini juga berbeza-beza diantara organisma. Mengapakah keadaan
ini berlaku? Cuba anda fikirkan.

PENGUJIAN TOKSIN PADA HAIWAN MAKMAL

Tahap ketoksikan sesuatau bahan boleh diuji dengan menggunakan ujian toksisiti. Ujian
toksisiti yang juga dikenali sebagai ujian keselamatan atau ujian ketoksikan ini dijalankan untuk
menentukan sejauh mana sesuatu bahan yang boleh merosakkan organisma hidup atau tidak
hidup.

Ujian toksisiti yang paling umum dan sering digunakan secara meluas adalah ujian toksisiti
haiwan, iaitu pendedahan toksin terhadap satu populasi haiwan makmal untuk mengukur dos
bahan yang spesifik dalam keadaan yang terkawal. Kaedah ini melibatkan kos yang tinggi,
masa yang panjang, dan sering menyebabkan kesakitan pada haiwan yang diuji kerana tiada
penggunaan ubat bius kerana boleh mengganggu keputusan ujian.

Toksisiti sesuatu bahan boleh ditentukan dengan menentukan dos yang boleh menyebabkan
kematian pada 50 peratus populasi yang diuji, iaitu dinamakan sebagai dos kematian (Lethal
dose) atau LD50 (Rajah 4.7).


















Rajah 4.7: Dos LD50 yang menyebabkan kematian kepada separuh daripada populasi
LD50
Dos (unit)
Peratus
kematian
pada
populasi
kajian
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 74

Walau bagaimanapun, ujian toksisiti dengan menggunakan haiwan ini juga mempunyai limitasi
kerana toksin yang sama boleh menyebabkan kesan toksin pada dos yang berbeza pada
spesies haiwan yang berbeza. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perbezaan saiz
tubuh, fisiologi dan juga metabolisme haiwan. Contohnya, hamster mempunyai toksisiti
terhadap dadah dioksin sebanyak 5,000 kali lebih rendah berbanding tikus. Terdapat kajian
yang melaporkan sebanyak 95 peratus daripada 226 bahan kimia yang bersifat karsinogenik
pada tikus atau mencit sebenarnya hanya berupaya menyebabkan kanser terhadap salah satu
spesies haiwan tersebut sahaja, bukan kedua-duanya. Variasi ini menyukarkan kita untuk
menganggarkan risiko sesuatu toksin terhadap manusia kerana kajian toksin terhadap manusia
tidak dibenarkan kerana melanggar etika kemanusiaan.

Kesan toksin boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan akut dan kesan kronik. Kesan akut
adalah kesan yang berlaku serta merta selepas pendedahan terhadap toksin, manakala kesan
kronik pula adalah kesan yang berpanjangan atau kekal akibat pendedahan terhadap toksin
yang sangat kuat atau pendedahan terhadap toksin yang berulangkali.

Terdapat beberapa kebarangkalian yang akan berlaku akibat pendedahan sesuatu bahan yang
mampu bersifat toksik. Rajah 4.8 menunjukkan tiga kebarangkalian tindak balas yang boleh
berlaku akibat pendedahan sesuatu bahan pada dos yang rendah.


















Dos ambang Dos (unit)

Rajah 4.8: Tiga kebarangkalian lengkuk dos-respon pada dos rendah, iaitu (a) Individu
yang bertindak balas pada dos kosong (zero-dose) yang menunjukkan adanya faktor lain
yang terlibat, (b) individu yang bertindak balas secara linear kepada dos yang paling
rendah dan (c) individu yang bertindak balas hanya selepas melepasi dos ambang
(threshold) sebelum tindak balas toksin dapat dikesan.
Peratus
populasi
yang
bertindak
balas
Garis
dasar
U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 75

A
Pelaksanaan ujian toksisiti terhadap haiwan terikat kapada garis panduan Amalan Makmal
Baik atau Good Laboratory Practice dan juga undang-undang oleh Badan Kawalan Ubatan dan
Makanan (Food and Drug Administration).

Selain itu, terdapat juga ujian toksisiti lain yang tidak menggunakan haiwan makmal. Contohnya
adalah menggunakan teknik kultur tisu atau penggunaan teknik simulasi dengan menggunakan
komputer.

PENILAIAN DAN PENERIMAAN RISIKO

Risiko adalah kebarangkalian sesuatu bahan boleh menyebabkan kerosakan sekiranya
dibebaskan ke persekitaran. Jadual 4.4 menunjukkan statistik beberapa penyebab kematian
dan kebarangkaliannya di Amerika Syarikat.

Jadual 4.4: Beberapa kemungkinan penyebab kematian di Amerika Syarikat

Penyebab Kemungkinan (1 dalam X)
Penyakit jantung 2
Kanser 3
Merokok 4
Penyakit paru-paru 15
Kemalangan kereta 100

Risiko boleh dikira dengan cara mendarabkan kebarangkalian sesuatu aktiviti yang
menyebabkan kematian dengan frekuensi aktiviti tersebut dijalankan.

Contohnya, satu statistik menyatakan 1 daripada 3 orang akan mempunyai kebarangkalian
untuk mengalami kecederaan dalam kemalangan kereta. Oleh itu, kebarangkalian mengalami
kecederaan dalam kemalangan kereta dalam satu populasi yang terdiri daripada 30 orang
adalah: 30 orang x (1/3 risiko) = 10 kebarangkalian mengalami kecederaan dalam kemalangan
kereta.

Sekarang, cuba anda jawab soalan berikut pula:
1. Sekiranya En. Ahmad mempunyai purata perjalanan sebanyak 50,000 sepanjang
hidupnya dan statistik menyatakan risiko seseorang mengalami kemalangan adalah 1/3
sepanjang hidup, apakah kebarangkalian akan berlakunya satu kemalangan dalam
setiap perjalanannya?
2. Sekiranya anda telah memandu dengan selamat selama 20 tahun, apakah
kebarangkalian kemalangan akan berlaku dalam perjalanan anda seterusnya?




U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 76

Walau bagaimanapun, risiko sesuatu kejadian boleh meningkat atau dikurangkan. Sebagai
contoh, pemakaian tali pinggang keledar dan melakukan pemanduan berhemah dapat
mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan, sebaliknya pemanduan yang tidak menepati
had laju dan tidak memakai tali pinggang keledar akan meningkatkan risiko berlakunya
kematian akibat kemalangan. Pengurusan risiko menggabungkan prinsip-prinsip kesihatan
persekitaran dan toksikologi dengan peraturan-peraturan berdasarkan keadaan sosioekonomi,
teknikal dan politik.

RINGKASAN

1. Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai
kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-
mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya.
2. Penyakit adalah suatu perubahan tidak normal dalam badan yang mempengaruhi
fungsi-fungsi fizikal dan psikologikal tubuh.
3. Kesihatan persekitaran mengaitkan persekitaran dengan kesihatan manusia sejagat.
4. Penyakit ekologikal adalah wabak epidemik yang menjangkiti manusia, haiwan liar dan
haiwan ternakan.
5. Kerentanan individu terhadap antibiotik berlaku disebabkan oleh mutasi dan pemilihan
semulajadi dalam proses evolusi.
6. Toksikologi adalah kajian tentang toksin, iaitu racun dan kesan-kesannya terhadap
hidupan.
7. Toksin berupaya untuk merosakkan atau membunuh organisma hidup kerana
kemampuannya untuk mengganggu fungsi-fungsi metabolik tubuh.
8. Tahap ketoksikan seuatu bahan boleh ditentukan berdasarkan kepada dos toksin yang
memasuki tubuh, tempoh masa pendedahan dan kesensitifan organisma.
9. Ujian toksisiti adalah ujian untuk menentukan sejauh mana sesuatu bahan boleh
merosakkan organisma hidup atau tidak hidup.
10. Risiko adaah kebarangkalian sesuatu bahan boleh menyebabkan kerosakan sekiranya
dibebaskan ke persekitaran.







U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 77

PETA KONSEP











































Kerentanan

Kesihatan persekitaran

Sumber
-sumber
utama

Penyakit
berjangkit
Jenis-jenis
toksin

Faktor-faktor
yang
mempengaruhi
ketoksikan
Tindak balas
toksin
Kesan toksin

Pengukuran
toksisiti
Kesihatan alam sekitar dan toksikologi
Risiko

Agen penyakit

Toksin
Radiasi
Trauma

Pemcemaran
Influenza

Penyakit
bawaan
makanan
Malaria

Penyakit
baru muncul
Alergen

Neurotoksin
Mutagen
Teratogen

Karsinogen
Agen toksik

Pendedahan
Organisma
Pendedahan dan
kecenderungan

Pendedahan dan
pembesaran biologi
Interaksi dengan
bahan kimia
Penyakit
ekologikal
Ujian toksisiti

Dos ambang
Dos LD50
Pemusnahan

Perkumuhan
dipengaruhi oleh

diminimumkan oleh

U n i t p e l a j a r a n 4 : K e s i h a t a n A l a m S e k i t a r d a n T o k s i k o l o g i | 78

KATA KUNCI
Kesihatan Alergen Dos ambang
Penyakit Neurotoksin Toksisiti
Agen penyakit Teratogen Risiko
Toksin Mutagen Kebarangkalian
Kerentanan Karsinogen Amalan makmal baik
Toksikologi Dos LD50



PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah definisi kesihatan dan penyakit?
2. Senaraikan lima penyebab utama beban penyakit global menjelang tahun 2020.
3. Apakah itu toksin dan berikan contoh-contoh toksin yang utama di negara ini.
4. Apakah perbezaan diantara pengumpulan biologi dan pembesaran biologi?
5. Berikan definisi LD50.
6. Apakah perbezaan diantara toksisiti akut dan toksisiti kronik?


RUJUKAN

Cunningham, W.P. & Cunningham, M.N. (2006). Principles of environmental science. Inquiry
and application. Columbus: McGrawHill Higher Education.


JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


1. Satu kemalangan dalam 150,000 perjalanan.
2. Sama seperti soalan 1, iaitu satu kemalangan dalam 150,000 perjalanan.
A
UNIT PELAJARAN 5
PENCEMARAN ALAM BAHAGIAN I
PENCEMARAN UDARA


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. membincangkan tentang pencemaran udara;
2. mengenalpasti jenis dan punca bahan pencemar udara yang utama;
3. menerangkan kesan-kesan pencemaran;
4. memahami interaksi antara proses iklim dan pencemaran udara;
5. menggariskan cara untuk mengawal pencemaran udara dan peraturan berkaitan.


PENGENALAN


Rajah 5.1: Pemandangan semasa jerebu di Kuala Lumpur (Sumber foto:
http://www.sinarharian.com.my)

Orang ramai sering berekreasi di kawasan yang udaranya bersih. Kenapa? Lihat
Rajah 5.1. Semasa kejadian jerebu melanda Kuala Lumpur adakah anda sanggup
pergi bersiar-siar di sana? Sudah tentu jawapannya tidak. Kenapa ada menjawab sedemikian?
Antara jawapan anda sudah tentu berkaitan tentang kesihatan. Apa yang akan berlaku kepada
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 80

diri anda sekiranya anda terdedah kepada udara yang tercemar? Bagaimana anda boleh
melindungi kesihatan anda?

Selepas anda selesai melakukan aktiviti di atas, ambil sehelai kertas dan buat refleksi dengan
menjawab soalan-soalan berikut:

Apa yang anda tahu tentang pencemaran udara?
Apakah kandungan udara yang tercemar?
Bagaimana bahan pencemar udara boleh merosakkan kesihatan?

Dapatkah anda menjawab soalan-soalan di atas? Dalam unit pembelajaran ini anda didedahkan
tentang pencemaran udara. Seterusnya perbincangan tentang jenis dan bahan pencemar udara
utama. Kesan-kesan pencemaran juga turut dibincangkan. Perbincangan tentang interaksi
antara proses iklim dan pencemaran udara juga disertakan. Akhir sekali anda didedahkan
dengan cara-cara untuk mengawal pencemaran udara dan peraturan-peraturan yang berkaitan
dengannya.


ISI KANDUNGAN

i dalam unit yang lalu kita telah berbincang tentang kesihatan alam sekitar dan
toksikologi. Dalam unit ini anda akan diperkenalkan dengan pencemaran alam yang
khusus membincangkan pencemaran udara.


PENGERTIAN PENCEMARAN UDARA

epesatan pembangunan perbandaran dan perkembangan industri bersama-sama
dengan peningkatan dalam kenderaan bermotor sejak tiga dekad lalu telah
menjejaskan kualiti udara di Malaysia. Terdapat dua kajian kes tentang dua episod
pencemaran udara yang dahsyat dalam sejarah dunia. Jerebu di ibu kota London
pada tahun 1952 adalah yang paling teruk dengan siri kabut yang bertoksik. Di antara 4 hingga
10 Disember 1952, kira-kira 4,000 orang mati kerana pencemaran. Kejadian ini berlaku dalam
era di mana arang batu digunakan secara meluas untuk pemanasan rumah dan hasil
sampingannya ialah gas sulfur dioksida yang bertoksik dihasilkan. Episod yang agak baharu
berlaku dalam tahun 1998 ialah apabila keadaan iklim yang teruk disebabkan oleh El Nino telah
menyebabkan api merosakkan hutan tropika di Indonesia. Asap dari pembakaran ini telah
menyebabkan krisis kesihatan dan telah mengancam spesies hidupan liar. Di Malaysia kita juga
turut merasakan akibatnya dengan jerebu yang teruk dan dilakukan pembenihan awan untuk
mengatasinya.

Pencemaran udara telah melalui sejarah yang panjang. Catatan sejarah yang tertua mengenai
pencemaran udara adalah pada kurun ke-16. Hujan asid dicatatkan dalam kurun ke-17 dan
D
K
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 81

pada kurun ke-18 potensinya sebagai bahan yang bahaya telah dicatatkan. Di Amerika Syarikat
episod pencemaran udara di Donora, Pennsylvania pada tahun 1948 telah menyebabkan 20
kematian dan 5,000 orang menderita sakit. Selepas peristiwa di Donora inilah berlaku peristiwa
di London pada tahun 1952.

Pencemaran udara merujuk kepada satu keadaan yang melibatkan kehadiran satu atau lebih
bahan pencemar (bahan kimia, bahan biologi atau zarah terampai) atau gabungannya di
dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu sehingga berlakunya
perubahan atau boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada kehidupan manusia, haiwan atau
mengganggu suasana kehidupan.


JENIS PENCEMARAN UDARA

encemaran udara yang utama berlaku sama ada dalam bentuk gas atau sebagai
zarah terampai (particulate matter, PM). Zarah berbentuk pepejal atau cecair dan ia
diklasifikasi berdasarkan kepada saiz, contohnya PM10 ialah zarah yang kurang
daripada 10 m. Manakala gas pula termasuklah sulfur dioksida (SO
2
) atau sulfur
oksida (SO
X
), nitrogen oksida (NO
X
), karbon monoksida (CO), ozon (O
3
), sebatian organik
meruap, hidrogen sulfida (H
2
S) dan hidrogen florida (HF).

Pencemar udara juga boleh diklasifikasikan sebagai primer dan sekunder. Pencemar primer
ialah pembebasan langsung (contohnya CO), sementara pencemar sekunder dihasilkan
menerusi tindakbalas di antara pencemar primer dan sebatian atmosfera normal. Di Amerika
Syarikat lebih daripada 140 juta tan matrik pencemar primer dibebaskan setiap tahun yang
kebanyakannya mengandungi CO (58%), NO
x
(15%), SO
x
(13%) dan zarah (3%). Selain
daripada pencemaran yang berasal dari manusia, terdapat juga sumber pencemar semulajadi.
Ini termasuklah kebakaran hutan (zarah dan NO
x
), letusan gunung berapi (SO
x
), tumbuh-
tumbuhan (sebatian organik meruap) dan perigi air panas, geiser, paya garam (H
2
S) dan
penyerapan hidrokarbon asli. Rajah 5.2 menunjukkan pencemar primer dan sekunder.


(a) (b)
Rajah 5.2: Sumber bahan pencemar udara (a) pencemar primer dan (b) pencemar
sekunder

P
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 82

Terdapat pelbagai bahan pencemar udara sebagaimana yang disebutkan di atas.
Persoalannya, dari manakah datangnya bahan pencemar udara tersebut? Adakah kesemuanya
dihasilkan secara semulajadi? Bolehkah aktiviti manusia menghasilkan bahan pencemar udara
tersebut? Di sini diperihalkan bahan pencemar udara yang utama dan punca-puncanya.

Sulfur dioksida, SO
2
, merupakan gas tak berwarna. Merupakan gas toksik dan boleh
menyebabkan kematian pada kepekatan yang tinggi. Gas ini mengalami pengoksidaan menjadi
sulfat, SO
4
, di dalam atmosfera dan bertindakbalas dengan air untuk membentuk asid sulfurik,
H
2
SO
4
, yang menjadi komponen utama hujan asid. Sumber utama untuk gas ini adalah
pembakaran arang batu. Jadual 5.1 menunjukkan pembebasan bahan pencemar udara yang
utama di Malaysia. Jadual 5.1 juga menunjukkan penurunan pembebasan SO
2
dari tahun 2000
(374.2 tan metrik) kepada tahun 2011 (190.1 tan metrik).

Nitrogen oksida, NO
x
, berlaku dalam beberapa bentuk oksida, tetapi kebanyakannya wujud
sebagai nitrogen oksida (NO) dan nitrogen dioksida (NO
2
). Gas ini menyumbang kepada hujan
asid sebagai asid nitrik. Ia juga merupakan penyumbang utama kepada kabut dan pencemar
sekunder. Hampir semua NO
x
adalah antropogenik (bersumberkan manusia) dan melalui
pembakaran sumber semulajadi. NO dan NO
2
merencatkan pertumbuhan pokok, tetapi nitrat
(NO
3
) merangsang pertumbuhan pokok dan menyumbang kepada eutrofikasi akuatik. Jadual
5.1 menunjukkan peningkatan pembebasan gas NO
2
dari tahun 2000 (349.0 tan metrik) kepada
tahun 2011 (770.1 tan metrik).

Karbon monoksida, CO, adalah gas tak berwarna dan tidak berbau. Ia sangat toksik kepada
manusia dan haiwan. CO mempunyai afiniti yang lebih tinggi kepada hemoglobin berbanding
oksigen, O
2
. Ini bermakna sekiranya udara di sekeliling kita dicemari dengan gas CO, maka
hemoglobin yang terkandung dalam sel darah merah kita berkecenderungan untuk mengikat
kepada CO berbanding dengan O
2
. Ini sangat berbahaya kerana sel kurang mendapat bekalan
O
2
dan ia boleh membawa maut.

Kira-kira 90 peratus daripada CO di dalam atmosfera berasal daripada sumber semulajadi dan
selebihnya berpunca daripada api, asap kenderaan dan jentera serta sumber lain ialah
pembakaran tidak lengkap sebatian organik. Di Amerika Syarikat pembebasan gas ini
memuncak pada awal 1970-an kerana revolusi industri secara besar-besaran. Jadual 5.1
menunjukkan penurunan pembebasan CO dari tahun 2000 (2,271.6 tan metrik) kepada tahun
2011 (1,759.2 tan metrik).

Ozon, O
3
dan oksidan fotokimia berpunca daripada interaksi atmosfera di antara NO
2
dan
cahaya matahari. Oleh itu gas-gas ini adalah pencemar sekunder dan merupakan komponen
kabut. O
3
ialah gas yang paling biasa terdapat dan ia sangat reaktif. Gas ini mempunyai
setengah-hayat yang pendek. Ia sangat toksik kepada tumbuhan dan haiwan dan dalam
kepekatan yang rendah ia boleh membakar mata dan merengsa rongga sinus. Gas ini
merosakkan getah dan plastik. O
3
kadangkala dihasilkan untuk kegunaan sebagai agen
pensterilan. Ia juga digunakan untuk merawat air minuman menggantikan ion klorida, Cl
-
. Ozon
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 83

terbentuk secara semulajadi di lapisan stratosfera, di mana ia membentuk lapisan perlindungan
yang menghalang pancaran ultraungu.

Sebatian organik meruap atau sering diringkaskan sebagai VOC (volatile organic compound)
terdiri daripada pelbagai sebatian organik, termasuklah pelarut, wap petrol, gas asli dan banyak
lagi. Kebanyakan adalah toksik dan ada yang karsinogenik iaitu boleh menyebabkan kanser,
(contohnya benzena). Kira-kira 15 peratus daripada sebatian organik meruap yang dibebaskan
adalah antropogenik, dan kira-kira 50 peratus daripada pembebasan sebatian organik meruap
di Amerika Syarikat adalah antropogenik. Penukar pemangkin (catalytic converter) dalam enjin
telah banyak mengurangkan pembebasan sebatian organik meruap.

Zarah terampai PM 10 dan PM 2.5 yang bermaksud masing-masing kurang daripada 10 m
dan 2.5 m merujuk kepada zarah pepejal di dalam udara dan kadangkala kelihatan sebagai
asap. Kandungan zarah terampai sangat berbagai dan ia termasuklah logam berat, arsenik
dan asbestos. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah PM 2.5 kerana ia boleh melekat pada
tisu paru-paru pada satu tempoh yang lama. Ini juga mengurangkan tahap efektif sistem
kardiovaskular dalam membekalkan darah yang kaya dengan oksigen ke semua bahagian
badan. Kira-kira 2 hingga 9 peratus kematian di kawasan bandar adalah berkaitan dengan
zarah terampai. Jadual 5.1 menunjukkan penurunan pembebasan zarah terampai dari tahun
2000 (109.4 tan metrik) kepada tahun 2011 (26.7 tan metrik).

Hidrogen sulfida, H
2
S adalah gas yang sangat toksik, mengkakis dan mempunyai bau telur
busuk. Ia dibebaskan daripada sumber semulajadi (pengurang sulfat dalam paya garam,
gunung berapi) dan dari sumber industri.

Hidrogen florida, HF dibebaskan oleh punca industri dan ianya sangat toksik, walaupun pada
kepekatan 1 bahagian per bilion. Hidrogen fluorida dapat memasuki kulit dengan cepat dan
memusnahkan sel-sel hingga menyebabkan tisu dan organ tubuh tidak dapat berfungsi.

Gas berbahaya lain, seperti klorin, juga merupakan gas yang biasa. Namun, pengeluaran gas
ini secara berepisod boleh menyebabkan kemalangan. Contohnya pada tahun 1984, satu
kemalangan berlaku di Bhopal, India di mana kepulan metil isosianat telah membunuh lebih
2,000 orang.

Plumbum, Pb adalah bahan yang terdapat bateri jentera dan merupakan satu tambahan dalam
petrol. Plumbum telah dihentikan penambahannya dalam petrol apabila didapati Plumbum
meracuni penukar pemangkin yang ditambah pada kereta. Plumbum berbahaya kerana ia
menyebabkan perencatan mental. Apabila digunakan dalam gas, pada kepekatan tertentu ia
menjadi sumber utama pencemaran Plumbum bawaan udara. Sejak pemberhentian,
pembebasan Plumbum telah menurun dengan banyak. Ini merupakan satu kejayaan dari
penyelesaian masalah yang timbul.

U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 84

Karbon hitam atau jelaga merupakan produk sampingan pembakaran. Ia menjadi satu
masalah besar apabila dapur menggunakan kayu dan batu arang sebagai bahan bakar di
negara membangun serta beberapa bahan api diesel di seluruh seluruh dunia
Kebarangkalian untuk berlakunya pencemaran udara bergantung kepada kadar pembebasan
bahan pencemar udara, purata kelajuan angin dan gabungan keduanya.

Kabut fotokimia adalah masalah utama di kawasan perbandaran sewaktu siang hari di mana
kepekatan prekursor, bahan pencemar udara primer adalah sangat tinggi di jalanraya semasa
waktu puncak.


Berdasarkan data dalam Jadual 5.1 di bawah, kenapakah berlaku penurunan
pelepasan SO
2
, CO dan zarah terampai daripada tahun 2000 ke tahun 2011?
Sebaliknya kenapa berlaku peningkatan pembebasan NO
2
dalam tempoh sama?


Jadual 5.1: Pelepasan bahan pencemar udara mengikut jenis, Malaysia, 2000-2011
000 tan metrik
Tahun
Jenis
Zarah terampai
(PM)
Karbon
Monoksida
Nitrogen
Dioksida
Sulfur
Dioksida
2000 109.4 2,271.6 349.0 374.2
2001 73.7 2,260.8 247.6 168.0
2002 77.4 2,959.1 241.4 219.8
2003 20.5 1,455.8 324.1 264.4
2004 30.0 1,280.2 308.4 169.8
2005 30.0 1,321.4 346.0 169.8
2006 30.0 1,368.2 393.2 194.3
2007 38.8 1,774.4 563.1 157.1
2008 31.7 1,451.7 410.0 161.9
2009 27.7 1,621.3 756.4 179.9
2010 27.0 1,681.4 740.0 174.8
2011 26.7 1,759.2 770.1 190.1
Sumber : Jabatan Alam Sekitar dalam Laporan Perangkaan 2012, Jabatan Statistik


Cuba anda lakukan aktiviti dan jawab soalan-soalan berikut:

Berikan definisi pencemaran udara.
Namakan lima jenis bahan pencemar udara.
Dapatkah anda nyatakan dari mana datangnya lima bahan pencemar udara yang anda
sebutkan di atas.
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 85

PUNCA-PUNCA PENCEMAR UDARA

encemar udara adalah berpunca sama ada daripada sumber bergerak atau tetap.
Sumber tidak bergerak atau tetap digambarkan sebagai menjadi sumber titik
(contohnya asap), sumber fugitif dan sumber kawasan. Sumber fugitif menjana
pencemar udara dari kawasan terbuka yang terdedah kepada angin (contohnya debu
dari tapak pembinaan). Sumber kawasan adalah kawasan yang ditakrifkan, seperti masyarakat
bandar atau kompleks perindustrian. Sumber bergerak pula berasal dari pengangkutan.

Pada tahun 1990-an, Jabatan Alam Sekitar telah melaporkan bahawa jumlah beban pelepasan
daripada sumber-sumber bergerak (seperti kereta dan bas), sumber-sumber tetap (contohnya
loji tenaga, tempat pembakaran di industri dan pembakaran api domestik) dan pembakaran sisa
perbandaran dan industri, hotel, institusi, pusat komersial dan pasar malam (bukan pertanian)
telah meningkat dua kali ganda daripada tahun 1992 (1,574 tan metrik) kepada 1997 (3,583 tan
metrik). Namun begitu beban pelepasan ini berkurangan pada tahun 2011 (2, 746 tan metrik)
(Jadual 5.2).

Jadual 5.2 Pelepasan bahan pencemar udara mengikut punca, Malaysia, 1992-2011
000 tan metrik
Tahun Kenderaan
bermotor
Punca
tetap
Lain-lain
1
Jumlah
1992 1,283.1 269.2 21.4 1,573.7
1993 1,286.3 299.7 35.5 1,621.5
1994 1,388.9 383.8 - 1,772.7
1995 3,386.0 477.6 153.1 4,016.7
1996 2,722.9 577.9 29.8 3,330.6
1997 2,905.8 573.1 104.1 3,583.0
1998 2,402.8 706.5 146.5 3,255.8
1999 2,563.1 461.4 114.2 3,138.7
2000 2,642.6 566.7 29.2 3,238.5
2001 2,561.7 308.0 8.6 2,878.3
2002 2,939.9 702.1 14.1 3,656.6
2003 1,649.1 252.5 163.2 2,064.8
2004 1,444.6 306.1 37.6 1,788.3
2005 1,538.0 306.1 23.1 1,867.2
2006 1,631.4 309.4 49.9 1,985.7
2007 2,172.8 311.2 49.4 2,533.4
2008 1,630.8 370.1 54.4 2,055.3
2009 1,762.8 762.2 60.3 2,585.3
2010 1,829.7 733.1 60.4 2,623.1
2011 1,905.6 749.9 90.6 2,746.1
Sumber : Jabatan Alam Sekitar dalam Laporan Perangkaan 2012, Jabatan Statistik
1
Data tahun 1992-2002 merujuk kepada Pembakaran Sisa Industri. Mulai 2003, termasuk hotel, institusi,
pusat komersial dan pasar malam.

Pada masa sama didapati bahawa pencemaran udara dari tiga sumber utama ini menyumbang
kepada purata 69 peratus, 27 peratus dan 4 peratus masing-masing. Ini berbeza dengan data
P
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 86

pada tahun 1990-an di mana secara purata ketiga-tiga sumber di atas menyumbang kepada 81
peratus, 17 peratus dan 2 peratus.

Berdasarkan data yang dikemukakan, kenapakah berlaku penurunan beban
pelepasan daripada tahun 1992 berbanding tahun 2011?

Berdasarkan Jadual 5.2 didapati berlaku peningkatan drastik daripada beban pembebasan
punca pada tahun 1995 (4,016.7 tan metrik) dan berlaku pengurangan pada tahun 2004 hingga
2006 (1,788.3 hingga 1,985.7 tan metrik). Persoalan yang timbul ialah apa yang menyebabkan
pembebasan ini menurun? Apakah perubahan yang berlaku di Malaysia pada ketika itu?

Sehingga akhir tahun 2010, sebanyak 20,188,565 buah kenderaan bermotor telah berdaftar di
Malaysia, iaitu pertambahan sebanyak 1,171,783 buah kenderaan (6.16%) berbanding tahun
2009. Dari sejumlah 1,158,072 buah kenderaan baru yang didaftarkan dalam tahun 2010,
kategori motokar merupakan yang tertinggi iaitu 585,304 unit (50.54%) diikuti motosikal
sebanyak 498,041 unit (43.0 %), manakala sebanyak 74,727 unit (6.5%) adalah dari lain-lain
jenis kenderaan termasuk lori, bas, van dan sebagainya. Rajah 5.3 menunjukkan pecahan
keseluruhan kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia.


Jenis kenderaan bermotor

Sumber: Laporan Tahunan 2010, Jabatan Alam Sekitar

Rajah 5.3: Bilangan kenderaan bermotor mengikut jenis bagi tahun 2009 dan 2010

Data bagi bilangan jumlah kenderaan meningkat dari tahun 2010 kepada 2011. Data ini selari
dengan peningkatan pembebasan bahan pencemar utama dan pelepasan bahan pencemar
berdasarkan punca. Ini menunjukkan kadar pembebasan bahan pencemar utama meningkat


U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 87

dengan peningkatan bilangan kenderaan bermotor. Sekali lagi ditimbulkan persoalan
kenapakah pembebasan bahan pencemar ini menurun daripada tahun 1990-an sedangkan
bilangan kenderaan bermotor adalah jauh lebih kecil daripada sekarang?

Cuba anda lakukan aktiviti dan jawab soalan-soalan berikut:

Sebutkan punca-punca pencemar udara.
Punca pencemar udara manakah yang banyak dibebaskan.
Pada pendapat anda, kenapa punca ini merupakan penyumbang terbesar?


KESAN PENCEMARAN UDARA

erdapat berbagai kesan daripada pencemaran udara. Secara umumnya ia boleh
memberi kesan kepada fauna dan flora serta juga kepada infrastruktur. Kesannya
kepada tumbuhan termasuklah kepada daun, merencat pertumbuhan serta juga
fotosintesis, meningkatkan kecenderungan untuk mendapat penyakit dan meningkat
kecenderungannya terhadap iklim yang ekstrem.

Pencemaran udara merupakan sumber yang signifikan terhadap kematian manusia di kawasan
bandar dan telah menyebabkan kos kesihatan meningkat iaitu dianggarkan sebanyak US$50
bilion di Amerika Syarikat. Kesan kesihatan yang utama termasuklah keracunan toksik, kanser,
kecacatan kelahiran, kerengsaan mata dan sistem pernafasan. Pendedahan kepada pencemar
udara juga meningkatkan kecenderungan untuk mendapat penyakit jantung, menjejaskan paru-
paru, emfisema serta jangkitan virus dan bakteria.

Asap daripada ekzos kenderaan, kepulan asap dari industri, asap dari sampah yang dibakar
serta asap loji tenaga kesemuanya merupakan penyumbang kepada bahan yang berterbangan
di udara serta mengandungi gas-gas beracun yang disedut oleh manusia dan haiwan di
sekelilingnya (Jadual 5.3).

Pengelompokan habuk, kekotoran dan asap menjadikan bandar-bandar sebagai pulau-pulau
haba yang menyerap cahaya matahari ke dalam permukaan konkrit dan asfalt (minyak tar
yang berwarna hitam pekat digunakan untuk pembinaan jalan bertar). Ini menyebabkan
pemerangkapan bahan pencemar udara dalam lapisan pembalikan semasa proses
penyebarannya.

Pada tahun 1990-an, satu ancaman baharu timbul di kawasan bandar iaitu jerebu. Ini
merupakan fenomena akibat gabungan sumber bahan pencemar udara tempatan dan akibat
daripada pembakaran hutan serta ladang kelapa sawit di kawasan serantau. Jerebu merupakan
pencemaran udara yang menyebabkan kos alam sekitar, ekonomi dan kesihatan awam yang
buruk berlaku pada tahun 1991, 1994 dan 1997.

T
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 88

Fenomena ini terus mengganggu rakyat Malaysia pada abad ke-21. Malah ia terus berlaku
pada tahun 2004. Di Tanjung Malim, Perak, Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan
terdapat 25 hari dalam tahun 2011 mencatatkan bacaan Tidak Sihat (TS) seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 5.4.

Jadual 5.3 Sumber-sumber dan kesan bahan pencemar udara ke atas manusia dan tumbuh-
tumbuhan

Pencemar Punca Kesan kepada Kesihatan Manusia dan
Ekologi
Penipis ozon Motor berinjin 2-strok Manusia Mengganggu fungsi dan
kitaran pernafasan, prestasi atlit
bersenaman berat dan risiko kanser
kulit.
Tumbuhan Merosakkan tumbuhan
dan mengurangkan hasil tanaman.
Plumbum Sektor pengangkutan Manusia Pendedahan jangka panjang
boleh menyebabkan masalah saraf.
Karbon Monoksida Sektor pengangkutan Manusia Mengancam perokok dan
mereka yang bermasalah dengan sistem
peredaran darah.
Sulfur Oksida Industri minyak dan gas,
penjanaan kuasa,
pembakaran arang,
pembakaran dan proses
industri
Manusia Menambah ketenatan
pesakit asma dan bronkitis.
Tumbuhan Merosakkan tumbuhan.
Nitrogen Oksida Pengangkutan, penjanaan
kuasa, pembakaran di
industri
Manusia Mengganggu fungsi
pernafasan.
Tumbuhan Membantutkan
tumbesaran tumbuhan.
Zarah terampai
(diameter 10 mikron,
PM
10
)
Pembakaran terbuka,
jerebu
Manusia Mengganggu fungsi
pernafasan.
Tumbuhan Merosakkan tumbuhan.
Sumber: Jabatan Statistik, 2003










U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 89

Jadual 5.4:Status kualiti udara di Stesen Tanjung Malim, Perak, 1999-2011
Status IPU Bilangan hari
Tahun 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011
Baik 25 211 241 112 216 194 175 236 267 204 197 204 187
Sederhana 1 107 120 175 130 162 176 112 95 144 144 157 153
Tidak sihat - 17 4 4 6 10 9 14 3 18 24 4 25
Sumber: Jabatan Alam Sekitar dalam Laporan Perangkaan, Jabatan Statistik 2012
Skala:
Baik 0-50
Sederhana 51-100
Tidak Sihat 101 200


Keadaan meteorologi boleh mengenalpasti sekiranya pencemaran udara hanya menyebabkan
gangguan atau memberi ancaman utama kepada kesihatan. Pencemaran udara boleh menjadi
teruk atau berbahaya semasa inversi atmosfera, yang berlaku apabila kepulan udara sejuk
terperangkap pada aras bawah dan di atasnya adalah udara yang lebih panas. Oleh kerana
udara yang lebih sejuk lebih tumpat daripada udara panas, udara sejuk tidak dapat naik ke atas
dan bahan pencemar udara akan berakumulasi atau bertambah. Kecenderungan bagi satu
kawasan mengalami inversi adalah fungsi topografi dan cuaca tempatan.


