You are on page 1of 44

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS


JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS,
56000 KUALA LUMPUR





PROGRAM BINA INSAN GURU
INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN
GURU CEMERLANG.
(SEMESTER 6)

NAMA : NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN
NO. KAD PENGENALAN : ( 900707-06-5240)
PROGRAM : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL
AMBILAN JANUARI 2010
SEMESTER 6
KUMPULAN : G 6.8
NAMA PENSYARAH : CIK ZAHARAH BT MOHAMED
TARIKH HANTAR : 30 SEPTEMBER 2012


2


Pro Forma Kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bina Insan Guru)

Nama Kursus
BINA INSAN GURU ( BIG ) Fasa VI
(Character Building forTeachers )
Kod Kursus WAJ 3114
Kredit 3 Kredit ( Kredit Terkumpul )
Jam Kontak 10 Jam
Bahasa
Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat Tiada
Semester Keenam
Hasil
Pembelajaran
1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah
dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan
menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk
melaksanakan penambahbaikan secara berterusan
2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti.
3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran
berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.
4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan
akhlak keguruan.
5. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan
mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi,
rohani dan sosial.

Sinopsis Kursus ini bertujuan meningkatkan profesionalisme kendiri secara
berterusan . Tumpuan berkaitan dengan perbengkelan , tema bengkel,
mentadbir ujian post inventori Self Direct Search (SDS), inventori konflik,
interpretasi dapatan ujian, refleksi, lawatan benchmarking, interaksi


3


profesional dengan guru cemerlang, inovasi guru cemerlang, ciri-ciri
profesionalisme dan komitmen guru cemerlang dan laporan dan penilaian
reflektif.

This course aims to upgrade continuos self professionalism. The focus of
the course is related to workshops, workshops theme, administering post
inventory test of self direct search, conflict inventory, interpretation of test,
finding, reflection, benchmarking visit, professional, interaction with
excellant teachers, innovation, professionalisme commitment reports and
reflective evaluation. pedagogy, practices of teaching and learning,
characteristics of.



Tajuk Kandungan Jam
1. Bengkel
Menghadiri bengkel
Tema Bengkel
Guru Inovatif
- Ciri-ciri guru yang
inovatif
Bengkel Refleksi
BIG ( WAJIB ) dari
Sem.1 hingga 6
Mentadbir ujian
post Inventori Self
direct Seach
(SDS) dan
Inventori konflik
Interpritasi
dapatan ujian
Refleksi BIG
Menghadiri bengkel berkaitan tema-tema
berikut dan menyediakan satu catatan
reflektif mengenainya. Perlu mengambil kira
domain kandungan kurikulum kursus di
bawah sepanjang pelaksanaan

Berjiwa merdeka dan perkasa
Membina kemahiran mengurus
perubahan diri, organisasi dan
persekitaran pendidikan

Kerohanian dan akhlak keguruan
Mengenali dan menilai potensi diri insan
guru
- Potensi diri
- Personaliti kerjaya
- Citra diri insan guru
Membina pemikiran dan motivasi kendiri
terhadap kerjaya keguruan.

3


4


Berilmu, beramal dan berbakti
Menghayati konsep kerja sebagai satu
ibadat dan hidup berbakti

Berakauntabaliti dan amanah
Memahami realiti dan tanggungjawab
seorang guru.
Memahami realiti persekitaran dan
tindak balas positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran pendidikan.

Berdaya tahan yang tinggi
Meningkatkan daya tahan dan kekuatan
fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.


Kreatif dan inovatif
Membuat refleksi secara kritikal ke atas
pengalaman, kekuatan dan kelemahan
diri serta orang lain di samping
mengambil tindakan penambahbaikan.
2. Lawatan
Benchmarking
Interaksi Profesional
Dengan Guru
Cemerlang.
Inovasi pedagogi
Guru Cemerlang
Amalan
pengajaran dan
pembelajaran
Guru Cemerlang
Ciri-ciri
Profesionalisme
dan Komitmen
Guru Cemerlang
Laporan dan
Penilaian Reflektif
Merancang dan mengadakan lawatan
benchmarking berdasarkan interaksi
professional dengan guru cemerlang. Perlu
mengambil kira domain kandungan
kurikulum kursus di bawah sepanjang
pelaksanaan

Berjiwa merdeka dan perkasa
Membina kemahiran pengurusan diri
dan kumpulan.
Membina kemahiran membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah

Kerohanian dan akhlak keguruan
Mengenali dan menilai potensi diri insan
guru
7


5




- Potensi diri
- Personaliti kerjaya
- Citra diri insan guru
Membina pemikiran dan motivasi kendiri
terhadap kerjaya keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti
Menghayati konsep kerja sebagai satu
ibadat dan hidup berbakti
Mengamalkan semangat kerja
berpasukan, kerjasama dan
bertanggungjawab.

Berakauntabiliti dan amanah
Memahami realiti dan tanggungjawab
seorang guru.
Jumlah 10

Pentaksiran dan
Penilaian
100% berdasarkan kerja kursus

Rujukan
Asas

Abdul Rahman Bin Ahmad (1992). Bimbingan dan Kaunseling dari
perspektif Islam. Human Resource Enterprise: Sri Kembangan,
Selangor.

Bahagian Pendidikan Guru (2000). Etika Pelajar Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

Hisham Altalib (1994). Panduan Latihan Bagi Gerakan Islam. Media
Dakwah: Jakarta.

Holland, J.L, (1973). Making vocational choices. New Jersey: Printice


6


Hall, Inc.

West Edie (1994). 201 icebreakers: New York:McGraw Hill.

Steven, J. Stein (2001). The EQ edge. Canada: Multi-Health Systems
Inc.



