You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Profesion keguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi. Ini
kerana golongan guru merupakan golongan utama yang diamanahkan untuk
bertanggungjawab membantu negara dalam mencapai matlamat utama pendidikan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan kepada perkembangan
bersepadu individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal yang
demikian guru bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan ilmu bahkan
mereka juga bertanggungjawab dalam pembentukan sahsiah dan tingkahlaku anak didik
mereka. Tugas membentuk insan yang bersahsiah adalah tugas sukar yang memerlukan
seseorang individu itu dapat memberi contoh kepada orang yang melihatnya.

Istilah etika atau ethic yang bermaksud perwatakan dan keperibadian. Menurut
pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan. Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang
bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam sesebuah perkhidmatan
tersebut.

Profesion keguruan mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan
profesion perguruan. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh guru-guru supaya dapat
menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seseorang guru. Dengan
memahami etika perguruan, setiap guru itu bertanggungjawab terhadap pelajar, masyarakat
dan Negara, rakan sejawat dan profesion keguruan (Baharin & Suzana, 2008). Namun
masalah yang timbul......

Hal yang demikian, sebagai bakal guru perkara-perkara ini amat sesuai diketahui
supaya mereka tahu tentang perkara-perkara yang timbul dalam profesion keguruan ini.
Oleh itu, pelajar-pelajar semester 8 yang mengikuti kursus Asas kepimpinan dan profesional
keguruan dikehendaki menghurai secara kritis tentang isu-isu etika keguruan yang dikenal
pasti semasa menjalankan program internship di sekolah.







2.0 ISU ETIKA KEGURUAN

2.1 Kerjaya sambilan

Kerja sambilan ini merujuk kepada kerja sementara yang dilakukan untuk menambah
pendapatan (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2013). Fenomena kerja sambilan di kalangan
guru-guru dikenal pasti banyak terlibat. Namun tidak dapat dipastikan sejauhmana
keseriusan mereka menceburi dalam kerja sambilan tersebut. Melalui pemerhatian di
sekolah internship yang dilalui mendapati terdapat beberapa guru terlibat secara sendirian
dalam kerjaya sambilan. Mereka menjalankan kerja sambilan tersebut selepas waktu
persekolahan atau waktu bekerja. Kerjaya ini dilakukan untuk menambahkan pendapatan
sampingan bagi memenuhi kehendak hidup. Antara kerjaya yang sering diceburi oleh
golongan guru dalam kerja sambilan ini ialah mengajar di pusat tuisyen, menjadi agen jualan
langsung, penyediaan sesuatu perkhidmatan, usahawan dan berniaga. Menurut Azanza
(2000) berpendapat bahawa kerja sambilan merupakan salah satu cara untuk memperolehi
pendapatan walaupun mempunyai pekerjaan tetap. Kesemua guru yang berkhidmat di
sekolah kebangsaan, mereka akan diberi gaji yang tetap daripada kerajaan setiap bulan
sepanjang tempoh perkhidmatannya. Namun demikian, pendapatan yang diperolehi tidak
mencukupi oleh sesetengah guru yang mahukan pendapatan yang lebih. Oleh itu, mereka
melibatkan diri dalam kerja sambilan.

Profesion keguruan merupakan bidang tugas yang berperanan menyebarkan
maklumat kepada generasi anak muda iaitu dengan menyampaikan perkara-perkara yang
berguna dalam kehidupan seharian. Profesion keguruan bukan sahaja melaksanakan tugas
mengajar murid-murid, kerja pentadbiran juga perlu dilakukan oleh seorang guru itu.
Perkembangan bidang pendidikan pada hari ini menyebabkan guru perlu mengetahui kerja-
kerja pentadbiran yang diberikan sebagai contoh memasukkan markah dalam sistem,
membuat surat rasmi, memperbanyakan kerja peperiksaan dan mengemaskini maklumat
murid dalam sistem. Menurut Noriati et al. (2010), guru yang komited diperlukan untuk
menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berpegang teguh
dengan strategi akauntabiliti yang berkesan. Guru juga perlu memberikan komitmen
sepenuhnya kepada pihak pentadbiran bagi melancarkan urusan berkaitan pengurusan
sekolah disamping dapat merealisasikan visi dan misi sekolah.