Cuba anda jawab soalan-soalan berikut:

Apakah bahan-bahan pencemar udara yang boleh memberi kesan kepada manusia?
Bagaimanakah tumbuhan mendapat kesan daripada bahan pencemar udara?
Pada pendapat anda, bagaimanakah bahan pencemar tersebut boleh memberi kesan
kepada ekologi?


Sebutkan kategori indeks kualiti udara Malaysia.










A
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 90

PERUBAHAN IKLIM BERKAITAN PENCEMARAN UDARA

erubahan iklim boleh memberi kesan kepada pencemaran udara atau sebaliknya.
Antara akibat yang dapat dilihat ialah hujan asid, jerebu, pemanasan global dan lain-
lain lagi. Dalam subtopik ini dibincangkan secara terperinci tentang fenomena yang
berlaku ini.

HUJAN ASID

Hujan asid ialah hujan dengan pHnya di bawah 5.6. pH diukur berdasarkan kepekatan ion
hidrogen. Apabila pH menurun, kepekatan ion hidrogen (H
+
) meningkat manakala kepekatan
ion hidroksil (OH
-
) menurun. pH 7 adalah neutral (kepekatan H
+
dan OH
-
yang sama). Punca
utama hujan asid adalah disebabkan oleh pembebasan sulfur oksida (SO
x
), dengan sumbangan
signifikan oleh nitrogen oksida (NO
x
). Pembakaran arang batu di stesen janakuasa elektrik
adalah sumber utama SO
x
bagi hujan asid.

Di negara Barat, keadaan ini menjadi lebih buruk apabila standard kualiti udara memaksa agar
prasarana elektik menaikkan tapak cerobong asap premis mereka dengan andaian pelarutan
adalah penyelesaian kepada masalah pencemaran udara ini.

Hujan asid melarutkan monumen berbatu dan penyokong jambatan, menghakis logam,
memusnahkan sistem akuatik (terdapat tasik-tasik yang sangat berasid sehingga ikan tidak
dapat menghabitat tasik tersebut), memusnahkan daun (menghakis lapisan berlilin yang
bertindak sebagai pelindung pada daun) menyebabkan daun tersebut berkecenderungan untuk
dijangkiti kulat. Hujan asid juga melarutkan aluminium di dalam tanah (toksik kepada
tumbuhan). Kesensitifan alam sekitar terhadap hujan asid sangat pelbagai bergantung kepada
keupayaan menimbal yang ada pada tanah. Kawasan yang mempunyai lapisan tanah yang
nipis di atas granit adalah paling sensitif.


JEREBU

Di Malaysia episod jerebu 1997 adalah antara peristiwa alam sekitar, kesihatan dan ekonomi
terburuk yang pernah berlaku di rantau ini. Darurat telah diisytiharkan di Malaysia selepas
bahan pencemar udara mencecah paras merbahaya yang mengancam kesihatan jutaan
manusia dari Sabah, Sarawak hinggalah ke Perlis.

Dari segi statistik, hampir 70 juta penduduk serantau terjejas akibat jerebu. Di samping itu ia
juga memberi kesan kepada lima juta hektar hutan, tanah rumput dan kawasan perladangan
yang terbakar dan kerosakan berjumlah US$41.3 bilion ditanggung oleh Indonesia, Malaysia
dan Singapura. Di Malaysia sahaja, lebih 18 juta berhadapan dengan risiko penyakit berhubung
jerebu dan kos ekonominya melebihi US$300 juta. Fenomena El Nino telah memburukkan lagi
keadaan yang berlaku.

P
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 91

Pada ketika itu, kawasan Lembah Kelang dan pusat-pusat perbandaran mendapat kesan yang
paling ketara. Selain jerebu, kira-kira 20 peratus daripada sumber pencemaran udara di
Lembah Kelang datangnya daripada sumber-sumber tempatan termasuk bahan bakar ekzos,
pembakaran terbuka dan pelepasan industri. Kebakaran yang berlaku di Indonesia dan
keadaan angin bermusim membawa asap tercemar ke Malaysia dari bulan Julai hingga Oktober
1997. Pada ketika itu langit menjadi tepu dipenuhi debu zarah terampai.Pada 19 September
1997 Keadaan Darurat diisytiharkan di Sarawak apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara
(API) mencecah 658.

Pada bulan Jun 2002, negara-negara ASEAN telah menandatangani Perjanjian mengenai
Jerebu Merentasi Sempadan sebagai langkah untuk menangani masalah jerebu yang berlaku.
Pendedahan akut kepada paras pencemaran yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan yang
teruk kepada organ pernafasan serta boleh membawa kematian. Semua pihak baik kerajaan,
pengusaha serta penduduk tempatan perlu peka dengan perubahan sekeliling dan melakukan
langkah pencegahan di peringkat awal walaupun dengan memakai topeng muka.


PEMANASAN GLOBAL

Isu pemanasan global bukan merupakan perkara asing lagi bagi para saintis. Kadar pencairan
bongkah ais di Artik semakin cepat, di Bangkok paras air di Sungai Chao Phraya semakin
meningkat dan di Malaysia suhu di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland semakin
meningkat.

Para saintis seluruh dunia telah bekerja keras untuk memperlahankan pemanasan global dalam
jangka masa pendek. Ini juga boleh mengurangkan kematian jutaan penduduk dunia akibat
menghidu udara yang tercemar. Sebelum ini dikatakan pembebasan karbon dioksida
merupakan penyumbang utama kepada masalah ini. Namun untuk menghapuskan karbon
dioksida merupakan perkara yang mustahil.

Mutakhir ini saintis telah berjaya menemukan satu lagi sumber kepada pemanasan global.
Mereka mengatakan kunci utama untuk memperlahan pemanasan global ialah mengurangkan
dua punca yang menyebabkan pemanasan global bertindak pantas iaitu metana dan karbon
hitam atau jelaga.

Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang utama. Walau bagaimamapun, para saintis
mengatakan mengurangkan metana dan karbon hitam dapat memberikan pemulihan dengan
lebih cepat. Hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Sains itu melaporkan karbon hitam
merupakan masalah besar dalam aspek kesihatan. Sekiranya dapat mengurangkannya dengan
menggunakan teknologi hari ini, ia dapat membantu menyelamatkan kira-kira 700,000 dari 4.7
juta nyawa manusia setiap tahun.

U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 92

Karbon hitam menyebabkan pola jumlah hujan turun berubah-ubah, pengurangannya dapat
mengurangkan kemarau di Eropah Selatan dan bahagian Afrika. Ia juga dapat membantu
mengurangkan masalah monsun di negara Asia.

Metana biasanya dihasilkan di loji pelupusan sisa pepejal, ladang-ladang, loji gas asli dan
perlombongan arang batu. Karbon hitam merupakan produk sampingan pembakaran. Ia
dihasilkan melalui penggunaan dapur menggunakan kayu dan batu arang di negara
membangun serta beberapa bahan api diesel seluruh dunia.

Walaupun tumpuan diberikan kepada metana dan karbon hitam, namun ini tidak menafikan
bahayanya gas karbon dioksida. Terdapat lebih banyak pencemaran karbon dioksida
berbanding metana dan karbon hitam tetapi, dua gas yang terakhir itu menunjukkan akibat yang
lebih kuat.

Pada tahun 2007, satu kajian telah dilakukan oleh saintis dari Universiti Stanford dan melalui
pengiraan mendapati karbon dioksida merupakan punca utama buatan manusia yang
menyebabkan pemanasan global sehingga 48 peratus. Karbon hitam pula menduduki tangga
kedua dengan 16 peratus dan metana 14 peratus. Bagaimanapun, kajian mendapati dalam
tempoh 20 tahun, satu molekul metana atau karbon hitam menyebabkan lebih banyak
pemanasan berbanding satu molekul karbon dioksida. Karbon dioksida mempunyai separuh
hayat selama 100 tahun, manakala karbon hitam hanya berada di atmosfera untuk beberapa
hari sahaja.

Penemuan terbaru ini dapat membantu mengurangkan pemanasan global dengan kadar yang
lebih cepat, namun cara untuk menangani pembebasan karbon dioksida yang tersebar luas
harus diberi perhatian sepanjang masa.


Cuba anda jawab soalan-soalan berikut:

Sebutkan tiga faktor pemanasan global yang utama?
Dapatkah anda terangkan bagaimana tiga faktor ini menyebabkan pemanasan global?
Bolehkah anda sebutkan satu faktor lain yang juga boleh menyumbang kepada
pemanasan global?









U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 93

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL PENCEMARAN UDARA

ernahkah anda melihat van, bas atau lori berhenti di tempat pemeriksaan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ)? Anda mungkin pernah melihat ujian asap dijalankan.
Apakah tujuan ujian ini dijalankan? Ya, ini merupakan antara langkah yang diambil
untuk mengawal pencemaran udara.

Zarah terampai daripada industri boleh dikawal dengan pemendak elektrostatik, penggosok
(scrubber) dan penapis. Penukar pemangkin digunakan dalam kenderaan untuk mengurangkan
sebatian organik meruap (VOC) dan CO. Pembebasan NO
x
daripada jentera dikurangkan
dengan mengitar semula gas ekzos dan menyesuaikan nisbah udara: bahan api. SO
2
boleh
dikawal dengan menggunakan penggosok di atas cerobong asap dan dengan menggunakan
arang batu yang digaskan sebagai sumber bahan api.


KAWALAN PELEPASAN ASAP DAN GAS DARI KENDERAAN BERMOTOR

Pelepasan asap serta gas-gas pencemar seperti karbon monoksida (CO), hidrokarbon (HC),
oksida-oksida nitrogen (NO
x
) serta zarah terampai (PM) yang dilepaskan melalui ekzos
kenderaan bermotor adalah dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol), 1996.

KAWALAN PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN DIESEL

Kawalan pelepasan asap hitam berlebihan dari ekzos kenderaan diesel dilaksanakan melalui
Program AWASI (Area Watch And Sanction Inspection). Melalui Program AWASI ini, skuad
peronda JAS akan menjalankan rondaan, pemerhatian pelepasan asap hitam dari ekzos
kenderaan, memberhentikan kenderaan untuk menjalankan ujian asap ke atas kenderaan-
kenderaan diesel yang diperhatikan mengeluarkan asap hitam berlebihan (Rajah 5.4).

Tindakan kompaun akan diambil serta merta kepada pemandu dan tuanpunya kenderaan yang
didapati gagal mematuhi had pelepasan asap 50 Unit Asap Hartridge (HSU). Kompaun serta
perintah larangan menggunakan kenderaan di jalanraya akan dikeluarkan sekiranya kenderaan
didapati melepaskan asap hitam melebihi 70 HSU.

Pada tahun 2010, sebanyak 1,797 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan di bandar-
bandar di seluruh negara. Sebanyak 230,672 buah kenderaan diesel telah diperiksa, dan dari
jumlah tersebut, sebanyak 2,983 buah kenderaan telah dikompaun kerana gagal mematuhi had
pelepasan asap hitam sebanyak 50 HSU, manakala 414 daripadanya telah dikenakan perintah
larangan beroperasi sehingga dibaikpulih dan lulus ujian asap semula oleh JAS. Pada
keseluruhannya, peratus pematuhan oleh kenderaan diesel adalah 98.7 peratus.

P
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 94


Rajah 5.4: Ujian Pelepasan Asap Hitam
Sumber: Laporan Tahunan 2010, Jabatan Alam Sekitar

KAWALAN PELEPASAN GAS CO DAN HC DARI KENDERAAN PETROL

Sepanjang tahun 2010, sejumlah 5,436 buah kenderaan petrol telah diuji pelepasan CO dan HC
dengan menggunakan meter gas CO-HC Analyzer melalui kaedah ujian idling. Sebanyak 407
buah kenderaan telah dikompaun kerana gagal mematuhi had pelepasan yang dibenarkan.
Peratus pematuhan secara keseluruhannya adalah 93.1 peratus. Surat amaran juga telah
dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang gagal mematuhi had pelepasan CO dan HC
supaya segera membaiki kenderaan bagi memastikan kenderaan sentiasa mematuhi had
pelepasan yang ditetapkan.

UJIAN KELULUSAN JENIS (KENDERAAN PETROL)

Malaysia telah memperkenalkan standard pelepasan pencemar untuk model baharu kenderaan
motor dengan tujuan memperbaiki pelepasan pencemar dengan menggunakan rekabentuk
enjin baru dan teknologi kawalan pelepasan.

Pada atau selepas 1 Januari 2000, mana-mana model baharu kenderaan motor dikehendaki
mematuhi standard pelepasan pencemar yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga, Peraturan-
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol),1996 di mana
jisim karbon monoksida yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 2.2 g/km, manakala
kombinasi hidrokarbon dan nitrogen oksida hendaklah tidak melebihi 0.5 g/km. Pada tahun
2010, Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan sebanyak 44 Sijil Ujian Kelulusan Jenis bagi
model baharu kenderaan yang akan dipasarkan di Malaysia.





U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 95

PENGWUJUDAN KEMUDAHAN YANG DILULUSKAN

Bagi membolehkan orang ramai menghantar kenderaan mereka untuk menjalani ujian
pelepasan asap dan gas, Jabatan Alam Sekitar melalui program Kemudahan Yang Diluluskan
(KYDL) telah memberi pengiktirafan kepada bengkel-bengkel kenderaan yang memenuhi
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Sehingga akhir tahun 2010, sebanyak 57 bengkel serta pusat-pusat pemeriksaan kenderaan di
seluruh negara telah diberikan sijil pengiktirafan sebagai Kemudahan Yang Diluluskan oleh
JAS. Kesemua pusat atau bengkel tersebut adalah untuk menguji pelepasan asap hitam
kenderaan diesel.

KAWALAN PELEPASAN ASAP DARIPADA MOTOSIKAL

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal), 2003
telah diwartakan dan mula dikuatkuasa mulai 1 Januari 2004. Peraturan ini telah menggariskan
piawai pelepasan seperti berikut:

Standard Kelulusan Jenis bagi motosikal baharu : 97/24/EC
Standard pelepasan (idling) bagi motosikal terpakai : 4.5 peratus CO (Karbon Monoksida)
Pengimport motosikal adalah dikehendaki mematuhi standard baru pelepasan berkuatkuasa 1
Januari 2005 bagi model baharu dan 1 Julai 2005 bagi model sedia ada, manakala pembuat
tempatan hendaklah mematuhi standard pelepasan baru berkuatkuasa 1 Julai 2005 bagi model
baru dan 1 Julai 2006 bagi model sedia ada.


Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan berikut:

Memandangkan pengangkutan adalah salah satu sumber utama pencemaran udara di
bandar, apa yang boleh dilakukan untuk mengubah tabiat manusia supaya mereka
bergantung kepada bentuk pengangkutan alternatif dan bersih?


Pilih satu jenis bahan pencemar dan cuba anda kenalpasti puncanya. Tuliskan
kesannya kepada manusia dan persekitaran.
_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________


U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 96

Baiklah, di dalam Unit Pelajaran 5 ini anda telah didedahkan kepada pencemaran udara. Anda
telah didedahkan tentang jenis, punca, kesan dan peraturan-peraturan berkaitan pencemaran
udara.

Apakah jenis pencemaran lain? Apakah ia daripada sumber yang sama? Adakah ia
mempunyai kesan yang sama? Pencemaran-pencemaran air, bunyi dan lain-lain
akan dipelajari dalam unit seterusnya. Selamat berjaya!


























U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 97

RINGKASAN

1. Pencemaran udara ialah satu keadaan yang melibatkan kehadiran satu atau lebih bahan
pencemar atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu
jangka waktu sehingga berlakunya perubahan atau boleh menyebabkan
ketidakselesaan.
2. Pencemar udara diklasifikasikan sebagai primer dan sekunder. Pencemar primer ialah
pembebasan langsung sementara pencemar sekunder dihasilkan menerusi tindakbalas
di antara pencemar primer dan sebatian atmosfera normal.
3. Contoh-contoh pencemar udara termasuklah sulfur dioksida (SO
2
) atau sulfur oksida
(SO
X
), nitrogen oksida (NO
X
), karbon monoksida (CO), ozon (O
3
), sebatian organik
meruap, hidrogen sulfida (H
2
S) dan hidrogen florida (HF) serta zarah terampai.
4. Pencemar udara adalah berpunca daripada sumber bergerak dan sumber tetap.
5. Pencemaran udara memberi kesan kepada manusia, fauna dan flora serta juga kepada
infrastruktur.
6. Interaksi pencemar udara dengan persekitaran boleh menyebabkan hujan asid, jerebu,
pemanasan global dan lain-lain lagi.
7. Antara kawalan pencemaran udara di Malaysia termasuklah Kawalan Pelepasan Asap
dan Gas dari Kenderaan Bermotor, Kawalan Pelepasan Asap Hitam dari Kenderaan
Diesel, Kawalan Pelepasan Gas CO dan HC Dari Kenderaan Petrol dan lain-lain lagi.
















U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 98

PETA KONSEP


JAWAPAN

Baik 0-50
Sederhana 51-100
Tidak Sihat 101 200
Sangat Tidak Sihat 201 -300
Berbahaya - > 300

PENCEMARAN
UDARA
Jenis Punca Contoh Kesan Interaksi
Alam
Sekitar
Definisi
Kawalan
Primer
Sekunder
Bergerak
Tetap
Zarah
terampai
SO
2

CO
O
3

H
2
S
HF
Manusia
Flora
Fauna
Infra-
struktur
Hujan asid
Jerebu
Pemanasan
global
Asap dan
gas
Asap hitam
CO dan
HC
A
U n i t P e l a j a r a n 5 : P e n c e m a r a n U d a r a | 99

KATA KUNCI
pencemaran udara hidrogen sulfida antropogenik
bahan pencemar hidrogen klorida eutrofikasi
zarah terampai pencemar primer afiniti
sulfur dioksida pencemar sekunder toksik
nitrogen oksida gas toksik logam berat
karbon monoksida hujan asid karbon hitam
ozon asid nitrik jelaga
sebatian organik meruap kabut sumber bergerak
sumber titik pulau haba pemanasan global
sumber fugitif jerebu pembakaran arang batu
beban pelepasan inversi metana
pencemaran karbon dioksida ekzos ujian idling


PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang anda faham tentang pencemaran udara?

2. Apakah jenis-jenis pencemaran udara?

3. Apakah punca-punca pencemaran udara?

4. Dapatkah anda sebutkan contoh-contoh pencemar udara?

5. Dapatkah pencemar udara berinteraksi dengan alam sekitar? Terangkan.

6. Apakah kawalan-kawalan pencemaran udara yang telah dijalankan di Malaysia?


RUJUKAN
Cunningham, W. P. & Cunningham, M.A. (2008). Principles of Environmental Science: Inquiry
and Applications.

Environmental Quality Report. (2011), Jabatan Alam Sekitar.

Laporan Perangkaan Alam Sekitar, Jabatan Statistik (2012).

Laporan Tahunan. (2010), Jabatan Alam Sekitar.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_02
.htm#ixzz2Pobrp1ut

UNIT PELAJARAN 6
PENCEMARAN ALAM BAHAGIAN II
PENCEMARAN AIR

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. menjelaskan apakah pencemaran air;
2. mengetahui dan membezakan sumber pencemaran bertitik dan tidak bertitik;
3. menghuraikan jenis-jenis bahan pencemar air;
4. menjelaskan kaedah pengkelasan kualiti air.

PENGENALAN


Rajah 6.1: Contoh sungai di Malaysia
Adakah anda bersetuju bahawa air adalah sumber terpenting bagi kehidupan? Adakah
anda tahu bahawa sebahagian penduduk dunia sedang menghadapi masalah kekurangan
bekalan air walaupun secara faktanya 70 peratus daripada keseluruhan permukaan bumi diliputi
air? Seperti yang telah dibincangkan dalam unit pelajaran 3, peningkatan populasi dunia akan
menyebabkan lebih banyak penduduk dunia berhadapan dengan krisis bekalan air. Masalah ini
adalah berkaitan dengan degradasi dari segi kuantiti dan juga kualiti air yang boleh digunakan
oleh manusia. Pengurangan kuantiti air adalah disebabkan oleh perubahan iklim dunia yang
mengganggu keseimbangan kitar hidrologi. Dalam pada itu, degradasi kualiti air pula
disebabkan oleh masalah pencemaran air. Sebelum anda memulakan pembelajaran dalam
topik ini, perhatikan gambar sungai pada Rajah 6.1. Pada pendapat anda, adakah ianya
sebuah sungai yang tercemar? Apakah ciri-ciri sungai yang tercemar?
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 101


ISI KANDUNGAN
ualiti air ditentukan berdasarkan ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi. Ciri-ciri fizikal air
termasuklah suhu, bau, warna, jumlah pepejal terampai, dan kekeruhan. Ciri-ciri kimia
air pula merujuk kepada nutrien, pH, kepekatan oksigen terlarut, keperluan oksigen
kimia (COD), dan juga keperluan oksigen biokimia (BOD). Ciri biologi air pula adalah
berdasarkan kehadiran mikroorganisma seperti bakteria koliform.
Pencemaran air berlaku apabila terdapat kemerosotan dalam kualiti air. Dalam erti kata lain,
pencemaran air merujuk kepada perubahan ciri fizikal, kimia dan biologi air yang menjejaskan
hidupan air atau menyebabkan air tidak lagi sesuai untuk kegunaan yang dikehendaki.
Seterusnya, pencemaran air boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu pencemaran air
permukaan (surface water pollution) dan juga pencemaran air bawah tanah (groundwater
pollution). Topik-topik seterusnya dalam unit pelajaran ini akan mengulas dengan lebih lanjut
tentang sumber pencemaran air dan jenis-jenis bahan pencemar air. Selain itu, kaedah
pengkelasan kualiti air juga akan dibincangkan.


Rajah 6.2: Sumber air yang tercemar
Rajah 6.2 menunjukkan seorang lelaki mendayung sampan di sungai yang diliputi
oleh lapisan alga. Dengan berbantukan maklumat daripada internet atau buku, bolehkah
jelaskan apakah perubahan pada ciri air yang menyebabkan fenomena tersebut?




K
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 102


SUMBER PENCEMARAN AIR

encemaran air permukaan dan air bawah tanah berlaku apabila terlalu banyak bahan
pencemar yang mengalir masuk ke dalam sungai, laut, tasik, kolam dan juga air bawah
tanah. Bahan pencemar tersebut berpunca daripada sumber-sumber yang
diklasifikasikan kepada dua kategori yang utama, iaitu sumber pencemaran bertitik
(point source pollution) dan sumber pencemaran tidak bertitik (non-point source pollution).


SUMBER PENCEMARAN BERTITIK

Sumber pencemaran bertitik adalah seperti kilang, loji janakuasa, loji rawatan kumbahan,
lombong arang batu di bawah tanah, dan telaga minyak. Ianya dikelaskan sebagai sumber
pencemaran bertitik kerana hanya menyalurkan bahan pencemar dari lokasi tertentu yang
mudah dikenal pasti. Titik penyaluran bahan pencemar air adalah seperti paip, longkang, dan
parit (Rajah 6.3). Sumber pencemaran bertitik agak mudah untuk dikawal.


Rajah 6.3: Contoh titik penyaluran bahan pencemar air

SUMBER PENCEMARAN TIDAK BERTITIK

Sumber pencemaran tidak bertitik merupakan penyumbang utama dalam kemerosotan kualiti
air pada hari ini. Sumber pencemaran tidak bertitik pula tidak mempunyai lokasi penyaluran
atau pelepasan bahan pencemar yang spesifik. Ini bermaksud bahawa lokasi pencemaran amat
sukar untuk dikenal pasti. Sumber pencemaran tidak bertitik yang utama adalah air larian
permukaan dari hutan, kawasan pertanian, penternakan, perumahan, padang, kawasan
pembinaan, jalanraya, mahupun tempat meletak kenderaan (Rajah 6.4). Bahan pencemar
utama yang dikaitkan dengan air larian permukaan adalah nutrien dan sedimen. Kedua-dua
bahan pencemar ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam topik seterusnya dalam
unit pelajaran ini.

Berbeza dengan sumber pencemaran bertitik yang kebiasaannya mempunyai jenis dan
kepekatan bahan pencemar yang hampir sama sepanjang tahun, jenis dan kepekatan bahan
pencemar yang berpunca dari sumber tidak bertitik adalah lebih pelbagai. Sebagai contoh,
P
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 103


kepekatan nutrien dan sedimen dalam air larian permukaan dari kawasan pertanian adalah
bergantung pada kekerapan hujan. Air larian permukaan yang disebabkan oleh hujan kali
pertama selepas satu tempoh kemarau yang panjang pastinya membawa lebih banyak
nutrien/sedimen berbanding air larian permukaan akibat hujan yang turun secara lebih kerap.

Disebabkan lokasi pencemaran yang sukar dikenal pasti dan kepelbagaian dari segi jenis dan
kepekatan bahan pencemar, sumber pencemaran tidak bertitik adalah jauh lebih sukar untuk
dipantau dan dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar.


Rajah 6.4: Contoh sumber pencemaran tidak bertitik

Apakah perbezaan utama sumber pencemaran bertitik dan sumber pencemaran
tidak bertitik?

Sumber bahan pencemaran ______________ adalah lebih sukar untuk dikawal berbanding
sumber pencemaran ______________.





A
B
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 104



Rajah 6.5: Air larian permukaan dari kawasan pertanian
Rajah 6.5 menunjukkan air larian permukaan dari kawasan pertanian. Seperti mana
yang telah dinyatakan sebelum ini, kawasan pertanian merupakan penyumbang utama bahan
pencemar air seperti nutrien dan sedimen. Bolehkah anda dapatkan sedikit maklumat berkaitan
langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan bahan pencemar yang berpunca dari sumber
pencemaran tidak bertitik seperti kawasan pertanian?

JENIS-JENIS BAHAN PENCEMAR AIR

enis-jenis bahan pencemar air boleh dikelaskan berdasarkan sumber dan juga kesan
negatif yang disebabkan oleh kehadirannya dalam sumber air. Kategori-kategori utama
bahan pencemar air adalah seperti yang tersenarai di dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Kategori-kategori utama bahan pencemar air
Kategori Contoh (parameter kualiti air) Sumber
Menyebabkan kemusnahan ekosistem
Nutrien Nitrogen, fosforus (nitrat, ammonia,
fosfat)
Baja, air sisa kumbahan, sisa
ternakan
Sedimen Tanah, kelodak (pepejal terampai) Hakisan tanah
Terma Haba (suhu) Pusat janakuasa, proses penyejukan
dalam industri
Permintaan
oksigen biologi
Sisa tumbuhan dan haiwan (BOD,
COD)
Air sisa kumbahan, sisa ternakan
Menyebabkan masalah kesihatan pada manusia dan haiwan
Patogen Bakteria (koliform), virus, parasit Najis manusia dan haiwan
Bahan kimia tidak
organik
Asid (pH), bahan logam Sisa buangan industri, air larian
permukaan
Bahan kimia
organik
Racun serangga, plastik, bahan
pencuci, minyak dan bahan api
Industri, pertanian, dan domestik

J
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 105


NUTRIEN

aja, air sisa kumbahan, sisa ternakan dan air larian permukaan merupakan sumber
yang kaya dengan nutrien seperi nitrogen dan fosforus. Nutrien merupakan komponen
penting yang diperlukan untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan. Seperti mana
tumbuhan, sumber air (sungai, tasik, laut, dan lain-lain) juga memerlukan sejumlah kecil
nutrien untuk membina ekosistem yang seimbang. Ini adalah kerana nutrien diperlukan sebagai
bahan makanan bagi alga, bakteria dan juga mikroorganisma yang lain.

Nitrogen adalah komponen penting dan penjanaan tisu dan sintesis protein dalam sel tumbuhan
termasuk sel alga. Nitrogen secara lazimnya memasuki sumber air dalam sebagai nitrat dan
ammonia (ammoniacal nitrogen). Selain itu, nitrogen juga memasuki sumber air sebagai bahan
terlarut atau tidak larut seperi tisu-tisu organisma yang telah mati.

Selain nitrogen, sel tumbuhan dan alga juga memerlukan fosforus untuk pertumbuhan sel dan
juga penjanaan tenaga melalui cahaya matahari. Di dalam persekitaran akuatik, fosforus wujud
dalam bentuk sebatian organik dan tidak organik terlarut. Selain itu, fosforus juga boleh terikat
kepada partikel sedimen. Fosforus dalam bentuk tidak organik seperti fosfat, adalah sumber
nutrien yang sangat digemari oleh sel tumbuhan dan alga.

Nitrogen dan fosforus sering kali dikaitkan dengan pencemaran sumber air. Hal tersebut
berlaku kerana kandungan nitrogen dan fosforus yang berlebihan boleh mengganggu kestabilan
ekosistem sesuatu sumber air melalui pertumbuhan sel alga secara berlebihan. Sumber air
yang mengandungi kepekatan nutrien serta alga yang tinggi dikatakan mengalami proses
eutrofikasi (Rajah 6.6).


Rajah 6.6: Contoh sumber air yang menerima nutrien pada kepekatan yang tinggi dan
menyebabkan pertumbuhan sel alga secara berlebihan

__________ dan ____________ diperlukan dalam kuantiti yang ________
untuk memelihara keseimbangan ekosistem akuatik.
B
C
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 106


Kepekatan sel alga yang tinggi di dalam sumber air dikenali sebagai alga bloom (Rajah 6.7).
Fenomena tersebut sering kali digambarkan sebagai sumber air yang berwarna hijau dan
berbau busuk. Hal ini semestinya mengurangkan nilai estetik sumber air berkaitan. Selain itu,
permukaan air yang dipenuhi sel alga juga mengehadkan sinaran matahari yang boleh dicapai
oleh tumbuhan akuatik yang lain. Fenomena alga bloom juga menyebabkan kandungan oksigen
terlarut dalam air berkurang. Ini adalah kerana proses pereputan sel alga yang mati
menggunakan banyak oksigen terlarut. Oksigen terlarut yang rendah boleh menyebabkan
kematian ikan dan organisma akuatik yang lain. Selain itu, fenomena alga bloom juga dikaitkan
dengan kehadiran alga biru-hijau yang mampu menghasilkan toksin. Kategori toksin yang
dihasilkan adalah seperti hepatotoxin, dermatotoxin, anatoxin yang boleh menyebabkan
keracunan akut dan kronik dalam haiwan dan manusia sekiranya diingesi.


Rajah 6.7: Kehadiran biojisim alga yang berlebihan


Pastinya anda pernah terlihat pemancing di tasik yang airnya berwarna hijau,
dikhuatiri mempunyai kepekatan sel alga yang tinggi. Adakah ikan yang diperolehi selamat
untuk dimakan? Beri ulasan anda dengan berpandukan sumber maklumat daripada internet,
jurnal atau buku.
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 107


SEDIMEN

edimen adalah partikel tanah atau batuan yang boleh dipindahkan oleh arus air dan
angin. Sedimen akan membentuk mendapan di dasar sumber air seperti tasik dan
sungai. Secara lazimnya, masalah pencemaran sedimen dalam sumber air adalah
berpunca dari hakisan tanah di kawasan pertanian dan pembinaan. Contoh sumber air
yang dicemari sedimen adalah seperti Rajah 6.8. Pencemaran sedimen dalam tasik dan sungai
boleh membawa kesan-kesan negatif seperti berikut:
Sedimen akan menyebabkan air menjadi keruh disebabkan kehadiran pepejal
terampai. Selanjutnya, kekeruhan akan mengehadkan jumlah cahaya matahari yang
diterima oleh haiwan dan tumbuhan akuatik. Seperti yang anda tahu, cahaya matahari
diperlukan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis. Selain itu, air yang keruh juga
mengurangkan penglihatan ikan untuk mencari makanannya.
Pemendapan sedimen juga mengganggu kestabilan rantaian makanan dalam sesebuah
ekosistem akuatik. Ini adalah kerana mendapan sedimen akan memusnahkan habitat
sesetengah organisma akuatik dan seterusnya menyebabkan pengurangan populasi
organisma tersebut.
Kehadiran sedimen dalam sumber air juga meningkatkan kos merawat minum.
Sedimen juga boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan haiwan akuatik seperti
ikan. Sebagai contoh, sedimen boleh terkumpul pada insang ikan, mengurangkan
rintangan terhadap penyakit, menurunkan kadar pertumbuhan ikan, dan mengganggu
penetasan telur ikan.
Partikel sedimen juga mengandungi nutrien. Oleh itu, sedimen yang berlebihan juga
akan meningkatkan kepekatan nutrien dalam air. Nutrien yang tinggi boleh
menyebabkan pertumbuhan sel alga secara berlebihan.
Pemendapan sedimen di dalam sumber air seperti sungai juga boleh mengubah
kedalaman air. Dalam tempoh masa yang panjang, pengumpulan sedimen akan
menyebabkan sungai dan tasik menjadi cetek. Hal ini akan menyumbang kepada
berlakunya banjir pada musim hujan.

Rajah 6.8: Pencemaran sedimen
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan pengangkutan
sedimen oleh air larian permukaan ke dalam sumber air?
S
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 108


TERMA/HABA

encemaran terma atau haba menyebabkan peningkatan suhu air melebihi paras
normal. Pencemaran haba ini boleh menjejaskan kualiti air dan juga kestabilan
ekosistem akuatik. Suhu air yang tinggi akan merendahkan kandungan oksigen terlarut
dalam air dan menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan akuatik. Aktitivi manusia
yang boleh menyebabkan pencemaran haba adalah seperti mengurangkan jumlah tumbuh-
tumbuhan yang melindingi sesuatu sumber air dan menyalurkan secara terus air buangan
bersuhu tinggi daripada pusat janakuasa tenaga atau industri ke dalam sumber air.


PERMINTAAN OKSIGEN BIOLOGI

umlah oksigen terlarut (dissolved oxygen) dalam air adalah satu indikator penting yang
digunakan dalam mengukur kualiti air dan jenis-jenis hidupan yang boleh hidup di dalam
sesuatu sumber air. Kandungan oksigen terlarut melebihi 6 mg/L mampu untuk
menampung pelbagai jenis ikan dan hidupan akuatik yang lain. Oksigen terlarut yang
kurang daripada 2 mg/L pula adalah baik bagi menyokong kehidupan bakteria, fungi, dan
organisma pengurai yang lain.

Oksigen terlarut di dalam air disebabkan proses resapan daripada udara dan fotosintesis oleh
tumbuhan dan alga. Proses resapan oksigen melalui udara adalah lebih tinggi di dalam air yang
mengalir deras, di mana pencampuran antara air dan udara adalah tinggi. Sebaliknya, oksigen
terlarut dikeluarkan daripada air melalui penggunaan organisma hidup untuk berespirasi dan
menjalankan tindak balas kimia yang penting.

Kemasukan bahan pencemar organik ke dalam sumber air merangsang dan meningkatkan
penggunaan oksigen terlarut. Oksigen terlarut diperlukan untuk aktiviti penguraian bahan
organik oleh mikroorganisma (bahan boleh terurai secara biologi) dan tindak balas
pengoksidaan bahan organik kepada karbon dioksida (bahan boleh terurai dan tidak boleh
terurai secara biologi). Bahan pencemar organik boleh terurai dan tidak boleh terurai
kebiasaannya berpunca daripada air sisa industri, air sisa kumbahan dan air larian permukaan.
Jumlah bahan pencemar organik dalam sumber air dikira berdasarkan permintaan oksigen
biokimia (Biochemical Oxygen Demand, BOD) dan permintaan oksigen kimia (Chemical
Oxygen Demand, COD). Permintaan oksigen biokimia (BOD) adalah jumlah oksigen terlarut
yang digunakan dalam proses penguraian bahan pencemar organik yang boleh terurai melalui
aktiviti mikrorganisma. Semakin tinggi kandungan bahan pencemar organik boleh terurai dalam
air, semakin banyak oksigen terlarut yang digunakan untuk proses penguraian (BOD tinggi),
dan seterusnya menyebabkan oksigen terlarut di dalam air menjadi semakin rendah.
Permintaan oksigen kimia (COD) pula adalah jumlah oksigen terlarut yang digunakan dalam
proses pengoksidaan semua bahan pencemar organik (boleh terurai dan tidak boleh terurai
secara biologi). Berbanding dengan BOD, COD digunakan untuk mengukur jumlah kandungan
bahan pencemar organik secara menyeluruh, iaitu kedua-dua bahan pencemar organik boleh
teruai dan tidak boleh terurai melalui aktiviti mikroorganisma.
P
J
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 109




Rajah 6.9: Perkaitan di antara permintaan oksigen biokimia (BOD) dan oksigen terlarut
(DO)

BOD dan COD adalah parameter yang biasa digunakan dalam penentuan kualiti air. Seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 6.9, BOD adalah tinggi, manakala oksigen terlarut adalah rendah
pada zon pencemaran, akibat kemasukan bahan pencemar organik seperti sisa kumbahan.
Seterusnya, pada zon penguraian aktif, nilai BOD semakin meningkat dan mencapai nilai
maksimun, manakala oksigen terlarut pula semakin rendah dan mencapai nilai minimum.
Disebabkan kandungan pencemar organik yang tinggi dan oksigen terlarut yang rendah, hanya
spesies tertentu sahaja yang mampu untuk hidup di zon-zon tersebut. Di dalam zon pemulihan
pula, kualiti air bertambah baik kerana BOD mulai menurun dan oksigen terlarut pula mulai
meningkat semula.