Rujukan
Tambahan

Mohd. Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1996). Kemahiran berfikir
dan belajar. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Shah Alam

Mohd Taib Haji Hassan, Dato Haji (1993). Panduan hidup seorang
Islam. Percetakan Watan: Kuala Lumpur.

Mustapha Haji Daud (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. Utusan Publications:
Kuala Lumpur.

Rashid Haji Mohamad (2000). Bimbingan dan Kaunseling. Pearson
Education Malaysia Sdn.Bhd: Petaling jaya.

Spart-Langer, Simmon dan Pasch (1992). Reflective Pedagogical
Thinking : How can we promote and measure it? Journal of
Teacher Education.





7






Bengkel
guru
inovasi







8


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS, JALAN YAAKOB LATIFF,
BANDAR TUN RAZAK, CHERAS

KERTAS KERJA
PROGRAM BINA INSAN GURU
SEMESTER 6
PISMP AMBILAN JANUARI 2010
( Bengkel Guru Inovatif )

TEMPAT :
DEWAN DATUK RAZALI ISMAIL
IPGM KAMPUS ILMU KHAS

TARIKH :
1O JULAI 2012
( SELASA )

ANJURAN :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DAN
IPG, KAMPUS ILMU KHAS,
JALAN YAAKOB LATIFF,
BANDAR TUN RAZAK, CHERAS




9


1.0 TUJUAN
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai
kemantapan akhlak , nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya ketahanan diri
yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara ,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru . Pembinaan
insan guru merupakan usaha yang berterusan berasaskan kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara

2.0 LATAR BELAKANG

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Kumpulan G 6.8 dari
Program PISMP Ambilan Januari 2010. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan
kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru
adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role model kepada
masyarakat . Oleh itu , guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi . Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam
semester tempoh pengajian . Melalui aktiviti yang dirancang , pelajar dapat
mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu mengaplikasi pengetahuan
dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia menangani
pelbagai cabaran pendidikan arus globalisasi . Resolusi Konvensyen Pendidikan
kali pertama tahun 2003 mengatakan , ...... pendidikan guru hendaklah
berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir ,
membina , membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang
memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan
diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.


10


3. ASAS PERTIMBANGAN
Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) bagi
mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk mengadakan Program Bengkel
Bina Insan Guru (BIG).

4. STRATEGI PELAKSANAAN.
4.1 Nama Program
Program Bina Insan Guru Komponen Bengkel Guru Inovatif

4.2 Objektif :
Pengisian kurikulum BIG semester 6 ialah Bengkel Guru Inovatif yang
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri insan
guru yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan khidmat
dan bakti kepada masyarakat . Fokus utama bengkel ini adalah untuk
memberi peluang kepada pelajar :

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah
dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan
menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk
melaksanakan penambahbaikan secara berterusan .
Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti.
Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran
berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.
Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan
akhlak keguruan.
Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan
mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.


11


Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

4.3 Peserta ( Rujuk Lampiran )

Peserta program ini terdiri daripada pelajar KUMPULAN g 6.8 DARI
program PISMP Ambilan Januari 2010.

4.4 Tarikh Program
Program ini akan diadakan pada hari Selasa bertarikh 10 Julai 2012
bermula jam 8.00 pagi.

4.5. Tempat Program
Pihak penganjur merancang untuk mengadakan program ini di Dewan
Datuk Razali Ismail, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, Jalan
Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras

4.6 Tentatif Program
(Rujuk Lampiran 1 )

4.7 Jawatankuasa Program
( Rujuk Lampiran 2 )


5. IMPLIKASI





PERKARA KOS JUMLAH SUMBER
MAKANAN RM 5 X 23 PELATIH RM115.00 IPG/LDP
CENDERAMATA RM 20 X 5 RM100.00 PELATIH
JUMLAH BESAR RM 215.00


12


6. PENUTUP
Program bina insan guru ini merupakan salah satu komponen latihan yang
sangat penting. Ianya perlu didedahkan kepada semua insan yang
bergelar guru. Diharapkan program sebegini mampu memberikan
ketahanan fizikal dan mental serta jati diri guru pelatih dalam usaha
melahirkan para pendidik yang berkualiti dan mampu memberikan
sumbangan yang besar kepada sistem pendidikan negara .

7. Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan di atas maka kami kumpulan PGSR
ambilan November 2008 memohon pertimbangan dan kelulusan pihak pengurusan
Institut untuk melaksanakan program ini.

SEKIAN.

DISEDIAKAN OLEH



....................................
(NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN)
SETIAUSAHA BINA INSAN GURU
SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010











13


MINIT MESYUARAT KALI 1
KURSUS BINA INSAN GURU
SEMESTER 6
PISMP AMBILAN JANUARI 2010
BENGKEL GURU INOVATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS ILMU KHAS,
JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, 56000 CHERAS

Tarikh : 07 Jun 2012
Hari : Khamis
Masa : 5.30 pm- 07.00pm
Tempat : BILIK G 6.8
Kehadiran : 1) 23 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK )
2) Cik Zaharah bt Mohamed (Pensyarah)

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu
alukan kedatangan Cik Zaharah bt Mohamed serta semua ketua ajk.
1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk
menetapkan tarikh, masa, hari dan tempat BIG Semester 6 ini hendak
dilaksanakan.
1.3 Pengerusi mencadangkan tarikh yang bersesuaian adalah pada 4 Julai 2012,
jam 8.00 pagi, bersamaan hari Rabu di Dewan Kuliah untuk jamuan
tengahari dan Dewan Datuk Razali Ismail untuk bengkel dan ceramah
diadakan.
1.4 Kesemua ajk yang hadir telah bersetuju sebulat suara.
1.5 Pengerusi memperkenalkan barisan ajk induk dan ketua ajk setiap biro.
.