2.1.1 Punca Berlaku Isu
Apabila penglibatan guru dalam kerjaya sambilan ini berlaku akan menggugat serba
sedikit komitmen dalam bidang tugas yang diberikan. Daripada dapatan yang diperolehi
mendapati kebanyakan guru yang melibatkan diri dalam kerja sambilan ini disebabkan oleh
tekanan taraf hidup yang tinggi terutamanya di kawasan bandar. Mereka terpaksa mencari
jalan altenatif untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
Peningkatan tanggungan perbelanjaan dari segi pinjaman rumah, kereta, kad kredit, dan bil-
bil lain memberi tekanan kepada pemiliknya untuk membayar kembali hutang-hutang
tersebut. Kesemua tanggungan tersebut terpaksa diperolehi untuk mendapatkan
keselesaan.

Selain itu, kemahuan menceburi bidang yang digemari. Terdapat juga guru-guru
yang terlibat dalam kerjaya sambilan ini kerana hobi yang disukai. Kerjaya perguruan ini
diperolehi adalah untuk menjamin masa hadapannya. Manakala kerja sambilan itu pula
dijadikan sebagai kerja tambahan yang diminati. Apabila sesuatu minat itu ada pada
seseorang, sukar untuk dilepaskan walaupun memberi kesan yang negatif kepadanya. Dari
pertanyaan yang dilakukan pada seorang guru di sekolah ini menyatakan dia melakukan
kerja sambilan sebagai kaunselor di sebuah syarikat kerana minat yang mendalam pada
bidang kaunselor. Pemerolehan sijil pengiktirafan sebagai kaunselor membolehkan dia
mendapat pelbagai tawaran perkhidmatan kaunselor dari klien yang memerlukan
perkhidmatannya.

Sebab lain yang menyebabkan seorang guru itu melibatkan diri dalam kerja sambilan
kerana terlibat dalam perniagaan keluarga atau family bisnes. Kebiasaannya kerja
tersebut diuruskan oleh semua ahli keluarga. Apabila seorang guru itu terlibat dalam kerja
tersebut maka secara automatik akan bertanggungjawab dengan tugas-tugas kerja sambilan
itu. Sebagai contoh perniagaan keluarga yang selalu dilakukan ialah perniagaan makanan.
Penjualan makanan ringan seperti kerepek, keropok, dan produk sejuk beku. Aspek yang
akan dilakukan apabila terlibat dalam perniagaan itu ialah pemerolehan bahan mentah,
pembuatan, penjualan, promosi dan kutipan hasil pendapatan. Oleh yang demikian, seorang
guru itu tidak akan terlepas dari tugas-tugas tersebut untuk memastikan perniagaan tersebut
berjalan dengan lancar.