Apakah perbezaan antara BOD dan COD?

Dalam sumber air yang dicemari oleh air sisa industri dan kumbahan, nilai _____
adalah lebih tinggi berbanding nilai _______.









D
E
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 110


PATOGEN

rganisma patogenik adalah di antara bahan pencemar air yang paling dititikberatkan
ekoran kesan negatifnya terhadap kesihatan. Organisma patogenik boleh
menyebabkan penyakit bawaan air seperti demam kepialu (Typhoid fever), taun
(Cholera), enteritis, polio, hepatitis dan lain-lain lagi. Organisma patogenik yang wujud
di dalam sumber air dikatakan menjadi penyebab lebih 25 juta kematian setiap tahun di seluruh
dunia. Punca utama kehadiran organisma patogenik di dalam sumber air adalah pelepasan
najis manusia dan haiwan yang tidak dirawat sepenuhnya.

Di kebanyakan negara, sisa kumbahan dirawat sepenuhnya sebelum dilepaskan ke longkang
atau sungai. Proses rawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan kepekatan bahan
pencemar termasuk organisma patogenik. Semasa di loji rawatan air minuman pula, bahan
kimia klorin dicampurkan dengan air mentah bagi menyingkirkan organisma patogenik. Namun
begitu, senario yang berbeza boleh dilihat di negara-negara yang kurang maju di mana
penduduknya tidak mempunyai kemudahan sanitasi yang baik. Di negara-negara tersebut,
rawatan kumbahan adalah pada tahap minimum (atau tidak ada) dan bekalan air bersih adalah
sangat terhad. World Health Organization (WHO) telah menganggarkan bahawa 80 peratus
daripada penyakit yang dihadapi oleh penduduk di negara yang kurang maju adalah
disebabkan oleh penyakit bawaan air.

Selain bahan pencemar lain yang telah dibincangkan sebelum ini, kehadiran organisma
patogenik juga diambil kira untuk menilai kualiti air. Kehadiran bakteria koliform digunakan
sebagai indikator pencemaran oleh organisma patogenik di dalam sumber air. Bakteria koliform
yang boleh menyebabkan penyakit bawaan air adalah seperti Escherichia coli, Shigella,
Salmonella, dan Listeria.

Sebelum ini telah dinyatakan bahawa, rawatan klorin digunakan untuk menyingkirkan
organisma patogenik terutamanya bakteria koliform. Namun begitu, masalah pencemaran
bekalan air minum oleh bakteria koliform masih berlaku. Pada pendapat anda, bagaimanakah
bakteria koliform boleh memasuki bekalan air minum yang telah dirawat?


BAHAN KIMIA TIDAK ORGANIK

ahan kimia tidak organik boleh memasuki sumber air secara semula jadi atau melalui
sumber pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Proses hakisan batuan
merupakan satu contoh proses semula jadi yang boleh menyebabkan bahan kimia tidak
organik mencemari sumber air. Selain itu, sumber pencemaran yang disebabkan oleh
aktiviti manusia adalah seperti perlepasan air sisa industri, sisa lombong, dan air larian
permukaan.

O
B
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 111


Bahan kimia tidak organik yang paling membimbangkan adalah logam berat seperti merkuri,
plumbum, kadmium, selenium dan arsenik. Bahan logam berat tersebut adalah sangat
berbahaya walaupun wujud pada kepekatan yang amat rendah di dalam air. Proses
bioakumulasi (telah diterangkan dalam Unit Pelajaran 4) boleh menyebabkan kehadiran logam
berat yang sangat tinggi dalam tumbuhan dan tisu haiwan seperti ikan. Oleh itu, manusia juga
boleh menghadapi masalah kesihatan yang serius disebabkan pemakanan tumbuhan atau ikan
yang hidup di dalam air yang dicemari oleh logam berat.

Selain logam berat, bahan tidak organik lain seperti asid, nitrat dan klorin juga boleh
mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan sekiranya wujud pada kepekatan yang tinggi.
Selain itu, asid juga menurunkan nilai pH air dan boleh mengganggu kestabilan ekosistem
akuatik. Asid banyak digunakan di dalam pelbagai proses seperti pencairan logam, penghasilan
bahan kimia, penyulingan petroleum dan perlombongan arang batu. Seperti juga logam berat,
komponen asid, nitrat dan klorin juga boleh terkumpul di dalam tisu haiwan dan tumbuhan.


BAHAN KIMIA ORGANIK

eribu-ribu jenis bahan kimia organik semula jadi atau sintetik digunakan setiap hari di
pelbagai industri bagi memproses produk seperti racun serangga, racun rumput,
plastik, barangan kosmetik, dan lain-lain produk kegunaan harian. Bahan kimia organik
yang digunakan kebanyakannya adalah bersifat toksik. Pendedahan kepada bahan
kimia tersebut, walaupun pada kepekatan yang sangat rendah, boleh menyebabkan kesan
negatif seperti penyakit kanser.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan pencemaran bahan kimia organik di dalam
sumber air. Faktor yag pertama adalah dikaitkan dengan pengendalian dan pelupusan sisa
domestik dan industri yang tidak memenuhi kriteria rawatan dan telah ditetapkan. Faktor kedua
adalah air larian permukaan daripada jalanraya, taman, padang, dan yang paling serius adalah
air larian dari kawasan pertanian yang menggunakan racun serangga. Air larian permukaan
menyebabkan bahan kimia organik yang wujud di persekitaran memasuki sumber air.

Seterusnya, bahan kimia organik tersebut juga akan memasuki rantaian makanan. Bahan kimia
tidak organik seperti yang dibincangkan sebelum ini, bahan kimia organik juga boleh wujud
pada kepekatan yang tinggi di dalam tisu tumbuhan dan haiwan disebabken proses
bioakumulasi. Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan kehadiran bahan kimia organik
seperti DDT dan dioksin pada kepekatan yang tinggi di dalam tisu ikan seperti salmon.


Kita telah pun membincangkan dengan panjang lebar berkaitan sumber dan jenis-jenis
bahan pencemar air. Berdasarkan pemahaman anda, bolehkah pencemaran air dikawal ke
tahap yang minima? Bagaimanakah caranya?

B
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 112


PENGELASAN KUALITI AIR

etelah kita berbincang dengan panjang lebar berkaitan sumber pencemaran dan jenis-
jenis bahan pencemar air, anda pasti ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang
pengelasan kualiti air. Apakah indeks dan parameter yang digunakan bagi mengukur
kualiti dan kebolehgunaan sumber air? Di dalam subtopik ini, kita akan membincangkan
secara ringkas berkaitan indeks yang digunakan dalam pengelasan kualiti air, dan apakah
kriteria bagi setiap kelas.

Di Malaysia, terdapat dua indeks utama yang boleh digunakan sebagai asas penilaian kualiti air
bagi tujuan pengelasan. Indeks tersebut dikenali sebagai Interim National Water Quality
Standards (INWQS) dan Water Quality Index (WQI). Berdasarkan Interim National Water
Quality Standards (INWQS), kualiti air dikelaskan kepada lima kelas (I, IIA, IIB, III, IV, V)
seperti yang ditunjukkan pada Jadual 6.2. Kelas I adalah yang terbaik, manakala kelas V
adalah yang terburuk. Pengelasan adalah berdasarkan nilai parameter kualiti air yang
merangkumi aspek fizikal, kimia dan biologi. Kebolehgunaan sumber air bagi setiap kelas
berdasarkan INWQS adalah seperti pada Jadual 6.3.


Jadual 6.2: Interim National Water Quality Standards (INWQS) Malaysia
Parameter Unit Kelas
I IIA IIB III IV V
Ammoniacal nitrogen mg/L 0.1 0.3 0.3 0.9 2.7 >2.7
BOD mg/L 1 3 3 6 12 >12
COD mg/L 10 25 25 50 100 > 100
Oksigen terlarut (DO) mg/L 7 5 7 5 7 3 - 5 < 3 < 1
pH 6.5
8.5
6 9 6 9 5 - 9 5 - 9 -
Warna TCU 15 150 150 - - -
Konduktiviti mhos/cm 1000 1,000 - - 6,000 -
Kemasinan (Salinity) % 0.5 1 - - 2 -
Jumlah pepejal terlarut mg/L 500 1,000 - - 4,000 -
Jumlah pepejal
terampai
mg/L 25 50 50 150 300 300
Kekeruhan NTU 5 50 50 - - -
Fecal koliform /100 mL 10 100 400 5,000 5,000 -
Total koliform /100 mL 100 5,000 5,000 50,000 50,000 > 50,000



S
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 113


Jadual 6.3: Kebolehgunaan sumber air bagi setiap kelas
Kelas Kegunaan
I Keadaan air terpelihara dalam persekitaran semula jadi.
Untuk kegunaan bekalan air dan ianya tidak memerlukan rawatan.
Sesuai untuk hidupan air yang sangat sensitif.
IIA Untuk kegunaan bekalan air dan ianya memerlukan rawatan konvensional.
Sesuai untuk hidupan air yang sensitif.
IIB Sesuai untuk kegunaan rekreasi.
III Untuk kegunaan bekalan air dan ianya memerlukan rawatan yang lebih
menyeluruh.
Sesuai untuk hidupan air yang kurang sensitif terhadap kualiti air.
IV Sesuai untuk pengairan pertanian.
V Air yang tidak dapat dimanfaatkan.

Water Quality Index (WQI) pula merupakan satu lagi kaedah pengelasan kualiti air. WQI adalah
lebih mudah berbanding INWQS kerana hanya enam (6) parameter sahaja yang diambil kira
dalam pengiraan indeks, iaitu oksigen terlarut (DO), BOD, COD, ammoniacal nitrogen, jumlah
pepejal terampai dan pH. Nilai bagi setiap parameter (berdasarkan analisis) digunakan untuk
mengira sub-indeks (SI). Seterusnya sub-indeks (SI) bagi setiap parameter akan didarabkan
dengan pekali dan dijumlahkan bagi menentukan indeks kualiti air (WQI). Pengiraan WQI
adalah berdasarkan rumus seperti di bawah:


Berdasarkan indeks yang dikira, kualiti air akan dikelaskan mengikut lima kelas utama seperti
dalam Jadual 6.4. Kebolehgunaan sumber air bagi setiap kelas berdasarkan WQI adalah sama
seperti INWQS (Jadual 6.3).Selain itu, kualiti air juga boleh dikelaskan dalam tiga kategori iaitu
bersih, sedikit tercemar dan tercemar (Jadual 6.5).

Jadual 6.4: Lima pengelasan kualiti air berdasarkan Water Quality Index (WQI)
Parameter Unit Kelas
I II III IV V
Oksigen terlarut (DO) mg/L > 7 5 -7 3 - 5 1 - 3 < 1
BOD mg/L < 1 1 - 3 3 - 6 6 - 12 > 12
COD mg/L < 10 10 - 25 25 - 50 50 - 100 > 100
Ammoniacal nitrogen (AN) mg/L < 0.1 0.1 0.3 0.3 0.9 0. 2.7 > 2.7
pH - > 7 6.0 7.0 5.0- 6.0 < 5.0 > 5
Water Quality Index (WQI) > 92. 7 76.5 92.7 51.9 76.5 31 51.9 < 31

Jadual 6.5: Tiga kategori pengelasan kualiti air berdasarkan Water Quality Index (WQI)
Kelas Bersih Sedikit tercemar Tercemar
Water Quality Index (WQI) 81- 100 60 - 80 0 - 59
WQI = (0.22 x SIDO) + (0.19 x SIBOD) + (0.16 x SICOD) + (0.15 x SIAN) + (0.12 x SIpH)
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 114


RINGKASAN
1. Kualiti air ditentukan berdasarkan ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi.
Ciri-ciri fizikal: Suhu, bau, warna, jumlah pepejal terampai, dan kekeruhan.
Ciri-ciri kimia: Nutrien, pH, kepekatan oksigen terlarut, keperluan oksigen kimia
(COD), dan juga keperluan oksigen biokimia (BOD)
Ciri biologi: Mikroorganisma seperti koliform.
2. Pencemaran air berlaku apabila terdapat kemerosotan dalam kualiti air. Dalam erti kata
lain, pencemaran air merujuk kepada perubahan ciri fizikal, kimia dan biologi air yang
menjejaskan hidupan air atau menyebabkan air tidak lagi sesuai untuk kegunaan yang
dikehendaki.
3. Bahan pencemar tersebut berpunca daripada sumber pencemaran bertitik (point source
pollution) dan sumber pencemaran tidak bertitik (non-point source pollution).
4. Sumber pencemaran bertitik menyalurkan bahan pencemar dari lokasi tertentu yang
mudah dikenal pasti.
5. Sumber pencemaran tidak bertitik sukar dikenal pasti kerana tidak ada lokasi penyaluran
atau pelepasan bahan pencemar yang spesifik.
6. Jenis-jenis bahan pencemar air boleh dikelaskan berdasarkan sumber dan juga kesan
negatif yang disebabkan oleh kehadirannya.
Kategori Contoh (parameter kualiti air) Sumber
Menyebabkan kemusnahan ekosistem
Nutrien Nitrogen, fosforus (nitrat,
ammonia, fosfat)
Baja, air sisa kumbahan, sisa ternakan
Sedimen Tanah, kelodak (pepejal
terampai)
Hakisan tanah
Terma Haba (suhu) Pusat janakuasa, proses penyejukan
dalam industri
Permintaan
oksigen biologi
Sisa tumbuhan dan haiwan
(BOD, COD)
Air sisa kumbahan, sisa ternakan
Menyebabkan masalah kesihatan pada manusia dan haiwan
Patogen Bakteria (koliform), virus, parasit Najis manusia dan haiwan
Bahan kimia
tidak organik
Asid (pH), bahan logam Sisa buangan industri, air larian
permukaan
Bahan kimia
organik
Racun serangga, plastic, bahan
pencuci, minyak dan bahan api
Industri, pertanian, dan domestik

7. Interim National Water Quality Standards (INWQS) dan Water Quality Index (WQI)
merupakan dua indeks utama yang digunakan sebagai asas penilaian kualiti air bagi
tujuan pengelasan. Kedua-dua indeks mengelaskan sumber air kepada lima kumpulan
utama.


U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 115


PETA KONSEP





























Nutrien
Sedimen
Terma
Permintaan
Oksigen
Biologi
Patogen
Bahan kimia
tidak organik
Bahan kimia
organik
berpunca dari
Pencemaran air
Sumber
pencemaran
Bertitik Tidak bertitik
Menyebabkan
kemusnahan
ekosistem
Jenis bahan
pencemar
Menyebabkan
masalah
kesihatan
kemerosotan kualiti air
Pengelasan kualiti
air
INWQS WQI
U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 116


KATA KUNCI
Pencemaran air pH Alga bloom
Suhu Nitrogen Oksigen terlarut (DO)
Sedimen Nitrat Keperluan oksigen kimia (COD)
Jumlah pepejal terampai Ammonia Keperluan oksigen biokimia (BOD)
Kekeruhan Fosforus Bioakumulasi
Koliform Logam berat Water Quality Index (WQI)
Nutrien Eutrofikasi Interim National Water Quality
Standards (INWQS)

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran air?
2. Apakah perkara yang membezakan sumber pencemaran bertitik dan tidak bertitik?
3. Berikan dua contoh sumber pencemaran bertitik dan tidak bertitik.
4. Huraikan tiga jenis bahan pencemar air.
5. Apakah dua parameter yang digunakan bagi mengukur jumlah bahan pencemar organik
dalam air?
6. Water Quality Index (WQI) digunakan sebagai indeks pengkelasan kualiti air di
Malaysia. Apakah parameter kualiti air yang diambilkira? Bagaimanakah kualiti air
dikelaskan?


RUJUKAN

Cunningham, W.P.& Cunningham, M.A. (2009). Principles of Environmental Science : Inquiry &
Applications. 5
th
Ed. McGraw-Hill: Boston.

Cunningham, W.P., Cunningham, M.A. & Saigo, B.W. (2007). Environmental Science. A Global
Concern. Ed. Ke-9. McGraw-Hill: Boston.

Botkin, B.B. & Keller, E.A. (2007). Environmental Science. Earth as a living planet. 6thedition.
John Wiley & Sons: USA.

Enger, E., College, D. & Smith, B.F.(2004). Environmental Science. A Study of Interrelationship.
Ed. Ke-9.: McGraw-Hill: Washington, USA.




U n i t P e l a j a r a n 6 : P e n c e m a r a n a i r | 117


JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Sumber pencemaran bertitik menyalurkan bahan pencemar dari lokasi tertentu yang
mudah dikenal pasti. Contoh pencemaran bertitik adalah seperti kilang, loji janakuasa,
loji rawatan kumbahan, lombong arang batu di bawah tanah, dan telaga minyak.
Sumber pencemaran tidak bertitik pula tidak mempunyai lokasi penyaluran atau pelepasan
bahan pencemar yang spesifik. Ini bermaksud bahawa lokasi pencemaran amat sukar untuk
dikenal pasti. Contoh pencemaran tidak bertitik adalah air larian permukaan dari kawasan
pertanian, padang, tapak pembinaan, jalanraya, mahupun tempat meletak kenderaan.

tidak bertitik, bertitik



Nitrogen, fosforus, sedikit

Permintaan oksigen biokimia (BOD) adalah jumlah oksigen terlarut yang digunakan
dalam proses penguraian bahan pencemar organik yang boleh terurai melalui aktiviti
mikrorganisma. Permintaan oksigen kimia (COD) pula adalah jumlah oksigen terlarut
yang digunakan dalam proses pengoksidaan semua bahan pencemar organik (boleh
terurai dan tidak boleh terurai secara biologi). Berbanding dengan BOD, COD digunakan untuk
mengukur jumlah kandungan bahan pencemar organik secara menyeluruh, iaitu kedua-dua
bahan pencemar organik boleh terurai dan tidak boleh terurai melalui aktiviti mikroorganisma.
COD, BOD


A
B
C
E
D
UNIT PELAJARAN 7
PENCEMARAN ALAM BAHAGIAN III
PENCEMARAN BUNYI DAN PENGGUNAAN RACUN
SERANGGA



HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran, anda diharap dapat:
1. memahami apa itu bunyi dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada
pencemaran bunyi;
2. membincangkan mengenai kesan, cara pengukuran dan bagaimana ia boleh
dikawal;
3. menerangkan mengenai serangga perosak dan kegunaan racun serangga
perosak dalam bidang pertanian,industri dan penggunaan domestik;
4. menghuraikan kesan-kesan negatif racun serangga ke atas manusia dan cara
pengawalan.

PENGENALAN

Rajah 7.1: Suasana yang bising

Anda telah mempelajari tentang pencemaran udara dan pencemaran air sebelum ini.
Tahukah anda bahawa terdapat satu lagi jenis pencemaran yang jarang diberi perhatian
oleh kita? Pencemaran yang dimaksudkan ialah pencemaran bunyi (Rajah 7.1). Tahukah
anda apa yang dimaksudkan dengan pencemaran bunyi? Sebelum kita pergi lebih
mendalam ke tajuk pembelajaran bab ini, marilah bersama-sama saya menganalisis satu
contoh situasi di bawah.
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 119

Situasi: Anda telah mendapat seorang jiran yang baru berpindah di Taman
perumahan anda. Kebetulan pula, jiran ini menduduki rumah bersebelahan dengan rumah
anda. Pada awal kehadiran, semuanya berada dalam keadaan baik. Namun setelah
beberapa lama, jiran baru ini telah membuat renovasi ke atas rumah tersebut dan renovasi
ini berjalan selama 6 bulan. Selama 6 bulan anda dan jiran-jiran lain merasa tertekan
kerana bunyi bising jentera dan mesin mekanikal yang digunakan oleh pekerja beliau yang
terlalu bingit dan berterusan tanpa mengira masa dan keadaan. Walaupun anda dan rakan
rakan lain telah bersemuka dengan beliau secara baik tetapi beliau langsung tidak
mengendahkan aduan anda. Akhirnya, disebabkan tiada kata putus dari jiran ini, anda dan
penduduk taman telah membuat laporan polis dan berharap agar satu penyelesaian yang
rasional dapat dilakukan.

Berdasarkan situasi di atas, anda mungkin telah dapat meneka mengapa jiran-jiran
membuat laporan polis. Tentulah kerana bunyi bising dan bingit boleh menimbulkan
ketidakselesaan kepada anda dan rakan tetangga. Tahukah anda, bunyi bising dan bingit
yang anda lalui seperti dalam contoh di atas adalah salah satu pencemaran bunyi?

ISI KANDUNGAN
BUNYI DAN PENGUKURAN
ebelum kita pergi lebih lanjut mempelajari tentang pencemaran bunyi, adalah lebih
baik kita memahami terlebih dahulu apa yang dikatakan sebagai BUNYI. Bunyi
secara ringkasnya boleh didefinisikan sebagai gelombang longitudinal terhasil dari
suatu getaran yang dapat merangsang deria pendengaran. Secara umumnya,
manusia merasai bunyi melalui deria pendengaran. Apabila sesuatu bunyi menjadi terlalu
bising ia dinamakan sebagai hingar dan ini juga merujuk kepada pencemaran bunyi. Secara
pendeknya pencemaran bunyi diklasifikasi sebagai mana-mana bunyi yang tidak memberi
keselesaan kepada gegendang telinga kita. Apa jua bunyi boleh dianggap sebagai
pencemaran sekiranya :
(i) Tidak selesa/menyakitkan telinga jika didengari
(ii) Terlalu kuat atau bingit
(iii) Menyebabkan gangguan konsentrasi






S
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 120

PUNCA PENCEMARAN BUNYI
ada masa kini, punca utama pencemaran bunyi boleh dibahagikan kepada 3 faktor
utama seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Punca-punca yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran bunyi

URBANISASI

Pembangunan yang pesat pada sesuatu tempat contohnya kawasan industri atau
perumahan dan pembinaan bangunan baru boleh memburukkan lagi pencemaran bunyi
kerana bunyi yang keluar daripada jentera jentera berat boleh menganggu ketenteraman
penduduk.

PENGANGKUTAN ATAU KENDERAAN BERMOTOR

Ini merupakan penyebab yang paling tinggi menyumbang keada pencemaran bunyi.Terlalu
banyak kereta dan kenderaan bermotor lain pada masa kini sangat memekakkan telinga.
Selain daripada itu, punca punca lain adalah daripada siren kereta perkhidmatan
kecemasan seperti ambulan dan kereta polis serta penggera kenderaan.

AKTIVITI MASYARAKAT/DOMESTIK

Aktiviti seperti memasang radio atau televisyen dengan kuat, berbual sehingga menganggu
ketenteraman jiran lain dan mengadakan majlis yang melibatkan bunyi-bunyian yang
membingitkan telinga menyumbang kepada pencemaran bunyi. Malah penggunaan tidak
terkawal alat-alat domestik seperti mesin hampagas dan mesin pemotong rumput juga boleh
menjadi penyumbang kepada bunyi hingar/bising.
Punca
Urbanisasi
Pengangkutan/kenderaan
bermotor
Aktiviti masyarakat/domestik
P
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 121

Walaupun terdapat tiga punca utama yang boleh menyumbang kepada
pencemaran bunyi, tahukah anda bagaimana mahusia mengklasifikasikan sesuatu bunyi
sebagai bunyi yang bising dan memekakkan telinga?

Apabila seseorang terdedah kepada bunyi yang bising atau hingar, faktor penentu kepada
tahap kemudaratan bunyi itu adalah bergantung kepada 4 faktor utama iaitu:

a) Spektrum julat kebisingan. Bunyi yang mempunyai tahap frekuensi tinggi (di ukur
dalam unit Hertz atau Hz) adalah lebih teruk kesannya berbanding yang berfrekuensi
rendah.

b) Tahap kebisingan. Ini selalunya diukur dalam bentuk intensiti bunyi (unit desibel, dB).
Bunyi melebihi 85 dB dikatakan boleh memudaratkan pendengaran manusia terutama
jika terdedah pada jangkawaktu yang lama.

c) Masa pendedahan. Jangkawaktu pendedahan kepada sesuatu bunyi juga memainkan
peranan penting. Semakin lama terdedah semakin tinggi risiko untuk mendapat
kerosakkan akibat pencemaran bunyi.

d) Kerentanan individu. Telah diketahui tahap rintang/rentan adalah berbeza dari satu
individu ke individu yang lain. Berkemungkinan bunyi yang didengarkan oleh seseorang
individu adalah membingitkan telinga tapi tidak pada individu yang lain.

Apakah perbezaan antara frekuensi dan intensiti bunyi dan bagaimana
kedua-duanya berkaitan dalam mengukur pencemaran bunyi?

KESAN-KESAN PENCEMARAN BUNYI
ewasa ini, dalam kehidupan harian kita yang semakin menongkah arus
pembangunan, pencemaran bunyi adalah semakin berleluasa dan kadarnya
semakin membimbangkan. Pencemaran bunyi memberi kesan yang sangat negatif
terutama kepada kesihatan manusia. Pendedahan berlebihan atau berterusan
kepada bunyi yang terlalu bising boleh menyebabkan berlakunya tekanan mental, tekanan
fisiologi, gangguan tidur dan hilang keupayaan pendengaran.

Ia bukan sahaja memberi impak yang negatif kepada manusia tetapi juga kepada penghuni
alam yang lain tidak kira yang berada di darat mahupun lautan. Penyebab kepada
pencemaran ini adalah manusia sendiri dan hanya manusia yang boleh menyelesaikannya.
Oleh itu setiap individu seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengurangkan
risiko pencemaran ini kerana kita boleh melakukannya bukan sahaja untuk diri kita dan
keluarga tetapi juga untuk generasi yang akan datang.

Kesan pencemaran bunyi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu a) kesan terhadap
manusia dan b) kesan terhadap alam sekitar.

D
A
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 122

MASALAH PENDENGARAN
Boleh dikatakan kesan yang paling utama akibat pencemaran bunyi ialah mengakibatkan
masalah pendengaran. Terdapat dua jenis masalah pendengaran yang boleh dideritai oleh
seseorang individu iaitu hilang pendengaran sementara dan hilang pendengaran kekal.
Apabila kekuatan bunyi melebihi 70 dB, bunyi itu mula didefinasikan sebagai hingar atau
bunyi bising. Sekiranya melebihi 85 dB, ia akan memberi impak negatif kepada struktur
organ dalaman telinga. Apabila telinga kita selalu didedahkan kepada bunyi melebihi 100 dB
ada jangka waktu tertentu dan berterusan ia akhirnya akan menyebabkan kerosakkan
pendengaran kekal.

MASALAH FUNGSI KOGNITIF
Sekiranya telinga kita kerap terdedah kepada bunyi bising, kita berkemungkinan akan
kehilangan keupayaan untuk membaca dan memahami isi pelajaran. Kadang-kadang dalam
kes yang teruk boleh mengakibatkan kehilangan memori.

MASALAH KARDIOVASKULAR
Bunyi bising daripada persekitaran kita adalah salah satu sumber kepada masalah jantung.
Para penyelidik telah mendapati bunyi yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan
dramatik kepada tekanan darah. Ia juga turut meningkatkan kadar degupan jantung.

MASALAH EMOSI DAN FIZIKAL KENDIRI
Masalah mental dan emosi yang tidak stabil boleh berlaku sekiranya tiada pencegahan awal
untuk mengurangkan pendedahan diri kepada pencemaran bunyi. Malah ada sesetengah
orang yang mengalami kelesuan melampau, badan lemah dan tidak cukup tidur.

KESAN TERHADAP HAIWAN
Haiwan juga tidak terkecuali daripada mendapat tekanan akibat pencemaran bunyi.
Contohnya hubungan di antara mangsa-pemangsa juga menjadi tidak seimbang disebabkan
frekuensi pengesanan sudah tidak lagi efektif. Selain itu ia juga menyebabkan beberapa
masalah dari segi pembiakan. Antara haiwan yang sangat menerima kesan akibat
pencemaran bunyi ialah haiwan yang menggunakan deria bunyi untuk hidup. Contohnya
ikan lumba-lumba dan paus didapati telah melakukan bunuh diri beramai ramai dalam
kumpulan apabila menerima signal yang salah menyebabkan mereka sesat sehingga ke
pinggiran pantai, tempat yang tidak sesuai untuk membiak dan hidup. Akibatnya spesies ini
banyak yang terperangkap dan akhirnya mati.

Pada tahap berapa desibel kah , apabila pendedahan bunyi bising secara
berterusan kepada seseorang individu boleh menyebabkan kerosakkan
pendengaran kekal?
Selain ikan lumba-lumba dan ikan paus, fikirkan haiwan daratan lain yang
mendapat kesan teruk daripada pencemaran bunyi. Adakah kesannya sama seperti haiwan
yang berada di laut?
B
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 123

MENGUKUR PENCEMARAN BUNYI
ahukah anda bagaimana pencemaran bunyi di ukur? Secara saintifik, bunyi boleh
diukur melalui dua cara. Cara pertama ialah melibatkan pengukuran intensiti atau
kekuatan sesuatu bunyi. Namun sebelum itu, kita perlu memahami bagaimana bunyi
diukur. Bunyi diukur menggunakan unit desibel atau singkatannya dB. Terdapat tiga
jenis alat yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kebisingan sesuatu tempat atau
keadaan. Tiga alat itu ialah Meter Paras Bunyi (Sound Level Meter), Penganalisa Jalur
Oktav dan Dosimeter. Alat ini telah direka untuk memberi tindakbalas sama seperti telinga
manusia dan merupakan pengukuran objektif untuk sesuatu tekanan bunyi.
Jadual 7.2 di bawah menunjukkan beberapa jenis sumber bunyi dengan nilai desibel
(dB)nya. Para saintis juga telah bersetuju bahawa pendedahan berterusan kepada bunyi
melebihi 85 dB dalam satu jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kerosakan pada
pendengaran manusia.
Jadual 7.2: kekuatan bunyi (desibel) dan contoh-contohnya
Kekuatan bunyi diukur
dalam desibel (dB)
Contoh/punca bunyi
195 Roket berlepas
160 Enjin jet
130 Kapal terbang bersedia untuk berlepas; bunyi di dengari
sekitar jarak 100m
100 Mesin pemotong rumput
80 Suara orang berteriak
75 Penyedut hampagas
40 Bunyi suasana di dalam rumah
20 Bunyi daun berguguran/bilik yang sunyi pada waktu malam
10 Bunyi orang berbisik secara sangat perlahan

Anda telah mempelajari bahawa pencemaran bunyi sama seperti pencemaran
yang lain boleh dikawal dan adalah tanggungjawab kita untuk memastikan ia berjaya. Cuba
anda fikirkan adakah wujud akta yang melibatkan pengawalan bunyi di Malaysia.
Bincangkan bersama rakan-rakan anda akan kewujudan akta-akta ini dan
keberkesanannya.




T
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 124

PENGGUNAAN RACUN SERANGGA

Rajah 7.3: Contoh serangga perosak
Perhatikan serangga pada Rajah 7.3. Serangga-serangga ini adalah serangga
perosak. Berdasarkan pengetahuan anda, bolehkah anda mengecam serangga-serangga ini
dan jenis tanaman yang dirosakkan?

acun serangga ialah sejenis racun yang tergolong dalam golongan pestisid atau
racun makhluk perosak. Racun ini bertindak ke atas serangga-serangga yang
dianggap boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia mahupun tumbuhan
dan haiwan ternakan. Oleh itu penggunaan racun serangga banyak diaplikasi
dalam bidang pertanian, perubatan, industri dan domestik. Modus operandi racun serangga
adalah dengan cara membunuh serangga dewasa mahupun telur ataupun larva. Anda telah
pelajari dalam Unit Pelajaran 4 bahawa sesetengah racun serangga adalah toksik kepada
manusia sementara yang lain adalah tidak. Bergantung kepada cara penggunaan, terdapat
beberapa jenis racun serangga yang selalu digunakan oleh kita.

Rajah 7.4 dan Rajah 7.5 menunjukkan contoh-contoh serangga perosak yang hadir dalam
persekitaran kita. Ada yang selalu dijumpai di persekitaran domestik seperti di rumah dan
pejabat dan ada juga yang terlibat di dalam sektor pertanian.

Serangga perosak tanaman padi

Rajah 7.4: A-Ulat ratus (Spodoptera mauritia); B-Bena perang (Nilaparvata lugens)


R
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 125

Serangga perosak domestik

Rajah 7.5: Lalat, lipas dan anai-anai

JENIS RACUN SERANGGA
acun serangga boleh dikategorikan enam (6) jenis berdasarkan kandungan bahan
yang digunakan. Jadual 7.3 menunjukkan kategori-kategori tersebut beserta
contohnya.


Jadual 7.3: Kategori racun serangga yang umum dan contoh racun yang digunakan

Jenis Racun serangga Contoh
Racun sebatian bukan organik

Sulfur, asid borik, gel silika
Racun sebatian organik

Botanikal, organoklorin,
organofosforus,karbamat, piretroid,
nicotinoids, spinosin,Fiprol, Piridazinon
Bahan berwasap

Nafthelene, sulfuric fluorida,
paradicholorobenzene
Biokimia

Methyl eugenol, Aromon
Racun serangga mikrob

Mikrob, virus, cacing nematod
Pengawal atur Pertumbuhan Serangga
(Insect Growth Regulator)
Diflubenzuron,Fenocicarb,Hexaflumoron

Di antara semua kelas racun serangga yang telah dibincangkan, jenis yang mana
satukah yang sangat merbahaya penggunaannya kepada manusia dan mengapa?
R
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 126

KESAN PENGGUNAAN RACUN SERANGGA
emandangkan penggunaan racun serangga adalah meluas terutama dalam usaha
meningkatkan hasil pertanian, ia juga turut memberi kesan kepada manusia.
Salah satu yang paling utama adalah keracunan akibat pendedahan berterusan
kepada bahan kimia yang digunakan. Bagaimana racun serangga memasuki
sistem tubuh manusia dan haiwan bukan sasaran? Pada Jadual 7.4, terdapat tiga (3) cara
iaitu melalui kulit, sistem pernafasan dan sistem penghadaman.

Jadual 7.4: Kaedah pendedahan terhadap racun serangga

Pendedahan melalui

Kaedah
Kulit Terjadi apabila berlaku sentuhan antara kulit dan
bahan kimia sam ada sewaktu melakukan
penyemburan racun ke tanaman pertanian,
membancuh racun serangga perosak tanpa sebarang
perlindungan tubuh

Sistem pernafasan
Sewaktu menyembur, semburan adalah dalam bentuk
titisan halus yang mudah disedut. Contoh paling umum
apabila kita menyembur racun serangga aerosol di
dalam rumah untuk membunuh nyamuk dan lipas.

Penghadaman
Apabila seseorang terminum cecair racun serangga
perosak secara tidak sengaja ataupun sengaja,
mengambil makanan tanpa membasuh tangan dengan
teliti dari racun perosak yang baru sahaja mereka
gunakan.


Secara umum tahap keracunan bahan kimia ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu
keracunan akut (mendadak) dan keracunan kronik (jangka panjang).

KERACUNAN AKUT

Keracunan akut boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut setempat dan akut
sistemik. Akut setempat ialah keadaan di mana racun tersebut memberi kesan hanya pada
bahagian-bahagian badan tertentu. Manakala akut sistemik ialah racun yang digunakan
mampu memasuki tubuh dan menular ke seluruh sistem badan melalui peredaran darah. Ia
selalunya akan merosakkan organ-organ penting seperti usus, perut, buah pinggang,
jantung, sistem saraf dan lain-lain lagi.





