You are on page 1of 48

AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA

PEMBAWA PENYAKIT 1975.


(PINDAAN ) 2000

Kuldip Kamar a/l Chand Singh
UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANAN
(SEKSYEN PENDAKWAAN)
Pejabat Kesihatan SPT
TUJUAN AKTA
APSPP 1975 DIWUJUDKAN
1. Memeriksa dan merawat pengidap penyakit-
penyakit yang dibawa oleh serangga
2. Membuat peruntukan bagi memusnah dan
mengawal serangga-serangga pembawa
penyakit
PENGENALAN
Diwartakan dan dikuatkuasakan di kawasan
bandar pada tahun 1975 dan diperluaskan di
seluruh Malaysia mulai 1982
AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA
PEMBAWA PENYAKIT
1975 (PINDAAN) 2000

10/2/1975 - Tarikh Persetujuan di Raja.
20/2/1975 - Diwartakan kali pertama.
2/2/1977 - Dikuatkuasakan dikawasan tertentu.
23/8/1982 - Dikuatkuasakan diseluruh negara.
18/8/2000 - Pindaan Akta & Persetujuan di Raja.
31/8/2000 - Diwartakan.
1/1/2001 - Mula dikuatkuasakan diseluruh negara

TUJUAN PINDAAN AKTA
Memberi kuasa yang lebih kepada pegawai
berkuasa bagi mengawal dan mencegah
penyakit bawaan vektor dengan lebih
berkesan.
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Sek (1) Tajuk Rengkas & mula
kuatkuasa
1. Akta ini dinamakan Akta Pemusnahan
Serangga Pembawa Penyakit (Pindaan)
2000
2. Mula berkuatkuasa setelah diwartakan
iaitu pada 1hb. Januari, 2001.
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Subseksyen 2 (1) Tafsiran
Pegawai Perubatan dan Kesihatan digantikan dengan
Pegawai Kesihatan.
Bertujuan supaya Pengarah Kawalan Penyakit,
Pengarah Kesihatan Negeri dan Timbalan-Timbalan
diliputi oleh takrif ini.
Pemunya menerima sewa mana mana premis
bagi pihak nya atau ejen,pemegang amanah
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Subseksyen 2 (1) Tafsiran
Penduduk menduduki mana-mana premis atau menjaga,
mengurus atau mengawalnya bagi pihak
nya atau ejen tidak termasuk penginap
Premis - bangunan termasuk tanah, tempat atau binaan
atau sebahagian dari nya digunakan atau dicadangkan bagi
kediaman manusia atau maksud lain
Serangga pembawa penyakit apa -apa serangga yang
membawa atau menyebabkanatau boleh membawa atau
menyebabkan sesuatu penyakit pada manusia atau binatang
ternakan termasuk telur,larva dan pupa serangga
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Sek. (3) perwakilan kuasa
Ketua Pengarah dan Pegawai Kesihatan boleh
mewakilkan secara bertulis semua kuasa-kuasa
yang ditanggungnya kecuali kuasa untuk
memberi kuasa seseorang pegawai awam
dibawah Sek. 25.
PERUNTUKAN YANG DIKEKALKAN
Sek. 4. Pengkhidmat Awam
Pegawai - pegawai yang diwakilkan kuasa
dibawah akta ini, semasa menjalankan tugas
adalah sebagai pengkhidmat awam
KUASA KUASA PEGAWAI
PENYIASAT YANG DITETAPKAN
SECARA BERTULIS OLEH K/P
ATAU PEGAWAI KESIHATAN
SEBAGAI INSPEKTOR
Inspektor seorang Inspektor Kesihatan (PPKP)
dalam perkhidmatan kerajaan atau perkhidmatan
mana-mana pihak berkuasa tempatan dan
termasuklah seorang lain yang ditetapkan secara
bertulis oleh K/P atau Pegawai Kesihatan sebagai
Inspektor spt : PKA
DEFINASI INSPEKTOR
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Sek. (5) Kuasa untuk masuk premis
Kuasa memasuki dan memeriksa premis
dipinda
Dari 6.00 pagi hingga 6.00 petang
Kepada 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
PERUNTUKAN YANG DIMANSUHAN
Sek. 5 (2)
Keperluan untuk memberi notis terlebih
dahulu selama 12 jam sebelum memasuki
premis adalah dimansuhkan.
(keperluan Sek. 5(2) dengan ini
dimansuhkan)
PERUNTUKAN YANG DIKEKALKAN
Sek 5 (3) (4) (5)
5 (3) Memberi notis 24 jam bagi memasuki premis.
5 (4) Penduduk / pemunya perlu memberikan
maklumat yang dikehendakki oleh peg berkuasa
5 (5) Jika perlu boleh menggunakan kekerasan untuk
masuk bersama pembantunya
PERUNTUKAN YANG DIKEKALKAN
Sek 6. Kuasa-kuasa mengambil.
6 (1) (a) Mengambil barang yang disyaki.
6 (1) (b) Mengambil isi kandungan untuk diperiksa
6 (2) Menyediakan senarai barang yang diambil
6 (3) Jika tidak ada pertuduhan dibuat, melupuskan
barang yang diambil, dengan syarat tiada
tuntutan dibuat oleh pemunya.
6 (4) Membuat pelupusan secara yang difikir sesuai
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Sek 7 (1) menghendaki maklumat
Pemunya / penduduk dikehendaki:-
1. Mengemukakan kad pengenalan
2. Dokumen / pelesenan pendaftaran perniagaan
3. Apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh
Pegawai berkuasa.
MEMBERI KUASA TAMBAHAN
KEPADA INSPEKTOR. Sek. 8
Kuasa am untuk mengarah atau mengambil langkah
supaya serangga-serangga pembawa penyakit
dibinasakan dan sebagainya.
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Sek. 8 (2) Kuasa Inspektor
Memerintahkan pemunya atau penduduk
premis secara bertulis mengambil langkah-
langkah pemusnahan serangga pembawa
penyakit
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Sek 8 (3)(aa) kuasa Inspektor
Pegawai berkuasa boleh memerintahkan supaya premis
ditutup sehingga langkah-langkah perlu, dilakukan untuk
mempastikan premis tidak lagi boleh membiak /
memberi perlindungan serangga pembawa penyakit.
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Sek 8 (5) Kuasa Inspektor
Pegawai berkuasa hendaklah memberitahu penduduk /
pemunya mengenai langkah langkah atau kerja yang
perlu dilakukan itu.
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Sek 8 (6) Kuasa Inspektor
Jika perintah tidak dipatuhi, pegawai
berkuasa boleh mengambil dan membuat
mana-mana langkah atau kerja-kerja yang
perlu dilakukan oleh perintah tersebut.
PERUNTUKAN YANG DIPINDA
Sek 8 (7) Kuasa Inspektor
Dengan sendirinya kerja-kerja yang dilakukan dibawah
subseksyen 8 (5), 8 (6) apa-apa kos perbelanjaanya jika
dengan perintah mahkamah boleh dituntut dari pemunya.
PERUNTUKAN DIPINDA
Sek 8 (8) Kuasa Inspektor
Membuang menyebabkan kurang berkesan
racun serangga, atau enggan, cuai mematuhi
sesuatu perintah menurut subseksyen (1) atau
(2) atau menganggu kerja dibawah seksyen
kecil (5) (6) adalah bersalah atas satu
kesalahan dibawah Akta ini.
PERUNTUKAN DIKEKALKAN
Sek. 9.
Pemunya atau penduduk hendaklah
memberi apa-apa bantuan sebagaimana
yang dikehendaki bagi membolehkan
langkah diambil dengan berkesan
PERUNTUKAN DIKEKALKAN Sek. 10
Ketua Pengarah atau Pegawai Kesihatan
boleh menjalankan pemeriksaan perubatan
terhadap orang-orang yang disyaki dijangkiti
penyakit yang dibawa oleh serangga.
PERUNTUKAN YANG DITAMBAH
Sek 10 (A)
1. Kuasa mengambil maklumat sama ada lisan atau
bertulis dari seseorang yang tahu mengenainya.
2. Orang yang enggan memberi maklumat atau
maklumat yang diberi itu palsu, maka orang itu
adalah melakukan kesalahan
3. Tidak menjadi pembelaan kepada seseorang bahawa
secara tidak senghaja dia telah memberi maklumat
yang dia sendiri mengetahui ianya palsu
4. Sek. 111 (KCJ) & Sek. 112 - 114 boleh dipakai
dalam perjalanan penyiasatan kes dibawah akta ini
PERUNTUKAN DIKEKALKAN SEK 11