2.1.2 Kesan Kepada Integriti Dan Akauntabiliti Perguruan

Guru yang melakukan kerja sambilan ini telah memberi kesan kepada integriti dan
akauntabiliti perguruan itu. Mengikut etika perguruan seorang guru bertanggungjawab
terhadap muridnya dengan menjaga kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain
seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Hal ini membuktikan
seseorang guru itu perlu memberi perhatian yang utama kepada anak murid daripada hal-hal
lain. Dengan penglibatan guru dalam kerja sambilan telah menyebabkan tumpuan guru
pada murid telah terabai dan tindakan sambil lewa diberikan terhadap sesuatu tugas.
Kepercayaan yang diberikan ibubapa untuk mendidik anak mereka di sekolah telah dicemari
dengan tindakan guru yang tidak bertanggungjawab melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (pdp) yang tidak menarik dan membosankan. Disebabkan tumpuan kerja telah
dibahagikan dengan kerja lain, maka hasil yang diberikan tidak memuaskan. Pencapaian
murid juga tidak memberangsangkan dalam ujian yang dijalankan. Perkara ini berlaku pada
guru di sekolah yang dikaji dimana guru yang terlibat dalam kerja sambilan menghasilkan
kerja-kerja yang tidak memuaskan. Rancangan mengajar disiapkan pada akhir minggu,
bahan bantu mengajar tidak banyak digunakan, tidak dapat menimbulkan suasana yang
harmonis dalam bilik darjah, dan lain-lain lagi. Tambahan pula, murid masalah pendengaran
ini mempunyai tahap kognitif yang rendah. Jadi mereka sering kali lupa pada pembelajaran
yang diajar. Walaupun pembelajaran yang baru diajar semalam, mereka tetap susah untuk
mengingat. Namun integriti dan akauntibiliti guru adalah berusaha mengajar murid-murid
tersebut dengan bersungguh-sungguh walaupun terpaksa mengulangi beberapa kali.

Seterusnya guru yang bekerja sambilan ini juga mendatangkan kesan yang negatif
iaitu tidak bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan. Di sekolah guru terlibat
sekali dalam pelbagai persatuan dan kelab yang ditubuhkan. Pada setiap rabu akan
diadakan aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada waktu petang iaitu selepas waktu
persekolahan. Penglibatan guru pada aktiviti tersebut adalah wajib dan tindakan akan
diberikan pada guru yang tidak hadir. Namun begitu, disebabkan terdapat kerja sambilan
yang ada telah memaksa guru tersebut tidak menghadirkan diri pada aktiviti kokurikulum itu.
Tanggungjawab terhadap persatuan telah diabaikan bagi melaksanakan kerja sambilan
tersebut. Hal itu telah melanggar etika keguruan yang mana bertanggungjawab terhadap
tugas yang diberikan. Ini dapat dilihat semasa kokurikulum di sekolah yang dikaji
kebanyakkan guru sukar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum tersebut. sebagai
contoh guru yang melibatkan diri dengan kerja sambilan sebagai guru tuisyen pada waktu
malam, tidak menghadirkan diri pada aktiviti kokurikulum kerana mahu merehatkan diri atau
menyediakan bahan untuk pengajaran pada waktu malam itu. Perbuatan itu menampakkan
ketidakprofesinalnya seorang guru dalam menggalas tugas sebagai guru. Oleh itu tindakan
yang sewajarnya diberikan pada guru tersebut.

2.1.3 Perspektif Pentadbir Dan Guru

Tempat bekerja oleh seseorang guru itu ialah di sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan
kemajuan sekolah. Namun begitu, apabila berlakunya isu yang menjejaskan integriti dan
akauntabiliti keguruan, timbul satu implikasi kepada pihak pentadbir dan guru lain juga.
Kesan yang akan berlaku daripada isu tersebut daripada perspektif pentadbir dan guru ialah
tanggapan yang negatif oleh pihak sekolah kepada guru yang terlibat dengan kerja
sambilan. Tanggapan itu mungkin timbul apabila kerja-kerja yang diberikan oleh pihak
sekolah mula tidak diberi perhatian sepenuhnya dan melebih-lebihkan pada kerja-kerja
sambilan yang diperolehi. Pihak pentadbir dan guru lain memberi tanggapan bahawa guru
tersebut tidak berapa berminat pada profesion keguruan bahkan menjadikan kerja ini
sebagai memenuhi keperluan hidup untuk menyara keluarga sahaja. Apabila perkara ini
berlaku, memberi kesukaran kepada guru tersebut mendapatkan markah prestasi yang baik
oleh pihak pentadbir. Apabila markah prestasi tahunan tidak mencapai peratus yang
ditetapkan untuk melakukan kerja sambilan, menyebabkan kerja tersebut akan mendapat
bantahan daripada pihak atasan jika diketengahkan perkara tersebut.