14


2. Ucapan Pensyarah

2.1 Cik Zaharah bt Mohamed memberi salam dan mengucapkan tahniah di atas
perlantikan semua ajk.
2.2 Beliau telah mengutarakan beberapa cadangan kepada semua ajk
terlibat antaranya ialah :
2.2.1 AJK Cenderahati diminta menyediakan cenderahati untuk
penceramah dan perasmi BIG ini.
2.2.2 AJK Sijil diminta menyediakan sjil penyertaan kepada semua
peserta serta sijil penghargaan kepada penceramah.
2.2.3 AJK Pendaftaran diminta memohon fail, kertas A4 dan pen dari
LDP.
2.2.4 AJK Persiapan Tempat diminta menempah Dewan Datuk Razali Ismali
bagi melaksanakan ceramah dan bengkel.
2.2.5 Penceramah akan diuruskan oleh Wan Zul Fadli b Wan Azmi
dengan kerjasama Cik Zaharah bt Mohamed.
2.2.6 AJK Sambutan diminta menyediakan kad jemputan VIP dan
pembawa bunga manggar.
2.2.7 Bagi sumber kewangan pula, RM20 akan dibayar oleh para
peserta dan RM5 akan diperolehi dari IPGKIK.

3. Hal hal lain

3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua ketua ajk setiap biro yang dilantik
dapat memberikan kerjasama yang baik dan juga menjalankan tugas yang
telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
3.2 Menyatakan bahawa mesyuarat kali kedua akan diadakan pada 19 Jun 2012.
3.3 Cik Zaharah bt Mohamed meminta agar setiausaha mencatatkan nama
semua ajk berserta nombor fax sekolah masing-masing untuk urusan
penghantaran surat panggilan mesyuarat kali kedua nanti.


15


3.4 Pengerusi meminta semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat
memainkan peranan serta memantau semua perkembangan kerja yang akan
dilaksanakan.
3.5 Pengerusi juga amat berharap agar semua ajk dapat menghadirkan diri pada
mesyuarat kali kedua nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN) (WAN ZULFADLI B WAN AZMI)
Setiausaha Pengerusi
Program Bina Insan Guru Program Bina Insan Guru















16


MINIT MESYUARAT KALI 1
KURSUS BINA INSAN GURU
SEMESTER 6
PISMP AMBILAN JANUARI 2010
BENGKEL GURU INOVATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS ILMU KHAS,
JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, 56000 CHERAS

Tarikh : 19 Jun 2012
Hari : Selasa
Masa : 9.00 am- 12.30 pm
Tempat : Bilik G 6.8
Kehadiran : 1) 23 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK )

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua AJK

2. Pengesahan minit mesyuarat lalu
2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh pengerusi, Wan Zul Fadli b Wan Azmi

3. Laporan AJK
3.1.1 Laporan Bendahari - semua kutipan berjalan lancar.
3.1.2 Laporan Persiapan Tempat Dewan Datuk Razali Ismail akan
digunakan pada 4 Julai 2012. Setelah berbincang , persetujuan dicapai
iaitu tarikh BIG VI akan ditunda pada 10 Julai 2012 bersamaan dengan
hari Selasa.
3.1.3 Laporan Makanan Pengesahan kehadiran kesemua


17


pensyarah dan VIP yang di jemput dilakukan untuk mengelakkan
pembaziran makanan berlaku dan juga untuk memastikan makanan
yang dipesan adalah dalam kuantiti yang mencukupi. Pesanan
makanan untuk jamuan tengahari telah dibuat pada pihak Barakah
Catering.
3.1.4 Laporan Buku Program Telah siap dan diberikan pada pensyarah
untuk semakan. Hasilnya, terdapat beberapa pembetulan.Pembetulan
segera telah pun dilakukan oleh Mohamad Hafiz b Mogamad selaku
ketua buku program.
3.1.5 Laporan Sambutan senarai jemputan telah dikenalpasti
3.1.6 Laporan Cenderahati Penceramah akan diberi
penghargaan sebakul buah-buahan tempatan sebagai tanda terima kasih

4.0 Hal-hal lain
4.1 Pengerusi amat mengharapkan kelancaran perjalanan program BIG VI ini akan
terlaksana dan menjadi kenyataan.
4.2 Pensyarah mengingatkan bahawa kerjasama antara semua ajk yang dilantik adalah
amat penting demi memastikan kelicinan perjalanan program BIG ini nanti.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN) (WAN ZULFADLI B WAN AZMI)
Setiausaha Pengerusi
Program Bina Insan Guru Program Bina Insan Guru




18


Laporan Jawatankuasa Cenderahati BIG VI 2012

Setelah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bina Insan Guru (BIG) yang
diadakan pada 7 Jun 2012 dan 19 Jun 2012, telah diputuskan bahawa cenderahati
akan diberikan kepada perasmi sempena Majlis Penutupan BIG serta penceramah
jemputan bagi bengkel yang akan diadakan nanti.
Pada 10 Julai 2012, hari Selasa, pendaftaran peserta bermula seawal jam 8:00
pagi. Aturcara program adalah seperti yang dirancang. Alhamdulillah, selesai majlis
perasmian, cenderahati disampaikan kepada En. Azmi bin Abdul Hamid selaku
penceramah pada bengkel yang telah diadakan
Dikesempatan ini, saya selaku ketua yang dilantik untuk Jawatankuasa
Cenderahati ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Saloma bt Abdullah yang
memberi kerjasama sehingga terlaksananya tugas ini dan juga kepada rakan-rakan lain
yang turut sama menyumbang idea dan tenaga.
Sebarang ketidakpuasan pada mana-mana pihak, saya mohon maaf. Yang baik
itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Disediakan oleh,
.
(NUR AKALILI FATIN BT AMINNUDDIN)
Ketua Jawatankuasa Cenderahati









19


Laporan Jawatankuasa Makanan BIG VI 2012

Ajk makanan telah menempah makanan untuk minum pagi dan makan tengah
hari untuk 25 orang termasuk pensyarah
.
Perbelanjaan untuk minum pagi berjumlah RM69.00 iaitu RM 3.00 x 23 orang.
Menu yang disediakan ialah mihun goreng, kuih dua ketul dan teh o panas. Makanan
ditempah daripada pengusaha kantin IPGKIK.

