You are on page 1of 15

PETROLEUM

Sifat & kegunaan pelbagai


pecahan petroleum
Petroleum dan Gas Asli

Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia
merupakan sumber asli hidrokarbon.

Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut
yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan
laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus
oleh sedimen .Pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan
oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi
akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul
apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas
asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya
terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat

Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang
boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan
berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang
berlainan.





PENYULINGAN
PETROLEUM



Hidrokarbon dalam petroleum
diasingkan melalui proses
penyulingan berperingkat. Semasa
penyulingan berperingkat , petroleum
dipanaskan dalam sebuah menara
pemeringkat . Hidrokarbon dengan
takat didih yang lebih rendah meruap
terlebih dahulu , naik ke bahagian
atas menara lalu dikondensasikan dan
diasingkan. Hidrokarbon dengan takat
didih yang lebih tinggi akan
terkumpul di bahagian bawah menara
dan dikondensasikan sebagai
cecair.Hidrokarbon (pecahan) dalam
petroleum dapat diasingkan kerana
setiap hidrokarbon mempunyai takat
didihnya tersendiri.
Proses peretakan digunakan untuk
memecahkan molekul hidrokarbon
yang besar kepada molekul
hidrokarbon yang kecil . Sebelum
setiap hidrokarbon dipasarkan ,
proses peretakan dan penulenan
dilakukan bagi menjamin mutu
pecahan tersebut.

Sifat Pecahan-Pecahan Petroleum
Yang Diperolehi
Makin rendah takat didih
pecahan petroleum itu
makin kurang likat
pecahan itu
makin cerah warnanya
makin mudah pecahan itu
terbakar
makin bersih nyalanya
( kurang berjelaga )
Makin tinggi takat didih
pecahan petroleum itu
makin likat pecahan itu
makin gelap warnanya
makin sukar pecahan itu
terbakar
makin berjelaga
nyalanya.

Pecahan Petroleum Kegunaan
Gas-gas petroleum Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk
memasak.
Petrol Digunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan
ringan.
Nafta Sumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik
dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut
Kerosin Digunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta
untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin )
Diesel Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti
bas , lori dan kereta api.
Minyak pelincir Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran
Parafin Digunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan
pencuci
Minyak Bahan Api Digunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan
stesen jana kuasa
SUMBANGAN
KEGIATAN EKONOMI
TERHADAP
PEMBANGUNAN
NEGARA
1) PELUANG
PEKERJAAN
-Sektor perkilangan menyediakan
paling banyak peluang
pekerjaan.
-Sektor perkhidmatan
menyediakan kedua banyak
pekerjaan.

2) PENINGKATAN
INFRASTUKTUR
-Pendapatan negara digunakan
dalam pembinaan kemudahan
pengangkutan dan
perhubungan.

3) PENINGKATAN
TARAF HIDUP
-Purata pendapatan purata
penduduk Malaysia semakin
tinggi.
-Kuasa beli penduduk meningkat.

4) PENGURANGAN
IMPORT
-Kemajuan dalam sektor pertanian
dapat mengurangkan import
makanan seperti beras dari luar
negara.
5) PEMINDAHAN
TEKNOLOGI
- Pemindahan teknologi merujuk
kepada pemindahan kemahiran,
kepakaran dan teknik melalui
proses pembelajaran, latihan,
pengalaman dan peniruan dari
sebuah negara ke negara lain.
-Kerjasama antara kerajaan
dengan syarikat asing telah
melatih pekerja separuh mahir.
-Pekerja tempatan juga dihantar
ke luar negara untuk belajar dan
mendapat latihan.
-Pakar dan buruh mahir dari luar
negara juga dijemput ke Malaysia.
-Pemindahan teknologi juga
melalui syarikat multinasional
seperti SHELL, DELL, SONY dan
lain-lain.
6) PROSES
PEMBANDARAN
-Perkembangan pertanian
menggalakkan pertambahan
pusat pengumpulan pertanian,
seperti Keningau (Sabah). Sibu
(Sarawak), Ringlet (Tanah Tinggi
Cameron) Bandar Tenggara
(Johor).
-Bandar Kerteh, Miri dan Bintulu
disebabkan oleh perlombongan
petroleum dan gas asli.
-Peratusan penduduk tinggal di
bandar semakin meningkat.
PENGGUNAAN YANG
CEKAP PETROLEUM &
SUMBER BAHAN API
SEMULA JADI YANG
LAIN


BAGI MEMASTIKAN BEKALAN MINYAK DAN GAS YANG MAMPAN,
USAHA AKAN DITERUSKAN BAGI MEMBANGUNKAN LAPANGAN
MINYAK KECIL DI LUAR PESISIR PANTAI SERTA KAWASAN LAUT DALAM
TERUTAMANYA DI SABAH DAN SARAWAK. USAHA BERTERUSAN AKAN
DIAMBIL BAGI MENARIK SYARIKAT MINYAK ANTARABANGSA UNTUK
MELABUR DALAM AKTIVITI CARI GALI.



MINYAK MENTAH
Gas Asli
Bagi mengalakkan lebih banyak penggunaan gas asli untuk kenderaan
(NGV) dalam sektor pengangkutan, 54 stesen bari NGV akan dibina
menjadikan keseluruhannya 94 pada akhir tempoh rancangan .
Langkah akan diambil untuk menggalakkan penggunaan NGV secara
lebih meluas termasuk membangunkan stesen NGV khusus, pakej
pembiayaan bagi pengubahsuaian kenderaan kepada NGV serta
mempergait program penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Arang Batu
Penggunaan arang batu bagi penjanaan elektrik dijangka mencapai
19.0 juta tan metrik dan kegunaan oleh industri 2.2 juta metrik
terutamanya berikutan daripada beropirasinya dua loji baru
berasaskan arang batu di Semenanjung Malaysia. Usaha akan
diteruskan untuk meningkatkan jaminan bekalan dengan meneroka
potensi untuk membangunkan sumber tempatan terutamanya di
Sarawak serta mendapatkan bekalan jangka hayat panjang dari luar
negara
SEKIAN TERIMA KASIH
THANKS FOR WACTHING

You might also like