Perspektif lain yang timbul dari pihak pentadbir dan guru berdasarkan implikasi
tersebut ialah murid menghadapi masalah dalam mata pelajaran yang diajar. Murid-
murid tidak diberi perhatian secukupnya dengan melaksanakan pdp tanpa mengikut
keperluan murid. Guru yang mengajar tidak prihatin tentang masalah murid seperti
kefahaman murid, pencapaian murid, dan hasil kerja murid. Pengurusan guru terhadap
murid terjejas dan terganggu disebabkan kurang perhatian diberikan. Apabila murid tidak
dapat menguasai pembelajaran yang diajar maka prestasi murid akan menurun dan
menjejaskan prestasi sekolah. Hal yang demikian menimbulkan masalah kepada pihak
pentadbir untuk membaiki kembali prestasi murid yang terjejas dengan melakukan program-
program yang sesuai menignkatkan tahap penguasaan murid pada mata pelajaran itu.






2.1.4 Cadangan penambahbaikan

Melalui isu kerja sambilan yang dilakukan oleh segelintir guru, terdapat cadangan
penambahbaikan untuk mengurangkan masalah isu tersebut daripada berleluasa di
kalangan guru. Cadangan tersebut ialah dengan menaikkan taraf gaji pekerja-pekerja
awam termasuk kakitangan guru. Satu perancangan perlu dilakukan untuk melaksanakan
kenaikan gaji kakitangan guru berdasarkan profesion guru yang mencapai tahap profesional.
Hal ini bagi memastikan tiada guru yang melakukan kerja sambilan selepas waktu
persekolahan bagi menambah pendapatan mereka. Apabila kenaikan gaji diberikan dapat
meringankan beban kakitangan guru terutamanya guru-guru di kawasan bandar yang perlu
menghadapi cabaran taraf hidup yang tinggi. Tambahan elaun kepada guru mungkin dapat
mengurangkan segelintir guru yang ingin melakukan kerja sambilan. Jika dikaji dari
pemberian elaun dengan tahap ekonomi sekarang, dilihat tidak mencukupi untuk
menampung keperluan hidup lebih-lebih lagi bagi guru yang baru berkhidmat tambahan
menetap di kawasan bandar. Oleh yang demikian, badan yang bertanggungjawab perlu peka
dengan masalah yang dihadapi oleh guru supaya isu ini tidak berlanjutan.

Bagi guru yang mempunyai sesuatu kemahiran hendaklah diberi keutamaan dan
menyediakan elaun yang setimpal dengan tugas tersebut. Sebagai contoh, guru yang
mempunyai lesen sebagai kaunselor hendaklah diberikan tugas sebagai kaunselor di
sekolah walaupun beliau merupakan lepasan ijazah pendidikan dalam bidang lain. Tindakan
itu dapat membolehkan guru tersebut berbakti kepada sekolah dan tidak terlibat dalam kerja
sambilan pada hujung minggu.


2.2 Pengurusan Masa

Masa itu ibarat emas. Sangat rugi jika tidak digunakan dengan sebaiknya. Dalam al-
quran juga menyebut iaitu Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali
mereka yang beriman dan beramal soleh terjemahan dari Surah Al-Asr. Dalam agama
Islam juga menyatakan bahawa mereka yang tidak menghargai masa dengan baik adalah
golongan yang kerugian. Pepatah Arab ada menyebut bahawa masa itu ibarat pedang. Jika
kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita. Sebagai guru yang
bertanggungjawab, masa yang ada hendaklah digunakan sebaiknya dengan aktiviti yang
berfaedah.