Perbelanjaan untuk makan tengah hari berjumlah RM161.00 untuk 23 orang .
Makanan ditempah daripada Kedai Kuning. Perbelanjaan meliputi bidang berikut:
i) Makanan RM7.00 x 23 = RM161.00
Jumlah perbelanjaan RM 230.00

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana perjalanan tempahan berjalan lancar.
Alhamdulillah semua makanan mencukupi dan majlis berjalan lancar.

Disediakan oleh,


( SITI AISYAH BT ABDUL HAMID )
Ketua Jawatankuasa Makanan












20


Laporan Jawatankuasa Buku Program BIG VI 2012


Jawatankuasa Buku Program telah disediakan dengan baik dan mengikut tarikh
cetakan yang telah dibincangkan. Walau bagaimanapun tanpa bantuan dari beberapa
AJK yang lain, buku program tidaklah berjaya dengan baik. Bertolak daripada itu
jawatankuasa buku program yang diketui oleh Mohamad Hafiz b Mohamed telah
mengadakan taklimat ringkas dengan ahli-ahli jawatankuasa di bawahnya. Seramai tiga
orang pelajar telah dilantik untuk menganggotai jawatankuasa buku program. Mereka
ialah Mohd Safwan, Hafizul Syarafi dan Mohd Asyraf. Kami telah ditugaskan untuk
merangka buku program yang berkaitan dengan bengkel ceramah yang akan diadakan
di Dewan Datuk Razali Ismail.
Rata-rata semuanya telah memberikan kerjasama dengan baik. Jawatan kuasa ini telah
berjaya menyiapkan satu buku program dan mencapai matlamatnya. Usaha ini adalah
ada kerjasama antara pelajar-pelajar dengan bantuan pensyarah pembimbing yang
sentiasa memberi nasihat dan komen-komen yang membina dalam menyiapkan buku
program tersebut.
Disediakan oleh,
........................................................
( MOHAMAD HAFIZ B MOHAMED)
Ketua Jawatankuasa Buku Program





21


Laporan Bendahari BIG VI 2012

PERBELANJAAN PROGRAM BIG VI
TEMPAT : IPGM KAMPUS ILMU KHAS
TARIKH : 10 JULAI 2012
PENDAPATAN RM
Kumpulan G 6.8 (23 orang ahli x RM 15 )

JUMLAH PENDAPATAN
TOLAK : PERBELANJAAN
Makanan (23 X RM 10 )
Cederahati (23 X RM 3 )
Fotostat

JUMLAH PERBELANJAAN
RM 345.00
----------------
RM 345.00

RM 230.00
RM 69.00
RM 46.00
------------------
RM 345.00


Disediakan oleh : Disemak oleh :
. .
( NORSUHAILA BT OTHMAN ) ( WAN ZULFADLI B WAN AZMI )
Bendahari BIG Pengerusi BIG










22


Laporan Jawatankuasa Dokumentasi BIG VI 2012

Semua peserta mendaftarkan diri di Dewan Datuk Razali Ismail bermula pada
pukul 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Program berjalan lancar seperti yang dirancang.
Pensyarah yang hadir pada sesi ceramah yang bermula pada pukul 8.30 pagi tersebut
ialah Cik Zaharah bt Mohamed,dan Encik Azmi b Abdul Hamid.
Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah En. Azmi b Abdul Hamid. Untuk
slot pertama ceramah , penceramah jemputan membuat aktiviti dalam kumpulan yang
terdiri daripada 6 kumpulan yang telah diberntuk dalam tempoh masa satu minit.
Penceramah telah mengutarakan soalan yang harus dibentang, di mana setiap
kumpulan perlu membentangkan refleksi yang lalu sepanjang menjalani lima program
BIG. Setiap ahli kumpulan perlu berbincang tentang kekuatan, kelemahan dan plan
tindakan yang diambil untuk penambahbaikan lagi.
Semua peserta berhenti untuk sarapan pagi pada pukul 10.25 pagi dan ceramah
untuk slot kedua disambung semula pada pukul 10.45 pagi. Untuk slot kedua ini,
penceramah telah membentangkan tajuk ceramah yang bertajuk Guru Cemerlang. Di
dalam sesi ceramah ini banyak input-input menarik yang telah disenarai. Penceramah
meminta para peserta membuat check list tentang kedudukan diri sama ada seorang
guru yang cemerlang atau sebaliknya.
Di akhir majlis diadakan acara penyampaian cenderahati untuk penceramah
jemputan iaitu Encik Azmi b Abdul Hamid. Pihak urusetia BIG mengucapkan ribuan
terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi tip-tip yang menarik sepanjang
sesi ceramah berlangsung.


