You are on page 1of 4

Definisi Bacaan Mekanis

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa
seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan,
pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambah ilmu,
memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Haji Sabran,1993). Oleh itu, guru Bahasa
Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pelajar mereka dalam
penguasaan Bahasa Melayu, khasnya kemahiran membaca.

Membaca besuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti bacaan mekanis,
membaca oral, membaca kuat dan membaca nyaring. Walau apapun nama yang digunakan,
membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk
menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan
mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul; dengan menggerakkan
alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan
apa sahaja yang tersirat dalam bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata
yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus mengelompokkan kata-kata dengan
baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.

Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. Ia menuntut
pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan
bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, membaca mekanis yang
ditumpukan lebih berfokus kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman.
Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta
mengembangkan ketrampilan dan minat.

Bagi membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah membaca, aktiviti
bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme boleh diaplikasikan. Pelopor kepada
teori ini ialah Bloomfeild, Edaward Sapir, Fries, Boas dan Brooks. Ahli psikologi bagi aliran

Behaviourisme pula ialah Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Ahli-ahli psikologi ini
menekankan aspek pelaziman melalui Teori Pelaziman Klasik. Ini bermakna, sesuatu perkara
atau hal mesti dilakukan secara lazim untuk membentuk kebiasaan dan perubahan yang
berkekalan. Golongan ini juga berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan.
Ini membawa maksud, pengajaran bahasa khasnya membaca seharusnya menekankan latihan dan
pengulangan yang banyak.

Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah pelakuan guru, rakan-rakan serta
suasana di dalam bilik darjah. Teori ini sesuai diaplikasikan terhadap pelajar yang lemah
membaca.

1.4 Aktiviti Bacaan Mekanis

Antara aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme yang boleh dilaksanakan
kepada pelajar yang lemah membaca ialah:
a). Pelajar diberikan satu petikan yang bertajuk Monyer Yang Pintar. Petikan ini ialah satu
petikan yang mudah dan ringkas sesuai dengan tahap kemahiran membaca bagi pelajar yang
lemah.
b). Seterusnya, pelajar diminta membaca petikan tersebut secara perlahan atau bacaan mental
dalam masa lima minit. Semasa aktiviti ini, guru akan memberikan kata-kata rangsangan kepada
pelajar untuk menggalak dan memotivasikan pelajar untuk membaca petikan dengan tekun.
Kata-kata seperti Saya sangat menghargai pelajar yang dapat membaca petikan yang diberikan
dengan tekun. Saya juga pasti kamu semua akan membaca petikan ini secara senyap dan
memahamkan ceritanya

c). Bersoal jawab mengenai jalan cerita petikan dan membantu pelajar memahami perkataan dan
rangkai kata yang susah dari segi sebutan dan makna perkataan itu. Antara perkataan sukar yang
terdapat dalam petikan Monyet Yang Pintar ialah penyayang, kejam, menghapuskan,
mempersembahkan, dan penjelasan

d). Guru membaca sebagai contoh dan pelajar melihat petikan sambil menyemak bacaan guru.

e). Seterusnya, guru membaca petikan dan para pelajar akan mengikut bacaan guru. Pada
permulaan, keseluruhan kelas akan mengikut bacaan guru. Seterusnya, untuk proses pengulangan
sebagaimana menurut ahli psikologi Behaviourisme penting untuk penguasaan bahasa, bacaan
oleh guru akan diikuti pula oleh pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil. Di sini, proses
pengulangan akan berlaku yang membolehkan pelajar lemah menguasai kemahiran membaca.

f). Selanjutnya, guru berbincang dan bersoal jawab dengan pelajar mengenai isi bacaan untuk
menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis. Penggunaan kata-kata
bagus, baik, senyuman guru, anggukan kepala dan sebagainya akan memberikan rangsangan
kepada pelajar untuk menjawab soalan lisan guru, iaitu gerak balas dalam bentuk bahasa.

f). Aktiviti seterusnya, pelajar akan menyebut berulang kali perkataan sukar yang telah dikenal
pasti. Perkataan penyayang, kejam, menghapuskan, mempersembahkan, dan penjelasan
akan dibaca secara kuat oleh pelajar berulang kali. Hal ini perlu dilakukan kerana ahli
Behaviourisme mempercayai bahawa proses pengulangan amat penting dalm penguasaan
kemahiran membaca.

g). Berikutnya, beberapa pelajar akan dipilih untuk membaca perkataan tersebut. Guru akan
menyebut nama pelajar dan akan memberi pujian sekiranya pelajar membaca perkataan tersebut
dengan betul. Sebaliknya, bagi pelajar yang masih gagal membaca dan menyebut perkataan itu
dengan tepat, hukuman berbentuk berdiri akan dikenakan. Aktiviti ini adalah selaras dengan
Teori Pelaziman Klasik oleh ahli Behaviourisme

h). Seterusnya, pelajar akan diminta membaca petikan secara individu. Setiap pelajar membaca
satu ayat dan disambung oleh pelajar lain. Hal yang sama boleh dilakukan guru iaitu bagi pelajar
yang mampu membaca ayat dengan betul dan tepat, ganjaran berupa pujian akan diberikan.
Sebaliknya bagi pelajar yang gagal membaca dengan tepat, hukuman pula akan dikenakan.
i). Akhir sekali, pelajar dikehendaki membina ayat menggunakan perkataan sukar sebagai

pengukuhan. Menurut ahli Teori Behaviourisme, aspek pengukuhan amat dipentingkan supaya
ilmu yang diperolehi pelajar akan mudah diingati oleh mereka. Jika ada pelajar yang gagal
membina ayat dengan betul, maka guru boleh membetulkan kesalahan itu. Hal ini kerana
berdasarkan fahaman golongan ini, pengajaran bacaan dan tatabahasa adalah berdasarkan
penekanan induktif atau kaedah terus, dengar dan tutur, dan teknik latih tubi.

You might also like