Pengertian masa dari segi bahasa ialah waktu, zaman, saat, dan detik. Dari segi
istilah masa ialah waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan.
Menurut Abdul Rahman Aziz (2001), masa sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan
manusia. Seorang itu hendaklah menguruskan masa dengan baik supaya kehidupan
menjadi terurus dan tersusun. Bagi isu kedua yang ingin dikupas berkaitan etika keguruan
ialah berkaitan dengan pengurusan masa. Berdasarkan maksud pengurusan masa yang
telah diterangkan jelaslah bahawa masa yang ada amat bernilai dan tidak boleh ditukar ganti
jika terlepas waktu itu. Dalam konteks pendidikan, masa yang diperuntukan untuk guru
menghadiri ke sekolah adalah pada pukul 7.30 dan pulang pada pukul 1.30 petang. Namun
boleh berlanjutan hingga pukul 6 jika terdapat aktiviti kokurikulum pada petang rabu. Masa
bekerja bagi guru banyak dihabiskan di kawasan sekolah dengan pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti sekolah, mesyuarat, rancangan mengajar, dan bahan bantu mengajar
semuanya dilakukan di dalam sekolah.

Perkara yang menjadi isu menyebabkan etika keguruan itu terjejas adalah
disebabkan pengurusan masa guru yang mengalami sedikit masalah memberi kesan pada
intergriti seorang guru itu. Amalan profesional seorang keguruan telah pun diterapkan
sebelum menceburi dalam bidang perguruan. Tetapi masih ada segelintir guru yang
mencemari etika guru dalam menepati masa pada semua aspek yang melibatkan
pengurusan masa.

2.2.1 Sebab berlakunya isu

Antara masalah pengurusan masa yang sering berlaku di kalangan guru ialah
kehadiran lewat ke sekolah. Seorang guru itu perlu menunjukkan sifat menepati masa untuk
hadir ke sekolah. Apabila sifat ini ada pada seorang guru itu dapatlah dijadikan contoh
kepada anak murid untuk hadir ke sekolah tepat pada masanya. Hal ini dapat diperhatikan
semasa menjalankan internship di sekolah dimana terdapat guru yang beberapa kali lewat
hadir ke sekolah atas sebab kesesakan lalu lintas. Memang diakui kedudukan rumah guru
tersebut sedikit jauh dari sekolah menyebabkan masa yang ambil untuk sampai agak lama
ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kawasannya
menyukarkannya untuk datang ke sekolah awal waktunya. Namun tidak menjadi masalah
untuk datang ke sekolah awal jika perancangan yang baik dilakukan oleh guru itu.




Masalah lain yang berkaitan dengan pengurusan masa ialah guru lewat masuk ke
dalam kelas. Peruntukan masa untuk guru mengajar untuk satu masa adalah selama 30
minit. Apabila guru tidak mengambil peluang masa yang diberikan untuk menjalankan
pengajaran mengikut masa yang ditetapkan maka pembelajaran tidak mencapai objektif
yang diharapkan dan tidak dapat menghabiskan topik pada hari itu. Disebabkan itu subtajuk
yang hanya memerlukan tempoh masa 2 minggu untuk dilengkapkan terpaksa dilanjutkan
sehingga 3 minggu. Bagi guru yang tidak bertanggungjawab akan membiarkan sahaja topik
yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid diteruskan dengan pembelajaran topik baharu.
Hal ini memberi kesan kepada murid untuk memahami topik-topik yang kurang mendapat
penerangan jelas daripada guru. Dalam pemerhatian di sekolah yang dikaji, guru yang sering
kali lewat masuk ke kelas kebiasaannya pada waktu pertama PDP dimana guru sibuk
mengemas kini buku kehadiran. Walaupun loceng telah berbunyi, guru yang mengajar
waktu pertama barulah ingin mengisi buku kehadiran murid, mencetak bahan latihan, dan
sebagainya. Dalam masa yang sama, murid masalah pendengaran masih bersembang
dengan rakan-rakannya di luar kelas selagi mereka tidak mendapat arahan oleh guru untuk
masuk ke dalam kelas. Jika seorang guru itu mempunyai integriti yang tinggi akan
memastikan murid sudah dapat memulakan pembelajaran setelah loceng berbunyi.