23


Laporan Setiausaha BIG VI 2012

Sebagai persiapan untuk program ini, saya telah menghadapi sedikit masalah
tentang tarikh pelaksanaan. Pada mulanya, kami ingin menjalankan program ini pada 4
Julai 2012 . Namun begitu, Dewan Datuk Razali Ismail akan digunakan oleh pihak lain
pada tarikh yang sama. Oleh sebab itu, kami terpaksa mengubah tarikh tersebut
kepada suatu tarikh yang lewat sedikit iaitu pada 10 Julai 2012 . Walau bagaimanapun,
saya berasa amat bersyukur kerana segala kesukaran yang dialami sebelum
terlaksananya program ini dapat diatasi dengan bantuan dan kerjasama dari semua
pihak.
Dalam menjalankan program ini, semua ahli jawatankuasa telah memberi
kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan
lancar dan sempurna. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kertas kerja BIG ini iaitu
Cik Zaharah bt Mohamed di atas segala bimbingan dan teguran yang telah diberikan.
Segala kerjasama dan sokongan antara semua ahli jawatankuasa juga amat saya
hargai dan di ucapkan jutaan terima kasih.
Akhir kata , saya amat berharap agar kemesraan dan persahabatan yang terjalin
antara para peserta ini akan terus berkekalan selamanya.
Sekian , Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

( NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN)
Setiausaha,
Kursus Bina Insan Guru



24


REFLEKSI
Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan
sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula merupakan
ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam.
Pada 10 Julai 2012, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini
telah diadakan di Dewan Datuk Razali Ismail, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma dimana
tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam lagi
diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi. Seramai
23 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam daripada
kumpulan G 6.8 telah terlibat bagi menjayakan program ini.
Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah
daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu Encik Azmi b Abdul Hamid yang
bertajuk Ciri-Ciri Guru Inovatif. Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para
pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi kudapan atau
minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam kali ini,
telah memberikan sedikit cenderahati kepada pencermah diatas kesudiannya berkongsi
ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku
komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar.
Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini,
pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah dan sesi
bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan serta
memberikan panduan kepada saya cara menjadi seorang guru yang cemerlang.
Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran para
pelajar adalah secara menyeluruh dimana perancangan bagi program hari ini berjalan
dengan lancar.


25


Malang sekali, masih terdapat kelemahan pada Program Bina Insan Guru kali
ini. Perkara tersebut ialah berkenaan suasana yang kurang kondusif. Semasa sesi
ceramah sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit terganggu dengan rungutan
dan keadaan pelajar yang tidak senang duduk kerana sistem pengaliran udara di dalam
dewan tidak berfungsi menyebabkan rasa bahang yang melampau di dalam dewan..
Syukur masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas daripada pihak
Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Semester enam yang menukar lokasi
program. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa usul yang boleh dijadikan
panduan dan dipertimbangkan unutk menjadikan program ini kurang bermasalah dan
berjalan dengan lebih lancar di masa hadapan. Cadangan tersebut ialah dengan
mengadakan aktiviti ceramah dan bengkal di dewan besar yang lebih luas dan sesuai
untuk pelbagai aktiviti selain suasana di dalamnya yang sangat kondusif dan terdapat
sistem pembesar suara bagi kemudahan penceramah.
Cadangan kedua ialah perlunya jawatankuasa persiapan tempat bagi memeriksa
lokasi program yang akan dijalankan beberapa hari lebih awal supaya tidak tibul
sebarang masalah dan jika terdapat masalah, cara mengatasinya dapat difikirkan
dengan lebih awal.
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah
kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi
sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang
guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.








26





Interaksi
Profesional
Dengan
Guru
Cemerlang




27


PROGRAM BINA INSAN GURU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
CHERAS 56000 KUALA LUMPUR



TARIKH:
19 JULAI 2012

PESERTA:
GURU-GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JANUARI 2010

PENDIDIKAN SENI VISUAL (G6.8) (23 ORANG)

TEMPAT:
SK PUTRAJAYA PRESINT 14(1)
ALAMAT: No. 1A, JALAN P14, PRESINT 14,
62300 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-8890 2949
Faks: 03-8890 2946

NAMA MENTOR:
CIK ZAHARAH BINTI MOHAMAD
PUAN SALOMA BINTI ABDULLAH



28


ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGENALAN
2. RASIONAL DAN MATLAMAT
3. OBJEKTIF
4. LATAR BELAKANG
5. TARIKH, MASA. TEMPAT, SASARAN DAN
ANJURAN

6. ANGGARAN KEWANGAN
7. KEPERLUAN PERALATAN
8. PENGANGKUTAN
9. SENARAI NAMA PENSYARAH PENGIRING
10. JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM
11. TENTATIF PROGRAM
12. BORANG SEMAKAN, RALAT DAN SOKONGAN
KETUA JABATAN

13. PENUTUP
14. LAMPIRAN
14.1 SENARAI NAMA PELAJAR
14.2 YURAN
14.3 HADIAH
14.4 IMPLIKASI
14.5 SYOR







29


KERTAS CADANGAN LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS
SEMESTER 6 TAHUN 2012

1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk
memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra-perkhidmatan. Pembinaan Insan Guru adalah
adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan
Negara Bangsa.
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus
mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah
dan kuasa profesional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen
Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, Pendidikan guru hendaklah berterusan
sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan
memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang
tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.




30


2.0 RASIONAL
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model Konseptual
Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi penekanan
dalan proses pembentukan insan guru yang menyeluruh dan seimbang. Atas
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat,
guru harus mampu menangani cabaran era globalisasi.
Berdasarkan rasional di atas, maka program BIG dilaksanakan di semua Institut
Pendidikan Guru di Malaysia. Semua guru pelatih (guru pra-perkhidmatan) wajib
mengikuti kursus dan lulus kursus dengan jayanya. Kursus BIG mengandungi tiga tema
utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembinaan Insan Guru,
serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema ini direalisasikan
melalui satu lawatan benchmarking yang bakal dilaksanakan.
2.1 MATLAMAT
Pelajar-pelajar dapat meningkatkan tahap kefahaman dengan pendedahan ciri-
ciri kepimpinan sekolah cemerlang, sistem pengurusan serta insfrastruktur dan budaya
sekolah. Melaluinya, para guru pelatih akan lebih jelas bagaimana nak mewujudkan
satu suasana sekolah yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga
seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.0 OBJEKTIF
Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dan bengkel guru inovasi lawatan guru
cemerlang ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:
i. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
ii. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.
iii. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam
pengurusan pendidikan seharian.