M
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 127










KERACUNAN KRONIK

Berbeza dengan keracunan akut, keracunan kronik berlaku apabila kesan keracunan dari
racun perosak tidak berlaku dengan serta merta. Kesan jangka masa panjang ini mungkin
hanya berlaku sebulan atau mungkin juga bertahun-tahun selepas pendedahan terhadap
racun perosak.

SIMPTOM-SIMPTOM KERACUNAN RACUN SERANGGA
Kita telah pun mempelajari dan mengetahui akan apa itu racun serangga, jenisnya dan cara
kemasukan. Sekarang marilah kita pelajari simptom-simptom yang terhasil apabila anda
mengalami keracunan. Sekiranya anda mengalami salah satu daripada simptom-simptom
yang ditunjukkan di bawah, segeralah berjumpa dengan doktor perubatan untuk mendapat
rawatan lanjut.






Rajah 7.6: Contoh-contoh simptom berkaitan keracunan racun serangga






Sakit perut Sakit dada
Loya & Muntah Kejang otot Sakit kepala
Cirit birit Kerap berpeluh
Pandangan kabur
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 128

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang kaedah kawalan alternatif dalam membasmi serangga
perosak, marilah kita bersama sama memahami mengapa kaedah ini jauh lebih baik
daripada penggunaan bahan kimia. Terdapat beberapa kesan negatif daripada penggunaan
bahan kimia dalam pengawalan serangga perosak. Antara kesan-kesan tersebut ialah:

1) Menjejaskan kesihatan manusia di mana semburan bahan kimia mengandungi racun
dan racun ini bila dihidu secara tidak sengaja atau sewaktu melakukan semburan
akan menjejaskan sistem pernafasan. Pendedahan berterusan boleh mengakibatkan
kanser peparu dan penyakit kulit.

2) Boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya digunakan tanpa mengikut
sukatan yang betul. Sekiranya ini berlaku sayur-sayuran dan buah buahan akan
tercemar dengan bahan kimia. Bahan kimia ini pula akan sentiasa berada dalam
rantaian makanan kita disebabkan ianya susah untuk diuraikan.

3) Pencemaran air boleh berlaku disebabkan semburan yang mengandungi bahan
kimia beracun boleh larut di dalam air yang ada di dalam tanah dan air larian
permukaan. Air ini seterusnya akan mengalir ke sungai seterusnya mendedahkan
para pengguna sungai (sam ada manusia dan haiwan yang lain) kepada keracunan.

4) Keimunan atau kerentanan serangga perosak terhadap bahan kimia. Dari segi
pemerhatian saintifik, apabila sesuatu bahan kimia digunakan secara meluas kepada
sesuatu spesies haiwan atau serangga perosak, pendedahan yang berterusan akan
menyebabkan spesies perosak ini mengalami mutasi yang boleh menyebabkan
generasi seterusnya rentan kepada bahan kimia tersebut. Pada saat ini dos
semburan yang lazim digunakan tidak lagi memberi kesan dan perlu ditambah.
Walau bagaimanapun, peningkatan dos akan memberi kesan kepada manusia dan
haiwan yang lain.


KAEDAH ALTERNATIF PENGAWALAN SERANGGA PEROSAK
ada masa ini, pengawalan serangga perosak yang paling efektif ialah melalui
kawalan secara bersepadu iaitu melibatkan kawalan kultur, kawalan biologi dan
kawalan kimia. Bagi kawalan melibatkan kultur, penggiliran tanaman, pembajaan,
pembersihan ladang/kebun/tanah dan saliran air boleh membantu terutama dalam
mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia. Bagi kawalan biologi, penggunaan
serangga pemangsa seperti ladybird, lebah dan tebuan boleh diaplikasikan. Kawalan kimia
pula seperti yang telah diketahui melibatkan penggunaan sebatian kimia yang toksik kepada
manusia dan seboleh-bolehnya dikurangkan penggunaannya.

Kelebihan kawalan secara biologi ialah kita dapat mengurangkan pencemaran alam dan
seterusnya mengekalkan keseimbangan kitaran ekosistem. Malah tahap kesihatan juga
akan bertambah baik memandangkan kurangnya penggunaan bahan kimia sewaktu
mengawal serangga perosak dalam sektor pertanian. Walaupun bahan-bahan yang
digunakan adalah bebas kesan toksik namum kos penghasilan adalah lebih mahal jika
dibandingkan dengan jenis jenis racun tak organik. Ini menyebabkan penggunaan pada
jangka masa panjang akan melibatkan kerugian pada industri yang terlibat contohnya
P
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 129

pertanian. Terdapat beberapa jenis racun serangga organik contohnya Pyrethrom yang
diekstrak daripada bunga kekwa (chrysanthemum).

Bolehkah anda fikirkan kaedah-kaedah lain secara biologi ataupun bukan biologi
yang boleh digunakan untuk mengawal serangga perosak tanpa memudaratkan manusia
dan haiwan? Bincangkan bersama rakan rakan anda.

Nyatakan tiga kesan negatif sekiranya penggunaan racun serangga tidak
dipantau dan digunakan secara berlebihan dalam jangkamasa panjang?

















C

U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 130

RINGKASAN
1. Pencemaran bunyi terjadi apabila kita terdedah kepada bunyi yang menyebabkan
ketidakselesaan.
2. Hingar adalah bermaksud sesuatu keadaan yang sangat bising.
3. Bunyi diukur menggunakan unit desibel dan begitu juga pengukuran tahap
pencemaran bunyi dilakukan.
4. Secara umum, apa juga bunyi yang melebihi 85 dB boleh memberi kesan buruk
dalam jangkamasa yang panjang.
5. Punca utama berlakunya pencemaran bunyi ialah disebabkan oleh pembangunan
yang tidak terancang, bunyi daripada kenderaan bermotor dan juga bunyi yang
diperolehi daripada tugasan domestik/masyarakat setempat.
6. Racun serangga perosak adalah sejenis racun daripada kumpulan pestisid.
7. Racun serangga boleh meracuni manusia melalui tiga cara iaitu melalui sentuhan
dan resapan permukaan kulit, sistem pernafasan dan sistem penghadaman
8. Tahap keracunan boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap akut dan tahap
kronik.
9. Keracunan akut boleh dipecahkan pula kepada dua jenis iaitu akut setempat dan
akut sistemik.













U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 131

PETA KONSEP























Pencemaran Bunyi
Jenis racun
Kesan
pencemaran
Punca Pencemaran
Bunyi
Manusia Haiwan
Kesan
penggunaan
n
Teknik kawalan racun
serangga perosak
Pendengaran
Kenderaan
Urbanisasi
Domestik
Kardiovaskular
Mental
Kognitif
Kaedah
alternatif
Mikrob
Organik
Berwasap
Biokimia
Antibiotik
Bukan organik
Jenis keracunan
Simptom
n
Cara
administrasi
Akut Kronik
U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 132

KATA KUNCI
Bunyi Intensiti Racun serangga perosak
Pencemaran bunyi Frekuensi Keracunan akut
Hingar Serangga perosak Keracunan kronik


PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi dan pencemaran bunyi?
2. Bagaimana bunyi diukur? Nyatakan sekali dengan unitnya.
3. Pencemaran bunyi memberi kesan yang kurang baik terhadap manusia, terangkan
kesan kesan tersebut.
4. Apakah yang anda faham dengan maksud kerosakan pendengaran sementara dan
kerosakkan pendengaran kekal?
5. Apakah beza antara intensiti dan frekuensi bunyi serta kaitannya dengan
pencemaran bunyi?
6. Apakah yang dimaksudkan dengan serangga perosak?
7. Apakah yang dimaksudkan dengan insektisid atau juga dikenali sebagai racun
serangga perosak?
8. Berdasarkan kepada kandungan bahan yang terkandung dalam racun serangga,
nyatakan ada berapa jenis yang digunakan secara umum.
9. Nyatakan simptom-simptom yang disebabkan oleh keracunan racun serangga
perosak.
10. Berikan dua sebab mengapa kawalan secara semulajadi/biologi adalah lebih baik
dalam mengawal serangga perosak.

RUJUKAN
Rechcigl, J.E. & Rechcigl, N.A. (2000) Insect Pest management. Washington D.C: Lewis
Publishers.
http://kisahpadi.wordpress.com/2008/10/28/jenis-jenis-serangga-perosak/
Fernandez, M,D., Quintana, S., Chavania, N. & Ballesteros, J.A. (2008) Noise exposure of
workers at the construction sector. Elsevier.





U n i t P e l a j a r a n 7 : P e n c e m a r a n b u n y i d a n r a c u n s e r a n g g a | 133

JAWAPAN SERTA MAKLUMBALAS
Frekuensi merujuk kepada spektrum julat sesuatu bunyi dan diukur
menggunakan unit Hertz (Hz) manakala intensiti merujuk kepada kekuatan
sesuatu bunyi dan diukur menggunakan unit desibel (dB). Semakin tinggi
tahap frekuensi dan tahap decibel akan mempengaruhi tahap bunyi.


100 dB



3 kesan tersebut ialah menyumbang kepada kemerosotan kesihatan manusia
dan haiwan lain, pencemaran ekosistem terutama air dan kerintangan atau
keimunan serangga perosak.
C
B
A
UNIT PELAJARAN 8
PENCEMARAN ALAM BAHAGIAN IV
SISA PEPEJAL DAN SISA BERBAHAYA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. memahami apakah yang dimaksudkan dengan sisa pepejal;
2. menghuraikan jenis, komposisi dan penjanaan sisa pepejal perbandaran;
3. membincangkan kaedah-kaedah pelupusan sisa pepejal dan masalah bagi setiap
kaedah;
4. memahami apakah yang dimaksudkan dengan sisa berbahaya;
5. menghuraikan pendekatan untuk mengurangkan penjanaan sisa berbahaya;
6. membincangkan kaedah pelupusan sisa berbahaya.

PENGENALAN

Rajah 8.1: Tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran secara terbuka
Sebelum anda meneruskan pembelajaran dalam unit ini, cuba perhatikan kaedah
pelupusan sisa pepejal perbandaran yang dipraktikkan seperti dalam Rajah 8.1. Adakah
kaedah pelupusan secara terbuka ini selamat kepada manusia dan alam sekitar? Mengapakah
kaedah pelupusan ini masih dipraktikkan di negara kita? Apakah alternatif lain untuk
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 135

melupuskan sisa pepejal perbandaran? Sebagai warga negara Malaysia apakah yang dapat
anda sumbangkan untuk memastikan persekitaran yang bersih dan selamat daripada
pencemaran sisa pepejal perbandaran?


eknologi moden yang ada pada hari ini berupaya menghasilkan pelbagai jenis produk
untuk kegunaan masyarakat. Namun secara tidak langsung ia telah menjana pelbagai
jenis sisa pepejal yang boleh mengundang kepada masalah alam sekitar seperti
pencemaran tanah, air dan udara jika tidak diuruskan dengan baik. Sisa pepejal boleh
dikelaskan kepada beberapa kategori. Sebahagian daripadanya mempunyai ciri-ciri bahaya
seperti sisa nuklear, sisa perubatan dan sisa industri. Sisa jenis ini lebih dikenali sebagai sisa
berbahaya. Secara umumnya sisa pepejal dikelaskan berdasarkan kepada sektor ekonomi
yang menghasilkannya. Definisi dan kategori sisa pepejal akan diterangkan dengan lebih lanjut
di dalam subtopik yang seterusnya.

ISI KANDUNGAN

PENGERTIAN SISA PEPEJAL

isa pepejal merujuk kepada sisa hasil daripada aktiviti manusia dan haiwan yang
kebiasaannya berbentuk pepejal dan dibuang disebabkan tiada kegunaan atau tidak
diperlukan lagi (Tchobanoglous et al., 1993). Semua bahan yang berbentuk pepejal atau
separa pepejal yang tidak berbahaya dan tidak lagi mempunyai nilai untuk disimpan atau
digunakan juga ditakrifkan sebagai sisa pepejal. Berdasarkan kepada sektor ekonomi yang
menghasilkannya, sisa pepejal boleh dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:

SISA PEPEJAL PERBANDARAN (MUNICIPAL SOLID WASTE)
Sisa ini juga dikenali sebagai sisa domestik atau sisa perumahan. Pelbagai sumber sisa pepejal
perbandaran seperti rumah, sekolah, kedai dan sisa pepejal industri yang tidak toksik.

SISA PEMBINAAN
Bahan atau serpihan yang terhasil semasa atau selepas proses pembinaan, pengubahsuaian
atau merobohkan struktur termasuk kediaman, bangunan, tanah, jalan raya dan jambatan.

SISA PERLOMBONGAN
Sisa yang terhasil semasa pengekstrakkan, pengolahan dan pemprosesan sumber mineral
daripada sub-permukaan tanah ketika aktiviti perlombongan.



T
S
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 136

SISA PERTANIAN
Sisa yang terhasil daripada aktiviti dan industri pertanian seperti industri perternakan,
perladangan, pembiakbakaan dan perhutanan.

Contoh-contoh kategori sisa pepejal ini ditunjukkan di dalam Rajah 8.2.


Sisa pepejal perbandaran

Sisa pembinaan

Sisa perlombongan

Sisa pertanian
Rajah 8.2: Jenis-jenis sisa pepejal
Mari kita memahami dengan lebih mendalam apa yang dimaksudkan dengan sisa
pepejal dengan menjawab soalan-soalan berikut:
Cuba anda senaraikan contoh-contoh bagi setiap kategori sisa pepejal selain daripada
apa yang ditunjukkan di dalam Rajah 8.2.
Pada pandangan anda adakah abu yang terbentuk hasil daripada pembakaran arang
batu di loji janakuasa elektrik juga boleh dikategorikan sebagai sisa pepejal.


U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 137

SISA PEPEJAL PERBANDARAN

su berkaitan sisa pepejal perbandaran merupakan masalah dan tanggungjawab bersama. Ini
disebabkan setiap inidvidu meyumbang kepada penjanaan sisa pepejal tersebut. Kita
menghasilkan bahan yang tidak dikehendaki ini atau lebih dikenali sebagai sampah dalam
hampir kesemua aktiviti harian. Oleh itu, tidak hairanlah masalah berkaitan pengurusan sisa
pepejal sentiasa dibincangkan dan dibahaskan sehingga ke hari ini. Di antara isu yang sering
diberi perhatian adalah peningkatan jumlah penjanaan sisa pepejal, pengutipan sisa pepejal
yang tidak teratur, kesukaran memperolehi tapak pelupusan yang sesuai ekoran meningkatnya
harga tanah, program kitar semula yang tidak mendapat sambutan masyarakat sehinggalah
kepada penswastaan pengurusan sisa pepejal. Pengurusan sisa pepejal di negara ini juga telah
distruktur semula apabila kerajaan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007 pada 30 Ogos 2007. Dengan wujudnya Akta ini pengurusan sisa
pepejal dapat diselaraskan di peringkat nasional melalui dua buah jabatan yang bertanggung
jawab iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

JENIS-JENIS SISA PEPEJAL PERBANDARAN

ecara umumnya sisa pepejal perbandaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
sisa pepejal organik dan sisa pepejal tak organik. Sisa pepejal organik adalah sisa
yang boleh terurai sama ada di dalam tempoh yang singkat ataupun mengambil masa
yang lama. Kebanyakan sisa pepejal jenis ini mengandungi unsur karbon, hidrogen dan
oksigen. Contoh sisa jenis ini yang mudah terurai adalah sisa makanan. Manakala plastik pula
memerlukan sehingga bertahun-tahun untuk terurai. Sisa tak organik pula adalah sisa yang
tidak boleh terurai. Contoh sisa jenis ini adalah seperti kaca dan logam. Jadual 8.1
menunjukkan jenis-jenis sisa pepejal perbandaran berserta contohnya.












I
S
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 138

Jadual 8.1: Jenis-jenis sisa pepejal perbandaran
Kelas Komposisi Umum Contoh
Organik Produk kertas Kertas pejabat, kadbod, surat khabar, pembungkus
Plastik Polyethylene terephthalate (PET), High-density
polyethylene (HDPE), Polyvinyl chloride (PVC), Low-
density polyethylene (LDPL), Polystyrene (PS),
Polypropylene (PP)
Makanan Sisa makanan
Sisa kebun Rumput, daun, kayu, dahan
Tekstil / Getah Pakaian, fabrik, karpet, getah, kulit
Tak organik Kaca Kaca jernih (flint), kaca berwarna gelap (amber)
Logam Besi, aluminium, kuprum, zink
Sisa Pukal Perabot, peti sejuk, dapur
Lapan puluh tujuh peratus plastik yang ada di pasaran adalah thermoplastik
iaitu plastik yang boleh dikitar semula kerana ia boleh dileburkan dan diproses semula.
Nyatakan kegunaan setiap resin thermoplasik (PET, HDPE, PVC, LDPL, PS dan PP)
yang biasa digunakan di sebagai pembungkus produk.

KOMPOSISI DAN PENJANAAN SISA PEPEJAL PERBANDARAN

omposisi sisa pepejal di Malaysia adalah pelbagai atau dipanggil heterogenous kerana
pengasingan sisa pepejal dipunca tidak dilakukan. Di negara ini 45 peratus daripada
jumlah sisa pepejal yang dihasilkan adalah terdiri daripada sisa makanan (MHLG, 2005).
Ini diikuti oleh plastik, kertas, logam, kaca dan lain-lain (Rajah 8.3). Adalah dianggarkan sisa
pepejal di negara ini mencecah sehingga 6 juta tan setahun dengan kadar penghasilan sisa di
antara 0.85 -1.5 kg/hari/kapita (MHLG, 2005). Peningkatan jumlah sisa pepejal adalah ekoran
daripada pertambahan populasi penduduk dan kepesatan pembangunan yang dialami di
negara ini. Jumlah penghasilan sisa yang meningkat menyebabkan kos pengurusan sisa
pepejal turut meningkat.
K
A
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 139


Rajah 8.3: Komposisi sisa pepejal perbandaran di Malaysia (MHLG, 2005)

KADAR PENJANAAN SISA PEPEJAL
agaimanakah maklumat untuk menentukan kadar penjanaan sisa pepejal boleh
diperolehi? Maklumat yang diperlukan bagi menentukan kadar penjanaan sisa pepejal
boleh ditentukan melalui kaedah persampelan secara langsung bagi mengumpul data
penghasilan sisa pepejal oleh penduduk di sesebuah kawasan. Kaedah lain yang boleh
digunakan untuk mendapatkan maklumat sisa pepejal yang dihasilkan adalah melalui tinjauan.
Setelah data diperolehi, kadar penjanaan sisa pepejal dapat ditentukan melalui pengiraan
berikut:
Kadar penjanaan (kg/kapita.hari) = Jumlah sisa pepejal yang dihasilkan (kg/hari)
Jumlah penduduk (kapita)
Penduduk Taman Sentosa menghasilkan sebanyak 5300 kg sisa pepejal
dalam masa seminggu. Terdapat 280 buah rumah di kawasan tersebut dengan purata 4
orang penghuni bagi setiap rumah. Hitungkan kadar penjanaan sisa pepejal bagi
Taman Sentosa.



Sisa makanan
Plastik
Kertas
Logam
Kaca
Lain-lain
B
B
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 140

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KOMPOSISI DAN PENJANAAN SISA
PEPEJAL

omposisi dan penjanaan sisa pepejal dipengaruhi oleh beberapa faktor. Di antaranya
adalah seperti berikut:
Kawasan: kawasan perindustrian, bandar dan luar bandar.
Kawasan bandar yang mempunyai penduduk yang lebih padat akan menjana lebih banyak sisa
pepejal.
Kediaman: jenis kediaman dan bilangan penghuni.
Jenis kediaman yang berbeza seperti rumah teres dan flat serta bilangan penghuni rumah juga
menunjukkan komposisi dan kadar penjanaan sisa pepejal yang berbeza.
Musim: seperti musim perayaan .
Kebiasaannya penjanaan sisa pepejal akan meningkat sewaktu musim perayaan.
Tahap ekonomi.
Tahap ekonomi penduduk yang meningkat akan menyebabkan kadar penjanaan sisa pepejal
meningkat.
Cuba anda fikirkan mengapa jenis kediaman yang berbeza dan tahap ekonomi yang
tinggi akan meningkat kadar penjanaan sisa pepejal?

KAEDAH PELUPUSAN SISA PEPEJAL

erdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal perbandaran.
Di antaranya adalah kambusan tanah, insinerasi (incineration), pengkomposan,
pengurangan sumber dan kitar semula. Walau bagaimanapun, kaedah kambusan
tanah merupakan kaedah yang paling banyak digunakan untuk melupuskan sisa pepejal di
negara ini.

KAEDAH KAMBUSAN TANAH
aedah kambusan tanah melibatkan kemudahan fizikal di mana sisa pepejal di
tempatkan di dalam kawasan yang bergali dan kemudian dilitupi dengan tanah. Dalam
konteks hari ini, kaedah kambusan tanah yang lebih moden dikenali sebagai kambusan
tanah sanitari (sanitary landfill) telah dipraktikkan. Namun di negara ini bilangan tapak
kambusan tanah sanitari masih amat terhad. Kebanyakan jenis kambusan tanah yang
digunakan adalah jenis terbuka iaitu menggunakan bekas lombong untuk melupuskan sisa
K
T
K
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 141

pepejal. Kaedah ini boleh menyebabkan pencemaran air bawah tanah dan air permukaan oleh
cecair larut resap yang terhasil. Cecair larut resap adalah cecair yang terhasil di bahagian
bawah tapak kambusan tanah akibat daripada pergerakkan air melalui sisa pepejal. Sumber air
ini datangnya daripada air hujan dan larian permukaan yang memasuki tapak kambusan tanah.
Selain daripada itu sumber cecair juga datangnya daripada penguraian sisa dan pemadatan
sisa pepejal. Oleh itu cecair larut resap mengandungi bahan-bahan organik dan tak organik
termasuk logam berat. Rajah 8.4 menunjukkan cecair larut resap yang terhasil di tapak
kambusan tanah terbuka disebabkan tiada pelapik kambusan tanah dan sistem pengumpulan
cecair larut resap digunakan.

Rajah 8.4: Cecair larut resap yang terhasil di tapak kambusan tanah terbuka

Selain daripada cecair larut resap, penguraian sisa organik secara anaerobik di dalam tapak
kambusan juga menyebabkan penghasilan gas-gas tapak kambusan. Di antara gas-gas utama
yang dihasilkan adalah metana dan karbon dioksida. Gas-gas lain yang dihasilkan di dalam
kuantiti yang lebih kecil termasuk nitrogen, ammonia, hidrogen sulfida dan hidrogen. Oleh itu
kaedah kambusan tanah yang terbaik adalah kambusan tanah sanitari. Tapak kambusan tanah
sanitari direkabentuk dan dioperasi dengan ciri-ciri berkejuruteraan dan beberapa kemudahan
untuk meminimakan kesan bahan pencemar yang terhasil akibat penguraian sisa pepejal ke
atas kesihatan awam dan persekitaran. Rajah 8.5 menunjukkan reka bentuk sebuah tapak
kambusan tanah sanitari.
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 142


Rajah 8.5: Rekabentuk tapak kambusan tanah sanitari

Secara umumnya, kemudahan fizikal yang perlu ada di tapak kambusan tanah sanitari adalah
seperti berikut:
Sistem pengumpulan cecair larut resap
Sistem rawatan cecair larut resap
Sistem pengumpulan gas (gas vent)
Pelapik kambusan tanah (landfill liners): tanah liat dan geomembran
Kemudahan saliran untuk larian permukaan
Sistem kawalan air bawah tanah

Sebahagian daripada kemudahan yang terdapat di tapak kambusan tanah sanitari ini
ditunjukkan di dalam Rajah 8.6.
Cuba anda dapatkan maklumat bilangan tapak kambusan tanah yang beroperasi
secara terbuka dan tapak kambusan tanah sanitari di Malaysia dengan menggunakan capaian
http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/perangkaan_terpilih/pt2011/dis/PROGRAM_PENGURU
SAN_SISA_PEPEJAL.pdf
Pada pandangan anda adakah terdapat penambahbaikan dalam pelupusan sisa pepejal secara
kambusan tanah di negara ini.
Ke sistem rawatan
cecair larut resap
Lapisan tanah
penutup
Ke sistem
perparitan
Longkang
Sisa
pepejal
Lapisan tanah
Paip pengumpulan
cecair larut resap
Lapik geomembran
Lapisan tanah liat
Aras air
Sistem kawalan air bawah
tanah
Paip
HDPE
Lapisan
pasir
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 143


Lapik geomembran

Sistem kawalan air bawah tanah

Paip gas

Sistem rawatan cecair larut resap
Rajah 8. 6: Sebahagian daripada kemudahan fizikal yang terdapat di tapak kambusan
tanah sanitari

Nyatakan apakah masalah yang timbul daripada pelupusan sisa pepejal
menggunakan kaedah kambusan tanah secara terbuka.




C
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 144

INSINERASI (INCINERATION)
nsinerasi merupakan proses pembakaran sisa pepejal di dalam keadaan terkawal. Teknologi
ini banyak dipraktikkan di negara maju seperti Jepun dan Eropah. Proses pembakaran
berlaku di dalam keadaan pengoksidaan sepenuhnya dan menghasilkan gas karbon
dioksida, air dan abu (bottom and fly ash). Sisa pepejal akan dibakar di dalam relau pada
suhu 1300C. Sisa yang terbakar akan memanaskan air di dalam dandang dan wap yang
terhasil akan menggerakkan turbin untuk menjanakan kuasa elektrik (Rajah 8.7). Pembebasan
bahan pencemar udara seperti fly ash, gas berasid, dioksin dan furan ke atmosfera dikawal
menggunakan penggosok lembap (wet scrubber) dan pemendak elektroststaik (electrostatic
precipitator). Pembakaran sisa pepejal yang belum diproses biasanya akan menjadikan
insinerasi tidak cekap. Oleh itu, pada hari ini kebanyakan insinerator menggunakan sisa pepejal
yang telah diproses terlebih dahulu dalam bentuk pelet yang dikenali sebagai refuse-derived-
fuel (RDF).











Rajah 8.7: Insinerator daripada sisa kepada tenaga

Cuba anda dapatkan maklumat adakah teknologi insinerasi digunakan sebagai salah
satu kaedah di dalam pelupusan sisa pepejal di negara ini. Pada pandangan anda apakah
cabaran utama untuk mengimplementasi teknologi ini di Malaysia.


I

Sisa
pepejal
Relau
Dandang
Turbin
Penjana
Elektrik
Cerobong
asap
Wet
scrubber
Electrostatic
precipitator
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 145

Teknologi insinerasi mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan seperti yang diringkaskan
di dalam Jadual 8.2.
Jadual 8.2: Kelebihan dan kelemahan teknologi insinerasi
Kelebihan Kelemahan
Dapat mengurangkan sisa pepejal Melibatkan kos yang tinggi
Kurang kebergantungan terhadap tapak
kambusan tanah
Boleh menyebabkan pencemaran
udara terutamanya pembebasan
dioksin dan menghasilkan abu
berbahaya
Mengurangkan pencemaran air Menggalakkan penghasilan sisa
pepejal
Kaedah pelupusan cepat dan mudah Tidak mengalakkan kitar semula dan
pengurangan sisa pepejal

PENGKOMPOSAN

erkataan kompos sebenarnya berasal daripada latin, compositum yang bermakna
campuran. Pengkomposan adalah proses penguraian bahan organik oleh
mikroorganisma dalam keadaan beroksigen (aerobik). Pengkomposan memerlukan
bahan organik seperti sisa makanan yang dipanggil sebagai bahan hijau yang dicampurkan
dengan bahan kering yang terdiri daripada rumput kering, sekam padi, habuk kayu ataupun
habuk papan. Ini bagi memastikan nisbah kandungan karbon dan nitrogen (C:N) di antara 25:1
hingga 30:1 yang mencukupi bagi keperluan pertumbuhan mikroorganisma yang akan bertindak
menguraikan bahan-bahan organik tersebut. Selain daripada itu kelembapan yang mencukupi
juga diperlukan bagi penghasilan kompos dengan peratus kelembapan di antara 40-60 peratus.
Hasil pengkomposan adalah kompos iaitu produk seperti humus yang berwarna gelap, wap air,
haba dan gas karbon dioksida. Di dalam kedaan yang terkawal ini bahan organik akan dapat
ditukarkan kepada kompos dalam tempoh hanya beberapa minggu (Rajah 8.8).
Contoh pengkomposan skala kecil adalah pengkomposan sisa pepejal yang boleh dilakukan di
belakang rumah dalam bentuk longgokan, menggunakan tong kompos berputar atau pun tong
sampah biasa (Rajah 8.9). Pengkomposan pada skala besar menggunakan konsep penguraian
sisa organik yang sama. Kemudahan pengkomposan pada skala besar terdapat dalam pelbagai
saiz dan teknologi serta menerima pelbagai jenis sisa organik termasuk tandan kosong buah
kelapa sawit, enapcemar (sludge) daripada sistem rawatan air buangan, sisa kebun dan lain-
lain. Kesemua sisa ini akan melalui proses penghancuran, kaup balik dan pengacauan yang
akhirnya akan membentuk kompos yang stabil dalam tempoh beberapa minggu bergantung
kepada kepada bahan organik yang digunakan.
P
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 146


Rajah 8.8: Penghasilan kompos daripada sisa makanan





a) Longgokan kompos


b) Tong kompos berputar

c) Tong kompos polistrin

Rajah 8.9: Pengkomposan sisa makanan skala kecil yang boleh dilakukan di rumah


Oksigen Oksigen
Karbon dioksida, haba, wap air
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 147

PENGURANGAN SUMBER
ara yang paling mudah untuk mengelakkan daripada bertambahnya jumlah sisa pepejal
adalah dengan mencegah penghasilannya di peringkat awal lagi. Mencegah
penghasilan sisa pepejal juga dikenali sebagai pengurangan sumber. Ia merupakan
amalan pengurangan sisa pepejal semasa dalam proses merekabentuk, pembuatan,
pembelian atau penggunaan bahan (seperti produk dan pembungkusan). Penggunaan semula
item juga merupakan salah satu cara untuk menghentikan penjanaan sisa pepejal di punca. Ini
disebabkan ia akan melambatkan atau mencegah kemasukan item tersebut ke dalam sistem
pengutipan dan pelupusan sisa pepejal. Pengurangan sumber termasuk penggunaan semula
boleh membantu mengurangkan kos operasi dan pelupusan kerana kitar semula,
pengkomposan, tapak kambusan tanah dan pembakaran dapat dielakkan. Di antara contoh
pengurangan sumber adalah penggunaan botol minuman ringan yang ada di pasaran. Sejak
tahun 1977, berat botol plastik 1.5 liter yang digunakan adalah 68 gram dan telah berjaya
dikurangkan kepada 51 gram. Ini dapat mengurangkan sebanyak 114 juta kg plastik dalam
setahun daripada memasuki aliran sisa pepejal. Pengurangan sumber juga memulihara alam
sekitar dan mengurangkan pencemaran termasuk pembebasan gas rumah hijau yang
menyumbang kepada pemanasan global. Terdapat banyak produk di pasaran pada hari ini
menggunakan pendekatan pengurangan sumber yang membolehkan pengguna untuk membuat
pilihan (Rajah 8.10).

Rajah 8.10: Sebahagian daripda produk di pasaran yang menggunakan konsep
pengurangan sumber
Cuba fikirkan sebagai seorang pengguna apakah yang boleh anda lakukan untuk
pengurangan sumber.
C
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 148

KITAR SEMULA
itar semula merupakan proses menukarkan bahan-bahan yang tidak diingini atau
terpakai kepada sumber atau bahan yang bernilai dan mendatangkan faedah dari segi
persekitaran, kewangan dan sosial. Kitar semula melibatkan bahan-bahan yang tidak
boleh diuraikan oleh mikroorganisma ataupun memerlukan masa yang sangat panjang
untuk proses penguraian berlaku (Rajah 8.11). Kitar semula mempunyai banyak kebaikan di
antaranya adalah seperti berikut:
Mengurangkan pencemaran alam sekitar
Mengurangkan penggunaan sumber
Menjana ekonomi
Memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan
Pemuliharaan alam sekitar
Mengurangkan kos pengurusan sisa
Mengurangkan penggunaan tenaga









Rajah 8.11: Contoh sisa pepejal yang boleh dikitar semula



K
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 149

Terdapat beberapa cabaran bagi menjayakan program kitar semula. Di Malaysia, contohnya
program ini kurang mendapat sambutan daripada masyarakat. Walaupun pelbagai kempen
telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan namun ia kurang berkesan untuk membolehkan
masyarakat mengamalkan kitar semula di dalam kehidupan harian mereka. Di antara cabaran
lain adalah dari aspek teknikal. Plastik yang digunakan dalam pembungkusan boleh dikitar
semula. Walau bagaimanapun teknologi pembuatan plastik ini adalah berbeza mengikut jenis
plastik. Terdapat beberapa jenis polimer plastik dan setiap satunya menggunakan resin yang
berbeza di dalam pembuatannya (Rajah 8.12). Oleh itu setiap jenis plastik tidak boleh dikitar
semula dan diproses semula bersama-sama. Sebagai contohnya, botol cecair pencuci terdiri
daripada high-density polyethelene (HDPE) dan botol air mineral adalah polyetheylene
terephthalate (PET). Teknologi baru yang boleh menghasilkan plastik berkualiti daripada
polimer plastik bercampur yang dikitar semula masih lagi di peringkat penyelidikan. Pada ketika
ini pengasingan plastik mengikut setiap jenis polimer masih diperlukan untuk pemprosesan
semula.


Rajah 8.12: Simbol dan kod identifikasi plastik
Fikirkan bagaimanakah anda boleh menggalakkan aktiviti kitar semula di rumah anda
dan di sekolah.




U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 150

SISA BERBAHAYA

ecara umumnya bahan berbahaya adalah bahan yang boleh menyebabkan
kemudaratan kepada manusia dan persekitaran. Walau bagaimanapun Agensi
Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat mendefinisikan bahan berbahaya
sebagai bahan yang mempunyai mana-mana ciri-ciri berikut:
Bahan mudah terbakar
Bahan yang boleh menyebabkan kebakaran. Kebakaran bukan sahaja memberi kesan
bahaya haba dan asap tetapi juga boleh merebakkan partikel berbahaya. Contohnya
bahan api petrol dan alkohol.
Bahan menghakis
Bahan yang memerlukan bekas penyimpanan yang khusus dan pengasingan daripada
bahan lain disebabkan cirinya yang menghakis. Contohnya asid dan alkali kuat.
Reaktif
Bahan yang boleh bertindakbalas secara reaktif dengan spontan, bertindakbalas aktif
terhadap air atau udara, tidak stabil terhadap haba, menghasilkan gas toksik atau boleh
menyebabkan letupan. Contohnya logam natrium dan nitrogliserin.
Toksik
Bahan yang jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan ketoksikan yang
memudaratkan kesihatan manusia mahupun persekitaran. Contohnya hidrogen sianida,
benzena dan klorofom.

PENGERTIAN SISA BERBAHAYA

isa berbahaya didefinisikan oleh Resource Conservation and Recovery Act 1976
(RCRA) Amerika Syarikat sebagai sisa atau gabungan sisa secara kuantiti, kepekatan,
fizikal, kimia, atau biologi yang boleh menyebabkan maut, sakit dan mudarat kepada
manusia dan alam sekitar. Sisa ini merupakan bahan buangan yang terhasil dari hasil
sampingan sesuatu bahan, sisa baki sesuatu proses, media terpakai dan barang atau
tumbuhan yang telah tercemar. Ia mempunyai ciri fizikal, kimia dan biologi yang memerlukan
penjagaan dan prosedur yang rapi. Ia mungkin berbentuk cecair, pepejal atau keladak. Di
Malaysia ia lebih dikenali sebagai sisa terjadual. Sesetengah bahan yang sering kita gunakan
juga boleh menjadi sisa berbahaya jika tidak dilupuskan dengan kaedah yang betul (Jadual
8.3).