Masalah pengurusan masa ini berlaku disebabkan atas sikap guru itu sendiri
yang mengambil sambil lewa dengan tugas-tugas yang diberikan. Dengan perkembangan
sistem pendidikan masa kini, banyak memerlukan guru mengisi maklumat secara online
seperti markah ujian, maklumat peribadi murid, soal selidik dan sebagainya. Selain itu juga,
guru juga perlu mengemas kini buku latihan murid, menulis rancangan mengajar, membuat
bahan bantu mengajar, dan membuat laporan kokurikulum. Tindakan sambil lewa yang ada
pada sikap guru tersebut memberikan kesan terhadap pengurusan masa sehariannya. Kerja-
kerja yang diberikan tidak disiapkan mengikut masa yang ditetapkan malah menangguh-
nangguh kerja sehingga kerja tersebut sukar disiapkan. Perkara ini dilihat ada terdapat pada
guru di sekolah yang di kaji, guru menghabiskan masa senggang yang ada dengan
bersembang bersama guru, melihat buku kalotog, melayari internet dan sebagainya.

2.2.2 Kesan Kepada Integriti Dan Akauntabiliti Perguruan

Melalui isu pengurusan masa guru di sekolah telah memberi kesan kepada integriti
dan akauntabiliti perguruan. Guru merupakan role model kepada murid-murid. Segala
perbuatan yang dilakukan oleh guru akan diperhatikan oleh murid dan ditiru kerana
menganggap perbuatan itu adalah betul. Apabila isu ini timbul dikalangan guru
menyebabkan integriti dan akauntabiliti perguruan itu terjejas. Berdasarkan kata-kata dari
Pengerusi Institut Integriti Malaysia, Tan Sri Sidek Hassan, untuk menanamkan nilai-nilai
murni di kalangan murid-murid, golongan pendidik sendiri perlu mempunyai nilai-nilai murni
tersebut (Lim Swee Tin, 2010). Oleh hal yang demikian, menimbulkan pandangan yang
tidak sihat terhadap guru tersebut kerana memberikan contoh yang tidak baik kepada anak
murid. Apabila perkara itu berlaku murid akan hilang kepercayaan dan tidak ada perasaan
untuk menjadikan gurunya sebagai role model. Guru juga gagal untuk menerapkan nilai
kepentingan masa kepada murid sekiranya guru itu tidak dapat mengaplikasikan dalam kerja
seharian.

Antara etika perguruan yang telah ditetapkan kepada seorang guru itu mestilah
bertanggungjawab dengan keperluan murid dahulu daripada kepentingan lain. Ini bermakna
guru perlu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid bertetapan dengan
tugas guru itu untuk menyampaikan ilmu yang berguna kepada murid-murid. Bagi
menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan, pemilihan kawasan pembelajaran yang kondusif
perlu dipastikan supaya murid selesa untuk belajar. Sebelum memulakan kelas, guru
hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih dan tersusun. Dalam Islam juga amat
mementingkan kebersihan sebelum memulakan pembelajaran seperti sabda Nabi S.A.W
mengatakan kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Pembelajaran menggunakan
bahan teknologi dalam pengajaran lebih menyeronokkan dan menarik perhatian murid untuk
belajar. Penggunaan bahan interaktif dalam pengajaran memberikan peningkatan dalam
sistem pendidikan sekolah. Namun bagi guru yang tidak mempunyai integriti untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepad murid, mungkin melaksanakan pengajaran
seperti biasa yang hanya menulis di papan putih. Tambahan pula kelewatan masuk ke kelas
tepat pada masa menyukarkan penggunakan bahan teknologi semasa PDP kerana
memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan peralatan itu.

Semasa di sekolah untuk menjalankan internship terlihat juga sikap guru hanya
melakukan PDP di dalam bilik guru sahaja. Disebabkan murid yang sedikit di bahagian
pendidikan khas masalah pendengaran, guru telah membawa masuk murid ke dalam bilik
guru. Dengan keadaan bilik guru yang bising dan tidak selesa adalah tidak sesuai
dilaksanakan PDP dalam kawasan tersebut. Penyampaian pengajaran guru juga hanya
menggunakan isyarat dan latihan sehingga tamat waktu pengajarannya. Murid-murid
pendengaran ini lebih memerlukan visual untuk memahami sesuatu pembelajaran itu. Jika
penggunaan alat teknologi diaplikasikan dalam pengajaran akan menambahkan keupayaan
murid untuk memahami.