31


4.0 LATAR BELAKANG
i. Setiap semester guru pelatih diwajibkan untuk menjalani program BIG yang
melibatkan beberapa siri.
ii. Program ini bermatlamat melahirkan golongan guru yang boleh berfikir secara
positif dan mampu meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Program ini juga
dapat memperlihat kesedaran tentang pentingnya hubungan komuniti dan
perkhidmatan social dalam sesebuah komuniti. Disamping itu, semangat
bekerjasama dan komited dalam melaksanakan tugasan secara bersama dapat
dipupuk.
iii. Seramai 23 orang guru pelatih daripada kumpulan PISMP G 6.8 terlibat dalam
Lawatan Benchmarking ini.

5.0. TARIKH
19 JULAI 2012 (KHAMIS)

5.1 MASA
07.30 PAGI 11.00 TENGAH HARI

5.2 TEMPAT
SK PUTRAJAYA PRESINT 14(1)
ALAMAT: No. 1A, JALAN P14, PRESINT 14,
62300 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-8890 2949
Faks: 03-8890 2946

5.3 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah guru pelatih seramai 23 orang dan 2 orang pensyarah
pembimbing dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ( rujuk lampiran 1 )



32


5.4 ANJURAN
i. Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Ilmu Khas.
ii. Jawatan kuasa Kerja Bina Insan Guru Fasa 6, Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan, Pendikan Seni Visual Ambilan Januari 2010.

6.0 ANGGARAN KEWANGAN
Bil Perkara Harga (seunit)
1 Sandwich RM0.60
2 Minuman botol air mineral RM0.50

Sandwich : 25 orang x RM 0.60 = RM 15.00
Minumanbotol air mineral: 25 orang x RM 0.50 = RM 12.50
Jumlah: 23 orang x RM 2 = RM 46.00


7.0 KEPERLUAN PERALATAN
Bil. KEPERLUAN KUANTITI
1. Scroll 1
2. Mug 1
3. Pemberat kertas 1








33


8.0 PENGANGKUTAN

Bilangan bas yang diperlukan ialah 1 buah IPGMIK bagi 23 pelajar dan 2
orang pensyarah pengiring.


9.0 PENSYARAH PENGIRING / PENSYARAH PENGENDALI

Bil. Nama Pensyarah JABATAN
1. CIK ZAHARAH BINTI MOHAMAD JPSV
2. PUAN SALOMA BINTI ABDULLAH JPSV

















34


10.0 JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM
Jawatan Nama Peranan
Penasihat Puan Saloma Abdullah
Cik Zaharah Mohamad
Membimbing dan memantau
Segala aktiviti yang dirancang.
Pengerusi Wan Zulfadli Ad dinnie Wan Azmi Memantau dan menguruskan
Aktiviti serta mengendalikan
Mesyuarat berkaitan program.
Tim. Pengerusi Nur Afifah Azmi Membantupengerusi.
Setiausaha

Kirheba Murugan A/L Krishnan Menyediakan Surat dan dokumen berkaitan.
Penolong S/U Mohd Yusri Bin Mohammed Menyediakan cadangan kertas kerja
Bendahari Norsuhaila Othman
Nur Hani Abdul Manaf
Hafizah Daim
Menyediakan bajet perbelanjaan
aktiviti.
AJK
Program
Jude Annecella Simon Fong
Nur Diyana Zubiruddin
Muhd. Hafiz Mohamad
Nur Akalili Fatin Amin Nuddin
Membuat tentatif program
AJK
Makanan
Hafizul Syarafi Mohd Noor
Nur Yasmin Ahmad Sapian
Mohd. AsyrafMohd. Zubir
Mengurus dan menyediakan
Makanan dan minuman peserta.
AJK
Keselamatan
Muhd.Nur Fadhlan Shes Suieba

Menjaga keselamatan peralatan
Dan peserta.
AJK Pengangkutan Nurul Nazihah Jamaludin
Nor Adilla Che Mohamad
Muhd. Fakhrullah Mohd Nasir
Menguruskan tempahan
Menggunakan kenderaaninstitut.
AJK
Cenderamata
Nurul Aina Khauli

Menyediakan cenderamata
AJK
Dokumentasi
SitiAisyah Abdul Hamid
AsrulSamat
NurSuhailaMohd. Kassin
Memainkan peranan jurukamera.
AJK
Bahan Lawatan
Mohd. Safuan Mohd. Idris

Menyediakan bahan lawatan semasa aktiviti


35


diadakan.


11.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI




19 .07. 2012
(KHAMIS)
07.30 a.m Berkumpul di tempat letak bas IPG
07.45 a.m Bertolak ke Sek. Keb. Presint 14 (1)
Putrajaya
09.00 a.m Tiba di Sek. Keb. Presint 14 (1) Putrajaya
09.15 a.m Taklimat daripada pihak sekolah
seterusnya interaksi bersama guru
cemerlang PSV
11.00 a.m Pulang ke IPG Kampus Ilmu Khas














36


12.0 BORANG SEMAKAN, RALAT DAN SOKONGAN KETUA JABATAN.

Penyedia Kertas Cadangan Aktiviti :
Nama : Mohd Yusri Bin Mohammed
Unit / Opsyen : Pendidikan Seni Visual PISMP Ambilan Januari 2010
(Semester 06)
Tandatangan :

Tarikh :

Semakan oleh Pensyarah Penasihat /Mentor :
Nama : Cik Zaharah Mohamad
Jabatan : JPSV
Ulasan : Harap diberi pertimbangan sewajarnya untuk
dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan
pelajar tentang pengurusan sekolah cemerlang.
Tandatangan :

Tarikh :