S
S
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 151

Jadual 8.3: Bahan yang biasa digunakan yang boleh menghasilkan sisa berbahaya
Produk yang kita gunakan Potensi sisa berbahaya yang
dihasilkan
Plastik Bahan klorin organik
Racun makhluk perosak Bahan klorin organik, bahan fosfat
organik
Ubat-ubatan Pelarut organik, logam berat seperti
merkuri dan zink
Cat Logam berat, pigmen, pelarut organik
Bahan api petroleum dan produknya Benzena, fenol, logam berat
Logam Logam berat, sianida, pelarut, fenol
Kulit Logam berat, pelarut organik
Tekstil Logam berat, pewarna, bahan organik
klorin, pelarut

LANGKAH MENGURANGKAN PENJANAAN SISA BERBAHAYA

khir-akhir ini jelas menunjukkan cara yang paling ideal untuk menangani masalah sisa
berbahaya adalah dengan tidak menghasilkannya di peringkat awal lagi. Banyak negara
telah menekankan pendekatan pencegahan pencemaran dan pengurangan sisa.
Peraturan kawalan yang ketat menghendakki pihak industri melaporkan sisa berbahaya
yang dihasilkan, disimpan, diangkut dan dilupuskan dengan cara yang betul. Agensi
Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat menggalakkan hirarki pencegahan
pencemaran digunakan di dalam pengurusan sisa berbahaya. Hirarki pencegahan pencemaran
melibatkan beberapa strategi seperti berikut:
Pertama - mengurangkan pencemaran di punca
Kedua - mengitar semula sisa di mana-mana juga yang boleh dilakukan
Ketiga - merawat sisa untuk mengurangkan bahayanya atau kuantitinya
Keempat - melupuskan sisa di daratan atau insinerasi merupakan pilihan yang terakhir

Di antara langkah-langkah yang boleh diambil dalam mengurangkan penjanaan sisa berbahaya
ditunjukkan di dalam Rajah 8.13.
A
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 152


Rajah 8.13: Hirarki pencegahan pencemaran

MENGURANGKAN JUMLAH SISA BERBAHAYA YANG DIHASILKAN DIPUNCA
Pencegahan pencemaran menggalakkan perubahan di dalam operasi di industri di peringkat
awal. Kebanyakan tindakan yang perlu dilakukan adalah mudah dan hanya melibatkan kos
yang kecil. Di antara aktiviti yang terlibat adalah seperti mengelakkan berlakunya kemalangan
tumpahan, kebocoran daripada paip dan injap serta kehilangan disebabkan oleh kerosakan
bekas penyimpan.
Pengurangan sisa pula melibatkan perubahan yang boleh dilakukan oleh industri di dalam
pembuatan produknya untuk mengurangkan jumlah sisa yang terhasil. Sebagai contoh menukar
pelarut yang merupakan bahan berbahaya kepada air di dalam sesuatu proses. Strategi yang
lain adalah menggunakan sisa yang terhasil di dalam proses yang lain. Contohnya air yang
seharusnya dibuang kerana telah dicemari boleh digunakan untuk mencuci peralatan. Teknik
lain yang boleh digunakan adalah dengan menulinkan pelarut yang digunakan. Ini akan dapat
mengurangkan isipadu sisa berbahaya yang dihasilkan kerana ia telah digunakan beberapa
kali.

Kurangkan dan Guna Semula
Elak kebocoran, cegah kebocoran, rekabentuk semula
proses, guna semula sisa, pekatkan sisa, mendidik
pekerja, gantikan bahan mentah kepada yang kurang
toksik
Kitar Semula
Kitar semula bahan pelarut untuk kegunaan
lain, tukar sisa dengan industri lain, bakar
sisa kepada bahan api
Rawatan
Peneutralan asid dan
alkali, penapisan dan
pengasingan, biodegradasi,
pemejalan
Pelupusan
Pelupusan
daratan,
insinerasi
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 153

MENGITAR SEMULA SISA BERBAHAYA
Adalah berkemungkinan untuk menggunakan sisa untuk tujuan yang lain dengan itu akan dapat
mengurangkan sisa. Sesetengah pelarut organik boleh dibakar sebagai bahan api bagi
kegunaan operasi yang berlainan. Contohnya sisa petroleum boleh digunakan sebagai bahan
api janakuasa. Begitu juga, pelbagai asid dan alkali dihasilkan daripada aktiviti industri yang
boleh digunakan oleh industri yang lain. Abu atau sisa berbentuk pepejal boleh ditukarkan
kepada bahan konkrit atau bahan binaan. Oleh itu pelupusan tidak lagi diperlukan.

RAWATAN SISA BERBAHAYA
Sisa berbahaya boleh dirawat untuk mengurangkan kuantitinya dan mengubah ciri-ciri
bahayanya. Asid dan alkali boleh dineutralkan untuk menjadikannya tidak berbahaya.
Mikroorganisma boleh bertindak terhadap sisa berbahaya yang boleh terurai dan
memusnahkan sifat bahayanya. Sisa berbahaya yang meruap boleh dirawat menggunakan
kaedah air stripping. Partikel karbon teraktif boleh digunakan untuk menyerap sisa berbahaya
berbentuk gas dan cecair. Proses pemendakan melibatkan penambahan bahan kimia seperti
aluminium sulfat kepada sisa berbahaya berbentuk cecair. Ini menyebabkan bahan kimia
berbahaya tersebut membentuk mendakan aglomerat yang bersaiz lebih besar dan boleh
termendak ke bawah.

KAEDAH PELUPUSAN SISA BERBAHAYA
Insinerasi iaitu rawatan terma merupakan kaedah yang boleh melupuskan pelbagai jenis sisa,
walaupun terdapat keraguan dalam kalangan masyarakat tentang bahan toksik yang mungkin
terlepas daripada cerobong asap insinerator. Insinerator sisa berbahaya mampu membakar
sisa organik namun tidak boleh memusnahkan sisa inorganik. Insinerator yang mempunyai
rekabentuk dan operasi yang baik dapat melupuskan 99.9999 peratus sisa berbahaya. Kos
insinerator yang tinggi dan kebimbangan berlakunya risiko kemalangan yang boleh mengancam
keselamatan kawasan persekitarannya menyebabkan insinerasi bukanlah kaedah utama di
dalam pelupusan sisa berbahaya.
Apabila tiada banyak pilihan lain, sisa berbahaya kebiasaannya akan dilupuskan di daratan. Ini
termasuklah menggunakan tapak kambusan tanah sisa berbahaya yang dilengkapi dengan
kemudahan untuk mengawal segala bentuk pencemaran dan juga pelupusan ke dalam liang
struktur geologi yang poros (deep-well injection). Walau bagaimanapun masih terdapat sisa
berbahaya yang dilupuskan ke loji rawatan kumbahan, lombong terbiar, sungai dan tapak
kambusan tanah sanitari yang bukan direkabentuk untuk sisa berbahaya. Kesemua kaedah ini
akan menyebabkan pencemaran sisa berbahaya berlaku.

Dapatkan maklumat mengenai pelupusan sisa berbahaya di Malaysia. Syarikat
manakah yang bertanggungjawab untuk melupuskan sisa berbahaya? Apakah kaedah yang
digunakan?
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 154

RINGKASAN
1. Sisa pepejal merupakan sisa hasil daripada aktiviti manusia dan haiwan yang
kebiasaannya berbentuk pepejal dan dibuang disebabkan tiada kegunaan atau tidak
diperlukan lagi.
2. Berdasarkan kepada sektor ekonomi yang menghasilkannya sisa pepejal boleh
dikelaskan kepada sisa perbandaran, sisa pertanian, sisa perlombongan dan sisa
pembinaan.
3. Sisa pepejal perbandaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sisa pepejal organik
dan sisa pepejal tak organik.
4. Sisa tak organik adalah sisa yang tidak boleh terurai seperti kaca dan logam.
5. Komposisi sisa pepejal di Malaysia adalah pelbagai dengan 45% sisa makanan, 24%
plastik, 7% kertas, 6% logam, 3% kaca dan 15% lain-lain.
6. Kadar penjanaan sisa pepejal dapat ditentukan dengan mendapatkan maklumat jumlah
sisa pepejal yang dihasilkan dan poplasi penduduk.
7. Komposisi dan penjanaan sisa pepejal dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti jenis
kawasan, kediaman, musim dan tahap ekonomi.
8. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal perbandaran
termasuk kambusan tanah, insinerasi (incineration), pengkomposan, pengurangan
sumber dan kitar semula.
9. Kaedah kambusan tanah melibatkan kemudahan fizikal di mana sisa pepejal di
tempatkan di dalam kawasan yang bergali dan kemudian dilitupi dengan tanah.
10. Tapak kambusan tanah sanitari direkabentuk dan dioperasi dengan ciri-ciri
berkejuruteraan dan beberapa kemudahan untuk meminimakan kesan bahan pencemar
yang terhasil akibat penguraian sisa pepejal ke atas kesihatan awam dan persekitaran.
11. Insinerasi merupakan proses pembakaran sisa pepejal di dalam keadaan terkawal dan
tenaga yang terhasil boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik.
12. Pengkomposan adalah proses penguraian bahan organik oleh mikroorganisma dalam
keadaan beroksigen (aerobik) untuk menghasilkan bahan stabil seperti humus yang
dipanggil kompos.
13. Cara yang paling mudah untuk mengelakkan daripada bertambahnya jumlah sisa
pepejal adalah dengan mencegah penghasilannya di peringkat awal lagi yang dikenali
sebagai pengurangan sumber.
14. Kitar semula merupakan proses menukarkan bahan-bahan yang tidak diingini kepada
bahan yang bernilai dan mendatangkan faedah dari segi persekitaran, kewangan dan
sosial.
15. Bahan berbahaya adalah bahan yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada
manusia dan persekitaran.
16. Sisa berbahaya didefinisikan sebagai sisa atau gabungan sisa secara kuantiti,
kepekatan, fizikal, kimia, atau biologi yang boleh menyebabkan maut, sakit dan mudarat
kepada manusia dan alam sekitar.
17. Penjanaan sisa berbahaya boleh dikurangkan melalui pendekatan pencegahan
pencemaran dan pengurangan sisa.
18. Hierarki pencegahan pencemaran melibatkan beberapa strategi meliputi mengurangkan
pencemaran di punca, mengitar semula sisa, merawat sisa dan melupuskan sisa
merupakan pilihan yang terakhir.
19. Kaedah untuk melupuskan sisa berbahaya termasuk insinerasi, tapak kambusan tanah
sisa berbahaya dan deep-well injection.
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 155

PETA KONSEP

KATA KUNCI
Sisa pepejal Sisa tak organik Sisa berbahaya
Sisa pepejal perbandaran Kambusan tanah Insinerasi
Kadar penjanaan Kambusan sanitari Rawatan sisa
Komposisi sisa Pengkomposan Pelupusan sisa
Resin Kitar Semula Bahan berbahaya
Sisa organik Pengurangan sumber Biodegradasi







Hirarki pecegahan
pencemaran Komposisi utama sisa di
Malaysia
Berdasarkan sektor ekonomi
yang menghasilkannya
Sisa Pepejal
Sisa
pembinaan
Sisa
pertanian
Sisa
perlombongan
Sisa
perbandaran
n
Sisa
makanan
Proses penukaran kepada
bahan organik yang stabil
Pengkomposan
Aktiviti ini
memerlukan
pengasingan
sisa
Kitar
semula
Kaca Aluminium Kertas Plastik
Sisa pepejal mempunyai
ciri bahaya
Kaedah
pelupusan Contoh
Sisa berbahaya
Kurangkan dan
guna semula
Kitar
semula
Rawatan
Pelupusan
Insinerasi Tapak kambusan tanah
sisa berbahaya
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 156

PENILAIAN KENDIRI
1. Huraikan kategori sisa pepejal dan nyatakan contoh setiap satunya.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan sisa pepejal perbandaran? Huraikan setiap
kategorinya.
3. Bincangkan mengapakah terdapat kepelbagaian dalam komposisi sisa pepejal
perbandaran.
4. Apakah pengkomposan? Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pengkomposan
sisa makanan?
5. Huraikan kelemahan pelupusan sisa pepejal perbandaran secara kambusan tanah
terbuka.
6. Huraikan pelupusan sisa pepejal perbandaran menggunakan kaedah insinerasi.
7. Apakah yang dimaksudkan dengan sisa berbahaya? Berikan contoh-contoh produk
yang boleh menghasilkan sisa berbahaya.
8. Bincangkan hirarki pencegahan pencemaran yang digunakan di dalam pengurusan sisa
berbahaya.
9. Huraikan rawatan yang sesuai bagi sisa berbahaya.
10. Bincangkan kaedah pelupusan sisa berbahaya yang boleh dilakukan.
11. Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta
Konsep di bawah.



Contoh
Komposisi utama sisa di
Malaysia
Berdasarkan sektor ekonomi
yang menghasilkannya
Sisa Pepejal


Proses penukaran kepada
bahan organik yang stabil
Aktiviti ini
memerlukan
pengasingan
sisa


Sisa pepejal mempunyai
ciri bahaya
Kaedah
pelupusan






U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 157

RUJUKAN

1. Enger, E., College, D. & Smith, B.F. (2004). Environmental Science. A Study of
Interrelationship. Ed. Ke-9.: McGraw-Hill: Washington, USA

2. Ministry of Housing and Local Government, Malaysia (MHLG). (2005). National Strategic
Plan for Solid Waste Management, vol. 1, The Strategic Plan. Local Government
Department, Kuala Lumpur.

3. Tchobanogolous, G., Theisen, H., Vigil, S. (1993). Intergrated Solid Waste Management
Engineering Principles and Management Issues. New York: McGraw-Hill.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Resin termoplastik Kegunaan
Polyethylene terephthalate (PET) Digunakan untuk bekas yang kukuh seperti
botol minuman, minuman bergas dan botol
ubat.

High-density polyethylene (HDPE) Digunakan untuk bekas yang kukuh seperti
botol bahan pencuci dan botol minyak
kenderaan

Polyvinyl chloride (PVC) Merupakan plastik yang tahan dan digunakan
dalam perpaipan, pembinaan, bekas beberapa
produk di rumah.

Low-density polyethylene (LDPE) Digunakan untuk filem dan beg.

Polypropylene (PP) Digunakan dalam bekas yogurt, kotak bateri,
pelapik pada lampin pakai buang.

Polystyrene (PS) Dikenali sebagai foam dan banyak digunakan
untuk cawan, pinggan dan bekas makanan.



Kadar penjanaan (kg/kapita.hari) = 5300 kg/ 7 hari

280 x 4 orang

= 0.68 kg/kapita.hari


A
B
U n i t P e l a j a r a n 8 : S i s a p e p e j a l d a n s i s a b e r b a h a y a | 158


Di antara masalah yang timbul daripada pelupusan sisa pepejal menggunakan kaedah
kambusan tanah secara terbuka adalah seperti berikut:
- Pencemaran air bawah tanah disebabkan oleh cecair larut resap yang terhasil dan tiada
pelapik geomembran.
- Pencemaran air permukaan disebabkan oleh cecair larut resap yang terhasil.
- Masalah bau ekoran tiada penggunaan tanah penutup.
- Kehadiran vektor penyakit dan makhluk perosak seperti tikus dan lalat.
- Pembebasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana.
- Kebakaran disebabkan tiada pengutipan gas metana dilakukan.
























C
UNIT PELAJARAN 9
BENCANA ALAM

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. menerangkan definisi bencana alam;
2. membincangkan contoh-contoh bencana alam semulajadi;
3. menghuraikan fenomena pemanasan global dan perubahan iklim dunia;
4. membincangkan contoh-contoh bencana alam lain yang disebabkan oleh aktiviti
manusia;
5. menyenaraikan langkah-langkah menghadapi bencana alam.

PENGENALAN



Rajah 9.1: Banjir besar yang melanda beberapa negara Asia pada tahun 2011

U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 160


Sebelum anda memulakan pembelajaran dalam unit ini, cuba anda perhatikan Rajah
9.1 di sebelah. Rajah 9.1 menunjukkan fenomena banjir yang telah melanda beberapa negara
Asia pada penghujung tahun 2011. Pernahkan kawasan penempatan anda dilanda banjir?
Cuba anda fikirkan kesan kemusnahan yang disebabkan oleh bencana alam ini. Mengapakah
bencana alam terjadi? Adakah bencana alam seperti ini hanya disebabkan oleh faktor alam
semulajadi seperti hujan lebat berterusan? Ataupun adakah aktiviti manusia yang menjadikan
fenomena bencana alam semulajadi semakin buruk?

encana alam yang berlaku dalam sejarah dunia disebabkan oleh dua faktor utama iaitu
faktor alam semulajadi dan faktor aktiviti manusia. Di dalam unit ini, anda akan
mempelajari tentang bencana-bencana alam yang disebabkan oleh dua faktor utama
tersebut. Contoh-contoh bencana alam seperti pemanasan global dan perubahan iklim
dunia serta sebab-sebab ianya terjadi akan diterangkan. Selain dari mempelajari tentang
bencana alam dan kesan-kesannya, cara menghadapi bencana juga penting diketahui. Oleh itu,
anda juga akan mempelajari tentang langkah-langkah menghadapi bencana alam untuk
mengurangkan kesan kemusnahan dan mencegahnya dari berlaku di masa hadapan.

ISI KANDUNGAN

PENGERTIAN BENCANA ALAM
erujuk kepada Strategi Antarabangsa untuk Mengurangkan Bencana Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (UNISDR), bencana alam boleh ditakrifkan sebagai suatu
gangguan serius yang menyebabkan kegagalan fungsi suatu komuniti atau
masyarakat melibatkan impak dan kehilangan nyawa, harta, ekonomi atau alam
semulajadi secara meluas. Kehilangan atau impak dari bencana alam ini melangkaui
kemampuan komuniti atau masyarakat terbabit untuk menanganinya menggunakan sumber-
sumber yang ada.

Tahukah anda bencana alam terjadi dari sumber-sumber seperti fenomena alam
semulajadi, bahan, aktiviti manusia atau keadaan yang berbahaya. Kadang-kadang sumber-
sumber ini bergabung mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan atau lain-lain impak
terhadap kesihatan manusia, kemusnahan harta benda dan melumpuhkan sistem perkhidmatan
dalam sesebuah masyarakat.

Cuba perhatikan Rajah 9.2. Ianya menunjukkan runtuhan kondominium Highland Towers yang
mencatatkan sejarah hitam negara pada tahun 1993 (a) dan runtuhan tanah di Puncak
Setiawangsa yang baru berlaku pada awal tahun 2013 (b). Dapatkah anda menentukan
sumber-sumber yang menyebabkan bencana runtuhan ini berlaku. Adakah fenomena
semulajadi, aktiviti manusia atau gabungan kedua-duanya?



B
M
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 161




a.

b.

Rajah 9.2: Runtuhan tanah yang mencatat sejarah hitam di Malaysia


Sebelum anda meneruskan pembelajaran dalam subtopik seterusnya, bolehkah anda
memberi penjelasan tentang perkara-perkara berikut?


Cuba senaraikan bencana-bencana alam yang dilaporkan dalam akhbar dan berita
sepanjang dekad ini.


Mengapakah tahun demi tahun, semakin banyak bencana alam yang terjadi? Adakah ini
berkait rapat dengan fenomena alam semulajadi semata-mata? Atau ada sesuatu yang
tidak kena dengan cara kita mengurus alam sekitar?


Apakah kesan-kesan kemusnahan yang telah disebabkan oleh bencana-bencana alam
ini? Sekiranya dinilai dari sudut ekonomi, bagaimanakah bencana alam menjejaskan
sumber ekonomi sesebuah negara?





U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 162


BENCANA ALAM SEMULAJADI
Anda pasti pernah membaca berita mengenai bencana alam seperti gempa bumi,
tsunami dan letusan gunung berapi yang melanda negara-negara tertentu dunia. Bencana-
bencana alam ini dikenalpasti sebagai bencana yang disebabkan oleh alam semulajadi.
Pernahkah anda terfikir bagaimanakah bencana alam semulajadi ini boleh berlaku? Apakah
yang menyebabkan sesebuah negara kerap dilanda gempa bumi dan ribut taufan? Adakah
ianya berkait rapat dengan faktor alam semulajadi seperti kedudukan geografi negara tersebut?
Dalam pembelajaran seterusnya, anda akan mempelajari mengenai beberapa bencana alam
semulajadi yang terhebat direkodkan dalam sejarah dunia.

GEMPA BUMI

empa bumi adalah antara bencana alam semulajadi yang paling memberikan
kemusnahan besar. Walaupun gempa bumi berlaku dalam jangka masa yang singkat,
kuasanya boleh melenyapkan seluruh bandar raya dan menyebabkan kehilangan
jutaan nyawa. Akibat gempa bumi, banyak rumah dan sekolah runtuh menimpa
penghuninya. Runtuhan tanah dan bangunan menutup jalan raya sehingga perhubungan
terputus menyebabkan bantuan lewat tiba. Kerap kali gempa bumi yang terjadi begitu kuat
sehingga mengubah landskap asal sesebuah kawasan.

BAGAIMANAKAH GEMPA BUMI TERJADI?

Rajah 9.3 di bawah menunjukkan keratan rentas bumi yang kita diami sekarang. Dalam Rajah
9.3, kelihatan pada bahagian paling tengah adalah pusat bumi. Pusat bumi dikelilingi oleh
mantel tebal dan bahagian terluar yang nipis iaitu kerak bumi. Pembahagian ini berasaskan
komposisi batuan dalam bumi.














Rajah 9.3: Keratan rentas bumi

G
pusat bumi
kerak lautan kerak daratan
Litosfera
Astenosfera
Mantel
kerak bumi
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 163


Bahagian Litosfera (yang terbentuk dari kerak bumi dan sebahagian mantel atas) membentuk
plat tektonik bumi. Keadaan plat tektonik sebenarnya tidak bersambung terus. Ianya seolah-
olah rekahan jubin retak yang dicantumkan menutupi keseluruhan permukaan bumi. Bahagian
Listosfera bersifat tegar dan sejuk. Bahagian Astenosfera (terbentuk dari sebahagian mantel)
pula bersifat lebih lembut dan panas.

Gempa bumi boleh dikaitkan dengan pergerakan plat tektonik (Litosfera) yang tegar dan sejuk
di atas Astenosfera yang lebih lembut dan panas. Mengikut data satelit, kadar pergerakan plat
tektonik boleh mencapai sehingga 11 sentimeter setiap tahun. Pergerakan plat tektonik terdiri
dari 3 jenis (rujuk Rajah 9.4) iaitu :

a. berselisih di mana dua plat saling menggelincir melepasi satu sama lain

b. mencapah plat bergerak menjauhi satu sama lain

c. menumpu plat bergerak menghentam satu sama lain. Dalam keadaan di mana salah
satu atau kedua-dua plat adalah plat jenis lautan, plat yang lebih tumpat akan terbenam
dalam lapisan Astenosfera membentuk zon subduksi/zon terbenam.










Rajah 9.4: Jenis-jenis pergerakan plat bumi

Pergerakan plat-plat ini membentuk rekahan dan membebaskan tenaga yang menyebabkan
gempa bumi. Gempa bumi bergerak dalam bentuk gelombang naik turun yang boleh direkod
menggunakan alat seismograf. Ada berbagai jenis alat seismograf yang boleh digunakan untuk
mengukur gelombang gempa bumi. Nilai atau magnitud tertinggi gelombang yang dicatatkan
dalam seismograf jenis Wood-Anderson dicatat dalam skala Richter. Skala Richter mula-mula
perkenalkan oleh Charles Richter dari Institut Teknologi California pada tahun 1935. Jadual 9.1
di bawah menunjukkan beberapa gempa bumi terbesar yang pernah dicatatkan dalam sejarah
dunia bermula dari tahun 1700.







Zon subduksi
plat
plat
plat
Astenosfera
Astenosfera
Astenosfera
a. berselisih b. mencapah c. menumpu
plat
plat
plat
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 164


Jadual 9.1: Gempa bumi terbesar dalam sejarah dunia

Sebelum anda meneruskan pembelajaran, cuba perhatikan Rajah 9.5 di bawah yang
menunjukkan rekahan jalanraya akibat gempa bumi yang terjadi di negara Jepun pada tahun
2011. Daripada Rajah 9.5, dapatkah anda menentukan jenis pergerakan plat bumi yang
mengakibatkan gempa bumi ini? Jepun adalah sebuah negara yang kerap dilanda gempa bumi.
Negara Jepun juga sering diancam tsunami. Apakah tsunami?



Rajah 9.5: Gempa bumi di Jepun mengakibatkan rekahan jalanraya


TSUNAMI DAN KAITANNYA DENGAN GEMPA BUMI

Tanggal 26 Disember, 2004 jam 8.00 pagi, dua orang sahabat sedang bersantai menikmati
sarapan pagi di sebuah hotel di Phuket, Thailand. Tiba-tiba mereka merasa lantai dan pinggan
mangkuk bergegar seperti ada gempa bumi berlaku. Oleh kerana tiada kerosakan besar, dua
sahabat ini meneruskan aktiviti mereka seperti biasa. Dua jam kemudian, mereka mendengar
jeritan dari pantai berdekatan. Suatu ombak besar setinggi 15 meter secara tiba-tiba
menghempas daratan menghanyutkan mereka jauh bersama penghuni yang lain, sampah-
sarap, kenderaan dan runtuhan bangunan. Walaupun kedua-dua sahabat tadi selamat dalam
kejadian ini, salah seorang dari mereka cedera parah dan lebih 5,000 orang meninggal dunia di
sepanjang pantai negara Thailand pada pagi kejadian.


Gempa bumi Tarikh Magnitud
Chile 22 Mei, 1960 9.5
Anchorage, Alaska 28 Mac, 1964 9.2
Sumatra Utara 26 Disember, 2004 9.15
Tohoku, Jepun 11 Mac, 2011 9.03
Kamchatka 4 November, 1952 9.0
Cascadia 26 Januari, 1700 9.0
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 165


Petikan di sebelah adalah segelintir kisah duka akibat tsunami yang melanda negara-negara
Asia sehari selepas perayaan Krismas tahun 2004. Ianya tercetus dari gempa bumi yang
berpusat di Sumatera Utara (rujuk Jadual 9.1). Akibat dari gempa bumi ini, kebanyakan negara
di sepanjang Lautan Hindi seperti Indonesia, Thailand, Sri Lanka dan India telah dilanda
tsunami dengan angka kematian hampir mencecah 300 ribu orang. Beratus ribu kediaman dan
bangunan telah musnah dalam kejadian ini. Negara kita juga tidak terkecuali dari kesan
kemusnahan tsunami yang menghempas pantai Kuala Muda, Kedah. Tsunami berasal dari
perkataan bahasa Jepun yang bermaksud ombak pelabuhan. Tsunami ialah ombak besar
yang boleh mencecah puluhan meter. Bagaimana tsunami terjadi? Kebanyakan tsunami
tercetus akibat gempa bumi. Ingat lagi tentang pergerakan plat tektonik bumi dan pembentukan
zon subduksi/zon terbenam yang dibincangkan sebelum ini? Gempa bumi yang berlaku di
dasar laut sepanjang rekahan zon subduksi menyebabkan paras dasar laut tiba-tiba naik atau
turun. Naik atau turun paras dasar laut ini seterusnya menyebabkan penggantian isipadu air
laut yang besar secara mendadak, menghasilkan ombak besar tsunami yang bergerak ke
semua arah dari lokasi ia mula-mula terbentuk (Rajah 9.6). Selain dari gempa bumi, tsunami
juga boleh berlaku akibat mekanisma-mekanisma lain seperti letusan gunung berapi atau
runtuhan tanah dalam laut yang menyebabkan penggantian mendadak isipadu besar air laut.

















a. Pembentukan ombak tsunami akibat
penggantian isipadu besar air yang
tercetus dari gempa bumi di dasar laut


b. Ombak tsunami yang tinggi menghempas
daratan
Rajah 9.6: Tsunami dan kaitannya dengan gempa bumi

Kesan kemusnahan tsunami yang berlaku pada tahun 2004 adalah antara yang paling hebat
dicatatkan dalam sejarah dunia. Pada tahun 2011 pula, gempa bumi Tohoku (Rujuk Jadual 9.1)
yang berlaku di Tohoku, Jepun pada 11 Mac telah mencetuskan ombak tsunami yang
mencecah sehingga 40.5 meter di kawasan Miyako dan Sendai. Bencana gempa bumi Tohoku
dan tsunami 2011 amat dahsyat kesannya. Bukan sahaja gempa bumi Tohoku mengubah pulau
Gempa bumi berlaku di
zon subduksi
Ombak tsunami terbentuk dan
menghala ke semua arah
plat
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 166


Honshu sejauh 2.4 meter dari kedudukan asalnya tetapi tsunami yang tercetus turut
mengakibatkan kemalangan nuklear di Loji Reaktor Nuklear Fukushima Daiichi. Sehingga
September 2012, pihak Polis Kebangsaan Jepun melaporkan seramai 15,880 kematian, 6,135
orang cedera selain beribu-ribu orang masih hilang. Infrastruktur seperti lapangan terbang dan
pelabuhan serta beratus ribu bangunan telah musnah menyebabkan Jepun berdepan dengan
krisis kemanusiaan yang besar.

Selain dari gempa bumi dan tsunami, negara Jepun juga menghadapi risiko letusan
gunung berapi. Apakah kaitan gempa bumi dengan gunung berapi?


GUNUNG BERAPI

unung berapi merupakan bukit atau gunung berbentuk kon terhasil dari corong besar
yang menghalakan batuan cair dipanggil magma atau gas magmatik keluar ke
permukaan bumi. Magma berasal dari kamar magma yang menyimpan batuan cair
dalam kerak bumi. Apabila magma keluar ke permukaan bumi semasa letusan gunung
berapi, ia dipanggil lava dan bahagian atas kon gunung berapi membentuk danau (Rajah 9.7).


















Rajah 9.7: Keratan rentas gunung berapi

Pembentukan gunung berapi juga boleh dikaitkan dengan pergerakan plat tektonik di mana
kebanyakan gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat tektonik yang telah mencapah
atau menumpu. Pergerakan plat tektonik menyebabkan penurunan tekanan serta peningkatan
suhu dan kandungan air batuan dalam kerak bumi sehingga ia boleh mencair menjadi magma.
G
danau
lava panas
ruang
magma
kerak
bumi


Gas beracun dan abu
panas
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 167


Bagaimana letusan gunung berapi membawa kemusnahan? Kelikatan dan isipadu magma
serta bahan meruap yang terkandung mempengaruhi kekuatan letusan gunung berapi. Kesan
kemusnahan dan angka kematian akibat gunung berapi kepada harta benda dan orang awam
pula bergantung kepada kepadatan penduduk di kawasan sekitarnya. Limpahan lava dan
lumpur gunung berapi memusnahkan kediaman dan infrastruktur sepanjang laluan ia mengalir.
Akibat dari tindihan lava dan lumpur yang berat, runtuhan tanah juga boleh berlaku. Selain itu,
gunung berapi juga melepaskan gas beracun seperti sulfur dioksida dan karbon dioksida.

Mengapa sesebuah negara seperti Indonesia dan Jepun sering dilanda gempa bumi,
tsunami dan gunung berapi? Adakah ini berkait rapat dengan kedudukan geografinya?

LINGKARAN API PASIFIK

Negara-negara seperti Indonesia, Jepun, Filipina, Kepulauan Hawaii, beberapa negeri di
Amerika Utara dan Amerika Selatan sering diancam gempa bumi dan gunung berapi kerana
terletak di kawasan yang dipanggil Lingkaran Api Pasifik. Apakah kawasan Lingkaran Api
Pasifik? Lingkaran Api Pasifik ialah suatu lingkaran pada pinggiran lautan Pasifik yang
terbentuk dari aktiviti pergerakan plat tektonik di mana aktiviti seismik seperti gempa bumi dan
gunung berapi aktif berlaku. Kawasan lingkaran ini berbentuk ladam kuda sejauh 40,000
kilometer bermula dari hujung selatan Amerika Selatan, menaik ke sepanjang pantai Amerika
Utara, merentasi Selat Bering, ke Jepun, Filipina, Indonesia dan New Zealand (rujuk Rajah 9.8).
Di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, sejumlah 452 gunung berapi telah dapat dikenalpasti.



Rajah 9.8: Lingkaran Api Pasifik


LINGKARAN API
PASIFIK
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 168


Sebelum kita meneruskan pembelajaran, mari kita sama-sama menguji
kefahaman dengan melengkapkan tempat kosong dalam soalan di bawah:

i. Gempa bumi dan gunung berapi terbentuk akibat dari __________________________.

ii. Tsunami ialah ____________________ yang terhasil dari _________________
______________________air laut secara _______________________.

iii. Tiga bentuk bencana alam yang boleh menyebabkan tsunami ialah
________________ , ______________________ dan ____________________.

iv. Letusan gunung berapi melepaskan ___________________ dan _______________
yang boleh membawa kemusnahan kepada bangunan dan penduduk di sekelilingnya.

v. Negara-negara yang terletak di _______________________________
sering diancam gempa bumi, tsunami dan gunung berapi.

Setelah anda mempelajari mengenai bencana alam semulajadi yang terhasil akibat
pergerakan plat tektonik bumi, dalam bab seterusnya anda akan mempelajari fenomena
bencana alam yang berkait dengan perubahan cuaca. Pada Oktober tahun 2012 baru-baru ini,
bandar New York di Amerika Syarikat telah dilanda Taufan Sandy yang menyebabkan banjir
besar dan kemusnahan infrastruktur di bandar itu. Selain Taufan Sandy, Taufan Katrina dan
Irene juga pernah berlaku di Amerika Syarikat. Apakah yang menyebabkan ribut taufan?

RIBUT TAUFAN DAN BANJIR

ibut taufan kerap terjadi di kawasan Tropika dan kawasan sekitarnya. Angin taufan
mula-mula tercetus di atas air lautan yang panas. Udara di atas air lautan yang panas
mempunyai suhu tinggi dan kecerunan tekanan yang rendah. Udara panas ini akan
naik secara penyejatan membentuk corong pusaran angin. Apabila corong pusaran
angin ini semakin besar dan kelajuannya melebihi 119 kilometer/jam, daya yang terhasil akan
membentuk ribut taufan. Sebaik saja terbentuk, ribut taufan akan bergerak merentasi lautan
contohnya ribut taufan yang terbentuk di pantai barat Afrika merentasi Lautan Atlantik sebelum
sampai ke Amerika Syarikat. Angin taufan yang berkelajuan dan bertekanan tinggi
mengakibatkan kemusnahan kediaman dan infrastruktur selain kehilangan nyawa. Taufan juga
menyebabkan taburan hujan meningkat dan tempoh hujan yang lebih lama. Hujan
berpanjangan tidak sahaja menyebabkan banjir, tetapi mencemarkan sumber air dan
mencetuskan runtuhan tanah.

Setelah anda mengetahui tentang bencana alam semulajadi, mari kita pelajari mengenai
bencana alam yang disebabkan oleh aktiviti manusia pula. Sebelum kita meneruskan
pembelajaran, perhatikan kembali Rajah 9.1 yang ditunjukkan di permulaan bab ini. Cuba
R
A
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 169


fikirkan mengenai kejadian banjir yang melanda negara-negara Asia pada tahun 2011.
Mengapa dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kejadian banjir semakin buruk. Adakah keadaan
cuaca dunia di abad ini sudah berubah berbanding abad lepas? Cameron Highlands ialah
antara pusat penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran beriklim sejuk yang terkenal di
negara kita. Ramai pelancong merungut kerana cuaca di Cameron Highlands sekarang sudah
semakin panas berbanding dahulu. Suhu di Cameron Highlands sekarang adalah antara 28-
30C berbanding 19-24C kira-kira 10 tahun lalu. Apakah yang menyumbang kepada
peningkatan suhu ini? Ingat lagi mengenai fenomena pemanasan global dan pencemaran udara
yang disentuh dalam unit pelajaran lalu?


BENCANA ALAM YANG DISEBABKAN OLEH AKTIVITI MANUSIA

PEMANASAN GLOBAL DAN PERUBAHAN IKLIM DUNIA

pakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global? Cuba teliti Rajah 9.9 di bawah.
Suhu permukaan bumi sebenarnya telah meningkat bermula dari Revolusi Industri
tahun 1700-an. Dari Rajah 9.9, dapat kita lihat suhu permukaan bumi telah meningkat
dengan ketara terutamanya selepas tahun 1920. Dalam 90 tahun lepas, suhu
permukaan bumi telah meningkat secara kolektif sebanyak 14F (8C). Dalam tahun 2007,
pihak Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) menganggarkan yang suhu
permukaan bumi akan meningkat sebanyak 1.6-3.4C dalam seabad lagi.

