You are on page 1of 2

“Cita-cita atau kemahuan adalah seperti beliung yang tajam,

dapat membuat jalan melalui hutan rimba.”

Charles Dickens

Namaku Nurul Husna yang membawa kepada maksud yang baik dan indah. Setelah 9 bulan
emak aku bersusah payah mengandungkan aku, maka pada tanggal 16 Februari 1991, aku selamat
dilahirkan. Ini bermakna pada tarikh 16 Februari 2009 yang lalu, genap lah usia aku 18 tahun. Aku
sekeluarga berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sepanjang penghidupan aku 18 tahun, aku dibesarkan
dalam suasana keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang walaupun kami berpendapatan
sederhana.

Ayahku bernama Tajuddin bin Abdul Rani dan sekarang ayah berkhidmat sebagai pembantu
perikanan di Jabatan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang. Walaupun ayah sudah menjangkau usia
52 tahun, tetapi ayah masih sihat dan cergas. Emakku yang tersayang pula bernama Normala binti
Md Desa. Emak berumur 45 tahun tetapi perwatakkan emak yang sentiasa ceria dan bersemangat
tinggi seperti menenggelamkan usianya yang sebenar. Tuntutan tugas emak yang bekerja sebagai
guru tabika, menjadikan hari-harinya dikelilingi dengan kanak-kanal comel dan membuatkan emak
sentiasa tampak muda dan ceria. “Mak bukan orang tua, tetapi orang lama” Kata emak kepada aku
tatkala aku mengusik emak dengan mengatakan bahawa emak sudah tua. Bederai ketawa aku
mendengar kata-kata emak. Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Seorang abang dan dua orang
adik perempuan yang manis. Abangku masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu dan dua
orang adikku masih bersekolah rendah di Penang.

Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Raja Perempuan Muzwin. Setelah
menamatkan persekolahan sekolah rendah dengan cemerlang, aku melanjutkan pelajaran di Sekolah
Menengah Raja Perempuan Kelsom. Tetapi rezeki aku sekeluarga tidak lagi di Perak apabila ketika
aku di tingkatan 4, kami sekeluarga berpindah ke Pulau Pinang. Ini adalah disebabkan ayahku diminta
bertukar kesana. Aku mengambil Peperiksaan Silil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Ara. Sekolah ini banyak mengajar aku tentang kehidupan, tentang sikap dan
jenis-jenis manusia. Benarlah kata orang, bahawa semakin jauh perjalanan, semakin luas
pemandangan dan semakin banyak perkara baru yang kita akan jumpa. Dalam menyiapkan diri bagi
menghadapi SPM, aku bertungkus lumus membuat latih tubi, mengemaskini nota-nota, belajar
berkumpulan dan lain-lain yang sewajarnya. Aku benar-benar berharap keputusan SPM aku kelak
bakal membuatkan emak dan ayahku tersenyum bangga mempunyai anak seperti aku sekaligus aku
dapat melanjutkan pelajaran didalam jurusan yang aku minati.

SPM sudah berlalu dan sambil menunggu keputusan diumumkan, aku hanya duduk dirumah
dengan membuat kerja-kerja rumah bagi meringankan kerja emak. Pernah aku suarakan pada emak,
bahawa aku mehu bekerja tetapi emak tidak mengizinkannya. Selain membuat kerja rumah, aku
menghidupkan semula hobiku yang sudah lama suram disebabkan aku sibuk menyiapkan diri untuk
SPM. Hobi yang aku maksudkan adalah melayari internet. Aku gemar ‘berblogging’. Banyak faedah
yang aku perolehi daripada hobi ini seperti membuat duit, dapat bertukar-tukar pendapat dan
banyak lagi.
Pada 12 Mac yang lalu, keputusan SPM telah diumumkan. Dan aku telah mendapat
keputusan yang bagi aku amat mendukacitkan. Aku menangis tiap kali mengenang masa depanku.
Kerana bagiku masa depanku sudah musnah hancur berkecai. Aku merasakan bahawa aku tidak layak
untuk diterima belajar dimana-mana pusat pengajian. Tetapi emak memainkan peranan yang sangat
besar bagi aku mempositifkan fikiran. Emak berkali kali berpesan supaya aku jangan cepat berputus
asa. Mungkin ini dugaan buat aku untuk memuhasabahkan diri – kita tidak akan sentiasa berada
diatas, tetapi suatu hari nanti kita akan merasa berada dibawah. Aku mula lebih mendekatkan diri
kepada Penciptaku yang selama ini aku lalai mengingati Dia. Setiap kali usai solat, aku berdoa supaya
Allah memberikan sinar harapan buat aku dan di dalam masa yang sama, aku berusaha memohon
mana-mana pusat pengajian yang selayaknya dengan keputusan SPM aku.

Tarikh keramat 23 Mac aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sains dan
Teknologi dalam jurusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah,
sesungguhnya aku amat bersyukur dengan rezeki yang telah Kau berikan. Aku memang meminati
bidang perubatan setara dengan kehendak orang tuaku yang mahukan aku bekerja dalam sektor ini.
Peluang terbaik ini tidak akan aku lepaskan. Aku berjanji pada diri sendiri demi orang tua dan masa
depanku, aku akan belajar bersungguh-sungguh dalam menghadapi segala kepayahan serta ujian
yang mendatang, dengan tabah dan penuh keredhaan. Sesungguhnya kejayaan itu tidak akan
bergolek tanpa usaha. Sekali lagi aku tanamkan harapan untuk melihat emak dan ayahku tersenyum
bangga mempunyai anak seperti aku. Aku tidak ingin lihat mereka kecewa lagi, sejujurnya aku sangat
sayangkan mereka. Doakan kejayaan aku. InsyaAllah.

You might also like