Semakan dan Sokongan Ketua Jabatan :
Nama : Puan Azizah Suleiman
Jabatan : JPSV

Ulasan :



Tandatangan :

Tarikh :


37


13.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru Fasa 6 ini diharapkan dapat memberikan pendedahan
awal kepada bakal guru tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan aktiviti
ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai
seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang
memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui
pembinaan budaya IPG.
Kesimpulannya, semua faedah yang dinyatakan di atas tadi berupaya
membentuk satu rumpun guru pelatih yang berwibawa dalam mengemudi sistem
pendidikan di negara ini. Kemampuan untuk mengalami sesuatu pengalaman itu
menjadi satu perkara yang penting dalam kehidupan pelajar kerana itulah proses
kehidupan yang sebenarnya. Kalau semua pelajar kita menyertai aktiviti yang positif ini,
sudah pasti negara kita tidak akan mengalami pelbagai gejala sosial yang sering kita
dengar di dada-dada akhbar ini. Peribahasa masa itu emas boleh digunakan oleh
pelajar kita untuk merenung kehidupan mereka dengan sebaik mungkin.



Disediakan oleh, Disemak oleh,



..................................... .....................................
(MOHD YUSRI BIN MOHAMMED) (CIK ZAHARAH BINTI MOHAMAD)
Naib Setiausaha, Pensyarah pembimbing,
PISMP Semester 6, PISMP Semester 6,
Program Bina Insan Guru, Program Bina Insan Guru,
IPGM Kampus Ilmu Khas. IPGM Kampus Ilmu Khas.


38











LAMPIRAN

















39


14.1 SENARAI NAMA GURU PELATIH





Bil Nama No. K/P
1. Asrul Bin Samat 900831-12-5845
2. Hafizah Bt Daim 901104-12-6176
3. Hafizul Syarafi Bin Mohd. Noor 900817-13-5211
4. Jude Annecella Simon Fong 900521-12-5014
5. Kirheba Murugan A/L Krishnan 900109-07-5553
6. Mohamad Hafiz Bin Muhamad 900509-10-5073
7. Mohamad NurFadhlan Bin Shes Sueiba 900716-01-5093
8. Mohamad Safuan Bin Mohamad Idris 900406-06-5925
9. Mohd. Asyraf Bin Mohd Zubir 901018-11-5737
10. Mohd. Yusri Bin Mohammed 880715-03-6049
11. Muhammad Fakhrullah Mohd. Nasir 900725-03-5133
12. Nor Adilla Bt Che Mohamad 901006-11-5684
13. Norsuhaila Bt Othman 900303-02-5824
14. Nursuhailah Bt Mohamed Kassin 900512-10-5476
15. Nur Afifah Bt Azmi 900425-01-6352
16. Nur Akalili Fatin Bt Aminnuddin 900702-08-5138
17. Nur Diyana Bt Zubiruddin 900624-14-5210
18. Nur Yasmin Bt Ahmad Sapian 900423-14-5716
19. Nurul Aina Bt Khauli 900205-11-5594
20. Nurul Hani Bt Abdul Manaf 900425-15-5010
21. Nurul Nazihah Bt Jamaludin 900707-06-5240
22. Siti Aisyah Bt Abdul Hamid 900502-09-5008
23. Wan Zulfadli Ad-Dinnie Bin Wan Azmi 901110-11-5481


40


14.2 YURAN
Setiap peserta diminta membayar yuran sebanyak RM4.00 seorang.

14.3 HADIAH
Hadiah :Cenderamata kepada pihak sekolah (Sumbangan daripada koperasi IPIK)

14.4 IMPLIKASI
Semua kos perbelanjaan ditanggung oleh kumpulan pelajar yang terlibat.

14.5 SYOR
Pihak pengurusan IPGMIK dimohon memberI pertimbangan dan kelulusan terhadap
lawatan benchmarking ke sekolah cemerlang yang ingin dilaksanakan oleh pelajar
daripada kumpulan G5.6 PISMP.



Bina Insan Guru Semester 6


41


LAPORAN AKTIVITI
Secara keseluruhannya, aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru
edisi keenam ini terbahagi kepada empat sesi. Program ini telah diadakan pada 10 Julai
2012 dimana perjalanan program bagi keempat-empat sesi ini adalah seperti berikut :-

SESI PERTAMA
Sesi ini merupakan sesi persediaan dimana semua guru pelatih akan berkumpul di
hadapan bangunan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) sebelum jam 7.30 pagi. Pada
jam ini juga, pemandu bas Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah bersedia
dimana oleh pengerusi program telah memastikan kedatangan setiap pelajar
mencukupi sebelum bertolak. Lebih kurang jam 8.00 pagi kami selamat tiba di destinasi
dimana program akan berlangsung iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1,
dimana ketibaan kami telah disambut oleh guru-guru dari sekolah tersebut. Pada jam
8.30 pagi pula, kami telah dijemput ke Bilik Wawasan yang merupakan bilik mesyuarat
sekolah bagi mendengar taklimat ringkas tentang perjalanan program sepanjang hari
tersebut.

