You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN RANGGU

PETI SURAT 842


91008 TAWAU, SABAH


KERTAS KERJA
AKTIVITI TERAPI SENI MENGENAL HURUF VOKAL
UNTUK MURID PEMULIHAN

16, 17, 23 dan 24 JULAI 2014

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)
PISMP PEMULIHAN AMBILAN JANUARI 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU


DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH
AFIFAH BINTI ABDULLAH @ ABAS
PELAJAR PISMP PEMULIHAN AMBILAN JANUARI 2011




1.0 TAJUK

Aktiviti Terapi Seni Mengenal Huruf Vokal Untuk Murid Pemulihan.


2.0 PENDAHULUAN

Dalam konteks pendidikan, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk
membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran-kemahiran yang tertentu. Salah satu terapi dalam pendidikan adalah
Terapi Seni. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang
menggunakan media warna, kapur, pensel dan marker diintegrasikan dengan terapi
psikoterapiutik dan teknik proses kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk
melaksanakan Terapi Seni. Contohnya, lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,
gosokan, resis, gurisan, percikan, stensilan, mozek, gambar, seni pahat ataupun
bahan seni yang dicipta dari tanah liat. Terapi Seni ini dapat diterapkan atau
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat dan
motivasi murid-murid untuk belajar. Oleh itu, terapi ini akan dilaksanakan dalam 4
sesi pengajaran untuk murid pemulihan. Pendekatan Terapi Seni yang dipilih adalah
bahan seni yang dicipta dari tanah liat (doh), montaj, cetakan dan lukisan yang
dilihat bersesuaian dengan kemahiran yang ingin dikuasai oleh murid.


3.0 MATLAMAT

Mengendalikan terapi seni kepada murid pemulihan sebagai salah satu teknik untuk
meningkatkan kemahiran murid mengenal bentuk dan bunyi huruf-huruf vokal.









4.0 OBJEKTIF

Dalam menjalankan projek ini, beberapa objektif telah ditetapkan :-
Meningkatkan minat murid untuk belajar dalam suasana pembelajaran yang
berkesan.
Mewujudkan interaksi positif antara guru dan murid dalam proses
pembelajaran.
Membantu murid meningkatkan kemahiran mengecam dan mengingat abjad
huruf vokal melalui aktiviti seni.


5.0 ANJURAN

Projek ini dikelolakan oleh guru praktikum SK Ranggu, Tawau.


6.0 SASARAN

Murid pemulihan khas SK Ranggu, Tawau.


7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 16, 17, 23 dan 24 Julai 2014
Masa : 10.00 11.00 am
Tempat : Bilik Mutiara (Bilik Pemulihan), Sekolah Kebangsaan Ranggu, Tawau.











8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penaung
En. Awangku Tahir Bin PG. Assim
Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Ranggu, Tawau

Naib Penaung
Pn. Hjh Norsiah Binti Hj. Abu Bakar

Penyelaras
Pn. Hjh Rosmilah Bt. Hj Lancho



9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi
Afifah Binti Abdullah @ Abas

Mentor
Pn. Hjh Rosmilah Bt. Hj Lancho

Setiausaha
Afifah Binti Abdullah @ Abas

AJK. Dokumentasi
Denensse Johannes







10.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan
01. Doh Huruf 16 Julai 2014 Membentuk huruf
menggunakan doh
berwarna.

02. Cetakan 17 Julai 2014 Menekap permukaan plat
cetakan huruf menggunakan
warna air di atas permukaan
kertas lukisan untuk
membentuk susunan corak
pilihan.

03. Montaj 23 Julai 2014 Menggunakan potongan
gambar dari pelbagai sumber
atau sumber yang sama
untuk menimbulkan mesej-
mesej tertentu dengan
menyelitkan bentuk-bentuk
berunsur huruf.

04

Lukisan 24 Julai 2014 Melukis satu panorama
persekitaran yang
mempunyai bentuk objek
menyerupai huruf vokal yang
dipelajari.








11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Unit Kos RM Jumlah RM

1

Tepung Gandum

1 kg

RM 2.80

RM 2.80

2

Warna Air

1 set

RM 5.00

RM 5.00

3

Berus Warna

2

RM 1.00

RM 2.00

4

Kertas Lukisan

4 keping

RM 4.00

RM 4.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 13.80





12.0 PENUTUP

Penerapan Terapi Seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran diharap dapat
mencapai objektif yang telah dirancang. Selain menyediakan aktiviti seni ekspresif,
aktiviti yang dirancang ini juga menyediakan ruang untuk murid bermain sambil belajar.
Situasi ini dapat meningkatkan minat dan motivasi murid pemulihan untuk belajar kerana
mereka dapat mengalami pelbagai situasi dalam satu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Mereka bukan sahaja berinteraksi dengan unsur 2 Dimensi (2D), tetapi
juga dapat memanipulasikan unsur 3 Dimensi (3D) dan bahan maujud yang dapat
disentuh dan diubah mengikut kreativiti sendiri. Bertitik tolak daripada perkara tersebut,
penggunaan Terapi Seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran diharap dapat
diteruskan pada masa akan datang untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
menarik. Kesimpulannya, diharap aktiviti ini dapat memberi impak positif terhadap diri
murid, guru dan suasana pembelajaran di dalam kelas.



Disediakan Oleh,

__________________________
( AFIFAH BINTI ABDULLAH @ ABAS )
Setiausaha Projek Terapi Seni Murid Pemulihan,
Guru praktikum PISMP Pemulihan Ambilan Januari 2011,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau.

Disokong Oleh,

____________________________
T/tangan dan cop guru penyelaras




Disahkan Oleh,

______________________________________
T/tangan dan cop guru PK1




Diluluskan Oleh,

_______________________________
T/tangan dan cop GB/Pengetua

You might also like