Kelulusan hendaklah diperolehi bagi
kerja-kerja yang mungkin membiakan dan
memberi perlindungan pada serangga-
serangga pembawa penyakit.
PERUNTUKAN YANG DIKEKALKAN.
Sek. 12
Larangan terhadap membersihkan
tumbuh-tumbuhan bawah didalam hal-
hal dll tertentu.
PERUNTUKAN DIKEKALKAN
SEK. 13
Larangan terhadap tindakan menimbulkan
keadaan yang mungkin membiakkan atau
memberi perlindungan kepada serangga -
serangga pembawa penyakit.
PERUNTUKAN DIKEKALKAN
Sek. 14
Larangan terhadap membiakkan dll
serangga-serangga pembawa penyakit
tanpa kebenaran.
PERUNTUKAN DIKEKALKAN
Sek. 15. Memperolehi kos perbelanjaan
1. Sekiranya kos perbelanjaan dibawah Sek. 8
(7) enggan dibayar, jika dilaporkan ke
Majistret, ianya boleh diperolehi sebagai denda
yang dikenakan mahkamah.
2. Tuntutan boleh dibuat dari orang yang
memindah milik harta.
3. Bayaran kos tidak menjadi tanggungan
penerima pindah milik harta
4. Adalah menjadi budibicara Peg. Berkuasa
mengenai kos tuntutan, jika tiada kemampuan.
PERUNTUKAN DIKEKALKAN
Sec. 16. Penyampaian Perintah dll.
1. Kaedah penyampaian perintah, saman dan dokumen:-
Penama, orang dewasa > 18 tahun, alamat tinggal
terakhirnya.
2. Jika badan pertubuhan, firma serah kepada Pengarah,
Setiausaha & ahli lembaga pengarahnya.
3. Perintah / notis hendaklah diserah menggunakan nama
pemunya premis
4. Orang dewasa atau dipamerkan ditempat yang mudah
dilihat.
PERUNTUKAN DIKEKALKAN
Sek. 17 Merayu kepada Menteri
1. Pemunya / penduduk boleh merayu kepada
Menteri mengenai perintah, sehingga itu
perlaksanaan perintah ditangguhkan.
2. Selanjutanya Menteri boleh mengeluarkan
perintah sebaliknya dan ianya adalah
muktamad.
Sek. 18 Tidak ada tuntutan
pampasan