SESI KEDUA
Pada sesi ini, aktiviti program adalah berbentuk ceramah diikuti dengan sesi soal jawab.
Lebih kurang jam 8.45 pagi sesi ceramah dimulakan dan disampaikan oleh seorang
guru cemerlang iaitu En. Abdul Rashid B. Abdul Latif yang pernah menerima anugerah
Guru Cemerlang pada tahun 2000 dan 2009. Ceramah yang disampaikan bertajuk,
Amalan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkaitan dengan teknik-teknik, rutin,
pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sesi ceramah ini dimulakan dengan tayangan slaid powerpoint tentang anak beliau,
seorang penghidap Autisme sebagai pencetus semangat kepada dirinya dan guru-guru
pelatih. Terdapat banyak info tentang cara menjadi seorang guru cemerlang dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual disampaikan melalui ceramah oleh En. Abdul
Bina Insan Guru Semester 6


42


Rashid. Pada jam 10.00 pagi, perjalanan program diberhentikan sementara untuk sesi
rehat atau kudapan. Jamuan ringkas telah disediakan oleh pihak kantin sekolah yang
berupa hidangan kuih-muih beserta minuman teh. Selepas rehat, penceramah telah
membawa semua guru pelatih dan pensyarah pembimbing iaitu Cik Zaharah bt
Mohamed melawat ke bilik Pendidikan Seni Visual dan melihat cara-cara penyusunan
yang kemas dan penuh dengan ABM yang menarik. Ketika melawat bangunan tersebut,
jawatankuasa dokumentasi telah mengambil beberapa gambar untuk dijadikan rujukan
dan bahan bukti pelaksanaan program Bina Insan Guru pada semester ini .

SESI KETIGA
Sesi ini bermula pada jam 11.00 pagi selepas selesai melawat ke bilik Pendidikan Seni
Visual di sekolah tersebut. Aktiviti yang dilakukan adalah ceramah dan sesi soal jawab
yang merupakan sambungan aktiviti pada sesi pertama. Tajuk ceramah pada sesi ini
adalah, Bengkel Ciri-Ciri Profesionalisme yang berfokus kepada diri, personaliti
kerjaya, dan citra diri sebagai Insan yang bergelar guru. Pada sesi ini, banyak panduan
diberikan tentang memupuk ciri-ciri kecemerlangan menjadi seorang guru khususnya
guru Pendidikan Seni Visual.

SESI KEEMPAT
Aktiviti pada sesi keempat ini merupakan aktiviti terakhir bagi Program Bina Insan Guru
edisi keenam ini yang mana ia merupakan aktiviti bersoal jawab dengan penceramah,
En. Abdul Rashid B. Abdul Latif. Beberapa orang guru pelatih bertanyakan soalan yang
berkaitan Pendidikan Seni Visual dan meminta pandangan dari beliau tentang cara
mengatasi masalah tersebut. Selepas tamat sesi bersoaljawab, semua guru pelatih
dan pensyarah pembimbing telah dijemput oleh beliau untuk jamuan makan tengahari
di kantin sekolah sebelum bersurai dan bertolak pulang. Kira-kira jam 2.00 petang, bas
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tiba di perkarangan dewan.

Bina Insan Guru Semester 6


43


REFLEKSI
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan antara syarat bagi mendapatkan status Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan dimana melalui pelaksanaannya akan melatih pembangunan
profesionalisme berterusan kepada guru pelatih yang menjurus ke arah peningkatan
profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.
Program Bina Insan Guru semester keenam ini secara ringkasnya adalah merupakan
sebuah lawatan penanda aras bagi mendapatkan maklumat mengenai guru cemerlang
dan diajalankan atas beberapa rasional, antaranya supaya guru pelatih semester enam
memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan tugasnya
setiap hari dan memahami serta menghayati budaya kerja cemerlang dan
mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

Program Bina Insan Guru kali ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak
1 selama sehari yang bernama Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang.
Mengikut keperluan dalam pro- forma yang diberikan, program kali ini seharusnya
dilaksanakan dalam tempoh tujuh jam interaksi bersama guru cemerlang yang telah
dipilih. Guru cemerlang yang dimaksudkan ialah En. Abdul Rashid B. Abdul Latif yang
pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang pada tahun 2000 dan 2009 sebagai
seorang guru Pendidikan Seni Visual.

KEKUATAN
Selama tempoh sehari Program Bina Insan Guru ini berlangsung, terdapat dua faktor
utama yang boleh ditonjolkan sebagai kekuatan di mana faktor pertama terletak pada
pemilihan guru cemerlang. Pemilihan guru cemerlang untuk program Program Bina
Insan Guru kali ini, En. Abdul Rashid B. Abdul Latif merupakan penerima anugerah
cemerlang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan 2009 sebagai guru Pendidikan
Seni Visual. Ilmu yang dicurahkan beliau sebagai seorang guru yang pernah menuntut
Bina Insan Guru Semester 6


44


di University of Monash, Australia dalam bidang PSV amatlah bertepatan kepada kami
bakal-bakal guru Pendidikan Seni Visual. Selain itu, sikap dedikasi dan komited serta
pengalaman beliau telah memberikan kami inspirasi untuk menyumbangkan tenaga
selaku bakal pendidik. Di samping itu, input-input yang diberikan meningkatkan motivasi
kami yang masih mentah dalam bidang keguruan.

Faktor kedua adalah faktor aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru
kali ini. Program yang dinamakan sebagai Interaksi Profesional dengan Guru
Cemerlang mempunyai perjalanan aktiviti yang tersusun dan sistematik. Semua aktiviti
berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Tambahan lagi melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang, guru-guru pelatih telah menerima input-input yang berguna berkaitan
dengan dunia Pendidikan Seni Visual.

KELEMAHAN
Kelemahan yang didapati pada Program Bina Insan Guru kali ini adalah dari aspek
masa. Ini kerana masa yang telah diberikan kepada kami bagi mengenali guru
cemerlang tersebut amatlah singkat. Oleh itu, masih banyak lagi maklumat yang belum
kami terima untuk dijadikan panduan. Masa yang suntuk juga tidak membolehkan kami
untuk melihat beliau mengajar murid-murid khas di sekolah tersebut.

CADANGAN
Cadangan saya bagi mengatasi kekurangan Program Bina Insan Guru pada kali ini
adalah dengan memberikan guru-guru pelatih masa yang mencukupi supaya lebih
banyak maklumat dapat diserap yang boleh dijadikan panduan semasa berkhidmat
sekaligus meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri masing-masing.

You might also like