Apakah yang menyebabkan peningkatan suhu bumi? Cuba anda bandingkan corak
peningkatan suhu global dengan corak peningkatan kepekatan karbon dioksida global dalam
Rajah 9.9. Apakah kaitan peningkatan suhu dengan peningkatan karbon dioksida global?


Rajah 9.9: Peningkatan suhu dan kepekatan CO
2
global
A

U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 170


KESAN RUMAH KACA

ajoriti saintis mengaitkan peningkatan suhu permukaan bumi dengan kesan
peningkatan gas-gas tertentu seperti karbon dioksida (CO
2
), metana (CH
4
),
klorofluorokarbon (CFC), ozon (O
3
) dan nitrogen oksida (NO
2
). Gas-gas ini dipanggil
gas rumah kaca kerana sifatnya yang memerangkap haba dalam atmosfera sama
dengan kebolehan rumah kaca yang membenarkan kemasukan cahaya matahari tetapi
menghalang kehilangan haba. Fenomena ini dipanggil kesan rumah kaca. Akibat kesan rumah
kaca, suhu permukaan bumi meningkat bila mana gas-gas rumah kaca memasuki atmosfera
dan menebatkan bumi.

Rajah 9.10 menunjukkan analogi pemerangkapan haba dalam rumah kaca dengan kesan
rumah kaca yang meningkatkan suhu permukaan bumi. Cahaya matahari ialah radiasi
gelombang-pendek yang senang melalui atmosfera (atau cermin rumah kaca), dan
memanaskan permukaan bumi. Haba dari cahaya matahari ini seterusnya memanaskan
molekul air, CO
2
dan lain-lain gas rumah kaca di dalam atmosfera. Di antara gas-gas rumah
kaca, CO
2
didapati mempunyai kesan menghalang kehilangan haba yang paling besar diikuti
oleh CH
4
. Kesan peningkatan suhu paling dramatik di kawasan kutub utara dan selatan kerana
udara di kawasan kutub lebih kering berbanding udara tropika dan lebih sensitif kepada
kepekatan gas rumah kaca. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, aras gas rumah kaca dalam
atmosfera telah meningkat, memerangkap lebih banyak haba dan meningkatkan suhu bumi.
Sebahagian dari gas-gas rumah kaca dalam atmosfera adalah semulajadi seperti CO
2
dan CH
4
yang dilepaskan dari letusan gunung berapi, dan tumbuh-tumbuhan serta haiwan yang
mereput. Bagaimanapun, pelepasan gas rumah kaca secara semulajadi ini tidak cukup untuk
menyebabkan peningkatan besar-besaran gas rumah kaca dan suhu bumi.










Rajah 9.10: Analogi kesan rumah kaca dengan peningkatan suhu permukaan bumi
M
Cahaya solar (radiasi
gelombang-pendek) masuk
melalui kaca
Haba dihalang keluar oleh
kaca dan memanaskan
rumah kaca
Atmosfera
Bumi

Cahaya solar (radiasi
gelombang-pendek) sampai
ke bumi
Separuh dari radiasi solar diserap oleh molekul
gas rumah kaca dan memanaskan permukaan
bumi dan atmosfera
Rumah kaca
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 171


Cuba perhatikan kembali Rajah 9.9. Apakah yang menyebabkan peningkatan mendadak CO
2

dalam rajah ini? Para saintis bersetuju bahawa kepekatan CO
2
telah meningkat sebanyak 30
peratus sejak zaman sebelum Revolusi Industri lebih kurang 300 tahun lalu. Semua
peningkatan CO
2
ini disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan tenaga fosil
(arang batu, petroleum dan gas asli) untuk menghasilkan tenaga elektrik dan enjin kenderaan,
dan hasil sampingan dalam industri simen.

Peningkatan suhu permukaan bumi menyebabkan perubahan kepada corak iklim dunia
terutama kesan peningkatan suhu melampau, angin ribut dan taburan hujan. Lapan puluh
peratus kesan pemanasan global diserap oleh lautan yang menutupi 2/3 dari permukaan bumi.
Pemanasan lautan menghasilkan tenaga yang menyebabkan ribut taufan yang memang terjadi
secara semulajadi bertambah buruk dan semakin kerap di masa akan datang. Selain itu, salah
satu sifat air ialah mengembang apabila menyerap haba. Jadi, apabila air lautan menyerap
haba, paras air laut akan meningkat. Suhu lautan yang meningkat menyebabkan
pemeruawapan air laut juga meningkat. Kandungan wap air yang tinggi dalam atmosfera
seterusnya mempengaruhi taburan hujan menyebabkan kejadian banjir semakin kerap dan
teruk dari setahun ke setahun. Hujan berpanjangan juga menyebabkan tanah runtuh lebih-lebih
lagi di kawasan pembangunan tidak terancang di cerun bukit (rujuk Rajah 9.2). Bukan itu
sahaja, cuaca yang melampau akan mengurangkan penghasilan makanan dunia dan
mengancam habitat flora dan fauna dunia.

Gas rumah kaca utama ialah _____________________.

Pernahkan anda mendengar mengenai Protokol Kyoto? Apakah tujuan perjanjian
antarabangsa ini diperkenalkan?

PENCAIRAN AIS DI LAUTAN ARTIK

nda tentu pernah memerhati ketulan ais mencair apabila cuaca panas. Pernahkan anda
terfikir kesan peningkatan suhu global kepada kawasan berais di kawasan kutub?
Seiring dengan corak peningkatan suhu global (rujuk Rajah 9.9), sejak akhir tahun
1970-an ais di kawasan Lautan Artik telah mencair pada kadar 8 peratus setiap dekad.
Pencairan ais menyebabkan keluasan kawasan ais Lautan Artik telah menyusut sebanyak 20
peratus, manakala ketebalan aisnya mengurang daripada 3 meter pada tahun 1960-an kepada
1.5 meter hari ini. Pencairan ais ini diburukkan lagi oleh suatu mekanisma suapbalik.
Permukaan putih ais memantulkan 90 peratus tenaga suria kembali ke angkasa. Pecahan
tenaga suria yang dipantulkan ais Lautan Artik dipanggil albedo. Bagaimanapun, sebaik sahaja
ais mencair, permukaan gelap lautan menyerap 90 peratus tenaga suria seterusnya
memanaskan air laut dan akhirnya mencairkan lebih banyak ais. Kehilangan kawasan ais
mengancam habitat haiwan seperti beruang kutub.

A
B
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 172


Peningkatan suhu global dan perubahan iklim dunia adalah salah satu dari banyak
bencana alam yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Bagaimana pula dengan bencana
kebocoran radiasi nuklear atau pencemaran sisa toksik dan peperangan? Cuba ingat kembali
tentang toksisiti bahan-bahan kimia merbahaya yang dijelaskan dalam unit pelajaran lepas.


BENCANA PENCEMARAN SISA TOKSIK DAN NUKLEAR

KERACUNAN MERKURI MINAMATA DAN TRAGEDI GAS BHOPAL

eracunan merkuri yang berlaku di bandar Minamata, Jepun mula-mula dikesan pada
tahun 1956. Bagaimana keracunan merkuri ini bermula? Pada tahun 1932, sebuah
syarikat tempatan iaitu Chisso Corporation mula mengilang plastik, dadah dan pewangi
menggunakan bahan kimia dipanggil asetaldehid. Pengilangan asetaldehid
menggunakan merkuri sebagai katalis dan mengeluarkan sisa metil merkuri. Chisso
Corporation membuang sisa metil merkuri ke dalam Teluk Minamata dan terakumulasi dalam
hidupan laut. Pada pertengahan tahun 1950-an, penduduk setempat, kucing dan burung yang
memakan makanan/hidupan laut mula mendapat simptom penyakit yang dikenali sebagai
Penyakit Minamata. Mangsa yang didiagnosis mendapat kelumpuhan sistem saraf, kebas di
bahagian anggota badan dan bibir, kerosakan otak, susah bertutur dan kematian. Kes
pembuangan sisa merkuri ini adalah contoh awal bagaimana pengumpulan sisa toksik berlaku
dalam rantai makanan. Perbicaraan di mahkamah mendapati Chisso Corporation sebenarnya
berterusan membuang sisa metil merkuri dari tahun 1932-1968. Sehingga tahun 1993, hampir
40 tahun kemudian beribu-ribu penduduk masih menunggu penyelesaian gantirugi dari Chisso
Corporation.

Selain dari keracunan merkuri Minamata, salah satu dari bencana industri yang terburuk dalam
sejarah dunia ialah Tragedi Gas Bhopal, India. Tragedi kebocoran gas metil isosianida dan
bahan kimia lain ini berlaku pada malam 2-3 Disember 1984 di loji pengilangan racun serangga
Union Carbide India Limited disebabkan oleh sistem keselamatan loji tidak berfungsi. Lebih
500,000 penduduk telah terdedah kepada bahan-bahan kimia merbahaya ini. Mangsa
mengalami muntah, batuk, keradangan pada mata, buta dan tidak dapat bernafas hingga
membawa kepada kematian. Dianggarkan seramai 8,000 orang meninggal dunia dalam masa
dua minggu dan beribu-ribu yang lain mengalami kecederaan serta kecacatan.

BENCANA NUKLEAR CHERNOBYL

encana nuklear Chernobyl adalah antara bencana nuklear yang terburuk pernah
direkodkan. Menurut rujukan dari Pertubuhan Nuklear Dunia, Kompleks Tenaga
Chernobyl terletak kira-kira 130 meter ke utara kawasan Kiev, Ukraine dan 20 kilometer
ke selatan bersempadan dengan negeri Belarus. Kompleks Tenaga Chernobyl
mempunyai empat reaktor nuklear. Bencana kemalangan Chernobyl yang terjadi pada April
1986 adalah akibat letupan reaktor ke-4 yang dikawalselia oleh pekerja kurang berpengalaman
K
B
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 173


tanpa mematuhi peraturan keselamatan. Letupan wap dan kebakaran di loji nuklear ini telah
membebaskan bahan radioaktif yang tersimpan dalam loji ke atmosfera selama 10 hari. Pada
hari kemalangan, dua pekerja loji meninggal dunia manakala beribu-ribu orang lagi meninggal
dunia dalam tahun-tahun berikutnya akibat keracunan radiasi. Kemalangan ini menyebabkan
bencana sosial dan ekonomi kepada penduduk Belarus, Rusia dan Ukraine. Beribu-ribu
penduduk terpaksa dipindahkan dan proses penempatan semula masih berjalan sehingga kini.
Dua bahan radioaktif utama iaitu Iodin-131 dan Sesium-137 menjadi ancaman utama kepada
penduduk awam sehingga kini. Risiko utama pendedahan kepada bahan radioaktif ini ialah
kanser tiroid dan kecacatan bayi dalam kandungan.

BENCANA ALAM BERKAITAN DENGAN PEPERANGAN

eperangan berlaku bila negara-negara atau kumpulan-kumpulan dalam sesebuah
negara berlawan antara satu sama lain menggunakan kuasa ketenteraan. Peperangan
selalunya menjadi konflik yang berpanjangan dan dicirikan oleh keganasan,
kesengsaraan dan kemusnahan ekonomi dan institusi sosial. Dalam sejarah dunia,
terdapat dua peperangan yang besar iaitu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua:

Perang Dunia Pertama
Perang Dunia Pertama berlaku dari tahun 19141918 melibatkan perebutan kuasa dan
penggunaan kuasa ketenteraan oleh negara-negara Bersekutu (United Kingdom, Perancis,
Rusia dan negara-negara lain yang menyokong seperti Australia dan Afrika) dan Kuasa Pusat
(Jerman, Austria-Hungary dan Jepun) dengan kemenangan akhirnya berpihak kepada negara
bersekutu. Peperangan Dunia Pertama menyaksikan banyak pertumpahan darah dan
kesengsaraan dengan hampir 10 juta angka kematian tentera dan orang awam. Berjuta-juta
yang lain pula cedera, dan kehilangan ahli keluarga serta harta benda.

Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua terjadi pada tahun 1939 dan berakhir pada tahun 1945. Dalam
peperangan ini hampir kesemua negara dalam dunia terlibat. Negara-negara dunia berpecah
membentuk dua pihak yang bertentangan iaitu Bersekutu dan Paksi dengan jumlah tentera
melebihi 100 juta orang. Dalam sejarah peperangan dunia, Perang Dunia Kedua menyaksikan
pertama kalinya kuasa nuklear digunakan untuk mengalahkan lawan iaitu bom nuklear yang
dijatuhkan ke Hiroshima dan Nagasaki, Jepun oleh tentera bersekutu pada tahun 1945. Kuasa
nuklear dan pembunuhan besar-besaran menjadikan Perang Dunia Kedua perang yang
terburuk dalam sejarah manusia dengan angka kematian mencecah sehingga 75 juta orang.

Selepas Perang Dunia Kedua, banyak peperangan kecil berlaku seperti konflik Asia Tengah
melibatkan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan
sekutunya Israel terhadap negara-negara Asia Tengah (Palestine, Iraq, Iran dan lain-lain).
Seperti dalam mana-mana peperangan, bencana kematian orang awam dan tentera
menyebabkan kehilangan sumber tenaga manusia dan merosakkan institusi sosial sesebuah
negara. Oleh kerana negara-negara Asia Tengah merupakan negara pengeluar minyak mentah
dunia, konflik di rantau ini mengakibatkan ketidakstabilan harga minyak global. Bukan itu
P
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 174


sahaja, berbilion dolar wang yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan sesebuah
negara telah dibazirkan untuk membeli senjata dan peralatan perang. Kesimpulannya, akibat
perang, keamanan dunia semakin terjejas.

Keracunan merkuri Minamata disebabkan oleh bahan kimia
____________________ yang mencemari lautan Teluk Minamata.


Cuba anda amati kembali Rajah 9.2. Kedua-dua tragedi runtuhan Highland Towers
dan Puncak Setiawangsa ini mempunyai sela masa 20 tahun. Adakah negara kita telah belajar
cara menghadapi bencana dari pengalaman lepas? Apakah langkah-langkah yang kita perlu
lakukan untuk menangani bencana dengan lebih berkesan?


LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI BENCANA

angkah-langkah menghadapi bencana boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu
sebelum bencana, semasa bencana dan selepas bencana.



Sebelum bencana
Pengurusan sebelum bencana merangkumi langkah-langkah pencegahan awal untuk
menghalang bencana dari berlaku atau meminimakan kesan kemusnahan bencana.
Contohnya, membangunkan Sistem Amaran Awal Tsunami yang mengesan tsunami lebih awal
sebelum ia berlaku agar langkah-langkah keselamatan boleh dilakukan. Rekabentuk bangunan
dan infrastruktur yang lebih stabil dan tahan gegaran pula boleh mengurangkan kesan runtuhan
bangunan akibat gempa bumi. Untuk menghalang kebocoran reaktor nuklear akibat tsunami
dan gempa bumi seperti yang berlaku di Fukushima Daiichi, Jepun baru-baru, tahap
keselamatan dan lokasi pembinaan loji-loji nuklear utama dunia harus di kaji semula. Risiko
runtuhan tanah pula boleh dikurangkan sekiranya tahap kesedaran mengenai bahaya
pembinaan bangunan/kediaman di cerun bukit dapat diterapkan kepada orang awam. Bagi
mengawal pelepasan gas rumah kaca, peraturan/undang-undang berkaitan seperti Protokol
Kyoto yang telah disepakati dalam perjanjian antarabangsa perubahan iklim Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu pada 1997 perlu dikuatkuasakan di seluruh dunia. Selain itu, langkah-
langkah lain yang boleh dibuat sebelum bencana berlaku ialah menyediakan latihan/kursus
kepada pasukan penyelamat dan orang awam, program kesedaran dan pendidikan,
mengenalpasti pusat pemindahan dan bantuan, membina rangkaian kerjasama antara komuniti
dan melakukan analisis bencana di kawasan berisiko.



L
C
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 175


Semasa bencana
Pengurusan semasa bencana berlaku meliputi langkah-langkah menyelamat di kawasan
bencana. Antaranya ialah memindahkan mangsa ke tempat lebih selamat, membuka pusat
bantuan dan menggerakkan rangkaian kerjasama komuniti supaya kerja-kerja pemindahan dan
menyelamat lebih terurus dan menyeluruh.

Selepas bencana
Selepas bencana berlaku, langkah-langkah pemulihan perlu dilaksanakan untuk membina
semula infrastruktur, sistem pengangkutan dan telekomunikasi supaya bantuan awal dapat
sampai ke kawasan bencana serta mengembalikan institusi sosial di kawasan bencana.
Pengumpulan dana perlu dilakukan diperingkat antarabangsa untuk bantuan segera mengatasi
kesan kemusnahan ekonomi di kawasan bencana. Mangsa yang terlibat juga memerlukan
sokongan emosi untuk memulihkan semangat mereka akibat kehilangan harta benda dan ahli
keluarga.

Nampaknya anda telah sampai ke penghujung unit pelajaran mengenai bencana alam. Anda
akan meneruskan pembelajaran seterusnya mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar pula. Selamat Berjaya!

RINGKASAN

1. Bencana alam ialah gangguan serius yang menyebabkan kegagalan fungsi suatu komuniti
atau masyarakat.
2. Impak bencana melibatkan kehilangan nyawa, harta, ekonomi atau alam semulajadi secara
meluas.
3. Bencana alam terjadi disebabkan oleh faktor semulajadi dan aktiviti manusia.
4. Bencana gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi adalah bencana alam
semulajadi yang berlaku akibat pergerakan plat tektonik bumi.
5. Tsunami ialah ombak besar yang berlaku apabila pergerakan plat tektonik membentuk zon
subduksi di bawah laut yang menghasilkan penggantian isipadu besar air laut secara
mendadak.
6. Penyejatan air laut di kawasan Tropika pula menghasilkan corong pusaran angin yang
boleh membentuk ribut taufan.
7. Aktiviti manusia menyebabkan peningkatan pelepasan gas-gas rumah kaca yang
meningkatkan suhu permukaan bumi dan mengubah iklim global.
8. Akibat peningkatan suhu global, lapisan ais di Lautan Artik semakin mencair dan menipis.
9. Aktiviti pembuangan sisa toksik, pengilangan bahan kimia dan penghasilan tenaga nuklear
yang tidak selamat boleh menyebabkan bencana alam.
10. Peperangan bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa tetapi merugikan sumber
kewangan sesebuah negara dan menjadikan dunia tidak aman.
11. Langkah menghadapi bencana boleh dibahagikan kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan
selepas bencana terjadi.

U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 176


PETA KONSEP











KATA KUNCI

Bencana alam Gunung berapi Peningkatan suhu global
Faktor semulajadi Plat tektonik bumi Protocol Kyoto
Aktiviti manusia Zon subduksi Albedo
Gempa bumi Kesan rumah kaca Pembuangan sisa toksik/nuklear
Tsunami Gas rumah kaca Peperangan


PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan definisi bencana alam.
2. Senaraikan dua faktor utama yang menyebabkan bencana alam?
3. Berikan contoh-contoh bencana alam mengikut kategori.
4. Berikan tiga contoh bencana alam yang terhasil akibat pergerakan plat tektonik bumi.
5. Terangkan mengenai kesan rumah kaca.
6. Senaraikan gas-gas rumah kaca.
7. Bagaimanakah pencairan ais di kawasan Artik boleh berlaku?
8. Bincangkan contoh-contoh bencana alam yang terjadi hasil aktiviti manusia.
9. Senaraikan dan huraikan langkah-langkah menghadapi bencana alam.






BENCANA ALAM
Alam
faktor semulajadi faktor aktiviti manusia
akibat pergerakan plat tektonik bumi
: gempa bumi, tsunami dan gunung
berapi
akibat penyejatan air laut:
ribut taufan
Pelepasan gas rumah kaca:
peningkatan suhu global, perubahan
iklim dan pencairan ais Artik.
Pencemaran sisa toksik,
nuklear dan peperangan
Langkah menghadapi:
sebelum, semasa dan
selepas bencana
U n i t P e l a j a r a n 9 : B e n c a n a A l a m | 177


RUJUKAN
Hyndman, D. & Hyndman, D. (2009). Natural Hazards and Disasters. Belmont: CA:
Brooks/Cole, Cengage Learning

Tucker, S. C. & Roberts, P. M. (2005). Encyclopedia of World War I, Santa Barbara: ABC-Clio.
Beevor, A. 2012. The Second World War. London: Weidenfeld & Nicolson.

Robert, E. H. (2010). This Borrowed Earth: Lessons from the Fifteen Worst Environmental
Disasters Around the World. New York: Palgrave Macmillan.


JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
i. pergerakan plat tektonik bumi
ii. ombak besar, penggantian isipadu besar, mendadak/tiba-tiba
iii. gempa bumi, letusan gunung berapi dan runtuhan tanah dalam laut.
iv. lava dan gas beracun/debu panas/lumpur.
v. Lingkaran Api Pasifik

karbon dioksida



metil merkuri
A
B
C
UNIT PELAJARAN 10
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM
SEKITAR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. memberi definisi biodiversiti;
2. menyenaraikan kepentingan biodiversiti;
3. menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kepupusan biodiversiti;
4. menyatakan peranan pihak tertentu dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar;
5. menyatakan akta dan peraturan mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.

PENGENALAN

Rajah 10.1: Bunga rafflesia yang boleh ditemui di Malaysia

alaysia adalah sebuah negara yang tersenarai di bawah kategori megadiversiti. Ini
bermakna negara kita mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang tinggi dan
sesetengahnya amat unik dan endemik bagi rantau ini. Kita seharusnya berasa
amat bertuah dan berbangga dengan anugerah dan kurniaan ini. Berbanding
dengan negara lain yang mempunyai luas permukaan yang lebih besar, sewajarnya kita
manfaatkan segala khazanah yang ada ini. Selain daripada dapat menikmati keindahan
alam, kehadiran kepelbagaian spesies ini juga dapat kita jadikan sebagai sumber yang
dapat menjana ekonomi negara.

M
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 179
Sehubungan itu, negara kita harus mempunyai perancangan yang rapi dan berkesan dalam
memelihara dan memulihara alam sekitar kita agar ianya berkekalan dari generasi ke
generasi. Apa yang penting semua pihak di setiap peringkat berasa bertanggungjawab
untuk sama-sama mencapai aspirasi ini.

Dalam bab ini anda akan didedahkan dengan maksud biodiversiti, sumbangan serta
kepentingannya secara langsung mahupun tidak langsung. Selain daripada itu kita juga
akan membincangkan faktor-faktor yang mengancam kemandirian biodiversiti ini terutama
hasil daripada aktiviti manusia. Kita juga turut membincangkan peranan yang seharusnya
dimainkan oleh setiap pihak serta melihat dari segi perundangan bagi memelihara dan
memulihara alam sekitar.

PENGERTIAN BIODIVERSITI
nda mungkin tertanya-tanya apa itu biodiversiti. Perkataan biodiversiti berasal
daripada dua perkataan Inggeris iaitu biological dan diversity. Secara umumnya
biodiversiti membawa maksud kepelbagaian benda hidup. Lebih spesifik lagi, kita
boleh mendefinisikan biodiversiti sebagai kepelbagaian semua bentuk kehidupan
yang berada pada setiap aras organisasi yang terlibat. Semua bentuk kehidupan
membawa maksud semua hidupan termasuk tumbuhan, haiwan invertebrata, fungi,
bakteria, mikroorganisma lain dan termasuklah haiwan vertebrata yang kini menjadi fokus
utama.
Setiap aras organisasi pula merujuk kepada kepelbagaian gen, ekosistem dan
kepelbagaian spesies. Ini menunjukkan bahawa biodiversiti bukan setakat melihat individu
atau apa organisma yang ada tetapi lebih jauh dan kompleks daripada itu. Mengapa perlu
dilihat dan diambil perhatian kepada semua aras organisasi? Ini ialah bagi menjamin agar
pemuliharaan biodiversiti itu dilakukan secara holistik. Sekiranya kita hanya memberi fokus
kepada spesies-spesies tertentu, pandangan seseorang akan peri pentingnya sesuatu
spesies itu berbeza berdasarkan persepsi dan minat individu. Begitu juga kalau diberi fokus
terhadap bahan genetik sahaja, tak semua di antara kita yang memahami akan topik
tersebut meskipun genetik itu merupakan elemen penting kepada kemandirian sesuatu
individu mahupun kumpulan. Sebaliknya sekiranya ekosistem turut diberi perhatian, ramai
yang menunjukkan apresiasi terhadap persekitaran laut, hutan mahupun gunung-ganang.
Secara tak langsung kita menghargai apa yang ada di dalamnya kerana kehilangan sesuatu
unsur yang mendirikan sesebuah ekosistem akan mencacatkan ekosistem itu secara
keseluruhan.

KEPELBAGAIAN SPESIES MALAYSIA
eperti yang dinyatakan di atas, Malaysia sememangnya kaya dengan kepelbagaian
spesies hidupan. Sehingga kini kira-kira 1.75 juta spesies telah dikenali oleh sains
dan jumlah itu jauh lebih rendah berbanding nilai yang telah dianggarkan oleh ahli-
ahli sains iaitu kira-kira 30 juta spesies. Walau bagaimanapun sebahagian daripada
1.75 juta spesies yang dikenali ini adalah unik kepada negara kita. Negara kita dikatakan
mempunyai kira-kira 20 peratus daripada spesies haiwan daratan di dunia manakala hutan
A
S
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 180
hujan tropika di negara kita mempunyai kira-kira 240 jenis tumbuhan yang berlainan dalam
setiap keluasan satu hektar. Haiwan-haiwan seperti seladang, harimau belang asia, monyet
belanda, badak kerbau, tapir, burung kuang dan orang utan merupakan contoh-contoh yang
dimaksudkan. Selain daripada bunga padma (Rafflesia), kacip fatimah, tongkat ali dan ubi
jaga dan ratusan orkid liar yang lain merupakan keunikan flora negara kita (Rajah 10.2).





Rajah 10.2: Contoh haiwan dan tumbuhan yang unik di Malaysia
Dasar kerajaan yang menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 50 peratus daripada
keluasan mukabumi Malaysia dilitupi hutan semulajadi sekurang-kurangnya menjadi
jaminan untuk kita menyaksikan kesinambungan hidup semua organisma unik di atas.
Hutan hujan tropika yang dianggarkan berumur kira-kira 130 juta tahun masih menjadi
habitat yang sesuai. Royal Belum, Taman Negara dan Taman Negeri Endau-Rompin
merupakan kawasan semulajadi di Semenanjung Malaysia yang menjanjikan peluang untuk
kita menemui spesies-spesies tersebut. Jadual 10.1 di bawah menyenaraikan jumlah
spesies yang boleh ditemui di Malaysia. Pernahkah anda terfikir yang kita mempunyai
spesies hidupan sebanyak ini?

Jadual 10.1: Kepelbagaian spesies di Malaysia
Kumpulan Bilangan Spesies
Tumbuhan Berbunga 15,000
Lumut dan Rumpair 1,000
Mamalia 286
Burung 736
Ikan Laut 4,000
Ikan Air Tawar 449
Reptilia 268
Serangga dan invetebrata 150,000



Tanpa merujuk buku, cuba anda senaraikan spesies atau jenis burung yang anda
ketahui. Berapa peratuskah senarai yang berjaya anda buat berbanding jumlah burung yang
diketahui boleh ditemui di Malaysia?


U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 181
KEPENTINGAN BIODIVERSITI
ebiasaannya apabila kita merasai sesuatu itu penting, hanyalah apabila kita dapati
perkara atau benda tersebut mendatangkan faedah atau menguntungkan diri kita.
Sebenarnya biodiversiti juga mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah sebagai
sumber makanan, ubat-ubatan dan pakaian. Selain daripada itu biodiversiti
mempunyai peranan yang penting di dalam menstabilkan ekosistem seperti menyuburkan
tanah, membekalkan oksigen, mengitarkan air dan mengawal banjir atau kemarau.
Biodiversiti juga mempunyai nilai estetik untuk kita menenangkan fikiran serta beriadah.
Secara umumnya kita boleh membahagikan kegunaan biodiversiti ini kepada dua nilai yang
utama iaitu nilai intrinsik dan nilai instrumental.

1. NILAI INTRINSIK

Nilai intrinsik bermaksud setiap spesies itu mempunyai nilai yang tersendiri tanpa
menghubungkaitkan dengan spesies yang lain. Sekiranya anda menerima konsep ini, anda
berhak menyatakan spesies mana yang mempunyai nilai yang tinggi atau rendah. Ataupun
spesies mana yang perlu diberi lebih perhatian kerana ianya sukar ditemui sekarang atau
ianya paling tinggi diancam kepupusan. Sebenarnya ini bergantung kepada persepsi
individu. Ianya berkaitan dengan nilai dalaman. Sekiranya kita mengatakan bahawa setiap
individu itu mempunyai hak untuk hidup, kita dengan sendirinya telah meletakkan nilai
kepada individu tersebut.

2. NILAI INSTRUMENTAL

Spesies dikatakan mempunyai nilai instrumental jika kewujudannya adalah penting kepada
entiti yang lain. Nilai materialistik mungkin menjadi asas kepada perletakkan nilai dalam
kategori ini. Kita mungkin bertanya adakah buah ini boleh dimakan? Ataupun dari sudut
ekonomi bolehkah kita menjualnya atau mendapatkan wang dari spesies tersebut?. Semua
ini bergantung kepada kebendaan dan merupakan nilai yang kita boleh nampak secara
langsung. Dibawah nilai instrumental ini boleh kita kategorikan pula kepada beberapa nilai
yang lebih mengkhusus iaitu nilai ekonomi, nilai spiritual, nilai saintifik dan pendidikan,
nilai ekologikal, dan nilai strategik.

NILAI EKONOMI
Satu contoh yang mudah ialah biodiversiti itu menjadi sumber makanan kepada kita. Bagi
penghasilan makananpun begitu banyak organisma yang terlibat. Satu juadah yang telah
siap dimasak itu mengandungi pelbagai ramuan di dalamnya dan kadang-kadang kita tak
mengetahuipun setiap komponen biodiversiti yang menjadikan juadah tadi. Begitu juga
dengan penglibatan mikroorganisma sebagai keperluan dalam penghasilan roti, keju
mahupun tapai.
Biasanya kita kaitkan sumbangan biodiversiti sebagai sumber makanan ini di dalam sektor
pertanian. Bila kita hendak meningkatkan sektor pertanian kita perlu memilih baka yang baik
yang mampu menghasilkan pulangan yang banyak dan lumayan. Tidak dapat kita nafikan
sumbangan bidang genetik di sini dan sebab itulah biodiversiti termasuk juga bahan genetik.
Sebenarnya terlalu banyak biodiversiti yang boleh dijadikan sumber makanan. Tinjauan
K
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 182
mendapati lebih daripada 5,000 spesies tumbuhan dijadikan sumber makanan kepada
manusia.









Rajah: 10.3: Juadah yang dihasilkan sumbangan dari biodiversiti

Berdasarkan Rajah 10.3, cuba senaraikan biodiversiti yang terlibat dalam
menyediakan juadah tersebut. Adakah anda merasai sumbangan biodiversiti kepada anda?

Selain daripada makanan, sumbangan yang tak kurang besarnya kepada kehidupan
manusia ialah biodiversiti sebagai sumber ubat-ubatan. Percaya atau tidak, 60 peratus
daripada produk farmaseutikal moden adalah berasal daripada ekstrak tumbuhan, haiwan
atau mikroorganisma. Hasil kajian penyelidik tempatan dan luar negara, beberapa famili
tumbuhan di dapati amat berpotensi sebagai penyediaan ubat tradisional. Antaranya ialah
Euphorbiaceae (80 spesies), Leguminosae (74 spesies), Apocynaceae dan Verbenaceae
(19 spesies), Moraceae dan Melastomataceae (19 spesies) dan Acanthaceae (16 spesies).
Nama tumbuhan seperti tongkat ali, kacip fatimah, serai wangi, mengkudu dan misai kucing
memang tidak asing lagi bagi penduduk tempatan. Kajian mendapati kebanyakan ekstrak
tumbuhan ini mengandungi bahan kimia seperti alkaloid, flavonoid, saponin dan terpen yang
mempunyai nilai-nilai farmaseutikal yang tinggi.

Anda mungkin menggunakan barangan plastik, logam, kaca dan konkrit sebagai barangan
harian. Bagaimana pula dengan barangan yang lebih berciri tradisional seperti kayu api,
kapas, kekabu, sutera, bulu dan kulit binatang yang menjadi kegunaan sehingga sekarang?
Biasanya di kawasan dunia ketiga, penggunaan biodiversiti secara tradisional masih
menjadi lumrah . Sebagai contoh bahan-bahan tersebut digunakan sebagai pakaian, binaan
untuk tujuan perlindungan malahan juga sebagai lambang kedudukan seseorang. Tidak
dapat kita nafikan sumbangan biodiversiti terhadap penggunaan harian masih lagi relevan
sehingga sekarang.

Salah satu penggunaan terbesar di dalam sejarah tamadun manusia ialah penggunaan
bahan bakar biojisim. Sumber bahan bakar ini adalah berpunca dari berbilion tan tumbuhan
yang telah mati dan mereput di perut bumi termasuk residu hasil pertanian dan pereputan
jasad organik lain. Semua hidupan mengandungi karbon yang akan menghasilkan haba dan
oksigen apabila dibakar. Industri petroleum sememangnya menjadi sumber pendapatan
yang lumayan kepada negara yang semua ini berpunca dari biodiversiti.


U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 183
Selain daripada keperluan asas yang disebut di atas, manusia juga memerlukan kepuasan
emosi terutama bagi ketenangan jiwa. Sesetengah manusia berasa terhibur apabila mereka
berpeluang berinteraksi atau melakukan aktiviti yang rapat dengan alam ini. Pendek kata
aktiviti rekreasi turut menyumbang keuntungan kepada manusia. Pelbagai aktiviti rekreasi
boleh dilakukan, sebagai contoh berakit, berkelah di kawasan air terjun, memerhati burung,
meneroka gua, berkayak di sungai yang mempunyai arus yang deras, berkhemah dan
bermacam-macam lagi bergantung kepada kecenderungan dan kemampuan individu.
Sekiranya anda merupakan seorang yang gemar untuk mendaki, destinasi yang
dicadangkan ialah Gunung Kinabalu. Pasti anda akan menghargai keindahan alam ini. Ada
individu suka merentas hutan dan melihat hidupan liar selain anda boleh ke zoo. Bagi yang
gemarkan aktiviti menyelam, perairan Malaysia merupakan syurga bagi anda. Apresiasi
manusia dapat juga dilihat apabila biodiversiti diabadikan pada setem-setem keluaran khas.
Seperkara yang tidak boleh kita ketepikan ialah kita harus sedar bahawa biodiversiti atau
alam ini memberi perkhidmatan atau servis ekologikal secara percuma kepada kita.
Sekiranya hidupan liar ini boleh menimbulkan rasa tenteram, keseronokkan atau
ketenteraman kepada anda; sebenarnya ini merupakan satu perkhidmatan kepada anda.
Selain daripada itu agen pendebungaan yang dijalankan oleh haiwan terutamanya serangga
menjanjikan kesinambungan tumbuhan dan kehadiran bunga yang berwarna-warni. Bakteria
tertentu mampu mengurai dan membersihkan tumpahan minyak. Cacing tanah bertindak
dalam menyuburkan tanah. Sesetengah spesies tumbuhan mampu menyahkan kehadiran
bahan pencemar seperti logam berat. Semua aktiviti ini tidak dapat dihubungkan dengan
wang ringgit secara langsung. Walau bagaimanapun kegagalan untuk perkhidmatan ini
digambarkan dengan kos yang perlu ditanggung oleh manusia. Sebagai contoh petani perlu
menyewa perkhidmatan yang menawarkan penternakan lebah kerana agen pendebungaan
yang hidup di lapangan telah dibunuh dengan penggunaan pestisid yang berleluasa.
Anggaran nilai ini melebihi USD 200 bilion di seluruh dunia. Manusia juga harus
membelanjakan jutaan ringgit bagi menebat dan menghalang hakisan pantai akibat
kemusnahan tumbuhan paya bakau yang bertindak sebagai zon penampan di tepi pantai.

