You are on page 1of 6

0

FUTSAL PRASEKOLAH
__________________________________________________________________

1. Pengenalan
1.1 Pertandingan Futsal Prasekolah diharap dapat memupuk semangat kesukanan yang
tinggi dalam kalangan murid-murid prasekolah.
1.2 Kejohanan ini merupakan kesinambungan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk melahirkan modal insan yang cergas dan cerdas dan mampu berdaya saing
dalam persada dunia global.
2. Objektif
2.1. Mencungkil potensi murid-murid prasekolah dalam sukan futsal seterusnya memberi
ruang dan peluang kepada mereka untuk memperkembangkan potensi tersebut ke
peringkat yang lebih tinggi.
2.2. Mewujudkan semangat kesukanan, setiakawan dan persaingan secara sihat antara
murid-murid prasekolah.
2.3. Membudayakan sukan dalam kalangan murid prasekolah.

3. Syarat Pertandingan
3.1. Hanya satu kategori sahaja akan dipertandingkan iaitu untuk murid-murid prasekolah
yang berumur dalam lingkungan lima dan enam tahun.
3.2. Setiap pasukan perlu mempunyai lima (5) pemain di dalam gelanggang tidak
termasuk pemain simpanan.
3.3. Pertandingan akan dilaksanakan dalam bentuk liga kumpulan.
3.4. Masa untuk setiap permainan 5 : 3 : 5 ( 13 minit).
3.5. Jika terdapat persamaan mata bagi liga dalam kumpulan maka perbezaan jaringan
akan diambil kira untuk menentukan pemenang.
3.6. Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan suku akhir.
3.7. Pusingan suku akhir dan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
3.8. Sekiranya keputusan seri dalam pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir maka
sepakan penalti sebanyak 3 kali akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

1

3.9. Sekiranya masih seri maka sepakan penalti akan diambil sehingga ada pemenang.
3.10. Sebarang bantahan berkaitan teknikal sahaja boleh dibuat dan hendaklah secara
bertulis dalam masa 15 minit selepas tamat perlawanan kepada Jawatan Kuasa
Penganjur beserta wang bantahan sebanyak RM100. Wang bantahan akan
dikembalikan sekiranya pihak juri mendapati ia mempunyai asas bantahan yang
kukuh dan boleh diterima.Sekiranya bantahan tersebut ditolak oleh pihak juri maka
wang bantahan tersebut tidak akan dikembalikan.
3.11. Juri rayuan adalah terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan dua
pengurus pasukan berkecuali.
3.12. Pihak Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak
dinyatakan secara jelas dalam peraturan-peraturan yang digunapakai untuk
pertandingan ini dan keputusannya adalah muktamad.

4. Pengurusan Pasukan
4.1. Setiap pasukan mesti bersedia di tepi gelanggang 5 minit sebelum perlawanan
bermula.
4.2. Pasukan yang gagal melapor diri selepas 3 minit waktu perlawanan dianggap tewas
dalam perlawanan tersebut dan kemenangan diberikan pada pasukan lawan dengan
jaringan 3-0 dengan 3 mata.

5. Ukuran Padang Dan Alatan
5.1. Saiz padang : 15m x 25m
5.2. Tiang Gol : Gol Bola Baling (2m tinggi x 3m lebar)
5.3. Saiz Bola : 4
5.4. Jenis Bola : Bola Futsal

6. Pakaian Pemain
6.1. Setiap pasukan mestilah memakai jersi yang seragam dan bernombor.
6.2. Penjaga gol hendaklah memakai pakaian yang berbeza dengan kedua-dua pasukan.
6.3. Setiap pasukan hendaklah membawa dua set jersi yang berlainan warna.
2

6.4. Sekiranya terdapat persamaan jersi, maka pasukan tuan rumah (yang disebut dahulu)
hendaklah menukarkannya.

7. Memulakan Permainan
7.1. Semua pemulaan permainan termasuk selepas jaringan gol dan selepas separuh masa
dimulakan di bahagian tengah padang.
7.2. Jaringan gol secara terus boleh dibuat selepas hantaran pertama sepak mula
dilakukan.
7.3. Semua pemain lawan hendaklah berada di luar bulatan semasa sepak mula dilakukan.

8. Semasa Permainan
8.1. Penjaga gol hanya dibenarkan membuat lontaran sahaja ketika berada dalam
kawasan gol.
8.2. Bola perlu diletakkan di atas garisan ketika sepakan ke dalam dilakukan.
8.3. Jaringan gol secara terus tidak dikira jika tiada sentuhan dari mana-mana pemain
ketika sepakan ke dalam dilakukan.















3

JADUAL PERTANDINGAN (BAGI 16 PASUKAN)
BIL MASA PERLAWANAN GELANGGANG
1 8.00 PAGI A1 LWN A2 A
2 8.00 PAGI B1 LWN B2 B
3 8.15 PAGI C1 LWN C2 A
4 8.15 PAGI D1 LWN D2 B
5 8.30 PAGI A3 LWN A4 A
6 8.30 PAGI B3 LWN B4 B
7 8.45 PAGI C3 LWN C4 A
8 8.45 PAGI D3 LWN D4 B
9 9.00 PAGI A1 LWN A3 A
10 9.00 PAGI B1 LWN B3 B
11 9.15 PAGI C1 LWN C3 A
12 9.15 PAGI D1 LWN D3 B
13 9.30 PAGI A2 LWN A4 A
14 9.30 PAGI B2 LWN B4 B
15 9.45 PAGI C2 LWN C4 A
16 9.45 PAGI D2 LWN D4 B
17 10.00 PAGI A1 LWN A4 A
18 10.00 PAGI B1 LWN B4 B
19 10.15 PAGI C1 LWN C4 A
20 10.15 PAGI D1 LWN D4 B
21 10.30 PAGI A2 LWN A3 A
22 10.30 PAGI B2 LWN B3 B
23 10.45 PAGI C2 LWN C3 A
24 10.45 PAGI D2 LWN D3 B

REHAT
11.00 A.M 3.45 P.M

4

25 4.00 PETANG Q1 LWN Q2 B
26 4.00 PETANG Q3 LWN Q4 A
27 4.15 PETANG Q5 LWN Q6 B
28 4.15 PETANG Q7 LWN Q8 A
29 4.45 PETANG S1 LWN S2 B
30 4.45 PETANG S3 LWN S4 A
31 5.15 PETANG TEMPAT 3 DAN 4 A
32 5.30 PETANG AKHIR A























5

SCORE SHEET
KUMPULAN A
PASUKAN A1 A2 A3 A4 JARINGAN BOLOS MATA
A1
A2
A3
A4

KUMPULAN B
PASUKAN B1 B2 B3 B4 JARINGAN BOLOS MATA
B1
B2
B3
B4

KUMPULAN C
PASUKAN C1 C2 C3 C4 JARINGAN BOLOS MATA
C1
C2
C3
C4

KUMPULAN D
PASUKAN D1 D2 D3 D4 JARINGAN BOLOS MATA
D1
D2
D3
D4

You might also like