You are on page 1of 2

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur.

Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik


sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan
atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan
pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi
dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari
sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.



i) Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur
ii) Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan dalam aktiviti.
iii) Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan secara didik hibur.



i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada
unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru.
iii) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.
iv) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan.
v) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
vi) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya
wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
vii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal
APA ITU DIDIK HIBUR?
OBJEKTIF DIDIK HIBUR
CIRI-CIRI DIDIK HIBUR
untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
viii) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.
ix) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.



Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan
berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan.
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran
bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran
dan pembelajaran, iaitu:
i) Pelbagai bidang ilmu serta tema,
ii) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,
iii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai bidang ilmu
serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan ilmu melalui
pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di
sekolah rendah dan menengah.




BENGKEL DIDIK HIBUR
SENI BAHASA DAN SASTERA
DALAM PENDIDIKAN
PEMULIHAN
TAHUN 2014

BAGAIMANA PELAKSANAANNYA?

You might also like