Dapatkah anda fikirkan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh
biodiversiti selain apa yang dibincangkan di atas?


NILAI SPIRITUAL

Manusia sememangnya terpesona dan menyukai hidupan di sekeliling mereka. Hal ini
diterjemahkan ke dalam budaya dan gaya hidup seharian. Sebagai contohnya kita
menggelarkan pasukan bolasepak kebangsaan sebagai Harimau Malaya. Logo-logo agensi
kerajaan juga turut memasukkan elemen biodiversiti di dalamnya. Malahan dalam ritual
harian terutama bagi masyarakat orang asli, elemen biodiversiti tidak dikesampingkan.
Sesetengah kaum di Malaysia menjadikan pokok-pokok tertentu sebagai simbol apabila
mereka menyambut perayaan tertentu.


U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 184
NILAI SAINTIFIK DAN PENDIDIKAN

Nilai ini dapat diterangkan dengan memberikan beberapa contoh seperti berikut. Burung
menjadi inspirasi untuk kita mempelajari bagi menghasilkan objek yang boleh terbang.
Kebolehan kelawar untuk terbang di dalam persekitaran yang gelap menghasilkan
pengkajian dan penghasilan radar. Banyak organisma seperti lalat buah, kacang pea dan
tikus menjadi model kepada perkembangan ilmu moden sekarang ini. Melalui pemerhatian
yang dilakukan oleh Charles Darwin maka lahirlah konsep pemilihan semulajadi. Pendek
kata alam semulajadi ini merupakan satu makmal yang membuka ruang untuk kita
meneroka khazanah ilmu bagi para saintis mengkaji, menguji dan mencipta sesuatu demi
kemajuan tamadun manusia.

NILAI EKOLOGIKAL

Semua benda hidup merupakan sebahagian daripada ekosistem. Mereka saling berinteraksi
dan mempunyai hubungan yang bermakna hasil daripada interaksi tersebut. Secara
umumnya semua organisma tergolong ke dalam tiga kategori utama iaitu pengeluar,
pengguna dan pengurai. Selain daripada itu proses ekologi yang wujud seperti persaingan,
penyebaran, pendebungaan, parasitisme dan mutualisme serta banyak lagi menunjukkan
setiap individu yang terlibat mempunyai fungsi ekologi masing-masing. Kadang-kadang
spesies ini menjadi spesies kekunci kerana kehadiran mereka mampu mencorakkan
struktur komuniti di sesuatu habitat. Sesetengah pula menjadi begitu penting kerana
kecekapan mereka mengitarkan bahan nutrien. Seperkara yang harus diingat ialah
sekiranya kita dapati sesuatu spesies itu kurang penting sekarang, kemungkinan ianya akan
menjadi spesies yang penting pada satu hari kelak kerana persekitaran kita sentiasa
berubah dari masa ke semasa.

NILAI STRATEGIK

Oleh kerana sumber yang kita ada tidak akan melimpah selama-lamanya dan akan
berkurangan kerana sering digunakan. Kerakusan manusia menjadikan sumber tersebut
lebih cepat terhakis. Spesies yang dikenal pasti oleh ahli-ahli sains harus dipulihara demi
masa depan bagi menampung dan menjamin kesinambungan kehidupan di atas muka bumi
terutama kepada manusia. Spesies ini dikatakan mempunyai nilai strategik bukan
berdasarkan sumbangan pada masa sekarang, sebaliknya sumbangannya pada masa yang
akan datang. Pemuliharaan spesies ini akan melibatkan pemuliharaan habitat atau
ekosistemnya sekali.


Berdasarkan nilai ___________, setiap spesies itu mempunyai nilai yang
tersendiri manakala menurut nilai ________ pula, spesies dikatakan mempunyai nilai
jika kewujudannya adalah penting kepada entiti yang lain.



A
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 185
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUPUSAN
BIODIVERSITI

ari demi hari kepelbagaian biologi dunia semakin terancam. Ancaman ini boleh
menyebabkan kepupusan kepada biodiversiti. Pernyataan yang dikeluarkan oleh
beberapa pihak menganggarkan kira-kira 30 peratus daripada spesies yang ada
akan pupus menjelang tahun 2050. Ada juga yang membuat ramalan bahawa
kadar kepupusan spesies ialah sebanyak 140,000 setiap tahun dan kadar ini akan
berterusan sekiranya bentuk-bentuk ancaman itu berterusan.

Jadual 10.2 di bawah menyenaraikan 90 spesies tumbuhan dan 726 spesies haiwan telah
pupus di alam semulajadi sejak tahun 1600. Jumlah ini mungkin tidak tepat kerana agak
sukar bagi kita menyatakan sesuatu spesies itu telah pupus atau tidak kerana kemungkinan
spesies itu ditemui adalah sukar kerana habitatnya sukar diterokai oleh manusia atau
spesies tersebut telah berpindah ke habitat lain yang tidak dijangka. Seperkara lagi bagi
menyenarai jumlah yang tepat adalah sukar kerana ahli-ahli sains tidak dapat menyatakan
dengan tepat jumlah sebenar spesies yang kita ada. Mungkin ada spesies yang telah pupus
sebelum kita mengetahui atau mendapat sebarang maklumat mengenainya.

Jadual 10.2: Bilangan spesies tumbuhan dan hawan yang telah pupus mengikut taxa

Tumbuhan Haiwan
Lumut 3 Moluska 303
Gimnosperma 1 Krustasia 9
Angiosperma
(Dikotiledon)
83 Serangga 73
Angiosperma
(Monokotiledon)
3 Invetebrata lain 4
Ikan 92
Amfibia 5
Reptilia 22
Burung 131
Mamalia 87

Jumlah 90 726

Punca utama kepupusan biodiversiti dikaitkan dengan beberapa faktor, antaranya ialah
pemusnahan habitat, saingan dari spesies eksotik, pencemaran, perubahan cuaca dan
bencana alam, serta penuaian sumber secara berlebihan.

PEMUSNAHAN HABITAT
Kemusnahan habitat akibat penukaran aktiviti guna tanah kepada pertanian, perlombongan,
penempatan, pembinaan infrastruktur dan sebagainya. Proses pemusnahan hutan dilihat
menjadi faktor utama kerana majoriti spesies menjadikannya sebagai habitat. Sebenarnya
H
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 186
kita hanya mempunyai keluasan hutan yang kecil iaitu kira-kira 6 peratus daripada jumlah
keluasan muka bumi.
Kadar pemusnahan hutan berlaku dengan begitu pantas dan berskala besar sedangkan
pertumbuhan dan penanaman hutan berlaku dengan begitu perlahan. Kira-kira 50,000
hektar hutan ditebang setiap hari terutama di negara-negara sedang membangun kerana
sumber pendapatan negara masih bergantung kepada sektor pertanian. Secara purata,
adalah dianggarkan kira-kira 94 juta hektar hutan telah dimusnahkan pada sekitar tahun
1990an. Nilai ini adalah bersamaan dengan 2.4 peratus daripada jumlah keluasan hutan
yang terdapat di dunia. Masalah penyahhutanan ini berlaku dengan begitu pantas sekali
terutama di benua Afrika dan Amerika Selatan diikuti dengan benua Asia terutamanya di
kawasan Asia Tenggara. Kemusnahan hutan di kawasan tropika menjadi perhatian utama
kerana kawasan ini mengandungi kepelbagaian biologi yang tinggi.
Pemusnahan hutan ini tidak hanya terhad di kawasan tropika sahaja. Penyahhutanan untuk
tujuan pertanian turut dihadapi oleh benua Amerika Tengah dan Eropah. Jumlah keluasan
hutan yang tinggal di sepanjang pesisir pantai di lautan Pasifik adalah kurang daripada 2
peratus dari keluasan asal. Pendek kata di seluruh dunia masalah pemusnahan ini berlaku
dengan begitu ketara sekali.
Selain daripada itu, pertumbuhan populasi penduduk dunia turut meningkat secara
mendadak dan bagi menampung segala permintaan manusia seperti menyediakan tempat
tinggal kepada mereka dan membekalkan sumber makanan adalah satu cabaran yang
besar. Semakin meningkat jumlah penduduk dunia, semakin banyak kawasan hutan
terpaksa ditebang. Selain daripada itu, aktiviti seperti perlombongan turut memusnahkan
habitat asal hidupan di muka bumi ini. Dari perspektif pemuliharaan, status ekosistem yang
ada sekarang adalah tidak memadai bagi menampung sejumlah spesies kerana
kebanyakan hutan sekarang adalah di dalam bentuk pulau-pulau hutan yang terpisah di
antara satu sama lain dan sering kali menghadapi ancaman oleh faktor aktiviti manusia. Isu
pemencilan hutan ini kurang diberi perhatian, walhal proses pemencilan hutan ini akan
mencepatkan lagi proses kepupusan spesies.

SAINGAN DARI SPESIES EKSOTIK
Pengenalan spesies baru dari luar yang menyebabkan pemusnahan spesies asal di sesuatu
habitat. Biasanya spesies ini dikenali sebagai spesies eksotik dan mempunyai ciri-ciri yang
membolehkannya bertanding dengan jayanya dengan spesies tempatan. Spesies ini boleh
diperkenalkan ke habitat baru secara tak sengaja melalui aktiviti perdagangan, biasanya
menerusi pengangkutan. Contohnya tikus Norway yang disebarkan menerusi kaedah ini dan
sekarang populasinya boleh didapati di segenap pelusuk dunia. Spesies ini dikatakan
berasal dari utara Mongolia. Terdapat juga spesies yang dibawa masuk oleh manusia
dengan tujuan tertentu. Biasanya mereka dibawa masuk ke satu-satu kawasan sebagai
agen pengawalan biologi bagi mengatasi masalah makhluk perosak. Akhirnya spesies ini
membiak secara tak terkawal dan menyingkirkan pesaing asal dari habitat tersebut.
Contohnya burung gagak dibawa masuk dari India bagi tujuan pengawalan ulat perosak
batang pokok kelapa.
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 187
Sekiranya anda dapat mengenali mana-mana spesies yang tergolong di dalam kumpulan
ini, ciri-ciri yang boleh anda perhatikan pada mereka ialah kebolehan mereka membiak
dengan cepat, proses pertumbuhan tubuh yang pantas, mampu bertoleransi dengan julat
persekitaran yang luas, mempunyai kebolehan penyebaran yang efektif dan bersifat
generalist di mana jenis makanan yang pelbagai dan luas.
Apa yang berlaku ialah spesies-spesies eksotik ini tidak menghadapi kekangan persekitaran
seperti mana yang mereka hadapi di tempat asal mereka. Mungkin di tempat baru ini
mereka tidak menghadapi tekanan dari pemangsa (tidak terdapat pemangsa di tempat
baru), pesaing dan tiada parasit yang boleh mengancam kemandirian mereka. Ini ditambah
dengan kedapatan sumber (makanan, ruang pasangan) yang banyak atau mudah di tempat
baru.
Adalah dianggarkan di Amerika Syarikat terdapat kira-kira 50,000 spesies baru yang
diperkenalkan dan nilai kerosakan terhadap alam sekitar adalah di sekitar USD 137 bilion
setahun. Masalah ini amat ketara di persekitaran pulau. Sebagai contohnya di Hawaii,
dalam tempoh 200 tahun sebanyak 263 spesies asal atau natif di situ telah pupus; 300
spesies disenaraikan sebagai terancam dan 1400 spesies berada di ambang kepupusan.
Satu masa dahulu, sejenis ular yang berasal dari Kepulauan Guam (Boiga irregularis) telah
dibawa masuk secara tak sengaja ke sini. Ada pendapat mengatakan ular ini telah dibawa
secara tak sengaja semasa pemindahan masuk peralatan ketenteraan. Ular ini telah
menyebabkan 9 daripada 12 spesies natif burung, 6 daripada 12 cicak dan 2 daripada 3
spesies natif kelawar buah pupus.
Bagi kumpulan tumbuhan pula spesies eksotik ini mungkin diperkenalkan bagi tujuan
tumbuhan hiasan sebaliknya memusnahkan tumbuhan asal yang terdapat di situ. Antara
1,126 spesies natif tumbuhan berbunga di Hawaii, 93 telah pupus dan 40 lagi sedang
terancam. Begitu juga di kawasan lain Amerika Syarikat, kehadiran spesies Melaleuca
quinquenervia di Florida telah memusnahkan sebahagian besar tumbuhan natif di situ.
Bukan sahaja ianya mampu memberi kesan terhadap aras spesies, sebaliknya ia mampu
merubah struktur di peringkat komuniti dan ekosistem.
Melalui pembacaan anda, bincangkan bagaimana spesies eksotik ini mampu
mengubah struktur komuniti dan ekosistem sesuatu habitat yang di diaminya.

PENCEMARAN
Pencemaran turut menjadi punca kepada kepupusan biodiversiti. Pencemaran boleh
ditakrifkan sebagai perubahan ciri yang berlaku sama ada di dalam bentuk fizikal, kimia atau
biologi terhadap udara, air dan daratan yang boleh mendatangkan kesan kemudaratan
kepada kesejahteraan manusia, binaan atau lain-lain aset. Menurut Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974, pencemaran membawa maksud sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi
mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan , mengeluarkan atau meletakkan
buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu
keadaan berbahaya bukan sahaja binatang tetapi juga manusia dan tumbuh-tumbuhan.
Bahagian ini telahpun dibincangkan secara terperinci di dalam unit 5 hingga 8 yang lepas.
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 188
Secara umumnya bahan-bahan pencemar ini adalah terhasil daripada aktiviti yang
dijalankan oleh manusia demi memenuhi permintaan yang pelbagai. Di mana sahaja
terdapat aktiviti manusia, kita tidak boleh lari dari berhadapan dengan bahan pencemar.
Dengan sebab itulah kita sering mendengar mengenai pencemaran air, lautan, udara dan di
daratan. Biasanya bahan pencemar adalah toksik kepada hidupan dan boleh membunuh.
Lebih malang lagi sekiranya bahan pencemar yang memberi kesan negatif terhadap
hidupan ini berpunca daripada kecuaian manusia itu sendiri.
Sebagaimana yang anda telah pelajari dalam unit pelajaran lepas mengenai pencemaran
air, antara contoh bahan pencemar adalah hasil sisa dan lebihan aktiviti pertanian seperti
baja dan racun makhluk perosak. Lebihan baja biasanya akan dibawa oleh larian air hujan di
permukaan bumi dan berkumpul di dalam sumber air yang terdapat di kolam, tasik mahupun
sungai. Pengumpulan dan peningkatan lebihan baja ini sebenarnya membekalkan nutrien
seperti fosforus dan nitrogen yang berlebihan yang akan mempengaruhi pertumbuhan yang
pesat kepada spesies tumbuhan akuatik. Proses ini di kenali sebagai eutrofikasi (Rajah
10.4). Pertumbuhan spesies akuatik ini akan menyebabkan bahagian permukaan atas tasik
ditutupi sepenuhnya oleh tumbuhan tersebut dan ini menghalang penembusan cahaya dan
kitaran oksigen daripada memasuki ke dalam sumber air tersebut. Akibat daripada
kekurangan sumber bekalan cahaya yang mencukupi, lama-kelamaan ianya akan
menganggu proses fotosintesis di bahagian bawah tasik serta mengakibatkan kandungan
oksigen yang terlarut menjadi rendah. Keadaan ini adalah tidak sihat kepada haiwan yang
mendiami kawasan tasik tersebut dan akhirnya boleh membawa kepada kematian. Selain
daripada itu, apabila tumbuhan ini mati dan mereput ianya turut menjadi sesuatu yang toksik
kepada hidupan lain.

Rajah 10.4: Contoh kejadian eutrofikasi akibat pencemaran nutrien ke dalam sumber
air
Lepasan asap dari kawasan perindustrian juga boleh menjejaskan kualiti udara dan
membawa kepada masalah pencemaran yang teruk. Kebanyakan lepasan asap ini
mengandungi kandungan sulfur yang tinggi dan apabila bertindakbalas dengan udara di
atmosfera akan menghasilkan molekul sulfur dioksida yang boleh dibawa turun ke bumi
melalui hujan asid. Nilai pH yang rendah (semakin rendah pH, semakin tinggi keasidan)
akan menyebabkan organisma yang terdedah kepada hujan asid ini akan mengalami
kemudaratan sehingga boleh membunuh organisma tersebut.
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 189
PERUBAHAN CUACA DAN BENCANA ALAM
Perubahan cuaca bumi biasanya merujuk kepada peningkatan suhu permukaan bumi. Cuba
ingat kembali mengenai kesan rumah kaca yang telah diterangkan dalam Unit Pelajaran 9.
Peningkatan suhu ke atas permukaan bumi ini semakin ketara sejak kebelakangan ini akibat
aktiviti pembangunan yang tidak terkawal terutama hasil dari aktiviti penebangan hutan dan
pelepasan asap dari kilang-kilang serta kenderaan bermotor. Punca utama yang membawa
kepada peningkatan suhu permukaan bumi adalah kerana pengumpulan gas karbon
dioksida di atmosfera. Gas karbon dioksida dikatakan menyumbang 60 peratus kepada
fenomena ini.

Rajah 10.5: Fenomena kesan rumah kaca
Rajah 10.5 di atas menerangkan bagaimana fenomena yang dikenali sebagai kesan rumah
kaca ini boleh berlaku. Apabila matahari memancarkan cahayanya ke bumi, haba akan
diserap oleh bumi kerana ia merupakan jasad legap. Ini menyebabkan suhu bumi
meningkat. Bagi mengurangkan peningkatan suhu, bumi akan memancarkan kembali
sebahagian haba dalam bentuk sinaran infra-merah ke atmosfera. Oleh kerana terdapat
satu lapisan gas (dikenali sebagai lapisan gas rumah hijau) di sekeliling bumi, sebahagian
haba akan diserap oleh lapisan gas tersebut. Fenomena ini akan meningkatkan suhu di
sekeliling lapisan gas tersebut dan seterusnya memanaskan suhu permukaan bumi.
Semakin tebal lapisan gas tersebut, semakin panaslah suhu bumi. Analoginya adalah
seperti anda menyelimuti diri anda dengan sehelai selimut, semakin tebal selimut anda,
semakin panas tubuh anda.
Lapisan gas rumah hijau ini terdiri daripada beberapa jenis gas. Antaranya adalah gas
karbon dioksida, gas metana, gas nitrogen oksida, gas sulfur dioksida, kloroflorokarbon dan
pelbagai lagi. Kajian mendapati gas karbon dioksida merupakan penyumbang utama
kepada fenomena ini dan peningkatan suhu ini biasanya menyebabkan permasalahan
seperti pencairan ais di kutub yang mengakibatkan peningkatan aras laut. Kejadian ini boleh
menyebabkan hakisan pantai yang teruk dan seterusnya mengakibatkan organisma yang
mendiami kawasan tersebut akan terhapus. Selain daripada itu, peningkatan suhu boleh
menyebabkan perubahan kelakuan organisma serta mempengaruhi proses adaptasi
mereka.

Bumi
Lapisan gas
Matahari
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 190
PENUAIAN SUMBER SECARA BERLEBIHAN
Penuaian sumber biologi secara tidak terkawal dan tidak lestari seperti aktiviti pembalakan,
perikanan dan pemburuan. Aktiviti pembalakan memberi kesan pemusnahan yang amat
ketara. Selain hidupan liar kehilangan tempat tinggal mereka, tumbuhan yang tidak dibalak
turut termusnah dan akhirnya kawasan pembalakan terdedah kepada proses hakisan yang
teruk.
Aktiviti perikanan sukar dikawal kerana ianya berlaku di kawasan laut lepas dan jauh
daripada pemantauan manusia. Kaedah yang digunakan seperti pukat harimau dan tunda
turut memusnahkan kawasan pembiakan ikan selain penuaian secara berlebihan yang
merubah persekitaran ekosistem ikan itu sendiri. Secara keseluruhannya hasil penangkapan
ikan telah merosot dengan begitu teruk sekali. Ini membuktikan bahawa kita tidak dapat
mengekalkan sumber perikanan secara lestari.
Pasaran terhadap produk hidupan liar amatlah besar dan menjana pendapatan yang
lumayan. Aktiviti pemburuan ini meskipun diharamkan tetapi ianya sukar dibendung. Selain
daripada harga yang tinggi di pasaran gelap, faktor-faktor lain ialah seperti sifat tamak
mereka yang terlibat di dalam aktiviti pemburuan ini yang hanya mementingkan wang
ringgit, harga semakin meningkat apabila semakin sukar sesuatu spesies itu ditemui,
sumber hidupan liar menjadi kegunaan bersama, hidupan liar didapati di kawasan yang
terpencil dan jauh dari orang ramai merupakan penyumbang kepada permasalahan ini.
Sesetengah pula menganggap bahagian-bahagian tertentu tubuh hidupan liar mempunyai
nilai perubatan yang tinggi dan ini turut melonjakkan harga terhadap spesies tersebut.

Pada pendapat anda, apakah faktor yang mungkin mengancam biodiversiti
apabila terdapat aktiviti pembangunan?

PERANAN INDIVIDU, AGENSI KERAJAAN DAN NGO DALAM
USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

ebarang usaha dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar merupakan
tanggungjawab semua pihak kerana permasalahan alam sekitar merupakan
masalah bersama dan kita semua merupakan sebahagian daripada alam sekitar itu
sendiri. Kemerosotan kualiti alam sekitar akan secara langsung menjejaskan kualiti
kehidupan kita. Oleh itu setiap lapisan masyarakat harus memainkan fungsi masing-masing
dalam menjamin kesejahteraan alam sekitar.

PERANAN INDIVIDU
Setiap individu seharusnya peka terhadap kualiti alam sekitar. Kita harus mempunyai tahap
kesedaran yang tinggi terhadap kesejahteraan alam sekitar. Selain daripada kesedaran,
amalan yang sihat harus juga dipraktikkan. Sebagai contoh, elakkan daripada pembaziran
tenaga dan sumber alam. Sentiasa berfikir adakah apa yang kita lakukan akan
S
B
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 191
menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Beberapa amalan yang boleh kita lakukan
ialah:
1) Sentiasa amalkan kitar semula bahan terbuang.
2) Jadikan budaya menanam pokok sebagai amalan.
3) Elakkan dari membeli barangan yang mencemar alam sekitar.
4) Tutup sumber elektrik jika tidak digunakan.
5) Jangan mengambil masa yang terlalu lama apabila mandi dan sentiasa kecilkan
pancuran air.
6) Guna mentol jimat tenaga.
7) Menjadi ahli dalam persatuan pencinta alam.
8) Luangkan masa untuk berinteraksi dengan alam sekeliling dan nikmati anugerah
Tuhan ini.
9) Kurangkan penggunaan kertas; dan lain-lain lagi.

PERANAN AGENSI KERAJAAN
Sesungguhnya kerajaan amat prihatin terhadap kualiti alam sekitar. Dengan sebab itu
beberapa agensi dan jabatan telah ditubuhkan bagi menjalankan fungsi-fungsi yang
tertentu. Sebagai contoh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara
(PERHILITAN) telah ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan kemandirian hidupan liar
serta habitatnya. Jabatan Perikanan dikhususkan dalam menjaga hasil laut terutama ikan
dan memulihara Taman-Taman Laut yang ada di negara kita.
Tidak lupa juga Jabatan Alam Sekitar yang berfungsi dalam memulihara dan memantau
kualiti alam sekitar terutama berkaitan hal-hal yang boleh mencemarkan alam ini. Jabatan
ini juga banyak menganjurkan program yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab masing-masing. Kerajaan
telah menubuhkan satu unit yang dikenali sebagai Unit Maklumat Dan Pendidikan yang
bertujuan dalam pembinaan dan pembangunan sistem penerangan dan maklumat alam
sekitar yang komprehensif, di samping menyebarkan kesedaran alam sekitar dalam
kalangan masyarakat dan kepada para perancang dan pembuat keputusan. Selain daripada
itu Jabatan Pengairan dan Saliran berfungsi khusus dalam pemuliharaan sungai dan
Jabatan Perhutanan pula berfungsi sebagai agensi yang mengawasi hasil penuaian hutan
secara lestari dalam menjamin kesinambungan kawasan semulajadi di Malaysia.
Kerajaan juga telah mewujudkan beberapa kawasan yang dilindungi bagi memelihara dan
menjamin keujudan dan pengekalan flora dan fauna. Antaranya ialah Taman Negara yang
telah diwartakan pada tahun 1938 lagi. Keluasan Taman Negara ialah 434,300 hektar yang
menjangkau sempadan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Selain daripada itu
terdapat juga kawasan seperti ini yang ditadbir oleh kerajaan negeri seperti Hutan Belum di
negeri Perak Darul Ridzuan yang meliputi kawasan seluas 290,000 hektar serta Hutan
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 192
Endau Rompin yang terletak antara negeri Pahang dan Johor yang turut diisytihar sebagai
Taman Negeri.
Begitu juga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai beberapa Taman Negara seperti
Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu, Lembah Danum dan banyak lagi yang
ditadbirkan oleh agensi-agensi yang berbeza. Kewujudan taman-taman semulajadi ini
adalah bagi mengekalkan kepelbagaian biologi kita yang unik dan mempunyai nilai yang
tinggi seperti yang telah disebutkan di atas.

PERANAN NGO

Terdapat pelbagai pertubuhan sukarela bukan kerajaan yang turut memainkan peranan
yang penting dalam menyumbang ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat. Mereka
juga menjalankan kajian-kajian serta memberi cadangan yang boleh dijadikan panduan bagi
kerajaan untuk memperbaiki dan mengawal kualiti alam sekitar negara. Antaranya adalah
Sahabat Alam Sekitar (SAM), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Persatuan
Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP).

SAM telah menjalankan kajian yang meliputi lebih daripada 100 bidang yang berkaitan
dengan masalah pembangunan, kepupusan sumber dan alam sekitar. Hasil kajian akan
disampaikan kepada kerajaan dalam bentuk memorandum serta turut disiarkan dalam
media untuk mewujudkan kesedaran dan sokongan masyarakat ramai. Selain daripada itu,
SAM turut menerbitkan akhbar Suara SAM serta bahan-bahan lain seperti Environmental
News Digest, Asia Pasific Environment Newsletter dan State of the Malaysia Environment.
CAP merupakan persatuan pengguna yang paling aktif dan berjaya di Malaysia. Selain
menangani permasalahan kepenggunaan, CAP juga bergiat dalam bidang penyelidikan dan
penerbitan bahan-bahan kajian alam sekitar untuk pengetahuan dan kesedaran awam.
Antara penerbitan dari pihak CAP ialah Pengguna dan Utusan Konsumer.
MNS merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang tertua di negara ini. Fungsinya adalah
dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang nilai alam semulajadi melalui
penerbitan seperti Malaysia Nature Journal. Penerbitan The Malayan Nature Journal pula
merupakan terbitan berbentuk saintifik yang diterbitkan secara suku tahunan. Selain
daripada itu penerbitan Malayan Naturalist memuatkan hal-hal dan pembangunan semasa
tentang persejarahan alam.
Bolehkah anda kenalpasti beberapa NGO selain yang disebutkan di atas?
Bincangkan fungsi dan peranan mereka.



U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 193
AKTA DAN PERATURAN
erajaan memandang berat tentang permasalahan kualiti alam sekitar yang berlaku
di negara kita. Dengan sebab itu, langkah-langkah pengurusan terhadapnya
disifatkan sebagai satu keperluan dalam konteks pembangunan. Maka dasar-dasar
terhadap alam sekeliling telah dibentuk yang pada keseluruhannya memberikan
pertimbangan kepada faktor-faktor berikut:
1). Kesan terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk
serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia dalam usaha memajukan sumber-sumber
semulajadi, perindustrian dan perbandaran.
2). Peri mustahaknya pengekalan mutu alam selaras dengan kehendak penduduk
terutamanya dari segi keupayaan pengeluaran iaitu dalam bidang pertanian, perikanan, air
dan perhutanan.
3). Keperluan untuk mengekalkan keadaan alam sekitar yang sihat bagi kehidupan
manusia yang sempurna.
4). Keperluan bagi mengekalkan warisan asli negara yang unik dan pelbagai jenis yang
menyumbang kepada kehidupan yang sihat.
5). Saling kait antara faktor sosial, kebudayaan, ekonomi, alam hidupan dan fizikal
dalam menentukan ekologi manusia.
Pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan bagi memenuhi maksud di atas adalah
melalui dua saluran iaitu melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan tidak melibatkan
penguatkuasaan undang-undang, tetapi dijalankan melalui langkah-langkah pentadbiran.
Pendekatan yang melibatkan undang-undang adalah dalam bidang-bidang yang dijelaskan
dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atau undang-undang lain yang merupakan
undang-undang Persekutuan. Dalam bidang yang tidak dapat dicakupi oleh peraturan
daripada undang-undang Persekutuan, maka pendekatan kawalan yang melibatkan
pentadbiran di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan digunakan.

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974
Ianya merupakan salah satu akta di bawah undang-undang Malaysia, Akta 127. Akta ini
terdiri daripada beberapa undang-undang untuk mencegah, menghapus, mengawal
pencemaran dan membaiki kualiti alam sekitar dan bagi maksud-maksud yang berkaitan
dengannya. Pada tahun 1974 akta ini telah dikemukakan di Parlimen dan diluluskan sebagai
suatu undang-undang pada bulan Mac 1974 dan dikuatkuasakan pada bulan April 1975.
Akta yang lebih komprehensif ini memberi kuasa kepada kerajaan bagi mengambil langkah-
langkah tertentu bagi mengawal pencemaran serta mengekal dan meningkatkan kualiti alam
sekeliling.


K
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 194
Dalam usaha untuk mengawal pencemaran yang wujud di negara ini, kerajaan telah pun
membentuk beberapa peraturan dan undang-undang sama ada ia merupakan cabang
kepada AKAS 1974 ataupun peraturan lain yang berasingan. Antara peraturan di bawah
AKAS (yang utama) ialah:
1. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit
Mentah) 1977.
2. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah)
1978.
3. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen Perindustrian) 1979.
4. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978.
5. Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1985.
6. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kebisingan Kenderaan Bermotor) 1987.
7. Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan
Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989.
8. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan
Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989.
Selain itu terdapat juga peraturan dan akta atau kod-kod amalan lain sama ada yang telah
sedia ada ataupun baru dibentuk yang bertujuan untuk menjaga kepentingan alam sekitar
dan juga kepentingan kegunaan sumber-sumber alam Malaysia. Antaranya ialah Akta
Perlombongan Petroleum 1966, Akta Kilang dan Jentera, 1967, Akta Taman-taman Negara
1980 dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.









U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 195
RINGKASAN
1. Biodiversiti membawa maksud kepelbagaian benda hidup.
2. Malaysia dikatakan mempunyai kira-kira 20 peratus daripada spesies haiwan
daratan di dunia manakala hutan hujan tropika di negara kita mempunyai kira-kira
240 jenis tumbuhan yang berlainan dalam setiap keluasan satu hektar.
3. Nilai intrinsik bermaksud setiap spesies itu mempunyai nilai yang tersendiri tanpa
menghubungkaitkan dengan spesies yang lain.
4. Spesies dikatakan mempunyai nilai instrumental jika kewujudannya adalah penting
kepada entiti yang lain. Nilai materialistik mungkin menjadi asas kepada perletakkan
nilai dalam kategori ini.
5. Nilai instrumental boleh dikategorikan pula kepada beberapa nilai yang lebih
mengkhusus iaitu nilai ekonomi, nilai spiritual, nilai saintifik dan pendidikan, nilai
ekologikal, dan nilai strategik.
6. Punca utama kepupusan biodiversiti dikaitkan dengan beberapa faktor, antaranya
ialah:
a. Pemusnahan habitat
b. Penuaian sumber secara berlebihan
c. Saingan dari spesies eksotik
d. Pencemaran
e. Perubahan cuaca dan bencana alam
7. Sebarang usaha dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar merupakan
tanggungjawab semua pihak kerana permasalahan alam sekitar merupakan masalah
bersama dan kita semua merupakan sebahagian daripada alam sekitar itu sendiri.
8. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akas) 1974 merupakan salah satu akta di bawah
undang-undang Malaysia, Akta 127. Akta ini terdiri daripada beberapa undang-
undang untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki kualiti
alam sekitar dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.










U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 196
PETA KONSEP





















Biodiversiti
Kepelbagaian
benda hidup
adalah
penting
sebagai
sumber
-Makanan
-Ubat-ubatan
-Pakaian
-Estetik
-Kestabilan
ekosistem
Instrumental
digunakan
berdasarkan
pegangan
terhadap nilai
Intrinsik
-Nilai ekonomi
-Nilai spiritual
-Nilai saintifik dan
pendidikan
-Nilai ekologikal
-Nilai strategik
termasuk
-Kemusnahan
habitat
-Saingan spesies
eksotik
-Pencemaran
-Perubahan cuaca
dan bencana
-Penuaian
berlebihan

boleh
pupus
kerana
dilindungi
Akta dan peraturan
seperti Akta Kualiti
Alam Sekeliling
1974

memerlukan
penglibatan
-Kerajaan
-Badan bukan kerajaan (NGO)
-Individu
U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 197
KATA KUNCI
Megadiversiti Nilai ekonomi biodiversiti Kemusnahan habitat
Biodiversiti Nilai spiritual biodiversiti Spesies eksotik
Nilai intrinsik biodiversiti Nilai ekologikal biodiversiti Kepupusan biodiversiti
Nilai instrumental
Biodiversiti
Spesies kekunci Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974



PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian spesies, kepelbagaian
genetik dan kepelbagaian ekosistem. Bincangkan mengapa perlu kita mengambilkira
biodiversiti pada semua aras organisasi ini.

2. Pada pendapat anda apakah faktor utama yang menyumbang kepada kepupusan
spesies? Bincangkan faktor ini.

3. Adakah kita perlu memberi nilai-nilai tertentu kepada biodiversiti? Berikan pendapat
anda mengenai hal ini.

4. Bincangkan sama ada sistem perundangan kita mencukupi bagi menjamin
kemandirian spesies dan kualiti alam sekeliling.

5. Apakah langkah-langkah alternatif yang boleh kita ambil bagi menjamin kualiti alam
sekitar selain bergantung kepada undang-undang yang ada?


RUJUKAN

Hunter, M.L. & Gibbs, J. (2007). Fundamentals of Conservation Biology (3rd ed.). Malden
USA: Blackwell Publishing.

Cunningham, W.P.& Cunningham, M.A. (2009). Principles of Environmental Science :
Inquiry & Applications. (5
th
ed.) Boston: McGraw-Hill.

Molles, Jr. M. C. (2008). Ecology. Concepts & Applications (4
th
ed.) Boston: McGraw Hill
Higher Education.





U n i t P e l a j a r a n 1 0 : P e m e l i h a r a a n & P e m u l i h a r a a n A l a m | 198
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

intrinsik, instrumental

Kemusnahan habitat dan pencemaran
A
B
UNIT PELAJARAN 11

PEMBANGUNAN LESTARI


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. membincangkan tentang prinsip pembangunan lestari;
2. menerangkan kesedaran alam sekitar melalui pendidikan.


PENGENALAN



Rajah 11.1: Pemandangan hutan hujan tropika dan terumbu karang yang terdapat di
Malaysia

Mutakhir ini isu pembalakan haram dan pembalakan melebihi had sering menjadi isu
hangat di dada-dada akhbar atau media lain. Kenapa ini menjadi isu penting?
Adakah para aktivis yang memperjuangkan isu ini telah kehilangan harta mereka? Adakah
tempat tinggal mereka diceroboh? Adakah sumber makanan mereka tidak mencukupi? Adakah
sumber air mereka dicemari? Jawapannya, mungkin mereka salah seorang mangsanya.
Namun kebanyakan aktivis bukanlah mangsa kepada masalah ini, tetapi perjuangan mereka
adalah disebabkan oleh kesedaran mereka terhadap isu ini. Mereka menginginkan
pemandangan yang sama seperti dalam Rajah 11.1 juga turut dapat dinikmati oleh anak cucu
mereka. Adakah anda juga mengharapkan demikian?
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 200
Selepas anda selesai melakukan aktiviti di atas, ambil sehelai kertas dan buat refleksi dengan
menjawab soalan-soalan berikut:

Dapatkah anda menerangkan maksud pembangunan lestari?
Bagaimana anda dapat memupuk kesedaran tentang pembangunan lestari melalui
pendidikan?