Tiada pampasan boleh dituntut keatas
kerosakan terhadap perintah kecuali
diatas niat jahat atau sebab yang
munasabah
PERUNTUKAN DIKEKALKAN
Sek. 19.
Adalah menjadi kewajipan pemunya dan penduduk untuk menjaga
kerja-kerja mencegah pembiakan serangga-serangga pembawa
penyakit untuk sesuatu projek sekiranya:-
1. Pembinaan itu didirikan diatas premisnya.
2. Kecuali pemunya premis dipertanggungkan mengambil langkah
pencegahan pembiakan, denda yang disabitkan kerana kecuaianya
ditakrif sebagai kesalahan Mahkamah.
3. Walau apa pun notis bertulis perlu diberi kepada pemunya supaya
mematuhi kehendak pegawai berkuasa.
4. Tiada penalti boleh disabitkan kepada pemunya jika dia terhalang
untuk menjalankan tanggung jawab Sek. 2 diatas.
PERUNTUKAN DIKEKALKAN
Sek. 20.
Penalti bagi merosakkan kerja-kerja yang
dijalankan oleh Ketua Pengarah atau
seseorang Pegawai Kesihatan jika
disabikan didenda tidak lebih RM
10,000.00
Kos ini dianggap sebagai denda oleh
Mahkamah bagi belanja membaiki
kerosakan yang dilakukan tadi.
PERUNTUKAN DIKEKALKAN
Sek. 21 Penalti bagi menghalang.
Seseorang yang menghalang pegawai berkuasa
dari melaksanakan tugas dibawah Akta ini adalah
bersalah dan jika disabitkan boleh didenda tidak
melebihi RM 10,000.00 atau penjara tidak
lebih 2 tahun atau kedua-duanya.
DIKEKALKAN SEK. 22.
Tanggungan pemunya penduduk
pengkhidmat-pengkhidmat dll.
Sek 1 & 2.
Kesalahan yang dilakukan, pemunya dan
penduduk boleh disabitkan diatas kesalahan
kecuali boleh membuktikan sebaliknya.
Begitu juga halnya jika situasi ini
melibatkan sesuatu badan pertubuhan, firma
atau persatuan.
PERUNTUKAN BARU
Sek. 22 (A) Permulaan pendakwaan kes
Pendakwaan berkenaan dengan sesuatu
kesalahan dibawah Akta ini tidak boleh
dimulakan kecuali dengan keizinan
bertulis Pendakwa Raya.
PINDAAN Penalti am
Sek. 23.
Seseorang yang didapati bersalah, penalti boleh
dikenakan adalah:-
a) Kesalahan pertama denda RM 10,000.00 atau
penjara tidak lebih 2 tahun.
b) Kesalahan kedua atau kemudian, denda RM
50,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun
c) Kesalahan berterusan denda RM 500.00
setiap hari kesalahan dilakukan.
PERUNTUKAN DIPINDA
Sek. 23 (A) Kuasa Majistret Kelas
Satu.
Mahkamah Majistret Kelas Satu
mempunyai bidang kuasa untuk
membicarakan apa-apa kes dibawah
Akta ini.
Sek. 24 Memohon Bantuan Polis

Pegawai berkuasa boleh mendapatkan bantuan
pegawai polis, dan pegawai polis hendaklah
memberi bantuan yang perlu.
PERUNTUKAN DIPINDA
Sek. 25 Mengkompaun kesalahan
1. Pegawai berkuasa (Ketua Pengarah, Pegawai
Kesihatan, Inspektor, Peg. Awam diberi kuasa
betulis), boleh mengkompaun sesuatu
kesalahan tidak lebih RM 500.00
2. Jika tawaran kompaun tidak dijelaskan
selepas tempoh atau tarikah lanjutan diberi,
tindakan pendakwaan boleh dimulakan.
3. Tiada pendakwaan boleh dijalankan keatas
kesalahan kerana tidak menjelaskan kompaun.
Sek. 26. Akta dipakai untuk semua
harta.
Akta ini hendaklah dipakai untuk
semua harta termasuk yang disenggara
oleh badan berkanun
SEK 27. KUASA-KUASA MEMBUAT
PERATURAN.
Menteri boleh membuat peraturan - peraturan
bagi menjalankan maksud akta ini

You might also like