2.2.3 Perspektif pihak pentadbir dan guru

Kesan daripada isu yang pengurusan masa yang tidak sistematik memberikan
tanggapan dari sesuatu pihak terutamanya pihak pentadbir dan guru. Tanggapan yang akan
berlaku adalah membebankan guru dan pentadbir. Apabila seseorang guru itu tidak dapat
menghadirkan diri ke sekolah tepat pada masanya, akan ada gantian guru bagi memenuhi
masa kelas tersebut. Hal ini membebankan guru lain untuk menggantikan kelas disebabkan
kelewatan guru tersebut. Mungkin guru yang menggantikan kelas itu mempunyai kerja yang
banyak terpaksa membebankannya untuk mengawal murid-murid kelas tersebut. Selalunya
kelas yang digantikan oleh guru lain tidak dilakukan PDP selain telah disediakan bahan
pembelajaran kepada guru ganti. Jika tidak murid-murid melaksanakan kerja sendiri pada
waktu tersebut. Hal ini merugikan murid kerana tidak dapat memperoleh ilmu dalam waktu
itu. Pihak pentadbir pula perlu membuat rancangan gantian guru untuk kekosongan kelas
yang ada. Pihak pentadbir perlu memastikan guru yang digantikan pada waktu itu guru yang
tidak mempunyai masa mengajar. Untuk memilih guru yang sesuai menggantikan kelas
memerlukan sedikit masa. Hal itu telah membebankan pihak pentadbir dengan tambahan
kerja tersebut.

Kegagalan guru memupuk nilai murni dalam diri murid-murid seperti menepati masa
telah menimbulkan masalah tingkah laku negatif pada murid-murid. Berlaku masalah
ponteng sekolah di kalangan murid-murid, murid melepak di kawasan sekolah, dan lewat
masuk ke kelas. Kesan daripada tindakan guru yang tidak sering lewat masuk ke kelas
menyebabkan murid terikut dengan menunjukkan sikap yang negatif. Ada murid yang telah
bosan dengan kekerapan guru tidak ada di dalam kelas menyebabkan murid memberontak
untuk tidak hadir ke sekolah dengan beranggapan membuang masanya apabila datang ke
sekolah. Apabila masalah itu berlaku telah memberi masalah juga kepada pihak sekolah
untuk membaiki masalah tersebut dengan membincang dengan ibu bapa murid mengenai
masalah yang timbul.

2.2.4 Penambahbaikan

Kelemahan dari masalah pengurusan masa oleh guru boleh diatasi dengan
memperbaiki diri mencuba menambahbaik sikap mengurus masa tersebut. cadangan yang
dirasakan dapat digunakan adalah dengan membuat refleksi selepas pengajaran dan
mengajar. Tindakan ini dapat melihat sejauh mana pencapaian murid dalam pengajaran
tersebut apabila guru lewat masuk ke kelas. Jika murid tidak menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan, guru perlu membuat penambahbaikan iaitu bersedia dengan peralatan
mengajar yang lengkap, memasuki kelas awal, dan memberi perhatian kepada murid.
Pengajaran yang dirancang sepanjang waktu PDP berlangsung dapat dilaksanakan dengan
lancar tanpa sebarang permasalahan berlaku. Guru juga dapat mengenalpasti berbezaan
yang berlaku semasa guru masuk lewat ke kelas dengan memasuki kelas tepat waktunya.
Perbezaan tersebut mungkin dari segi penguasaan topik yang diajar dapat dikuasai
mengikut rancangan mingguan pengajaran. Di samping itu, murid tidak berasa keliru dengan
pembelajaran baru jika guru melaksanakan mengikut kefahaman murid.

Membuat perancangan yang terancang

You might also like