Dapatkah anda menjawab soalan-soalan di atas? Dalam unit pembelajaran ini anda didedahkan
tentang pembangunan lestari. Seterusnya perbincangan tentang kesedaran terhadap
pembangunan lestari melalui pendidikan dijalankan.


ISI KANDUNGAN

i dalam unit yang lalu kita telah berbincang tentang pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar. Dalam unit ini anda akan diperkenalkan dengan pembangunan lestari.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada pembangunan lestari serta langkah-langkah
yang telah dilaksanakan di Malaysia akan dibincangkan dalam unit ini.


PENGERTIAN PEMBANGUNAN LESTARI

embangunan lestari atau pembangunan mampan merujuk kepada pembangunan
yang dijalankan secara terancang dan berterusan serta tidak menjejaskan keadaan
alam sekitar, bukan sahaja untuk generasi semasa malah untuk generasi akan
datang. Berdasarkan Laporan Brundtland 1987, pembangunan lestari ialah
pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang bagi mencapai
kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan
bersama tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan generasi pada masa hadapan.
Pembangunan lestari merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi
dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar.

Berdasarkan definisi ini dapatkah anda membuat satu gambaran tentang pembangunan lestari?
Baiklah, cuba bayangkan satu kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi, hutan hujan
tropika, air sungai yang bersih serta udara yang segar. Anda dapati penduduk di situ gembira
mencari rezeki di sekitar tempat itu, sama ada petani, peniaga, kakitangan kerajaan dan boleh
dikatakan tiada siapa yang kelaparan kerana sumber ekonomi berada di sekeliling mereka.
Para pelajar pula mendapat kemudahan pendidikan, jarak yang dekat dengan pusat
pentadbiran serta kenderaan awam yang baik dan kawasan itu aman dari masalah kecurian,
penculikan dan lain-lain lagi. Keadaan yang stabil ini (alam sekitar, ekonomi dan sosial) telah
meningkatkan kualiti kehidupan mereka di mana jarang sekali ada orang yang sakit teruk. Ya,
sekarang dapatkah anda bayangkan satu daripada pemandangan hasil daripada pembangunan
lestari?
D
P
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 201
Pembangunan lestari melibatkan cara bagaimana kita mengekalkan kadar pembangunan
semasa di samping meninggalkan sumber-sumber yang bersesuaian bagi generasi kemudian
untuk terus berkembang. Maka dalam konteks ini, masalah alam sekitar perlu ditangani dengan
mempertimbangkan hubungannya dengan keadaan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Malah, dalam kita mempertimbangkan untuk kehidupan yang sihat, makmur dan stabil, aspek
alam sekitar, ekonomi dan masyarakat (sosial) perlu dilihat bersama.

Walaupun pembangunan lestari adalah berkaitan tentang integrasi alam sekitar, sosial dan
ekonomi, namun ekonomi serta masyarakat (sosial) pula wujud dalam konteks yang lebih luas
dalam alam sekitar. Ekonomi wujud sepenuhnya di dalam masyarakat, kerana semua bahagian
ekonomi manusia memerlukan interaksi dalam kalangan orang ramai. Walau bagaimanapun,
masyarakat juga berperanan besar dan bukan sekadar ekonomi. Kebahagiaan, kesenangan
dan kesejahteraan bukan berpunca semata-mata dari pertumbuhan kewangan. Rakan-rakan
dan keluarga, budaya, agama dan etika adalah elemen-elemen penting dalam masyarakat,
yang tidak semata-mata berdasarkan kepada pertukaran barangan dan perkhidmatan, tetapi
menyumbang kepada keseluruhan kualiti hidup. Masyarakat pula, wujud sepenuhnya di dalam
alam sekitar. Keperluan asas kita iaitu udara, makanan dan air semuanya datang dari alam
sekitar. Sama juga peranan tenaga dan sumber asli untuk perumahan, pengangkutan dan
produk yang kita bergantung perlukan. Oleh itu, perlindungan alam sekitar adalah teras kepada
Pembangunan Lestari.

Sekitar 1980-an, oleh kerana kebimbangan yang semakin meningkat tentang kesan-kesan
pembangunan ekonomi ke atas kesihatan, sumber asli dan alam sekitar telah menyebabkan
Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumkan Laporan Brundtland. Ini mentakrifkan pembangunan
lestari sebagai 'pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan
keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri.


KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI


ntuk terus membangunkan sesebuah masyarakat dengan cara yang sama
sebagaimana yang telah dilakukan pada masa lalu, kita perlu memberi lebih
perhatian kepada alam sekitar kita. Bagaimana ini boleh dicapai dengan cara yang
terbaik adalah sekadar pendapat dan bukannya fakta, bergantung kepada perspektif
terhadap alam sekitar dan pemandangan alam semula jadi yang berbeza. Oleh itu satu konsep
baharu telah muncul dan cuba untuk membawa bersama-sama aspek terbaik daripada
pandangan yang berbeza ini, dan untuk mengharmonikan pembangunan manusia dengan
perlindungan alam semula jadi. Konsep ini dinamakan Pembangunan Lestari.

Konsep pembangunan lestari bermula daripada Resolusi 38/161, Proses Penyediaan Perspektif
Alam Sekitar bagi Tahun 2000 dan seterusnya (Process of Preparation of the Environmental
Perspective to the Year 2000 and Beyond) yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Perhimpunan Agung PBB) pada 19 Disember 1983.
U
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 202
Berpunca daripada resolusi tersebut maka sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Brundtland
ditubuhkan.

Matlamat Suruhanjaya Brundtland ialah bertujuan untuk mengutarakan kebimbangan tentang
kemerosotan persekitaran manusia dan sumber asli secara serta merta dan kesannya terhadap
pembangunan ekonomi dan sosial. Menerusi penubuhan suruhanjaya tersebut, Perhimpunan
Agung PBB mengiktiraf masalah alam sekitar sebagai masalah sedunia. Maka, untuk
kepentingan bersama, dasar pembangunan lestari telah diwujudkan.

Laporan Suruhanjaya Brundtland yang bertajuk Masa Depan Kita yang Sama (Our Common
Future) dibentangkan semasa Perhimpunan Agung PBB melalui Resolusi 42/187, Laporan
Suruhanjaya Dunia tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (Report of the World Commission
on Environment and Development) bertarikh 11 Disember 1987. Laporan berkenaan
membincangkan pembangunan lestari dan keperluan perubahan politik bagi menjayakannya.

Menerusi laporan tersebut, istilah pembangunan lestari didefinisikan sebagai ...pembangunan
yang memenuhi keperluan semasa tanpa mengabaikan kemampuan generasi akan datang
untuk memenuhi keperluan mereka. Secara ringkas, konsep pembangunan lestari ialah
pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan
sosial dan alam sekitar.

Isu pembangunan lestari telah dibincangkan secara serius di Rio De Janerio pada tahun 1992
dalam Sidang Kemuncak Bumi dan pada 26 Ogos hingga 4 September 2002 di Johannesburg.
Persidangan di Johannesburg pada tahun 1992 telah merintis pada penubuhan Agenda 21. Ia
merupakan pelan tindakan yang mengandungi prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk
membantu kerajaan dan institusi yang berkaitan dalam melaksanakan dasar-dasar dan
program-program pembangunan lestari di negara masing-masing.


OBJEKTIF PEMBANGUNAN LESTARI


bjektif utama pembangunan lestari ialah untuk menjamin pembangunan ekonomi,
kesaksamaan dan keadilan sosial, dan perlindungan alam sekitar. Walaupun
ketiga-tiga faktor di atas boleh berfungsi dalam suasana harmoni, namun sering
berlaku percanggahan di antara satu sama lain.

Semasa separuh kedua abad ke-20 pembangunan ekonomi bagi standard kehidupan yang
lebih baik merupakan punca utama kerosakan alam sekitar. Kita kini berada dalam kedudukan
di mana kita mengambil lebih banyak sumber berbanding sebelum ini, dan mencemarkan bumi
dengan bahan buangan. Mutakhir ini, masyarakat telah mula menyedari bahawa kita tidak boleh
hidup dalam masyarakat atau ekonomi yang sihat dengan begitu banyak kemiskinan dan
kemerosotan alam sekitar. Pertumbuhan ekonomi akan kekal sebagai asas bagi
pembangunan manusia, tetapi ia mesti berubah dengan bertindak untuk mengurangkan
O
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 203
kerosakan kepada alam. Cabaran pembangunan lestari adalah untuk meletakkan pemahaman
ini ke dalam amalan, mengubah cara kita yang tidak lestari kepada yang lebih lestari.

Matlamat pembangunan lestari adalah untuk mengimbangi keperluan ekonomi, alam sekitar
dan sosial, bagi membolehkan kemakmuran untuk dikecapi generasi sekarang dan masa
hadapan. Pembangunan lestari terdiri daripada pendekatan jangka panjang dan bersepadu
untuk membangun dan mencapai masyarakat yang sihat dengan bersama-sama menangani
isu-isu ekonomi, alam sekitar dan sosial, di samping mengelakkan penggunaan sumber-sumber
asli utama secara berlebihan.

Pembangunan lestari menggalakkan kita untuk memelihara dan meningkatkan asas sumber
yang ada, dengan mengubah secara beransur-ansur bagaimana cara kita membangunkan dan
menggunakan teknologi. Negara-negara mesti dibenarkan untuk memenuhi keperluan asas
mereka merangkumi pekerjaan, makanan, tenaga, air dan sanitasi. Jika ini dilakukan secara
lestari, maka terdapat keperluan tertentu untuk tahap kelestarian sesuatu populasi.
Pertumbuhan ekonomi perlu disokong dan negara-negara membangun harus dibenarkan
mengalami pertumbuhan kualiti yang sama dengan negara-negara maju.


PRINSIP-PRINSIP PEMBANGUNAN LESTARI


erdapat pelbagai pemahaman dan pendekatan tentang pembangunan lestari. Banyak
negara melalui kerajaan, majlis tempatan, badan bukan kerajaan dan individu telah
memikirkan apakah maksud pembangunan lestari dan bagaimana hendak
menterjemahkannya dalam bentuk tindakan. Ianya melangkaui definisi mudah iaitu
dalam satu ayat sahaja. Deklarasi Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan merangka
definisi dengan menyenaraikan 18 prinsip kelestarian.

1) Manusia berhak untuk mendapat kehidupan yang sihat dan produktif secara harmoni
dengan alam semula jadi.
2) Pembangunan hari ini tidak boleh menjejaskan pembangunan dan alam sekitar yang
diperlukan oleh generasi masa kini dan masa depan.
3) Negara mempunyai hak kedaulatan untuk mengeksploitasi sumber mereka sendiri,
tanpa menyebabkan kerosakan alam sekitar di luar sempadan mereka.
4) Negara hendaklah membangunkan undang-undang antarabangsa untuk memberikan
pampasan terhadap kerosakan bagi aktiviti-aktiviti di bawah kawalan mereka kepada
kawasan di luar sempadan mereka.
5) Negara hendaklah menggunakan pendekatan berjaga-jaga untuk melindungi alam
sekitar. Jika terdapat ancaman kerosakan yang serius atau kerosakan yang tidak boleh
diubah, ketidakpastian saintifik tidak boleh digunakan untuk menangguhkan langkah
kos-efektif untuk mencegah kemerosotan alam sekitar.
6) Dalam usaha untuk mencapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar
hendaklah merupakan sebahagian daripada proses pembangunan, dan tidak boleh
T
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 204
dipertimbangkan untuk diasingkan daripadanya. Pembasmian kemiskinan dan
pengurangan jurang dalam taraf hidup di bahagian yang berlainan di dunia adalah
penting untuk mencapai pembangunan lestari dan memenuhi keperluan majoriti orang
ramai.
7) Negara hendaklah bekerjasama untuk memelihara, melindungi dan memulihkan
kesihatan dan integriti ekosistem bumi. Negara-negara maju mengakui tanggungjawab
yang mereka tanggung dalam memenuhi hasrat antarabangsa tentang pembangunan
lestari dari sudut tekanan yang masyarakat mereka kenakan pada persekitaran global
dan teknologi serta sumber kewangan yang mereka gunakan.
8) Negara-negara harus mengurangkan dan menghapuskan corak pengeluaran dan
penggunaan yang tidak lestari, dan menggalakkan dasar demografi yang sesuai.
9) Isu-isu alam sekitar dikendalikan dengan penglibatan oleh semua warganegara yang
prihatin. Negara akan memudahcara dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan
awam dengan menyediakan maklumat alam sekitar yang boleh didapati secara meluas.
10) Negara hendaklah menggubal undang-undang alam sekitar yang berkesan, dan
membangunkan undang-undang negara mengenai liabiliti bagi mangsa pencemaran
dan kerosakan alam sekitar yang lain. Dengan kuasa yang ada, negara hendaklah
menilai kesan alam sekitar daripada aktiviti yang dicadangkan yang mungkin
mempunyai kesan buruk yang ketara.
11) Negara-negara harus bekerjasama untuk mempromosikan sistem ekonomi antarabangsa
terbuka yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan lestari
di semua negara. Dasar alam sekitar tidak harus digunakan untuk tujuan yang tidak
wajar bagi menyekat perdagangan antarabangsa.
12) Pada prinsipnya pencemar harus menanggung kos pencemaran.
13) Negara-negara hendaklah memberi amaran kepada satu sama lain tentang bencana
alam atau aktiviti yang mungkin mempunyai kesan berbahaya yang merentasi
sempadan.
14) Pembangunan lestari memerlukan pemahaman saintifik yang lebih baik tentang
masalah.
15) Negara-negara perlu berkongsi pengetahuan dan teknologi inovatif untuk mencapai
matlamat kelestarian.
16) Penyertaan wanita sepenuhnya adalah penting untuk mencapai pembangunan lestari.
Kreativiti, cita-cita dan keberanian pemuda dan pengetahuan orang asli juga diperlukan.
Negara harus mengiktiraf dan menyokong identiti, budaya dan minat orang asli.
17) Peperangan memang merosakkan pembangunan lestari, dan negara-negara hendaklah
menghormati undang-undang antarabangsa yang melindungi alam sekitar berkaitan
konflik bersenjata, dan hendaklah bekerjasama dalam penubuhan lanjut.
18) Keamanan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar adalah saling bergantung
antara satu sama lain dan tidak boleh dibahagikan.

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang disenaraikan di atas, dapatlah dikategorikan prinsip
Pembangunan Lestari berdasarkan lima tema iaitu Hidup dalam Had Persekitaran, Mencapai
Kelestarian Ekonomi, Menggalakkan Govenan yang Baik, Menggunakan Sains Secara
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 205
Bertanggungjawab dan Memastikan Masyarakat yang Kuat, Sihat dan Adil sebagaimana
yang digambarkan dalam Rajah 11.2.


Rajah 11.2: Prinsip-prinsip Pembangunan Lestari


Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

Dapatkah anda beri definisi Pembangunan Lestari?
Apakah objektif utama Pembangunan Lestari?
Sebutkan lima tema utama Pembangunan Lestari.












Hidup dalam Had
Persekitaran
Menggalakkan
Govenan yang
Baik
Menggunakan
Sains Secara
Bertanggungjawab
Mencapai
Kelestarian
Ekonomi
Memastikan
Masyarakat yang
Kuat, Sihat dan Adil
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 206
PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI

endidikan bermaksud segala bentuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran
termasuklah pendidikan formal, kesedaran awam dan latihan merupakan satu proses
di mana masyarakat dan manusia secara umumnya boleh mencapai potensi mereka
secara keseluruhan. Pendidikan adalah penting untuk menggalakkan pembangunan
lestari dan meningkatkan keupayaan rakyat untuk menangani isu-isu alam sekitar dan
pembangunan. Kenyataan Agenda 21 menyebut: "... tiada yang kurang daripada orientasi
semula yang lengkap dalam pendidikan untuk pembangunan lestari."

Memahami jenis pendidikan yang perlu untuk menyokong langkah bagi mewujudkan
masyarakat yang lebih lestari bukanlah tugas yang mudah. Penjagaan bumi yang baik
menerangkan pendidikan untuk kelestarian sebagai satu proses yang:

a) membolehkan orang ramai untuk memahami saling bergantung semua kehidupan, dan
akibat daripada tindakan dan keputusan mereka, sekarang dan pada masa akan datang,
di peringkat global serta juga tempatan;
b) meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ekonomi, politik, sosial, budaya,
teknologi dan tekanan alam sekitar yang menggalakkan atau menghalang
pembangunan lestari;
c) membangunkan kesedaran orang ramai, kecekapan, sikap dan nilai, yang
membolehkan mereka untuk terlibat secara berkesan dalam pembangunan lestari di
peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa, dan berusaha ke arah masa depan
yang lebih saksama dan lestari.

Untuk lebih berkesan, pendidikan alam sekitar dan pendidikan pembangunan harus
menitikberatkan tentang kedinamikan kedua-dua, persekitaran fizikal, biologi serta sosio-
ekonomi dan pembangunan manusia. Ianya harus disepadukan dalam semua bidang, dan
harus menggunakan kaedah formal dan tidak formal dan cara-cara komunikasi berkesan.

Pendidikan lestari perlu menyentuh beberapa konsep iaitu:

a) kefahaman tentang saling bergantung sistem utama: seperti hubungan antara manusia
dan alam sekitar, keperluan untuk sistem semula jadi, sosial dan ekonomi yang lestari
untuk menjamin pembangunan yang lestari;
b) kefahaman mengenai keperluan dan hak generasi akan datang: misalnya warisan masa
lalu yang berkaitan dengan tahap semasa kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar;
c) pemahaman nilai kepelbagaian: sebagai contoh, punca-punca bagi kehilangan
kepelbagaian dan keperluan mendesak untuk melindungi biodiversiti;
d) kefahaman mengenai kualiti hidup, ekuiti dan keadilan isu-isu yang berkaitan dengan
proses pembangunan yang berterusan: seperti sebab-sebab dan kesan-kesan
ketidaksamaan, pengecualian dan ketidakadilan di dalam dan di antara masyarakat;
e) kesedaran tentang muatan pembawa bumi: sumber utama, yang berharga kepada
orang ramai yang kini sedang berkurangan atau lenyap;
P
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 207
f) menghargai keperluan untuk langkah berjaga-jaga: ciri yang tidak menentu tentang
pengetahuan berhubung dengan pembangunan lestari.

Walaupun pendidikan asas merupakan perkara dasar asas bagi mana-mana pendidikan alam
sekitar dan pembangunan, namun pendidikan pembangunan perlu diwujudkan sebagai satu
bahagian penting dalam pembelajaran. Kedua-dua pendidikan rasmi dan tidak rasmi adalah
penting untuk mengubah sikap orang ramai supaya mereka mempunyai keupayaan untuk
menilai dan menangani kebimbangan tentang pembangunan lestari. Ia juga penting untuk
mencapai kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku secara
konsisten dengan pembangunan lestari dan penyertaan awam yang efektif dalam membuat
keputusan.


SOKONGAN MASYARAKAT ANTARABANGSA TERHADAP
PEMBANGUNAN LESTARI

erdapat banyak persidangan Antarabangsa yang telah mendapat persetujuan negara-
negara dunia. Kebanyakan daripada persidangan ini adalah berkaitan untuk
memelihara alam sekitar. Namun begitu hanya dua persidangan sahaja yang
dibincangkan di sini iaitu Persidangan Iklim Antarabangsa Durban (COP17) dan
Persidangan Rio+20.

PERSIDANGAN IKLIM ANTARABANGSA DURBAN (COP17)

Persidangan Conference of Parties (COP17) telah dianjurkan oleh United Nations Framework
Convention on Climate Change (UNFCCC) telah diadakan di Durban, Afrika Selatan pada 28
November hingga 9 Disember 2011. UNFCCC adalah perjanjian antarabangsa yang telah
disahkan dan diterima pakai oleh 193 negara untuk mengawal pelepasan gas rumah hijau yang
menyebabkan perubahan iklim. Antara lima pengeluar gas rumah hijau yang tertinggi adalah
China (22.30%), Amerika Syarikat (19.91%), diikuti dengan India (5.5%), Rusia (5.24%) dan
Jepun (4.28%). Contohnya, pada tahun 2008 sebanyak 24 bilion tan gas rumah hijau telah
dilepaskan di seluruh dunia.

Antara tujuan utama persidangan tersebut diadakan ialah pertama, untuk menyediakan pakej
komprehensif untuk membantu negara membangun menyesuaikan diri dengan perubahan
cuaca dan menghadkan pertumbuhan pelepasan gas rumah hijau. Kedua, adalah untuk
mewujudkan satu rangka bagaimana negara-negara boleh bekerjasama untuk menghadkan
kenaikan suhu global, justeru mengelak kesan buruk perubahan iklim global. Ketiga, ialah
memanjangkan tempoh komitmen Protokol Kyoto hingga tahun 2015. Serta yang keempat,
ialah untuk membincangkan Dana Iklim Hijau (Green Climate Fund) yang dikemukakan dalam
Perjanjian Copenhagen.


T
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 208
Terdapat percanggahan di antara tujuan ketiga dan keempat dalam
persidangan ini. Bolehkah anda kenalpasti apakah percanggahan tersebut?


PERSIDANGAN RIO+20

Persidangan ini secara rasminya adalah Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
tentang Pembangunan Lestari tetapi ia lebih dikenali sebagai Persidangan Rio+20. Ini kerana
pada tahun 1992 pembesar-pembesar negara dari seluruh dunia telah berkumpul di Rio de
Janeiro untuk Earth Summit yang pertama. Hasil daripada perjumpaan tersebut negara-negara
terbabit bersetuju untuk menangani perubahan iklim dan masalah alam sekitar yang utama.
Pada tahun 2012 pula diadakan pertemuan yang kedua juga di Rio de Janeiro selepas 20
tahun, maka itulah ia dikenali sebagai Persidangan Rio+20.

Terdapat sepuluh isu yang dijadikan keutamaan dalam persidangan tersebut iaitu penebangan
hutan, populasi yang berlebihan, spesies terancam, perubahan iklim, kelaparan di seluruh
dunia, kekurangan air, kemiskinan global, tenaga diperbaharui, lautan dan pencemaran udara.

Hasil dari persidangan ini, perkataan yang dilagukan ialah Ekonomi Hijau. Konsep ekonomi
hijau diketengahkan untuk membawa pertumbuhan dan pembangunan secara lestari,
mewujudkan kesaksamaan sosial dan kesihatan tanpa memberi kesan kepada keseimbangan
alam sekitar dan ekologi.

Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 berdasarkan Program
Transformasi Ekonomi (ETP) boleh memberi kesan apabila rakyat Malaysia dengan pelbagai
aktiviti mungkin menjana jejak karbon tetapi tidaklah memberi kesan yang lebih besar
berbanding negara yang lebih maju terutamanya jika dibandingkan secara per kapita. Bagi
tahun 2009, pembebasan gas CO
2
adalah sebanyak 194.48 tan yang meletakkan Malaysia di
tempat ke 27 bagi pengeluar gas CO
2
. Manakala dari aspek pengeluaran per kapita ialah 7.32
pembebasan yang meletakkan Malaysia di tempat ke 61 bagi pengeluar gas CO
2
(UNSD,
2009).

Oleh itu lebih banyak kempen dan pendidikan perlu diberikan kepada rakyat Malaysia tentang
kesan yang mereka kenakan kepada bumi hasil daripada perbuatan mereka, lebih-lebih lagi
untuk menjadi rakyat di sebuah negara maju.








A
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 209
KOMITMEN MALAYSIA DALAM MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN
LESTARI

alaysia telah terlibat secara langsung dan tidak langung dalam aktiviti yang
menyokong pembangunan lestari sejak tahun 1970-an lagi. Antaranya adalah
Malaysia terlibat dalam Konvensyen Antarabangsa terutamanya yang melibatkan
alam sekitar. Jadual 11.1 menunjukkan penglibatan Malaysia di peringkat
antarabangsa.

Jadual 11.1: Konvensyen Antarabangsa yang Malaysia turut terlibat

Konvensyen Antarabangsa

Tahun
dikuatkuasa
Malaysia

Ditandatangan


Diratifikasi
1973 Konvensyen mengenai Perdagangan Antarabangsa
Spesies Flora dan Fauna Liar yang Terancam (CITES)

1975

1977

1978
1982 Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut
(UNCLOS)
1994 1982 1996
1992 Konvensyen mengenai Kepelbagaian Biologi (CBD) 1993 1992 1994
2000 Protokol mengenai Keselamatan Biologi Cartagena
kepada Konvensyen Mengenai Kepelbagaian Biologi
(Protokol Keselamatan Biologi)

2003

2000

2003
1992 Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai
Perubahan Iklim (UNFCCC)
1994 1993 1994
1997 Protokol Kyoto kepada Rangka Kerja PBB
mengenai Perubahan Iklim
- 1999 2002
1983 Perjanjian Balak Tropikal Antarabangsa (ITTA) 1994 1994 1995
1971 Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan
Antabangsa Sebagai Habitat Burung / Itik Air (RAMSAR)

1975

1994

1995
1985 Konvensyen Vienna untuk Perlindungan Lapisan
Ozon
1988 - 1989
1987 Protokol Montreal mengenai Bahan-bahan yang
Menipiskan Lapisan Ozon
1987 - 1989
1972 Konvensyen mengenai Perlindungan Warisan
Budaya dan Warisan Asli
1975 - 1988
1989 Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan
Antara Sempadan Sisa Berbahaya dan Pembuangannya

1992

1993

1993
1998 Konvensyen Rotterdam mengenai Prosedur
dimaklumkan Lebih Awal bagi Bahan Kimia dan Racun
Perosak Berbahaya dalam Perdagangan Antarabangsa
(PIC)

-

-

2002
Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu terhadap
Jenayah Transnasional (Wanita)
2002 - -
Konvensyen Hak Kanak-kanak - - 1995
Sumber: Laman Web Treaty
M
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 210
Pembangunan lestari perlu difahami dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Ini
bukan sekadar difahami dalam pendidikan formal seperti di sekolah, kolej atau institusi
pengajian tinggi namun ia perlu difahami dan dihayati di segenap lapisan masyarakat. Institusi
swasta juga boleh terlibat dalam hal ini termasuklah sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat
Sosial (CSR) mereka.

Agensi kerajaan seperi Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perlindungan Haiwan Liar
(PERHILITAN), Jabatan Perhutanan Malaysia dan banyak jabatan lain sering mengadakan
road-show, membuka ruang pameran untuk mendidik masyarakat tentang apa yang dilakukan
oleh mereka dan ini merupakan sebahagian daripada Pendidikan untuk Pembangunan lestari.
Rajah 11.3 menunjukkan aktiviti penerangan kepada orang ramai.



Rajah 11.3: Seorang kakitangan PERHILITAN sedang menerangkan tentang haiwan liar


PEMBERSIHAN TAMAN LAUT SABAH

Pada 6 hingga 13 April 2013 syarikat penyiaran Astro telah melakukan CSR dengan
menjalankan pembersihan di Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu, Sabah yang
juga sebahagian daripada program Beautiful Malaysia. Program ini merupakan satu aktiviti yang
menyokong pembangunan lestari. Ia bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai pemuliharaan
marin yang menjadi habitat kepada hidupan laut. Pembersihan ini merangkumi pembersihan
dasar laut terpanjang yang dijalankan secara berterusan selama 168 jam di 14 tapak menyelam
yang mencatat Guinness World Records.

U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 211
Program ini melibatkan 134 orang penyelam dasar laut yang menyertai program ini secara
sukarela, bersama kakitangan Astro Kasih. Para penyelam sukarelawan dari Malaysia serta
Perancis, Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Lithuania, Switzerland,
Hong Kong dan Belanda telah berjaya membuat sebanyak 1120 selaman (Rajah 11.4) di 224
lokasi selaman dan berjaya mengumpulkan sebanyak 3 tan serpihan marin termasuklah botol
dan beg plastik, tali pancing, jala, tin kosong dan tayar di sepanjang 26 kilometer.


Sumber: http://www.budiey.com/astro-lakar-sejarah-dunia-di-sabah/

Rajah 11.4: Penyelam sedang membersihkan dasar laut di Taman Marin di Sabah

Pada tahun 2011, program CSR Astro Kasih, Beautiful Malaysia, berjaya memecahkan rekod
Malaysia Book of Records dengan memindahkan 777 batu karang di Ribbon Reef, Taman
Laut Tun Sakaran di negeri Sabah. Berikutan kejayaan tersebut, Astro Kasih mewujudkan
kesedaran mengenai pemuliharaan kehidupan dan persekitaran marin melalui aktiviti
pembersihan dasar laut terpanjang pada tahun 2013 ini.

Setiap tahun, serpihan-serpihan marin, termasuk sisa-sisa toksik, sampah-sarap atau bahan-
bahan lain yang berbahaya hanyut ke pantai dan kawasan lautan terpencil di serata dunia.
Serpihan-serpihan marin ini turut merosakkan batu di dasar laut serta membunuh ribuan burung
serta pelbagai kehidupan marin lain. Oleh itu, pemuliharaan alam sekitar merupakan usaha
dan tanggungjawab bersama setiap individu, dan bukan hanya perlu dipikul oleh organisasi
tertentu atau kumpulan pemuliharaan sahaja.





U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 212
PENANAMAN POKOK GAHARU

Pokok gaharu atau juga dipanggil pokok karas serta nama saintifiknya Aquilaria malaccensis
merupakan pokok yang dikenali di seluruh dunia kerana ia mampu memberi sumber ekonomi
tinggi. Kayu dan minyak gaharu mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat permintaan yang
tinggi terutamanya dari Timur Tengah. Pokok-pokok ini biasanya diperolehi daripada sumber
semulajadi dan menyebabkan spesies ini diancam kepupusan.

Tesco Store (M) Sdn. Bhd mengambil inisiatif untuk menggalakkan penanaman pokok gaharu
dengan merealisasikannya hasil daripada kutipan pembelian beg plastik berharga RM 0.20
pada setiap hari Sabtu. Program penanaman gaharu ini juga membawa satu titik sejarah
kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila Tesco Store (M) Sdn. Bhd, UPSI dan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menandatangani memorandum perjanjian untuk
menanam 25,000 batang pokok gaharu di 10 hektar tanah UPSI. Ini merupakan satu daripada
program CSR Tesco Store (M) Sdn. Bhd yang telahpun dijalankan dengan masyarakat serta
agensi lain. Namun program seumpama ini tidak pernah dijalankan bersama Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) dan UPSI merupakan IPT pertama yang terlibat dalam program ini. Program ini
bertujuan untuk melestarikan kemandirian spesies ini dan menggalakkan penyelidikan terhadap
spesies Aquilaria malaccensis dan hasil-hasilnya. Rajah 11.5 menunjukkan larian alam sekitar
sempena perjanjian ini.



Rajah 11.5: Larian alam sekitar di Universiti Pendidikan Sultan Idris



U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 213
Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan untuk pembangunan lestari?
Sebutkan dua konvensyen yang diadakan untuk merealisasikan pembangunan lestari.
Selain daripada dua contoh yang diberikan, namakan dua lagi program yang terdapat di
Malaysia yang menyokong pelaksanaan pembangunan lestari.

Pilih satu program yang boleh anda jalankan di sekolah sebagai satu usaha untuk
pendidikan pembangunan lestari. Tuliskan tiga objektif bagi program tersebut.
_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Baiklah, di dalam Unit Pelajaran 11 ini anda telah didedahkan kepada konsep pembangunan
lestari dan perbincangan tentang pendidikan untuk pembangunan lestari. Selain itu
pelaksanaan tentang pembangunan lestari juga turut dibincangkan.

Anda telah mengikuti 11 Unit Pembelajaran. Cuba sepadukan pengetahuan dalam
sepuluh unit pelajaran yang lalu dengan unit ini. Dapatkah anda memberi gambaran
keseluruhan dan mengaitkannya dengan pembangunan lestari. Selamat berjaya!






















U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 214
RINGKASAN

1. Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa
menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka
sendiri.
2. Pembangunan lestari dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang bagi mencapai
kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi
kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan generasi
pada masa hadapan.
3. Suruhanjaya Brundtland mengutarakan kebimbangan tentang kemerosotan persekitaran
manusia dan sumber asli secara serta merta dan kesannya terhadap pembangunan
ekonomi dan sosial membawa kepada kewujudan konsep pembangunan lestari.
4. Objektif utama pembangunan lestari ialah untuk menjamin pembangunan ekonomi,
kesaksamaan dan keadilan sosial, dan perlindungan alam sekitar.
5. Deklarasi Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan merangka definisi dengan
menyenaraikan 18 prinsip kelestarian.
6. Prinsip Pembangunan Lestari dikategorikan berdasarkan lima tema iaitu Hidup dalam
Had Persekitaran, Mencapai Kelestarian Ekonomi, Menggalakkan Govenan yang Baik,
Menggunakan Sains Secara Bertanggungjawab dan Memastikan Masyarakat yang
Kuat, Sihat dan Adil.
7. Pendidikan untuk pembangunan lestari adalah penting untuk menggalakkan
pembangunan lestari dan meningkatkan keupayaan rakyat untuk menangani isu-isu
alam sekitar dan pembangunan. Ia menggabungkan tiga komponen utama iaitu alam
sekitar, ekonomi dan sosial.
8. Persidangan Iklim Antarabangsa Durban (COP17) telah diadakan di Durban, Afrika
Selatan pada 28 November hingga 9 Disember 2011 menangani masalah pelepasan
gas rumah hijau yang menyebabkan perubahan iklim.
9. Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Persidangan Rio+20 bertujuan
untuk menangani perubahan iklim dan masalah alam sekitar yang utama.
10. Banyak agensi dan syarikat swasta bersama-sama menyokong pelaksanaan
pembangunan lestari. Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) adalah salah satu
daripadanya.








U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 215
PETA KONSEP



KATA KUNCI

Pembangunan lestari Integrasi Demografi
Pembanguan mampan Pertumbuhan kewangan Liabiliti
Laporan bruntland Perkhidmatan Inovatif
Ekonomi Kualiti hidup Govenan
Sosial Pembanguna ekonomi Pembangunan untuk pendidikan lestari
Alam sekitar Kesaksamaan Biodiversiti
Kesejahteraan Keadilan sosial Ekuiti
Generasi Perlindungan alam sekitar Cop17
Kadar pembangunan Kemiskinan Rio+20
Sihat Produktif Tanggungjawab korporat sosial
Makmur Eksploitasi Pemuliharaan
Stabil Integriti Kepupusan

Komitmen
Malaysia

Konvensyen
Antarabangsa

Pendidikan untuk
Pembangunan
Lestari

Prinsip

Objektif

PEMBANGUNAN
LESTARI
U n i t P e l a j a r a n 1 1 : P e m b a n g u n a n L e s t a r i | 216
PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan konsep pembangunan lestari.

2. Bagaimanakah pendidikan untuk pembangunan lestari boleh dilaksanakan?

3. Apakah komitmen yang dapat diberikan untuk menjayakan pembanguan lestari di
peringkat sekolah?



RUJUKAN

Cunningham, W. P. & Cunningham, M.A. (2008). Principles of Environmental Science: Inquiry
and Applications.

Manitoba Spirited Energy. (2013). Sustainable Resource and Policy Management. http://www.
gov. mb.ca/conservation/susresmb/principles-susdev/ diakses pada 16 April 2013

Sahabat Alam Malaysia. (2007). Krisis Alam Sekitar Malaysia. Sahabat Alam Malaysia. Pulau
Pinang.

Time Inc (2013). Priorities for the Planet http://www.time.com/time/specials/packages/article/
0,28804,2117500_2117502,00.html diakses pada 1 Mei 2013

UNEP (2013). Priniples of Sustainable Development. http://www.unep.
org/training/programmes/Instructor%20Version/Part_1/readings/Principles_%20of_Sustain
able_Development.pdf diakses pada 16 April 2013

UNSD (2009). UNSD Millenium Developent Goals Indicators database.


JAWAPAN

Terdapat percanggahan dalam komitmen tempoh kedua Protokol Kyoto dan
pelancaran Dana Iklim Hijau. Negara membangun menuntut negara maju berjanji
untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan melncarkan Dana Iklim Hijau
secepat mungkin. Namun begitu negara maju seperti Amerika Syarikat bersikap
negatif dan berdalih untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

A

You might also like