You are on page 1of 1

:

Budaya pemakanan punca obesiti


2011/04/28 - 06:57:14 AMCetakEmel Kawan
JANGANLAH nasi lemak dipersalahkan gara-gara semakin ramai pelajar sekolah mengalami obesiti.
Saya bersetuju dengan majoriti masyarakat yang berpendapat nasi lemak bukanlah penyumbang
utama kepada obesiti dalam kalangan murid sekolah.

Sebenarnya yang salah dan penyumbang utama kepada menularnya gejala obesiti dalam kalangan
murid sekolah ialah budaya pemakanan masyarakat Malaysia terutama budaya makan malam
seperti makan lewat malam di restoran 24 jam dan restoran makanan segera.
Mengikut beberapa jurnal pemakanan terkemuka, jumlah kalori yang dihasilkan oleh nasi lemak
hanyalah 400, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan murtabak (722 kalori), mee/bihun
goreng (510 kalori), kuey teow goreng (743 kalori), nasi goreng biasa (637 kalori), nasi campur (620
kalori), nasi claypot (898 kalori) dan banyak lagi.


Nasi lemak bagaimanapun boleh dikurangkan lagi kalorinya jika penggunaan santan dikurangkan
atau ditukar kepada susu.

Idea menyaring nasi lemak di sekolah adalah sesuatu yang aneh kerana dalam pada kita asyik
berkempen bagi mempopularkan nasi lemak kepada pelancong dan masyarakat di luar negara
sebagai satu tarikan yang istimewa di negara ini, mengapa pula Kementerian Pelajaran hendak
membunuh kredibiliti nasi lemak.

Sebenarnya banyak faktor lain yang turut menumbang kepada obesiti dalam kalangan murid sekolah
seperti permainan dalam talian, laman sembang sosial, sikap ibu bapa, saluran televisyen berbayar,
restoran makanan segera.

NORHISYAM MOHAMAD, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

You might also like